Monday 25 March 2013

TRAGEDI LAHAD DATU !!! BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM DAN PENCEROBOH DIDEDAHKAN !!!


SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN 
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan.Pertemuan melebihi 1 Jam. 

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari.Pertemuan kurang 1 Jam. 

18.7.2012 - Sehari kemudian,Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO.Imbas semula pada tahun 1994,Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. 

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu,turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram. 

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari.Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. 

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu. 

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" 

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila.Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari,pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence. 

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu,pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang.Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim. 

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 

7.12.2013. - Pada hari yang sama juga,Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA. 

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA. 

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. 
- Pada hari yang sama,di Kuala Lumpur,Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina. 

 28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.
- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah.Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG" 

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times,Reuters,Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! 
- Pada hari yang sama,Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA! 

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"! 

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. 
- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya,Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar! 

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih,memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. 
- Sebuah lagi Media Internasional,Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu! 

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu,bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16,senapang patah,pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau. 

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. 

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari! 

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila. 

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu! 

20.3.2013 - Akhirnya,tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari ! 

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau.Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah,Dibayar dan Dijanjikan bayaran. 

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia",lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu). 

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.

Bersambung...

SUMBER : My Massa 

Pendedahan Sulit Walaupun Ianya Memalukan UMNO!!


Gomo nak dedah satu rahsia. Rahsia yang sepatutnya tak patut aku cakap tapi aku terpaksa cakap coz nak sedarkan Rakyat Malaysia walaupun ianya memalukan UMNO.

SABAH merupakan kubu UMNO, UMNO kuat di Sabah pendek kata tanpa Sabah UMNO akan kehilangan kuasa besar terutama pada PRU 13 ini. Nak bunuh UMNO adalah dengan melenyapkan Sabah. Hilangnya Sabah bermakna UMNO tidak kuat dan akan hilang taringnya pada PRU13 ini.

Anwar Ibrahim tahu untuk menghapuskan UMNO adalah dengan menghilangkan Sabah dari peta Malaysia. Justeru itu agenda sulit diatur. Perjanjian Anwar Ibrahim dan Nur Misuari adalah Sabah. Sabah diberikan kepada Misuari dan UMNO akan tumbang pada PRU13 ini.

Anwar Ibrahim tahu kekuatan UMNO di Sabah kerana beliau menang Timbalan Presiden UMNO dulu pun hasil merasuah perwakilan dari sabah. Agenda Anwar Ibrahim hanya satu iaitu kerusi Perdana Menteri walaupun Sabah diberikan kepada Misuari penceroboh Sabah waktu ini.

UMNO tahu kehilangan Sabah bermakna BN akan tumbang. Demi kuasa yang ada UMNO mesti pertahankan Sabah walau apa cara sekalipun.

Dalam isu Lahad Datu anda semua boleh nilaikan apakah UMNO ataupun Anwar Ibrahim yang merupakan Pengkhianat kepada Negara Malaysia ini. Gara gara kerakusan Anwar Ibrahim mahukan kuasa nyawa prajurit kita dijadikan korban oleh sekutu Anwar Ibrahim penceroboh Sulu.

Puak pembangkang boleh ketawakan UMNO kerana berhempas pulas nak menyelamatkan Sabah dari hilang dari peta Malaysia. Tapi jangan lupa Gelak ketawa anda tidak bermaruah sebagai seorang warganegara Malaysia apatahlagi buat rakyat Sabah yang kini diancam penceroboh Sulu.

Rakyat Sabah bersetuju untuk bersama Malaysia. Jangan kita khianati rakyat Sabah yang mahukan keamanan bukan keganasan dipelopori Anwar.

Anwar Ibrahim mahukan Sabah diistihar darurat yang kemudiannya PRU13 diadakan tanpa Sabah yang akan meletakkan UMNO dan BN dalam bahaya. Yang akan untung adalah Pakatan Rakyat Haram diketuai Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu pihak pakatan pembangkang sehingga kini menyatakan Najib Razak tidak ada telor kerana masih belum membubarkan parlimen kerana pembangkang mahukan Sabah terus diasak oleh penceroboh Sulu dan seterusnya PRU13 tampa undi dari rakyat Sabah.

Ingatlah rakyat Malaysia,sejarah membuktikan bahawa Pengkhianat wujud sejak beratus tahun dulu demi kerakusan kuasa yang mereka impikan Sejahat jahat UMNO tidak pernah mengadaikan kedaulatan negara apatahlagi mengadai Sabah untuk pihak luar sepertimana dilakukan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara dan kita wajib menentang rejim Pakatan PAS, PKR dan DAP pada PRU13 ini. Takbir....

