Monday, 18 September 2017

PENGARUH BANGSA MELAYU DALAM PERADABAN KHMER

Gambar Sekadar Hiasan

Ramai yang tak tahu bahawa terdapatnya pengaruh orang Melayu yang kuat di Kemboja sekitar zaman pasca Angkor atau zaman dimana hagemoni kerajaan Khmer telah mengalami kemunduran akibat serangan daripada Siam dan Vietnam serta pemberontakan dalaman. Namun jauh sebelum zaman itu lagi iaitu pada zaman purba sememangnya orang Melayu telah pun melakar sejarah yang panjang di dalam sosiopolitik orang-orang Khmer. Penglibatan orang-orang Melayu darat dari utara Semenanjung memang tidak dapat disangkal lagi dan diketahui bahawa orang Melayu adalah salah satu bangsa tertua yang pernah mendiami tanah besar Asia Tenggara dan merupakan ruling class bak kata Cik Sri.
Hasil carian imej untuk pengaruh melayu di khmer
Gambar Sekadar Hiasan

Keberadaan pengaruh Melayu ini berterusan sehinggalah hagemoni dinasti-dinasti Melayu seluruh Nusantara semakin merudum, malahan setelah Srivijaya, Majapahit, Sri Dhammaraja dan Melaka runtuh pun masih terdapat saki baki orang Melayu daripada gelombang baru yang menetap di sekitar Kemboja sebagai tentera, pembesar, peniaga atau pedagang. Orang Melayu yang berada di Kemboja pada zaman pasca Angkor adalah terdiri daripada Melayu darat yang turun temurun tinggal di Kemboja sejak zaman Angkor atau dari negeri-negeri utara Semenanjung. Terdapat juga rumpun Melayu yang datang dari Sumatera, Sulawesi dan Jawa. Dan tak lupa juga orang Melayu Cam yang kebanyakannya adalah pelarian daripada kerajaan Champa atau menjadi askar upahan bagi kerajaan Khmer. Orang-orang Melayu ini dikenali oleh masyarakat Khmer dengan panggilan Cheava atau Jawa yang merujuk kepada orang-orang yang berasal daripada Semenanjung serta kepulauan Melayu dan bukan merujuk khusus kepada Pulau Jawa sahaja.
Hasil carian imej untuk pengaruh melayu di khmer
Gambar Sekadar Hiasan

Sekitar tahun 1636 orang Belanda telah mula membuka loji di Kemboja setelah mereka berjaya mengalahkan Portugis di Melaka. Menurut catatan Mereka yang sampai ke Kemboja pada masa tersebut, terdapat banyak kawasan penempatan orang Melayu di sekitar ibu kota Khmer. Orang Melayu pada zaman ini digambarkan memainkan peranan yang amat penting di ibu negeri Kemboja dan digambarkan bukan hanya sebagai pedagang tetapi juga sebagai penterjemah dan orang tengah. Mereka menjadi perantara diantara Kerajaan Khmer dengan pedagang luar terutama Eropah. Menurut Francis Valentyn, perkataan Camboetjsa atau kemudiannya ditukar menjadi Cambodia oleh orang Inggeris adalah berasal daripada ejaan atau sebutan yang didapatinya daripada orang Melayu dan bukan Khmer.
 Hasil carian imej untuk pengaruh melayu di khmer
Gambar Sekadar Hiasan

Ketika duta besar Belanda Hendreik Hagenaar tiba di Kemboja pada tahun 1637 bagi menjalankan urusan perniagaan Belanda, surat-surat daripada gabenor V.O.C di Batavia kepada Raja dan pemangku raja mestilah diterjemah terlebih dahulu kepada Bahasa Melayu sebelum bahasa Kemboja dan kemudian barulah dipersembahkan kepada Raja! Apabila duta besar ini menghadap pemangku raja, menurut catatan Belanda surat tersebut akan dipersembahkan dalam satu upacara adat yang kompleks. Setelah seorang penterjemah memberitahu isi kandungan surat tersebut secara lisan, barulah surat itu dibaca dengan kuat dalam BAHASA MELAYU di dalam Istana Khmer dan kemudian akan diterjemahkan pula dalam bahasa Khmer.
Hasil carian imej untuk pengaruh melayu di khmer
Gambar Sekadar Hiasan

Adat seperti ini mesti dilaksanakan apabila surat disembahkan kepada Raja pemerintah Khmer. Dilaporkan bahawa sepanjang upacara penghadapan duta besar tersebut, pembantunya iaitu seorang wakil pengurus loji Belanda di Kemboja iaitu Jan Galen telah berucap dalam BAHASA MELAYU kepada Putera Khmer Pamraja yang menjadi pemangku Raja kerajaan Kemboja. Menurut catatan Belanda juga, baginda Pemangku Raja sendiri juga bertitah dalam BAHASA MELAYU! Malah sehingga sekarang ada gelaran-gelaran diraja tertentu yang digunakan oleh orang Khmer adalah berasal daripada bahasa Melayu.
Imej yang berkaitan
Gambar Sekadar Hiasan

Catatan Belanda turut menyebut beberapa orang yang terlibat dengan urusan perdagangan dengan orang Belanda di Kemboja memakai gelaran Intche iaitu daripada perkataan Bahasa Melayu Encik. Antara nama yang disebut ialah Encik Lanang Dan Encik Asam. Hal ini bermakna orang tengah yang menguruskan perdangangan diantara Belanda dan Kerajaan Kemboja adalah ORANG MELAYU.
Hasil carian imej untuk pengaruh melayu di khmer
Gambar Sekadar Hiasan

Dapat kita lihat betapa besarnya pengaruh bahasa dan bangsa Melayu dalam kawasan Asia tenggara. Ia bukan sahaja bahasa yang digunakan di Kepulauan Melayu malahan hingga ke Istana Raja Khmer di Tanah besar Asia Tenggara! Namun ada dikalangan bangsa kita sendiri yang mencemuh peranan Bahasa Melayu dan menganggap ia tidak setaraf bahasa lain. Jika bangsa asing boleh mengerti kehebatan dan kewibawaan BAHASA MELAYU mengapa tidak kita?
Imej yang berkaitan
Gambar Sekadar Hiasan

Catatan-catatan sezaman daripada Portugis dan Belanda ditambah lagi dengan riwayat-riwayat tempatan mengukuhkan lagi teori bahawa sebenarnya bangsa Melayu adalah bangsa Ruling Class yang bukan calang-calang hebat sehinggakan Raja-raja Khmer bergantung harap pada mereka dalam urusan hubungan luar dan perdangangan antarabangsa. Hal ini juga dapat membuktikan bahawa tahap keintelektualan bangsa Melayu suatu ketika dahulu diperakui oleh bangsa-bangsa Asia Tenggara yang lain. Bangsa Melayu pada zaman dahulu adalah ahli-ahli falsafah, ahli agama, ahli sains, arkitek dan ahli politik yang intelligent. Sekian Wallah hu a’lam.


No comments:

Post a Comment