Wednesday, 18 April 2012
Tuesday, 17 April 2012
~ KiSaH ArTiS iTeWwW & SwAMiNyA...~ PaRt 4
Ustaz : "makcik...lopeh den tengok² nih.....apo yang den nampak dan pasti...sobona eh...."
***bersambung***
Ibu : "yang sobona eh apo ustaz...?" excited betul si ibu nak mengetahui apakah yang telah dapat 'dilihat' oleh ustaz gendu tersebut...
Ustaz : "anak makcik si Charles ni..dah tokono ubek guno²...yang den nampak..ado kain kapan...tanah kubor..dan minyak dagu...makcik jgn salah paham lak yo..tanah kubor tu yang ori tau...bukan yg cito dalam TB tu..."...ternganga mulut si ibu apabila mendengar telahan ustaz handsome...
Ibu : "peh tu...apo makcik pogholu buek ni ustaz...sogham lak ghaso eh ni..."
Ustaz : "pompuan ni..mmg gilokan si Charles cik Oi...dio nak buek sampai si Charles ni melutut ko dio...menyombah ko dio..dio gak nak si Charles ni lupokan makcik sekuargo...dan yg den nampak...ubek guno² pompuan ni mmg dah jalan dalam tubuh badan si Charles tu..."
Ibu : "alahai ustaz...cenno makcik nak buek ni...ustaz xley ko bantu makcik..." teriak si ibu..mengenangkan nasib anak lelakinya...
Ustaz : "hurmm.....camnilah...den cubolah ikhtiar yo cik...dak Charles ni mmg kono ubekkan...kok dibia kan..mmg dio takkan balik langsung ko ghumah makcik dah ni....kito ikhtiar yo cik...makcik jgn ghisaukan...insyaAllah den cubo bantu mano yang den mampu...yo.... memulo ni...makcik bawak si Charles ni datang jumpo den...den nak bagi sikit air penawar ni ha...kito ni kono buek dan ubek secagho pelahan²..klu tak kang..peghasan plak budak pompuan tu peghubahan si Charles ni..."
Ibu : "yo lah ustaz..buek lah camno pun...asalkan anak makcik elok siuman eh...ghisau bona makcik..ptot lah...elok kato nak putuih hubungan...tetibo plak menikah laghi dgn artis jando tuh...hampeh tul la...."
******
..begitulah kisahnya ikhtiar si ibu untuk mengubati anaknya sang atlit....dipendekkan cerita...si ibu dan keluarga meneruskan usaha untuk kembali mengubati sang atlit...mendapatkan penawar mujarab...untuk menghindarkan sihir yang telah terkena kepada sang atlit...dan DALAM WAKTU YANG SAMA proses pemulihan dan penawar sang atlit...rumahtangga sang atlit dan artis janda getek mula goyang dan retak.....bermacam² gossip timbul...media mula memainkan peranan memaparkan berita rumahtangga mereka berdua.........
******
Sang atlit : "mak...sejak berubat dengan ustaz tu...Charles rasa tenang sangat...lapang sangat fikiran..tak mcm dulu...Charles hanya fikirkan dia dia dan dia...skang ni tak lagi..."
Ibu : "alhamdulillah...makin sembuh dah anak mak ni...pastu...ko nak wat ape lah lepas ni?"...
Sang atlit : "Charles rasa..macam nak seperti dulu mak....Charles pun pelik..mcm mane leh 'terkahwin' dengan dia.."
Ibu : "maksud ko..ko nak bujang balik..? mak tak suruh pun ko ceraikan perempuan tu...fikirkan sikit pasal anak²"....
Sang atlit : "itu Charles tahu mak...skang ni Charles tgh dapatkan nasihat dari ustaz dan peguam...kalau Charles berpisah pun dgn dia...Charles akan pastikan Charles dapat anak² Charles...cucu² mak juga..."
Ibu : "hurmmm....apa² je lah Charles...buat lah ape yang ko fikirkan baik untuk ko dan anak²...anak² tu pewaris hidup kita Charles...mak akan setiasa mendoakan segala urusan ko dipermudahkan oleh Allah swt"...
