Tuesday, 14 May 2013

BEST!! BEST!! JALAN² CUCI MATA DI KRABI, THAILAND ~ 11 - 13 MEI 2013

Ini adalah pLan one of my colleague...Cik Siti Fairuz..eh..bukan...Encik Mohd Fairuz Selamat..gitewLah nama dia...dia yg arrangekan semuanya..dari booking fLight smpailah urusan penginapan serta booking pakej trip yg ditawarkan... Kami pergi ke Krabi, ThaiLand ni..berLIMA... aku, Fairuz, Jue, Jem dan Adi...muLanya aku mcm tak excited la nak p..sbb nak ke pantai² and puLau² ni...terbakar kuLit aku..tapi  once aku dgn budak² ni dah menjejaki kaki di Krabi International Airport...wahhhh....sewonoknya...




Hari pertama sampai..kami dibawa dengan sebuah teksi iaitu..teksi kat sana tak mcm kat Malaysia ni...kat sana teksi rata² van toyota..siap dgn "seat" leather yg mewah ag...memang best laaa... 



 *cantik x Kak Ton...? hahaha 

 kaLau dah cantik..tetap cantik...haha 
MemuLa kitorang di bawa ke sebuah jeti di Phang Nga..kami akan dibawa melawat pantai² dan puLau² di sekitar Krabi..dan yg paLing istimewa..kami dibawa dengan menggunakan 'long boat' dan akan meLawat puLau James Bond..James Bond Island.... 
menunggu di jeti
  









Selesai meLawat semua tempat ni..termasuk James Bond IsLand tu...kami dibawa puLak berkenu (berkayak)...wahhhh...part ni pun best siut...sewonok sangat²...terima kasih Ya Allah...atas kegembiraan yg Kau anugerahkan ini...hihi...aLhamduLiLLah.. 




















Pastu...kami semua dibawa untuk menikmati lunch di kampung neLayan..mcm terapung jew dari jauh...hihi....
ni Lah kampung neLayan tu...sewonok!!!

seLesai semua ni dalam Lebih kurang jam 2.30 petang...kami di bawa puLak meLawat Kuil Monyet atau Monkey TempLe...sebelum seterusnya bergerak ke Hutan Rekreasi (air terjun)...yang dua tempat ni aku tak berapa nak heran La sbb kat tempat asaL aku (JeLebu) ada 2 - 3 tempat air terjun ni...kan....





Seterusnya...baruLah kami dihantar oLeh pihak agensi ke tempat penginapan...nama tempat ni sekaLi dengar mcm lucah jew...tapi nice pLace ok...hahaha..oh yew...resort ni terletak di Ao Nang...! Kat mane..? Ntah...hahaha 




MaLamnya...kitorang jaLan² di sekitar pekan Ao Nang...nak cuci² mata dan cari tempat makan..cari punya cari...sedar² dah jaLan jauh dah...so pas je makan...kami hired satu teksi untuk baLik ke resort... iniLah teksinyer....hahaha....best sungguh..pengaLaman yang tak akan dapat di MaLaysia...
12 Mei 2013 - hari kedua pLak...kami bercadang nak ke Krabi Town dgn tujuan nak membeLi-beLah...nak tahu kami naik ape...? Teksi juge..yang dipanggil Tuk Tuk.. Tuk Tuk ni comeL jew...cute..dan kemas..takdeLah mcm kete KUNING kawan aku tu...sape nama dia ea... Ct Fatimah Mok kot...hahahaha
Just nak share...pemandu TukTuk ni namanya Piw..atau nama IsLamnya...Abdullah...orgnye ELOK...berbudi bahasa...pendek kata (panjang tak kata ape)...dia sorg yang menyenangkan...PLUS...dia pun guna Honda City hokey!! haha... 

Tujuan ke Krabi Town tu...sbb nak ke night market untuk membeLi serba sikit souvenir..sewonok tau...rambang mata peLbagai jenis barang dan perkhidmatan yang ditawarkan...night market ni lebih kurang mcm pasar maLam atau downtown jew...tapi suasana mereka berniaga tu ada keLainan sikit...peramah..baik hati..
iniLah tempatnya....memang penatLah seteLah dua hari bertandang ke rumah orang..so esok masanya akan tiba utk baLik ke Kuala Lumpur..sedih gak rasanya..tapi nak wat camne...pakej percutian kami akan tamat kurang dari 24 jam...

