Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts

Wednesday, 20 June 2018

UMNO, JHO LOW DAN KHAIRY JAMALUDDIN

Saya geleng kepala gelak melihat gelagat UMNO dalam keadaan ia sedang tenggelam punca dan cuba mencari arah tujunya sekarang. Tak ubah seperti lipas yang baru kena spray dengan Shelltox saja.
Image result for adnan yaakob tun seperti bapa
YB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob
Siapa boleh terfikir yang Adnan Yaakob (bekas samseng taik kucing Pahang itu) boleh berkata baru-baru ini bahawa Tun Dr. Mahathir (TDM) adalah bagaikan seorang ayah kepadanya. Kemudian Zahid Hamidi (seorang makhluk yang paling tak tahu malu sekali dalam dunia) melawat TDM di pejabatnya entah untuk tujuan apalah agaknya.
Image result for khairy jamaluddin polo
YB Khairy Jamaluddin
Seterusnya, Khairy Jamaluddin pula keluarkan kenyataan bahawa kerajaan PH lebih baik dari BN sebab murah hati beri peruntukkan kewangan kepada ahli parlimen pembangkang kerana BN tidak pernah buat begini kepada pihak pembangkang sebelum ini. Dan yang mutakhir sekali ialah berita mengenai parti PBB yang sekian lama menjadi tunggak dan fixed deposit BN di Sarawak tiba² umumkan mahu keluar dari BN untuk sertai PH.
Image result for zahid hamidi
YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi diberitakan amat gabra dengan perkembangan ini dan cuba memujuk Abang Johari supaya jangan bertindak demikian kerana UMNO-BN akan hancur kalau PBB keluar dari BN. Abang Jo pula menjawab kalau dia tidak bertindak begini, parti PBB pulak yang akan hancur pada pilihanraya negeri tahun 2021 nanti.
Image result for ketua menteri sarawak
YAB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari @ Johari Tun Abang Haji Openg 

Inilah drama² komedi yang sedang ditayangkan di depan mata rakyat Malaysia sekarang.

Ehh sekejap.. saya nyaris terlupa. Si Tengku palsu yang bernama Adnan Mansor pun sudah terdiam sekarang. Lebih² lagi selepas SPRM serbu DBKL dan rampas fail² urusan jual beli 64 lot tanah di merata-rata lokasi di KL sepanjang tempoh si-Tengku palsu ini jadi Menteri Wilayah Persekutuan yang nilai jualannya mencecah sehingga RM 4.2 billion.
Image result for tengku adnan
YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
Confirm mamat ni akan kena rebus hidup² tak lama lagi. Padan muka dia. Inilah satu²nya makhluk yang memang patut dihumban saja ke dalam jel sampai kiamat. Amat korup, kurang ajar dan angkuh.

Ini belum masuk cerita pasal Nazri Aziz, Shahrizat Jalil, Salleh Keruak, Azalina Othman, Isa Samad, Tajuddin Abd. Rahman dan yang lain² lagi. Kalau nak bercerita tentang betapa panik dan gelisahnya semua pembesar² UMNO ini sekarang, memang hikayat ini takkan habis 7 hari 7 malam. Masing² ada kes mereka sendiri.

Tapi tajuk cerita hari ini ialah tentang UMNO, Jho Low dan KJ. Jadi, kita tinggalkanlah dulu kisah² tentang otai² malang UMNO itu semua buat masa ini.

Saya mahu menyoal apa kredibiliti yang ada pada UMNO sekarang kalau kita lihat sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low berkaitan penglibatannya dalam skandal 1MDB. Macam mana UMNO ingin terus jadi pejuang bangsa dan negara, dan juga berangan untuk jadi pembangkang kerajaan yang dihormati kalau sikap dan pendirian mereka terhadap Jho Low ini sudah kecundang sejak dari awal² lagi?