Psssttt..... Selamat hari Polis yang ke 206, selamatkan Malaysia daripada pengkhianat Negara.

SUMBER : http://www.papagomo.com

Tuesday 19 March 2013

TERKINI!!


NASIB MELAYU ESOK... KLiK DiSiNi..

DALANG DI SEBALIK SERANGAN DI LAHAD DATU, MULA DIKENALPASTI... KLiK SiNi..

Thursday 14 March 2013

ISU LAHAD DATU : DAJAL DI DALAM RUMAH - SIAPA JACEL KIRAM RAMOS?

Salam, 

Mohon di baca kenyataan ini, dan semoga akan lebih terbuka minda kita menerima kenyataan bahawa KIRAM ini adalah laknatullah!! kLik Di SiNi...!!

Wednesday 13 March 2013

KANTOI !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! RAHSIA BESAR KONSPIRASI DI SABAH DIDEDAHKAN !!!

Sebelum ini kita didedahkan dengan kaitan pakatan pembangkang dan penceroboh-penceroboh di Sabah. Media Filipina mengaitkan pembangkang kerana parti itu mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan kerajaan BN di Malaysia.

Ada dua perkara penting yang perlu kita lihat dan persoalkan. 

1. Berkemungkinan bahawa pelan asalnya ialah huru-hara di Malaysia akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan BN akan tetapi pencerobohan yang berlaku di Sabah dilihat sebagai strategi ringleaders yang gagal memalukan kerajaan BN.

2. Malah kerajaan BN tidak goyah dan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka mengikuti piawai rundingan dan tindakbalas yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa termasuk Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

3. Tetapi apabila pihak penceroboh memerangkap pasukan keselamatan dengan bendera putih kononnya mahu menyerah diri dan akibatnya, 2 komando VAT 69 terkorban dek helah celaka penceroboh-penceroboh itu, MiM percaya command and action nya berubah.


4. Sikap berhati-hati dan sabar kerajaan dan pasukan keselamatan disambut dengan tipu helah yang menyebabkan wira-wira negara kita terkorban dan rakyat tempatan berasa terancam.

5. Maka strategi awal ringleaders untuk hanya menimbulkan panik dan sensasi menjadi strategi yang memakan diri sendiri dan menyebabkan rakyat amat benci dengan pakatan pembangkang dan pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat di dalam percaturan jahat ini.

6. Pakatan pembangkang menjadi lebih parah apabila muncul suara-suara sumbang tahap mulut longkang yang memperlekeh-lekehkan pencerobohan di Sabah kononnya konspirasi atau wag the dog UMNO dan kerajaan BN.

7. Keceluparan mulut pemimpin pembangkang itu membangkitkan kemarahan setiap warganegara Malaysia yang patriotik dan cintakan keamanan.

8. Begitu juga dengan kenyataan dangkal Nurul Izzah yang memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan sebelum ini. Lihat video di bawah :


9. Strategy gone disastrously wrong. Huru hara dan sensasi pencerobohan menjadi medan pertempuran dan kematian manakala pemimpin pembangkang memperbodoh-bodohkan diri sendiri, dua kombinasi yang bakal menjatuhkan pakatan pembangkang di PRU13 nanti.

10. Dan mengapa Sabah? Mengapa orang Sulu dilibatkan dalam kancah ini? 

11. Yang paling penting sekali, jika strategi huru-hara dan sensasi diakhiri dengan mereka pulang kembali ke perairan Mindanao dan Sulu tanpa pertempuran seperti hari ini, siapakah orang pertama yang akan melompat menjadi orang tengah kononnya akan menjanjikan penyelesaian untuk orang Sulu dan Jamalul Kiram III jika orang ini diberi kuasa politik?




12. Dari segi political mileage, beliau ini akan dianggap hero oleh kaum ini di Sabah itu sendiri. 

13.  Terbukti bahawa BN tidak perlu mencipta konspirasi pencerobohan di Sabah kerana selama ini pun, kaum ini tidak dipinggirkan di Sabah. Malah, Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin juga daripada kaum ini.

14. YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, bekas Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau) juga berasal dari kaum ini. Pokoknya, kaum ini menikmati pembangunan dan mempunyai wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka di negeri Sabah.