KesimpuLannya...memang terbaikLah trip ini...rasa mcm nak pergi Lagi...adoiyai....

Beberapa perkara yang ISTIMEWA dan LAIN yang menarik perhatian :-
1. Harga minyak kat ThaiLand memang mahaL...tidak hairanLah kaLau harga kereta diorg murah sikit dari MaLaysia.. Jadi sebagai rakyat MaLaysia..perLuLah ada rasa bersyukur kerana kerajaan sedia ada ni banyak membantu...(faham kew...? org sibuk kata kt Malaysia kete mahaL..kt ThaiLand kete murah..tp perasan x yg petrol di Malaysia jauh lebih murah dr negara Luar mcm ThaiLand tu..? sbb petrol merupakan kegunaan SELURUH rakyat Malaysia tanpa mengira darjat..maka ia sepatutnya murah...)

2. Hampir 60% rakyat Krabi adaLah penganut agama IsLam...jadi tidakLah sukar utk mencari restoran makanan MusLim

3. Sewaktu tsunami tahun 2004, Krabi juga mendapat sedikit tempias dan beberapa kawasan telah dinaiki air

4. 3 - 4 kaLi juga terserempak dengan Proton Exora di Krabi...kete Lain takde kt Krabi ni...majoriti HONDA & TOYOTA....

5. Sewaktu di night market ..ketika orang berpusu² dgn urusan juaL beLi..tetiba semua orang berdiri tegak...yg berbasikal berhenti berbasikal dan berdiri tegak..para peniaga..pembeLi..peLancong..semua sama..berdiri tegak tanpa disuruh atau dipaksa...aku pun samaLah ikot ape diorg yg wat...rupe²nya keadaan begitu terjadi kerana Lagu Kebangsaan ThaiLand sedang bekumandang...perghhh...respect siut... pasti takkan berLaku kat MaLaysia...

6. Rata² masyarakat di Krabi ni peramah, mesra dan tidak sombong...cume mostLy mereka ini tidak boLeh ber Bahasa Inggeris...adoiyai...kat airport mcm tu..kat 7-E pn mcm tu...susah kami tau...hik hik...(ada terserempak dengan mereka yg pandai ber Bahasa Melayu....)

7. Setiap kaLi bercakap dengan masyarakat tempatan, PASTI diorang akan berbahasa SIAM sbb mereka menyangka KAMI yg berLIMA ni orang SIAM juge..(dr struktur wajah kami dgn orang Perlis dengan orang Siam x jauh beza pun...)

Sekian, ituLah coretan aku untuk percutian tak berapa nak panjang ini...hihi

EKSKLUSIF !!! SAH !!! PRU13 : KUBURKAN IMPIAN DAN PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM !!!


Pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim masih belum berpuas hati untuk memberontak terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu yang memihak kepada Barisan Nasional dengan mengadakan rapat umum di Pulau Pinang pula.Bezanya jika di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu menarik kehadiran kira-kira 40,000 orang namun di Stadium Batu Kawan,Pulau Pinang yang datang untuk mendengar celoteh tidak sampai 20,000.macam biasa puak pembangkang mengatakan yang datang adalah ratusan ribu.celah mana ratusan ribu ??? inilah pembangkang,semuanya nak kencing rakyat dengan angka.Ini merupakan satu jumlah yang agak kecil jika dibandingkan kapasiti stadiumn tersebut boleh menampung lebih 60,000 orang.Rata-rata yang datang untuk berhimpun sambil meneruskan kemarahan mereka terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah golongan muda di antara 21 hingga 40 tahun. 

