Thursday, 30 March 2017

HIMPUNAN CERITA SERAM KEM PLKN (PART 4)

KISAH 9
Image may contain: one or more people
Aku ingat lagi semase hari pertama aku melapor di kem PLKN Kuala Pilah sebagai jurulatih pada penghujung tahun 2008. yg bestnye, mlm pertama lagi dah kene salam perkenalan. aku dgn k-roll yang plg awal melapor. tapi operator kem tak dpt sediakan bilik untuk kiteorang. so kami pun tido la di bilik pelatih L3. mula2 ok. tapi masuk pukul 2 pagi, die start dah. ko bygkan pintu bilik kami mcm nk pecah kena hempas. dentam dentum. yg peliknya, pintu bilik lain tak pula berbunyi. angin pun takde. aku on suis lampu...tros takleh tido. bukan sebab takut, tapi bising. 

kawan aku pula bole tido lena, boleh berdengkur kuat pulak tu. esoknya aku tanye die. tak dengar ke bunyi bising mlm tadi. die punye jawapan simple je....

"entah."

cerita sorang lagi kawan aku pun tak kurang bestnye. die start masuk dari awal tahun 2008. dia ni duduk kat air hitam johor. so klu balik ke mersing, dia selalu la balik awal ke kem. yg aku tak pahamnye, die akan bertolak dari rumah pukul 11 or 1 malam. nak elak dari bertembung dengan lori katenye. sebab jalan kluang-mersing mmg banyak lori tanker n balak, tapi klu malam kurang kenderaan sikit. memang berani mamat ni. dia cerita kat aku lagi, pernah sekali tu dia sampai kat kem pukul 2 pagi. mase dia nk hidupkan suis lampu kat bilik air pelatih dan kaki lima, dia nampak satu lembaga perempuan berambut panjang, pki baju putih di tepi pintu bilik air. so kawan aku ni buat2 tak nampak n tros masuk bilik dia. plg teruk, mase tu dia baru melapor di kem tersebut. satu hari tu dia nk sembahyang subuh kalau tak silap, so dia pun ambil air sembahyang kat bilik air pelatih, (sebab buddy bilik die guna toilet bilik warden) mula2 dia tak rasa apa. tapi tibe2 je dia rasa sejuk lain macam. bile dia toleh je kat belakang, perempuan berbaju putih n berambut panjang tengah berdiri kat belakang dia. sebijik mcm ju-on die kate. mula2 die terperanjat gak. tp die dpt control diri die. bile die toleh lagi sekali benda tu dah takde.

mamat ni juga pernah kena kacau mase dia baru lepas buat sembahyang tahajud kat bilik dia. kebetulan, aku dengan budy bilik aku tak sampai lagi. so dia pun duduk la bilik dia (L5) sorang2 sambil tgu kiteorang sampai. pukul 1 pagi, mase baru lepas solat tahajud, die pun berzikir....tibe2 ade bende mcm hentak cermin tingkap bilik die. memang kuat smpi kawan aku ni terperanjat. tapi die tak bergerak dari sejadah, die terus berzikir. lepas tu bunyi kucing bergaduh pula...lame2 benda tu hilang. member aku tau, kat luar tu bukan kucing, tapi syaitan nk kacau org beribadah. esoknya, baru dia terpikir. jenang tingkap dia ada jaring nyamuk kat luar...mcamana blh dengar bunyi orang tepuk tingkap tu dari luar. klu org yg buat, mesti jaring tu dah koyak. sah memang syaitan punya kerje.

KISAH 10
Image may contain: one or more people
Aku nak share ngn korang pasal kisah aku di kem plkn cherating ..ia mengenai keseraman yang aku alami.dunia misteri..hhahah..

aku terserempak dengan benda atau jin yang mungkin ingin menguji kekuatan iman dan keberanian aku..
Ada hantu kat PLKN??biar betol!..

tapi itu la yang realiti aku sendiri nampak..x taw la istilah ape yang boley aku sebut,jin ke,makhluk ape ke..kejadian ni berlaku pada minggu kedua aku bekerja di kem plkn ni..pada masa itu,dalam pukul 12.30 malam lebih kurang lebih,aku sedang mop lantai di kawasan sinki pelatih plkn membasuh tray2 makanan diorang..kawasan sinki pelatih ni agak lapang ,dan mengadap kolam plkn..agak hujung dari kawasan sinki ni ade setor sampah..jadi aku pon mop la lantai,bese la lantai sinki budak2,kotor macam haram..semua ade kat lantai,nasi,tulang ikan,sayur,ayam..belaka ada..aku buang2 sisa2 tu dan aku mop lantai tu..

sambil2 aku mop tu,aku dgr lagu kat telinga ni.sedang asyik aku mop lantai..tibe-tibe............ade seorang pekerja lelaki lalu sebelah aku dari arah belakang aku,kirenya aku x nampak la muka dia,dia memakai baju pekerja berwarna kuning..time dia lalu tu,aku ingatkan kawan aku yang bernama Din.aku pon panggil la DIN!DIN! tapi tak menyahut pon..aku pon ikot la dia dari arah belakang agak jauh sedikit dari dia..dia tu menuju ke arah setor sampah,aku pon pergi la kat setor tu..dalam otak aku,aku fikir maybe Din nak buang sampah ke or amek troli sampah..

tapi bile aku sampai kat setor yang tak berlampu lagi gelap tu,tiada sesiapa pon..mane Din ni menghilang??terdiam aku sekejap fikir mane din ni..aku pon cepat2 la ke kawasan depan,kat dewan makan..bila sampai kat dewan kat depan tu,aku nampak Din sedang menyapu sampah bersama mak cik sorang lagi yang bernama Mak KU..aku tanya la din,sama ada dia ade pergi ke setor belakang tu,dia cakap dia menyapu sampah dari tadi lagi bersama Mak KU dan Mak KU mengiyakannya..jadi yang aku terserempak tadi bukan la kawan aku ,DIN tapi ‘BENDA’ lain la..kerana pekerja lelaki untuk bahagian malam hanya 2 orang saje,iaitu aku dan Din,bukannya 3..aku dah mula rasa cuak dan agak seram..sebenarnya siapa yang aku ekori sampai ke setor sampah tadi??tapi aku cube tenangkan diri dengan buat tak taw je dan dengar lagu kat telinga ni..sejak peristiwa seram2 pelik tapi benar tu berlaku,aku mop lantai sinki pelatih pada pukul 8 malam..tidak lagi pada pukul 12 .30 malam ataupun 1 pagi..mungkin ‘BENDA’ tu saje nak test keberanian aku kot..huhuhu..lagi pon mungkin ni tempat dia memandangkan Kem Plkn ni terletak agak jauh dalam hutan..jadi tak hairan la kan..ia tetap misteri.

(sumber: ibnuhuseiny)


SUMBER: https://www.facebook.com/PisangBerborak/photos/pcb.920874978055355/920874871388699/?type=3&theater


HIMPUNAN CERITA SERAM KEM PLKN (PART 3)

KISAH 7
Image may contain: 1 person
Aku nak cerita mngenai pengalaman aku sepanjang tinggal di sebuah kem PLKN Zon E di mersing.

Dah bertahun dah berlalu. sekarang aku di tugaskan di sebuah kem berhampiran gunung ledang. Mmg ade gangguan, tapi tidak seteruk kem lama aku dulu. Klau korang ingat lagi, aku pernah cerita psl kejadian2 pelik di sebuah kem PLKN di selatan tanah air, smpadan dengan negeri pahang,

Kumpulan 3 siri 6/2009. klu disebut kump 3 ni, selalunya pelatih mmg kepale gile2 punye. Kebanyakan dari latar belakang yg tidak berape baik. ade yg dari sekolah juvana, ade yg baru keluar penjara, ade yg bohsia, bohjan,,,mat rempit jgn cite, brsepah. kirenye dieorang ni ramai yg hati kering la. tapi selepas kejadian histeria yg kaw2, ramai yg kecut perut. kau pernah tgok org mngaku gangster tido satu katil dengan mat rempit? aku dah saksikannya.

semuanya gara2 disebabkan sebuah pulau kecil dihadapan kem. kalau waktu siang, pulau tu mmg cantik dgn latar belakang laut china selatan n pantai yg landai. tp melalui cerite mulut org2 kampung, pulau tu antara yg plg haunted sekali di Mersing. Dulu, pulau tu tmpat orang buang ancak, buang saka, hantu, tmpat org pasg hajat, tmpat org menurun n mcm2 bnda khurafat lagi. kadang2 kalau aku pg mancing jumpe la barang yg pelik2. pernah sekali aku jmpa botol balut kain kuning. tapi aku tak berani nak usik.

