Showing posts with label Pencuri. Show all posts
Showing posts with label Pencuri. Show all posts

Thursday, 24 May 2018

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: 1MDB, NAJIB, DAN JHO LOW DALAM PERANGKAP HUTANG CHINA

Negara dalam bahaya.
Image may contain: one or more people and text
Image may contain: 1 person, smiling, glasses
1. Tergamam seluruh rakyat Malaysia apabila ringkasan laporan audit 1MDB didedahkan oleh Ketua Audit Negara susulan arahan kerajaan Pakatan yang baharu. Siapa yang tidak terkejut dengan angka-angka hutang yang tertera. Lebih parah, kebanyakan laporan audit berkenaan menyamai tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika (DoJ) sejak 2016 dan 2017 lagi.

2. Tidak menghairankan, seluruh negara kini mengecam mantan Perdana Menteri Najib Razak dan menyokong sepenuhnya siasatan menyeluruh yang diambil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang segera menggeledah kesemua premis kediaman beliau.

3. Namun demikian, dalam menilai kes 1MDB ini rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Najib Razak sebenarnya seorang ‘kleptokrat’ yang turut telah diperangkap oleh satu kuasa dunia yang bukan calang-calang: China.
Image result for hutang negara terkini
4. Benar, Najib masih perlu dibicara dan dibuktikan sebagai seorang Kleptokrat – iaitu seorang pemimpin yang merompak harta negara dan menjadikannya sebagai harta peribadi – namun beliau tidak keseorangan dan beliau bukanlah perancang utama kesemua transaksi 1MDB yang melarikan wang rakyat Malaysia ke seluruh dunia. Individu yang bertanggungjawab ialah Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

5. Benar, sifat tamak berkemungkinan besar telah mendorong tindakan kleptokrasi Najib. Namun apa yang lebih dahsyat lagi ialah akibat berantai daripada kleptokrasi Najib tersebut yang mengundang tekanan DoJ Amerika dan seterusnya ‘penggadaian’ sebegitu banyak kepentingan negara ke tangan China.
Image result for hutang negara
6. Bagaimana China memerangkap Najib Razak melalui Jho Low? Apakah kaitan antara Jho Low dan 1MDB? Apakah hubungkait antara Jho Low dengan China?

7. Rakyat Malaysia perlu mengetahui bahawa Jho Low bukan sehari dua mengenali Najib Razak, sebaliknya sudah bertahun-tahun – melalui persahabatan Jho Low dan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz (anak Datin Seri Rosmah Mansor). Mereka mengenali antara satu sama lain ketika sama-sama menuntut di luar negara.

8. Bukan kebetulan bahawa Jho Low memainkan peranan penting dalam penubuhan syarikat asal 1MDB pada 2009 – iaitu syarikat pelaburan strategik kerajaan Negeri BN Terengganu ketika itu, Terengganu Investment Authority (TIA). TIA ditubuhkan sejurus selepas Najib Razak dilantik menjadi Menteri Kewangan di penghujung era Tun Abdullah Badawi.
Image result for riza aziz
9. Apabila Najib Razak naik ke posisi Perdana Menteri, TIA yang tidak lagi mendapat komitmen kerajaan BN Terengganu telah dijadikan sebagai syarikat milik kerajaan persekutuan dan dinamakan sebagai 1Malaysian Development Berhad (1MDB). Meskipun Jho Low tidak lagi memegang posisi rasmi dalam 1MDB yang baharu, namun beliau terbukti memainkan peranan besar di balik tabir.

10. Bermodalkan hanya RM1 juta dan jaminan kerajaan, 1MDB telah ‘berjaya’ menghimpunkan sebegitu banyak aset dan hutang dalam masa yang sama. Aset 1MDB kebanyakannya dalam lapangan tenaga seperti telaga minyak serta loji penjana kuasa dan hartanah. Kebanyakan pemerolehan aset ini boleh dikenalpasti sebagai berhubungkait dengan Jho Low di mana bukti jelas menunjukkan hubungan rapat beliau dengan Najib Razak dan juga usahawan Arab, disamping Putera Arab Saudi yang bernama Putera Turki. Gambar percutian Najib sekeluarga bersama Jho Low, usahawan Arab, dan Putera Arab di atas kapal mewah tersebar luas.
Image result for kapal mewah najib
11. Kontroversi besar mulai timbul apabila beberapa siri transaksi pembayaran 1MDB dilakukan ke beberapa akaun yang meragukan – disokong pula fakta pembelian dan pelaburan aset besar-besaran yang dilakukan oleh Jho Low di luar negara. Akibatnya, kerajaan Malaysia (baca: Rakyat Malaysia) yang menjadi penjamin terpaksa membayar hutang dan faedah (riba) 1MDB kepada syarikat gergasi seperti IPIC (UAE) yang membeli bon pinjaman 1MDB sedangkan pembayaran yang didakwa telah dilakukan 1MDB entah ke mana. Bahkan Audit kewangan 1MDB tidak dilaporkan kepada umum untuk tempoh beberapa tahun.

