Monday, 21 May 2018

APAKAH ITU COMANGO?

Tak kira kau apa pegangan parti kau, selagi kau bernama Islam, maju kau sini. Rapat sikit. Rashid ada benda penting nak bagitau ni.

Kau pernah dengar COMANGO tak? 
Pernah? Tak pernah?

Jawapan kau pernah atau tak pernah tu Rashid taknak amik tahu pun sebenarnya. Sorry sangat tau. Sebabnya apa pun jawapan kau, Rashid tetap akan cerita jugak.

Comango ni ditubuhkan pada tahun 2008. Maksud Comango ni adalah Coalition Malaysian NGO. Ada lebih kurang 52 NGO bersatu di bawah nama Comango ni. Antaranya adalah Sister In Islam, Persatuan Guru Tadika, Pertubuhan Pertolongan Wanita dan lain-lain. Comango diuruskan oleh dua NGO besar di dalamnya iaitu EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia.

Okey, apa motif penubuhan Comango ni tuan-tuan?

Comango ditubuhkan untuk menyuarakan hasrat dan tuntutan mereka. Antara tuntutan utama mereka adalah:-

1) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR). Dalam Artikel 18 ICCPR mengandungi the rights of religious freedom (kebebasan beragama). Kebebasan untuk memilih agama atau kepercayaan termasuk hak seseorang untuk menukar agama yang dianuti.

2) Malaysia digesa untuk menandatangani International Covenant on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Implikasi perkara ini akan mengheret kepada isu perkauman dan mencabar status quo yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Islam di Malaysia sepertimana yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia dan semangat kontrak sosial.

3) Malaysia digesa untuk mengiktiraf hak-hak Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) terutamanya hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT). Tuntutan ini turut merangkumi kepada amalan kebebasan orientasi seksual songsang dengan hukum alam termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis.[9]

Nak tahu tuntutan lain sila la google. Kalau orang betul nak tahu Rashid trigger sikit dia terus pegi cari. Kalau yang jenis memang takkan amik peduli ni tulis semua pun bukan nak baca, siap buat lawak bodoh lagi suruh lukis. Hmm

Okey okey, walaupun ada yang menuntut, mujurlah ada juga yang membantah. Bantahan datang dari gerakan Muslim lain yang kukuh berdiri mempertahan dan melawan. Siapa mereka? Mereka adalah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Pada Februari tahun 2014, Tuntutan Comango telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Malaysia. Syabas ISMA! Walaupun ramai Muslim Malaysia yang hentam gerakan ISMA ni, ISMA tetap steady buat job.

Nama Comango telah tidak begitu kedengaran. Namun akhir-akhir ni makin kerap pulak dengar. Bulan Sept 2017, Comango's Demand sekali lagi kedengaran. Kali ini mereka datang 'sekapal' dengan tokoh-tokoh politik. Himpunan 'Tolak Politik Toksik' ini dihadiri oleh wakil dari parti Amanah, PPBM, PKR dan DAP. Turut serta dalam himpunan adalah Wanita IKRAM dan Helwa ABIM. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka menafikan turut menyokong Comango, cuma kebetulan terhimpun dalam satu demonstrasi yang sama. Yela, walaupun dah angkat bunting Comango's Demand dan bergambar sakan, Rashid tetap akan anggap kalian tak sama fikrah. Mungkin betul tak sama ideologi, tapi Rashid sedikit gusar melihat hubungan kalian yang LUNAK.

Tujuan Rashid post isu Comango ni bukan apa, sebab risau ada yang masih tak tahu apa tuntutan mereka ni dan menyokong membuta tuli. Rashid tahu ramai je Muslim yang sokong Comango's Demand ni. Tapi tu la, Majlis Fatwa Kebangsaan dah fatwa haram, kau yang sokong tu dalam rumah masing-masing ada majlis fatwa sendiri ke macam mana?

Rashid menjangkakan isu Comango ni akan diperkatakan semula. Yela, suasana politik dan sistem pemerintahan sekarang dah tak macam dulu. Kedudukan kerusi parlimen yang kerajaan pun sedih jugak, kerusi ahli parlimen Muslim ada 41 orang je dari 112 kerusi. Sapa je la yang berani nak melawan benda-benda macam ni. Bab ekonomi semua terer, tapi bila sampai bab agama, kebanyakkannya tunduk diam menyepi. Sebelum ni yang selalu bangun bantah pun selalunya puak-puak yang korang gelar lebai ni je la, diorang je yang steady membantah. Antara yang lantang di Parlimen adalah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

Ni sehari dua ni dengar ada petisyen besar-besaran dibuat untuk halang Dr Maszlee jadi menteri pendidikan, alasannya dia terlalu Islamik. Kau tahu kan sapa yang paling lantang cakap pasal bantahan ni?