Histeria tu bermula bila seorang wirawati ternampak seorang nenek duduk di gazebo menghadap laut. mase tu waktu maghrib. Mula2 pelatih tu cme berjalan dgn pelik, die seret sebelah kaki sambil berjalan. bile di tanye kenape jalan mcm tu die kate die sakit kaki sebab jatuh. lepas saja isyak, budak tu dah start mengaruk. lintang pukang semua pelatih. jurulatih pun ramai yg kecut perut. tak sampai sejam, berjangkit pula pd yang lain. lepas keadaan reda, gangguan dlm bntuk lain pula. rmai pelatih dah mula start nampak benda yg bukan2. plg selalu dieorang nampak perempuan pki baju putih berjalan di kaki lima semasa waktu maghrib. muka cantik, tp ade juga yg jumpa mukanya hodoh. jelmaan permpuan ni pula tinggal di sebuah perigi lama di belakang kem. 

aku masih ingat lagi, seorang wirawati ni mmg selalu dikacau perempuan ni, klu kene sampuk, dia nak terjun ke dlm perigi tu. tapi plg takut kalau nenek kebayan tu mula start menjelma. lagi kecoh kem di buatnya. member j.l perempuan aku pernah try baca yasin dlm blk, tp makin hebat gangguan. last2 die berselubung dlm selimut. pintu kene hentak, dgar dinding kena cakar tu la bntuk gangguan yg plg kerap.

tu cerita di sebelah blok wirawati. Blok wira pula, dorm PL10 plg menakutkan. sebab dorm ni dikatakan btul2 di laluan makhlus halus nk kepulau tu. Buddy aku pernah trnampak pocong berdiri sebelah loker semasa dia lalu di dorm tersebut. Member aku yg lain pula pernah ternampak kelibat orang tergantung di kipas, mcm orang bunuh diri. Tak cukup tanah die lari. Ketua j.l aku pula pernah tersampang dengan lelaki yg pecah mukanya di blok tu. Memang btul2 hodoh lah. dia ingatkan pelatih nk pergi hisap rokok. tapi makhluk lain rupanya. Kalau kene tegur tu biasalah masa lalu di dorm PL10. aku pun pernah kene tegur..dengar suara cam org panggil "cikgu". aku cpt2 jalan sebab aku tau takde pelatih dlm dorm, semua dh pergi dewan makan.

Aku pula tinggal di dorm paling hujung sekali. seksa betul kalau nak balik sorang2. Dorm PL15, situlah terletaknya bilik aku. dlm bilik ni, aku berkongsi dgn 3 orang j.l yg lain. tiada bilik air, so kami trpaksa kongsi bilikair dgn pelatih yg lain. pernah sekali, seorang pelatih India cakap dia ingatkan aku yg mandi malam2. (sebab aku gile mancing mase ddk di sana) jadi die plan nak sergah aku. Mula2 dia dngar bnyi shower dibuka, bnyi mcm orang mandi. dia pun trus pergi ke bilik air tu. lampu trbuka, shower mmg keluar air, tapi aku takde. so dia ingatkan aku dah menyorok. lepas tu dia pun pergi la kat shower tu, sekali baru dia perasan takde kesan tapak kaki dkt area lantai bilik air. klu aku mandi, mstilah ade kesan tapak kaki dia kata. sabun pun tak ade. langsung takde menunjukkan kesan2 org tgh mandi. cuma shower je on.masa tu bulu tengkok dia start naik. tapi dia cool lagi. 

so dia pun keluar n sempat tutup lampu. tiba je kat katil, dia dngar lagi bunyi shower n dari tepi katil dia, jelas dia nmpak lampu bilik air dah on. terang bnderang bilik air tu. Dlm masa yang sama juga, dia baru teringat aku dgn buddy aku tak balik lagi, weekend balik kampung. So sape yg mandi tgah2 malam? korang tau pukul berape masa tu? pukul dua pagi. Macha tu terus lompat atas katil. Dia cuba tido tapi bunyi shower tu makin kuat. die cerita kat aku beberapa hari sebelum balik. lepas tu aku pun kecut nak mandi malam2 sorang diri kat bilik air tu.

KISAH 8
No automatic alt text available.
Sepanjang pengalaman aku jadi jurulatih PLKN, yang paling aku tak dapat lupa semasa kecoh seorang pelatih berbangsa cina yg mengaku dia tidak takut dengan hantu. Malah boleh halau hantu. Asalnya macha yang aku cerita tadi pernah ternampak seorang perempuan keluar dari bilik dorm PL16. (sebelah bilik aku) berjalan beberapa tapak than terus terbang pergi ke pokok ara tepi laut. tah macamana budak cina ni boleh menyampuk pula, dia kata dia ada mentera power untuk halau hantu.

Aku pun bengang lah sebab mamat tu cakap besar. member2 dia pun bengang. jadi aku pun cabar la dia, kalau berani duduk di PL15 sorang2, selepas pukul 12 malam sampai lilin yg dia bawa habis. Dia kata takde hal. (muka mmg kerek). setelah tiba hari yang dijanjikan, dia pun melapor kat aku n sedia untuk cabaran tu. sebelum dia masuk tu, aku pulak tak tau tah bila tiba idea gila aku, aku rembat kapur barus n mintak wangi btol cap bunga ros di surau. habis aku tabur sekeliling PL15 dan 16. masa start je, awal2 pelatih tu dah kene kacau. mula2 lilin takleh menyala, puas dipetik lighter. tapi gagal. than dia pun pergi lah ke bilik aku nak suruh aku nyalakan lilin tu. belum pun aku masuk ke bilik tu, aku dh nampak lilin tu menyala dngan terangnya. "aik? tu ha menyala lilin kau?" muka dia dah pucat sebab dia cakap tadi mase dia nk pergi ke bilik aku, lilin tu tak boleh menyala. start dari situlah, mcm2 bnda dia nampak. dia nampak lelaki berdiri di hujung bilik memerhatikan dia. orang berlari keliling dorm, pintu daun kene hempas walhal angin takde. plg best dia kate bantal bergerak. last2 dia ambil keputusan, potong lilin tu kasi tinggal separuh. tak sampai 15 minit pun dia dlm bilik tu. dia jmpe aku dia cakap lilin dah habis. tp aku tau die kelepet aku sebab dia dh mula dikacau.

selepas mangkok tu balik je, aku pulak kene kacau. mmg clear dengar bunyi kain berkibas mcm bnyi orang lari pki kain keliling dorm kami. arghhh aku dgn buddy aku tak dapat tido. bau kapur barus makin kuat menyengat. member aku ckap die dengar bunyi orang menderam di tepi tingkap. sebab tak tahan, kami ambil keputusan keluar kem n pergi mengeteh kat pekan endau sampai pukul 4 pagi. abis mengetah kami pun balik lah. rupanya bukan setakat aku bertiga saja kena kacau, semua jurulatih yg lain pun kene. plg teruk kena member aku nampak perempuan berjalan takde kaki keluar masuk bilik rehat. mmg tak tido kami semalaman. dia orang semua salahkan aku, pandai panggil, tapi takpandai pulangkan. hampeh tol!!

pada malam keesokannya, benda tu tak setel lagi tau. pukul 1130, pelatih mula tutup lampu dan tido. tapi adela sekumpulan pelatih dari kompani Alpha ni kantoi rokok dengan aku. (mase tu aku baru balik weekend) so aku dengan j.l yg bertugas pun ape lagi, bagi la punishment n sedikit sesi kaunseling. 

group ni mmg otai. seorang ex henry gurney, seorang pernah kene tahan lockup n yg lain mmg gangster kampung. ade 6 orang, so aku panggil team dieorang ni 6 jahanam. selepas sesi " senaman malam " selesai, dieorang pun balik ke dorm. (PL1 untuk Alpha kompani terletak di depan sekali) masa lalu di PL10, entah macamana seorang dari mereka terperasan mcm ade tertambah pula geng 6 jahanam ni. sebab setau die hanye mereka berenam saja dlm kelompok tu. 

Jadi mamat ni pun kire la balik. sah!! ade 7 orang. dlm gelap tu die pun bukak mulut "eh sape lagi sorang ni?" semua berhenti dan cuba cam kawan masing2. than barula mereka perasan "kawan" lagi sorang tu tak berkepala. apelagi...silat seribu langkah la hero 6 jahanam ni. disebabkan keadaan sekeliling gelap, memang dieorang tak perasan pada mulanya. hari esok, riuh satu kem dengan cerita hantu tak berkepala di kaki lima PL10. sampaikan aku pun kalau nk lalu di area tu aku ikut jalan jauh. takot siot!! 

bermula dari hari tu juga, aku menyaksikan orang yg mengaku gangster tido sekatil dengan member sebelah katil. hahahaha. tak kemane pun gangster kau tu....



HIMPUNAN CERITA SERAM KEM PLKN (PART 2)

KISAH 4
Image may contain: night and indoor
Aku jurulatih kem PLKN. kem ni terletak di sebelah pantai timur negeri johor. (better aku tak payah sebut name kem ni) dan kebetulan pula kem plkn ni terletak betul2 berhampiran dengan sebuah pulau yg ade banyak cerite misteri. samada dari orang2 kampung mahupun dari staf2 dan jurulatih yang dah lama duduk di kem ni, kalau sebut nama kem ni sure orang akan tahu pulau tu tempat orang buang ancak, buang hantu, tmpat memuja dan pelbagai lagi bende2 khurafat. lagipun kalau dah nama duduk tepi laut ni, macam2 makhluk halus korang leh jumpe...hehehehe...

aku ingat lagi...hari pertama aku melapor kat kem tu, malam tu dah kene dah salam perkenalan. angin takde, ribut rakde tapi pintu bilik berdentam dentum macam orang hempas daun pintu. kecot perot aku. ade la dekat 5 kali aku terjage. tapi takpe...demi mencarik rezeki, aku tabahkan hati.

dari hari ke hari aku mula dengar cerita seram kat kem ni. tapi aku malas nak ambil pusing sangat. masa kumpulan satu, tak berapa banyak pengalaman misteri aku jumpa. kalau histeria tu, normallah. tapi ape yg aku dengar j.l perempuan selalu cerite nampak seorang nenek duduk di tepi wakaf kalau dah dekat nak maghrib dan dieorang selalu nampak perempuan berbaju putih lalu depan dorm diorang. untuk pengetahuan korang, aku mmg tak pernah jumpa or tersampang lagi dngan bende2 dari alam lain ni. cuma aku biasa tngok orang kena histeria mase kat asrama sekolah dulu.

nak dijadikan cerite, akhirnya turn aku pun tiba...so satu hari tu, buddy bilik aku nie balik weekend ke melake. tinggal lah aku terkontang kanting kat bilik warden sorang2. bilik aku ni pulak bilik hujung sekali, dorm PL15. tapi aku tak takot sangat sebab bilik aku satu blok dengan bilik pelatih. mase tu ade la dalam 20 orang pelatih kat dorm aku. malam tu, pukul 3 pagi aku terbangun sebab angin kuat sangat. aku bangun tutup tingkap than hati aku tergerak nak bukak lampu. pastu aku pun baring la balik kat katil. mase aku baru nak terlelap tu, tah macamana depan bijik mate aku sendiri kerusi study aku leh bergerak pegi ketengah ruang bilik aku. 