Sang atlit : "doa mak tu lah yang Charles harapkan......terima kasih mak...." ujar sang atlit sambil memeluk ibunyer.....
******
..alkisahnya di sebelah pihak si artis janda ini...dia dah mula kelam kabut...mula meroyan sana sini..buat statement kat press sana kat press sini...tak ada dah cerita yang baik tentang sang atlit keluar dari mulut dia...satu Langkasuki dah tau yang mereka dalam proses penceraian...semua orang di muka bumi ini dimomokkan dengan 'keburukan' sang atlit...sepertinya si artis janda ni adalah perempuan lindungan Kaabah (katanyerrrr.....)
sang atlit pulak bertindak bijak...hanya mendiamkan diri...bercakap mane yang perlu...tak mahu kecoh² sbb ini kisah rumahtangga....sang atlit tidak mahu aibkan siapa²..biarlah dia tanggung semua sekalipun 1 Langkasuki menyalahkannya sebagai swami bermasalah dan punca penceraian....
..apa yang difikirkan oleh sang atlit...dia hanya mahu bercerai dan mendapat hak penjagaan anak²...namun dia tetap tidak akan menafikan hak si artis janda sebagai ibu..... sang atlit masih muda dan bergetah...handsome + jambu...so peminat dan jodoh ada di mana²....katanyer....peminat mungkin yew ada di mana²..tang jodoh tu susah sikit...hahahaha...
***TAMMAT***
Moral citer ini :
1. Kalau yew pun nak berlaki atau beristeri..jangan sesekali mengamalkan (sihir) yakni ilmu guna² untuk mendapatkan insan yang dihajati...sbb pastinya tak akan kekal...bile sihir itu mula pudar....mase tu....'amik kauuuuuuuu'...
2. Janganlah sesekali berniat nak memisahkan anak dengan ibu disebabkan tidak mendapat restu untuk berkahwin...yew, ia akan terjadi tapi tak lama...kerana perlu diingat..kasih ibu membawa ke syurga...
3. Syurga seorang isteri adalah di tapak kaki suami...dan syurga seorang suami tetap di tapak kaki ibunya...so tentu faham kan....bahawa kedudukan IBU itu adalah yang NO.1 pada seorang lelaki (suami) dunia dan akhirat.....
Monday, 16 April 2012
~ KiSaH ArTiS iTeWwW & SwAMiNyA...~ PaRt 3
..setelah lama mendirikan rumahtangga dengan si artis janda getek + merembes + gersang itu...sang atlit masih belom berani pulang ke rumah ibu bapanya di negeri SukaSuki..di hatinyer terbit rasa bersalah namun cintanya kepada si artis begitu kuat..(kuat katanyer selepas diguna²kan oleh mak esah DUKUN segala DUKUN)...manakala si ibu....
tidak putus-putus memanjatkan doa agar anak kesayangannya kembali kepada keluarga...berjujuran airmata ibu tumpah..begitulah meruntunnya hati ibu setelah anak lelaki kesayangannya dan kesayangan negara itu lari dan berkahwin dengan artis janda miang buluh itu...
******
kuat di hati ibu mengatakan bahawa anaknya tidak bersalah..terdetik di hatinya bahawa sesuatu telah berlaku kepada anak lelakinya..tetapi siapalah dia untuk meramalkan itu semua...si ibu hanya berserah dan pasrah kepada ketentuan...apa pun yang terjadi...sang atlit tetap anak si ibu...kata orang "kasih ibu membawa ke syurga"....
berkat doa yang tidak pernah putus untuk anaknya....maka pada suatu hari...sang atlit telah kembali ke pangkuan keluarga...gembira bukan kepalang si ibu, ayah dan keluarga...malah negara juga gembira dengan kepulangan sang atlit...ibu mane yang tidak kasihkan anak..begitulah hati ibu dan ayah sang atlit....
maka denga kembalinya sang atlit ke pangkuan keluarga...termakbul sudah doa si ibu..terlerai sudah kekusutan...berlalu sudah yang keruh dan kini kembali jernih...sang atlit menangis² memohon keampunan kedua ibu bapa dan keluarga...
