1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand
Harta: RM96 bilion
Umur: 82
RAJA di dunia paling lama bertakhta. Sejak kebelakangan ini Bhumibol berdepan masalah kesihatan dan krisis politik. Bhumibol yang disanjung dan dihormati rakyat dimasukkan ke hospital tahun lalu, dipercayai kerana jangkitan paru-paru. Dalam pada itu krisis politik membabitkan pembangkang dan kerajaan bertambah ganas sebelum diakhiri dengan tindakan kerajaan menggunakan kekerasan Mei lalu. Kekacauan itu termasuk pembakaran bangunan bursa saham di Bangkok yang sekali gus menjejaskan pasaran saham, menakutkan pelabur dan pelancong. Bhumibol yang dilahirkan di Amerika Syarikat dan mendapat pendidikan di Switzerland bagaimanapun tidak campur tangan dalam krisis itu. Harta raja diletakkan di bawah pengawasan Biro Hartanah Istana dan kebanyakannya yang membabitkan pelaburan awam serta hartanah tidak terjejas akibat krisis itu. Bagaimanapun kekacauan, jika berterusan, mungkin mengancam kedudukannya.

SULTAN Hassanal Bolkiah menceraikan isteri ketiganya bulan lalu, kekal dengan isteri pertama yang juga bonda kepada bakal pengganti sultan, Putera Al-Muhtadee Bilah Bolkiah. Beliau dan kerajaannya menangani kemelesetan ekonomi dunia dengan dasar ekonomi konservatif dan mengikat nilai mata wang negara itu pada dolar Singapura. Bagaimanapun, pengeluaran minyak semakin perlahan dengan simpanannya dijangka hanya bertahan untuk 25 tahun lagi. Dalam usaha mempelbagaikan ekonominya, sultan itu juga dilapor terus berbelanja mewah. Baru-baru ini beliau dilapor membeli 48 beg tangan dan 24 payung itik di kedai Lederer de Paris, New York. Kes terhadap adiknya, Putera Jefri berhubung penyelewengan wang berjumlah RM51 bilion masih tertunda di mahkamah.
BERJAYA memimpin Arab Saudi menangani kemelesetan ekonomi global menerusi perbelanjaan kerajaan dan peningkatan pengeluaran minyak. Ekonomi negara itu diunjur akan tumbuh empat peratus tahun ini. Hasilnya, harta raja juga meningkat. Tahun ini Arab Saudi menjadi tuan rumah Persidangan Majlis Kerjasama Teluk ke-12 dan ia turut dihadiri raja dari Qatar, Kuwait dan Dubai. Terkenal kerana langkahnya mengendurkan undang-undang syariah yang tegas, Raja Abdullah baru-baru ini memecat seorang ulama kerana menyelar kewujudan sebuah universiti yang membenarkan pergaulan di antara lelaki dan wanita.
DILANTIK semula selaku Presiden Emiriah Arab Bersatu untuk penggal lima tahun kedua pada November lalu oleh Majlis Tertinggi Persekutuan emiriah. Beliau yang juga mengetuai emiriah Abu Dhabi menyediakan pakej penyelamat berjumlah AS$10 bilion kepada Dubai, Disember lalu. Bagaimanapun Sheikh Khalifa tidak dapat mengelak berdepan kemelesetan ekonomi dunia. Hartanya merosot RM9.6 bilion tahun lalu kesan penurunan pendapatan eksport minyak sebanyak 40 peratus. Keadaan bertambah buruk dengan kemelesetan dalam nilai hartanah dan pasaran saham. Sheikh Khalifa bagaimanapun tetap meneruskan rancangannya untuk menjadikan Abu Dhabi pusat pelancongan dan kebudayaan menjelang 2030.
JUMLAH harta merosot berbanding tahun sebelum ini akibat hutang syarikat milik kerajaan berjumlah RM349 bilion. Hutang itu dijangka bertambah RM50 bilion lagi tahun ini. Di samping itu, Dubai Holdings, syarikat milik persendirian Sheikh Mohammed berhutang RM38.4 bilion, sebahagian besarnya menerusi syarikat pelaburan Dubai Group dan Dubai International Capital yang memiliki saham dalam syarikat induk Sony dan Airbus. Tahun lalu beliau menjual sahamnya dalam bank pelaburan Mesir, EFG Hermes pada harga diskaun sebanyak 60 peratus berbanding harga belian dua tahun lalu. Sheikh Mohammed baru-baru ini berkata, ekonomi UAE mencatatkan pencapaian memuaskan dan masalah ekonomi yang dihadapinya sudah berlalu. Pemimpin Dubai ini terkenal kerana kemahirannya berkuda dan mempunyai aset ekuin bernilai tinggi.
