Tuesday, 10 July 2012

KISAH BENAR !!! ISLAM BUKAN AGAMA RASMI SEKIRANYA PR MEMERINTAH - HADI AWANG !!! WAJIB BACA !!!


Presiden PAS,Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan,maka kali ini,Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Haram,ditakdirkan memerintah negara ini.

Menurut Hadi Awang,ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini : “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.

Menurut beliau,meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’. Bagaimanapun,untuk kesekian kalinya,Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.

Menurut Karpal : “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”


Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.

Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.Selama ini,Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam Pakatan Haram.Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.Namun,keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia. Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.

Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.Sebelum ini,isu hudud,arak,judi,Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.seperti yang kita sedia maklum,dalam semua isu,PAS telah mengalah kepada DAP.Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.

Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam ???

Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid ???

Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan ???

Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.Namun,bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya ??? Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.

Justeru,jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka ???

Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam. Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.

Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama ???

RENUNG-RENUNGKAN

SUMBER : BADUT RAKYAT

Tuesday, 3 July 2012

~ UNISEL OH UNISEL ~


BONGKAR !!! ANGKARA POLITIK RAKUS,UNISEL BAKAL JADI GAJAH PUTIH - @NOHOMAR !!! WAJIB BACA !!!

Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai Universiti Selangor (UNISEL) dahulunya dikenali sebagai "Universiti Industri Selangor" ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat negeri Selangor.Malangnya hasrat melahirkan modal insan berkualiti dicemari apabila kerajaan negeri PKR mengambil alih pentadbiran pada pilihan raya umum yang lalu,lantas mempolitikkan semua perkara termasuklah aspek pendidikan.Inilah dosa paling besar kerajaan pimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang rakus kuasa apabila mempolitikkan perjalanan Unisel dan bakal menjadikan universiti terulung di negeri ini sebagai gajah putih.

Tindakan Abdul Khalid itu jelas apabila melantik individu dari kalangan ahli politik sebagai Ahli Lembaga Pengarah yang banyak mempengaruhi sebarang tindakan dan keputusan di universiti berkenaan.

Ahli politik dimaksudkan ialah:

1) Faekah Hussin- Setiausaha Politik Menteri Besar
2) Dato Rashid Din - Ahli Parlimen Merbok ( PKR )
3) Che Rosli Che Mat- Ahli Parlimen Hulu Langat ( Pas)

Keadaan ini sama sekali tidak pernah berlaku pada zaman BN yang tidak pernah melantik ahli politik dalam Lembaga Pengarah kerana lebih mengutamakan kualiti pendidikan dan modal insan sehingga berjaya meletakkan Unisel setaraf dengan universiti awam dan swasta yang lain.Naib Canselor,Datuk Dr Rosti Saruwono meletak jawatan 2 Ogos tahun lalu kerana tidak tahan dengan tekanan politik dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau sepanjang berkhidmat di universiti itu.Beliau yang menggantikan Profesor Datuk Dr Razali Agus pernah berazam ketika mula-mula menjawat jawatan berkenaan untuk tidak tunduk kepada sebarang tekanan politik akhirnya terpaksa mengalah.Dua pegawai kanan iaitu bekas Dekan Fakulti Perniagaan,Prof Dr Khalifah Othman dan bekas Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah meletak jawatan kerana ketidakadilan terhadap mereka.Dakwaan itu dikuatkan lagi dengan peletakan jawatan tindakan dua Ahli Lembaga Pengarah kerana tekanan politik iaitu:

1) Datuk Adnan Alias - Bekas Pensyarah UKM
2) Datuk Dr Mohammad Ariffin Aton - Bekas CEO Sirim-Penyelidik

Dengan pengunduran Adnan dan Mohammad Ariffin, jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang tinggal hanya 8 orang dengan tiga daripadanya adalah Ahli Politik daripada PAS dan PKR.Selain Ahli Lembaga Pengarah,salah seorang Timbalan Naib Canselor (TNC) juga adalah aktivitis politik Pas yang aktif dan pernah dilantik sebagai Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.Seorang lagi TNC berdepan dengan dakwaan salah laku berkaitan kes rogol seorang pelajar ketika menjawat jawatan sebagai dekan di UPM Serdang.Abdul Khalid mengetahui kes tersebut namun demi menjaga kepentingan kroni,beliau hanya memekakkan telinga.Tindakan itu menyebabkan ibu bapa bimbang menghantar anak-panak belajar ke Unisel.Kos pentadbiran meningkat,sebaliknya jumlah pelajar semakin berkurangan.Ini menyebabkan Unisel menanggung kerugian.Kerajaan negeri melantik tiga TNC dengan gred gaji Jusa B.Jawatan Pendaftar Kanan turut diwujudkan dengan gred gaji Jusa B.(lihat perbandingan di bawah).

BN

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

Seorang TNC - Gred gaji Jusa B

Seorang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Pakatan Pembangkang

Naib Canselor - Gred gaji Jusa A

3 TNC - Gred gaji Jusa B

1 Pendaftar Kanan - Gred gaji Jusa B

1 orang Pendaftar - Gred gaji Jusa C

Berdasarkan bukti ini,saya cabar Abdul Khalid mengumumkan kedudukan kewangan Unisel.Saya beri tempoh seminggu untuk beliau berbuat demikian.Rakyat perlu mengetahui bahawa kerajaan negeri hanya
 ‘auta’ sahaja dan mereka lebih kemaruk berpolitik untuk mengekalkan kuasa sedia ada tanpa memikirkan kebajikan dan pembangunan rakyat.