15. Selain daripada nama Suluk, kaum ini juga disebut sebagai Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu.

16. Malah, MiM difahamkan bahawa jumlah pengundi Suluk di Sabah adalah seramai 58,808 orang dan tertumpu di hot seats pilihanraya seperti Sandakan (20,772), Semporna (2,871) dan Tawau (8,886)

17. Jumlah pengundi yang tinggi di kawasan-kawasan hot seats ini adalah aset yang sangat penting untuk memastikan kemenangan parti yang bertanding dan selama ini, Barisan Nasional (BN) adalah pilihan utama kaum ini.

18. Dan pakatan pembangkang sangat mengidamkan kerusi-kerusi wakil rakyat di Sabah tetapi tidak mungkin akan dapat mengubah senario sokongan kaum ini kepada BN secara drastik dan impak yang besar dengan hanya berceramah dan menarik pemimpin-pemimpin Sabah yang hampir senja dan kecewa dengan kerajaan BN Sabah.

19. Maka timbul perkara kedua iaitu wujudnya anasir jahat yang sengaja mahu menimbulkan rasa marah kaum ini terhadap kerajaan BN dan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu adalah salah satu daripada modus operandi anasir jahat ini.

20. Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah ( PRESS ) , Mohd Zaki Harry Susanto telah memberi contoh iaitu seorang saudara adalah orang Suluk warganegara Malaysia. Seorang anaknya berkahwin dengan keluarga Kiram. Apabila peristiwa Lahad Datu berlaku, dia kata itu bagus kalau Sabah diambil balik oleh Sultan Sulu. Dia tanya kenapa? Saudaranya cakap baguslah sebab mereka kan Suluk. Ini negeri mereka punya, kalau Sultan Sulu ambil senanglah kita, bangsa mereka memerintah.

21. Zaki membidas dengan berkata cakap negeri ini bukan mereka punya, bukan milik mana-mana kaum, ini milik bersama. Kalau mahu hidup bersama, buang persepsi itu.

22. Kenyataan Zaki ini memang benar dan merupakan moto rakyat Sabah sejak menyertai negara Malaysia pada 1963.

23. Media Filipina mengesahkan bahawa Jamalul Kiram III yang miskin dan mendapat bantuan kebajikan negara untuk dialisis itu di'goda' masuk ke dalam kancah pencerobohan ini.

24. Tambahan pula, MiM difahamkan bahawa tidak mustahil bayaran pajak daripada Malaysia sangat menarik perhatian sehingga ada yang mengaku sultan. Bagi kita RM5,300 setahun tidaklah besar tetapi di selatan Filipina, jumlah itu sangat besar.

25. Berbekalkan upah sebanyak US600 seorang dan senjata api yang agak canggih, Kiram III tidak mungkin mampu atau termimpi mahu 'menakluk negeri Sabah'.

26. MiM juga difahamkan bahawa semasa menjadi pelarian politik dahulu, kerajaan Malaysia yang menerima Kiram III dan keluarga beliau. Tiada penindasan dan kezaliman daripada pihak kerajaan Malaysia tetapi layanan yang baik.

27. Sekarang wujud anasir jahat yang sponsor penceroboh-penceroboh tersebut. Dan timbul isu NGO dari Malaysia yang sponsor US2 juta untuk memastikan pencerobohan itu benar-benar berlaku. Dan the rest is history.

28. Mungkin ada di antara Suluk Sabah yang terguris dengan insiden pencerobohan di Sabah memandangkan kaitan keluarga, saudara-mara dan sebagainya. Mungkin juga ada yang berasa kekok kerana kesetiaan mereka kepada negara Malaysia dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang sengaja mencurah minyak di api.

Tetapi MiM yakin, majoriti kaum Suluk atau Tausug Sabah tidak merasa kesan yang besar dek pencerobohan di Sabah ini.

Malah, MiM yakin kaum ini akan bertambah teguh bersama Barisan Nasional kerana permainan kotor pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang merosakkan keamanan negeri Sabah.

SUMBER : http://www.novandri.blogspot.com


Ops Daulat - Mampos Bunuh Diri Lebih Mulia Berbanding Prajurit Negara Yang Terkorban ? ? ?