Ibu : "baik atau buruk ko Charles...ko tetap anak mak...mak kasihkan ko..mak tak mahu kehilangan ko...walau pada ketika ini ko dah hancurkan hati mak dan ayah...cuma satu yang mak minta...ko hilangkan diri dulu...ko masih bujang...bukan milik sape²..jadi bila kau balik kali ini...mak tetap anggap kau masih bujang...belum beristeri...buat masa ini mak hanya boleh terima ko sorg..." kata ibu sang atlit sambil teresak²....rasa²nya korang faham maksud mak sang atlit ni kan....?
******
beberapa bulan berlalu...dipendekkan lagi cerita yang tak berapa nak panjang ini.....suatu hari...si ibu telah mengadu dan bertanyakan perihal kisah anaknya kepada seorang ustaz...
Ibu : "ustaz...makcik ni ha ado hajat...nak menanyokan kek ustaz...tontang anak makcik yang namo eh Charles tu...alahai..atlit kebanggaan negara Langkasuki ni...."...belum sempat si ibu mengadu dan meluahkan rasa...tetiba ustaz bersuara....
Ustaz : "NO..NO..NO..makcik takyah dah cito apo² kek den ni ha...den dah tahu semuo eh dah.." terkejut beruk tahap babun buntut merah si ibu mendengar kata² ustaz....lantas....
Ibu : "camno lak ustaz leh tahu...makcik lom abih cito ag..."
Ustaz : "alahai...kek paper ado kuar cito diorg...kek TB pun ado..kek rancangan gossip gossok tu..mesti r den tau cik oi..."
..begitulah sedikit petikan perbualan kedua makhluk tuhan ini...ingin mencari kepastian apakah punca sebab musabab sang atlit yang mulanya ingin memutuskan hubungan dengan artis janda berkenaan..tetibe boleh lari untuk berkahwin pula....
..setelah beberapa ketika ustaz bertawakal kepada Allah swt dengan ayat² suci Al-Quran ini..ustaz kembali bersuara..dengan nada yang perlahan dan tenang....
Ustaz : "makcik...lopeh den tengok² nih.....apo yang den nampak dan pasti...sobona eh...."
***bersambung***
~ KiSaH ArTiS iTeWwW & SwAMiNyA...~ PaRt 2
..Begitulah kisahnya di rumah keluarga si atlit berkenaan...namun...atas perikemanusiaan...sang atlit kacak ini tidaklah terus bertindak melulu dengan memutuskan hubungan dengan kekasih hatinya...beliau telah mengajak si artis ini untuk bertemu seperti biasa...
..dalam pertemuan itu...sang atlit telah berterus-terang kepada si artis tentang perbincangan dia dan kedua ibu bapanya...
Sang atlit : "Syg...B dah wat keputusan...B nak ikot kata keluarga...nak akur dengan nasihat mak dan ayah B...B tak mahu melukakan hati keluarga B...merekalah tonggak utama dalam hidup B..maafkan B yew Syg..."
..si artis tersentak dan terkedu apabila mendengar luahan hati kekasih tercinta...baginya Sang atlit lah arjuna hati...dia tak mampu meneruskan hidup tanpa kehadiran sang atlit....getus hatinya.."sanggup kau nak tinggalkan aku..hanya kerana tiada restu ibu, ayah dan keluargamu..tidak mengapa...akan aku ikhtiarkan sesuatu supaya kau melutut dan menyembah aku...aku akan pastikan kau akan meninggalkan ibu, ayah dan keluarga untuk mendapatkan aku...akan aku buat dan aku buktikan nanti"....si artis menahan kecewa dan marah serentak..
..Dipendekkan cerita...si artis ini segera pulang ke kampung halamannya...di belah utara negara Langkasuki....di sana artis berkenaan telah pun berjumpa dengan DUKUN segala DUKUN untuk 'menguna²kan' sang Atlit yang selalu diimpikan...ahaks...kadang² sampai sangap dan merembes teringatkan otot² sang atlit...hihihihi.....