Jadi, silakan share benda ni. Rashid tak ajak kau lawan kerajaan pun. Ye ye tahu kau sayang kerajaan. Rashid pun sayang jugak. Tapi Rashid lebih sayangkan agama Rashid. Cuma nak suruh kau aware dengan kemaraan puak Comango ni. Jangan la asyik nak fikir pasal GST, harga minyak dah turun ke belum, BRIM diteruskan ke tak. Ni hal agama kau ni pikir sikit. Silap-silap karang anak kau sendiri pun bebas nak pilih agama apa dia suka. Dah la bebas pilih agama, lepas tu masa lahir hari tu jantan, dah besar sikit jadi perempuan pulak. Dan kau dah takde hak nak halang dah. Kau halang? Anak kau report polis, kena dakwa kau.

Jadi sebelum benda jadi, amat tak bertanggungjawablah kiranya kau berdiam diri dan tak ambil tahu langsung ancaman benda ni. Tak mustahil nanti akan sampai bala yang besar nanti.

Rujukan:










Thursday, 17 May 2018

RAFIZI RAMLI: HEBATKAN RASUAH DATO' SERI MOHD NAJIB?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Anda mungkin kenal saya. Saya bekas Ahli Parlimen Pandan yang sering ditahan polis, disaman dan dijatuhkan hukuman penjara kerana membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka yang berkuasa. Mungkin masih ada yang ingat skandal-skandal yang saya bongkarkan itu adalah fitnah. Kebelakangan ini, Dato’ Seri Najib cuba mempopularkan kononnya semua tuduhan mengenai penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran beliau adalah fitnah semata-mata.

Setiap kali saya menyemak sesuatu kes, saya bersandarkan kepada laporan kewangan yang telah diaudit. Saya tidak pernah tampil mengenai sesuatu isu kecuali tanpa bukti dari laporan kewangan yang telah diaudit, lagi pun saya seorang juru audit dan akauntan bertauliah yang mendapat tauliah di United Kingdom. Kesemua angka mengenai sesuatu skandal kewangan datang dari laporan kewangan yang diaudit.

Misalnya, saya mula-mula menyiasat skandal 1MDB kerana laporan kewangan anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd menunjukkan bagaimana Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) iaitu tabung pencen negara telah memberi pinjaman RM4,000 juta kepada 1MDB untuk melabur di Mongolia. Dari laporan tahunan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pula, saya berjaya mengesan bagaimana dana pencen pesara tentera telah jatuh mendadak sejak LTAT terlibat di dalam projek 1MDB.

Begitu juga dengan Felda. Saya mula membongkarkan kepincangan kewangan dalam Felda berdasarkan penyata kewangannya yang diaudit dari tahun 2011 sehingga tahun 2016. Angka-angka yang diaudit Ketua Audit Negara ini dengan jelas menunjukkan jumlah wang Felda yang telah dibelanjakan. Sama juga dengan Tabung Haji. Saya hanya menampilkan analisa kewangan bagi menyokong hujah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara bahawa rizab Tabung Haji telah menjadi negatif dan analisa itu datang dari penyata kewangan Tabung Haji sendiri.

Sumber maklumat yang membolehkan saya mendedahkan skandal MARA pula datangnya dari dokumen-dokumen jual beli yang difailkan di Australia dan dokumen Mahkamah Melbourne. Anda juga sudah tentu tahu bahawa skandal NFC mula-mula disebut di dalam Laporan Ketua Audit Negara sendiri. Saya hanya menyiasat dengan lebih mendalam dan mendedahkan pembelian-pembelian dengan menjejaki setiap kondominium yang dibeli. Jika anda tidak percaya, saya jemput baca beribu-ribu muka surat dokumen yang berdasarkan dokumen-dokumen rasmi ini yang telah diaudit bagi setiap skandal yang saya bongkar, seperti pautan-pautan yang tertera di skrin:

Skandal 1MDB: 118 dokumen di http://rafiziramli.com/category/1mdb/
Skandal Felda: 47 dokumen di http://rafiziramli.com/category/felda/
Skandal Tabung Haji: 31 dokumen di http://rafiziramli.com/category/tabung-haji/
Skandal LTAT: 16 dokumen di http://rafiziramli.com/category/ltat/
Skandal MARA: 21 dokumen di http://rafiziramli.com/category/mara/

Anda akan dapat saksikan sendiri bahawa semua skandal ini adalah dari dokumen-dokumen kerajaan dan penyata kewangan yang diaudit. Skandal-skandal ini juga tidak dinafikan atau dijelaskan sebaiknya oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib, kecuali menuduh saya menjaja fitnah. Fitnah adalah mereka-reka cerita yang tidak wujud. Fitnah adalah berkata bohong. Apabila saya mendedahkan bagaimana wang rakyat sebanyak RM250 juta telah diselewengkan untuk membeli kondominium dan bukannya menternak lembu seperti yang sepatutnya, pimpinan Umno tidak menafikan pun bahawa kondominium-kondominium telah dibeli atas nama keluarga Dato’ Seri Shahrizat. Mereka menuduh saya memfitnah atas alasan kononnya tindakan membeli kondominium menggunakan wang rakyat itu tidak salah, kerana mereka berhak membelanjakan wang yang dipinjam itu.