Al Fatihah.... semalam kita telah menerima berita dari Sabah bahawa 2 orang pasukan Tentera kita telah terkorban dalam melaksanakan misi mulia iaitu mempertahankan kedaulatan Malaysia ini yang diserang oleh puak penceroboh Sulu. Bukan mereka minta untuk terbunuh disana namun itulah mereka pasukan keselamatan kita yang hidup matinya untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Sejak hari pertama Ops Daulat ini bermula sehingga semalam sudah 10 orang pasukan keselamatan kita terkorban. 8 orang adalah dari pasukan POLIS manakala 2 dari pihak Tentera.
teruskan pembacaan anda di sini!!!

KANTOI !!! BUKTI SOKONGAN MISUARI KEPADA ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN !!! STATUS FACEBOOK MISUARI TIBA-TIBA GHAIB !!!

Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah ingin menunjukkan sokongan dan mengambil hati Anwar Ibrahim,akibatnya ‘posting’ yang sebelum ini diletakkan tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan.Saling tak ubah seperti perumpamaan popular mengenai biskut satu ketika dahulu ‘sekejap ada, sekejap tak ada’.Ia berhubung tindakan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF),Nur Misuari yang secara tidak sengaja telah mengesahkan hubungan baiknya dengan Ketua Pembangkang Malaysia,Anwar Ibrahim seperti yang di dakwa sebelum ini.

teruskan pembacaan anda di sini

Ehsan bin Anwar TAK NAK Balik Malaysia!! Kenapa??


Kes liwat II yang di antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan bakal berakhir tidak lama lagi. Itu pun kalau barisan pembelaan Anwar tidak mati dalam masa terdekat. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sudah menetapkan hujung bulan ini sebagai tarikh penggulungan hujah.

Meskipun Anwar pernah berkali-kali mendakwa bahawa Wan Azizah dan Nurul Izzah mampu membuktikan dirinya tidak bersalah dengan tampil sebagai saksi “alibi” di Mahkamah. Kedua beranak itu tidak muncul hingga barisan pembelaannya menutup kes baru-baru ini.

Namun, apa yang mengejutkan saya ialah perkhabaran yang akan membuatkan Anwar pengsan tak bangun-bangun!

Menurut sumber, anak lelaki Anwar, iaitu Ehsan bin Anwar yang kini berada di New York telah membuat pengakuan kepada seseorang bahawa memang benar Anwar telah meliwat Saiful Bukhari!

Menurut bekas rakan Anwar yang dikenali sebagai Datuk Ishak Ismail telah memberitahu bahawa seorang sahabatnya di New York ada menghubunginya baru-baru ini. Ketika berbual, secara tidak langsung, terkeluar cerita mengenai anak lelaki Anwar itu.

Menurut sahabat Datuk Ishak, Ehsan ditanya tentang dirinya yang enggan pulang ke Malaysia meskipun sudah sekian lama berada di luar negara. Lagipun, ayahnya kini sedang dalam tekanan yang amat dahsyat! Bukan sekadar liwat, cerita ayahnya melanggan pelacur pun terbongkar juga! Nak tunjuk jam Omega pun tak mampu!

Ehsan memberitahu bahawa dia enggan pulang ke Malaysia memandangkan dia segan dan tak mampu nak berdepan dengan Saiful Bukhari. Menurutnya, Saiful Bukhari adalah rakan baiknya. Namun, secara tidak sedar, dia berkata…

“Uncle..saya tak boleh balik ke Malaysia…macamana saya nak jumpa Saiful..?

“Saiful tu kawan baik saya…sah dan sahih uncle…ayah saya bantai belakang Saiful”, kata Ehsan sebagaimana yang didakwa sahabat Datuk Ishak tersebut.

Saya kira, seandainya Anwar terlepas pun dari hukuman berhubung kes liwatnya itu, saya tetap yakin bahawa Anwar memang seorang peliwat. Saiful Bukhari sudah bersumpah bersaksikan nama Allah dan kitabullah. Malah dia pergi ke Mekah dan mengadu kepada Allah Rabbul Jalil!

Kemudian, dengan kuasa Allah, tiada sesuatu apa pun yang buruk berlaku kepada Saiful. Sebaliknya, Anwar pula yang semakin teruk dibongkar kisah gelapnya. Umi Hafilda muncul, Nallakaruppan membongkarkan, Zulkifli Noordin pula mendedahkan kepalsuan dan kejijikan Anwar.

Dan kini, muncul pula anak jantan Anwar yang malu untuk pulang ke Malaysia kerana ayahnya telah “bantai belakang” sahabat baiknya itu. Saya yakin, Wan Azizah, Nurul Izzah, ahli keluarga, sahabat terdekat Anwar dan Karpal Singh tahu tentang tabi’at buruk Anwar ini. Namun demi kuasa, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran itu.

