Sunday, 25 December 2011

:: Keriangan Anak-Anakku - Kebahagiaanku ::

..ketika kursus berlangsung..aku bawa sekali 5 orang anak-anak buah aku yang aku  anggap sebagai anak-anakku juga..hihihi...seronok tengok diorang gembira...bahagia rasanya...pada ketika ini, kebahagiaan aku terletak pada mereka...so..tengoklah pic-pic ini...





















gitewlah....semua ni adalah kesayangan aku...buah hati pengarang jantung...kegembiraan mereka adalah kebahagiaan aku.....huaaaaa

KuRsUs Di AnCaSA aLLsUiTeS ReSoRtS & SpA

..tanggal 2 - 4 Disember 2011..aku telah diminta untuk menyelaras kursus ini...diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan..kursus khas yang diadakan dengan 2 tujuan. 1, untuk membuat pembahagian semula tugas-tugas di ofis...dan 2, disamping meraikan 7 orang rakan-rakan ku yang akan tamat kontrak pada hujung tahun ini...sedey juga rasanya..

sewaktu di Port Dickson, aku angkut kesemua anak buah aku yang comel-comel tu ikot sekali...saje bawa berjalan di waktu cuti sekolah kan...biar diorang seronok mandi kat swimming pool dan laut...dan aku tetap dan teruskan tugas aku sebagai ketua urus setia (penyelaras)..sedaya mungkin memberi khidmat & layanan terbaik kepada mereka...
sewaktu dlm bilik kuliah..bersama-sama rakan2 (yang da macam adik aku) yang tak pernah melarikan diri dari terus membantu aku dalam menyelaras kursus ini....bak kata Jue (baju merah)..."abgLong marah2 pun tetap sayang jugak...." hahahahaha...kelakar kan....


 


..inilah diantara pic-pic yang sempat aku snap ketika kursus berlangsung...ada lagi nih....yang tadi ni ketika malam pertama..esoknya ada kelas dengan penceramah undangan...YBhg Encik Roslan...


selesai ceramah sebelah pagi - tengah hari..kami adakan tele-match untuk semua peserta..yang ni plak   senario sewaktu kami terlibat dengan tele-match (yang termasuk dalam pakej)...huhuhu









 sekian..inilah antara coretan kenangan sewaktu kursus tu...ada tawa dan tangisan, ada gurauan dan sindiran..huhuhu...leh kata semua ada la....sesekali..aku termenung panjang.....kenapa..??? biarkanlah.... 

Friday, 16 December 2011

~ aKu..DiA..& LaGu ~

...salam...saje nak bercerita dlm bLog ni...perihal lagu dan maksud tersirat dalam lagu² yang sering diperdengarkan...ada lagu gembira, sedeyyy...hiba...sayu...dan macam² konsep lagu ada skang ni..genre pun dah pelbagai...rock, dangdut, balada..pop..pip..pap....arghh..lantaklah kan...

aku nak kongsi r satu lagu ni...yang pernah didendangkan oleh bekas Miss Malaysia iaitu Puan Erra Fazira - Terpaksa Melangkah..rasanya lagu ni tak r  popular sangat tapi pada aku pada ketika dan saat ini...ia sungguh bermakna....ialah...lagu itu pun diciptakan berpandukan apa yang benar dan telah terjadi....hihihi..... so...check it out..!!

Stanza 1
Seandainya Kejujuran Ini
Tiada Lagi Tertera Di Hati
Ku Rela Undur Diri
Dikemuncak Impian Yang Kugenggami
(dlm kemuncak rasa cinta ni...pernah berlaku ketidakjujuran dalam perhubungan aku dan dia...benar...aku lebih rela undur diri...undur diri sebab dia tidak lagi jujur pada aku..walau pada saat dan tika ini...cinta aku hanya untuk dia....)

