Monday, 13 July 2015

SENARAI NEGARA-NEGARA YANG TELAH LENYAP DARI MUKA BUMI

Setelah adanya penggabungan/pemisahan dan juga penukaran nama, banyak negara yang ada di antaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia. Senarai yang disertakan ini bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada. Jom sama-sama kita ikuti antaranya ialah:-

Abyssinia - Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20;

Austria – Hungary - Sebuah kerajaan monarki (juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan (pada hari ini) Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negara Balkan. Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama;

Basutoland – Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966;

Bengal – Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539. Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India;

Burma – Namanya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma;

Catalonia – Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol. Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 – 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut;

Ceylon – Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972;

Champa – Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini. Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke-7 sehingga ia runtuh pada 1832;

Corsica – Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya. Pada hari ini, ia termasuk dalam negara Perancis;

Czechoslovakia – Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia dan Czech Republic;

Jerman Timur & Jerman Barat – Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman;

Pakistan Timur – Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentuk Bangladesh;

Gran Colombia – Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador. Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan;

Hawaii – Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus-ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898;

New Granada – Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang);

Yaman Utara & Yaman Selatan – Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara (dikenali sebagai Republik Arab Yaman) dan Yaman Selatan (dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman;

Empayar Uthmaniyyah – Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, sebahagian negara Balkan, Afrika Utara dan Timur Tengah. Empayar ini runtuh pada 1932;

Persia – Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India. Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke-16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini;

Prussia – Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland. Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu;

Rhodesia – Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe;

Siam – Menjadi Thailand pada tahun 1939;

Sikkim – Sekarang ini merupakan daerah utara India. Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975;

Vietnam Selatan – Wujud sekitar 1954–1976 sebagai wilayah anti-komunis. Menyertai semula Vietnam selepas itu;

Southwest Afrika – Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia;

Taiwan – Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini, ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka. Taiwan adalah ibu negara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sehingga 1971;

Tanganyika & Zanzibar – 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania;

Texas – Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845;

Tibet – Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke-7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagai Xi Zang;

Transjordan – Menjadi kerajaan Jordan pada tahun 1946;

USSR – Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan;

Urjanchai Republic – Terletak di selatan tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia;

Vermont – Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal;

West Florida – Menjadi Republik dengan dianggotai sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810, namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari;

Western Samoa – Menjadi Samoa pada 1998;

Yugoslavia – Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia; DAN

Zaire – Menukar nama menjadi Democratic Republic of Congo pada tahun 1997.

SUMBER : http://www.nizarazu.com/

Tuesday, 30 June 2015

TAHUKAH ANDA? 30 YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Sejak kecil kita sudah diperkenalkan dengan tokoh-tokoh dunia yang berpengaruh dalam pelbagai bidang dan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, Alexander Graham Bell merupakan orang PERTAMA yang mencipta dan menggunakan telefon. Apabila disebut siapakah orang PERTAMA yang menemui Sinar X-Ray...jawapannya ialah Wilhelm Conrad Rontgen pada 08 November 1895. Wright bersaudara, iaitu Orville Wright (19 Ogos 1871 - 30 Januari 1948) dan Wilbur Wright (16 April 1867 - 30 Mei 1912) pula merupakan genius PERTAMA yang berjaya "terbang" menggunakan pesawat ciptaan mereka. Neil Alden Armstrong atau lebih dikenali sebagai Neil Armstrong pula merupakan manusia PERTAMA yang menjejaki bulan! Hebat bukan?! Dan banyak lagi contoh yang boleh diangkat dan secara umumnya, setiap lapisan masyarakat dunia tahu dan cakna berkaitan tokoh-tokoh ini. Begitulah gahnya dunia barat mengangkat kehebatan tokoh-tokoh dalam kalangan mereka sehinggakan kita semua di seluruh ceruk rantau kagum dengan kehebatan mereka. Malah, ada dalam kalangan kita yang begitu hafal tentang siapakah yang PERTAMA dalam bidang-bidang yang dipelopori oleh barat sampaikan kita terlupa tentang kehebatan ILMUWAN dan TOKOH² ISLAM. Andai ditanya kepada generasi muda ketika ini, siapakah orang PERTAMA yang memeluk Islam? Siapakah wanita PERTAMA yang menghafal Al-Quran? Siapakah orang PERTAMA menjadi 'muazin' atau bilal, siapakah orang PERTAMA yang berkhatan; adakah generasi muda Islam tahu tentangnya...? Mungkin ada yang tahu dan tidak...namun pasti jumlah yang tahu tentang kehebatan Islam itu tidaklah seramai yang tahu tentang kehebatan dunia barat; kerana generasi muda kita sering dimomokkan dengan kehebatan barat malahan segala info itu boleh didapati di dalam buku teks sekolah. 
Justeru, sebagai langkah pertama kita harus berubah. Kita sebagai umat Islam semestinya tidak boleh kalah dengan tokoh-tokoh dunia barat. Kita harus tahu siapakah tokoh dalam dunia Islam yang telah membentuk sejarah peradaban dunia Islam. JOM kita mengenali tokoh-tokoh yang sama hebatnya malah ada yang lebih hebat daripada tokoh-tokoh barat. 