Perghhh cuak siot!! aku rase cam nak lari keluar bilik je. bayangkan dari tepi katil aku, kerusi tu leh jalan sendiri pegi tengah2 bilik. luar logik akal tu. tah berape puluh kali aku bace ayat kursi sampai aku tertido aku pun tak tau. sebelum kejadian pukul 3 tu, aku dah berpesan pada sorang pelatih ni (imam kompani alpha) untuk kejut aku bangun sebelum subuh. sedar2 esk pg aku terbangun pukul 630. nasib baik tak subuh gajah aku pagi tu. aku pun malas nak marah pelatih tu sebab mungkin aku pengsan lepas kene kacau dengan penuggu kerusi bilik aku. so mase sarapan pagi aku pun carik la imam kompani alpha ni dan tanye kenape tak kejutkan aku. die pulak dengan konfiden cakap aku dah bangun sebab bilik aku dah terang. pastu mase die lalu kat tepi bilik aku, die dengar aku berborak dengan buddy aku dan mase die nak patah balik ke bilik die pulak, die ternampak dari celah tingkap bilik aku ade orang urutkan kaki aku.

terbeliak mate aku dengar cerite pelatih ni. korang paham2 la sendiri kenape aku terdiam. pagi tu hilang selera aku nak makan sarapan.

cerita kedua yang aku tak dapat lupa semasa kumpulan dua siri 6. masa tu aku baru saja sampai di kem sebab baru habis cuti kawen. sampai je kat kem, pelatih aku kecoh wira kompani aku kene histeria. aku dengan member baik aku ali terus pg jengok budak tu. mmg betol dah meracau. tapi yang aku hairan macam2 pelatih aku yang lain buat kat kawan die yg kene sampok ni. ade yg bersilat lah, ade yg azan lah, ade yg bace tah hape2 n ade gak yg tindih mamat ni kononnye taknak die lari keluar bilik. 

so aku dengan ali suruh dieorang nie lepaskan budak tu. bile keadaan dah terkawal, ali pun memulakan sesi berdialog dengan jin ni. pergh hebat jugak si ali ni rupenye. setelah ditanye ape yg die tak puas hati, makhluk dalam badan pelatih aku nie pun cakaplah die marah sebab budak ni dah ambil barang mainan anak die mase joging kat tepi laut. so die nak barang tu dipulangkan kat tepi laut sekarang jugak. setelah berunding dan buat beberapa perjanjian MOU, member aku si ali ni pun pergilah pulangkan kulit kerang yg makhluk ni cakap barang mainan anak die....

kalau tak silap aku, dua kali si ali ni pegi letak kulit kerang tu sebab salah tempat. ngade2 tol la. yang bestnye, bende tu suke tersenyum tapi mate pejam. pelikkan? selalunye klu kene rasuk die suke menderam n meracau. (pastu budak yg kene sampok nie dapat gelaran "maknyum")

nak dijadikan cerite.......mase kali kedua kawan baik aku ni pegi ltk kulit kerang tu, timbullah idea gile aku..

aku : kau mmg duduk kat sini ke?
jin : ye...memang aku duduk di kawasan ni.
aku : jadi ko selalu la ye masuk bilik ni
jin : (angguk kepala sambil senyum)
aku : kalaw cam tu....aku nak tanye ko satu soalan
jin : tanyelah..................
aku : ko tunjuk kat aku sekarang, sape budak kat dalam bilik ni yang hisap rokok, jual rokok, main judi dengan yang selalu pecah loker? boleh?

mase tu aku perasan ade pelatih yang lain berdesup lari tinggalkan bilik...yg jin dlm badan budak nie pulak diamkan diri je. hampehla

(sumber: mulut bisul)

KISAH 5
Image may contain: outdoor and indoor
Walaupun banyak kisah seram yang aku pernah baca pasal Kem PLKN ni tapi tak tau la kenapa selama ni aku tak pernah pulak tulis kat blog ni kan.. Bila belum sampai seru tu memang la tak terdetik di jari nak menaip. Nampaknya malam ni seruan dah sampai maka segmen seram serik lekat lekit malam ni akan berkongsi sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah Kem PLKN.

Alkisahnya di sebuah kem PLKN yang tak di beritahu kat mana. Katanya ada sebuah bilik air yang berpenunggu. Peserta PLKN tidak di benarkan guna bilik air tu menjelang pukul 12 tengah malam ke atas. Lampu bilik air tu pun tak boleh tutup tapi lampu bilik air yang lain2 wajib kena tutup time tengah malam. Tiada siapa di benarkan guna bilik air tu sebab menurut Jurulatih bilik tu ada yang akan guna menjelang tengah malam. Senang paham bilik air tu ada penunggu la...

Nak di jadikan satu kisah seram penuh misteri lagi menakutkan... Pada satu malam yang sepi.. Time tu minta maaf takde babak babak pak mat jual topi ok! Semua peserta PLKN dah nyenyak tidur. Setiap malam akan bergilir peserta PLKN di arahkan meronda kawasan kem. 6 orang peserta di tugaskan meronda. 3 lelaki & 3 perempuan. Masing2 meronda di blok asrama masing2 la. Yang lelaki jaga blok lelaki, perempuan jaga blok perempuan.

Kisah seram selalunya berlaku sekitar pukul 2 - 4 pagi. Semasa peserta PLKN yang di tugaskan membuat rondaan time tu tetiba salah seorang tersuluh satu bayang yang mengadap betul2 depan mereka. Masa tu jantung dah siap irama lagu haiza la.. Dag Dig Dug. Yelah.. dah sedia maklum kem depa tu ada something, bila ternampak benda2 macam tu memang kecut habis segala urat saraf katanya. Yang nampak cuba bagi signal suruh kawan2 dia yang lain baca ayat kursi tapi budak2 lain mula pelik dok tanya jugak kenapa. Kalau tengah2 malam orang suruh baca ayat kursi mustahil la nampak sebuah hidangan lazat kan.. Sebab masing2 bendul tak paham kiasan, sipolan yang nampak bayang tadi cuba suluh kearah bayang hitam yang di nampak tadi untuk tunjuk sesuatu tapi dah takde la pulak. Hampeh sungguh! main aucak pulak. Maka dia buat kesimpulan mungkin mainan perasaan dia je tadi sebab di hantui cerita2 seram sebelum ni. Mereka pun teruskan rondaan.

Setibanya di kawasan bilik air berpenunggu yang penuh dengan seribu satu kisah seram tu.. Tetiba masing2 terbau harum semerbak sabun mandi padahal masa mula dorang masuk ke situ takde apa2 bau pun. Dalam celah2 masing2 rasa pelik dengan bau wangi ada pulak sang gedembai pergi tegur bau tu.. Padahal jurulatih dah pesan nampak atau bau apapun jangan tegur. Lepas di tegur pasal bau tu.. makin menjadi jadi pulak wanginya. Bukan tu jer siap ada bunyi orang mandi lagi. Amboi pantang kena puji.. lagi nak menunjuk nampak. Hantu pun jenis suka kena bodek jugak rupanya. hahaha

Sebab bau semakin wangi masing2 tekad nak masuk ke bilik air tersebut. Bila sampai area bilik air merangkap tandas kat situ semakin jelas dengar bunyi macam orang cedok air dalam kolah kemudian jirus. Dalam antara berani & takut depa masuk jugak ke dalam. Yang mula2 tegur pasal bau wangi tadi, buat hal lagi. Bila masuk ke perkarangan bilik air tu dia dengan selamba say "hello" pulak.. Dengan tak semena mena bunyi orang mandi tadi terus hilang cuma yang ada bau wangi jer. Mungkin dia tau orang tengah nak skodeng dia kot.. Apa ingat hantu tak tau malu ke orang tengok dia mandi. Depa pun check la satu persatu bilik air kat situ.. Ternyata tak jumpa sapa2 pun mandi yang ada cuma kesan basah macam orang lepas mandi & bau wangi.

Sebab keberanian masing2 pun dah turun ke level buku lali maka depa decide nak blah je dari situ tapi ada jugak yang level keberanian dia masih tinggi pergi tutup suis lampu bilik air yang di katakan berpenunggu tu. Lepas dia keluar tup tup lampu terbuka balik. Dia pergi tutup lagi.. buka balik sampai la sampai kali ke tiga dia pergi tutup suis lampu tu & tunggu sekejab tapi tak pulak terpasang balik. Bila dia melangkah keluar tup tup lampu nyala. Kali ketiga dah takde sapa ada level keberanian tahap extreme semua dah kecut macam pokok semalu kena sentuh. Maka seperti lirik lagu shida dangdut.. Segera angkat kaki la. Lagi mau tunggu ke?