Stanza 2
Tak Ku Sangka Gerimis Melanda
Ketika Kita Hangatnya Merindu
Bagaikan Tiada Duka Yang Datang
Namun Kelopak Berderai
(betul...memang betul...aku tak pernah menyangka di saat cinta dan rindu memuncak...aku dibohongi..pembohongan (gerimis) itu cuba dilindungi oleh lakonan yang begitu mantap..namun...bangkai gajah takkan mampu ditutup...kuasa Allah swt pembohongan terbongkar....lantas luluh hati kerana terkesima dgn sikap dia yg tergamak berbohong)


Stanza 3
Bukan Simpati Yang Aku Pintakan
Cuma Ketulusan Di Hatimu
Bukan Alasan Yang Mesti Kau Lafazkan
Untuk Menegakkan Cinta 
Seolah Sengaja Kau Persendakan Kasihku
(mmg la...dlm perhubungan ni..aku tak harap simpati dia..simpatilah pd diri sendiri dulu...apa yang aku inginkan...ketulusan dan kejujuran..jangan bila dicakap...macam-macam alasan lah yang keluar...aku selalu dibayangkan sebagai orang yang menagih simpati dan mengemis cinta...sedangkan aku tidak begitu...apakah semua itu sengaja dilakukan kerana mahu mempersendakan aku...?)



Stanza 4
Biar Ku Derita Biar Ku Sengsara
Asalkan Tiada Kekesalan
Meskipun Ku Cinta Sepenuh Hatiku
Namun Tak Berupaya Didustai
Oleh Bibir Yang Berpura
(aku akui bahawa pada ketika ini...CINTA aku adalah sepenuhnya untuk dia...tiada orang lain lagi di hati...namun...aku pasti CINTA ini takkan buat aku BUTA sehingga x dapat  nak bezakan samada dia jujur atau berbohong pada aku...kan..? aku lebih rela menangis hari ini..biarlah aku sengsara tika ini....kerna esok lusa pasti ada SINAR baru untuk aku..dan aku tak mahu menyesal kerana akan sentiasa waspada dengan dia....)

Stanza 5
Seandainya Kejujuran Ini
Tiada Lagi Tertera Di Hati
Terpaksa Ku Melangkah
Walau Hatiku Kan Terluka
(andai esok lusa masih ada lagi pembohongan..aku tak sesal untuk memutuskan perhubungan ini..biar aku pergi walaupun pasti aku akan terluka dan derita.....pada aku...baik derita atau gembira...ia hadir bukan untuk selamanya..)

haaaaa....amacam...begitulah kisah aku..dia dan lagu....semoga semua ini akan jadi pengajaran pada aku....saat ini...tika ini...hati ini masih mencintai dia...janganlah dimusnahkan hati ini lagi..cukup²lah dengan apa yang telah terjadi...namun...andai ia terjadi lagi...aku akan undur diri......


gitew......yang pasti kini dan hari ini...hati aku telah dimiliki oleh dia......semoga tiada lagi gerimis yang boleh mengundang kelopak untuk berderai....

Monday, 12 December 2011

~ PeRsELiSiHaN FaHaM...kEw..? ~

..salam..aku saje nak luahkan di sini...bagaimana perasaan aku sekarang terhadap adik-beradik dan keluarga aku.. hurmmm..sebenarnya kami tiada sebarang masalah..mmg takde...apa2 masalah yang timbul dalam keluarga..kami akan selesaikan bersama..selesaikan dengan semangat kekeluargaan yang kuat..

baru2 ni aku bermimpikan arwak kakLong aku...dalam mimpi tu kakLong cakap "dik...janganlah buat alang macam tuh, sian dia...dia dah tua..pergi la jenguk dia..."

sejuk hati aku mimpikan kakLong...keadaan kakLong masa tu kurus..(tak gemuk spt semasa hidupnya)..pakai gaun...hik hik....hilang rindu ni seketika...tp yang aku pelik kenapa plak kakLong cakap macam tuh..? aku tak berselisih faham dengan alang (abang aku no.3)..cuma skang ni aku tak jenguk dia...itu pun baru sebulan..bukan setahun...itu pun disebabkan aku sibuk yang sangat2...sibuk yang aku tak pasti bila sudahnye...
tapi kenapa plak kakLong cakap macam tuh..? ape aku dah buat? aku tak buat ape pun...takde nak bergaduh sebab harta pun..takdenya nak bertumbuk sbb tanah..sebab semua tu takde...yang ada cuma HATI....jadi nak rebut atau gaduh apenya...lain r kalu arwah mak, abah, kakLong and angah banyak tinggalkan harta...klu ada pun aku relakan semua tu diturunkan kepada anak masing2....sikit pun tak ralat....ish ish...
hurmmm....letih dah...malas nak fikir...betul la alang tu dah tua...tp kata orang sepatotnya semakin tua...TAHU la apa yang sepatotnya...perlu ke nak ajar...? perlu ke nak beritahu? tapi tengok macam makin BONGOK....argghhh...persetankan dia...jujurnya memang aku terasa hati dengan dia...tapi lantaklah..klu ada pun yang terguris...biarlah aku pendam sendiri....chowww....

