Monday, 28 November 2011

~:: LuLuH HaTi kErAnA MaAf Mu - sEdAnGkAn kAu TiDaK PeRnAh BeRsALaH ::~

..inilah kehidupan..ada pasang surutnya...perselisihan faham dan pertelingkahan berlaku di mana-mana...waima dalam keluarga sendiri..ibu ayah dan adik-beradik...apatah lagi sesama teman..
di kesempatan ini, aku ingin mengkhabarkan bahawa tatkala aku membaca perenggan terakhir luahan hatinya...hati aku luluh dengan kemaafan yang dipinta...terasa diri bersalah dari sudut pandangan berbeza...namun ingin aku nyatakan kepadanya bahawa..."saudara tidak pernah bersalah kepada aku...andai benar pun saudara bersalah, telah pun lama aku maafkan...tapi hakikatnya..saudara tidak pernah seinci pun membuat kesalahan terhadap aku..."
"lanjut penjelasanku kepada saudara..sebenarnya..apa yang berlaku..adalah satu UJIAN kepada aku...bukan disebabkan kesalahan saudara atau siapa-siapa...ketabahan seseorang itu tidak akan diketahui sehingga mereka diuji...terus-terang...andai penjelasan dan kenyataan di MAYA ini kelihatannya seperti satu serangan atau pertelingkahan..itu tidak benar saudara..ia sekadar luahan yang mana mungkin bisa difahami atau sekadar coretan yg menyakitkan... saudara, jalan hidup kita masih jauh dan panjang..jangan kita mudah tersinggung atau melatah tatkala lewat simpang siur kehidupan ini..aku pasti saudara bisa faham kerana pengalaman saudara yang banyak itu akan membantu..."
"saudara..aku tidak memusuhi mu..tatkala kau berkunjung ke rumahku pun, aku terima seadanya...ketika itu hati ini hanya khuatir andai ada kekurangan atas layanan ku..tidak sekelumit pun aku terfikir akan ada 'sesuatu'...namun yang terjadi telah pun terjadi..tatkala aku keseorangan..satu-persatu aku singkap mindaku..dapat ku imbas...bahawa aku juga merupakan puncanya..." 
"saudara, let by gone be by gone...ia telah terjadi...aku telah pun melupakan semuanya..aku ingin terus melihat ke hadapan bersama insan yang aku cinta...dalam waktu yang sama, aku pasrah dan redha andai ada aral di sepanjang perjalanan itu nanti..."
"saudara..jagalah dirimu baik-baik, jagalah hatimu seagung-agungnya, ada ketikanya..kepentingan diri perlu diutamakan...dalam kehidupanmu itu saudara, jangan benarkan siapa-siapa pun memijak-mijak kepala mu..kerna aku tahu kau seorang yang baik dan bertanggungjawab, juga jangan biarkan orang lain mengambil kesempatan atas kebaikan mu...kurangkan rasa panas baran itu dengan beristighfar selalu..jangan diikutkan rasa marah kerana MARAH itu API..dan API itu SYAITAN....jangan rosakkan hubungan mesramu dengan teman-teman kerna amarahmu...kelak ia binasa kerana kekhilafan sendiri.."
"akhir kata untukmu saudara..kita harus sentiasa bersedia..kerana setiap pertemuan pasti disusuli perpisahan...jgn megah dengan pertemuan itu, kerana ada duka yang bersalut usai perpisahan... saudaraku, there is NO happy ending for this kind of relationship..maka kerna itu...kita SEMUA perlu bersedia dan REDHA..."

sekian...moga kehidupanmu saudara akan lebih gemilang dengan hadirnya cahaya dihujung kegelapan yang sebelum ini menyelubungi saudara....amin...

No comments:

Post a Comment