Satu perkara yang ketara boleh dikatakan lebih 90 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kedua-dua perhimpunan tersebut terdiri daripada penyokong-penyokong berbangsa Cina.Kesimpulannya pengundi Melayu yang menyokong pembangkang nampaknya lebih rasional dan berfikiran terbuka dengan menerima kemenangan pada PRU13 pada 6 Mei lalu.Bagaimanapun pengundi Cina yang dibakar semangat mereka oleh Anwar terutamanya terus yakin di benak hati mereka bahawa kemenangan sepatutnya di miliki pakatan pembangkang tempoh hari.Mereka sebenarnya mempunyai fantasi yang tidak berpijak dibumi nyata tetapi memilih untuk mempercayai Anwar yang terus membohongi bahawa kemenangan mereka telah dinafikan oleh SPR.Namun apabila Anwar didesak untuk membuktikan bagaimana SPR kononnya telah menerbangkan lebih 40,000 pengundi asing dari Bangladesh yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA),beliau sehingga kini membisu seribu bahasa.Begitu juga dengan dakwaan pembangkang mengenai dakwat kekal yang kononnya tidak kekal. 
Namun penggunaan dakwat kekal adalah antara lapan tuntutan Bersih yang telah dipersetujui oleh SPR tetapi apabila dilaksanakan pembangkang pula mempertikaikannya.Begitu juga dengan senarai daftar pemilih yang terus dipertikai oleh pembangkang sehingga ke tempoh berkempen walhal SPR telah memberi semua pihak secukup masa untuk meneliti satu persatu nama di dalam daftar jika mereka kehendaki.Untuk mengguatkan dakwaan bahawa SPR menipu semasa proses pengiraan undi,pembangkang mencipta cerita bahawa kononnya TNB pula bersekongkol untuk menyebabkan ‘blackout’ atau putus bekalan elektrik di beberapa tempat mengundi.Kejadian ini dakwa mereka menyebabkan pembangkang kalah di beberapa tempat tetapi dakwaan ini telah disangkal oleh salah seorang calon Dap yang bertanding di Ketari, Pahang bahawa tidak pernah berlaku insiden tersebut sebagaimana yang canangkan di dalam laman-laman sosial media secara meluas.Pembangkang memikirkan bahawa dengan melontar sebanyak fitnah dan pembohongan terhadap SPR,pilihan raya semula akan diadakan atau setidak-tidaknya rakyat akan bangun menentang kerajaan.


Untuk menunjukkan apa yang dilakukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang adalah wayang politik semata-mata ialah betapa segeranya pembangkang di Pulau Pinang dan Kelantan menubuhkan kerajaan sehari selepas kemenangan mereka dengan upacara mengangkat sumpah ketua menteri dan menteri besar.Perdana Menteri mempersoalkan mengapa pembangkang hanya mengiktiraf keputusan di peringkat negeri yang memenangkan mereka dan menolak keputusan di peringkat pusat di mana mereka kalah walhal pada kedua-dua peringkat sistem yang sama digunakan secara terus menerus oleh SPR sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.Ini adalah satu sikap hipokrasi paling besar yang ditunjukkan oleh pembangkang kerana mereka dahulunya mendakwa rakyat adalah penentu sebenar kepada keputusan dalam PRU13.Namun apabila impian mereka untuk ke Putrajaya gagal,individu pertama yang meraung kerana kecewa tidak lain tidak bukan adalah Anwar sendiri.Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat yang kononnya bulat menyokong pembangkang pada PRU13 tidak membeli kelentong beliau dan akhirnya memberi mandat kepada BN. 


Anwar tidak dapat menerima dalam sanubarinya bahawa menang kalah dalam sesuatu pertandingan adalah lumrah apatah lagi dalam pertandingan memilih sebuah kerajaan.Rakyat memilih BN kerana selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia sejak merdeka,BN telah membuktikan bahawa ia mampu bukan sahaja membawa kemajuan dan kemakmuran kepada negara malah berjaya mewujudkan kerjasama politik yang menghasilkan kestabilan, keharmonian serta semangat muhibbah antara semua kaum. Inilah yang menjadi pembangkang terutamanya Anwar dan Kit Siang yang tidak dapat menerima kejayaan yang dilakukan oleh BN selama ini.Pembangkang cuba meniru model BN dengan menjadikan slogan seperti ‘Ketuanan Rakyat’ dan sebagainya tetapi ia hanya sekadar retotik kosong yang tidak ada apa-apa nilai dan makna. Seperti mana yang dilihat daripadam keputusan PRU13 yang memperlihatkan ‘swing’ atau sokongan besar pengundi Cina terhadap pembangkang,isu rasisme atau perkauman masih membelit pemikiran penyokong-penyokong mereka.Pembangkang tetap tidak dapat mengikis sifat perkauman yang tebal di kalangan pemimpin-pemimpin mereka dan justeru mereka menggunakan kelebihan itu untuk meraih undi.Sifat perkauman inilah yang akhirnya mengguburkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bersama-sama pembohongannya yang dijaja sekian lama. Renung²kan...



