Thursday, 27 September 2018

BOLEH TAK CHECK-OUT DAN MINTA REFUND? ANAK TERNAMPAK 'BENDA' TEPI LANGSIR

GAMBAR SEKADAR HIASAN
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.

TERPANDANG SESUATU DI DALAM BILIK STOR

Saya ada cerita menarik yang ingin dikongsi bersama. Saya pernah bekerja di beberapa buah hotel di Melaka. Salah satunya hotel budget di Banda Hilir Melaka. 

Masa itu staff tak ramai sebab hotel itu pun ala-ala nak bankrap pun. Memang sebelum ini, ada staff saya yang rasa tak sedap hati tentang hotel itu tetapi kitorang buat tak tahu saja. 

Sampailah satu malam itu, hanya ada seorang staff saja yang jaga. Night auditor, saya namakan dia sebagai 'A' sahaja. 
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Ada satu bilik ini request towel. Jadi, si A ini pun naiklah ke tingkat dua nak ambil towel di bilik stor. Semasa dia tolak pintu stor, dah rasa berdiri bulu roma. Lampu stor pula tak boleh dihidupkan, jadi dia sendal pintu tumpang cahaya dari koridor. 

Sedang dia tunduk nak ambil towel itu, dia terpandang sesuatu di depan dia. Cik pontianak yang sedang duduk mencangkung. Mukanya tidak kelihatan, sebab benda itu menunduk! 

Si A ini pun tercenganglah dia. tetapi masih mampu lagi pegang towel itu dan turn back ke pintu stor. Selepas itu dia segera cabut lari! 

Itu baru satu kisah, ada lagi tapi kali ini guest kitorang pula yang terkena. Sampai lari turun nak check out. 

"ANAK TERNAMPAK BENDA ITU BERDIRI TEGAK PANDANG KAMI"

Di hotel yang sama juga, ada satu keluarga ini check in untuk dua malam, bersama dengan anak kecil. 

Malam pertama lebih kurang jam 3-4 pagi, guest ini telefon kaunter, tanya kalau diorang nak check out pada malam itu boleh refund ke tak. Jadi, i tanya kenapa walaupun dah agak mesti ada sesuatu yang telah berlaku. 

I jawab, tiada masalah kalau diorang nak check out. So selepas itu, satu keluarga dia turun, kembalikan kunci dan refund. Si suami ini tanya, hotel ini dulu pernah ada apa-apa kes ke. I jawab tak ada. 

Si suami ini kata, sewaktu diorang dah lelapkan mata, anak kecil dia kata nampak perempuan di tepi langsir, berdiri tegak tengok diorang. Budak kecil itu menangis. 
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Ayah budak ini bacalah apa-apa yang patut dan diorang kembali melelapkan mata. Then secara tiba-tiba katil diorang bergegar seperti ada orang di bawah katil itu. 

Lebih teruk lagi, diorang terdengar bunyi cakaran. Apa lagi, itulah diorang ambil keputusan nak check out pada jam itu juga. 

I dengan staff-staff yang lain rasa nak resign bila dengar macam-macam hal yang menimpa guest kitorang. Nasib baiklah hotel itu pun dah bankrap sebab tak berseri. Kitorang dah bagi suggestion pada boss, tapi boss tak percaya. Last-last langsung tak ada sesiapa nak check in lagi sampai tutup hotel itu.

MUKA HODOH, BERCANGKUNG ATAS ALMARI

Ada satu kes lagi, guest Indian check in seorang diri. Mungkin dia ini tour guide. Dia nak duduk di tingkat yang paling tinggi. Jadi I bagilah third floor sebab itu yang paling tinggi dan juga spooky. 

Selepas setengah jam dia masuk ke bilik itu tiba-tiba I dengan staff-staff yang lain dengar dia berlari turun tangga menuju ke kaunter. Kitorang terkejut! 

Dengan muka dia yang berpeluh-peluh, menggigil, dia kata nak tukar bilik first floor. Kitorang tanyalah kenapa. 
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Dia kata, masa dia dah letak barang-barang dalam bilik, kemudian dia baring-baring di katil. Tahu apa yang dia nampak? Dengan mata kepala dia sendiri, dia nampak perempuan muka hodoh bercangkung tengok dia dari atas almari! 

Aduh! Time itu kitorag pun nak pengsan dengar cerita dia. Tetapi kira guest ini kuat semangat jugalah sebab walaupun dia dah nampak benda itu, dia masih lagi nak stay kat hotel ini. 

Sumber: Bulat Manja

Tuesday, 7 August 2018

'TERSEDAR ADA BUNYI DENGUSAN KUAT DI TELINGA, DIA (JIN) CEKIK DAN ROGOL AKU'

Kisah seram seringkali diceritakan berlaku di mana-mana sahaja kawasan terutamanya di kolej-kolej. Golongan pelajar perempuan seringkali menjadi sasaran gangguan benda-benda halus ini. Oleh yang demikian, mereka perlu sentiasa berhati-hati menjaga adab dan juga percakapan. 

Seorang pengguna Twitter berkongsikan kisah seram yang dihadapinya ketika bergelar pelajar di UiTM Seri Iskandar, Perak. Pelbagai jenis gangguan yang diterimanya sehinggalah saat yang tidak dapat dilupakan. Dia mendakwa dia telah dirogol ketika tidur dan dia terkejut apabila rakan sebiliknya mengatakan dia tidak menjerit dan hanya tidur dalam keadaan baik. 
Image result for dirogol jin
Selepas kejadian demi kejadian yang berlaku ke atasnya, dia mula mengubah dirinya dengan memakai pakaian yang elok semasa tidur.