Sama juga keadaannya dengan Tabung Haji. Sehingga kini Dato’ Seri Najib dan Tabung Haji tidak pun menafikan bahawa rizab Tabung Haji pada tahun-tahun 2014 dan 2015 adalah negatif, seperti pendedahan saya. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji telah membayar dividen lebih dari keuntungan yang dijana dari perniagaan. Mereka juga tidak menafikan bahawa Tabung Haji kerugian berbilion ringgit dari pelaburan-pelaburan yang gagal di dalam FGV, TH Heavy Engineering dan pelbagai pelaburan lain. Mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya di sebalik segala kerugian itu, disebalik rizab Tabung Haji yang negatif – itu tidak mempengaruhi keutuhan kewangan Tabung Haji.

Kaedah menutup skandal dengan menuduh saya memfitnah ini digunapakai dalam semua skandal yang lain juga. Tidak pernah sekali pun Dato’ Seri Najib menafikan angka-angka yang saya bentangkan mengenai kedudukan kewangan Felda. Sudah tentu mereka tidak boleh menafikannya kerana angka itu datang dari penyata kewangan yang diaudit serta jawapan-jawapan menteri di parlimen. Dato’ Seri Najib tidak menafikan bahawa hutang kumpulan Felda telah meningkat menjadi RM12 bilion setakat 2017, sedangkan Felda tiada hutang sebelum beliau mengambil alih. Tan Sri Shahrir tidak menafikan bahawa wang tunai simpanan Felda telah merosot dari RM4 bilion dalam tahun 2011 kepada RM434 juta sahaja di akhir 2016.

Sehingga sekarang mereka tidak menjawab soalan saya: ke mana perginya RM7 bilion yang telah dibelanjakan di antar tahun 2011 hingga 2017? Siapa yang dapat RM7 bilion ini?

Sebaliknya, mereka menuduh saya memfitnah kerana kononnya walaupun semua angka ini benar, tetapi tiada berlaku sebarang penyelewengan di dalam Felda. Felda hanya rugi kata mereka, sama seperti perniagaan lain pun rugi. Bila saya mempersoalkan kerugian yang melampaui batas ini, jawab mereka saya telah memfitnah. Pakatan Harapan selalu dituduh kononnya kami ini kuda tunggangan DAP yang meruntuhkan institusi Melayu. Satu hari nanti, saya yakin sejarah akan mencatatkan bahawa anak-anak Melayu dari Pakatan Harapanlah yang masuk ke penjara mempertahankan institusi Melayu seperti Felda, Tabung Haji, MARA, LTAT dan lain daripada dirompak.

Oleh sebab sayangkan institusi Melayu seperti inilah saya berdepan dengan 14 kes dan 4 tahun hukuman penjara, kerana saya tahu pemimpin datang dan pergi, tetapi institusi yang memegang wang Melayu yang rata-rata miskin, ini perlu dipertahankan demi kebajikan dan masa depan orang Melayu. Sudah tiba masanya kita mengangkat Melayu yang jujur, pintar, rajin dan amanah untuk mempertahankan institusi-institusi Melayu ini. Cukup-cukuplah kita menjadi saksi bagaimana pak menteri, mak menteri dan keluarga mereka memperkudakan nama Melayu demi kemewahan mereka.

Undi Pakatan Harapan, Bina Semula Negara.



KISAH NYATA/KISAH BENAR - "MATI SURI"

Hasil carian imej untuk mati suri
Fenomena mati suri adalah salah satu fenomena yang hingga kini masih belum terungkap oleh ilmu pengetahuan. Bukan hanya di dalam negeri, fenomena ini rupanya terjadi juga di luar negeri. Tak sedikit orang yang mengalami fenomena langka ini. Anak-anak, orang dewasa, tua, muda, wanita maupun pria, semuanya bisa mengalami mati suri, tentunya atas kehendak dan izin Alloh. Nah, pada kesempatan kali ini tim blog kisah asal usul akan menyampaikan satu kisah nyata mati suri yang pernah dialami oleh tetangga penulis. Seorang kakek tua yang kini hidup kembali dan menjalani harinya seperti biasa. Silakan disimak untuk pelajaran untuk kita semua.

Kisah Nyata Mati Suri

Mbah Ngadio, seorang kakek tua berusia 67 tahun tetangga desa saya, tak pernah membayangkan sebelumnya untuk bisa mengalami sesuatu yang tak bisa dirasakan semua orang. Dia terpilih di antara sekian juta orang untuk mengalami fenomena mati suri dalam hidupnya. Kisah nyata mati suri yang ia alami itu terjadi sekitar 2 tahun lalu, saat saya masih duduk di kelas 3 SMA.
Kisah Nyata Mati Suri
Pagi itu, seperti pagi yang biasa bagi mbah Ngadio. Setelah bangun tidur dan minum kopi, ia mandi untuk menyegarkan kembali tubuhnya yang sudah renta itu. Ia kini memang tengah menikmati masa pensiun setelah usia mudanya dihabiskan menjadi seorang guru sekolah dasar di kampung saya.