Bukan kumpulan dorang je kena kacau tapi ramai lagi kumpulan lain yang di tugaskan meronda jugak melalui pengalaman seram yang sama. Tu la.. Bila orang kata jangan yang tu jugak depa nak buat. Sekali kena momok.. tau takut.

Tapi rasanya kena kacau macam tu tak takut lagi berbanding kalau tengok benda benda kat tandas awam. Yang ni mungkin pengalaman paling pahit & ngeri. Aku sendiri pun harap tiap kali nak guna tandas awam aku tak terserempak dengan benda2 tu.

(sumber: lekat lekit)


KISAH 6
Image may contain: 1 person, standing, flower and outdoor
Aku nak cerita apa yang dah jadi ketika aku berada di Kem PLKN,Mula-mula aku masuk kem PLKN,well,biasalah kan,aku tak biasa dengan sesiapa.Aku dapat dorm dan katil yang bersebelahan pintu dorm.Aku memang tak gemar kalau tidur sebelah pintu,ataupon sebelah aku tak ada apa-apa untuk menghadang aku daripada jatuh,tapi aku anggap dah nasib aku dapat katil tu.Aku redha.

Ada satu hari tu,aku jurulatih aku dan seorang kawan aku,ecah,lepak luar dorm,masa tu jam 12 malam,Kami berborak macam biasa dan tak expect apa-apa yang mencurigakan,tiba-tiba angin tiup sepoi-sepoi bahasa,lembut je menyentuh pipi kiteorang,itulah angin dari ombak rindu.*Teheee,

Tak tak aku serius,aku tegur,aku cakap 

"dahlah bulan penuh lepastu angin pulak meniup sepoi-sepoi bahasa,kenapa eh cikgu?".

Lepastu habis aku kena marah dengan cikgu aku sebab aku menegur,dan kiteorang terkejut,tiba-tiba ada anjing yang besar jalan tepi kiteorang dan anjing tu amek sesuatu yang berwarna putih di tepi kiteorang dan berlalu pergi macam tu je,kiteorang dah tak sedap hati,kiteorang masuk dorm masing-masing.

Malam tu,tak silap aku ada satu perayaan kaum india,budak india dekat dorm aku boleh pulak pasang kemenyan,memang semerbak.Aku tahu yang kemenyan boleh memanggil benda tu,jangan tanya aku kenapa.

Selepas tu,aku terus tidur sebab aku ngantuk sangat-sangat,lepas aku dah lena,kawan aku,akma kejut aku,dia cakap 

"diana bangun,ada orang kena rasuk!".

Aku dahlah tengah tidur,aku terus terkejut dan mamai,sampai aku mengigil.Kami semua berkumpul belakang dorm dan bercadang untuk tidur ramai-ramai dekat situ,ada yang baca yaasin,aku tak boleh nak baca sebab aku period,aku baring dan cuba nak tidur sambil pegang tangan kawan aku,tiba-tiba aku dengar suara orang jerit,kuat sangat sangat.Aku masih diam walaupun sebenarnya aku takut,masa tu aku sorang yang tak boleh tidur.Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi,tiba-tiba aku dengar ada orang tendang pintu dorm,macam nak masuk dan marah,dalam masa yang sama aku dengar almari besi kiteorang kena hentak.Tapi aku tak pasti apa.

Keesokkan harinya,kawan aku,dari terengganu dia cerita,semalam dia basuh baju dekat toilet dan dia nampak benda tu,perempuan macam potianak sedang bertenggek di atas bumbung toilet,tapi kawan aku buat bodoh je,sebab kalau dia lari,kena kejar lagi satu hal pulak kan.Rupanya sebelum kejadian tu,kawan aku yang kena rasuk tu,aku gelarkan dia budak sabah.Budak sabah ni period dan dia tak boleh nak sembahyang,so waktu maghrib dia duduk dekat belakang surau,dan dia nampak anjing lalu,lepastu start tu dia mula tak betul,dia mula mendiamkan diri taknak cakap dengan sesiapa.Balik dorm dia terus menjerit-jerit.Nak tau apa?benda tu marah dekat budak sabah tu sebab budak sabah tu period dan telah mengganggu tempat tinggal benda tu.

Dekat kem aku tu,kalau nak ke dorm perempuan kena lalu satu jambatan,lepastu kena mendaki bukit,syarat untuk lalu dekat jambatan tu,kena jalan slow-slow sebab dekat situ tempat tinggal benda tu jugak,ada sekali tu aku nampak ular besar jalan bawah jambatan tu,WTF.sebab aku sorang je yang nampak.Pernah jugak laluan jambatan tu ditutup sementara sebab jurulatih disitu cakap kami jalan hentak kaki dan benda tu marah,kami telah mengganggu anak-anak dia nak tidur.Ada lah jugak yang kena rasuk masa tu.Siapa yang boleh nampak,memang nasib

(sumber: dyapunyabelog)

SUMBER: https://www.facebook.com/PisangBerborak/photos/pcb.920874978055355/920874868055366/?type=3&theater


HIMPUNAN CERITA SERAM KEM PLKN (PART 1)

KISAH 1
Image may contain: indoor
Cerita hantu kali ni telah dikongsikan oleh salah seorang peserta kem PLKN.. Nama dan kem PLKN beliau terpaksa di rahsiakan diatas permintaan tuan punya cerita seram ini.. Untuk tidak memanjangkan cerita ni mari kita sama² baca kisah dan pengalam yang telah beliau lalui semasa menjalani latihan di kem PLKN tersebut :-

Dah namanya pun hantu.. Memang la hantu ni tergolong dari golongan jin dan syaitan, selagi dia tak dapat sesatkan orang, selagi tu lah dia akan cuba.. Benteng pertahanan diri? Dekatkan diri pada Allah, of course.. Hiasi dengan bacaan Al-Quran dan zikir, InsyaAllah, diri akan selamat dalam lindungan Allah S.W.T.

Kali ni, saya nak bercerita lagi kisah seram benar iaitu kejadian yang saya alami sendiri semasa berada di kem PLKN.. Kem PLKN mana tak perlu la saya nyatakan di sini untuk menjaga nama baik kem PLKN tersebut.. Kali ni, cerita hantu main peek-a-boo pulak..hahaha.. Sounds so funny, but seriously, memang bukak kaki langkah seribu la masa tu..huhu..

Alkisahnya, kat tempat saya menjalani latihan PLKN ni, ada satu bilik air ni kat area blok perempuan yang orang cakap sedikit keras (bilik air ni bercampur antara tandas dan ruangan mandi dan jugak kolah).. Kiranya ada la dalam 5-10 pintu untuk bilik air dan setiap group or batalion ada tandas yg berbeza².. Kat tempat ni, latihan memang ketat.. Contohnya pukul 12 tengah malam, dah wajib tidur.. Lampu wajib tutup.. Dan kat tandas pun, lampu kena tutup kecuali tandas yang depa cakap ade hantu ni..

Jurulatih cakap, tandas ni keras ada penunggu.. Jadi, jangan tutup lampu.. Jurulatih cakap lagi, malam² biasanya akan ada orang yang mandi kat situ (bukan manusia, okhayyy…) guna tandas tu dan sebagainya.. Tu pasal la tandas tu tak perlu tutup lampu sedangkan tandas-tandas lain memang kena tutup lampu.. Dan jangan guna tandas tu waktu malam lebih dari kul 12 tengah malam.. Kalau nak guna tandas dah tak tahan juga, jurulatih suruh guna tandas lain.. Kalau dah jurulatih pun dah kata gitu memang tandas ni mempunyai cerita hantu nya yang tersendiri la..

Masa kat sini, kami akan bergilir2 untuk berjaga setiap malam.. Kira ada shif la, contohnya, dari pukul 12 hingga pukul 2 pagi, akan ada 3 orang pelatih perempuan dan 3 orang pelatih lelaki yang akan berjaga untuk setiap shif.. Next shif untuk berjaga, pukul 2 hingga pukul 4 pagi dan last skali pukul 4 hingga pukul 6 pagi.. Setiap jam, pelatih-pelatih yg berjaga / mengawal ni wajib membuat rondaan di semua blok yang ada.. Kiranya pelatih perempuan akan buat rondaan kat blok² perempuan dan pelatih lelaki akan buat rondaan kat blok² lelaki.. Lepas buat rondaan, kena berkumpul dekat bilik berkawal yang disediakan..

Antara waktu 12 – 4 pagi, sememangnya waktu kemuncak biasanya kami dikacau.. Macam dah jadi perkara normal la pulak walhal dalam hati, kecut jugak lah.. Biasanya masa kat bilik berkawal, kami akan berkumpul dan baca yassin ramai².. Sebab kadang² kat bilik berkawal tu pun kami pernah dikacau..huhu.. Contohnya orang lempar batu dekat tingkap atau pintu.. Bunyi yang macam² ada ‘benda’ yang terbang dari pokok ke pokok lain dan sebagainya..

Alkisahnya pasal tandas ni, masa tu saya dan 2 orang lagi kawan amik shif pukul 2 – 4 pagi.. Waktu kemuncak hantu kem PLKN ni biasanya mengacau.. Masa tu kami buat la rondaan kat blok² perempuan.. Semua orang tengah syok² tidur, kami lak kena berjaga.. Memang jeles betul la.. Berbekalkan hanya lampu suluh dan berpakaian lengkap beruniform dan berkasut boot, kami pun meronda.. Suluh sana, suluh sini, tetiba saya tersuluh satu bayang manusia yang mengadap ke arah kitorang tapi jauh la dari kitorang masa tu.. Masa tu hati da start dup dap dup dap.. Dah macam lagu dangdut da..