Bagaimana mereka boleh buat tak kesah saja dengan budak Cina seekor ini yang telah kencing atas kepala orang Melayu dan buat negara kita jadi huru hara? Adakah sikap dayus begini yang nak diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

Berbillion-billion duit kita budak Cina buntal ini sapu dan joli di seluruh dunia, tapi tidak ada seekor pun pemimpin UMNO yang berani buka mulut mendesak Najib dan polis bawak budak Cina ni balik ke Malaysia untuk disiasat. Padahal segala bukti sudah cukup dihadapkan kepada kita oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat, dan juga dari keputusan² mahkamah di Singapura dan di Switzerland berkaitan skandal ini.
Image result for RAIS YATIM
Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Bahkan pada masa kapal mewah dia dirampas oleh polis Indonesia dan FBI di perairan Bali, si Nazri gila tu siap pertahankan Jho Low lagi sampai mendidih otak Rais Yatim kena sound oleh Nazri apabila Rais Yatim buka mulut pasal budak Cina ini.

Lepas tu Nazri cari pasal lagi dengan Rafidah Aziz dalam hal yang sama. Salleh Keruak pun 2 x 5 main tag-team dengan Nazri dalam hal ini. Menteri² lain buat bodoh saja macam ikan sepat seolah-olahnya takda apa² yang berlaku.
Image result for rafidah aziz
Tan Sri Rafidah Aziz
Dalam keadaan UMNO sungguh² membela Jho Low macam orang mabuk, diorang tak habis² hentam DAP tiap² hari kata kalau DAP berkuasa, nasib Melayu akan hancur.

Apa punya bodoh diorang ni? Budak Cina seekor itu yang terang² tengah pijak kepala Melayu dan lingkupkan negara kita, diorang sikit pun tak kata apa². Tiba² DAP pulak yang diorang jadikan sebagai punching bag.

Sekarang DAP dah menang PRU bersama PH, ada kamu tengok orang Melayu mati atau makin sesak hidup? Ada Lim Kit Siang ditabalkan jadi PM Malaysia dan paksa kita semua jadi komunis?

Di mana kredibiliti UMNO sekarang? Tak malukah berkokok macam ayam yang ekornya terpalit dengan taik tapi tak sedar diri nak bagi tahu seluruh dunia kononnya merekalah pejuang hak, nasib dan maruah bangsa Melayu. Realitinya ialah mereka adalah pengkhianat bangsa kerana bersubahat dengan Najib membiarkan Jho Low curi duit kita berpuluh puluh billion. Maruah diri sendiri pun sudah terpalit di ekor ayam, tiba² ada hati nak bela maruah bangsa pulak.
Image result for jho low
Jho Low dan Bekas PM Malaysia
Tolong cakap serious sikitlah wahai UMNO.. Janganlah nak buat lawak bodoh saja selalu. Cuba tolong bagi tahu apa dasar perjuangan UMNO sejak kalah PRU kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kita semua boleh faham dengan jelas.

Kalau dengan Jho Low seekor itu pun UMNO boleh tumpas, apa kredibiliti yang ada pada UMNO untuk dijadikan sebagai sandaran? Takkan ada masih ramai lagi orang Melayu di luar sana masih sengal hendak terus sokong UMNO dalam keadaan yang dayus macam ini?

Yang betulnya ialah UMNO telah benar² mengkhianati orang Melayu. Ini serius punya cakap. Segala usaha baik yang dilakukan oleh UMNO di bawah pimpinan semua Perdana Menteri sebelum Najib jadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada Julai 2009 dulu, telah dimusnahkan oleh semua menteri² UMNO dan ketua² bahagian parti ini di zaman Najib, termasuklah juga semua cacing² kerawit yang menyokong pemimpin² parti mereka di seluruh negara.

Bingung saya lihat dan fikir kenapa tidak ada satu suara pun yang terbit dari mulut mereka mendesak Najib supaya bertindak terhadap Jho Low.

Cuba tengok saja kelakuan Pemuda UMNO, terutamanya naib ketuanya yang nama Khairul Azwan Harun. Mamat ini adalah dari kalangan kaki bodek Najib yang terunggul. Dia bersama ahli² pergerakan Pemuda lain tak ubah seperti orang estet yang mabuk todi. Melalak tak kena tempat macam samseng filem Tamil. Tapi dengan kes Jho Low, semuanya diam macam batu dan papan yang hanya layak digunakan untuk buat jamban kampung yang tak pakai flush.