12. Maka Tahulah rakyat Malaysia bahawa perbelanjaan luar biasa mewah Jho Low di luar negara seperti berparti bersama Paris Hilton, menghadiahkan barang kemas mewah kepada model Miranda Kerr, dan pembikinan filem separa lucah ‘Wolf of Wall Street’ oleh anak tiri Najib, Riza Aziz (rakan Jho Low sejak zaman belajar) adalah berpunca daripada wang 1MDB yang dimasukkan ke akaun yang meragukan tadi – istilah mudahnya ‘penggubahan wang haram’.

13. Jho Low jelas sekali merupakan suspek broker penting membantu Najib Razak melarikan wang 1MDB untuk dilaburkan di luar negara. Tidak terhenti setakat itu, tidak kurang daripada tujuh negara telah memulakan siasatan ke atas transaksi dan peredaran dana 1MDB ke seluruh dunia apabila DoJ Amerika bertindak pada 2016.
Image result for doj 1mdb
14. Perangkap China ke atas 1MDB dan Najib boleh dilihat dalam masa tempoh antara 2016 ke 2017 sebelum diakhiri PRU-14 2018. Tempoh kritikal ini menyaksikan kronologi berikut: pada Julai 2016 DoJ Amerika telah membuat siaran langsung pertuduhan ke atas 1MDB ke seluruh dunia. Tidak sampai empat bulan, Najib Razak telah ke China dan menandatangani empat belas MoU dengan China pada November 2016.

15. Nilai MoU yang melebihi RM140 bilion tersebut menimbulkan tanda tanya meluas kerana ia bukan sahaja melibatkan pengumuman mengejut projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), bahkan juga pembelian aset ketenteraan Littoral Mission Ship (LMS) dari China. Kos ECRL bukan sahaja terlampau tinggi, bahkan tidak pernah dibincangkan untuk tempoh bertahun-tahun lamanya sejak kali terakhir dijalankan kajian kebolehlaksanaan (feasibility study).
Image result for kapal mewah najib
16. Pembelian LMS dari China juga mengejutkan kerana ia adalah pembelian aset ketenteraan laut pertama Malaysia dengan China. Masa pembeliannya juga dipersoalkan secara meluas kerana kapal milik China diketahui ada menceroboh perairan Malaysia sejak 2013 dan 2014 lagi. Mengapa membeli aset tentera laut yang menceroboh perairan kita? Mengapa tidak membeli LMS dari negara lain yang tidak terlibat dengan pertikaian Laut China Selatan sahaja yang juga mampu membekalkannya?

17. Tidak cukup dengan sebegitu banyak MoU yang meragukan dengan China tersebut pada November 2016, Najib Razak turut menulis secara eksklusif di akhbar China sewaktu lawatan beliau tersebut. Mesej penting yang disampaikan Najib ialah: Malaysia menghormati China yang tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara kecil seperti Malaysia – tidak seperti kuasa ‘bekas penjajah’ yang mengamalkan dasar campur tangan. Jelas mesej beliau itu ditujukan kepada Amerika Syarikat yang memulakan siasatan ke atas kes 1MDB.

18. Namun begitu, China jelas sekali memperoleh laba paling besar dalam kemelut 1MDB ini. Bukan sahaja mereka mengambilalih Edra Energy milik 1MDB yang kini menaja pasukan bola sepak Melaka United, bahkan memperoleh tapak untuk mengatasi laluan Singapura melalui ECRL melalui jalan darat, dan kontrak membekalkan LMS kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Paling membimbangkan tentulah rekod ‘perangkap hutang’ (soft loan) infrastruktur China di seluruh dunia.
Image result for doj 1mdb
19. Ulasan sarjana terkemuka Joseph Nye dan laporan majalah berpengaruh The Economist tentang ‘Sharp Power’ China perlu diperhatikan dalam merungkai pertalian Jho Low-China-1MDB. ‘Sharp Power’ atau ‘Kuasa Penembusan’ China merujuk pada kecenderungan China untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan tadbir urus sesebuah kerajaan asing dengan ‘menembusi’ dan memerangkap mereka melalui hutang dan projek infrastruktur berskala gergasi. Sama seperti mana dalam kes Sri Lanka, Maldives, dan Venezuela, Malaysia di bawah Najib Razak telah jatuh ke perangkap yang sama.