TADI terbaca tweet pasal jangan mandi bogel, jangan tidur dalam keadaan seksi, takut ada jin bersetubuh dengan kita. Sebelum ini, aku ambil mudah benda ini, tapi lepas apa yang jadi dekat aku masa aku study dekat UiTM SI, and time itu juga UiTM SI tengah kecoh pasal orang minyak. 

Sebelum aku cerita pasal apa yang jadi, aku cerita sikit pengalaman lain yang jadi di UiTM SI, masa aku duduk kat Kolej Cempaka 2. Ada satu malam ini, we all kira free dari submission, esoknya Sabtu. So lepak bawah blok sampai pagi, makan maggi dan sembang.

BERMULANYA GANGGUAN 

Setiap blok akan ada area untuk sidai baju, so tempat kami lepak ni memang betul-betul sebelah tempat sidai baju itu. Everything start selepas semua orang tidur, sunyi block. Lebih kurang pukul 2 pagi masa itu, angin sepoi-sepoi, sejuk gila, bau rumput makin kuat, masa inilah benda ini jadi.

Tempat sidai baju ini penuh dengan batu kerikil. Jadi, bila orang jalan memang obviously akan berbunyi, aku mula dengar batu ini bunyi sayup-sayup, tapi makin lama makin kuat and makin rapat dengan tempat kami lepak itu. Bila aku pandang, memang tak ada siapa kat situ, memang tak ada sesiapa.
Image result for dirogol jin
Selepas kejadian pertama, slow-slow dia kacau. Dulu zaman pakai BB and famous cover phone jelly tu. Siapa pernah pakai akan tahu cover tu tak licin and tak mudah slip. Tiba-tiba phone aku slide ketepi, jatuh dari atas meja gais. Time ini kami dah cuak, tapi still sedapkan hati.

Selepas phone jatuh, kami dengar bunyi batu itu semakin kuat, macam ada orang lari, time ni masing-masing dah pucat, boleh bergurau ek. Dalam hati aku Ya Allah cepatla azan subuh, biar terbakar syaitan yang mengganggu kami ini.

Waktu yang aku tunggu dah tiba, finally azan subuh, lega! Tapi memang niat dia nak kacau, selepas saja azan subuh, dia menangis. Menangis dengan kuat, teresak-esak dan mendayu-dayu, datang dari tempat sidai baju itu. Rasa nak mennangis sekali saja bila dengar. Memang tak calm la hantu ini geram je.

SUARA TANGISAN DI SEBALIK TINGKAP


Ingat tak dulu UiTM Lendu diserang pocong? Time ini aku tak tahulah mungkin keluarga dia juga serang UiTM SI. Time ini hujung minggu, semua balik, tak berani duduk kolej. Setiap malam ada saja yang mengalami histeria, setiap malam ada saja orang pengsan sebab terserempak. Kolej menjadi sunyi sepi.

Keesokan hari selepas kejadian itu, aku taubat dan tak nak lepak dah. So aku tidur macam biasa. Time aku nak lelap itu, dia nangis kat tingkap bilik gais, aku tingkat 3. So boleh bayang tak dia macam mana kat luar? Member semua dah tidur, demam 3 hari gais.
Related image
Itu last aku duduk kolej, selepas itu aku chow duduk rumah sewa. Cerita yang sebenar jadi masa final year. Time ini final semestar, benda ni still fresh dalam ingatan, sikit pun tak pernah lupa, setiap saat yang jadi, aku tak pernah lupa.

Time ini memang kecoh pasal orang minyak dalam kolej, so aku tak port sangat sebab duduk luar. Rutin macam biasa, selepas mandi settle apa semua, aku nak tidur. Semua jadi bila aku terlelap. Tiba-tiba bilik yang aku tidur tu jadi samar samar, cuma ada lilin saja, bau asap kuat.

KEMUNCAK GANGGUAN

Member yang sebelum aku tidur tengah main laptop semua tak ada. Aku seorang. Tiba-tiba aku tersedar ada bunyi dengus kuat sebelah telinga dan sebenarnya benda itu atas aku and aku tak boleh bergerak. Nafas dia makin kuat, aku nak jerit tapi tak keluar suara, makin lama makin sesak.

Kulit dia berpeluh still terasa lagi atas kulit aku. Aku tolak bahu dia tapi tak bergerak, aku helpless, suara tak keluar, ayat kursi berterabur, makin aku cuba baca, makin dia hempap. Time ni dia start buka apa yang aku pakai.

And selepas tu, aku dah tak berdaya nak buat apa-apa, dia cekik aku dan r...l aku, aku jerit sekuat hati nd tak lama lepas tu aku terbangun, bangun terus nangis gais. And member aku yang tadi belum tidur tergamam. Aku cakap kenapa tak tolong aku, aku jerit-jerit kenapa tak tolong.
Image result for wanita dirogol jin
Tapi member aku cakap “aik elok je kau tidur tak ada jerit tak ada apa.”. Tapi muka dia, macam seseorang yang aku kenal, ada sesiapa tahu tak pasal ni, ke dia ada hantar sesuatu kat aku? Time tu aku baru tolak cinta dia, dalam minggu tu juga benda ini jadi.

Atau dia memang betul orang minyak? Orang minyak boleh menyerupai? Anyways, lepas pada tu aku cuba pakai sopan sikit time tidur, ambik wudhuk and baca doa tidur, still segar dalam ingatan bau badan, kulit dia and dengus benda tu, fobia sampai sekarang.