1. Siapakah orang pertama yang menulis Bismillah?
Nabi Sulaiman A.S.

2. Siapakah orang pertama yang minum air Zamzam?
Nabi Ismail A.S.

3. Siapakah orang pertama yang berkhatan?
Nabi Ibrahim A.S.

4. Siapakah orang pertama yang diberikan pakaian pada hari kiamat?
Nabi Ibrahim A.S.

5. Siapakah orang pertama yang dipanggil Allah pada hari kiamat?
Nabi Adam A.S.

6. Siapakah orang pertama yang mengerjakan 'sa'ie antara Safa dan Marwah?
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail A.S.)

7. Siapakah orang pertama yang dibangkitkan pada hari kiamat?
Nabi Muhammad S.A.W.

8. Siapakah orang pertama yang menjadi khalifah Islam?
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.

9. Siapakah orang pertama yang menggunakan tarikh Hijrah (Hijri)?
Sayyidina Umar Al-Khattab R.A.

10. Siapakah orang pertama yang meletakkan jawatan Khalifah dalam Islam?
Sayyidina Hasan bin Ali R.A.
11. Siapakah orang pertama yang menyusukan Nabi Muhammad S.A.W.?
Siti Thuwaibah R.A.

12. Siapakah orang pertama yang syahid dalam kalangan lelaki?
Al-Harith Abi Halah R.A.

13. Siapakah orang pertama yang syahid dalam kalangan perempuan?
Sumayyah binti Khabbat R.A.

14. Siapakah orang pertama yang menulis hadith dalam kitab/lembaran?
Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A.

15. Siapakah orang pertama yang memanah dalam perjuangan Fisabilillah?
Saad bin Abi Waqqas R.A.

16. Siapakah orang pertama yang menjadi muazin dan melaungkan azan?
Bilal bin Rabah R.A.

17. Siapakah orang pertama yang bersolat dengan Rasulullah S.A.W.?
Sayyidina Ali Abi Tholib R.A.

18. Siapakah orang pertama yang membuat mimbar masjid Nabi Muhammad S.A.W.?
Tamim Ad-Dary R.A.

19. Siapakah orang pertama yang menghunuskan pedang dalam perjuangan Fisabilillah?
Az-Zubair Al-Awwam R.A.

20. Siapakah orang pertama yang menulis sirah Nabi Muhammad S.A.W.?
Ibban bin Othman bin Affan R.A.
21. Siapakah orang pertama yang masuk Islam seterusnya beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W.?
Sayyidatina Khadijah Khuwailid R.A.

22. Siapakah orang pertama yang mengasaskan Usul Fiqh?
Iman Syafei R.H.

23. Siapakah orang pertama yang membina penjara dalam Islam?
Sayyidina Ali Abi Tholib R.A.

24. Siapakah orang pertama yang menjadi raja dalam Islam?
Muawiyah Abi Sufyan R.A.

25. Siapakah orang pertama yang membuat perpustakaan awam?
Harun Ar-Rasyid R.H.

26. Siapakah orang pertama yang mengadakan Baitul-Mal?
Sayyidina Umar Al-Khattab R.A.

27. Siapakah orang pertama yang menghafal Al-Quran selepas Rasulullah S.A.W.?
Sayyidina Ali Abi Tholib R.A.

28. Siapakah orang pertama yang membina merana di Masjidil Haram, Mekah?
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur R.H.