Tuesday, 7 May 2013

PRU - 13 ~ PENGUNDI HANTU - PETI DI BAWA LARI - DAKWAT KEKAL

Hari ini, 07 Mei 2013 telah dua hari PRU 13 berakhir. Barisan Nasional telah berjaya membentuk kerajaan pusat walau menyaksikan kehilangan beberapa kerusi.   Begitu juga dengan penguasaan di Negeri telah menyaksikan Barisan Nasional telah kehilangan beberapa kerusi DUN.
Penguasaan Pakatan Rakyat juga semakin meningkat, tapi sedarkah kita wahai umat Melayu dan Islam bahawa dalam Pakatan Rakyat itu, parti komunis DAP lebih mendahului PKR dan PAS? Pernah tak kita terfikir, andai Pakatan Rakyat yang menjadi sanjungan ramai goLongan muda (belia dan mahasiswa) ini berkuasa baik di peringkat ParLimen & DUN - sudah pasti parti komunis DAP yang akan mengetuai barisan kepimpinan dan pentadbiran negara!! Adakah ini yang mereka mahukan? Jom kita semak semula statistik keputusan PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008).

Dengan statistik di atas, telah memperLihatkan bahawa penguasaan BN begitu merosot jika hendak dibandingkan dengan PRU 12 dan PRU 13. Cer kita tengok statistik terkini bagi tahun 2013 ini.
Adakah anda nampak apa yang saya nampak? Dalam Pakatan Rakyat, parti manakah yang mendahuLui dan lebih diterima? Bukankah daLam statistik ini ini BN teLah mengaLami penyusutan undi dan kerusi? Jadi, kenapa Tok Liwat AnuWar Berahim ni masih menyalak tentang Pengundi Hantu, peti undi dibawa lari dan terus menyalahkan SPR kunun²nya tidak TELUS??  

Pengundi Hantu? 
Pengundi hantu..ituLah yang paLing hangat diperkatakan sepanjang proses pengundian berlangsung. Macam² tuduhan dihamburkan oleh pihak lawan terhadap kerajaan, kununnya pihak kerajaan telah mengimport mat² bangLa untuk menjadi pengundi..ini saLah sorang mangsanya..
Lelaki India ini disangka pengundi hantu hanya kerana mempunyai nama Chua Lai Fatt dan tanpa menyeLidik beLiau ini telah dihaLau dari kawasan mengundi oleh pihak Lawan. Sedarkah mereka bahawa LeLaki ini adalah anak Malaysia, dilahirkan di Malaysia - diakui beliau seorang India tetap sejak beLiau diLahirkan beLiau telah dijadikan anak angkat sebuah keLuarga Cina! Malah mangsa ini begitu fasih berbahasa Hokkien dan  Mandarin, disahkan puLa oleh rakan² mangsa yang terdiri daripada anak watan Malaysia yang sama² bersekoLah dengan beLiau.
Saya sungguh bersimpati dengan mangsa ini dan cukup benci dengan cara berfikir pihak Lawan. Jika betul sekaliLah kerajaan mengupah pengundi hantu..bukankah semua telah ada dalam rekod SPR? 

Contoh 1: 
Kawasan A mempunyai 12,000 pemiLih berdaftar. Calon bertanding 2 orang. Setelah berlangsung pengiraan, caLon I memperolehi 8,000 undi dan caLon II memperolehi 2,500 undi. Ini bermakna jumLah keseluruhan undi ialah 10,500 dan  1,500 lagi tidak turun mengundi. Dari sudut pengiraan jumLah pengundi pun kita boLeh tahu samada kawasan itu ada pengundi hantu atau tidak. 

Contoh 2:
Kawasan B tu ada 12,000 pemilih berdaftar, caLon I dapat 8,000 undi, caLon II puLa dapat 9,500 undi, jumLahkan maka jadi 17,500 undi, berlebih 5,500 undi dari jumLah pemilih berdaftar. Disinilah akan bermula masalahnya tapi tidak pernah terjadi dalam sejarah pilihanraya kejadian seperti di Contoh 2 ini.