Wanita dan Puteri UMNO pun sama. Entah kaliber apa yang diorang nampak ada pada makcik yang bela lembu dalam kondo mewah tu pun saya tak tahu. Bila makcik tu sinsing lengan dia ajak gusti dengan pembangkang yang menyoal salah laku Najib, makcik² lain pun sama² sinsing lengan dan menjerit-jerit sampai berpeluh ketiak macam pompuan kena histeria di asrama. Tapi dalam bab Jho Low, haram sepatah pun semua makcik² ni tak keluar suara.

Ini semua adalah kisah benar untuk Melayu yang ada otak ambil pengajaran. Bangang sangat kalau masih nak sokong dan hidupkan biawak nazak yang bernama UMNO ni. Atas alasan apa lagi yang mereka nak jadikan sebagai dasar dan tema perjuangan parti pun saya tak tahu. Entah² mereka tetap sokong UMNO hanya semata-mata kerana kepercayaan khurafat yang sudah sebati dalam diri bahawa UMNO ialah berhala keramat yang wajib disembah walau dalam keadaan apa sekalipun sampai ke hari kiamat.

Mereka masih tidak sedar bahawa seterer-terer berhala ini memerintah selama 61 tahun, akhirnya tersungkur juga disebabkan dosa dan kesalahan sendiri kerana kemaruk makan rasuah, kuat curi duit rakyat dan tak reti malu mengkhianati amanah dan kepercayaan orang Melayu serta rakyat.

Insaf dan kesallah wahai UMNO sekalian dengan kesalahan dan dosa kamu semua selama ini. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Akuilah kesilapan dan bagi tahu kepada rakyat bahawa kamu rasa kesal dan bersalah kerana telah menyokong kemungkaran Najib Razak secara membabi buta sebelum ini.

Selagi kamu tidak buat begini, selagi itulah kamu semua adalah orang yang paling bangsat sekali di Malaysia. Kenapa kamu masih tetap degil tidak mahu mengaku bersalah walaupun kamu tahu kamu bersalah?

Bagaimana hendak maju ke depan dan jadi pembangkang yang dihormati kalau benda paling basic macam ini pun kamu masih tak lepas lagi? Saya nasihatkan supaya jangan bawa sifat Iblis ini sampai masuk kubur. Menyesal tak sudah nanti.

Raya pun dah tak lama lagi. Lakukanlah perubahaan ini sekarang. Insyaa Allah kalau kamu berani mengakui kesalahan secara ikhlas, berlepas diri dari penyamun gila yang nama Najib Razak itu, dan mohon maaf kepada rakyat secara terbuka, saya percaya ramai dari kalangan rakyat akan maafkan kamu dan sanggup beri UMNO peluang kerana kredibiliti kamu akan beransur-ansur pulih selepas kamu ambil langkah pertama yang paling penting ini. Tetapi jika kamu masih degil, maka tangggunglah nasib kamu jika mati dengan sifat Iblis ini.

Saya ingin sarankan Khairy Jamaluddin supaya jadi orang pertama ambil langkah ini dan terus bertanding sebagai Presiden UMNO. Jangan buang karan dan masa nak bertanding jadi Naib Presiden. Kalau UMNO dapat Presiden yang biul, takkan selesai masalah parti ini sampai bila². Rakyat takkan angkat sebelah mata pun nak layan kamu semua nanti.

Kamu adalah seorang yang cerdik di dalam kumpulan yang salah wahai KJ. Kamu punyai bakat dan kebolehan untuk menyumbang kepada pembangunan dan pembentukan negara Malaysia yg cemerlang. Tun Dr. Mahathir pun berpendapat begini. Saya percaya beliau beri pendapat yang jujur mengenai kamu.

Negara perlukan barisan pembangkang yang berkualiti dan profesional dalam parlimen untuk pastikan supaya PH tidak besar kepala dan sentiasa dapat berkhidmat kepada rakyat dalam prestasi terbaik. Dan semesti kamu yang paling berkaliber menjadi pemimpin pembangkang yang dapat menyumbang dengan berkesan ke arah pembentukan Malaysia Baru yang cemerlang. Give PH a quality fight in the Parliament!

