Thursday, 27 February 2014

ANTI HADIS : ARTIKEL TERBARU TUN M!!!

1.      Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2.      Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3.      Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya  dilarang oleh agama Islam.

4.      Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5.      Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6.      Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7.      Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8.      Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9.      Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10.    Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11.    Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri  sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12.    Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13.    Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14.    Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.

15.    Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16.    Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17.    Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18.    Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19.    Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20.    Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21.    Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22.    Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23.    Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24.    Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25.    Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26.    Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27.    Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Sumber : www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Wednesday, 26 February 2014

MELAYU...ARTIKEL PEDAS ZAINI HASAN

JIKA semua Melayu bersetuju, selepas ini tiada lagi tanda ‘bangsa’ atau ras dalam mana-mana borang rasmi di negara ini. Tiada lagi kotak tanda: Melayu, Cina, India dan Lain-Lain. Sebaliknya yang ada hanya Warganegara dan Bukan Warganegara. Puncanya kerana sekarang ini mahu sebut Melayu pun orang sudah takut dan fobia. Maka itu, perkataan itu perlu dipadam.

Cadangan itu disokong sendiri oleh seorang menteri Kabinet hasil desakan oleh badan-badan hak asasi manusia.

Jika dulu ada NGO yang diwujudkan untuk memansuhkan ISA (Abolish ISA), yang kemudiannya desakan mereka didengari kerajaan, tidak mustahil cadangan di atas pun akan diterima.

Lagi pun sudah ada suara-suara yang berani mempersoalkan asal-usul orang Melayu. Mereka dakwa Melayu pun kaum pendatang, mereka pun pendatang. Maka semua sama sahaja.

Betul juga, Melayu sekarang ini rata-rata nak cakap Melayu pun sudah malu. Nak baca dan kepit surat khabar Utusan Melayu pun malu. Apatah lagi anak-anak Melayu elit yang tak pernah belajar di sekolah rendah kebangsaan pun sudah ramai.

Jika Melayu bersetuju selepas ini maka kita kena akurlah juga dengan cadangan sebuah lagi NGO hak asasi manusia iaitu Comango.

Comango, Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process atau Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia ialah sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan laporan hak asasi manusia ke proses Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Difahamkan terdapat 13 usul akan dibentangkan oleh NGO Comango yang salah satunya ialah menuntut kebebasan LGBT di negara ini.

Berikut adalah di antara tuntutan Comango yang sudah pun diserahkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ‘United Nation Human Rights Council, (UNHRC) di Geneva:

* Menuntut supaya Malaysia menerima Hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan LGBT - iaitu amalan seks songsang!

* Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat. Di dalam tuntutan ini Comango turut tidak setuju pusat-pusat gay diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka mahu gejala seperti itu berleluasa).

* Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syariah dan enakmen-enakmen yang didakwa sebagai "mengganggu hak peribadi".

* Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh mahkamah tertinggi di Malaysia - untuk dibicarakan di Geneva!

* Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Syiah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).

Oleh itu, jika orang Melayu beragama Islam bersetuju dengan itu semua, maka negara kita akan menjadi negara Islam pertama bersetuju dengan cadangan-cadangan itu.

Lagi pun tiada kedengaran pun sebuah parti yang menggunakan nama Islam di negara ini membantah atau "sanggup berbaring di atas jalan" untuk menghalangnya. Yang bising hanyalah NGO-NGO totok Melayu yang rasis. Yang lain-lain senyap sahaja.

Jika dikaji, tuntutan demi tuntutan itu dibuat oleh pihak liberal yang banyak berhaluankan parti yang diberi nama "pakatan rakyat".

Jika rakyat semua sudah berpakat maka tidak susahlah untuk mempersetujuinya.

Selain di atas, orang Melayu juga mungkin akan bersetuju dengan satu kumpulan pendesak meminta penghapusan dasar perlindungan kepentingan bumiputera dan tanah rizab Melayu serta kelonggaran kepada orang Islam untuk murtad.

Jika semua orang Melayu Islam bersetuju, maka Malaysia selepas ini akan dikenali sebagai negara yang paling liberal di muka bumi ini.