Kuku dia panjang and bau arang, waktu dia cekik tu aku tak stop istighfar sebab rasa macam dah nak putus nyawa, dia tegap and kuat, memang tak boleh nak lawan kalau sorang, kau bayang kau kena struggle sorang dalam dunia yang kau tak sure dunia apa.
Image result for wanita dirogol jin
And ni actually the second time. First time tu jadi kat rumah sendiri, terjaga dari tidur dengan perempuan berkemban macam puteri gunung ledang, sekeliling katil, menari gais. Kau rasa? Nak jerit, nak bangun, apa pun tak boleh.

Ayat kursi berterabur, and ni aku dah reffer dengan ustazah, dia kata “mungkin keturunan” sebab moyang memang dari semarang, belah satu lagi arab. Takkan belah arab lak, somehow benda mistik ni sebenarnya dari keturunan, yang kita sendiri tak tahu.

Anyways, please take care. Kalau boleh elakkan benda yang boleh menarik minat jin atau apa-apa untuk berdamping dengan kita. Beringat sebelum terkena okay gais.

Rujukan: Minaxzaini




Tuesday, 10 July 2018

MANSA MUSA - RAJA PALING KAYA DALAM SEJARAH

Image result for black panther
Dalam dunia fiksyen Marvel Universe, kita semya tahu T'Challa atau Black Panther bukan saja pemerintah Wakanda, sebuha negara fiksyen Afrika. tetapu baginda juga dikenali sebagai superhero paling kaya di dunia kerana sumber asli vibranium, meletakkannya setaraf dengan Tony Stark/Iron Man (Marvel) dan Bruce Wayne/Batman (DC). Tahukah anda ada satu versi sebenar Black Panther di luar sana iaitu Maharaja Musa I dari Empayar Mali atau Mansa Musa yang memerintah antara 1312 hingga 1332/1337 Masihi?

Mengikut adat masyarakat pada ketika itu, seorang maharaja perlu melantik seorang pemangku raja sekiranya baginda hendak menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengadakan pelbagai ekspedisi yang memerlukannya pergi untuk satu tempoh masa tertentu. Sekiranya sang raja tidak pulang dari urusannya, maka pemangku raha itu akan dipilih untuk menaiki takhta. Dalam kes Mansa Musa, maharaja sebelumnya Abubakari Keita II memulakan usaha mencari penghujung Lautan Atlantik. Sebelum baginda keluar meninggalkan empayarnya, Musa I dilantikan sebagai pemangku raja. Tetapi selepas beberapa tahun, tiada lagi kedengaran berita berkenaan Maharaja Abubakari Keita II. Sebelum menaiki takhta pada tahun 1312, Musa I mengirim 2,000 kapal untuk mencari maharaja berkenaan. Selepas semua kapal tidak kembali dari pencarian, ramai sebulat suara bersetuju mengangkat Musa I sebagai Maharaja Mali yang baharu.
Image result for mansa musa
Semasa Mansa Musa mengambil-alih pemerintahan, kebanyakan negara Eropah masih lagi bergelut dengan masalah penyakit, kebuluran dan perang saudara sesama monarki di benua berkenaan. Tatkala itu, Empayar Mali berkembang luas kerana mempunyai sumber asli yang banyak seperti emas dan garam. Pada era baginda, Empayar Mali mempunyai keluasan 2,000km persegi dan menguasai sebahagian besar wilayah Afrika seperti Mauritania, Mali, Senegal, Gambia, Chad dan Burkina Faso. Dan dengan pertambahan wilayah ini, begitu juga wujud pertambahan kedudukan ekonomi rakyatnya.

Bagaimanapun, kemakmuran empayar ini tidak diketahui seluruh dunia ketika itu termasuk dunia Islam. Jika ada pun, ia hanyalah khabar yang bersifat khabar angin dan tidak diketahui sejauh mana kekayaan yang dimiliki Empayar Mali. Walaupun dikenali sebagai pemerintah yang adil, Mansa Musa juga merupakan seorang yang warak. Maka pada tahun 1324 Masihi, baginda memulakan perjalanan menunaikan haji di Makkah. Bagaimanapun, Musa tidak mengembara keseorangan kerana baginda diiringi rombongan mengandungi puluhan ribu tentera, hamba dan bentara dengan memakai kain sutera Parsi dan membawa tongkat² emas. Walaupun rekod berkenaan tidak dicatatkan tetapi dipercayai konvoi yang mengiringi baginda bergerak bersama kuda² dan unta² yang membawa emas yang banyak.
Image result for mansa musa
Kehadiran rombongan ini menarik perhatian sesiapa saja yang melihat dan ada satu peristiwa yang akan memberi impak besar kepada Mesir lebih dari satu dekad. Semasa berada di Mesir, Mansa Musa disambut oleh orang bawahan Sultan Mamluk, An-Nasir Muhammad yang merupakan pemerintak kesembilan dari dinasti berkenaan. Dalam pertemuan itu, utusan itu menjemput baginda bertemu Sultan An-Nasir tetapi ditolak Mansa Musa atas alasan baginda hanya singgah sebentar dalam perjalanan ke Baitullah. Bagaimanapun, selepas dipujuk berulang-kali, baginda bersetuju mengadakan pertemuan dengan Sultan Mamluk berkenaan. Apabila dua pemerintah ini bertemu, ia bermula dengan tegang apabila Musa enggan mencium kaki Sultan An-Nasir tetapi kembali tenang apabila baginda memberi salam hormat kepada pemerintah Mesir itu. Usai pertemuan, Sultan An-Nasir menawarkan penginapan sementara kepada Musa dan rombongannya dengan Maharaja Mali itu meninggalkan impak tersendiri di bumi Mesir.