Persetankan Zahid dan pemimpin² lain yang tidak bermaruah dan juga tidak tahu malu itu semua. Mereka langsung tiada kredibiliti untuk pulihkan UMNO. Semakin menyampah orang dengan UMNO kalau ada dari kalangan mereka yang jadi Presiden UMNO nanti.

Akui sahajalah kesilapan kamu menyokong Najib sebelum ini dan nyatakan kekesalan kamu secara ikhlas. Kemudian bertandinglah untuk jawatan Presiden parti atas dasar prinsip serta idealisma yang tulin, dan bukannya atas dasar politik. Jangan play safe lagi.

Jika ahli-ahli UMNO serious inginkan perubahan, mereka akan sokong dan pilih kamu sebagai Presiden parti. Tetapi jika mereka tidak mahu berubah, maka biarlah mereka menolak kamu.

Jika mereka tolak kamu, tinggalkan saja UMNO dan ahli²nya. Tidak berbaloi untuk bersama orang² yang terlalu obses dengan berhala mereka dan masih buta kepada kebenaran. They don't deserve you.

Jadi wakil rakyat bebas di Parlimen saja dah cukup. Sekurang-kurangnya rakyat akan melihat kamu sebagai pemimpin yang berprinsip dan relevan dalam konteks negara yang sedang bangga bergerak maju ke hadapan dengan sumbangan usaha yang berkesan dari wakil² rakyat yang berkualiti.

Ayuh KJ!! Mari sama² bina Malaysia Baharu yang cemerlang. Bertandinglah untuk jawatan Presiden UMNO dan lakukan perubahan yang radikal kepada parti ini selari dengan kehendak rakyat sebelum ia pupus seperti dinosaur.

-08 Mei 2018-


Thursday, 24 May 2018

KENAPA KAMI TIDAK MEMILIH DATO' SERI NAJIB (DSN)

Kenapa perlu hormat dia? Ini bukan pasal hormat menghormati bai!

Dia pecat orang sesuka hati tanpa kira bulan puasa..dia pecat kesemua orang yang tegur dia termasuk menteri..hakim..peguam..SPRM dan polis. Dia gantikan dengan orang yang menyokong semua kesalahan yang dia dah buat.
Dia suruh bini Tun M (Tun Siti Hasmah) datang ke balai dan soal siasat berjam jam..dia pecat tukang masak Tun..dia tarik balik pengiring Tun..dia tarik balik semua bodyguard Tun..dia buang nama Tun dalam pengajaran sejarah di sekolah..dia gunakan murid2 sekolah untuk tunjuk sokongan pada dia..dia juga gunakan budak2 tahfiz pegang sepanduk I LOVE PM semasa bagi sedekah dan sumbangan..
Image result for pengiring Tun M ditarik
Dia telah haramkan gambar Tun diseluruh negara..dia padamkan gambar KLCC yang Tun bina..dia gajikan beribu orang supaya kutuk Tun dan pembangkang tiap2 hari dimedia sosial..dia tak gunakan duit dia untuk bayar gaji kesemua pejuang sibernya..dia buat majlis dan paksa artis sokong dia dan bukan Tun..

Dia tarik balik hak dan keistimewaan yang seorang Tun berhak dapat dan ini sudah pun termaktub tapi dia main langgar semuanya..dia buat polis macam anjing belaan..dia melanggar undang undang sesuka hati..dia hina keturunan Tun..dia hina keluarga Tun..dia jadikan Jamal dari bodoh sampai ke bangang hanya untuk memburukkan Tun..disemua majlis dia perli dan kutuk Tun..
Image result for buku sejarah padam Tun M
Dia berpantun pun dia kutuk Tun..dia hina rakyat yang tak undi dia..dia gunakan agama untuk meraih simpati ketika di Mekah..dia putar belit kisah nabi saw dan agamawan tak berani tegur..dia suruh profesor kangkung kutuk Tun dalam majlis..dia gunakan media untuk membutakan rakyat dan menipu tanpa batasan..dia boleh buat apa saja tanpa seorang pun membantah kecuali puak puak pembangkang dimedia sosial..