DUKUN segala DUKUN ini pun menjalankan tugas yang diarahkan...asalkan mendapat bayaran yang setimpal...
DUKUN segala DUKUN ini pun menjalankan tugas yang diarahkan...asalkan mendapat bayaran yang setimpal...
..hurm...begitulah hebatnya penangan cinta Sang atlit....si artis ni tak tentu arah dibuatnya setelah sang atlit berkeputusan untuk memutuskan hubungan....demi cintanya kepada sang atlit...si artis sanggup menyekutukan Allah swt.....[astaghfirullah.....]
******
akhirnya....atas ikhtiar dan usaha si Artis...dan setelah ilmu 'guna²' mak esah DUKUN segala DUKUN berjaya...sang atlit melutut di kaki si artis janda yang tak tahu diri itu...sang atlit telah menghilangkan diri dari pengetahuan ibu, ayah dan keluarganya.... beliau itu telah di bawa oleh artis janda gersang itu ke negara jiran iaitu negara Tom Yarm untuk bernikah 'lari'..bukan sambil berlari....
******
..selepas beberapa ketika...riuh rendahlah kisah perkahwinan rahsia sang atlit dan si artis janda gersang itu...berita perkahwinan tanpa restu itu telah seLangkasuki mengetahuinya...dari anjung negara smpailah ke timur Langkasuki..menangis sedu-sedanlah ibu sang atlit mengenangkan perbuatan anaknya...
setiap media cetak dan elektronik tak lepas² mempersembahkan berita hangat lagi vouge ke d'vass seantero dunia...sekalian hamba rakyat dan masyarakat di negara Langkasuki pun berasa sedikit pelik mcm mana perkahwinan ini boleh terjadi..sedangkan kisah percintaan mereka telah lama senyap kerana diketahui umum telah tidak direstui keluarga..hurmmm.......
setiap media cetak dan elektronik tak lepas² mempersembahkan berita hangat lagi vouge ke d'vass seantero dunia...sekalian hamba rakyat dan masyarakat di negara Langkasuki pun berasa sedikit pelik mcm mana perkahwinan ini boleh terjadi..sedangkan kisah percintaan mereka telah lama senyap kerana diketahui umum telah tidak direstui keluarga..hurmmm.......
***bersambung***
Thursday, 12 April 2012
~ KiSaH ArTiS iTeWwW & SwAMiNyA...~ PaRt 1
Kisah percintaan seorang atlit negara dengan seorang artis berstatus janda ini pernah menjadi buah muLut negara Langkasuki...masakan tidak..sang atlit..kacak bergaya..masih muda belia..menjadi pujaan ramai anak² dara [dara ke lagi?]..termasuklah menjadi impian golongan campuran..hik hik... Kisah percintaan mereka pada ketika itu..amatlah menjadi perhatian segala jenis media...dan publisiti yang diberikan kepada mereka bukanlah kecil² anak..begitulah hebatnya tsunami kisah percintaan yang tidak pasti kesudahannya...ialah artis janda itu pun bukanlah muda lagi...lebih 10 tahun beza usia mereka berdua..
Hendak dijadikan cerita..sang atlit kacak tadi pun bawalah si artis janda ini pulang ke kampung halamannya di negeri SukaSuki..dengan tujuan untuk diperkenalkan kepada kedua ibu bapanya..serta berhajat mendapat restu kedua mereka... Setelah selesai sesi perkenalan yang terjadi begitu 'mesra'....sang atlit HOT ini pun menghantar balik artis janda...sebelum kembali pulang ke rumah ibu bapanya...
Hendak dijadikan cerita..sang atlit kacak tadi pun bawalah si artis janda ini pulang ke kampung halamannya di negeri SukaSuki..dengan tujuan untuk diperkenalkan kepada kedua ibu bapanya..serta berhajat mendapat restu kedua mereka... Setelah selesai sesi perkenalan yang terjadi begitu 'mesra'....sang atlit HOT ini pun menghantar balik artis janda...sebelum kembali pulang ke rumah ibu bapanya...