Tak apalah, lagipun orang Melayu di negara inilah yang sering dituduh paling rasis, paling perkauman. Orang lain tak begitu. Mereka baik. Mereka tidak pandang kaum.

Orang Melayu amat dibenci di negara ini, adakah kerana orang Melayulah yang paling banyak menguasai jawatan-jawatan penting di syarikat-syarikat milik bukan Melayu di negara ini? Atau juga kerana orang Melayulah yang menguasai kesemua gedung perniagaan di negara ini?

Adakah orang Melayu juga yang menguasai rantaian pengedaran barangan (supply chain) di negara ini? 

Adakah orang Melayu yang menguasai kartel dan monopoli perniagaan di negara ini? Kaum lain tak boleh masuk, kerana jika mereka masuk maka samseng-samseng akan digunakan untuk menghapuskan perniagaan mereka.

Pendek kata Melayulah yang menguasai kekayaan di negara ini. Maka itu, tidak timbul untuk mereka tidak bersetuju untuk menerima cadangan-cadangan di atas itu kerana mereka sudah senang dan mewah. Namun, adakah itu hakikatnya?

Jika bangsa Melayu masih menjadi bangsa yang asyik meminta-minta itu dan ini untuk hidup, apakah mereka sudah bersedia menerima kesemua tuntutan itu?

Yang pasti kekalutan kaum di negara ini semakin gawat. Sudah ramai orang sudah berani kurang ajar di negara ini. Yang hairannya mereka bebas bercakap apa sahaja.

Secara peribadi, saya cukup-cukup bimbang dengan perkembangan ini.

Atau mungkin orang Melayu sudah tidak peduli lagi, kerana bimbang akan dicap rasis?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140226/re_06/Orang-Melayu-sudah-tidak-peduli-dengan-bangsa-sendiri#ixzz2uMmaqOnc 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sumber : www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Friday, 21 February 2014

ToLoL kE BaHaLoL???

Tindakan paling TOLOL atau BAHALOL bila Kalinga Paria yang berkiblat Komunis ini berada sebagai anggota pentadbiran bersatus Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siapa yang 'bijak' sangat bawa kalinga ni masuk kabinet in the first place?!
KUALA LUMPUR 18 Feb - Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy didakwa cuba mendapatkan RM4.5 bilion dari bajet kerajaan dibawah pertimbangannya untuk membangunkan komuniti India.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan RM750 juta dari keseluruhan bajet tahunan kerajaan bagi tujuan tersebut menerusi kementerian dan agensi kerajaan tertentu namun Waytha mendesak ianya diletakkan dibawah jaminannya.

Pengerusi Hindraf turut mendesak Perdana Menteri mengeluarkan jaminan bertulis bagi menyalurkan RM750 juta kepadanya untuk melakasanakan agenda komuniti India.

Kerajaan berpendapat, pembangunan komuniti tersebut perlulah dibuat secara berperingkat demi menjaga sensitiviti kaum lain dengan mengambil kira aspek praktikaliti.

Berikutan tuntutan yang tidak dipenuhi, Waytha meletakkan jawatannya di dalam barisan menteri kabinet termasuk jawatan Senator Dewan Rakyat seraya melanggar Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Hindraf dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Sejak awal penglibatannya di dalam kabinet, Waytha jelas menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran berikutan tidak memenuhi jangkaannya.

Waytha ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merupakan individu pertama dalam kabinet menyalahkan pihak polis menembak gangster berbangsa India secara terbuka.

Beliau perlu sedar jawatannya ketika itu mewakili kerajaan dan perlu lebih peka dengan tindakan agensi kerajaan dalam membanteras jenayah tidak mengira pangkat, agama mahupun bangsa berikutan penjenayah adalah musuh negara.

Ketika perletakan jawatannya, Waytha meletakkan kesalahannya kepada Perdana Menteri namun tidak menyatakan bantuan kerajaan dengan menyalurkan dana hampir RM500 juta tidak termasuk RM34.5 juta menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) kepada komuniti tersebut.