Saya pun berbisik la kat kawan², “eh..korang..baca ayat kursi tau.. Buat pendinding diri.. Rasa macam tak sedap hati je neh..” Kawan² da start hairan.. Diorang tanya la kenapa? Saya pun hala lampu sekali lagi nak tunjuk la ke arah bayang² tu, tapi memang da tak de da bayang² tu.. Maka saya pun anggap la mungkin mainan bayangan saya je kot.. Tak pun pelatih nak pergi tandas ke (walhal dalam hati menafikan bukan camtu..) Bila da tengok benda tu takde, saya cakap la dengan kawan², nanti bila kat bilik berkawal nanti saya ceritakan.. Kami pun amik keputusan untuk terus meronda lagi.. Suluh sana, suluh sini..

Masa nak balik ke bilik berkawal semula, kami pun melintas la kat depan bilik air yang mempunyai banyak cerita hantu seram tu.. Tetiba ada semerbak bau sabun.. Wangi sangat².. Padahal masa mula² masuk tadi takde pulak bau wangi² macam neh.. Entah macam mane, ada pulak kawan yang pergi tegur bau tu.. Kira terlepas cakap la.. Sedangkan jurulatih pernah pesan, kalau ada terbau pape yang wangi dari tandas ni malam², jangan sesekali tegur..

Kitorang terdiam.. Dalam hati da kecut da nih.. Tapi entah macam mane, rasa nak tau jugak bau sabun tu membuak².. Jadi, kitorang sepakat nak masuk tandas tu.. Masa sampai kat area tandas tu, bau wangi makin kuat dan siap bunyi orang mandi lagi.. Bunyi orang cedok air dalam kolah dan jirus untuk mandi.. Memang jelas sangat².. Lepas tu kami pun dengan langkah yang takut tapi buat² berani, nak jugak masuk dalam tandas tu..

Masa tu ada kawan saya ni (yang tegur bau wangi tadi tu) dia ni jenis berani la sikit berbanding kitorang.. Masa mula² dia jejak kaki kat pintu tandas, dia menjerit dalam tandas tu ” Helllloooooooooooo…” Terus serta-merta, bunyi orang yang mandi tadi hilang.. Tapi bau wangi tu still lagi ada.. Kawan saya yang berani ni terus masuk, cek satu² dalam bilik air.. Saya dan sorang lagi kawan berkawal kat pintu tandas je, takut la kami nak masuk..

Lepas kawan masuk cek berpuas hati, dia keluar, cakap semua bilik air kosong takde orang.. Tapi ada kesan basah macam orang baru lepas mandi dan bau wangi pun memang semerbak.. Nak kata ada orang cilok kuar dari situ masa kami mula² nak masuk memang mustahil sangat² la sebab kami duduk kat pintu tandas.. Pintu tandas yang satu lagi pun takde kesan tapak selipar yang basah.. Jadi agak mustahil la orang tersebut keluar..

Masa tu hati dah tak payah cakap la.. Memang jantung berdegup giler².. Last², kitorang pun nak blah.. Tapi kawan saya yang berani ni pergi tutup suis lampu tandas tu la pulak sebelum kitorang keluar.. Tak sampai 10 langkah kitorang keluar, tiba²…

“Tiiiikkkk….”

Lampu tandas terbuka semula.. Masa tu kami da pandang sesama sendiri.. Sape yang buka pulak ni??

Kawan saya yang berani ni tak puas hati.. Jadi dia pergi semula kat tandas tu.. Dia tutup balik suis lampu tu.. Pastu dia datang balik kat tempat saya dan kawan yang sorang lagi tunggu.. Baru je dia nak sampai kat tempat kitorang, 

“tikkk…” 

Lampu tandas tu menyala kembali.. Kali ni, kami andaikan suis lampu ni yang problem kot.. Masa ni, memang dah start takut dah ni.. Masa tu kami pun dah cakap kat diorang, dah² la tutup suis lampu tu.. Jurulatih kan tak bagi kita tutup.. Tapi dia tak mau dengar apa yang kitorang bagitau tu..

Walaupun dah 2 kali suis terpasang sendiri macam tu, kawan saya yang berani ni still tak puas hati.. Untuk kali ke-3, dia pergi lagi kat tandas yang banyak cerita hantu tu untuk tutup semula lampu tu.. Lampu suluh kami halakan pada dia la sebab dia nak masuk dalam tandas kan.. Lepas tu, dia tutup balik lampu tu dan dia berdiri dekat pintu tandas tu dalam 10-15 saat jugak la.. Pelik, suis tu tak pulak terbuka dengan sendiri masa dia ada kat situ.. Lepas tu, bila dia nak datang je ke arah kami, 

“tiiiikkkkkkkk…” 

suis lampu tu terbuka kembali.. (scaryyyy woooo)

Kali ni.. Tanpa berlengah² ape lagi… Kami terus angkat kaki langkah seribu la.. Tak tahan wooo kena kacau macam tu.. Kami lari cepat² balik ke bilik berkawal.. Lepas tu, kami cerita la kejadian yang baru kami alami ni kat pelatih lelaki..

Malam tu, ingatkan kami je yang terkena.. Rupa²nya pelatih lelaki yang berkawal masa shif saya tu jugak kena kacau.. Saya dah tak ingat dah cerita hantu diorang kena kacau macam mane.. Tapi yang pastinya diorang pun kena kacau dengan hantu dalam tandas jugak.. Cuma hantu tu bukan main dengan suis lampu la tapi main dengan benda lain..huhu..

Sejak hari tu, saya da tak nak dah berkawal antara shif 12 hingga 2 pagi dan 2 hingga 4 pagi.. Saya biasanya amik shif jam 4 – 6 pagi je, sebabnya pukul 5 pagi kebanyakan pelatih dah bangun untuk mandi dan bersiap² untuk solat subuh.. Jadi waktu untuk saya dan 2 pelatih berkawal yang lain kiranya tak sunyi sangat la sebab pelatih lain da bangun da kan.. hehe..

Adeh… Meremang sekejap bulu² roma bila teringat balik kat cerita hantu kem PLKN ni.. Tu la antara pengalaman yang saya alami sendiri.. 

(sumber: sharafie.net)


KISAH 2
Image may contain: night and outdoor
Saya V(singkatan nama sendiri). Saya nak menceritakan tentang pengalaman saya semasa saya mengikuti PLKN tahun 2013 dulu. Masa tu kena di PLKN di Selangor (tempat saya rahsiakan yer). Saya ni orang Kuching,Sarawak. Dapat di selangor masa tu memang rasa taknak pergi langsung,sebab taknak jauh dr family katakan. Beberapa hari kemudian , maka tibalah masa nya untuk pergi ke sana. Sampai KLIA di ambik jurulatih dr PLKN sana. Register apa semua dan masuk dorm. Masa tu dorm memang bercampur la, paling banyak sabahan dan sarawakian. Semenanjung pun ada, Satu Malaysia la katakan. 

Pendekkan cerita la ,mulut aku first datang tu memang celupar sangat,adakah aku pergi tegur bunyi mcam bunyi burung(bukan sbrg burung). Seram juga bunyi tapi yala aku ni tadi terus la kata ,

“bunyi apa ya?” (Slang sarawak). 

Yang lain ada yg cakap jgn tegur, ada yg jawab tak tahu.

Tibalah malam nak tidur, aku ni jenis yg kuat nak kencing waktu malam kalau asyik minum banyak air. Dalam pukul 2-3 pagi aku bangun nak kencing, keluar ke tandas luar. Aku dapat rasakan ada orang duduk mencangkung atas pokok mangga tgk arah aku. Baju putih, rambut panjang mata besar. Tak dapat nak bayangkan. Aku percepatkan langkah aku dan pura2 tak prasan benda tu dan masuk bilik dorm tidur. Kejadian kedua ialah apabila aku bangun nak kencing pukul 4am macamtu. Masa tu rakan2 yg muslim dah bangun nak bersiap pergi surau untuk solat. Aku gunalah kesempatan tu ke tandas sebab ada juga rasa takut, jadi apabila diorang bangun aku takla rasa takut sangat. Sampai jer, toilet dah kencing apa semua,masa saya lalu satu bilik tandas ni berasa seolah- olah ada orang meniup telinga ku ‘puhhh’. Meremang bulu roma ni weyh,apalagi aku lari ler. 

Smpai jer pintu belakang dorm,sorang kawan dr sabah tanya, 

“kau kenapa bah, V?” 

Aku diam saja sambung tidur di katil. Tengahari begitu barulah aku ceritakan pada mereka.

Kejadian ketiga ni yg paling seram pernah saya alami. Masa tu kami berenam ke bertujuh(tak ingat brapa org sbnrnya) tak ikut ke dewan untuk taklimat kerana nak jaga seorang kawan yg demam. Masa tu aku ni rasa mcm blakangku sakit. Pergi la aku ke cermin paling hujung dorm. Setiap hujung dorm ada cermin besar,tepi blakang pintu dorm. 

Aku buka la baju ku sikit nak tengok belakang. Lepastu aku panggil kawan ku suruh tengok 

“coba kau nangga blakang ku tok kedak orang cakar jak” (Cuba kau tengok blakang aku ni macam kena cakar saja). 

Masa tu mmg nampak bekas cakaran kuku. Memang pedih. Lepas ja aku tengok 

‘TUPP!!‘ 

bunyi pintu blakang dorm tu tertutup dgn sungguh kuat! 

Aku terus duduk dan berkumpul dgn mereka yg tadi. Diam saja kami masa tu. Tiba2 dengar orang sebut 

‘Hi’.