Mbah Ngadio hidup di rumah kecil bersama anak perempuannya yang masih gadis. Ragil dari 8 bersaudara itu memang ditugasi untuk mengurusi bapaknya, sementara kakak-kakaknya bekerja mencari nafkah di Magelang.
Hasil carian imej untuk mati suri
Selepas ba’da dzuhur, tak diduga sebelumnya, Mbah Ngadio tiba-tiba ditemukan sudah tidak bernafas lagi. Di ruang tengah tempat ia biasa menghabiskan waktu sehari-hari, ia diketahui sudah meninggal dunia. Mbak Minah, anak gadisnya itulah yang menemukannya.

Singkat cerita, rumah Mbah Ngadio telah ramai dikunjungi para pelayat. Mbah Ngadio memang orang yang ramah dan supel. Semua orang menyukainya. Ia juga dikenal sangat murah hati dan sering menolong orang yang kesusahan. Semua orang merasa kehilangannya, sehingga wajar jika isak tangis menyertai prosesi pemandian jenazahnya.
Hasil carian imej untuk mbah ngadio
Semua orang yang hadir melayat mbah ngadio tak pernah mengira sebelumnya jika pada hari itu, mereka akan menjadi saksi kebesaran Alloh. Menjadi saksi dari kisah nyata mati suri yang tak semua orang bisa mengalaminya.

Jenazah Mbah Ngadio usai dikafani dan disholat. Anak-anaknya dari kota pun sudah kumpul semua. Kini tiba waktunya untuk mengantarkan beliau ke rumah terakhirnya. Liang kubur yang sunyi dan gelap.

Iring-iringan pelayat yang tak henti mengumandangkan tahlil mengantar kepergian Mbah Ngadio. Perjalanan dari rumah duka ke areal pemakaman sekitar 20 menit. Pemanggul jenazah berganti-gantian. Sawuran beras dan uang logam juga terus berulang, seperti layaknya prosesi pemakaman pada umumnya.
Kisah Nyata Mati Suri
Tiba-tiba, pelayat terhenyak. Dari dalam keranda terdengar suara batuk dan kain penutup keranda itu seperti ada yang menarik dari dalam. Mbah Ngadio bangun dan hidup kembali. Semua orang terhenyak lari tunggang langgang ketakutan melihat mayat hidup di atas keranda.

“Aa....a.a.....aaaa..a!”

Jenazah Mbah Ngadio terbangun. Semua pelayat berhamburan. Kabur ketakutan karena melihat mayat hidup di dalam keranda. Mayat Mbah Ngadio hidup kembali. Ya... Hidup kembali.

Pak Ustadz desa yang ada di barisan depan pun tercengang. Ditanyanya mbah ngadio yang masih mengenakan busana pocong itu dengan penuh kegaguan.

“Assalammualaikum Mbah?” tanya Pak Ustadz.

“Wa alaikumsalam pak Ustadz. Kenapa saya ada disini dan menggunakan pakaian semacam ini?” jawab Mbah Ngadio dengan rasa heran yang jelas tergambar dari raut wajahnya.

“Siapa namamu?” sergah pak Ustadz ingin memastikan bahwa yang berbicara itu benar-benar Mbah Ngadio, bukan jin atau sebangsanya.

“Pak Ustadz, ini Si Mbah, Mbah Ngadio. Kenapa bertanya begitu?” jawab Mbah Ngadio.

“Subhanalloh!! Saudara-saudara, inilah bukti kekuasaan Alloh. Kita telah menyaksikan fenomena yang luar biasa. Mbah Ngadio telah mengalami mati suri.” Pak Ustadz melantangkan suaranya.
Hasil carian imej untuk mbah ngadio
Seketika itu, para pelayat yang tadi lari terbirit-birit kembali berkumpul ke dekat keranda, menyaksikan Mbah Ngadio yang mengalami kisah nyata mati suri. Semua orang berdecak kagum seraya mengucap tasbih. Subhanalloh. Sungguh Engkau Maha Kuasa Ya Rabb.

Mbah Ngadio kemudian kembali ke rumah dibonceng motor. Sementara itu, para pelayat yang masih penasaran, menyusulnya kembali ke rumah duka. Mereka ingin mengetahui apa yang dialami oleh Mbah Ngadio selama 4 jam terakhir mengalami mati suri.

Mbah Ngadio melepaskan 3 lapis kain kafan ditubuhnya dan kembali mengenakan pakaiannya seperti biasa. Orang-orang berkumpul dan saat itu juga mbah ngadio menceritakan apa yang dia alami.

