Friday 27 January 2012

:: KiSaH CiNtA KeTiGakU ::

berakhir sudah hubungan dengan B...aku kembali sendiri.... oooppsss....sendiri kew...? sebenarnya pada ketika hubungan aku dan B sedang berantakan..kalau tak silap dalam bulan Ogos 2009 itu...aku telah berkenalan dengan seorang selebriti....perkenalan yang tidak disengajakan telah membuahkan kemesraan yang mendalam....
siapa selebriti ini..?? dengan bangganya aku perkenalkan selebriti ini sebagai C...seorang artis yang sentiasa low profile...sering melakukan watak² utama yang baik..tertib lendit dan sopan santun dalam drama yang dilakonkan...malah yang paling popular adalah watak C sebagai seorang *****
sebagai orang awam di Malaysia ini aku juga merupakan salah seorang peminat C...bagai pucuk dicita ulam mendatang aku menjalinkan hubungan dengan C...memang bahagia malah bangga....kebahagian yang jelas terpancar di anak mataku....
..namun macam biasalah...lautan mana yang tidak dilanda badai....begitu juga dengan hubungan kami...ia juga sesuatu yang merimaskan...masakan tidak..klu nak berjumpa...hanya di rumahnya sahaja...tak boleh nak hang out bersama....dah tu pulak...nak bergambar sama pun tak boleh..katanya tak mahu menjadi kontroversi...nak jaga imej dia sebagai seorang artis yang 'bersih'...mulanya aku boleh lah terima alasan itu tapi lama-kelamaan bosan juga....terlalu banyak karenah dan 'protokol' C sepanjang perhubungan...jadi aku pun naik rimas kan...mengalahkan berkapel dengan ratu plak.....
begitulah kisahnya..kisah cinta aku yang ketiga ni boleh r dikatakan cinta kilat....huhuhu....yelah..tak smpai 3 bulan pun...hubungan kami putus pun secara neutral....aku diam dan dia pun diam......senyapppppppppp.......
aku tak ralat pun dengan kisah cinta ketiga ini...maklumlah...berkasih dengan seseorang yang ada nama...menjadi pujaan ramai perempuan dan lelaki² gay & pLu...jadi apa nak diherankan walau putus sekalipun hubungan kami......


:: KiSaH CiNtA KeDuAkU ::

..hubungan dengan kekasih pertama si A tamat pada hujung tahun 2001...mulai saat itu aku mula mengorak langkah sendirian...sendirian tanpa seorang kekasih pun di sisi....namun aku betah dengan ketentuan ini....

..bertahun lamanya....sejak putus kasih pada tahun 2001...bulan Mac 2009...hati aku mula terbuka untuk menerima dan menanti cinta seseorang....aku perkenalkan kekasih keduaku....B....berasal dari Borneo....pada awal perkenalan lebih kurang 2 bulan...aku sebenarnya tidak begitu mengetahui latar belakang B..yang aku tahu aku amat menyintainya....sehinggalah satu hari aku terlihat di Youtube klip B dalam satu program realiti....program apakah itu..? biarlah rahsia......
since dari itu..barulah aku sedar bahawa aku mempunyai hubungan dengan seseorang yang dikenali ramai...lebih² lagi dia cukup popular di Borneo....hubungan kami tetap berjalan dengan lancar dan bahagia..walau aku di Semenanjung dan B di Borneo...aku tetap berpegang pada kesetiaan....setiap tutur kata dan gerak geri aku jaga supaya tidak melukakan hatinya.....kerna aku benar² cintakan dia...

hurmm....bulan 5 aku ke sana...hati bagai digamit² agar mendapatkan B supaya berada dalam dakapanku..akhirnya kami bersua muka juga....bahagianya aku....rasanya pada ketika itu dunia ini adalah milik kami berdua...

hujung bulan 6...dia pula menjengah aku di sini....pertembungan bahagia atas kerinduan ini membuahkan bibit² kemesraan yang kadang waktu kelihatan seperti couple of the year....

namun,..ku sangka panas hingga ke petang...rupanya ribut petir di tengah hari....hubungan aku dan dia mula berantakkan sejak Ogos 2009...kami sering berselisih faham...sering bertengkar..malah saling ungkit-mengungkit....dan akhirnya...hari pertama aku masuk bekerja setelah habis CUTI raya Aidilfitri...aku menerima emel dari B...katanya..."mulai hari ini aku tak mahu lagi punya hubungan dengan orang seperti kau...." nak tahu apa respond aku tentang emel dari B ini....?

