Tuesday, 31 July 2012

HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!!


DATUK DR HASAN ALI BONGKAR ISU HUDUD DAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA !!!


1. ISU HUDUD

Sekali lagi isu mengenai Negara Islam dan perlaksanaan Hudud ditimbulkan dan mendapat liputan media.Dalam debat bersama Ustaz Fathul Bari,Ketua Dewan Pemuda PAS,Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah menunjukkan sifat berlembut,mula memahami hasrat menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Tetapi observasi itu disanggah keras oleh Karpal Singh dengan menempelak Ustaz Nasrudin yang dianggapnya sebagai pimpinan muda dalam ranking yang agak rendah dalam hirarki kepimpinan PAS.Karpal mengulang beberapa kali bahawa beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS itu di mana PAS sememangnya telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuh Negara Islam dan melaksnakan Hudud seperti yang di dakwa oleh Karpal dalam Muktamar PAS tahun lalu.

Pemerhati politik ragu dengan dakwaan Karpal tersebut. Mana mungkin PAS meninggalkan terus Negara Islamnya sebaliknya menganjurkan perlaksanaan negara berkebajikan.Mursyidul Am PAS nampaknya terus bertekad untuk melaksanakan Hudud di negeri Kelantan. Seperti yang diketahui,Karpal dan DAP juga menyanggah saranan tersebut.Terakhir Mursyidul Am PAS terus menyuarakan perkara yang sama.Persoalannya ialah,benarkah dakwaan Karpal Singh bahawa PAS telah sama sekali menggugurkan hasratnya untuk menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.Kedua-dua perkara ini sememangnya menjadi tonggak perjuangan PAS sejak parti Islam itu ditubuhkan lebih 60 tahun yang lalu.PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Ketua Penerangan PKR,Dr Muhammad Nur Manuty menegaskan baru-baru ini bahawa perlaksanaan hudud tidak terdapat dalam Buku Jingga yang menjadi asas persetujuan bersama Pakatan Rakyat.Begitu juga,Ketua Angkatan Muda PKR,Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal Singh dan DAP yang tidak bersetuju dengan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan Hudud oleh PAS.Saya berpendapat pimpinan tertinggi PAS perlu menjelaskan :

a) Sama ada apa yang didakwa oleh DAP itu benar-benar menggambarkan apa yang telah diputuskan dalam muktamar tahun lalu iaitu PAS tidak lagi memperjuangkan Negara Islam dan perlaksanaan hudud;

b) Adakah benar negara berkebajikan sememangnya menjadi pengganti kepada negara Islam dan seterusnya akan menjadi agenda utama perjuangan PAS;

c) Adakah benar tindakan PAS menggugurkan agenda Negara Islam dan perlaksanaan Hudud itu telah diputuskan dengan persetujuan DAP dan PKR

Sebelum kita mendapat jawapan yang pasti daripada pimpinan tertinggi PAS,setakat apa yang dipaparkan di dalam media,jelas kelihatan bahawa pimpinan PAS tidak kira kedudukan mereka,tidak diizinkan sama sekali menimbulkan isu negara Islam dan perlaksanaan Hudud.Negara Islam dan Hudud,daripada muktamar yang lalu sudah menjadi taboo dan digantikan dengan negara berkebajikan yang beroperasi dalam kerangka negara sekular.Jika ini berlaku,saya amat khuatir Malaysia akan menjadi negara sekular yang memberi ruang luas kepada fahaman liberalisme, anti agama, suburnya budaya hedonisme dan terurainya sebarang ikatan agama dalam proses pembangunan negara dan umat.Saya tidak dapat menggambarkan ketika inipun masyarakat sudah konfius dan hilang arah tuju serta jatidiri.Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR.

Sehingga ini,tidak banyak respon daripada pimpinan PAS mengenai isu terbaru ini. Golongan parasit terus membisu.Tidak ada seorangpun di antara mereka,pemuda,muslimat atau pimpinan pusat yang tampil ke hadapan sekurang-kurangnya memberi sokongan moral kepada Ketua Dewan Pemuda PAS yang digasak oleh pengerusi DAP.Begitulah longgarnya ukhuwwah di kalangan pimpinan tertinggi parti Islam itu. Itulah juga bahananya ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit-parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya sahaja.Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti Islam itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU ke-13 menyebelahi Pakatan Rakyat.

2. ISU KENYATAAN AKHBAR PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA

Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia pada 18 Julai 2012 berkaitan PRU ke-13 atas tajuk “UNDILAH DENGAN BIJAK. UNDI SUPAYA NEGARA MALAYSIA LEBIH CEMERLANG”.

Pada umumnya saya tidak ada banyak masalah dengan prinsip-prinsip bernegara seperti yang digariskan dalam kenyataan akhbar tersebut.Kenyataan tersebut merujuk kepada hasrat mana-mana rakyat dalam mana-mana negara di dalam dunia ini untuk mendapatkan pimpinan negara yang dapat melaksanakan prinsip-prinsip keadilan, ketelusan serta menghormati hak asasi rakyat.Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa keutamaan yang digariskan sebagai visi yang seharusnya dijadikan panduan dalam nation building.Prinsip akhir yang disarankan merujuk kepada kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang batasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.Prinsip ini walaupun diletakkan di akhir daripada 8 prinsip, namun bagi saya inilah satu-satunya tuntutan yang sifatnya keterlaluan dan di luar daripada lingkungan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sebelum kemerdekaan.

Saya beranggapan tuntutan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi lebih daripada itu ia akan merungkai asas-asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang semuanya inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan seperti yang telah sama-sama dinikmati hingga setakat ini.Tuntutan sedemikian akan membuka lebih banyak lagi ruang-ruang tuntutan yang mungkin tidak munasabah yang akhirnya akan menghasilkan kekacauan, kehuru-haraan dan ketidakstabilan.Peristiwa hitam yang pernah berlaku mungkin akan berulang lagi.Oleh kerana perkara ini melibatkan kuasa memilih di dalam PRU ke 13 nanti, saya ingin melontarkan soalan berikut :

a) Adakah Persekutuan Kristian Malaysia menganggap bahawa kerajaan yang ada tidak mampu memenuhi tuntutan mereka; atau

b) Adakah yang dimaksudkan bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk melaksanakan tuntutan yang diutarakan.

Saya juga ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah pihak Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu.Sekiranya itulah yang akan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan : adakah PAS juga sebagai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat bersetuju untuk melaksanakan tuntutan yang dibuat oleh Persekutuan Kristian Malaysia itu yang antara implikasinya ialah pindaan perlembagaan yang akan mengakibatkan keadaan huru hara, ketidakstabilan dan menggugat keutuhan Islam sebagai agama Persekutuan.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
Kelab Sultan Sulaiman
Kg Bharu, KL

28 Julai, 2012

Sumber : Badut Rakyat

No comments:

Post a Comment