20. Sehingga ke hari ini, Jho Low masih bebas sedang Najib Razak telah disiasat. Bukan sedikit pihak yang menyatakan bahawa Jho Low kini bersembunyi di China (termasuklah akhbar The Australian). Malah sewaktu lawatan Najib ke China, beliau turut membawa bersama anak tiri beliau Riza Aziz yang merupakan sahabat rapat Jho Low. Tersenarainya nama Riza Aziz dalam jemputan kerajaan China mengukuhkan dakwaan hubungan Jho Low dengan China bukan sebarangan.
Image result for hutang negara
21. Kesimpulannya kerajaan Pakatan di bawah Tun Dr. Mahathir perlu mengambil tiga langkah segera berikut: pertama, kerajaan perlu segera menghubungi kerajaan China dalam mendapatkan maklumat tentang keberadaan Jho Low. Tanpa Jho Low, siasatan ke atas Najib Razak dan 1MDB tidak akan sempurna. Kedua, perancangan alternatif dan cadangan untuk kesinambungan projek infrastruktur gergasi yang dibiayai hutang China yang bakal disemak perlu diperhalusi. Ketiga, kerajaan perlu merundingkan hubungan Malaysia-China bagi menangani potensi ancaman ‘Kuasa Penembusan’ (Sharp Power) China kelak. Status China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia yang juga merupakan kuasa dunia tidak sewajarnya memberi kebebasan kepada mereka untuk memaksa penerusan projek hutang gergasi yang ditinggalkan Najib dan dibroker oleh Jho Low.

Oleh: 
Abdul Muein Abadi
Pensyarah Program Sains Politik 
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


KENAPA KAMI TIDAK MEMILIH DATO' SERI NAJIB (DSN)

Kenapa perlu hormat dia? Ini bukan pasal hormat menghormati bai!

Dia pecat orang sesuka hati tanpa kira bulan puasa..dia pecat kesemua orang yang tegur dia termasuk menteri..hakim..peguam..SPRM dan polis. Dia gantikan dengan orang yang menyokong semua kesalahan yang dia dah buat.
Dia suruh bini Tun M (Tun Siti Hasmah) datang ke balai dan soal siasat berjam jam..dia pecat tukang masak Tun..dia tarik balik pengiring Tun..dia tarik balik semua bodyguard Tun..dia buang nama Tun dalam pengajaran sejarah di sekolah..dia gunakan murid2 sekolah untuk tunjuk sokongan pada dia..dia juga gunakan budak2 tahfiz pegang sepanduk I LOVE PM semasa bagi sedekah dan sumbangan..
Image result for pengiring Tun M ditarik
Dia telah haramkan gambar Tun diseluruh negara..dia padamkan gambar KLCC yang Tun bina..dia gajikan beribu orang supaya kutuk Tun dan pembangkang tiap2 hari dimedia sosial..dia tak gunakan duit dia untuk bayar gaji kesemua pejuang sibernya..dia buat majlis dan paksa artis sokong dia dan bukan Tun..

Dia tarik balik hak dan keistimewaan yang seorang Tun berhak dapat dan ini sudah pun termaktub tapi dia main langgar semuanya..dia buat polis macam anjing belaan..dia melanggar undang undang sesuka hati..dia hina keturunan Tun..dia hina keluarga Tun..dia jadikan Jamal dari bodoh sampai ke bangang hanya untuk memburukkan Tun..disemua majlis dia perli dan kutuk Tun..
Image result for buku sejarah padam Tun M
Dia berpantun pun dia kutuk Tun..dia hina rakyat yang tak undi dia..dia gunakan agama untuk meraih simpati ketika di Mekah..dia putar belit kisah nabi saw dan agamawan tak berani tegur..dia suruh profesor kangkung kutuk Tun dalam majlis..dia gunakan media untuk membutakan rakyat dan menipu tanpa batasan..dia boleh buat apa saja tanpa seorang pun membantah kecuali puak puak pembangkang dimedia sosial..