"phuh...lega....." yew...sesungguhnya yea aku merasa sungguh lega kerana telah dilepaskan oleh B...pada aku ketika itu B adalah seorang yang melemas dan merimaskan......

Friday 20 January 2012

:: KiSaH CiNtA PeRtAmAkU ::

salam, semakin hari umo semakin meningkat..banyak kenangan yang harus ditinggalkan...namun dalam banyak² kenangan..kenangan CINTA adalah diantara kenangan yang paling sukar untuk aku lupekan....dan untuk entry yang ini...aku mulakan dengan kisah CINTA aku yang pertama....

..biarlah aku kenalkan dirinya sebagai A sahaja...aku mula mengenalinya sewaktu aku bertugas sebagai kakitangan awam di salah sebuah PENJARA di negeri adat.... dan A pula merupakan salah seorang 'biduan' dalam penjara itu...namun peraturan penjara menyatakan...bahawa setiap 'biduan' yang bakal bebas dalam mase 2 tahun dan berkelakuan baik akan diberi kepercayaan untuk bekerja di dalam kawasan penjara. A pula akan dibebaskan tidak sampai setahun lagi..dan A berkelakuan baik dan dianugerahkan 'blue suit'. 'Blue Suit' adalah anugerah tertinggi untuk mane² biduan yang terbaik (kelakuan), berdisiplin dan boleh dipercayai... Jadi..A telah diberi kerja di pejabat tempat aku menjalankan tugas...tugas A pd ketika itu adalah untuk membersih kawasan pejabat dan menjadi pembancuh kopi atau kata korporatnya 'tea lady' bagi perempuan... hurmmm..disinilah cinta kami bermula...

pada hari A dibebaskan..aku telah mengambil inisiatif untuk menghantar A pulang ke kampung halamannya di negeri Walinongsari..seminggu aku mengambil cuti untuk menghabiskan mase dengan insan tercinta...wahhh...bahagia sungguh aku rasakan...setiap saat detik yang kami lalui amat bermakna dan ceria...sehinggalah ke pnghujung percutian...aku kembali ke kL...rasa sedih dan berat sangat meninggalkan kekasih tercinta...menangis sepanjang perjalanan ke kL...ketika sampai rumah abangku...mata ku sudah pun bengkak...hahahaha...(hebatkan penangan cinta...)
malam pada hari yang sama aku sampai kL...terasa rindu yang amat sangat pada dia...mmg rindu yang aku tak boleh menanggungnya lagi..lantas...aku capai kunci kereta dan aku kembali memecut untuk mendapatkan cinta hati...aku tak sanggup berjauhan darinya..
********************************
itulah dugaan pertama yang aku tanggung sejak berkasih dengannya...namun...ialah...nak pertahankan sesebuah hubungan itu..smpai mana lah termampu...akhirnya hubungan kami putus di tengah jalan...kebahagiaan yang di raih hanya untuk seketika cuma...wlu telah banyak pengorbanan yang aku lakukan demi cinta padanya...namun semua itu tidak dipandang waima hanya dgn sebelah mata... cerita pasal pengorbanan...hurmmm...sesalan seumur hidup... 1) aku berhenti dari perkhidmatan awam malaysia kerana ingin mengikut cinta hati ku ini..... 2) ku sanggup jual kereta milikku bagi mendapatkan duit untuk membantu kesempitan hidup cinta hati ku... 3) ku sanggup tinggalkan keluarga tersayang demi memiliki kasih dan cinta si A.... namun...semua itu langsung tidak berbaloi kerana akhirnya aku ditinggalkan (si A ada yang lain)....

berita terkini yang aku dengar...si A telah pun mendirikan rumahtangga...berbahagia denga dua pasangannya serta anak² yang dikasihi........