29. Siapakah orang pertama yang digelar Al-Muqry?
Mus'ab bin Umair R.A.

30. Siapakah orang pertama yang masuk syurga?
Nabi Muhammad S.A.W.
Sesungguhnya masih banyak yang perlu diketahui selain daripada 30 YANG PERTAMA di atas..antaranya;

Siapakah orang pertama yang masuk syurga dalam kalangan ummat Nabi Muhammad S.A.W.? Jawapannya ialah Sayyidina Abu Bakar Ash-Siddiq R.A.

Siapakah orang pertama yang memberi salam kepada Rasulullah S.A.W.? Tentunya Sayyidina Abu Dzar al-Ghifari R.A.

Siapakah orang pertama yang digelar Amirul Mukminin? Jawapannya, Sayyidina Umar Al-Khattab R.A.

Siapakah orang pertama yang khatam Al-Quran dalam satu rakaat? Beliau itu ialah Sayyidina Uthman Affan R.A.

....begitulah antara yang sempat dicatatkan...selebihnya boleh diselidiki sendiri dengan adanya kemudahan terkini..maklumat di hujung jari...

Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada kita semua..In Shaa Allah.

Thursday, 16 April 2015

PANDANGAN INDIVIDU BUKAN MUSLIM YANG BERPROFIL TINGGI TENTANG NABI JUNJUNGAN KITA - NABI MUHAMMAD S.A.W.

SEJARAH RINGKAS NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. 

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)

3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W: 

USIA 5 TAHUN

* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN

* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)

* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.

* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid

2. Saudah Binti Zam’ah

3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-
Khattab)

5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

7. Zainab Binti Jahsy

8. Maimunah Binti Harith

9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim

2. Abdullah

3. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa. 

.............begitulah serba-sedikit catatan ringkas mengenai Nabi Junjungan Besar kita, tak lain tak bukan Rasulullah S.A.W...Muhammad bin Abdullah... Di sini saya ingin kongsikan PANDANGAN INDIVIDU yang BUKAN MUSLIM dan BERPROFIL TINGGI tentang Nabi Muhammad S.A.W...

Dilahirkan tanggal 02 Oktober 1869; beliau merupakan seorang aktivis kemerdekaan, pemimpin spiritual dan tokoh politik tersohor dari India. Watak penting dalam pergerakan kemerdekaan India, aktivis yang tidak menggunakan kekerasan dan telah membawa kemerdekaan India melalui demonstrasi secara aman. Beliau pergi dengan aman pada 30 Januari 1948.


Seorang penulis dan wartawan tersohor; berasal dari
Ireland. Merupakan pengasas bersama London School of Economics, berbakat dalam penulisan drama, esei dll. Banyak hasil penulisan beliau memperkatakan tentang masalah sosial dan kaedah menangani digarap dalam bentuk santai dan komedi. Beliau dilahirkan pada 26 Julai 1856 dan meninggal dunia pada 02 November 1950.


Beliau lahir pada 04 Disember 1795 dan meninggal dunia pada 05 February 1881; seorang ahli falsafah Scotland, penulis yang kritis, pengarang esei, ahli sejarah dan guru. Dianggap salah seorang pengulas sosial yang paling penting di zamannya. Salah satu hasil kerja yang terkenal ialah On Heroes, Pahlawan-Ibadat dan The Heroic. Beliau menjelaskan bahawa peranan utama dalam sejarah terletak pada tindakan seorang "Great Man", mendakwa bahawa 'sejarah adalah tentang biografi manusia yang agung".


William Montgomery Watt merupakan seorang ahli sejarah Scotland. Profesor Emeritus dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Edinburgh. Lahir pada 14 Mac 1909; beliau seorang penterjemah Islam bukan Islam di dunia barat. Karya dan biografi komprehensif beliau tentang 'Nabi Muhammad di Mekah' (1953) dan 'Nabi Muhammad di Madinah' (1956) dianggap karya klasik dan paling bermutu dalam bidang penulisan. Pada usia 97 tahun, beliau meninggal dunia pada 24 Oktober 2006.