Semasa baginda di Mesir, kemurahan hari Mansa Musa dan pembelian barang² asing menyebabkan jalan-jalan di Kaherah dipenuhi dengan emas; iaitu satu sumber yang amat dihargai tetapi pada masa yang sama punyai bekalan yang terhad. Tetapi kemurahan hati baginda itu telah menyebabkan harga emas jatuh dan mengakibatkan kemelesetan ekonomi Mesir selama 12 tahun. Kisah sama juga terjadi di tempat lain termasuk di Makkah dan Madinah. Untuk mengelakkan  harga emas daripada terus merosot, dalam perjalanan pulang ke Timbuktu, ibu negara Empayar Mali, Mansa Musa meminjam semua emas yang boleh dibawa dari semua peminjam wang di Mesir. Tindakan baginda bukan sahaja berjaya menstabilkan semula harga komoditi itu tetapi menempa satu lagi sejarah sebagai satu²nya individu yang dapat mengawal harga emas di Mediterranean secara langsung. Baginda tidak hanya meninggalkan emas dalam perjalanan pergi dan balik dari Baitullah. Mansa Musa turut mendirikan ratusan masjid, sesetengah daripadanya terus berfungsi sehingga ke hari ini di Dukurey, Bako dan Wanko.
Image result for the mosque of sankore
Gambar 1: Masjid Djinguereber berdasarkan lakaran Felix Dubois pada tahun 1896
Satu wilayah yang sentiasa menjadi tumpuan Mansa Musa ialah wilayah Gao. Wilayah ini yang kita kenali sebagai Mali hari ini menyaksikan Musa membina beberapa masjid sekembalinya baginda dari mengerjakan haji. Selain Gao, Timbuktu turut menjadi tumpuan di mana pelbagai infrastruktur seperti sekolah, universiti, masjid dan perpustakaan telah dibina.

Di sini juga terdirinya sebuah masjid yang diperbuat daripada kayu dan batu-bata lumpur iaitu Masjid Djinguereber. Masjid yang dibina 500 tahun lepas terus berfungsi sehingga ke hari ini dan menjadi sebahagian daripada empat madrasah yang membentuk Universiti Timbuktu. Salah satu daripada madrasah berkenaan iaitu Universiti Sankore atau Madrasah Sankore ditukar peranan sebagai universiti penuh semasa akhir pemerintahan Mansa Musa. Universiti berkenaan mempunyai koleksi buku terbesar di Afrika selepas Perpustakaan Agung Alexandria dengan mengandungi sejuta manuskrip dan mampu menempatkan 25,000 pelajar.
Image result for mansa musa abraham
Gambar 2: Imej Mansa Musa yang dilukis oleh Abraham Cresques dalam atlasnya
Kisah kekayaan dan pengaruh Mansa Musa terus tersebar walaupun selepas baginda mangkat antara 1332 atau 1337 Masihi. Pada akhir abad ke-14, ahli kartografi Sepanyol bernama Abraham Cresques melukis satu atlas sebagai panduan kepada jurupandu pada Zaman Pertengahan Eropah. Untuk menggambarkan kedudukan Timbuktu dan Empayar Mali, Cresques melukis imej Mansa Musa duduk di atas takhta sambil memegang cogan alam dan memakai mahkota diperbuat daripada emas. Pada tangan kanannya, baginda memegang seketul emas.

Kisah Mansa Musa ini dilihat menjadi inspirasi kepada kisah Black Panther dan berkenaan soal kekayaannya, ia sukar digambarkan. Bagi Profesor Madya Rudolph Ware dari Universiti Michigan, beliau berpandangan, "Bayangkan sebanyak emas yang kita boleh ambil dan miliki serta digandakan, itulah nilai sebenar kekayaan yang cuba digambarkan. Baginda merupakan orang paling kaya sesiapa yang pernah melihatnya." Sebagai penutup, lihat sendiri kedudukan kekayaan Mansa Musa selepas inflasi:-
Image result for mansa musa
1. Mansa Musa - USD400 bilion

2. Keluarga Rothschild - USD350 bilion

3. John D. Rockefeller - USD340 bilion

4. Muammar Gaddafi - USD200 bilion

5. Bill Gates - USD136 bilion

6. Carlos Slim - USD68 bilion

Tiada siapa yang kita kenali sebagai orang kaya yang menyaingi nilai sebenar harta yang dimiliki Mahara Mali itu.

RUJUKAN:

1. Morgan, Thad. (2018). History.com. This 14th-Century African Emperor Remains The Richest Person in History.

2. Sullivan, Kerry. (2016). Ancient-Origins. Mansa Musa: The Richest Man in History.




Monday, 25 June 2018

I LOVE PM - PENGALAMAN SAYA

Semasa bekerja di GLC, kami kerap didatangi oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan majlis pembukaan rasmi projek baru oleh PM.

Pegawai inilah sebahagian dari 17,000 political appointees oleh Kerajaan BN.
Image result for 17 000 political appointees
Gambar Sekadar Hiasan
Walaupun pernah mengendalikan majlis sedemikian semasa bertugas didalam Kerajaan, saya agak terkejut kerana sangat berbeza seperti apa yang saya alami di GLC ini.