Hakikatnya kerajaan sudah terlebih buat membantu untuk membangunkan orang India. Kerajaan membuat semua ini bukan kerana Waythamoorthy. Dasar membantu tanpa memilih kaum telah lama dilakukan.

Waythamoorthy patut tahu perkara ini dan alasan kerajaan tidak memberi perhatian kepada kaum India tidak benar sama sekali. Dia mesti bertanggungjawab di atas kenyataan-kenyataannya yang boleh menyebabkan salah faham antara kaum.

Malah dia patut faham pendekatan radikal Hindraf tidak sesuai di negara ini. Walaupun dia kecewa dengan kegagalan parti-parti politik India, itu bukan mencerminkan kegagalan kerajaan membantu kaum India.

*********

Andai Mohd Najib Abdul Razak sudah tidak sesuai dan layak berfikir waras berasaskan faham Ahlul Sunnah Wal Jamaah demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...maka elok sangatlah letak jawatan menjelang 11 Mei 2014.

Elok bonar Muhyiddin Mohd Yassin bertugas sebagai Perdana Menteri Malaysia.

SUMBER : http://paneh.blogspot.com/

Thursday, 6 February 2014

PERJANJIAN SULIT PRK N25 DUN KAJANG

Rupa rupanya ada termeterai sudah satu perjanjian “sulit” yang menjadi punca diadakan Pilihanraya Kecil [PRK] N25 DUN Kajang…..

Pada tanggal 27 Januari 2014 kancah politik tanahair telah dikejutkan dengan berita perletakan jawatan seorang wakil rakyat dari PKR yang menjadi ADUN Kajang Selangor apabila Lee Chen Cheh membuat keputusan yang mengundang pelbagai reaksi rakyat khususnya dinegeri Selangor.

Bermula daripada peristiwa tersebut maka rakyat negara ini berpeluang menyaksikan satu lagi episod drama yang didalangi oleh juak juak Pakatan Pembangkang mewarnai persada politik tanahair. Bersahut-sahutan cerita bahawa rakyat dinegeri Selangor akan mendapat seorang Menteri Besar yang baru!

Kemelut politik dalaman PKR mencecah suhu yang hangat sejak bersepah cerita krisis diantara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali. Percakaran mereka berdua bukanlah satu episod drama yang baru pernah kita saksikan…  Ianya sudah menjadi satu kisah lama, sekejap panas, sekejap suam suam kuku, ada kalanya sepi seketika.

Apabila berlaku insiden Azmin Ali dipecat dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS maka krisis Khalid-Azmin memulakan rentak pencak silat mereka berdua….  Kalau kita masih ingat, sebaik sahaja selesai PRU 13 bulan Mei 2013, kecoh bukan main lagi dengan kisah Azmin bersama bala tenteranya TAK mahu Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Kalau diilihat daripada struktur pimpinan PKR di Selangor kita juga boleh menilai sendiri terdapat dua kem dengan ‘pembahagian kuasa’ diantara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Sepatutnya selaku Menteri Besar, Khalid dilantik menjadi Pengerusi PKR Negeri Selangor.

TETAPI ini tidak berlaku dalam PKR Selangor setelah Anwar memilih Azmin yang terbukti mempunyai sokongan yang tersangat MANTAP dikalangan pucuk pimpinan dan akar umbi PKR. Malah ianya terbukti dengan keunggulan Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR iaitu orang nombor 2 dalam parti…

Berbalik kepada kisah DUN Kajang…..

Anwar Ibrahim terpaksa masuk untuk menyelesaikan krisis Khalid-Azmin secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih parah! Setelah dihitung, selepas dikira, setelah dibelek sana sini, selepas ditinjau tinjau maka Anwar mahu pucuk pimpinan PKR bersetuju untuk menjadi DUN Kajang sebagai kambing hitam.

DUA sebab utama kenapa Kajang menjadi pilihan.

Pertama : ADUN bukan popular tak memegang apa apa jawatan penting dalam parti. 
Kedua : Peratusan pengundi cina yang sangat tinggi melebihi 40% memberikan keyakinan untuk PKR menang mudah. Kebencian pengundi cina terhadap lambang dacing sudah melebihi tahap maksima!

