Monday 21 May 2018

10 SEJARAH MISTERI YANG DITEMUI TANPA SENGAJA. TUAH ATAU KEBETULAN YANG MENAKJUBKAN?

Ahli arkeologi hidup dengan mencari khazanah-khazanah dunia yang tertanam di dalam bumi. Penemuan rangka manusia, tapak-tapak pembinaan zaman purba dan sebagainya merupakan antara hasil kerja ahli arkeologi.

Namun, terdapat beberapa penemuan yang bukan dibuat oleh pakar tetapi oleh individu biasa tetapi penemuan berkenaan benar-benar mencatatkan sejarah yang berharga.

Lihat 10 penemuan khazanah yang tidak disengajakan ini tetapi cukup memberi kejutan kepada kita.

#1 SEORANG PELADANG MENJUMPAU 'GADING MAMMOTH (GAJAH PURBA)
Kredit: Daryl Marshke/University of Michigan
James Bristle dan peladang-peladang lain sedang membajak ladang kacang soya dan tiba-tiba menyedari ada sesuatu yang keras di bawah tanah. Setelah digali, mereka didapati telah menemui tengkorak bersama gading mammoth yang berusia hampir 15,000 tahun!

Insiden mengejutkan ini berlaku pada tahun 2015 di selatan Michigan sekali gus membuktikan kewujudan awal di Amerika pada ketika itu. Seorang pakar pengkajian mammoth iaitu Daniel Fisher daripada Universiti Michigan mengesahkan mammoth berkenaan telah dibunuh oleh manusia pada zaman tersebut.

#2 PENEMUAN HARTA KARUN CHILDERIC
Kredit: Wikipedia
Gambar di atas merupakan sebentuk cincin yang merupakan sebahagian daripada harta karun Childeric, Raja Merovingian. Ia merupakan cincin emas bersaiz 27mm (diameter) sekali gus membuktikan bahawa Childeric mempunyai jari yang besar dan gemuk.

Selain cincin tersebut, individu berkenaan turut menemui ratusan syiling emas, pedang yang diperbuat daripada emas dan batu delima, alat pengancing kuda, obor emas, kepala kerbau emas dan 300 ekor lebah emas!

#3 MANUSIA GRAUBALLE - MUMIA YANG UNIK
Kredit: Commons/Wikipedia
Beberapa orang pekerja sedang menggali tanah untuk dijadikan sebagai bahan api dan baja namun tiba-tiba telah menemui sesuatu yang aneh. Penemuan tersebut dikatakan sebagai Manusia Grauballe yang telah dimumiakan dengan rambut serta kuku yang masih elok walaupun setelah sekian lama berlalu.

Pada 1955, mayat ini telah dipindahkan ke Muzium Moesgaard berdekatan Aarhus sebagai pameran umum. Malah, mayat yang dimumiakan ini masih mempunyai jari dan membolehkan para saintis mengambil cap jarinya.

#4 ADAKAH HOBBIT BENAR² WUJUD?
Kredit: © Depositphotos   © Wikipedia
Sekumpulan ahli arkeologi dari Australia dan Indonesia telah menjalankan satu penyelidikan untuk membuktikan penghijrahan manusia dari Asia ke Australia. Namun sebaliknya, mereka telah menemui rangka tulang lengkap hominin.

Adakah hobbit merupakan asal-usul kepada pembentukan manusia moden? Atau mereka adalah spesies manusia yang berbeza? Misteri ini masih kekal misteri dan belum memperoleh jawapan yang tepat.

Di samping itu, rangka seorang wanita di dalam gua Liang Bua, Indonesia telah ditemui pada tahun 2003 yang menunjukkan wanita tersebut bukan sahaja bertubuh kecil tetapi saiz otaknya juga amat kecil berbanding manusia biasa.