“Mbah tadi tidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu, mbah bertemu dengan seorang pria tinggi besar. Ia mengaku bernama Rozaq. Ia mengajak simbah ke Makkah untuk melaksanakan sholat Dzuhur bersama. Kemudian mbah diajak ke sebuah lembah di padang pasir yang luas oleh dia. Mbah bingung dan laki-laki tadi juga tampak kebingungan. Tiba-tiba mbah disuruh pulang lagi, katanya ini masih belum waktunya. Mbah sempat heran dengan kata-kata yang dia ucapkan, sebelum akhirnya mbah terbangun dan sudah ada di dalam keranda.” Papar Mbah Ngadio sambil terbata-bata.
Hasil carian imej untuk mati suri dalam islam
“Ini adalah fenomena mati suri Mbah. Mbah telah mengalami sebuah fenomena yang tidak semua orang bisa mengalaminya. Kemungkinan, laki-laki yang mengajak simbah tadi adalah malaikat maut mbah. Saya kira Alloh masih memberi kesempatan untuk Simbah melakukan sesuatu yang diingin simbah di dunia ini.” Seru pak ustadz.

“Entahlah, yang jelas, mbah merasa ini hanya mimpi. Mbah tadi seperti hanya tidur dan tak tahu jika jantung simbah sudah tidak berdetak lagi seperti tanda-tanda kematian yang diceritakan oleh orang-orang. Mbah memang selalu berdoa agar diberi kesempatan untuk dapat menyaksikan akad nikah Si Minah setiap habis sholat tahajud dan sholat fardlu. Mbah merasa senang sekali, Alloh telah mengabulkan doa simbah.” Tutur Mbah Ngadio seraya menitikan air mata.

Para pelayat hening, tertunduk, dan merasa malu atas apa yang dialami Mbah Ngadio. Doa seorang laki-laki tua renta itu telah diijabah oleh-Nya. Mereka bubar, dan semenjak saat itupun masjid yang biasanya sepi, hingga sekarang selalu penuh sesak terutama saat sholat Maghrib dan Subuh.

Nah, itulah kisah nyata mati suri yang terjadi di kampung saya. Mbah Ngadio hidup kembali untuk mengajarkan banyak hal kepada semua masyarakat di kampung saya. Sangat menakjubkan. Semoga kisah nyata mati suri ini bisa memberikan efek positif bagi kita semua, sehingga kita bisa mengambil pelajaran yang baik darinya. Semoga bermanfaat.


Thursday, 29 March 2018

'BUNYI CAKARANNYA SEPERTI MAHU MASUK KE BILIK' - DIGANGGU SEJAK HARI PERTAMA BERPINDAH KE RUMAH 'BARU'

Salam dan selamat sejahtera admin. Saya harap admin tak mengalami apa-apa gangguan semasa hendak publish cite saya ini (kalau la dipublish hahaha!)
Hasil carian imej untuk cikgu sedang mengajar
Gambar Sekadar Hiasan
Saya seorang guru, ditugaskan jauh di kawasan pedalaman Sabah. Saya pada mulanya menolak kerana berpendapat tidak akan dapat menyesuaikan diri. Namun saya terima juga kerana merasakan inilah peluang untuk meluaskan pengalaman dan pemandangan.
Hasil carian imej untuk pedalaman sabah
Gambar Sekadar Hiasan
Perjalanan saya dari bandar Kota Kinabalu (KK) ke kawasan pedalaman tersebut mengambil masa 5 jam. Agak jauh juga, kematu juga bontot duduk dalam kereta berjam-jam dengan jalan raya yang kurang sempurna tetapi alhamdulillah saya tiba dengan selamat.
Hasil carian imej untuk penduduk kampung di sabah
Gambar Sekadar Hiasan
Ketibaan saya disambut mesra oleh penduduk kampung. Saya merasa begitu kagum dengan panorama hijau yang begitu berlawanan sekali dengan tempat asal saya. Penduduknya begitu baik, mesra dan sangat menghormati. Mereka jugalah yang bersusah payah membantu saya mengangkat barang-barang sehingga ke tempat rumah guru.

Rumah guru ini terletak 100 meter dari sekolah. Sunyi sahaja apabila musim cuti sekolah. Ditambah lagi dengan kawasannya yang masih kaya dengan kehijauan. Belakang rumah guru ini kawasan hutan. Cuma dipisahkan dengan pagar berduri. Ada empat buah sahaja rumah guru di sini. Sewaktu saya sampai, guru-guru yang lain balik kampung agaknya.
Hasil carian imej untuk rumah guru di pedalaman sabah
Gambar Sekadar Hiasan
Rumah guru yang saya duduki ini diperbuat dengan papan kecuali dapur dan bilik air. Dapurnya berhadapan dengan kawasan hutan. Kalau saya tengah memasak boleh nampak burung-burung berwarna warni, tupai dan kalau beruntung boleh nampak gajah. Tapi jarang-jaranglah beruntung.

Baiklah, cukuplah mukadimah. Nak cerita pasal gangguan pula.