KETUA sebuah keluarga yang berusia hampir 900 tahun, Putera Hans-Adam II baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya ke-65 dengan mengadakan pameran seni di Muzium Liechtenstein, Vienna.
Sebanyak 140 hasil seni yang diperoleh sepanjang beliau bertakhta, termasuk hasil lukisan Rembrandt dan Rubens, dipamerkan. Beliau turut mempromosi buku barunya, ‘The State in the Third Millennium’.
Dalam pada itu Liechtenstein berusaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk menangani jurang belanjawan sebanyak 15 peratus. Keuntungan dalam bank miliknya, LGT, merosot 35 peratus tahun lalu.

MENAIKI takhta selepas kematian bapanya pada 1999. Memberi tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan dan meningkatkan rekod hak asasi kemanusiaan bapanya. Aset keluarga diraja termasuk saham dalam kumpulan OCP, satu-satunya syarikat perlombongan fosfat negara itu di samping beberapa syarikat hartanah. Harga fosfat kian meningkat selepas merudum tahun lalu. Cita-cita Raja Mohamed untuk menarik 10 juta pelancong setahun ke negara itu menjelang 2010 hampir tercapai dengan bantuan Hollywood. Negara itu baru-baru ini menjadi lokasi penggambaran drama televisyen dan filem, termasuk ‘Sex and the City 2’ dan ‘Prince of Persia’.
MENJADI pemerintah selepas menggulingkan bapanya dalam rampasan kuasa pada 1995. Mengetuai satu daripada negara yang mencatat pencapaian terbaik ekonomi di dunia. Keluaran Negara Kasar meningkat 9.5 peratus tahun lalu dan dijangka mencatat pertumbuhan dua angka tahun ini. Qatar Holding membeli pusat beli-belah Harrods di London dengan harga RM6.4 bilion awal tahun ini. Emir Qatar ini juga berusaha membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak 2022. Jika bidaan itu berjaya, inilah julung kalinya kejohanan itu berlangsung di Asia Barat. Pada masa lapang, Sheikh Hamad menghabiskan masa di atas kapal layarnya sepanjang 133 meter, Al Mirqab, antara yang terbesar di dunia.
KETUA keluarga Grimaldi ini berusaha membesarkan wilayah Monaco yang lebih kecil dari Central Park, New York dengan menambak laut. Beliau mempromosi filemnya, ‘Antarctica 2009: A Continent in a State of Alert’ yang berdasarkan penjelajahannya selama 17 hari di daerah baru itu. Jun lalu, Albert mengumumkan pertunangannya dengan bekas perenang Afrika Selatan, Charlene Wittstock. Albert kini berdepan tindakan undang-undang oleh bekas kakitangannya, Robert Eringer, yang didakwa menjalankan perisikan untuk Monaco berhubung pembayaran gaji tertunggak. Harta keluarganya termasuk hartanah, hasil seni, kereta antik, setem dan saham dalam kasino Monte Carlo.
SATU-satunya pemimpin yang tidak mempunyai negara untuk diperintah ialah Aga Khan, ketua 17 juta penganut Ismaili yang bertaburan di seluruh dunia. Putera Karim ialah imam masyarakat Ismail ke-49 selepas menggantikan datuknya, Sultan Mahomed Shah Aga Khan pada usia 20 tahun pada 11 Julai 1957. Beliau mempengerusikan Rangkaian Pembangunan Aga Khan yang menggalakkan pelaburan di Asia dan Afrika. Beliau yang meminati kuda mempunyai kira-kira 800 ladang ternak haiwan berkenaan di Ireland dan Perancis, memegang saham dalam Goff — syarikat lelong kuda terbesar di Britain dan Aqana — syarikat lelong kuda Perancis.