******
Di rumah mereka di negeri SukaSuki...
Ibu : "ko da fikir masak² kew nak kahwin dengan dia tu..?..bukan apa..ko tu muda lagi..dia tu artis pulak...bukan nak syak wasangka..tapi kalau betul ko dah teringin sgt nak kahwin..carilah anak² dara..kenapa mesti dia tu..dah la lebih 10 tahun tua dari ko..pastu janda plak tu...kalau ko tanya mak..mak tak restu...xtau lah abah kau mcm mana.."
Sang atlit hanya berdiam diri...termangu sambil memikirkan kata² ibu....Lantas...bapa pula bersuara setelah melihat anak lelaki kesayangannya termangu sebegitu..
Abah : "mak & abah tak marahkan ko pun...jangan lah ko risaukan...cuma abah & mak nak ko fikir dan timbang²kan secara matang...bak kata omputeh...reconsider...jangan buat keputusan terburu²... abah tengok kerjaya ko dalam bidang sukan tu dah semakin baik dan popular..jangan lah leka pastu ko sia²kan dengan perkara² sebegini...jalan hidup ko masih panjang..fikir²kanlah yew..."
Sang atlit masih berdiam...getus hatinya.."betul juga apa yang mak bapak aku cakapkan...aku masih muda dan jalan hidup aku masih panjang..kenapa mesti aku sulamkan kejayaan aku dalam bidang sukan ini dengan kisah aku dan dia..?"
tetibe ibu bersuara lagi....
Ibu : "mak bersyukur sebab dapat anak² yang baik macam ko dan adik ko..anak² mak semua dengar cakap kan...? mak tak kisah kalau ko nak kahwin...tp pastikan bukan dengan artis janda tu...sebagai anak mak yg baik...mak tahu ko takkan lukakan hati mak...ko takkan hancurkan hati mak....kan sayang..?" sambil ibu mengusap rambut sang atlit....
Sang atlit...mendongak memandang ibunya yang sedang mengusap dan membelai rambutnya...lantas dia memeluk erat ibu...bagi sang atlit...ibulah nyawanya..ibulah syurganya...ibu jugalah buah hati pengarang jantung nya....
Sang atlit : "mak...abah...Charles janji...Charles takkan kecewakan mak & abah...pasal artis tu...Charles janji akan putuskan hubungan dengan dia...Charles nak jadi anak yang baik dan soleh pada mak dan abah..."
Ibu dan bapa Sang atlit tersenyum girang mendengar pengakuan ikhlas dan jujur dari anaknya...Sang atlit yang HOT lagi kacak bergaya (siap provoke ni....hihi)
***bersambung***
Tuesday, 10 April 2012
Dirgahayu Tuanku
Dirgahayu Tuanku
Seluruh rakyat pastinya teruja serta bangga apabila sekali lagi dapat menyaksikan upacara gilang-gemilang menyambut keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong XIV Al-Sultan Al- Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah binti Hamidun ke Istana Negara, Kuala Lumpur.
Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang Di-Pertuan Agong XIV oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan dihadiri oleh semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja kecuali Sultan Pahang pada 14 Oktober yang lalu. Pemilihan dilakukan mengikut peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
Perlantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud yang tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII. Baginda yang juga merupakan Sultan Terengganu menduduki tahta berkenaan semenjak 13 Disember 2006.
Perlantikan Sultan Kedah ini telah mencipta sejarah baru negara kerana berpeluang menjadi Yang Di-Pertuan Agong sebanyak dua kali sekaligus Sultan yang tertua pernah ditabalkan. Baginda pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong V iaitu pada 21 September 1970 – 20 September 1975.
Baginda yang menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1949 telah menduduki tahta Kedah sejak 15 Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959 merupakan Sultan Kedah yang ke-28, menggantikan ayahanda baginda iaitu Sultan Badlishah yang memerintah dari tahun 1943 sehingga tahun 1958.