Friday 13 January 2012

...Hurmmmm......AkU YaNg TaK PuNyEr SiApA-SiApA...

..lumrah kehidupan...ada kala duka ada kala suka...yg membezakan hanya tempoh suka dan duka itu sendiri...

bosan dengan karenah dan percaturan hidup...ada sesuatu yang diinginkan...tapi tak mampu diperolehi...hanya boleh di pandang..yang tak terfikir pula sering menjengah kehidupan...adakah harus diterima..?

saat ini...kekosongan melanda hati dan jiwa..seperti kehilangan punca..pada siapa harus kudambakan kekosongan ini? pada siapa harus ku memperolehi walau setitis bahagia yang sebenar²nya bahagia...? 

pernah kawanku berkata..."sewaktu kita rasa kecewa..saat kekosongan melanda jiwa..ditika kita memerlukan seseorang yang boleh kita menangis dibahunya..tetapi tiada siapa...pada waktu itulah hati kita akan menerima sesiapa atau apa sahaja walau IBLIS sekalipun"...

ada benarnya kata² itu...disaat tersungkur dan tangan tergapai² mencari haluan, hati ini menjadi pasrah..berserah...pada siapa pun..buatlah apa pun..lakukanlah apa pun..tak mampu lagi dilawan..lakukanlah seperti HAMBA sekali pun...selepas 'digunakan'..campaklah seperti kain buruk..itulah penangan di saat kekosongan bertandang...dan aku...pada ketika ini, adalah pada fasa ini...

aku dah letih bertahan..takde gunanya aku bertahan..sedangkan takde siapa yang akan mempertahankan aku..

aku dah tak punye siapa² kini...namun aku gembira melihat kebahagiaan mereka...

fahamilah aku...ada hati yang perlu dijaga...ada jiwa yang perlu dipelihara..ada raga yang perlu dibelai...kerna itu, biar aku undur diri dari menjadi penghalang kebahagiaan..yang penting mereka bahagia dan tidak lagi menangis...inilah pengorbanan bukan?

aku nak pergi JAUH...seJAUH yang mungkin...paling tidak pun JAUH dari kehidupan mereka....







Friday 6 January 2012

-- Ku BaWa HaTi YaNg LuKa --

...wah..tgk tajuk entry ni pun dah jiwang habiskan...hahaha..saja je propa..mcm "orang² lain" juga...katanyer...yang suka propa dan mengkeparatkan dirinya...

citernya cenggini...pasal "orang² lain" yg suka mengutuk, mengata, mengumpat dan memfitnah aku...macam² citer dah aku dengar..dari macam² mulut yang bercerita...pendek kata..."orang² lain" tu menggambarkan aku ni pada mereka dan keluarga mereka tu tak ada baik langsung!!! 100% buruk dan tak gune...dengan kata lainnya very² bullshit la...semua tak betul..ini tak betul..itu tak betul..aku kontrol sana kontrol sini..aku menentukan semua dalam hidupnya...semuanya aku la...hurmmm..TAPI nasib baiklah ada dikalangan mereka dan keluarga mereka ni BERANI & kembali bertanya kepada aku...apa yang ditanya aku jawab...apa yang tak ditanya...aku diam la..xkan nak memburukkan "orang² lain" yang dah memang BURUK sangat² tingkah lakunya kan...? mereka juga nak kepastian..pada mereka² ni aku ucapkan terima kasih, bagus dan tahniah...