Tata kewangan Kerajaan sangat ketat dan semua pegawai kerajaan tertakluk kepada prosidur kewangan yang ditetapkan oleh MOF. Setiap peringkat pegawai mempunyai kuasa dan had kewangan yang diluluskan sehingga keperingkat Menteri Kewangan.
Image result for kementerian kewangan
Gambar Sekadar Hiasan
Kuasa Menteri Kewangan tiada hadnya dan ‘the buck stops here’. Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia dari segi kelulusan kewangan dan boleh menganugerah kontrak kepada sesiapa tanpa had, mengikut ‘his whims and fancy’.

Itu sebab saya sangat bersetuju Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan.

Prosidur kewangan di GLC pula sangat berbeza dimana tampok kuasa kewangan hanya dipegang oleh MD atau CEO dan pegawai bawahan tidak mempunyai banyak kuasa berbanding pegawai dalam Kerajaan.

Walaupun GLC mempunyai team audit dalaman dan luaran, fungsi dan kuasa mereka sangat terhad berbanding kuasa Audit Negara didalam Kerajaan. Audit team di GLC melapur kepada Audit komiti yang terdiri dari ahli BOD. Ramai ahli BOD pula adalah dari lantikan politik mewakili parti BN dan Umno.

Dengan kelonggaran ini, ahli politik umno sangat gemar memperalatkan GLC sebagai ‘gold mine’ mereka.

Semasa pembukaan rasmi sebuah projek masjid di Klang saya saksikan sendiri bagaimana macai dan PR team PM memperalatkan GLC untuk memperkenalkan konsep ‘I love PM’ kepada orang ramai.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Seminggu sebelum program dijalankan, PR team PM sudah mula menjalankan tugas dengan merancang setiap program secara terperinci.

Memandangkan warga GLC dan penduduk tempatan masih tidak mencukupi untuk meramaikan majlis, team PM mengimpot ahli ahli BN/umno dari bahagian berdekatan untuk hadir bersama dimana GLC dipaksa menaja kos pengangkutan. Untuk membawa beribu penyokong umno dari bahagian berdekatan bukannya murah.

Team PR Najib membawa semua khemah tertutup berhawa dingin, kerusi meja, pentas, genset, peralatan PA dan sajian catering untuk 5000 orang. Ini yang dinamakan ‘gravy train’ kerana ramai macai yang menyediakan nya dengan bayaran kos yang tinggi. Akhirnya semua kos akan dibilkan kepada GLC.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Orang ramai diarahkan datang beberapa jam sebelum kedatangan PM dan team PR mengajak warga GLC memegang placard ‘I Love PM’ dan mengajar melambaikan nya dilaluan PM nanti.

Pada masa itu saya rasa seperti kebudak-budakan kerana perkara sama dilakukan semasa saya dizaman persekolahan rendah, diajar menjerit ‘Daulat Tuanku’ ditepi jalan hadapan sekolah setiap kali Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor menziarahi Muar pada tahun 70’an dahulu, come rain or shine.

Senior staffs dan ahli Board of Director pula diajar menyanyi jingle ‘I Love PM’ diatas pentas bersama Najib pada akhir majlis nanti.

Apabila PM muncul maka berialah semua yang hadir melambai placard dan menjerit ‘I Love PM’. Saya lihat muka Najib sangatlah riang gembira memerhatikan telatah rakyat yang sangat sayangkan PM mereka.

Setelah selesai semua upacara pecah tanah dan ucapan wajib, maka semua senior staffs dan ahli BOD naik keatas pentas menyanyi lagu patriotik dan jingle ‘I Love PM’ bersama penyanyi undangan mengerumuni Najib, sambil yang lain menikmati makanan catering yang sangat enak seperti sajian di hotel 5 bintang.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Begitulah bagaimana PM dijulang dan disanjung tinggi seperti sebuah sketsa yang telah di choreograph dan skrip ditulis oleh PR team Najib.

Kemana Najib pergi, PR team beliaulah yang menentukan lakunan yang akan dilakukan oleh penyokong umno dan rakyat jelata.

Lama kelamaan Najib menjadi ‘out of touch’ dengan kehidupan rakyat marhaen dan ‘detach from reality’ sehinggakan beliau berasa disayangi oleh rakyat walaupun ianya plastik sahaja.

Najib ibarat seorang hero yang hidup didalam satu lakunan drama dengan macai disekeliling sebagai pelakun tambahan, director, propman dan cameraman.

Beliau dikelilingi orang yang mendapat dedak dari ‘gravy train’ dan tidak memahami kesusahan rakyat kerana saluran info beliau hanya dari pembodek sahaja.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Selesai upacara pecah tanah projek, GLC terpaksa menanggung bil berjuta ringgit yang perlu dibayar kepada kontraktor ‘gravy train’ untuk upacara selama 2 jam itu.

Jauh disanubari saya terfikir apakah tujuan dan maksudnya istilah memuja ‘I Love PM’ ini?

Bukankah lebih baik konsep ‘I Love Malaysia’ sebagai slogan perpaduan rakyat berbilang kaum?

Begitu juga idea Satu Malaysia ini yang sebenarnya diadaptasikan dari konsep Yahudi iaitu One Israel. Konsep atau slogan Yahudi ini dimulakan oleh Israel pada tahun 1999 oleh Ehud Barak Perdana Menteri Israel.

Wahai pemimpin, jadilah seperti Khalifah Umar bin Al Khattab yang suka meronda diwaktu malam untuk mendengar sendiri rintihan rakyat, bukan mendapat feedback dari pembesar dan pembodek sahaja.