Dia arahkan polis kutip wanita sarat mengandung ditengah malam pasal kritik dia dalam fb..dia arahkan supaya mereka yang kritik dia disoal siasat dan dihukum serta merta seolah olah komen itu lebih berat dari kes bunuh..dia buat akta berita palsu untuk melindungi dia dengan denda setengah juta dan penjara 10 tahun...

Dia pegang telor hakim dimahkamah..dia buat mahkamah macam hak mak bapak dia..dia bersihkan diri dari semua tuduhan tanpa perlu ke mahkamah..dia buat cukai GST untuk bayar hutang 1MDB..dia bebankan rakyat sebab hutang itu akan habis dibayar pada tahun 2039..dia hapuskan subsidi minyak dan lain2 bantuan pada rakyat dengan alasan subsidi dan bantuan itu satu pembaziran..

Dia kenakan hukuman pada pelukis kartun yang sindir dia..dia nak penjarakan orang hanya kerana belon..saya ulangi..belon..dia suruh orang tua taubat sebab tua itu tandanya nak mampus..dia bercakap seperti dia takkan mati dan hidup beratus tahun seperti kura kura galapagos..ini bukan pasal dendam tapi KEADILAN..

Dia patut tahu ada rakyatnya dipenjara bertahun dan berbulan kerana sardin dan nutella..dia penjarakan Anwar bertahun tahun kerana fitnah liwat dan kalaulah kamu tahu berapa kali bulan puasa dan raya beliau tak bersama keluarganya..dia kutuk Tun bila Tun berdamai dengan Anwar..dia tak faham dah banyak musibat dia dah bawa pada negara..dia langsung tak faham kenapa kedua tokoh ini sanggup bermaafan demi masa depan negara..rakyat dan ekonomi..dia memang patut kalah di PRU14 sebab dia dah tak faham apa yang dia dah buat itu bala..

Dia ingat hutang negara yang banyak itu tidak melibatkan rakyat dan menaikkan kos sara hidup dan dia berhak menerima balasan diatas segalanya..dia telah melampaui batas dan mencabar kesabaran orang tua yang menjadikan dia PM bila mengatanya KEPALA BAPAK KAU STUPID..dia tak perlu sentap jika dia tak salah..dia kena faham apa yang polis buat dirumahnya adalah prosedur biasa..dia tak perlu dikasihani sebab sesusah susah dia pun..
Image result for kepala bapak kau najib
Dia ke hulu ke hilir naik Alphard Vellfire bukan Perodua Alza loan 9 tahun..dia ada lebih dari 1 rumah dan ada kondominum di Pavilion..dia ada 5 rumah kalau tak silap fakta..dia kena terima itu semua proses dalam siasatan..dia pun bodo melantun lantun bila simpan terlalu banyak harta karun kat dalam rumah dan dia ada 9 peti besi..saya ulangi..9 peti besi..

Dia juga menyimpan wang tunai 200 juta didalam rumahnya dan dia ada mesin kira duit tapi dia takde mesin cop duit..dia punya bini ada 284 kotak handbag dan ada handbag yang harganya boleh buat banglo 2 tingkat siap dengan kolam renang..dia punya anak ada wang tunai 537 ribu dalam rumahnya dan itu setengah juta ringgit malaysia..dia anak beranak simpan duit tunai dalam jumlah yang banyak dirumah dan bukan dalam bank untuk elak dikesan pihak berkuasa..
Image result for rampasan rumah najib
Dia punya harta yang cukup banyak dan jumlahnya tak masuk akal..dia tetap ada jasa pada negara semasa menjadi PM tapi malangnya jasa yang dia buat tak banyak sebab musibat yang dia buat lagi banyak..dia dah tinggalkan hutang yang dah mencecah 1 trillion sedangkan dizaman Tun M hutang negara kita tidak pernah melebihi 300 billion..dia dah gila sebenarnya.

Dia nak dimaafkan atau tidak itu terpulang pada individu..itu bukannya masalah saya..wahai ustaz fb..tolonglah jauhkan diri dari saya..block lah saya cepat cepat..saya tak kesah langsung jika di block oleh penunggang agama seperti kamu semua yang tiada gunanya langsung pada orang seperti saya.