Bukan sekali tau! Tapi berkali-kali. Dahlah masa tu kami jer yg ada escape pergi taklimat. Seram sangat. Pastu dengar orang ketuk pintu belakang dorm. Bukan main kuat lagi. Kawan saya yg sakit tadi bangun dr katil baca ayat2 yg blh buat ‘benda’ tu pergi. Pada masa tu dia seorang saja yg muslim bersama kami. Kami yg lain ni ambil alkitab pastu kami berdoa juga. Lepas tu kami memang dh tak tahan terus lari ke dewan dengan muka pucat..!


Semua tegur kenapa muka pucat sampai macamtu sekali. Malam tu mmg semua cantum katil sebab takut sangat. Kejadian terakhir ni yg saya alami la. Masa tu tidur,tak tahu kenapa saya terjaga,saya punya katil memang berhadapan dengan pintu dorm. Memang cun betul-betul berhadapan pintu dorm. Tiba2 masa tu saya terasa angin kuat sangat menghadap saya, saya pun terbangun. Tengok2 pintu utama terbuka luas. Perasan tadi dah kunci semua pintu. Kami ni jenis yg mmg akan kunci pintu betul2 sebab takutkan. Tapi malam tu mmg terbuka luas. Aku ni jenis yg malas fikir juga masa tu bangun tutup saja. Ada sekali ku ternampak ada benda putih lalu tingkap belakang katil aku. Yang aku hairan selalu ja mahu kacau kami ni. Tapi syukur selama aku di sana memang tidak mengalami histeria tetapi ada kawan2 lain yg kena sampai ada yg tak boleh ikut lagi PLKN sebab teruk. Sebulan saja sya di PLKN tersebut kerana saya terima tawaran belajar form6. Tapi sampai Kuching saya tak sambung pun form 6, tapi blaja di IPTA lain.

Sekian terima kasih. Itu sahaja cerita dari aku. Tak pasti seram ke tidak tp itulah pengalaman paling menakutkan. Nanti kalau aku rajin nak cerita pasal benda lain dan di tempat lain saya akan ceritakan

(sumber: fiksyen shasha)


KISAH 3
Image may contain: one or more people, night, tree, outdoor and nature
Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman seram saya di satu kem iaitu kem PLKN* tidak boleh bagitau nama* 

Pada Malam pertama sewaktu sesi pengenalan kami harus berkumpul di satu tempat dataran. Sewaktu mula tiada apa yang terjadi tapi saya berpusing dan tiba ² ada satu seperti kaki yang tergantung pada satu Blok bangunan. Kaki itu buruk sangat. Saya pun bagitau kawan saya tapi dia kata dia ternampak benda lain bukan kaki. Dia kata dia nmpak macam tangan sedang melambai² kami semua. Saya terkejut dan terus diam. Pada Malam itu ada pegawai yang bertugas beri peringatan pada kami supaya tidak berbuat masalah kerana tempat itu tempat orang membuang ” benda”.Selepas itu dalam perjalanan balik ke tempat tidur saya saya terdengar satu dengusan yang kuat dan hilaian pada telinga saya JADI saya terus baca surah dan tidur.

Pada Malam kedua,

Sewaktu kami semua bergerak ke tempat sembahyang yang tmpatnya terbuka .Semua orang berkumpul dan sewaktu ingin mula solat saya ternampak dari jauh ada seorang perempuan dengan Mata Putih baju hitam dan rambut serabai. Benda itu saya lihat sedang bersandar dan bersimpuh di tepi pokok yang besar. Ia sedang memerhati saya dengan pandangan yang tajam . Saya terus ikut imam dan sembahyang.

Kemudian,kami semua berkumpul untuk satu sesi “Night Walk”. Kami semua harus berjalan seorang diri merentasi hutan pada Malam yang gelap pekat.Sewaktu berjalan saya terkedu apabila satu makhluk hitam tinggi besar di hadapan saya jadi saya terus baca al fatihah dengan kuat dan ia kata, “baca lah lagi…hihihi” Saya menangis dan menjerit.Saya terus pergi dan bila sampai ke hujung saya terus pergi ke kawan saya.

Sekian

(sumber: fiksyen shasha)



Tuesday, 21 March 2017

YANG YUHUAN, KEJELITAAN YANG MERUNTUHKAN SEBUAH EMPAYAR

Image may contain: 1 person
China, sebuah negara yang tidak pernah lokek daripada gadis-gadis yang jelita. Dari zaman purba, negara ini tidak pernah lekang dengan kisah-kisah lagenda mengenai gadis-gadis cantik yang membikin para jejaka menjadi gila. Dari seorang gadis yang membuatkan panglima perang berhati singa tunduk pada cinta, hingga kisah dua orang kembar yang kejelitaannya umpama 1000 bintang di langit yang bikin pertempuran paling berdarah dalam sejarah sehinggalah ke seorang gundik, yang bikin seorang Maharaja menyuruh anaknya menceraikan gundik itu hanya kerana dia mahu bersama dengan gundik itu.

Pada ketika zaman Dinasti Tang, dunia menyaksikan kemunculan seorang gadis jelita dalam sejarah yang kemudiannya akan menjadi duri dalam daging kepada kejatuhan Dinasti Tang. Yang Yuhuan, adalah pemilik nama kepada seorang bidadari dunia yang sedang kita bicarakan, dan bidadari yang telah membikin seorang raja menjadi gundah gulana kerana cinta. Pada usia 17 tahun, Yang Yuhuan telah dinikahi dengan anak kepada Maharaja Tang ketika itu, Maharaja Xuanzong. Namun, tidak sampai enam tahun perkahwinan putera Maharaja Xuanzong dengan Yang Yuhuan, kejelitaan yang dimiliki oleh Yang Yuhuan telah membuatkan hati lelaki Maharaja Xuanzong menjadi gundah-gulana ketika kunjungan Maharaja Xuanzong di sebuah istana yang diduduki oleh Yang Yuhuan di sebuah kaki gunung di China.

Maharaja mahu melupai si wanita yang sudah berpunya itu, namun dia tidak dapat menahan nafsu dan cintanya. Maka, dengan hati yang cekal tanpa mempedulikan mulut-mulut yang akan mengatanya, maka si maharaja menyuruh puteranya menceraikan Yang Yuhuan. Mahu atau tidak, maka terpaksalah si anak mematuhi. Namun, Maharaja Xuanzong tahu apa yang akan dilakukannya ialah sebuah larangan dalam masyarakatnya. Mahu mengalihkan perhatian, maka maharaja menyuruh Yang Yuhuan menjadi biarawati agama Tao sebelum akhirnya dia sendiri mengahwini Yang Yuhuan.

Yang Yuhuan selepas mengahwini Maharaja Xuanzong, telah memiliki segala-galanya. Dia telah dihadiahkan rambut emas, istana yang khas untuk dirinya, serta pelbagai gelaran yang menjadikan Yang Yuhuan sebagai isteri Maharaja Xuanzong yang paling disayangi oleh maharaja. Bahkan Maharaja pernah membuatkan sebuah lagu yang menyamakan Yang Yuhuan dengan sebiji permata yang berkilauan.

Baginda sering menyanyi atau memainkan alat muzik ketika Yang Yuhuan menari. Puisi yang ditulis tentang Yang Yuhuan juga sangat indah, hingga ke hari ini masih dibaca oleh kalangan rakyat. Menurut ceritanya, “meskipun dalam istana terhadap tiga ribu orang gadis yang cantik, kasih sayang baginda terhadap tiga ribu orang gadis ini dicurahkan kepada gundik ini seorang sahaja.” Dengan menggunakan kasih sayang baginda terhadapnya, abang Yang Yuhuan, iaitu Yang Guozhong telah menjadi Perdana Menteri dalam Dinasti Tang, manakala tiga kakak perempuannya pula diberi gelaran bangsawan.

Disebabkan terlalu asyik dengan kecantikan Yang Yuhuan, baginda tidak lagi mempedulikan urusan negara. Maka kuasa pemerintahan telah dipegang oleh Yang Guozhong dan Li Linfu. Kedua-dua pegawai yang khianat ini telah memperdaya baginda secara halus di samping membunuh semua pegawai yang tidak mematuhi arahan mereka. Pemerintahan Dinasti Tang menjadi semakin teruk, hingga mengakibatkan timbul krisis yang besar dalam kalangan masyarakat. Pada tahun 755, An Lushan, seorang Gabenor telah memberontak dengan alasan untuk membunuh Perdana Menteri Yang Guozhong yang khianat itu. Sebuah negara bernama Yan ditubuhkan oleh An Lushang,

Maharaja Xuanzong terpaksa membawa Yang Yuhuan melarikan diri dari ibu negara. Ketika menuju ke arah Mawei (di provinsi Shaanxi), pasukan tentera pengawal baginda tidak mahu bergerak lagi. Jeneral pasukan tentera tersebut telah membunuh Perdana Menteri Yang Guozhong dan bapanya, dan dia menuntut supaya Yang Yuhuan dibunuh, barulah pasukannya bersedia mengawal baginda dan menghapuskan pemberontak. Jeneral itu tahu bahawa yang menjadi duri dalam daging kepada kejatuhan Empayar Tang ketika itu ialah Yang Yuhuan. Kalau mereka mahu melihat Dinasti Tang terus bernyawa, maka gadis itu harus mati.

Mahu memastikan dinastinya dan empayar Tang terus hidup, maka Yang Yuhuan terpaksa dibunuh oleh maharaja, meski terdapat kisah lain mengatakan sebenarnya maharaja menghantar gadis jelita itu ke Jepun untuk hidup aman di sana tanpa gangguan pemberontak.