SUMBER : http://www.darulehsantoday.blogspot.com

YUKTES VIJAY PEGUAM LIWAT ANWAR DEDAHKAN KISAH BENAR !


Selama ini kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan diri daripada membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.
Mungkin mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.
Takpe…itu kisah lama.

Kali ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.
Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.

Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.

Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.
Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.

Antaranya:

-Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.
Anwar bersama anaknya, Ehsan

-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?

-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?

-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?

-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?

Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.

Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.
Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya. Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.

“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.

Mengenai Saiful :

Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.

“Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.

“Memang ada DNA Anwar dalam dubur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.

Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.

Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.
APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.
SUMBER : http://www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com

KEKEJAMAN LANUN FILIPINA DI SEMPORNA 29 APRIL 1954


CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA SABAH (29/4/1954)
Hari itu, 29 April 1954, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.

Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.

“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Saya turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.

“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".

“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".

“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.

Petang esoknya, 30 Mac 1954 barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

SUMBER : http://www.ipohmalay.blogspot.com

Tuesday 12 March 2013

10 Kereta Termahal Di Dunia!!


Kos membeli kereta mewah bukan hanya bergantung kepada harga pasarannya sahaja, kos sebenar bermula dari saat anda membeli kereta tersebut. Maintenance, insurans, kadar bunga, kos minyak dan sebagainya kadang-kadang melebihi harga kereta tersebut sendiri.

Audi R8 misalnya, yang berharga kira-kira setengah juta (mengikut harga US), apabila sampai lima tahun, kos penyelenggaraannya akan mencanak naik hingga RM600,000, lebih mahal daripada harga kereta itu sendiri. Bukan itu sahaja, kereta-kereta mewah ini juga akan cepat jatuh nilainya.

Pada lima tahun pertama, majoriti kereta-kereta mewah tertentu akan jatuh nilainya antara 27-47% pada lima tahun pertama, yang menyebabkan kerugian antara RM180,000 - RM500,000 kepada pembeli.

Di sini dipaparkan 10 kereta termahal di dunia yang jika anda ada duit lebih, mungkin boleh beli dan memandu di jalan raya di Malaysia, dan seterusnya tersedar yang betapa berjuta ringgit sekalipun kereta anda, tetap juga akan tersangkut ketika traffic jam.

10. Pagani Zonda C12 F (RM 2.13 juta)

9. Ferrari Enzo (RM 2.14 juta)

8. McLaren F1 (RM 3.1 juta)

7. Zenvo ST1 (RM RM 3.9 juta)

6. Maybach Landaulet (RM 4.4 juta)

5. Koenigsegg Agera R (RM 5.1 juta)

4. Lamborghini Reventon (RM 5.1 juta)

3. Pagani Zonda Clinque Roadster (RM 5.87 juta)

2. Aston Martin One-77 (RM 5.87 juta)

1. Bugatti Veyron Super Sports (RM 7.65 juta)

*Nota: Harga kereta ini diconvert terus dari mata wang US Dollar, tidak termasuk cukai di Malaysia

SUMBER : http//www/thesupercars.org dan Huffington Post

Tuesday 5 March 2013

SIAPAKAH PENCEROBOH DI LAHAD DATU?


Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.


Kronologi:

- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang  berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.

- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.
PBMM Sultan SSDI
(Paduka Betara Mahasari Maulana Sultan Bantilan II)


- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.

- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.

- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.

- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.

- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan sedang memberikan arahan kepada tenteranya yang masuk ceroboh Sabah supaya bertahan kerana Malaysia akan tetap memberikan mereka makanan.

- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.

- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang  katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu. 
Foto: Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.


- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.

- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.

- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.

- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subversif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.

Nota : Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah memberikan ceramah di Lahad Datu pada tahun 2005. Beliau adalah guru perjuangan kepada Sultan Bantilan II. Ustaz senantiasa menjadi penasihat kerohanian Sultan Bantilan II walau pun Baginda Sultan berada jauh di Jolo Sulu Darul Islam. Ketika ceramah ini sedang berlangsung, Sultan Bantilan II berada di sisi Ustaz Hj Halim yang ketika itu Baginda hanya dikenal sebagai DATU LADJAMURA BIN DATU WASIK ARANAN PUYO. KLik SiNi!

Sumber : tausug-global.blogspot.com