Datuk Seri Noh Omar,

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

Monday, 4 June 2012

Awas!!!! Mazhab Kristian Ortodoks Mirip Islam!!



Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam.


Seumur hidup, admin tidak pernah dengar tentang salah satu cabang MAZHAB KRISTIAN ini, mungkin kerana sebelum ini sedari kecil admin belajar tentang agama Islam, agama Allah yang Maha Agung ini sehinggakan belum berkesempatan untuk mempelajari tentang agama-agama lain. Justeru itu, admin rasa amat menakutkan terutama bagi anak-anak dan mereka yang tidak mendapat PENDIDIKAN ISLAM secara formal dan mencukupi...

Ianya sangat menakutkan terutamanya sekiranya ia mempengaruhi generasi yang akan datang sekiranya pendidikan agama tidak kuat. Asas agama, bila tiada di dalam diri kita, akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkaran...
TAHUKAH ANDA?

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara amal ibadahnya hampir sama dengan amal ibadah yang dituntut di dalam agama Islam. Sangat sukar sebenarnya untuk membezakan mazhab ini dengan ajaran agama Islam...

Di dalam Mazhab Kristian Ortodoks, cara peribadatannya hampir sama dengan cara peribadatan Islam. Contohnya, seperti di dalam gambar di atas, telah masuk waktu solat Maghrib... Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya, Indonesia bergegas untuk solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam.

Awas! Jangan terkeliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajipan solat Maghrib. Mereka adalah jemaah Mazhab Kristian Ortodoks!

Ramai orang awam akan terkeliru sebab ianya memang sangat mirip Islam. Bukan sahaja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya juga sama.Tengoklah ketika mereka solat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila solat berjemaah, juga memakai bahasa Arab!

Solat :
Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud seperti biasa. Bezanya, penganut Mazhab Kristian Ortodoks perlu solat 7 waktu iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam, masing-masing adalah dua rakaat. Mereka menyebutnya: Sa'atul Awwal (Subuh), Sa'atuts Tsalis(Dhuha), Sa'atus Sadis (Zohor), Sa'atut Tis'ah (Asar), Sa'atul Ghurub (Maghrib), Sa'atun Naum (Isya'), dan Sa'atul Layl (tengah malam).

Puasa :
Puasa wajib bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks disebut Shaumil Kabir iaitu puasa 40 hari berturut-turut yang dilakukan mereka sekitar bulan April.

Puasa Sunat :
Puasa Sunat bagi penganut Mazhab Kristian Ortodoks adalah dilakukan pada hari Rabu dan Jumaat. Puasa ini bertujuan untuk mengenang kesengsaraan Kristus.

Zakat :
Di dalam ajaran Kristian Ortodoks, zakat yang wajib diberikan adalah satu per sepuluh dari hasil pendapatan.


Gambar2 ajaran 
Kristian Ortodoks yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran  Kristian Ortodoks ... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat Al-Quran.....

Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung di rumah kita.Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR..............

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Sila baca dan sebarkan kepada sesiapa yang tiada. Jangan jadikan ia sebagai laman social berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...

Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya
pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...
tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat
untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran........sebenar ayat Bible

wallahualammmubissawab........












Wednesday, 30 May 2012

KISAH BENAR !!! SATU LAGI PENIPUAN KERAJAAN NEGERI PAS KELANTAN TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!


satu lagi penipuan Kerajaan Negeri kelantan di bawah PAS terbongkar.sebelum ini berkenaan ladang rakyat.kali ini lebuhraya pulak.kelmarin Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031

Bank : Bank Islam

Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini.

Susulan tulisan rakan Blogger RBF Pagi semalam berhubung lebuh raya berkenaan,seorang pembaca menghubungi beliau dan memberitahu seperti berikut.

Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan Pembaca itu tidak menyatakan kepada RBF beliau penyokong parti mana.Saya rasa pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.

Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun.Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar.Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan.Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.rakan Blogger RBF mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan beliau.

RBF sendiri ke Bank Islam tengahari semalam untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan.Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.

Bukan sekali RBF cuba,malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar seperti mana gambar dibawah.Lalu RBF membatalkan hasrat untuk menderma.

Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang Rakan Blogger RBF tulis,anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan .anda semua tak nak syurga ke ??? muahahaha..opsss...

Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO.Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri.Ianya sungguh memalukan.Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan.Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.Saya tidak mahu membuat kesimpulan atau tuduhan yang bukan-bukan.Terpulang kepada Pembaca Badut Rakyat untuk menilai dan membuat keputusan.

Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ???


Sumber : Badut Rakyat

Monday, 28 May 2012

~ Apa Kata Nik Aziz Tentang Ini?? ~



UNDI PARTI MASUK 'SYURGA' FATWA SESAT........


Kepada Tok Guru Nik Aziz Jom Baca Ini. Bukan Utusan kata, bukan IBM kata, tapi...Pak Janggut yang di atas ini kata (gambar) :

KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Kepada Tok Guru Nik Aziz, si janggut ni bukan calang-calang orang tau. IBM rasa lebih hebat dari kamu. Ini jelas, bahawa segala fatwa yang Nik Aziz keluarkan selama ini adalah fatwa yang membawa kepada orang yang sesat, kufur atau syirik. Oleh itu, kepada pengikut-pengikut 'fanatik' Pas, faham-faham je apa yang di paparkan di sini, dan ketahuilah siapa sebenarnya Tok Guru yang kamu kalian agung-agungkan. 

IBM rasa kesian tengok korang semua ini. Baliklah kepangkal jalan. Kepada Pas pula, berjuanglah demi untuk agama, bangsa dan negara dan bukan untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri. Harap maklum.