Wednesday, 7 December 2011

:: kUrSuS & fEsTiVaL ::

salam..orang kata...'anything happens, life must go On'...dan begitulah yang aku buat skang ni...bulan Disember 2011 menyaksikan satu kesibukan yang luar biasa...memang luar biasa...rasanya macam tak sempat nak balik rumah disebabkan SIBUK ini...masalah peribadi...? biarlah...biarlah Allah swt menentukan...aku dah terlalu letih untuk memikirkannya... SO...jom cerita tentang kerja..kerja..dan kerja....hik hik hik...

..bermula pertengahan November..aku telah diminta untuk menyelaraskan sebuah kursus yang dinamakan Kursus Pemurnian Kerja dan Minda Positif.. perkara pertama, aku dapatkan tarikh kursus yang dipersetujui dari pihak ketua cawangan...setelah confirm tarikh tersebut...aku pun menguar²kan kepada pihak hotel untuk mendapatkan sebut harga @ 'quotation' untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk kursus selama 3 hari 2 malam ini... akhirnya...setelah memperolehi 5 quotation, aku menggunakan kuasa yang ada untuk memilih hotel ini...yang terletak di Port Dickson...N.Sembilan.
..kursus ni diadakan pada 2 - 4 Disember 2011 di AnCasa Allsuites Resort & SPA...peserta seramai 33 orang termasuk ketua cawangan ofis aku...objektif kursus...nak habiskan budget...bley...? hihihi....sebenarnya tujuan kursus ni diadakan adalah untuk membuat pembahagian semula tugas ekoran penamatan perkhidmatan 7 kakitangan kontrak (SPS)...itulah sebenarnya...di samping meraikan mereka yang 7 orang ni di majlis yang serba sederhana....
pemandangan dari bilik aku...cantik x...? sonok tau...masakan tidak...utk kursus ni aku bawa 5 orang anak² saudara aku...dari yg Form 4..smpailah yang sekolah tadika tu...sonok tengok diorg sonok....dari pagi smpai tengahari...dari tengahari smpai petang...sakan tul mandi pool.....hik hik hik....berkursus dan bercuti....2 in 1....pendekkan citer...kursus ni selesai pada 4hb (Ahad)..kebetulan pada tarikh tersebut adik sepupu aku kat kampung bertunang...yang ni aku tak puas hati sbb aku tak tahu...kunun² diorang nak wat surprise...katanya kenduri cukur jambul...tp tidak...hampess kan...?
Nota : banyak sebenarnya pic² aku dan rombongan mase kursus ni but aku masih x sempat nak upload kat sini mahu pun kat FB....hurmmmm

..hurmmmmm...balik kursus...aku kena selsema dan batuk²..hampir juga nak demam...tapi tetap datang keje sbb ada tugas penting yang menunggu...tugas yang aku buat ni bisa jadikan aku STRESS yang amat sangat...aku terpaksa peras pale hotak dan tenaga hanya kerana festival ini....
..waktu aku post kan entry ni..aku masih struggle nak siapkan tugasan yang diberi...alhamdulillah...ia hampir selesai...ESOK (8 Dis 2011) Festival Kesenian Kanak² Antarabangsa (FKKA) pun bermula..maka letaklah 'pen' untuk tugasan yang dah selesai sebelum event...angkat pula stuff baharu untuk tugasan SeMaSa event berlangsung.....huh! habis FKKA ni ape pulak ea...? tungguuuu!!!

..walau ape pun..aku sayangkan keje aku ni...aku layan sebaik mungkin keje yang aku sayang ni...aku dapat 2 manfaat....1; aku dapat kepuasan apabila hasil kerja diberi pengiktirafan dan dihargai & 2; GAJI ler...... hik hik hik