Semoga Kerajaan PH mengambil iktibar dari kejatuhan Najib dan Parti Sarkis ini.
Image may contain: 18 people, people smiling

Catatan oleh:
Ir. Haji Zainuddin Haji Omar


Thursday, 21 June 2018

SELAMAT TINGGAL AIDILFITRI

SINOPSIS SELAMAT TINGGAL AIDILFITRI 
Kisah pengorbanan seorang abang yang dibuang keluarganya masih berusaha demi adik-adiknya. Adi seorang abang berpewatakan lembut berkorban membesarkan adik-adiknya Adam dan Dhia sehingga mereka melanjutkan pelajaran ke universiti dan berkerjaya. Mereka saling menyayangi sehingga satu hari Adam dan Dhia memperkenalkan bakal pasangan masing-masing.

Yup, begitulah sinopsis yang aku baca sebelum menonton telemovie ini. Rasa tertarik sangat nak menonton sbb aku memang dewasa dengan kisah² bertemakan 'agama','raya' dan 'aidilfitri' yang dizahirkan oleh Sutradara Rashid Sibir sebelum ini seperti Tanah Kubur, Pondok Buruk 1 & 2, Takbir Suci 1, 2 & 3, Ketupat Daun Kering, Quran Buruk dan banyak lagi... Keterujaan aku berdasarkan kisah² yang dipaparkan sebelum ini sangat memberi pengajaran. Jadi tanpa berlengah, aku pun 'download' ler citer ni kat Astro on Demand...

PEMBAWANGAN (ULASAN/KOMEN)

Tapi sebelum aku nak membawang pasal telemovie ni, ingin aku jelaskan yang aku bukanlah seorang pembikin drama atau filem...bukan juga student dalam bidang perfileman...jadi bawangan aku bukanlah dalam term teknikal atau artistik yang memerlukan seseorang yang berpengalaman dalam produksi drama atau filem... Bawangan aku, berdasarkan pandangan aku sebagai seorang penonton, peminat karya arahan Sutradara Rashid Sibir dan sebagai seseorang yang rapat dengan kehidupan dan suasana kampung yang marhaen.

Anyway...aku akan mulakan bawangan aku dengan pemeran watak dulu ea...
Image result for norlia ghani sebagai ibu
Norlia Ghani - memegang watak sebagai IBU (nama kalau tak siLap 'Mun'), ibu kepada 3 orang anak... Seorang lelaki, seorang perempuan dan seorang lagi 'confused'; 😕😛😅
Johari Said - sebagai Abg Adi - seorang lelaki lembut (kata mudahnya seorang pondan/ponen) yang sangat bertanggungjawab malah sering berkorban demi adik²...berbadan gemuk dan berkulit gelap...dan pakai wig...haha
Image result for zahiril adzim
Zahiril Adzim - sebagai Adam...anak kedua dalam keluarga ni...nampak penyayang namun kurang cerdik memperlihatkan kasih sayang dia tu, selfish dan fisherman...hahaha...


Image result for sharifah amani
Sharifah Amani - memegang watak sebagai Dhia, adik bongsu Adi dan Adam...berwajah mulus...cantik...agak naif dan lurus...penyayang...tp senang terpengaruh dan tak tetap pendirian...
Image result for ruminah sidek
Ruminah Sidek/Mak Mah - memegang watak sebagai Mak Esah (bukan Mak Esah si ratu mandrem ea...haha), kawan kepada Mak Mun (ibu tiga beradik ni tadi)...seorang yang prihatin, keibuan dan sahabat yang baik.

Ada dua lagi watak, tapi aku tak kenal siapa pelakonnya... Watak ANITA (kekasih kepada Adam) dan watak ANUAR (kekasih kepada Dhia)...
Permulaan kisah dalam telemovie ni macam biasa...kebahagiaan dalam sebuah keluarga...dapat dirasakan kasih sayang dalam diri Mak Mun, Adi, Adam dan Dhia... Namun kadang², apabila ia terlalu difokuskan...kemesraan dan kasih sayang tu nampak 'plastik'...tonjolkan sikit² udah ler kan...hurmmm...mungkin sbb watak Adi yang agak kaku dan mendatar tu penyebabnya ...
Pertengahan cerita, Adam dan Dhia masing² sibuk nak bawa pasangan depa ke rumah untuk dikenalkan kepada Mak Mun dan Adi... Sampailah satu ketika, Adam dan Dhia memperkenalkan mereka...and pada ketika itulah Anita (awek Adam) dan Anuar (pakwe Dhia) berkenalan dengan Mak Mun dan Adi... Disinilah konflik bermula apabila Anita dan Anuar tak selesa dengan Adi yang huduh, gemuk, hitam dan ponen... Malah, kedua² mereka ni risau pasal 'keturunan' Adam dan Dhia disebabkan ada abang seorang pondan... 
Adam dan Dhia telah diberi pilihan oleh pasangan masing² iaitu Anita dan Adam...sama ada memilih Adi atau mereka... haha... boleh plak camtu ea...dah tentu² la si Adi tu abang depa...boleh plak hangpa nak suh buat pilihan... 

