Friday, 16 December 2011

~ aKu..DiA..& LaGu ~

...salam...saje nak bercerita dlm bLog ni...perihal lagu dan maksud tersirat dalam lagu² yang sering diperdengarkan...ada lagu gembira, sedeyyy...hiba...sayu...dan macam² konsep lagu ada skang ni..genre pun dah pelbagai...rock, dangdut, balada..pop..pip..pap....arghh..lantaklah kan...

aku nak kongsi r satu lagu ni...yang pernah didendangkan oleh bekas Miss Malaysia iaitu Puan Erra Fazira - Terpaksa Melangkah..rasanya lagu ni tak r  popular sangat tapi pada aku pada ketika dan saat ini...ia sungguh bermakna....ialah...lagu itu pun diciptakan berpandukan apa yang benar dan telah terjadi....hihihi..... so...check it out..!!

Stanza 1
Seandainya Kejujuran Ini
Tiada Lagi Tertera Di Hati
Ku Rela Undur Diri
Dikemuncak Impian Yang Kugenggami
(dlm kemuncak rasa cinta ni...pernah berlaku ketidakjujuran dalam perhubungan aku dan dia...benar...aku lebih rela undur diri...undur diri sebab dia tidak lagi jujur pada aku..walau pada saat dan tika ini...cinta aku hanya untuk dia....)

Stanza 2
Tak Ku Sangka Gerimis Melanda
Ketika Kita Hangatnya Merindu
Bagaikan Tiada Duka Yang Datang
Namun Kelopak Berderai
(betul...memang betul...aku tak pernah menyangka di saat cinta dan rindu memuncak...aku dibohongi..pembohongan (gerimis) itu cuba dilindungi oleh lakonan yang begitu mantap..namun...bangkai gajah takkan mampu ditutup...kuasa Allah swt pembohongan terbongkar....lantas luluh hati kerana terkesima dgn sikap dia yg tergamak berbohong)


Stanza 3
Bukan Simpati Yang Aku Pintakan
Cuma Ketulusan Di Hatimu
Bukan Alasan Yang Mesti Kau Lafazkan
Untuk Menegakkan Cinta 
Seolah Sengaja Kau Persendakan Kasihku
(mmg la...dlm perhubungan ni..aku tak harap simpati dia..simpatilah pd diri sendiri dulu...apa yang aku inginkan...ketulusan dan kejujuran..jangan bila dicakap...macam-macam alasan lah yang keluar...aku selalu dibayangkan sebagai orang yang menagih simpati dan mengemis cinta...sedangkan aku tidak begitu...apakah semua itu sengaja dilakukan kerana mahu mempersendakan aku...?)



Stanza 4
Biar Ku Derita Biar Ku Sengsara
Asalkan Tiada Kekesalan
Meskipun Ku Cinta Sepenuh Hatiku
Namun Tak Berupaya Didustai
Oleh Bibir Yang Berpura
(aku akui bahawa pada ketika ini...CINTA aku adalah sepenuhnya untuk dia...tiada orang lain lagi di hati...namun...aku pasti CINTA ini takkan buat aku BUTA sehingga x dapat  nak bezakan samada dia jujur atau berbohong pada aku...kan..? aku lebih rela menangis hari ini..biarlah aku sengsara tika ini....kerna esok lusa pasti ada SINAR baru untuk aku..dan aku tak mahu menyesal kerana akan sentiasa waspada dengan dia....)

Stanza 5
Seandainya Kejujuran Ini
Tiada Lagi Tertera Di Hati
Terpaksa Ku Melangkah
Walau Hatiku Kan Terluka
(andai esok lusa masih ada lagi pembohongan..aku tak sesal untuk memutuskan perhubungan ini..biar aku pergi walaupun pasti aku akan terluka dan derita.....pada aku...baik derita atau gembira...ia hadir bukan untuk selamanya..)

haaaaa....amacam...begitulah kisah aku..dia dan lagu....semoga semua ini akan jadi pengajaran pada aku....saat ini...tika ini...hati ini masih mencintai dia...janganlah dimusnahkan hati ini lagi..cukup²lah dengan apa yang telah terjadi...namun...andai ia terjadi lagi...aku akan undur diri......


gitew......yang pasti kini dan hari ini...hati aku telah dimiliki oleh dia......semoga tiada lagi gerimis yang boleh mengundang kelopak untuk berderai....

No comments:

Post a Comment