Tuesday, 29 January 2013

PEDAS TAK INGAT! ARTIKEL TERBARU TUN M!


1. Di negara-negara dimana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju. Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.

2. Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.

3. Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalanraya.

4. Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya. Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.

5. Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat. Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.

6. Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.

7. Justeru itu usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6000 setahun, mesti ditentang.

8. Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?

9. Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.

10. Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang. Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati. Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalanraya baharulah kita akan terima AES ini?

SUMBER : gerakan-anti-pkr.blogspot.com

No comments:

Post a Comment