Anwar Ibrahim tahu bahawa segala ‘wahyu’ dan sebarang ‘perintah’ darinya tidak akan mendapat tentangan dari mana mana pimpinan PKR… 

Ini bukanlah kali pertama Anwar pernah desak keputusan seperti ini untuk dipersetujui. Dia pernah lakukan di Parlimen Permatang Pauh, DUN Bukit Selambau, DUN Penanti dan kini untuk sekali lagi selesaikan penyakit dalam kain PKR maka DUN Kajang menjadi pilihan….

TETAPI kerja gila untuk ‘memaksa’ satu PRK ini adalah julung julung kalinya diadakan di negeri pemerintahan PKR sebagai ketua kerajaan negeri. Berbeza dengan DUN Bukit Selambau waktu itu Kedah dibawah PAS dan DUN Penanti  dibawah kerajaan DAP.

Oleh yang demikian Anwar tahu dia punyai ‘kuasa’ untuk membahagi-bahagikan ‘harta rampasan perang’ dikalangan mereka….  Allahyarham Tan Sri P Ramlee sudah melihat keadaan ini apabila diadakan adegan S Shamsuddin dengan Aziz Satar membahagikan harta dalam gua “Satu Untuk Engkau Satu Untuk Aku….”.

Maka satu “Perjanjian SULIT” pun  dibuat dan termeterai sudah ‘mutual understanding’ dimana Anwar menjanjikan “Win Win Situation” untuk mereka yang terlibat dalam episod drama kali ini….

Setelah Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, beliau akan melantik bekas YB Kajang Lee Chen Cheh sebagai Setiausaha Politik [Setpol] MB yang baru. Selepas itu, rombakan EXCO akan dibuat dimana Azmin Ali akan dilantik sebagai Exco Kanan.

Tugas Exco Kanan saling tak tumpah seperti Timbalan MB… Azmin akan lebih banyak memainkan peranan mentadbir kerajaan negeri Selangor dan Anwar akan memberikan alasan beliau hendak tumpukan matlamat Menawan Putrajaya PRU 14.

Dengan ‘kuasa’ yang ada sebagai Setpol MB, tidak susah untuk Lee Chen Cheh menguruskan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kajang. Cuma bertukar jawatan sahaja, namun tugas untuk jaga pengundi Kajang masih dilaksanakan oleh Lee Chen Cheh….

Apa yang terjadi pada nasib Khalid Ibrahim yang bukan lagi MB dan tidak pula dilantik Exco …?

Mereka bersetuju dengan keputusan untuk melantik Khalid Ibrahim sebagai ‘orang yang jaga AIR Selangor’ dan mempastikan Projek Langat 2 berjalan dengan baik agar bekalan air untuk rakyat negeri paling kaya di Malaysia itu tidak akan menghadapi sebarang masalah. Tugas tugas berkait rapat dengan ‘korporat’ ini memang sinonim dengan Khalid Ibrahim…. Sebarang "mahsyuuk" dari Projek Langat 2 akan jadi 'bahagian' Khalid!

Demikianlah jalan cerita drama arahan Anwar Ibrahim.

Sumber : www.badutrakyat.blogspot.com

Wednesday, 29 January 2014

"SIAPAKAH" ATAU "APAKAH" YAKJUJ DAN MAKJUJ? JOM KITA BONGKAR!

Selama hampir 1,400 tahun, umat Islam telah bertanyakan soalan yang salah tentang Yakjuj & Makjuj. Soalan mereka biasanya; "SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj?" Ini soalan yang salah. Sepatutnya mereka bertanya : "APAKAH Yakjuj & Makjuj?"