Hurm...si Adam dan Dhia plak terpaksa ler ikut apa kata Anita and Anuar... Mereka meminta Adi untuk menghilangkan diri seketika sewaktu keluarga Anita dan Anuar datang merisik (mcm tu ler lebih kurang)... Permintaannya mudah je...'hilangkan diri seketika'...masa keluarga orang tu datang, Adi p la kedai ngeteh sekejap...p tengok wayang ka apa yang patut...asalkan tiada di rumah ketika itu... Pastu, lepaih depa sume balik...boleh la Adi balik... TETAPI...si Adi ni plak sewaktu dalam kandungan (mungkin) Mak Mun aktif berdrama...maka Adi pn berdrama lah...nak keluar dari umah kononnya...sbb adik² tak sayang dan perlukan dia lagi... 
Apekeheynya ko Yeop...? Tak faham ke permintaan adik² tu...? Bengong ke apa..? Hek eleh... Yang Mak Mun pun sama...cuba la jelaskan pada Adi tu...adik² minta keluar sekejap je...bukan berambus...bkn sbb adik² tak terima abg depa 'ponen' tapi keluarga pasangan depa tu yang geli-geleman dgn ponen ni... Ini tidak...Mak Mun pun turut berdrama...hadoi...x faham ke... Benda senang jadi susah...

Kat sinilah kisah 'drama' yang tak patut berlaku telah terjadi... Si Adi keluar dari umah dan tinggal entah kt mana... Mak Mun plak kemurungan tahap gaban sbb rindukan Adi... 
Adam bertegas dengan tindakan dia meminta Adi keluar sekejap...bukannya nak tengok drama si Adi... Macam biasalah...waktu tengah bercinta, mata hati biasanya jadi buta...hahaha...

Dah 3/4 cerita...keluarga Anita datang ke umah...tengah dok bersembang...tiba² Mak Mun jatuh pengsan...kalut la sekejap...dan waktu tu...Adi tengah mengendap juga sebab rindukan Mak Mun... 
Once Mak Mun pengsan tu...Adi pun apa lagi...terus menyerbu ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mak Mun...(waktu menyerbu ke dalam umah, bergegar jugaklah umah tu...maklumlah kembar badak air berlari...hihi) Masa ni lah keluarga Anita terperanjat apabila mendapati Adi (si ponen saiz peti ais 2 pintu ni) merupakan abang kandung Adam dan Dhia... 

Logik akalnya...
1. Boleh pulak waktu kalut Mak Mun pengsan sebab kurang vitamin ni mak ayah Anita mempersoalkan siapa Adi...dan Adam plak sibuk nak halau Adi sedangkan waktu tu Adi tengah meriba Mak Mun... Hek eleh...x logik la bro...settle kan lah hal Mak Mun yang baru sedar daripada pengsan tu, pastu korang nak bergasak...bergasaklah...hadoi...

 
2. Anita ni anak orang kaya...muka confirm² dah kena cucuk botox...tapi mak ayah plak muka macam takde kena-mengena dengan Anita...muka mak macam baru keluar gua...ayah plak macam bomoh pembela saka...hek eleh...sekurang-kurangnya carilah yang lebih sepadan dengan Anita Botox tuk jadi mak ayah dia... (mungkin muka ASLI Anita pun macam depa la kot...tapi sebab dah cucuk  tang sana cucuk tang sini...botox tang sana...inject tang sini...so berubahla iras wajah Anita tu kan...hahaha)




3. Yang lagi kelakar...Anita dan keluarganya serta semua dalam insiden ni risau pasal keturunan...kononnya mereka akan dapat anak macam si Adi ponen ni... Yang korang beria² halau Adi keluar tu dah nape..? Bangang sangat ke sampai tak leh fikir, even korang halau atau bunuh Adi tu pn...Adam dan Dhia adalah keturunan yang sama... Hak tuih betullah...Korang ingat once dah halau or bunuh, terputuslah nasab keturunan tu...???
4. Waktu si Adam dan Mak Mun berkonfrontasi tentang si Adi...(lepaih Mak Mun sedar daripada pengsan ler...takkan waktu tengah pengsan...) Mak Mun membela si Adi...beria² nih menyebut tentang pengorbanan dan kasih sayang Adi pada adik²nya... Boleh pulak mak ayah Anita yang muka celaka mcm baru keluar gua puaka ni...buat 'memek muka'...alah...buat muka sinis dan sombong tu... Ko dah la datang umah orang, pastu ko plak buat muka sombong macam orang tengah mengemis kat ko plak ea... Sibuk plak ko nak sama menghalau si Adi... Tak masuk akal lah bro... Lain kali, bila datang umah orang...jaga perangai tu...tak suka...diamkan diri, simpan mana yang tak puas hati and pastu balik...Ko tak suka adik-beradik orang pun, apekehey nye ko plak nak menghalau orang...?? Alahai...paling mudah rasanya...once korang found out yang Adi tu abg si Adam dan Dhia, tarik tangan Anita Botox tu and terus balik...ni korang plak sibuk nak menghalau...lawak la part ni... Kaya tapi bodoh... Kt sini yang tak masuk akal...