"Saya pernah jd ptugas SPR utk pilihanraya.. Pepagi di pusat mengundi..para petugas akan diberi snarai nama..salinan yg sama akan diberi kpd wakil2 parti yg brtanding atau dipanggil agen. Wakil2 parti ni akan duduk dlm pusat mengundi brmuLa dr pendaftaran smpailah selesai pengiraan. Para pengundi akan daftar di meja petugas..disemak IC..seteLah kedua2 wakil parti brpuashati..baru leh mengundi.. Dah habis mngundi..semua pintu dan tingkap akan dikunci, pihak poLis akan membuat kawaLan di Luar pusat..ketika iniLah proses pengiraan kertas undi akan berLangsung. Semua kertas undi akan dikira brsama2 ketua pusat mengundi serta WAKIL2 agen parti yg brtanding..hasilnya akan diisi daLam borang yang  diketahui sebagai Borang 14.
Keputusan yang diperoLehi akan ditandatangani oLeh ketua pusat mengundi dan wakil² agen parti td.. Pada ketika ini, kertas-kertas undi yang telah dikira tadi TIDAK LAGI PENTING kerana pengiraan dan keputusan telah diperoLeh. Maknanya, spnjang proses mengundi brlangsung, wakil² agen parti iniLah yg menjadi saksi keteLusannya.. Klu ada yg PELIK..pasti wakil² agen parti tu buat bantahan awal.. PrsoaLannya..mane dtgnye PENGUNDI HANTU ni? Xkan wakil² parti x tahu sape yg sudah brdaftar sbb senarai nama sudah diberi? Jumlah pengundi pn sudah diketahui oleh wakil² parti td.. Benarkah PENGUNDI HANTU ini wujud atau sekadar momokan utk menyaLahkan org lain? " 

Persoalannya, tidak teLuskah lagi SPR ini? Banyak sangatkah hantu yang terdapat di Malaysia ini atau hantu² berkenaan sengaja diwujudkan oLeh Tok Liwat AnuWar Berahim untuk memberikan gambaran yang buruk kepada kerajaan??

Peti Undi Dibawa Lari? 
Ini lagi 1 haL, kunun² ada kompLot menyatakan bahawa peti² undi (sebiLangan) telah dibawa Lari. Mati hidup baLik statement iniLah yang paling lawak. Seperti yang dinyatakan di atas, "Semua kertas undi akan dikira brsama2 ketua pusat mengundi serta WAKIL² agen parti yg brtanding..hasilnya akan diisi daLam borang yang  diketahui sebagai Borang 14. Keputusan yang diperoLehi akan ditandatangani oLeh ketua pusat mengundi dan wakil2 agen parti td.. Pada ketika ini, kertas-kertas undi yang telah dikira tadi TIDAK LAGI PENTING kerana pengiraan dan keputusan telah diperoLeh". 

SeLepas satu² keputusan diperoLeh utk 1 pusat mengundi, lantak korangLah nak bawa lari ke tidak peti undi tu..nak bawa lari kertas undi pun takpe, asaLkan Borang 14 ini ada dan selamat di tangan Ketua Pusat Mengundi untuk dihantar ke Pusat PenjumLahan Undi.  Kertas ini hanya akan dikira semuLa atas permintaan dan kes sahaja. Hanya sebagai syarat jew peti dan kertas undi tu dibawa ke pusat penjumLahan undi. Bagi mereka yang tidak tahu tentang prosedur SPR tentang proses undi dan pengiraan ini, maka macam² spekuLasi akan timbul. Sampaikan cerita bawa Lari peti undi pun jadi hangat semacam. Pada mereka yang di Luar sana tu, kaLau tak tahu bertanya..jangan main tuduh SPR tak teLus kerajaan upah pengundi hantu bagai..jangan jadi BODOH SOMBONG atau bodoh takLeh diajar pandai takLeh diikut!!!

Dakwat Kekal (Yang Tak Kekal)
Dakwaan tentang dakwat yang digunakan tidak kekal mungkin ada benarnya. Tapi apa masalahnya?? Baru 1 jam mengundi, dakwat masih ada di jari..sampai di rumah, terus cuci dan sental kuat² sampai terkopek kuLit jari...pastu snap picture dan upLoad..bagitau 1 dunia, dakwat yang digunakan SPR tidak kekaL. Macam niLah..cube korang sental hidung korang tu kuat² atau gesek muka korang dengan berus yg korang gunakan untuk menyental dakwat tu..agak² apa jadi kat hidung dan muka korang????  Hidung dan muka korang pun akan jadi TIDAK KEKAL! Dumb!

Sekian, maLas dah nak citer pasaL PRU13 ni. Benda dah berLaLu, so ada yg kaLah dan yang meNang..jaLankanlah tanggungjawab masing² bersesuaian dengan akujanji dan manifesto yang telah diuar-uarkan.

Cuma ada beberapa perkara hendak dicadangkan kepada YAB PM tentang langkah² yang perlu diambil bagi mematikan niat jahat parti komunis DAP ini.!