LIKE bukan periuk nasi saya, sebab saya tak makan LIKE tapi saya makan nasi tau.. Periuk nasi saya kat luar sana...sana bukan kat dalam sini.


HISHAMUDDIN RAIS : "MERAKAM SEJARAH - FAKTOR MAHATHIR"

Image result for hishamuddin rais
Anak semua bangsa, bangsa semua agama, warga Malaysia telah berjaya menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Ini satu kemenangan. Justeru saya wajib menulis untuk merakamkan detik-detik kemenangan ini.

Parti United Malays National Organisation (UMNO) yang ditubuh pada 11 Mei 1946 dan didukung oleh Inggeris akhirnya telah dapat ditumpaskan dan dinyahkan dari kuasa oleh gerakan anak semua bangsa - bangsa semua agama.

Saya amat gembira apabila melihat Najib dan Rosmah tidak melarikan diri pada 12 Mei 2018. Pesawat jet peribadi yang dikatakan dihantar dari Jakarta telah dikepung oleh anak anak muda di lapangan terbang Subang.

Saya akan dituduh munafik jika saya tidak mengakui betapa gembiranya saya apabila melihat Razak Baginda, Arul Kanda, Habibul Rahman dan puluhan orang-orang jahat suku sakat Najib yang didakwa cuba menghilangkan diri, atau mula menenggelamkan diri dari diketahui orang ramai.

Saya amat amat gembira bila musuh saya dalam kesusahan. Saya gembira bila musuh saya dalam kesakitan. Saya gembira bila musuh saya masuk ke dalam penjara. Jangan salah baca, pilihan raya ialah perang tanpa senjata. Perang bersenjata berlaku apabila politik undi mengundi gagal.

Kegembiraan dari saya ini bukan dendam. Saya tidak memiliki sifat dendam. Gembira melihat Najib masuk penjara bukan bermakna berdendam.

Pada hemat saya hidup membawa dendam pasti satu hidup yang amat berat - mengheret dendam ke hulu ke hilir. Hishamuddin Rais tidak berdendam. Hishamuddin Rais hanya gembira apabila Najib dan Rosmah masuk penjara. Amin.

Para pembaca akan menipu diri sendiri apabila tidak mengakui bahawa kita semuanya bergembira apabila Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan akhirnya masuk penjara.
Kegembiraan yang lahir ini adalah watak dan ciri-ciri gerakan politik. Di mana-mana pun dalam dunia ini apabila berlalu perubahan sosial ciri yang sama berlaku. Apabila yang zalim dijatuhkan, ppabila yang jahat dapat ditewaskan, apabila penyamun dapat ditangkap, maka kegembiraan adalah jawapannya.

Ketika Czar Nicholas dibunuh dalam Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 warga kota Moscow gembira. Ketika kepala Louise ke14 dipenggal kepalanya di Paris pada 21 Januari 1793, ramai warga kota Paris menari, bertandak dan menyanyi mabuk gembira.

Saya amat yakin warga Indonesia pasti gembira melihat Suharto jatuh pada tahun 1998. Saya amat yakin warga Iran gembira apabila melihat Shah Reza Pahlavi melarikan diri dari Tehran pada 16 Januari 1979.

Di Tanah Melayu semenjak Inggeris mengangkat United Malays National Organisation, semenjak gerombolan Ketuanan Melayu ini mengambil alih kuasa dari British, Tanah Melayu telah dilanggar malapetaka.

Pada Rabu, 9 Mei 2018, malapetaka atau nakba dalam bahasa Arab telah dinyahkan. Menyahkan Najib dan Rosmah bermakna warga Malaysia telah berjaya menyahkan malapetaka yang selama 60 tahun ini telah menghempap berat kehidupan anak semua bangsa di Tanah Melayu.

09 MEI 2018 MALAPETAKA TERCABUT

Rabu 9 Mei 2018 malapetaka tercabut. Malaysia menjadi ringan. Udara menjadi nyaman. Hidup menjadi aman. Tanah Melayu membuka sejarah baru. Sabah dan Sarawak membuka sejarah baru. Maka kita - anak semua bangsa di Malaysia berhak untuk terus bergembira.

Saya sering menulis bahawa detik sejarah itu juga memiliki sejarah dan latar. Saya juga pernah menulis untuk menolak dan mengenepikan pandangan yang sering mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang.