Gangguan yang saya alami ini berlaku sejak hari pertama saya tinggal di rumah guru ini. Ia berlaku ketika saya hendak turun ke bilik air. Ketika sedang 'melepas', lampu bilik air tiba-tiba on off. Seolah-olah ada orang bermain suis di luar siap ade bunyi klik-klik. Saya yang memang jenis cepat saja marah, entah macam mana boleh jerit "Hoi!!!". Selepas itu, lampu okey semula. 
Hasil carian imej untuk tandas kampung
Gambar Sekadar Hiasan
Saya keluar dan tengok seketika keadaan sekeliling, takut-takut ada perompak ke apa, sebab penduduk kampung ini ada beritahu agar berhati-hati kerana ada banyak penagih di kampung ini. Namun, tiada sesiapa pun berada di luar bilik air. Yang ada hanyalah beberapa ekor cicak yang sedang bercinta. Takkanlah cicak pandai nak off suis lampu kan?

Okey, selesai hal bilik air. Kali ini tentang burung hantu pula. Saya selalu tidur lewat malam sebab seronok membaca novel. Tingkap di bilik saya biarkan terbuka sikit sebab nak membiarkan angin malam masuk ke dalam, aircond percuma. Sini sejuk sikit. 

Baru saja membaca muka surat ketujuh, tiba-tiba ada bunyi benda melanggar tingkap. Saya cepat-cepat pergi tengok dan ada seekor burung hantu yang saiznya lebih besar dari kepala saya terlanggar tingkap. Tetapi yang menghairankan, bukankah burung hantu liar menjauhi manusia? Macam mana boleh terpesong pula?
Imej yang berkaitan
Gambar Sekadar Hiasan
Saya kutip bangkai burung hantu itu dan letak dalam plastik dan simpan di luar pintu bilik sambil fikir keesokan hari saya akan kuburkan bangkainya. Saya sambung semula membaca novel. 

Tidak lama selepas itu, tiba-tiba saya terdengar bunyi cakaran yang agak kuat di luar pintu. Ala, yang macam bunyi kucing mencakar-cakar tu. Tetapi yang ini seram, bunyi cakarannya seperti mahu masuk ke dalam bilik. Saya baling buku ke arah pintu dengan harapan agar bunyi itu berhenti. Malangnya tidak menjadi, malah bunyi cakarannya semakin kuat.  

Saya baling botol air kali ini dan bunyi cakaran itu berhenti. Saya cepat-cepat baca ayat kursi dan selepas itu cuba melelapkan mata. Tetapi mata pula tidak mahu lelap. Bukannya lupa nak pejam mata, memang dah pejam tetapi tak dapat tidur. Entah jam berapa saya tertidur, sedar-sedar saja hari sudah pagi dan mujur tak terlepas solat Subuh. 

Saya buka pintu, nak tengok ada ke tak kesan cakaran di pintu. Tetapi tiada apa-apa kesan pun. Jadi, bunyi apa yang saya dengar malam tadi? Saya bergegas pergi ke belakang untuk menguburkan bangkai burung hantu itu. 
Hasil carian imej untuk nenek kebayan
Gambar Sekadar Hiasan
Sewaktu saya sedang berusaha mengorek tanah, tiba-tiba ada seorang nenek dan cucunya datang dari kawasan hutan. Nenek itu berpakaian seperti zaman dulu kala dan begitu juga dengan cucunya 

"Buat apa dalam hutan pagi-pagi ini nek?" soal saya dengan tangan yang masih mengorek tanah. 

"Nenek nak ambil dia," katanya sambil memandang bangkai burung hantu itu. 

Saya menjadi kebinggungan seketika, tetapi saya serahkan juga bangkai burung itu kepadanya. Kemudian nenek itu bersama cucunya berjalan pantas kembali ke kawasan hutan. Tiba-tiba pula jiran saya, Cikgu Ros, memanggil saya. 

"Kau bercakap dengan siapa tadi?" soalnya. 

"Ada nenek datang minta bangkai burung hantu," jawab saya. 

Muka Cikgu Ros tiba-tiba berubah menjadi pucat. Dia kata dia nampak saya bercakap seorang diri, tetapi saya bersungguh-sungguh menafikannya. 

Pada sebelah malam, rumah saya berbau busuk, busuk yang teramat sangat. Saya mencari di setiap penjuru punca bau busuk itu tetapi gagal menemuinya. Habis satu rumah saya sembur dengan minyak wangi Lancome. Tetapi bau busuknya masih ada. Nak makan pun tak lalu, haih!! 

Saya bancuh kopi dan bawa masuk bilik, berdiri di tepi tingkap sambil memandang ke kawasan hutan. Tiba-tiba saya ternampak nenek dan cucunya yang datang pagi tadi sedang berdiri di tempat yang sama. Mereka seolah-olah memanggil saya tetapi tiba-tiba handphone saya berdering. 

Bila saya memandang ke arah mereka semula, kelibat mereka sudah hilang. Saya agak curious, apa yang mereka buat dalam hutan pada waktu malam-malam begini? Takkan mereka tinggal di dalam hutan? Ah! Esok sajalah saya ambil tahu. 

Saya pun baring-baring nak tidur. Baru beberapa minit lelap, saya terasa ada orang berada di sebelah saya. Saya buka mata dan... 