 Seorang rakyat Amerika yang lahir pada 05 Mei 1811; seorang ahli sains, ahli falsafah, doktor, ahli kimia, ahli sejarah dan jurugambar. Beliau dikenali kerana telah menghasilkan foto wajah perempuan dengan jelas (1839-1840) dan gambar pertama permukaan bulan (1840). Presiden pertama Persatuan Kimia Amerika (1876-1877) dan pengasas New York University School of Medicine. Meninggal dunia pada 04 Januari 1882 pada usia 71 tahun.


 Alphonse de Marie Louis Prat de Lamartine ialah seorang penulis Perancis, penyair dan ahli politik yang memainkan peranan penting dalam asas Republik Kedua dan penerusan Tricolore sebagai bendera France. Lamartine dilahirkan di Mâcon, Burgundy, pada 21 Oktober 1790. Keluarganya adalah sebahagian daripada golongan bangsawan wilayah Perancis, dan beliau menghabiskan masa mudanya di ladang keluarga. Dibesarkan sebagai seorang Katolik yang taat, Lamartine menjadi penganut panteisme dan menulis Histoire des Girondins pada tahun 1847. Meninggal dunia tanggal 28 Februari 1869.


Hayatnya bermula pada 28 Ogos 1828 hingga 20 November 1910; dikenali dengan nama penuh Lev Tolstoy Nikolayevich dan biasanya dirujuk sebagai Leo Tolstoy, merupakan seorang penulis novel Rusia, cerpenis, pengarang esei, penulis drama dan ahli falsafah. Tolstoy merupakan adiguru fiksyen realistik dan secara meluas dianggap sebagai salah seorang novelis terhebat sepanjang zaman. Beliau paling dikenali untuk dua novel lama, Perang dan Keamanan (1869) dan Anna Karenina (1877). Selain novel dan cerpen, beliau juga menulis drama dan esei falsafah pada agama Kristian, tanpa kekerasan rintangan, seni dan prinsip perang.


D.G. Hogarth adalah anak kepada Reverend George Hogarth dan Jane Elizabeth dilahirkan pada 23 Mei 1862. Dalam salah satu daripada kerja-kerja autobiografi beliau, Hogarth menjadi antiquary dan pernah menjadi Pengarah Sekolah British di Athens pada tahun 1897 sehingga tahun 1900. Kurator Muzium Ashmolean di Oxford dari 1909 sehingga kematiannya pada tahun 1927. Beliau juga adalah Pengarah Biro Arab ketika perang dan Kinahan Cornwallis sebagai timbalannya. Meninggal dunia pada 06 November 1927 pada ketika usia 65 tahun.

Pemilik nama sebenar Koneru Ramakrishna Rao ialah seorang ahli falsafah, ahli psikologi, parapsychologist, pendidik, guru, penyelidik dan pentadbir. Dilahirkan pada 04 Oktober 1932, di kawasan Lembah Pantai di Andhra, Madras Presiden, India. Beliau adalah seorang pensyarah di Jabatan Falsafah dan Psikologi di Universiti Andhra 1953-58, menyambung pelajaran pada tahun 1958 di Amerika Syarikat sebagai seorang sarjana Fulbright. Beliau kembali ke India pada tahun 1960 sebagai Ketua Pustakawan di Andhra University (1960-1961), tetapi kemudian berpindah ke North Carolina untuk bekerja dengan JB Rhine di Makmal parapsikologi di Duke University, North Carolina dan kemudian mengetuai Yayasan beliau Selidik Sifat Man sebagai Pengarah Eksekutif. Beliau kini berkhidmat sebagai Canselor di GITAM University, Vishakaptnam, India.