Untuk saya sejarah ditulis oleh orang yang rajin menulis. Jika kita malas menulis walaupun menang ia tidak memiliki makna.

Saya telah merakamkan semua babak babak sebelum PRU14. Menolak pelbagai bentuk pandangan bodoh yang tak masuk akal. Dan mengajukan garis dan taktik untuk membawa pencerahan.

Dua bulan sebelum PRU14 saya membuat ramalan kemenangan.

Dalam masa yang sama saya juga ada menulis beberapa pandangan yang pada hari ini dilihat salah, pandangan yang silap, pandangan yang terbukti melanggar apa yang berlaku ada 9 Mei.

Pada hemat saya ini lumrah. Kerana mustahil saya dapat melihat kesemua hasil politik masa depan dengan jelas dan tuntas.
Walau apa pun akhirnya kita semua dapat melihat Najib dan Rosmah terkurung dalam rumah sendiri. Yang ini telah saya nujumkan berbulan bulan lebih awal.

Dalam suasana kegembiraan, ketika melihat kembali apa yang pernah saya tulis – yang tepat dan yang salah. Maka ada beberapa perkara yang wajib saya tuntaskan. Perkara yang wajib saya rakamkan untuk rujukan sejarah, babak-babak yang wajib diumumkan secara hitam putih untuk bahan sejarah.

Seratus tahun dari hari ini jika ada anak pelajar yang menggali sejarah kejatuhan United Malays National Orgnisation pada Rabu 9 Mei 2018, maka apa yang saya tulis ini akan menjadi bahan.

PERTAMA: Kemenangan PRU14 oleh Pakatan Harapan pada Rabu 9 Mei 2018 adalah kerana faktor Mahathir. Dalam BI - The Mahathir factor.
Mahathir adalah penyebab utama yang telah berjaya - mengumpul semua tenaga anak semua bangsa - untuk mengalahkan gerombolan Najib dan konco-konconya.

Jika di zaman REFORMASI dahulu faktor Anwar Ibrahim menjadi juragan dan jurumudi. Anwar menjadi ikon yang berjaya mengumpul gerakan jalan raya untuk menjatuhkan Mahathir.

Dalam PRU14 juragan dan jurumudi ialah Mahathir.

The Mahathir factor ini memerlukan kajian yang lebih rapi. Kenapa dan mengapa anak semua bangsa mahu beralih memilih Pakatan apabila Mahathir meneraju pucuk pimpinan.

LANGKAH BUNUH DIRI

Kajian ini penting untuk kita sesama kita terus bergembira.

Tiga bulan sebelum hari mengundi kita terdengar bagaimana kemungkinan DAP disingkir dari pendaftaran. Jabatan Pendaftaran telah memberi pelbagai masalah kepada DAP. Kemudian kita dengar pula BERSATU menghadapi perkara yang sama.

Segala jentera kerajaan - SPR, SPRM, PDRM, Peguam Negara, Mahkamah dan, dan, dan…telah digunakan untuk memupuk kekuatan kuasa dirinya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) juga tidak ada bezanya. Ketika ini Jabatan Pendaftaran menjadi aparacik setia yang memperkukuh kuasa Najib dan Rosmah. Secara bijak pendaftaran parti BERSATU dibatalkan.
Sekali imbas langkah ini dilihat bijak. Tetapi sebenarnya ini adalah langkah membunuh diri. Kerana jawapan dari Mahathir menggegarkan politik Malaysia.

Tup-tup, langkah paling radikal telah diambil oleh empat parti gabungan Pakatan. Semua bersetuju untuk menggunakan satu logo.

Inilah bukti faktor Mahathir yang mungkin ramai terlepas pandang. Tetapi inilah pencapaian politik paling unggul dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia. Fakta ini ialah: Penggunaan satu logo.

Menggunakan satu logo ini - persetujuan menggunakan satu logo ini - hanya dapat dilakukan bawah kepimpinan Mahathir. Saya yakin Anwar Ibrahim pun tidak ada keupayaan untuk menuntaskan perkara ini. Satu logo ini adalah faktor Mahathir yang membawa pukulan maut kepada Najib dan Rosmah.