ASTAGHFIRULLAH!! Nenek tadi sedang baring di sebelah saya!! Matanya tajam memandang saya! 
Hasil carian imej untuk nenek kebayan
Gambar Sekadar Hiasan
Mulut saya terkunci, tetapi saya sempat bangun dan terjatuh dari katil. Saya terpandang bawah katil dan cucunya ada di situ sedang bermain sorok-sorok. Dengan pantas saya bangun, keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Saya cuba on semua lampu tetapi lampu tak on. Jilake!! Saya nak buka pintu untuk keluar, tetapi pintu tak boleh dibuka. Betul-betul jilake! Saya cuba menjerit tetapi suara pula tak nak keluar. 

Lalu saya bersembunyi di bawah meja makan sambil berdoa dalam hati dan baca apa sahaja ayat yang dihafal. Lawak tau, sampai doa makan pun saya baca. Saya pejam mata rapat-rapat dan kemudian saya terdengar,

"Nenek, nenek. Jom kita main sorok-sorok. Adik sembunyi, nenek cari adik," kata suara si cucu. 

Tiba-tiba bulu roma saya meremang, ada sesuatu di sebelah saya tetapi saya tak berani nak buka mata. Tapi saya dengar bunyi ketawa kecil mengekek-ngekek. Saya terasa pinggang saya dicucuk-cucuk tetapi saya masih berkeras tidak mahu membuka mata. Saya menangis ketakutan. 

Apabila bunyi ketawa dan cucuk-cucuk itu dah berhenti, saya cuba membuka mata dan perlahan-lahan menoleh ke sebelah, Fuh!!! Tak ada apa-apa. Tetapi tiba-tiba wajah nenek itu menjengah dari atas meja makan sambil ketawa mengilai. Saya terus pitam. Bila tersedar, saya berada di atas katil. 
Hasil carian imej untuk seniwati mariani nenek kebayan
Gambar Sekadar Hiasan
Semalam itu mimpi atau realiti? Siapa yang angkat saya ke katil? Nenek itu ke? Saya masih tertanya-tanya. Saya pergi ke rumah Cikgu Ros dan memaklumkan kepadanya mengenai apa yang berlaku. Rupa-rupanya rumah guru yang saya diami ini adalah bekas kubur lama. Tak hairanlah banyak gangguan. Guru yang tinggal di rumah ini dahulu lebih teruk diganggu sampai hampir terbakar rumah ini. 

Nenek dan cucu yang mengganggu saya itu mungkin 'penghuni' di bawah rumah saya. Saya keluar berpindah dan tinggal menyewa rumah di pekan. Cikgu Ros pun ikut berpindah. Waktu saya mengemas barang di dapur, secara tidak sengaja terpandang ke kawasan hutan dan di situ berdiri nenek dan cucunya memandang saya dengan tajam. Cepat-cepat saya mengalihkan pandangan. 

Sumber1: Dearley Azazel





Thursday, 22 February 2018

P. RAMLEE - MILIK SIAPA?

Sekitar tahun 1990-an telah timbul satu persoalan siapa yang lebih layak memiliki dan mengabadikan jasa seniman tersohor Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Hasil carian imej untuk adam salleh harian metro
Adam Salleh @ Jarum Emas
Seorang wartawan hiburan dari ahkbar Harian Metro bernama Adam Salleh yang lebih dikenali dengan jolokan Jarum Emas pada ketika itu telah mengupas persoalan ini di dada akhbar tabloid No.1 Negara itu. Menurut tulisan Adam Salleh, wajarkah Malaysia menobatkan seniman agung yang lahir di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 itu sebagai milik rakyat negara ini atau Singapura lebih berhak kerana sebahagian besar kerjaya seninya dihabiskan di negara republik itu. Tidak kurang ada dikalangan rakyat Acheh yang turut mempertikaikaan asal keturunan P.Ramlee jika merujuk dari susur galur ayahandanya yang bersasal dari negeri Serambi Mekah itu.
Hasil carian imej untuk george yeo singapore
George Yeo
Mantan Menteri Penerangan dan Kesenian Singapura
Singapura melalui Menteri Penerangan dan Kesenian, George Yeo, pada ketika itu pernah mengeluarkan kenyataan dengan berkata, “Tiada P.Ramlee tanpa Singapura”. Kenyataan itu menggambarkan nama dan karya seni P.Ramlee, terutama berbentuk filem tidak akan wujud tanpa bantuan dan dokongan pelbagai pihak di republik itu, terutama pada era Studio Jalan Ampas.