Dalam artikel ini, penulis akan buktikan kepada anda bahawa Yakjuj & Makjuj bukanlah dua jenis kaum yang melakukan kerosakan. Artikel ini akan mencabar pandangan tradisional para pengkaji yang selama ini mentafsirkan Yakjuj & Makjuj sebagai dua kaum perosak. Di dalam artikel ini juga akan disertakan sekali dengan bukti ayat-ayat Al-Quran dan beberapa fakta lain yang akan membuatkan anda tidak senang duduk selama beberapa hari. Yakjuj & Makjuj jauh lebih menggerunkan daripada apa yang anda pernah bayangkan. Tiada suatu pun kekuatan senjata manusia di atas dunia ini mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj.

Yakjuj & Makjuj mempunyai kekuatan yang sangat besar dan menakutkan. Iskandar Zulkarnain sendiri pun tidak mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj walaupun dia mempunyai sebuah bala tentera yang sangat kuat. Yang mampu dilakukan oleh beliau hanyalah dengan mengurung Yakjuj & Makjuj di sebalik sebuah tembok besi. Ini sahajalah cara paling berkesan untuk menyekat kemaraan Yakjuj & Makjuj. Walaupun telah berjaya mengurung Yakjuj & Makjuj, Iskandar Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang mengurungnya.        Umat Islam di seluruh dunia sedang menunggu peristiwa menakutkan ini. Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj & Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini. Apabila Yakjuj & Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, anda hanya boleh berdoa kepada Allah SWT agar terselamat daripada serangannya. Tahukah anda mengapa Yakjuj & Makjuj tidak boleh ditewaskan dengan kekuatan senjata manusia? Jawapannya bergantung kepada soalan pertama anda sama ada : "SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj?" atau "APAKAH Yakjuj & Makjuj?"

Jika anda bertanya menggunakan soalan pertama, lebih baik anda jangan baca artikel ini kerana pendedahan ini akan membuatkan anda tidak tidur nyenyak selama beberapa malam. Tetapi jika anda berfikiran terbuka untuk bertanya menggunakan soalan kedua, tahniah diucapkan! Anda akan menajdi antara orang yang terawal didedahkan dengan pembongkaran Yakjuj & Makjuj. Yakjuj & Makjuj telah menjadi antara salah satu misteri terbesar dalam sejarah manusia. Sehingga ke hari ini tiada seorang pun pengkaji berjaya membuktikan 'siapakah' Yakjuj & Makjuj? Kegagalan membongkarkan misteri Yakjuj & Makjuj adalah berpunca dari kesilapan generasi dahulu yang mencetuskan persoalan SIAPAKAH Yakjuj & Makjuj? Al-Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak. Jika dibaca dengan teliti, dua perkataan Yakjuj & Makjuj lebih membawa pengertian kepada sejenis bencana yang merosakkan bumi. Anda mahu tahu apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini? Bersedialah untuk mengalami satu perubahan paradigma yang akan mengubah kepercayaan anda buat selama-lamanya. Penulis akan bongkarkan kepada anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj. Sebelum itu mari kita rujuk beberapa ayat Al-Quran. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj hanya disebut di dalam Al-Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al-Kahfi ayat 94 dan Al-Anbiya' ayat 96.

"Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj itu membuat kerosakkan di atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?" - [18:94]

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21:96]

Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu bahawa Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.

"Berkata: Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka." – [18:95]

Tembok ini dibina oleh Iskandar Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut. Iskandar Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi. Kekuatan besi ini tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa 'mereka' berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu? Jadi, untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada 'SIAPAKAH' kepada 'APAKAH' Yakjuj & Makjuj? Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj. 

#1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.
Yakjuj & Makjuj muncul ketika Iskandar Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung.
"Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung........" - [18:93] 

#2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.
Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan bumi.
“Mereka berkata, Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj membuat kerosakan di bumi....." - [18:94]


#3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.
Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. ".......... aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka." - [18:95]

#4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.
perkataan 'Yakjuj' mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'.

#5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.
Perkataan 'Makjuj' mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian gelombang.

#6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.
Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng-lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang.

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]

#7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.
Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah.

"....... tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." - [18:98]

Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :

#1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.

#2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.

#3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.

#4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.

#5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.

#6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.

#7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.


Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Yakjuj & Makjuj bukan SIAPAKAH, tetapi APAKAH? Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Iskandar Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut.  Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh para pengkaji dahulu. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj? Anda tidak sabar mahu mengetahuinya? Baiklah, artikel ini akan bongkarkan kepada anda secara ekslusif. Sebelum ini perlu diingat bahawa pendedahan ini akan menggemparkan manusia di seluruh dunia. 

Sebenarnya, Yakjuj & Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan bumi. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui oleh Iskandar Zulkarnain. Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Iskandar Zulkarnain.

"Sehingga apabila dia sampau di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan." - [18:93]

Tetapi Iskandar Zulkarnaim masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka. Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan bumi. Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan. Empangan ini mesti dibuat daripada besi dan tembaha kerana sifat Yakjuj & Makjuj yang menyala dan bergelombang. Hanya besi dan tembaga sahaja mampu menahan aliran Yakjuj & Makjuj daripada memusnahkan permukaan bumi. Tetapi artikel ini masih belum memberitahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini.
Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini. Yakjuj; mempunyai sifat menyala. Perkataan Yakjuj mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'. Makjuj; bergerak seperti gelombang. Perkataan Makjuj mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian 'gelombang'. Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu; GELOMBANG YANG MENYALA! Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada 'GELOMBANG YANG MENYALA ke dalam surah Al-Kahfi dan Al-Anbiya'.

"Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami." - [18:94]

"Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]

Penulis pasti anda masih samar-samar apakah entiti yang bernama Yakjuj & Makjuj ini. Cuba anda imbas kembali apa yang difokuskan dalam artikel ini. Persoalan Yakjuj & Makjuj ialah APAKAH, bukannya SIAPAKAH? Yakjuj & Makjuj - seperti yang diterangkan bermaksud "gelombang yang menyala". Apakah bencana alam yang mengeluarkan "gelombang yang menyala' dan memusnahkan permukaan bumi? Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu? Apakah bencana alam yang melibatkan 'gelombang yang menyala'? Sudah pasti anda akan menjawab; "LETUSAN GUNUNG BERAPI". 
     Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai 'lava'. Bagaimanakah sifat lava? Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang. 
     Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi. Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Iskandar Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem 'Volcano'. 
     Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan. Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Iskandar Zulkarnain. Kaum yang ditemui Iskandar Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.

     Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di barat menggelarnya sebagai 'tornado' tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai 'puting beliung'. Dua perkataan ‘puting’ dan ‘beliung’ digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu ‘tornado’. Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan. Begitu juga dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj. Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava. Ketidakfahaman pengkaji terdahulu terhadap pengertian Yakjuj & Makjuj adalah disebabkan kerana mereka tidak mengetahui tentang volcanology – satu bidang kajian khusus mengenai gunung berapi. Mungkin sekarang fikiran anda sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan  kepercayaan anda selama ini. Penulis juga begitu. Penulis percaya Yakjuj & Makjuj adalah dua kaum perosak yang ganas dan gemar melakukan peperangan. Tetapi selepas penulis menonton babak letusan supervolcano di Yellowstone dalam filem 2012, penulis mula membuat kajian apakah sebenarnya Yakjuj & Makjuj seperti yang disebut dalam Al-Quran.
Letusan gunung berapi raksasa ini mengingatkan penulis pada ayat Al-Quran berikut di mana Iskandar Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang mengurung Yakjuj & Makjuj akan hancur sperti yang dijanjikan Tuhan. Anda fikir ini mengarut?? Biar penulis tunjuk kepada anda sesuatu yang lebih mengejutkan. Iskandar Zulkarnain adalah seorang manusia yang pintar. Tidak kira anda hidup pada zaman bila pun, penyelesaian sesuatu masalah itu masih memerlukan kaedah yang sama. Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara aneh dalam sejarah manusia. Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi.






 Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya untuk menyelamatkan diri. Iskandar Zulkarnain telah menggunakan kaedah yang sama seperti di Jepun dan Indonesia hari ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif. 
Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Iskandar Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat. Penempatan Yakjuj & Makjuj ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif.

“Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hamper tidak memahami ucapan.” – [18:93]

Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam di seluruh dunia. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global.
 Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :

“Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih.” – [44:10]

“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kamu angin rebut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?” – [67:17]

“Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” – [67:16]

Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan cirri-ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.

 Penulis akan tunjukkan anda di mana terletaknya dua buah gunung berapi itu. 

Pasti anda tidak percaya bagaimana penulis menemui lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang terletak diantara dua buah gunung berapi. Penulis telah menemui dimanakah terletaknya dua gunung berapi itu.
 Di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empaya Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab.
Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu-kubu pertahanan dan sebagainya. Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini.



 Dengan membongkarkan indentiti Iskandar Zulkarnain, penulis berjaya menjejak lokasi dua buah gunung berapi ini dengan mudah berpandukan peta empayar Iskandar Zulkarnain.  Anda mahu tahu siapakah Iskandar Zulkarnain yang sebenar? Anda mahu tahu di mana lokasi dua buah gunung berapi tersebut? Sila layari www:yakjujdanmakjuj.com     

SUMBERhttp://www.slideshare.net/yakjujmakjuj/misteri-yakjuj-makjuj-terbongkar-26530588?from_search=1


NOTA KAKI & PERINGATAN !!!

SaLam, terima kasih atas  pandangan dan pendapat tuan² dan puan² sekaLian.   Pertama sekaLi saya nk mohon maaf andai penuLisan dalam bLog ini teLah mengganggu emosi dan perasaan sebahagian daripada pembaca budiman sekaLian.  Di  sini, ingin saya jelaskan beberapa perkara:-

1. Hasil penulisan itu BUKAN garapan atau kajian dan tidak ada kena-mengena langsung dengan saya. Ia adalah sebuah penulisan yang saya kongsikan (SHARE) dan sumbernya turut saya nyatakan seperti di atas dan di bawah. 

2. https://www.slideshare.net/mobile/yakjujmakjuj/misteri-yakjuj-makjuj-terbongkar-26530588?from_search=1

3. Saya bukan ahli agama tetapi sebagai orang awam dan secara peribadi seronok membaca penulisan itu dan teruja berkongsi info di dalamnya kerana ia boleh mengajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan logik dan waras berlandaskan Al-Quran.  

4. Namun, sewaras dan selogik mana pun seorang manusia itu berfikir...ia (kita) takkan mampu melangkaui kuasa Allah SWT dan caknalah kita bahawa tiada apa pun yang mustahil sekiranya Allah berkehendakkan

5. Kepada para pembaca yang budiman, janganlah kita berlagak alim, bijak  pandai menuduh orang (penulis & saya) cuba menyesatkan dan menjatuhkan hukum tentang aqidah dan kepercayaan orang lain kerana pada saya (dengan yakin) bahawa tiada cerdik pandai atau bodoh dungu yang boleh meramal apa yang bakal terjadi itu dgn tepat, sama ada berkaitan Dajal,  Yakjuj Makjuj atau hari kiamat... hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui

6. Kembali kita semak petikan daripada Surah Al-Baqarah Ayat 216; "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Harus kita akui bahawa pengetahuan kita adalah terhad dan jangan sesekali kita berlagak pandai dan mengaku kita tahu semua!

7. Pandangan saya berkenaan penulisan (kajian) seperti di atas, “ia mungkin benar dan mungkin juga tidak benar – kerana tiada apa yang mustahil sekiranya Allah SWT berkehendakkan…saya ulang lagi sekali… tiada apa yang mustahil sekiranya Allah SWT berkehendakkan!!! Terimalah hakikat bahawa ilmu pengetahuan manusia (kita) ini amat-amat terhad!” 

8. Sekiranya para pembaca budiman tidak berpuashati dengan blog ini ATAU dengan pengkongsian penulisan ATAU tidak berpuashati denan saya secara peribadi…SILALAH tinggalkan ia…dan siLaLah UNFOLLOW (kalau Follow) laman sesawang/blog saya ini.


LAST BUT NOT LEAST

TERIMA KASIH