KISAH-KISAH CINTA TERKENAL DALAM SEJARAH

Image may contain: 1 person
1. Kisah 1000 Candi Dibina Dalam Satu Malam Sebagai Tanda Cinta

Candi Prambanan ialah sebuah binaan hebat di Pulau Jawa yang dibina oleh Dinasti Sanjaya itu menyimpan sebuah kisah cinta yang menarik untuk dibaca oleh kita. Ini kisah tentang dua buah kerajaan yang memerintah pulau Jawa.

Kononnya suatu masa dahulu, terdapat seorang puteri yang sangat cantik dan jelita yang memerintah daerah Prambanan. Puteri itu bernama Roro Jongrang. Lalu suatu hari, datang seorang putera dari sebuah lagi kerajaan yang memerintah Pulau Jawa yang mahu melamar si puteri menjadi suri hatinya. Namun si puteri tidak mencintai si putera itu. Tetapi menolak lamarannya nanti akan terlihat kurang ajar.

Maka si puteri memberi syarat kepada si putera untuk membina 1000 candi pada satu malam sebagai tanda cinta si putera itu. Maka, putera yang bertekad untuk memiliki si puteri itu pun meminta bantuan para jin untuk membina 1000 candi itu dalam masa satu malam.

Roro Jongrang melihat yang para jin itu hampir berjaya melengkapkan candi-candi yang dimintanya. Maka risau bahawa 1000 candi itu akan siap dalam satu malam, maka Roro Jongrang mengumpulkan anak-anak gadis di seluruh kampung di bawah pemerintahannya untuk membakar jerami dan memukul lesung untuk memberi gambaran kepada para jin tadi bahawa kononnya Subuh sedang menghampiri.

Maka mendengarkannya, para jin tadi pun pulang dan 1000 candi tidak berjaya disiapkan. Bila dihitung jumlah candi yang dibina oleh para jin itu, rupa-rupanya hanya 1 candi sahaja yang tidak siap, menjadikan jumlah candi yang dibina sekadar 999 buah.

Dalam sejarah, Prambanan dikira sebagai sebuah monument yang dibina oleh Dinasti Sanjaya untuk menandingi binaan Borubudur yang dibina oleh Dinasti Sailendra. 

Mungkin kisah itu menggambarkan tentang dua dinasti agung yang memerintah Pulau Jawa suatu masa dahulu.

2. Kisah Sultan Melaka Dan Permintaan Puteri Gunung Ledang

Tiada kisah cinta yang lebih legenda daripada kisah Sultan Mahmud cuba membeli cinta Puteri Gunung Ledang dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimilikinya. Dan bagaimana Puteri Gunung Ledang menunjukkan kepada kita bagaimana diplomasi orang Melayu kalau menyatakan tidak mahu, mereka akan berlapik bukannya menyatakan secara terus menyatakan kepada kita betapa tingginya adab orang Melayu.

Lalu dinyatakan dalam legenda kepada kita bahawa permintaan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah adalah tidak termasuk dek logik akal. Maka pinta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud Shah adalah seperti berikut:

- 1 jambatan emas dari Gunung Ledang ke Melaka.
- 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
- 7 dulang hati nyamuk.
- 7 dulang hati hama.
- 7 tempayan air mata anak dara.
- 7 tempayan air pinang muda.
- 1 mangkuk darah Sultan Ahmad Shah, Melaka, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

Diceritakan bahawa Sultan Mahmud menyanggupi semua syarat yang ditawarkan oleh Puteri Gunung Ledang kecuali permintaan terakhir Puteri Gunung Ledang iaitu semangkuk darah anak lelakinya.

3. Taman Tergantung Babylon: Tanda Cinta Kepada Amythis
Ketika Raja Nebuchadnezzar II daripada Babylon dinikahkan dengan seorang puteri jelita bernama Amythis daripada kerajaan Medes, sang puteri itu berasa sedih kerana terpaksa menjejakkan kaki ke Babylon dan Mesopotamia yang merupakan tanah berbatu dan gersang, berbanding dengan Medes yang kaya dengan panorama alam yang menghijau.

Maka untuk mengubati kesedihan isterinya, maka Nebuchadnezzar II pun membina sebuah taman yang kemudian akan dikenang dunia sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia zaman purba.

4. Taj Mahal: Binaan Indah Shah Jahan Untuk Mumtaznya
Bila bercakap tentang kisah cinta dalam sejarah, maka ramai tidak akan terlepas pandang pada Taj Mahal yang dibina untuk Mumtaz. Taj Mahal yang pada hari ini dibicara keindahannya adalah dibina oleh seorang raja untuk mengingati dan meletakkan makam isterinya yang mati ketika melahirkan anak ke-14.

Diperkatakan bahawa sebuah lagi Taj Mahal yang berlawanan dengan Taj Mahal yang berdiri hari ini akan dibina, tetapi dalam batu marmar berwarna hitam. Namun, Shah Jehan digulingkan oleh anaknya dan dia diletakkan di dalam sebuah penjara yang bertentangan dengan Taj Mahal. Maka diceritakan bahawa Shah Jahan menghabiskan sisa hidupnya menatap Taj Mahal yang merupakan monument tanda kisah cinta untuk si isteri.

5. Surat Cinta Eloise Dan Abelard

Surat Cinta antara Elosie dan Abelard masih lagi dikenang sebagai sebuah kisah cinta yang menarik yang pernah wujud dalam sejarah. Ini kisah seorang biarawan dan biarawati.

Abelard adalah seorang ahli falsafah yang terkenal yang disuruh oleh seorang lelaki untuk mengajarkan anak saudaranya Eloise tentang pelbagai pekara. Siapa tahu detik Abelard menjadi tutor kepada Eloise itu menimbulkan rasa cinta antara mereka berdua. Apabila menyedari bahawa mereka saling jatuh cinta, lalu Eloise pun mengandungkan anak Abelard.

Menyedari bahawa Eloise tidak selamat dalam keadaan dirinya yang mengandung itu, maka mereka berdua melarikan diri lalu berkahwin secara rahsia. Namun, perkahwinan mereka itu diketahui oleh bapa saudara Eloise lalu mereka dipisahkan dengan cara paksa. Eloise telah dihantar menjadi biarawati manakala Abelard dimandulkan. Lalu selepas itu, Abelard menghabiskan sisa hidupnya sebagai seorang biarawan.
Namun mereka berdua tidak pernah berhenti untuk saling mencintai antara satu sama lain sehinggakan saling mengutuskan surat antara satu sama lain sehingga akhir hayat masing-masing. Surat-surat Eloise dan Abelard masih dikaji isinya sehingga ke hari ini.

6. Paris, Helen Dan Perang Trojan

Siapa tahu bahawa perang legenda dalam sejarah dunia yang sering dibicarakan iaitu Trojan Wars adalah berpunca daripada kisah cinta antara Paris dan Helen. Helen dibicarakan dalam sejarah Greek sebagai wanita paling jelita pada waktu itu. Helen pula dijodohkan dengan seorang Raja Sparta yang bernama Menelaus. Lalu diceritakan bahawa pada suatu malam, Paris yang telah jatuh cinta pada Helen menculik Paris dan membawanya kembali ke kota Troy.

Mendengarkan bahawa isterinya diculik oleh Paris maka Melenaus menggerakkan askar paling besar dalam sejarah Greek pada waktu itu, lalu menggempur Troy dan membakar habis seluruh Kota Troy menjadi abu.

7. Cleopatra dan Anthony

Anthony ialah seorang jeneral perang untuk Rome ketika itu jatuh cinta kepada seorang pemerintah Mesir iaitu Cleopatra VII. Lalu, Anthony telah meninggalkan isterinya yang merupakan adik kepada Maharaja Pertama Rome iaitu Octavius.

Mendengarkan khabar bahawa Anthony telah jatuh cinta kepada Cleopatra dan memaling ketaatan daripada Rome, maka Anthony telah menggerakkan lebih kurang 250 kapal perang, bersama dengan 16, 000 askar pejalan kaki serta 3000 orang tentera pemanah. Lalu Cleopatra dan Anthony membalas pula dengan menurunkan 290 kapal perang bersama dengan 20 000 orang pejalan kaki dan 2000 orang tentera pemanah. Pertempuran ini dikenali dalam sejarah sebagai Pertempuran Actium.

Dipendekkan cerita, dalam perang ini, Anthony mendengar khabar berita bahawa Cleopatra telah mati dan ketika itu, terus semangat Anthony untuk berjuang di medan perang terus luntur. Dia menjatuhkan senjatanya dan terus rebah. Cleopatra sebenarnya masih hidup lagi ketika itu, namun mendengarkan cerita kematian Anthony di medan perang, lalu dia pula mengambil nyawanya sendiri dengan meminum bisa ular.

8. Anarkali Dan Salim

India memang tidak pernah lokek dengan kisah cintanya tersendiri. Kali ini, sekali lagi Empayar Mughal menjadi saksi kepada kisah cinta yang tidak kurang hebatnya. Kisah bagaimana Salim, putera kerajaan Mughal ketika itu jatuh cinta dengan Anarkali, seorang gadis jelita yang tarafnya hanyalah seorang hamba. Anarkali atau nama lainnya Nadira pun mempunyai rasa yang sama pada si putera raja itu. Mereka dicatatkan saling bertemu dalam diam

Sampailah suatu masa Salim menyatakan pada ayahnya, Akbar akan keinginannya untuk berkahwin dengan Nadira. Namun ayahnya jadi murka mendengarkannya kerana taraf mereka berdua adalah berbeza. Salim ialah anak raja manakala Nadira pula ialah seorang hamba perempuan. Manakan seorang raja dan hamba kan bersatu…

Tidak puas hati dengan bantahan si ayah, serta tindakan ayahnya memenjarakan Anarkali, maka Salim pun menggerakkan askarnya sendiri dan mengisytiharkan perang ke atas ayahnya sendiri. Namun, si putera kalah dalam perang dan dia ditangkap oleh ayahnya dan diumumkan akan dijatuhkan hukuman mati.