Beliau adalah seorang British yang terkenal sebagai sosialis, theosophist, aktivis hak asasi wanita, penulis dan ahli pidato dan merupakan penyokong kemerdekaan Ireland dan India. Lahir pada 01 Oktober 1847. Pada tahun 1867 ketika berusia 20 tahun, beliau telah berkahwin dengan seorang paderi bernama Frank Besant dan mempunyai dua orang anak. Namun, Annie Besant semakin menjadi anti-agama Annie dan membawa kepada pemisahan undang-undang pada tahun 1873. Beliau kemudian menjadi penceramah terkemuka untuk sekular Persatuan Kebangsaan (NSS) dan pada tahun 1877, beliau dan rakan baiknya; Charles Bradlaugh telah didakwa kerana menerbitkan sebuah buku 'kawalan kelahiran' kempen Charles Knowlton. Skandal itu menjadikan mereka terkenal, dan Bradlaugh dipilih MP untuk Northampton pada tahun 1880. 20 September 1933 beliau telah meninggal dunia di usia 86 tahun.


Juga dikenali sebagai Sarojini Naidu (lahir sebagai Sarojini Chattopadhyay), juga dikenali dengan nama ejekan sebagai The Nightingale India; seorang aktivis kemerdekaan India dan penyair. Berkhidmat sebagai gabenor pertama Wilayah Bersekutu Agra dan Oudh 1947-1949; merupakan wanita pertama menjadi Gabenor dan wanita kedua yang menjadi Presiden Kebangsaan India. Dilahirkan di Hyderabad pada 13 Februari 1879. Ibunya adalah seorang penyair wanita dan menulis puisi dalam Bahasa Bengali. Beliau adalah anak sulung di antara lapan adik-beradik. Sarojini Naidu meninggal dunia akibat serangan jantung semasa bekerja di pejabat beliau di Lucknow pada 02 Mac 1949 (Rabu).


Lahir pada tahun 1794 di Bristol, seorang rakyat Amerika beragama Protestan. Lepasan Universiti Brown tahun 1816 dan pada tahun berikutnya beliau ditahbiskan. Beliau merupakan Pengarah  terakhir, di Lexington sehingga tahun 1837.Juga pengerusi Bishop (1868), sebuah pergerakan pemisah, yang menjadi Gereja Reformed Episcopal, di bawah kepimpinan pembantu beliau sendiri, George David Cummins. Dia menerbitkan Saturday Evening (1876) dan Apostolic Succession (1877).


 Alphonse de Marie Louis Prat de Lamartine ialah seorang penulis Perancis, penyair dan ahli politik yang memainkan peranan penting dalam asas Republik Kedua dan penerusan Tricolore sebagai bendera France. Lamartine dilahirkan di Mâcon, Burgundy, pada 21 Oktober 1790. Keluarganya adalah sebahagian daripada golongan bangsawan wilayah Perancis, dan beliau menghabiskan masa mudanya di ladang keluarga. Dibesarkan sebagai seorang Katolik yang taat, Lamartine menjadi penganut panteisme dan menulis Histoire des Girondins pada tahun 1847. Meninggal dunia tanggal 28 Februari 1869.






Monday, 6 April 2015

SERI PADUKA BAGINDA DALAM KEADAAN SIHAT

KAMI merasa sedih dan dukacita atas penyebaran berita palsu kononnya Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sedang gering dan rebah di istana. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Paduka Mohd Puat Mohd Ali berkata, "Saya merasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil telah menyebarkan fitnah bahawa Tuanku gering dan rebah di istana.Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah. Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku. Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sihat dan tidak gering," katanya ketika ditemui di Alor Star. 

Khabar angin itu tersebar melalui aplikasi Whatsapp sekitar 03 April lepas. 

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata,"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku tidak sihat...(ini) biasa sahaja. Tidak seteruk yang digembar-gemburkan melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) yang saya tidak pasti dari mana datangnya," katanya kepada pemberita di Kuala Nerang. Mukhriz berkata doa ke atas kesihatan dan kesejahteraan Sultan Kedah adalah perkara biasa yang dilakukan dan sentiasa disyorkan di kalangan rakyat Kedah. "Tapi tak perlu sampai tahap panik, kerana kita mempunyai doktor-doktor yang sentiasa menjaga kesihatan baginda. "Dalam pengetahuan saya, keadaan baginda stabil dan tak membimbangkan," kata Mukhriz ketika mengulas khabar angin tersebar pada Jumaat yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan gering.

Sama-samalah kita doakan semoga Seri Paduka Tuanku berada dalam keadaan sihat sentiasa dan diberi perlindungan oleh Allah S.W.T. Amin.

SUMBER : warisanpermaisuri.blogspot.com