Tuanku Abdul Halim yang menyambut Jubli Emas iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah pada 15 Julai 2008, kini berusia 84 tahun, diputerakan Istana Anak Bukit dekat Alor Star pada 28 November 1927.
Sekarang ini selain menjadi Sultan Kedah,baginda juga pernah menjadi Timbalan Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Kali pertama Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah antara 21 September 1965 hingga 20 September 1970 iaitu ketika Sultan TerengganuTuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah menjadi Yang Di-Petuan Agong IV.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011 ketika iaitu semasa Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Baginda merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Tuanku Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Sungguh unik serta ironi juga apabila semasa Tuanku Abdul Halim menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada kali pertama pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975, Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu dari 22 September 1970 sehingga 14 Januari 1976.
Kini apabila Tuanku Abdul Halim dilantik menjadi Yang Di-Pertuan Agong XIV…untuk kali keduanya…memanda Perdana Menteri baginda adalah putera Almarhum Tun Razak iaitu Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mula menduduki Seri Perdana pada 3 April 2009 menggantikan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Begitulah sejarah berulang…semasa Tuanku Abdul Halim menjadi Yang Di-Pertuan Agong V, Sultan Kelantan Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim, dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong yangbaharu iaitu Sultan Muhammad V pula merupakan Sultan dan Yang di-Pertuan bagi negeri Kelantan yang baharu dimasyhurkan pada 13 September 2010.
Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 bagi menggantikan ayahanda iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang gering.
Baginda yang masih bujang kini berusia 42 merupakan Sultan yang termuda di negara ini. Baginda diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969.
Sultan Muhammad V merupakan Sultan Kelantan yang kedua dilantik ke jawatan berkenaan selepas nenda baginda iaitu Tuanku Yahya Petra yang dilantik pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975 sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada penggal berikutnya.
Sultan Yahya Petra kemudiannya menjadi Sultan Kelantan yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong menggantikan Tuanku Abdul Halim. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-6 yang bermula dari 21 September 1975 hinggalah kepada kemangkatan baginda pada 29 Mac 1979.
Kini selepas hampir 30 berlalu, sejarah kembali berulang…ketikan Tuanku Abdul Halim menjadi Yang Di-Pertuan Agong XIV, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V iaitu cucunda Tuanku Yahya Petra pula menjadi Timbalan baginda.
Cuma persoalannya kini adalah, adakah Sultan Muhammad V juga akan mengulangi jejak nendanya menggantikan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang Di-Pertuan Agong…semuanya terserah kepada Majlis Raja-Raja untuk memutuskannya serta terserahlah kepada takdir Allah yang menentukannya.
Maka selamat serta sejahteralah Tuanku Abdul Halim serta Tuanku Permaisuri Haminah bersemayam di atas singgahsana payung negara di Istana Negara yang baharu di Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk tempoh 5 tahun yang berkuatkuasa bermula hari ini 13 Disember 2011 sehingga 12 Disember 2016.
SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMAT, MEMBERIKAN TAUFIK SERTA HIDAYAH-NYA DI SAMPING MELANJUTKAN USIA TUANKU BERDUA.
Semoga seluruh Intitusi Kesultanan di negara ini diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah sentiasa.
Semoga dengan perlantikan serta pemasyhuran Yang Di-Pertuan Agong XIV serta Timbalannya ini membawa Malaysia ke arah yang lebih aman dan makmur serta mendapat keberkatan Allah SWT.
Rakyat Kedah dan Kelantan khususnya, pastinya amat bertuah kerana memiliki seorang Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang boleh diibaratkan sebagai gandingan seorang nenda serta cucunda…siapalah kita tanpa orang-orang tua kita.