Dia arahkan polis kutip wanita sarat mengandung ditengah malam pasal kritik dia dalam fb..dia arahkan supaya mereka yang kritik dia disoal siasat dan dihukum serta merta seolah olah komen itu lebih berat dari kes bunuh..dia buat akta berita palsu untuk melindungi dia dengan denda setengah juta dan penjara 10 tahun...

Dia pegang telor hakim dimahkamah..dia buat mahkamah macam hak mak bapak dia..dia bersihkan diri dari semua tuduhan tanpa perlu ke mahkamah..dia buat cukai GST untuk bayar hutang 1MDB..dia bebankan rakyat sebab hutang itu akan habis dibayar pada tahun 2039..dia hapuskan subsidi minyak dan lain2 bantuan pada rakyat dengan alasan subsidi dan bantuan itu satu pembaziran..

Dia kenakan hukuman pada pelukis kartun yang sindir dia..dia nak penjarakan orang hanya kerana belon..saya ulangi..belon..dia suruh orang tua taubat sebab tua itu tandanya nak mampus..dia bercakap seperti dia takkan mati dan hidup beratus tahun seperti kura kura galapagos..ini bukan pasal dendam tapi KEADILAN..

Dia patut tahu ada rakyatnya dipenjara bertahun dan berbulan kerana sardin dan nutella..dia penjarakan Anwar bertahun tahun kerana fitnah liwat dan kalaulah kamu tahu berapa kali bulan puasa dan raya beliau tak bersama keluarganya..dia kutuk Tun bila Tun berdamai dengan Anwar..dia tak faham dah banyak musibat dia dah bawa pada negara..dia langsung tak faham kenapa kedua tokoh ini sanggup bermaafan demi masa depan negara..rakyat dan ekonomi..dia memang patut kalah di PRU14 sebab dia dah tak faham apa yang dia dah buat itu bala..

Dia ingat hutang negara yang banyak itu tidak melibatkan rakyat dan menaikkan kos sara hidup dan dia berhak menerima balasan diatas segalanya..dia telah melampaui batas dan mencabar kesabaran orang tua yang menjadikan dia PM bila mengatanya KEPALA BAPAK KAU STUPID..dia tak perlu sentap jika dia tak salah..dia kena faham apa yang polis buat dirumahnya adalah prosedur biasa..dia tak perlu dikasihani sebab sesusah susah dia pun..
Image result for kepala bapak kau najib
Dia ke hulu ke hilir naik Alphard Vellfire bukan Perodua Alza loan 9 tahun..dia ada lebih dari 1 rumah dan ada kondominum di Pavilion..dia ada 5 rumah kalau tak silap fakta..dia kena terima itu semua proses dalam siasatan..dia pun bodo melantun lantun bila simpan terlalu banyak harta karun kat dalam rumah dan dia ada 9 peti besi..saya ulangi..9 peti besi..

Dia juga menyimpan wang tunai 200 juta didalam rumahnya dan dia ada mesin kira duit tapi dia takde mesin cop duit..dia punya bini ada 284 kotak handbag dan ada handbag yang harganya boleh buat banglo 2 tingkat siap dengan kolam renang..dia punya anak ada wang tunai 537 ribu dalam rumahnya dan itu setengah juta ringgit malaysia..dia anak beranak simpan duit tunai dalam jumlah yang banyak dirumah dan bukan dalam bank untuk elak dikesan pihak berkuasa..
Image result for rampasan rumah najib
Dia punya harta yang cukup banyak dan jumlahnya tak masuk akal..dia tetap ada jasa pada negara semasa menjadi PM tapi malangnya jasa yang dia buat tak banyak sebab musibat yang dia buat lagi banyak..dia dah tinggalkan hutang yang dah mencecah 1 trillion sedangkan dizaman Tun M hutang negara kita tidak pernah melebihi 300 billion..dia dah gila sebenarnya.

Dia nak dimaafkan atau tidak itu terpulang pada individu..itu bukannya masalah saya..wahai ustaz fb..tolonglah jauhkan diri dari saya..block lah saya cepat cepat..saya tak kesah langsung jika di block oleh penunggang agama seperti kamu semua yang tiada gunanya langsung pada orang seperti saya.

LIKE bukan periuk nasi saya, sebab saya tak makan LIKE tapi saya makan nasi tau.. Periuk nasi saya kat luar sana...sana bukan kat dalam sini.