5. Aku terfikir kat pale hotak, nape waktu ni tak de sorang pun yang bersuara ... "kalau Anita dan Anuar mahukan korang...depa kena terima seluruh ahLi keluarga korang...kat situlah dapat dilihat keihkhlasan depa mencintai korang" mungkin ada la yg bercakap macam tu...tp mungkin sekali lalu dan kurang penegasan...aku rasa...kalau ada yang bersuara macam tu dengan penegasan yang mampan...serba-sedikit akan beri kesedaran pada Adam dan Dhia...hurmmm

Habis part tu...apabila perbalahan ini semakin berpanjangan, masing² tak mahu mengalah...Adam dengan cinta hatinya...Dhia plak 50-50, mana² pun dia ok... Si Adi dengan drama dia...Mak Mun plak dengan kemurungan dia...Hadirlah Mak Esah ni nak membantu... Makanya si Adi ni dok la tinggal dengan Mak Esah...(yang rasanya sebelah umah Mak Mun je) hahaha... 
Oh lupa nk share...si Adi ada penyakit semput (athsma)..tahap apa tak pulak dapat dipastikan... in the same time...kaki Adi mengalami kecederaan (luka di tapak kaki yang berulat²) untuk memberikan kesan 'dramatik' dalam citer ni...hurmmm...the typical idea...
Anyway...hampir ke penghujung cerita...Perbalahan masih tidak selesai, Mak Mun ambil keputusan tinggal bersama Mak Esah (sementara je...dalam 2-3 hari) sebab Adi juga ada bersama... 
 
Atas nasihat dan teguran Mak Esah, Dhia meminta Adam memujuk Adi dan Mak Mun untuk balik...maklumlah selang sehari je lagi nak Raya... Adam ni plak berdegil dan ini membuatkan Dhia rasa sangat bersalah... Tapi Dhia tetap tak buat sebarang keputusan melainkan menyebelahi tindakan Adam tu... Naif sangat kan si Dhia ni...tapi dia comel...hehehe

MALAM RAYA tu di rumah Mak Esah, Mak Mun dan Adi bertakbir bersama² dan sebab nak bagi dramatik...Mak Mun meninggal dunia... Masa ni aku rasa nak menjerit je sbb tak puas hati...time ending je...MATI...time ending je...MATI...time MATI je...ending...hek eleh... Esoknya...Adam (yang macam tersedar tentang kesilapannya) mengajak Dhia ke umah Mak Esah untuk minta maaf kt Mak Mun dan Adi... Agak²nya korang leh jangka kan...?


Macam biasa...dua beradik ni sampai ke umah Mak Esah...tengok ramai jiran ada...berlari naik ke rumah...dan mendapati Mak Mun telah siap dikapankan... 


Sedih tak? Sedih tak? Macam kampit...sedih mendenyer... Malam Mak Mun meninggal dunia tu, takde sape ke yang boleh bgtau kat Adam dan Dhia??? Takde ke orang kampung yang boleh sampaikan??? Sedangkan sebelum ni Mak Esah boleh je datang ke umah depa untuk menegur dan menasihatkan Adam dan Dhia..!! Paling hanat pun...depa ni takde mobile phone ke...?? Takleh call? Text? Alamak ai...logik ler sikit...Rasanya sekalipun Mak Esah duk Kangar and Mak Mun duk Mersing...boleh je berita kematian tu diperoleh pada malam yang sama kan...??????


Sambung balik... Beria²Lah menangis si Dhia ni...Adam pun samalah...but then depa bangun dari jenazah Mak Mun, lalu pergi berjumpa Adi untuk meminta maaf... Hurmmm...rasanya Adam dan Dhia punya kesedihan waktu minta maaf dengan Adi ni lebih hebat waktu meratapi jenazah Mak Mun... Hadoi...padahal jenazah mak korang masih ada kat situ...boleh plak korang bersedu-sedan kat sudut lain...

Aku rasa...tuan pengarah kita Sutradara Rashid Sibir ni kena ubah skrip dan gaya drama/telemovie beliau ni...minta sangat...tolonglah lari dari ending yang cliche ni...KEMATIAN...takkan lah nak bagi pengajaran tu hanya dengan KEMATIAN...boleh x tuan pengarah wat citer ni Happy Ending...letih nak tengok sampai part last je...mesti ada yg mati... Hek eLeh... HiLang mood... SesekaLi wat la happy ending! 

Gambarkan babak Adam dan Dhia berjumpa pasangan depa tu...bagi kata dua kat Anita dan Anuar...sama ada nak terima depa atau tidak...Kalau nak...kenalah terima Mak Mun dan Adi sekali...kalau tak nak...putuslah hubungan... Beri gambaran yang Adam dan Dhia ni begitu menghargai hubungan kekeluargaan...

Lepas tu gambarkan Adam dan Dhia pergi ke rumah Mak Esah pada malam raya tu...mohon ampun dan maaf pada Mak Mun dan Adi...pastu bawa mereka balik ke rumah...ajaklah Mak Esah sekali... Gambarkanlah Mak Mun, Mak Esah, Adi, Adam and Dhia berkumpul pada malam raya...raya sesama....terapkan unsur kemaafan dan saling menerima... Konsep atau tema "air dicincang takkan putus" diangkat sebagai fokus utama...Mak, ayah dan adik-beradik takkan dapat dicari ganti...tetapi kalau hilang/mati isteri atau kekasih...lambat-laun akan ada pengganti (jgn nak temberang kata takde ea...)

Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...Nk bg pengajaran tak semestinya dgn KEMATIAN...(3X AKU ULANG) ...banyak je senario lain yang boleh dibuat panduan... Hurm...harap pada masa akan datang, tuan sutradara larilah daripada tema KEMATIAN ni...dah terbiasa sangat... 

Begitulah serba-sedikit bawangan aku tentang telemovie ni... ENDING nya cukup menghampakan...aku rasa Zahiril Adzim dan Sharifah Amani pun tak selesa dengan ENDING citer ni... Anyway..tahniah jugaklah sbb ni cerita drama/telemovie/filem MELAYU pertama yang aku tonton setelah sekian lamanya berhenti layannnn drama/telemovie/filem MELAYU dalam lebih kurang 3-4 tahun...

Sekian!