mula² dengar pasal "orang² lain" yang memfitnah aku ni...aku terasa menyirap juga..berasap jugaklah telinga kan...nak jawab satu-persatu setiap tuduhan yang dilemparkan...hurmmm berbaloi kew...? bila fikir sekali..mcm perlu aku jawab..fikir ag sekali..aku ketawa...fikir fikir lagi...letih dah nak layan...fikir dan fikir lagi..kalau aku jawab...haaa...same je la aku dengan "orang² lain" tu....hahahahaha....sebab pada aku "orang² lain" yang aku maksudkan ni dah jadi.....
GILA...!!!!
so..daripada layan karenah orang GiLa...baik aku buat tak tahu jew...takut silap haribulan aku pun sama GiLA...!!!!!! kepada "orang² lain" tu aku suka nak mengingatkan kepadanya sebuah pepatah cina..itupun kalau "orang² lain" faham...."jangan menggigit tangan yang menyuap kamu makan" dalam maksudnya tu...silap haribulan "orang² lain" fikir aku tak nak bagi dia makan plak kan....hahahahaha

Sunday 1 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU...!!!

goodbye 2011.....&

welcome 2012


2011....sudah di penghujung..kurang beberapa detik lagi kita akan menyambut tahun baru 2012...hihihi..ada yang seronok menyambut tahun baru..siap pasang azam baru, walhal azam lama pun tak tertunaikan lagi...ada tu pulak..xde respond pun sama ada tahun baru ke tidak...buat 'dek' je la....dan aku.... aku...hurmmm....teruskan kehidupan ini dengan apa yang aku ada...itu aje...azam baru takde sebab aku menyelusuri hidup ini bergantung sepenuhnya kepada situasi semasa....tak gheti aku nak merancang terlalu jauh...sedangkan usia bukan ditangan sendiri...segalanya Allah swt yang menentukan....
2011...banyak meninggalkan kenangan...pahit dan manis silih berganti...macam ikut syif plak..kejap OK and kejap X....hati dan perasaan dah jadi macam 'imun' dengan setiap kejadian..walau bagaimanapun aku tetap bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah swt kepada aku..pasrah dan redha...

2011...ada ketika hati aku terasa begitu rapuh dengan dugaan..ada kalanya seperti tidak seperti memberi sebarang kesan kepada aku...aku pernah bertunang pada 20 Mac 2011...dan kemudiannya putus pada 07  Julai 2011...tertuduk seketika dengan apa yang melanda dan alhamdulillah aku mampu bangkit semula tanpa perlu menoleh ke belakang...di tahun ini juga aku bagai dilanda badai tsunami cinta...semua kejadian ini bakal mengukuhkan hati dan jiwa aku...

2011...aku telah dipandang serong oleh segelintir manusia...aku dianggap benteng / tembok kepada kebebasan dalam kehidupan dan awalnya aku merasa malu dengan tanggapan mereka terhadap aku...tetapi disebabkan 'sir' yakni hati di dalam hati telah memberitahu kepada aku "kenapa aku harus malu?? sedangkan aku tidak pernah meminta waima 1 sen pun daripada mereka? siapa yang sepatutnya malu? aku atau mereka? persetankan mereka yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri...pedulikan mereka yang tidak pernah 'cermin' diri sendiri...!!".... biarlah aku salah di mata mereka...biarlah mereka dengan persepsi mereka...biarlah aku hina di mata mereka...kerana kemuliaan itu bukan mereka yang menentukan...Allah swt lebih mengetahui...aku akan teruskan kehidupan ini...aku akan teruskan perjuangan ini...walaupun sampai tiada siapa lagi di sisi aku.... 

2011...aku sering muhasabah diri..aku sedar aku banyak melakukan kekhilafan...lantaran itu..dengan kerendahan hati dan ketulusan jiwa...aku memohon ribuan kemaafan kepada mereka semua yang pernah terlibat atau berurusan dengan aku secara langsung atau tidak langsung...mana yang boleh aku perbaiki...aku perbaiki..mane yang tak boleh, takkan aku ulangi kesilapan yang sama...kerana "melakukan kesilapan adalah perkara biasa sebagai manusia, tetapi melakukan kesilapan yang sama berulang kali adalah perkara yang luar biasa"...

2011...selamat tinggal aku ucapkan....2012...selamat datang...hadirnya tahun baru ini maka menginjak lagi umur aku namun, apalah ada pada ANGKA...ia sekadar angka.. semoga tahun 2012 ini akan memberikan sinar kehidupan yang lebih bergemerlapan !!! Amin