tHe jOuRnEy oF aRt

..Allah swt tidak akan menurunkan DUGAAN kalau bukan pada orangnyer...maka hadapilah dugaan itu dengan redha...dan yakinilah bahawa "setiap yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu berpunca dari kita sendiri"....

Tuesday, 31 July 2012

Isu Mesir : PAS Ditimpa Ludah Sendiri Lagi


Morshi Memilih Nasionalis Dan Bukan Islamik - Apa Spin Terbaru Nik Aziz?



Apabila Mohamed Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir selepas Hosni Mubarak digulingkan, para pemimpin dan pengikut PAS di negara ini bertakbir riuh rendah. Mereka memikirkan yang Mohamed Morsi akan menepati ciri-ciri yang didendangkan oleh PAS dalam kempen-kempen 'Islamik' mereka di seluruh Malaysia. Maka pelbagailah cerita yang hebat-hebat tentang Mohamed Morsi serta gerakan Ikhwanul Muslimin yang akan mewujudkan sebuah Negara Islam di Mesir mengikut acuan dan fahaman PAS.

Malangnya, Mohamed Morsi bukanlah pemimpin PAS yang berkiblatkan DAP. Bahkan apa yang diperjuangkan oleh PAS di Malaysia juga terlalu jauh daripada pengetahuan Mohamed Morsi. Perlantikan Hisham Kandel sebagai Perdana Menteri Mesir yang baru, menyangkal segala tuduhan dan dogma PAS terutama sekali Nik Abdul Aziz bahawa NASIONALIS itu adalah KUFUR yang KAFIR. Kita hendak melihat selepas ini, adakah akan keluar lagi fatwa daripada penzuhud PAS tentang NASIONALIS dan KEBANGSAAN. Kalau ditentang, adakah bermakna mereka juga menentang Mohamed Morsi yang sebelum ini digambarkan sebagai 'bayangan Imam Mahdi'.


Kita tutup posting ini dengan satu soalan khusus buat Nik Aziz Nik Mat daripada Al Hafiz Ustaz Kazim Elias:



Sumber : Ipoh Malay
Art Mohamad at 11:28
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

..myself..

My photo
Art Mohamad
View my complete profile
Powered by Blogger.