MENAIKI takhta pada 1970 selepas menggulingkan bapanya dalam rampasan kuasa. Berjaya mengetuai Oman dalam usaha mempelbagaikan ekonomi dengan matlamat mengurangkan penggantungan pada sektor minyak, daripada 40 peratus sumbangan kepada Keluaran Negara Kasar kepada sembilan peratus saja menjelang 2020. Sultan Qaboos juga meningkatkan industri gas dan pelancongan. Kerajaannya mempunyai saham dalam Wave, syarikat yang terbabit dalam pembangunan di kawasan pantai berhampiran ibu negara Oman, Muscat. Meskipun menjadi peminat setia muzik klasik, Sultan Qaboos membiayai sendiri kerja membaik pulih masjid di seluruh negara itu. Beliau pernah berkhidmat dalam pasukan tentera Britain selepas menamatkan latihan di Akademi Tentera Sandhurst. Bercerai tanpa anak, isu penggantinya kini semakin hangat dibincangkan oleh rakyat Oman.
MONARKI paling lama bertakhta dalam sejarah Britain. Meskipun menjadi permaisuri sejak berusia 25 tahun, Elizabeth belum menunjukkan tanda akan menyerahkan takhta itu kepada anaknya yang sekian lama menanti, Putera Charles. Beliau adalah penjaga hartanah milik negara seperti Istana Buckingham, Permata Mahkota dan koleks seni diraja. Harta milik peribadinya termasuk hartanah di England dan Scotland, hasil seni halus, permata dan koleksi setem. Cucunya, Putera William yang menduduki tangga kedua senarai pewaris takhta dijangka mengumumkan pertunangan dengan teman wanitanya, Kate Middleton, tidak lama lagi.
SHEIKH Sabah tidak berkongsi kekayaan minyak negaranya seperti raja negara Teluk lain. Beliau sebaliknya menerima pendapatan tahunan. Hartanya terjejas dengan kegawatan ekonomi yang melanda Kuwait. Negara yang bergantung dengan pendapatan hasil minyak ini tidak berusaha mempelbagaikan ekonomi.
Pertelingkahan politik sejak tiga tahun lalu menyebabkan pembubaran Parlimen sebanyak tiga kali dan perletakan jawatan lima kerajaan. Ia juga menjadi punca pelabur asing menarik diri dari negara itu.
PERMAISURI Beatrix menyambut ulang tahun ke-30 pemasyhurannya tahun ini. Ibunya, Permaisuri Juliana mengambil langkah turun takhta untuk membolehkan Beatrix menggantikannya pada 1980.
Sebagai ketua negara, permaisuri itu dilihat sebagai kuasa penyatu kerana tidak ada parti politik mencapai kemenangan mutlak dalam pilihan raya. Beliau melantik orang tengah untuk berunding dengan pelbagai parti bagi membentuk Kabinet. Peningkatan pendapatan eksport, pemulihan industi hartanah dan pasaran saham yang kembali kukuh membantu menstabilkan harta keluarga diraja. Bagaimanapun, ketidaktentuan mengenai kerajaan baru dan langkah berjimat-cermat kerajaan pada masa depan untuk mengurangkan defisit bajet mungkin menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan.
Antara hartanah dimiliki Permaisuri Beatrix termasuk Istana Drakensteyn di Belanda dan sebuah villa di Tuscany, Itali.

SATU-satunya raja yang masih berkuasa mutlak di Afrika. Beliau yang menaiki takhta pada usia 18 tahun terus mengekalkan cengkaman kuat terhadap pembangkang dengan menguatkuasakan perlembagaan yang mengharamkan parti politik. Bagaimanapun, kerajaannya bertegas menyatakan parti politik bebas untuk bergerak di negara itu. Raja Mswati sering diselar kerana berbelanja mewah.
Sebahagian daripada 13 isterinya dilapor menghabiskan AS$6 juta dolar untuk membeli-belah beberapa bulan lalu. Ketika 69 peratus penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan, 50 peratus menganggur dan suku daripada penduduknya yang aktif seks disahkan menghidap HIV, Raja Mswati masih mampu membina istana dan menyediakan kereta mewah untuk 13 isterinya.

Sumber dari Harian Metro : 15 0gos 2010
No comments:
Post a Comment