#5 VILLA PALATIAL ROMAN
Kredit: Wikipedia
Seorang pereka permaidani British iaitu Luke Irwin mendapat tuah apabila menemui vila istana Roman di belakang rumahnya. Semasa proses penggalian, satu lapisan keras mozek berukuran 18 inci telah ditemui yang membuktikan bahawa kaum Rom pernah mendominasi sejarah British suatu ketika dahulu.

#6 BANDAR BAWAH TANAH DERINKUYU
Kredit: Wikipedia
Pada tahun 1963, seorang lelaki telah menjumpai struktur dinding misteri yang tersembunyi di belakang salah satu bilik rumahnya. Pakar-pakar arkeologi dipanggil untuk menjalankan kajian mengenai penemuan tersebut dan mendapati ianya adalah sebuah lorong bawah tanah yang digunakan pada zaman dahulu!

Bandar bawah tanah berkenaan dipercayai dibina semasa era Byzantine bagi melindungi rakyat semasa perang Arab-Byzantine. Seramai 20,000 manusia menggunakan lorong ini sebagai perlindungan dan untuk membekalkan makanan.

Bandar yang terletak di Turki ini telah dibuka kepada umum sejak 1969.

#7 LUKISAN GUA LASCAUX
Kredit: Ouest France
Seorang remaja 18 tahun bernama Marcel Ravidat tidak sengaja menemui lukisan mengagumkan tersebut di Lascaux. Dia kemudian dengan terujanya menunjukkan beberapa gambar dinding gua yang dipenuhi dengan lukisan haiwan kepada rakan-rakannya.

Tidak lama kemudian, Marcel mendapat pengiktirafan di atas penemuan tersebut.

Gua ini telah dibuka kepada umum pada 14 Julai 1948 namun disebabkan oleh pencemaran udara, habuk dan pendedahan karbon dioksida yang tinggi, lukisan-lukisan berkenaan mulai terhakis. Hal ini menyebabkan kawasan berkenaan ditutup bagi tujuan pemeliharaan.

#8 BATU BERSURAT JEHOASH
Kredit: Alchetron
Ketika awal penemuan batu bersurat ini di kawasan perkuburan Islam berdekatan Jerusalem, pelbagai kontroversi telah dicetuskan. Tulisan berkenaan telah ditafsirkan dan ianya mengandungi mesej yang menerangkan mengenai proses pembaikpulih sebuah kuil di Jerusalem oleh Jehoash.

Bahagian Bahan Antik Israel dikatakan ragu-ragu dengan keaslian penemuan batu surat tersebut.

#9 PENEMUAN RANGKA TULANG OTZI - MANUSIA AIS
Kredit: Insider
Dua pelancong Jerman sedang mendaki gunung dan menemui mumia manusia yang tertua di Eropah!

Pada awalnya mereka menyangka bahawa mereka menemui mayat pendaki gunung yang lain dan langsung tidak tahu ia adalah mumia.

Mumia ini telah ditemui pada September 1991 di pergunungan Ă–tztal sekali gus membuatkan mumia tersebut digelar sebagai Otzi.

Namun, beberapa kisah menarik melibatkan Otzi adalah seperti sesiapa yang terlibat dalam penemuan Otzi meninggal dunia kerana termakan sumpahan yang dikenakan ke atas Otzi.

#10 KERETA KUDA DAN RANGKA KUDA DALAM MAKAM DINASTI ZHOU
Kredit: ZHANG XIAOLI, XINHUA/FAME/BARCROFT/National Geographic
Ahli saintis dan pakar arkeologi percaya rangka kuda bersama kereta kuda ini adalah milik kepada keluarga bangsawan. Proses penggalian dijalankan di bahagian tengah China, bandar Xinzheng di mana terdapat lebih daripada 100 rangka tulang kuda dipercayai berusia 2,400 tahun telah ditemui.

Kereta kuda tersebut mempunyai ukuran 2.4 meter panjang dan 1.7 meter lebar dengan hiasan gangsa serta tulang.

Rujukan: Era Baru


No comments:

Post a Comment