Anarkali yang mendengarnya tidak sanggup melihat belahan jiwanya mati didepan mata. Maka Anarkali memilih untuk menyatakan di depan Akbar bahawa dia tidak lagi mencintai Salim demi menyelamatkan Salim. Namun sayang sekali.. Anarkali pula dijatuhkan hukuman mati ditanam hidup-hidup di dalam dinding di depan mata Salim sendiri oleh ayahnya.

9. Kisah Cinta Sang Rama-Rama

Tamadun China juga tidak kurang dengan kisah cintanya. Kali ini ianya berlaku ketika zaman Dinasti Jin Timur. Kisah Zhu Yingtai, seorang gadis jelita yang menyamar sebagai seorang lelaki hanya kerana kecintaanya pada ilmu. Si gadis itu telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Liang Shanbo dalam perjalanannya ke pusat pemerintahan Dinasti Jin untuk belajar ilmu di sebuah akademi.

Dan ketika itu, Zhu telah jatuh cinta dengan lelaki tadi. Mereka menjadi sahabat baik. Namun Liang tidak pernah tahu bahawa sebenarnya Zhu ialah seorang wanita. Sampailah suatu masa, di mana ketika mereka baru menghabiskan pelajaran. Maka Zhu akan kembali ke kampung halaman. Liang yang baik hati pun menemani Zhu dalam perjalanan pulang sejauh 18 batu. Zhu pula cuba menyampaikan kepada Liang secara tidak langsung bahawa dia ialah seorang perempuan namun Liang tidak dapat membaca mesej itu.

Namun, sebulan selepas itu, Liang sendiri datang melawat Zhu di rumahnya dan dia sendiri mengetahui bahawa Zhu rupa-rupanya seorang perempuan. Liang kemudian mengaku bahawa dia secara diam telah jatuh cinta dengan Zhu, namun keliru dengan perasannya ketika itu kerana menyangka bahawa Zhu ialah seorang lelaki. Mereka kemudian berjanji untuk hidup semati.
Tetapi Liang pulang ke rumahnya mendapati perkahwinanya telah ditetapkan dengan seorang anak bangsawan. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur pada permintaan keluarganya. Dipendekkan cerita, walau telah berkahwin, tetapi Liang tidak pernah lupa akan belahan jiwanya Zhu. Dia kemudian jatuh sakit dan mati kerana sakit rindunya.

Zhu yang mendengar kisah kematian Liang terus melawat kubur Zhu. Legenda mencatatkan kepada kita bahawa di kubur itu, Zhu berdoa kepada tuhan agar dibukakan makam itu. Keajaiban berlaku dan pintu makam Liang terbuka dan Zhu terus terjun ke dalam makam tersebut. Dicatatakan selepas peristiwa itu, Zhu dan Liang telah bertukar rama-rama dan tidak pernah terpisah selepas itu.

10. Laila Dan Majnun

Qais diceritakan kepada kita telah jatuh cinta pada Majnun, seorang gadis yang digambarkan kejelitaannya. Ada yang mengatakan bahawa Laila adalah sepupu kepada Qais manakala ada yang mengatakan bahawa Qais dan Laila, cinta mereka adalah cinta pandang pertama.

Rasa cinta Qais pada Laila telah membuatkan lelaki itu menulis banyak puisi hanya untuk mengambarkan rasa cintanya pada Laila. Perbuatan Qais itu membuatkan penduduk kampungnya melabelkan Qays sebagai gila dan nama Majnun yang membawa maksud tidak siuman, gila terus melekat pada Qais.

Pada suatu masa, Qais melamar Laila namun pinangannya ditolak oleh ayah Laila menjadikan Majnun semakin kecewa dalam rasa cintanya untuk Laila. Laila pula telah berpindah ke Utara Arab ketika itu, meninggalkan Majnun dalam keadaan gila bergerak di padang pasir memahat puisi dan syiar cintanya. Laila kemudian dicatatkan mati kerana sakit rindu pada Majnun.

Kononnya Majnun sempat datang ke kubur Majnun, lalu mengukirkan puisi cintanya untuk Laila di kuburan wanita itu.

11. Odysseus dan Penelope

Selepas berkahwin dengan Odysseus, maka Penelope terpaksa berpisah dengan suaminya Odysseus yang terpaksa menyertai perang. Dalam perang itu, kononnya Odysseus hilang dan khabar beritanya tidak diketahui. Dalam masa yang sama, Penelope yang memang terkenal dengan kejelitaannya itu mendapat lamaran baru. Sepanjang 20 tahun dia menunggu Odysseus pulang dari medan perang, kononnya 180 lelaki daripada pelbagai latar belakang datang melamar Penelope namun semuanya ditolak oleh Penelope.

Penantian Penelope akhirnya berakhir juga… apabila si suami yang dinanti akhirnya kembali dari medan perang. Kesetian Odysseus juga diceritakan tertanding dengan kesetian Peneope. Ketika hilang di medan perang, Odysseus berjumpa dengan seorang ahli sihir yang sangat cantik dan ahli sihir menawarkan kepada Odysseus untuk berkahwin dengan dengannya dan melupakan Penelope. Si ahli sihir itu menawarkan kepada Odysseus hidup selama-lamanya dalam keadaan muda. Namun Odysseus menolak dan memilh untuk habiskan hidup “mortal” dengan Penelope.

12. Tristan dan Isolde

Kisah cinta tragis Tristan dan Isolde telah diberitahu dan diceritakan kepada kita melalui pelbagai cerita dan manuskrip. Kisah ini berlaku semasa zaman pertengahan semasa pemerintahan King Arthur. Isolde dari Ireland adalah anak perempuan Raja Ireland. Dia telah bertunang dengan Raja Mark of Cornwall. Raja Mark menghantar anak saudaranya, Tristan, ke Ireland untuk mengiringi Isolde kembali ke Cornwall.
Namun sepanjang mengiringi Isolde, mereka berdua pula saling jatuh cinta. Namun mahu atau tidak, ketika itu perkahwinan yang diaturkan oleh orang tua masing-masing terpaksa dipatuhi. Isolde tetap berkahwin dengan Raja Mark. Tetapi kedua-dua anak muda saling mencintai walau Isolde dimiliki oleh Raja Mark.

Hubungan mereka akhirnya diketahui oleh Raja Mark. Mujurlah Mark memaafkan Isode tetapi melarang Tristan menjejakkan kakinya ke bumi Ireland. Tristan pula berkelana sehinga ke Brittany dan di sana, dia bertemu dengan seorang wanita yang bernama Iseult dan berkahwin dengan Iseult kerana nama Iseult hampir sama dengan Isolde.

Namun, meski selepas berkahwin, Tristan tidak pernah menyentuh langsung Iseult kerana berasa bersalah pada Isolde. Samailah satu masa, kerana terlalu larut merindui Isolde, akhirnya Tristan jatuh sakit. Lalu Tristan menghantar pesanan meminta si Isolde, datang untuk menemuinya kerana si wanita itu satu-satunya rawatan untuk sakitnya. Kata Tristan lagi, kalau si Isolde sudi menemuinya, nanti biarlah layar kapal itu berwarna putih dan hitam.

Ketika itu, Iseult telah menipu Tristan bahawa layar kapal itu bewarna hitam membuatkan Tristian mati dalam rasa rindunya. Isolde yang dalam perjalanan pula terus jatuh sakit lalu mati mendengarkan berita bahawa Tristan telah mati.

13. Orpheus and Eurydice

Kisah cinta Orpheus dan Eurydice adalah kisah cinta yang menarik untuk dibicarakan dalam sejarah mitologi Greek. Orpheus memang mencintai seorang gadis yang sangat jelita bernama Eurydice yang turut digilai oleh dewa-dewa Greek ketika itu. Diceritakan bahawa suatu masa, Eurydice melarikan diri daripada dikejar oleh seorang dewa greek ke dalam hutan sebelum masuk ke sarang ular lalu mati dipatuh.

Orpheus yang mendengarkan berita yang menyapa Eurydice terus menjadi sedih. Maka dalam mitologi Greek, diceritakan bahawa Orpheus tidak henti-henti memainkan lagu-lagu sedih menggunakan suara dan alat muziknya, ke mana sahaja dia pergi. Kononnya lagu itu terlalu sedih membuatkan para dewa-dewi Greek menjadi sedih.

Dipendekkan cerita, Orpheus kemudian mengembara ke Underworld untuk bertemu dengan Hades, penjaga alam kematian itu. Di sana, muzik yang dimainkan oleh Orpheus turut meluluhkan hati Hades. Lalu Hades bersetuju untuk membangkitkan Eurydice dari kematian. Tetapi dengan syarat… ketika membawa Eurydice ke dunia atas, dia tidak boleh langsung menoleh ke belakang sehinggalah sampai ke dunianya.

Namun, oleh kerana rasa rindu yang tidak tertahan, Orpheus tetap menoleh ke belakangnya untuk menatap wajah Eurydice ketika mengiringi Eurydice ke dunia manusia. Namun… kali ini, Eurydice hilang, tetapi buat selama-lamanya, meninggalkan Orpheus terus kecewa menanti cinta yang tidak kesampaian.