Bukti Singapura lebih berbangga dalam mengangkat nama P.Ranlee lebih ketara apabila negara republik itu menganjurkan satu majlis sempena ulangtahun pertama Suruhanjaya Filem Singapura (SFC) di Galeri Seni Fort Canning pada 16 April 1998. Tema yang dibawa di majlis berkenaan ialah “P.Ramlee Perintis Pembikin Filem Singapura”. Tema ini menjadi pertikaian kepada sesetengah pihak dikalangan seniman dan seniwati veteran pada ketika itu dengan mengatakan lebih tepat jika digunakan “P.Ramlee Perintis Pembikin Filem Melayu”.
Hasil carian imej untuk anugerah darjah tan sri kepada p ramlee
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee & Allahyarhamah Puan Sri Saloma
Gambar: P. Ramlee ketika menerima anugerah 'Ahli Mangku Negara' (AMN) daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-3 pada tahun 1962
Bagi pihak kerajaan Negara Malaysia, selain dianugerahkan darjah Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong pada 1990, jasa dan sumbagan seniman agung itu juga diabadikan menerusi Pustaka Peringatan P.Ramlee dan sebatang jalan di ibu negara, Auditorium P.Ramlee di Angkasapuri dan menjadikan rumah asal P.Ramlee di Pulau Pinang sebagai salah satu warisan serajah yang perlu pelihara. Tidak ketinggalan pihak Pos Malaysia Berhad juga pada ketika itu telah melancarkan setem kenangan yang memaparkan wajah seniman agung itu. Malah pada ketika itu stesen televisyen tempatan juga kerap menayangkan kembali filem-filem arahan dan lakonan seniman agung itu.
1a
Rumah P. Ramlee yang terletak di Lot 2180, Jalan P. Ramlee, 10460 Pulau Pinang
Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang juga Timbalan Naib Censelor (Hal Ehwal Pelajar) UKM, Prof. Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh, berkata Allahyarham adalah milik sekitar 250 juta rakyat gugusan Melayu dan Singapura. Menurutnya, Singapura boleh memberi pelbagai anugerah kepada P.Ramlee jika diambil kira kejayaan diraih beliau ketika memerah keringat di republik itu tetapi jangan lupa P.Ramlee adalah warganegara Malaysia. Status seorang warganegara itu penting bagi menentukan P.Ramlee aset siapa. Menilai P.Ramlee pula tidak boleh ada sempadan politik kerana khazanah seni yang ditinggalkan oleh Allahyarham adalah dalam wilayah budaya Melayu.
Hasil carian imej untuk Prof. Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh
YBhg Prof. Emeritus Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh
Menurut seniman veteran Aziz Sattar (Datuk) yang juga rakan seperjuangan P.Ramlee mempunyai pendapat beliau yang tersendiri dalam menentukan P.Ramlee milik siapa. Aziz Sattar berpendapat adalah tidak wajar jika Singapura mengatakan P.Ramlee adalah aset mereka kerana jika dirujuk melalui sejarah, pihak republik itu terlebih dahulu meminta P.Ramlee untuk berhijrah ke Singapura melalui sorang pengarah yang sedang berhidmat dengan syarikat filem Shaw Brothers iaitu B.S Rajhans. Menurutnya bakat P.Ramlee dikesan oleh B.S Rajhans ketika menonton nyanyiannya di Pulau Pinang dan telah meminta P.Ramlee untuk berhijrah ke Singapura. 
Hasil carian imej untuk aziz sattar
Allahyarham Datuk Aziz Sattar
Aziz Sattar tidak menafikan zaman kegemilangan P.Ramlee dan filem Melayu adalah di Singapura dimana ketika itu adanya dua syarikat gergasi yang bermukim di negara republik itu seperti Shaw Brothers dan Cathay-Keris. Tetapi bakat P.Ramlee tetap dari Malaysia pada ketika itu Malaya. Jika dirujuk kepada beberapa fakta, Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, P.Ramlee terlebih dahulu meninggalkan Singapura dan kembali semula ke negara kelahiraannya pada bulan April 1964.
Hasil carian imej untuk datuk zakiah hanum
Datuk Zakiah Hanum
Mantan Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara
Tokoh Budaya dalam masa yang sama Ketua Pengarah Arkib Negara pada ketika itu, Datuk Zakiah Hanum, berkata bukti penghormatan Malaysia terhadap P.Ramlee tidak terbilang berbanding Singapura. Menurutnya, semangat patriotik P.Ramlee terhadap tanah air jelas apabila menyedari pihak republik Singapura kurang berminat untuk meneruskan industri perfileman di republik itu, Allahyarham terus pulang ke tanah air. Jika P.Ramlee tidak sayangkan tanah tumpah darahnya, mungkin P.Ramlee terus menetap di republik itu bersama rakan-rakan artis lain, katanya.
Allahyarham Datuk Abdullah Hussain
Sasterawan Negara ke-8
Kemuncak persoalan ini akhirnya terhenti apabila Sasterawan Negara yang juga merupakan sahabat baik P.Ramlee, Datuk Abdullah Hussain mengeluarkan kenyataannya bagi menutup segala persoalan ini. Kata Abdullah Hussain, “P.Ramlee adalah milik Malaysia begitu juga Singapura dan lebih tepat lagi P.Ramlee milik Nusantara.  Namun siapa yang tahu di era kegemilangan P.Ramlee, beliau tidak pernah membezakan di antara Malaysia dan Singapura”.