Tuesday, 3 April 2012
~ Majlis Pengisian Rohani ~
..salam...lama dah tak update blog aku nih...maklumlah busy....(katanyer....) arghhh...lupakan jew la...ari ni aku saje nak bercerita tentang aktiviti aku lately.... recently aku dipertanggungjawabkan untuk buat 3 program...2 program di bawah Majlis Pengisian Rohani dan 1 Kursus....so bile dapat task mcm ni memang aku excited nak jalankan....
tapi sebelum tu...aku nak bercerita tentang kursus yang bakal aku selaraskan ini...kursus ni diberi nama Kursus Penerapan Nilai dan Etika Penjawat Awam...awalnya...kursus ni dicadangkan di Fraser Hill, Pahang...dan bakal diadakan pada 06 - 08 April 2012...dan aku dan beberapa orang teman telah naik ke puncak bukit tu untuk site visit @ 'lawatan tapak'....
NAMUN....atas sebab tertentu (cuaca..keselamatan..pengangkutan) kami dah bersetuju untuk tidak memilih Fraser Hill sebagai venue kursus kami..so aku terus berpaling dan mencari di kawasan Cherating pulak...alhamdulillah....dalam masa tak sampai 1 hari, aku dah dapat deal dengan pihak hotel di Cherating dengan harga yang lebih baik... bak kata teman² aku...tempat yang aku pilih ni adalah yang terbaeeeekkkkk!!!
...kisah kursus ni belum selesai...jadi aku akan sambung kemudian nanti..tumpuan aku...nak cerita pasal Majlis Pengisian Rohani yang mana sesi pertama akan berlangsung esok (16 Mac 2012) di dewan tempat aku berkerja....
...aku telah diminta oleh PPK (ketua cawangan) aku untuk mendapatkan Ustaz Don yang popular di TV Al-Hijrah..beria² lah aku mencari no phone dia...bile dapat...gembira bukan kepalang...then aku call PA dia...jawapan mereka ..."maaf encik, Ustaz Don full booked until Ramadhan"....wahhhhhh..tergezut gak aku....aku sebenarnya tak kenal sapa Ustaz Don ni...jadi carilah di internet....maka inilah dia....
oopppss.....ini mase dia hurmmm...ntahlah...mase dia apa aku tak pasti la....tapi ini adalah Ustaz Don yang fofular tu....
ini juga Ustaz Don sewaktu mengendalikan sebuah rancangan keagamaan di TV Al-Hijrah...
disebabkan aku gagal mendapatkan Ustaz yang dikatakan fofular ni (tapi aku x kenal pun dia...camne tuh?)....aku usahakan pulak beberapa Imam Muda untuk menggantikan tempat dia...then dalam senarai aku adalah IM Aran, IM Fatah, IM Syakir, IM Azhar dan lain²....
akhirnya...pendekkan cerita...aku berjaya mendapatkan no phone IM Hassan iaitu Juara Imam Muda Musim II.....dan IM Asyraf, Juara Imam Muda Musim I.......setelah berbincang beberapa kali dengan PA masing², akhirnya mereka bersetuju menjadi tetamu majlis aku ni....dengan bayaran yang dipersetujui......
..syukur sangat²..akhirnya aku berjaya mendapatkan tokoh² yang tidak kurang hebatnya dalam bidang agama...semoga apa yang aku dan rakan² laksanakan ini akan berjalan lancar dan dipermudahkan setiap urusannya oleh Allah swt....
..sesi pertama akan berlangsung seperti dinyatakan tuh....hik hik..then sesi kedua plak pada 30 Mac 2012....
dipendekkan cerita...selesai sudah kedua² sesi ceramah dalam program yang aku jalankan ini...bersyukur sangat sebab kedua² imam ini memberikan kerjasama yang amat baik...1 hal ini yang aku sangat teruja nak berkongsi dengan kalian...karakter..airmuka..senyuman kedua² imam ini buat hati sejuk dan tenang bagi sesiapa yang memandang....
dipendekkan cerita...selesai sudah kedua² sesi ceramah dalam program yang aku jalankan ini...bersyukur sangat sebab kedua² imam ini memberikan kerjasama yang amat baik...1 hal ini yang aku sangat teruja nak berkongsi dengan kalian...karakter..airmuka..senyuman kedua² imam ini buat hati sejuk dan tenang bagi sesiapa yang memandang....