KEDUA: Mahathir Muhamad sebagai agen komunikasi yang cukup baik. Ucapan ceramah Mahathir tidak beretorik. Tidak menaikkan semangat untuk turun ke jalan raya. Dalam ceramah si Mahathir tidak pernah bercerita yang dia kenal dengan Putin atau kenal Tony Blair. Atau pernah ke Universiti Havard. Atau pernah membaca buku itu dan ini.

Malah ceramah Mahathir agak mendatar. Tetapi Mahathir telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cemerlang kepada orang ramai.

Mahathir TIDAK menggunakan perkataan yang besar-besar, yang susah untuk disebut. Dan susah untuk dieja. Mahathir TIDAK menggunakan perkataan Inggeris atau Arab. Dalam ceramah Mahathir tidak berselindung dengan ayat Quran atau hadis nabi untuk memperkukuh hujah.

Perkataan curi, samun , tipu senang difahami maknanya oleh mak cik dan pak cik Felda. Disinilah kejayaan Mahathir menterjemahkan konsep politik yang kompleks dengan penerangan yang senang untuk difahami.

Kepada Mahathir Najib ialah pencuri. Perkataan pencuri ini difahami oleh mak cik Felda. Berbeza dengan menggunakan perkataan kleptokrasi. Satu habuk pun orang tak faham. Dalam ceramah Mahathir memilih pencuri, lanun atau penyangak untuk menerangkan siapa si Najib ini.

KETIGA: Perubahan sosial akan berlaku apabila elit politik, elit ekonomi dan jentera daulah mula pecah.

CUKONG LARI DARI NAJIB

Sama ada cukong yang bernama Robert Kuok memberi dana kepada pembangkang atau tidak satu persoalan lain. Apa yang tersirat dari berita Robert Kuok (bawah) ialah gambaran tentang elit ekonomi, para cukong telah mula melarikan diri dari Najib. Ini adalah faktor Mahathir.
Kesampaian Rafidah Aziz dan Rais Yatim masuk ke dalam saf Mahathir adalah salah satu tanda bahawa elit politik juga telah pecah. Apabila Rais dan Rafidah dibuang dari parti maka jelas elit politik sedang beramuk.

Kemudian saf Mahatir di masuki oleh Daim Zainudin dan Syed Hamid Albar. Semua ini adalah faktor Mahathir yang berjaya memecahkan elit politik

Kemudian Mahathir menulis surat surat terbuka kepada PDRM, tentera laut, darat dan udara. Hanya Mahathir yang memiliki wibawa sedemikian. Hanya Mahathir yang berupaya menulis surat ini.

Apabila Laksamana Angkatan Laut menjawab dan menerangkan kepada anak semua bangsa bahawa angkatan tentera laut tidak menyebelahi parti sesiapa pun. Jawapan ini tidak membolehkan Najib melakukan huru-hara untuk mempertahan kuasa. Satu cabang tentera telah enggan jadi alat Najib.

Sebelum Mahathir menulis surat, seorang pemimpin tentera darat didakwa menyatakan soldadu menyokong kerajaan. Ini bermakna tentera darat akan mempertahankan Najib.

Perbuatan bangang ini telah ditibai oleh rakyat kiri dan kanan. Jeneral kaki bodek Najib ini terduduk dan membuat kenyataan baru.

Semua ini petanda yang jentera kerajaan tidak lagi menyebelahi Najib. Hanya PDRM yang tidak bersuara. Hingga ke saat kemenangan tercapai maka barulah ketua PDRM menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan ialah kerajaan baru.

Dalam kita merayakan kemenangan ini. Dalam kita bergembira. Maka jangan lupa kita wajib terus berwaspada. Orang-orang jahat wajib terus diburu, ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka, orang jahat akan disula.

Saya tidak mencadangkan mereka disula kerana ini akan mengotorkan buluh.

Tetapi hakikatnya, meminta mereka disula ini tidak mungkin saya tulis satu bulan dahulu. Kini saya boleh menulis dengan hati terbuka kerana kemenangan yang telah dibawa oleh faktor Mahathir. END

NOTA:

HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.