Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts
Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts

Tuesday, 23 May 2017

INJIL BARNABAS BUKAN INJIL ASLI

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa artikel berkenaan “Penemuan Injil Asli berusia 1,500 tahun di Turki”. “Injil” itu dinamakan sebagai Injil Barnabas. Ramai juga netizen mengatakan itulah Injil yang diwahyukan Allah kepada Nabi Isa suatu ketika dahulu. Kenyataan ini adalah kurang tepat kerana beberapa faktor yang bakal diperjelaskan.

Sebelum melangkah jauh, perlu diperjelaskan salah faham berkenaan maksud sebenar Injil. Bagi mengelakkan kekeliruan, al-Faqir gunakan istilah INJIL bagi mewakili wahyu yang diterima Nabi Isa dari Allah manakala istilah GOSPEL bagi mewakili “Injil” yang sering kita salah faham selama ini.
Hasil carian imej untuk injil barnabas
Sesungguhnya menurut al-Quran, Injil adalah wahyu Allah kepada Nabi Isa yang di dalamnya mengandungi :-

1) Hukum-Hakam asal Taurat yang telah diseleweng/diperselisihkan oleh para pendeta Yahudi. Dalam al-Quran menyebut bahawa nabi Isa yang dikurniakan Injil adalah diutuskan untuk menegakkan semula ajaran Taurat dan menjawab perselisihan para pendeta Yahudi.

2) Ilmu-Ilmu Hikmah. Ilmu-ilmu ini penting buat masyarakat Yahudi pada ketika itu agar dijadikan panduan untuk meneruskan survival kerana mereka sedang hidup dalam cengkaman kuasa politik Rom dan perpecahan serius mazhab-mazhab pendeta Yahudi. Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Isa diutuskan dengan Kitab dan Hikmah.

3) “Ramalan” (perkhabaran) mengenai kedatangan Nabi Akhir Zaman agar Bani Israel kelak dapat menerima kedatangan baginda dengan hati terbuka. Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Isa telah memberitahu kepada bani Israel perihal kedatangan Ahmad (Nabi Muhammad) yang kini dialih bahasa menjadi Periclytos.
Hasil carian imej untuk injil barnabas
Injil diberikan kepada Nabi Isa, kemudian baginda mengajarkan isi kandungannya kepada Hawariyyun dan menceritakan secara umum kepada Bani Israel. Oleh itu, isi kandungan Injil ini dicatat oleh para pendengar secara Bahasa Pindah bak nota-nota buat simpanan peribadi atau hanya disemat dalam hafalan. Namun, teks asli Injil sepertimana yang diterima oleh Nabi Isa sebenarnya telah pupus. Oleh itu, jika kita hendak mengetahui kesan jejak kandungan Injil yang mungkin masih lagi tercatat, maka kita perlu mengkajinya dalam taburan GOSPEL.

Gospel yang dianggap sebagai “Injil” ini sebenarnya adalah sebuah buku biografi (riwayat hidup) nabi Isa. Melalui Gospel yang mengandungi riwayat hidup baginda inilah kita boleh menjejak dan mengutip beberapa isi kandungan Injil yang telah Nabi Isa ajarkan kepada pengikut baginda. Hawariyyun yang masih hidup setelah sepeninggalan nabi Isa menyebarkan riwayat hidup nabi Isa kepada masyarakat sekitar. Bani Israel yang mengikut nabi Isa dan hawariyyun baginda kemudiannya mewariskan ajaran serta cerita nabi Isa secara turun temurun kepada generasi seterusnya.

Hal ini berlaku hinggalah ke zaman penulisan Gospel sekitar seawal tahun 150 masihi selepas “pemergian” nabi Isa (ke langit). Sehingga kini, kita tidak tahu siapa sebenarnya penulis kepada Gospel-Gospel tersebut. Para penulis Gospel hanya menulis dan mencatatkannya atas nama hawariyun baginda sebagai sandaran. Hawariyun jika menurut tradisi Kristian disebut sebagai Apostle (konsep kerasulan Kristian) atau disciple (murid-murid Isa).
 Hasil carian imej untuk injil barnabas
Oleh itu, muncullah pelbagai jenis Gospel mengikut periwayatan masing-masing. ada 4 buah gospel yang diakui sah oleh seluruh gereja Kristian kini iaitu Gospel Matthew, Gospel Mark, Gospel Luke dan Gospel John. Gospel Matthew, Mark dan Luke dikenali sebagai himpunan Gospel Synoptik kerana jalan ceritanya lebih kurang sama walau ada beberapa isinya kelihatan bercanggah antara satu sama lain. Gospel John tidak disenaraikan sebagai Synoptik walaupun turut diakui sah kerana isinya terlalu berlainan dari 3 Gospel yang lain. Gaya Bahasa Gospel John juga agak “berbunga” berbanding 3 Gospel lain yang kelihatan agak “lurus”.

Selain 4 Gospel ini, terdapat banyak lagi Gospel lain yang disenaraikan sebagai “Gospel-Gospel Terlarang” iaitu tidak diakui oleh majlis gereja sewaktu dunia Roman menaungi gereja Kristian sebagai Gospel yang sahih. Sekitar puluhan bahkan ratusan lagi Gospel yang ada sekitar 300 tahun selepas zaman nabi Isa antaranya seperti Gospel Maryam, Gospel Peter, Gospel James, Gospel Thomas dan lain-lain. Masing-masing memiliki periwayatan, jalan cerita dan gaya bahasa tersendiri bagi merakamkan sejarah hidup Nabi Isa sepanjang perjuangan baginda menyebar luaskan isi ajaran Injil asli.
Hasil carian imej untuk injil barnabas
Begitu juga “Injil” Barnabas yang diperjudulkan dalam artikel ini. Gospel Barnabas juga mempunyai kisah nabi Isa versi tersendiri. Antara sebab Gospel Barnabas dianggap sebagai “Injil Asli” oleh sebahagian netizen adalah hanya kerana Gospel Barnabas mencatatkan bahawa nabi Isa tidak disalib sebaliknya diangkat ke langit. Atas sebab persamaan kisah hidup nabi Isa versi Gospel Barnabas dengan ayat al-Quran, maka terus ia dianggap sebagai “Injil Asli”. Sebenarnya, jika kita terjumpa dan mengkaji gospel-gospel lain, berkemungkinan juga untuk kita jumpa banyak lagi versi gospel yang turut menceritakan kisah nabi Isa diangkat ke langit.

Tidak bermakna hanya dengan satu plot yang memiliki persamaan ini terus kita menganggap ianya adalah Injil Asli yang dikhabarkan dalam al-Quran. Mungkin Gospel Barnabas tidak meriwayatkan kisah Hawariyun meminta makanan dari langit namun diriwayatkan dalam gospel yang lain pula. Apa yang pasti, dalam Injil yang diwahyukan, sudah tentu tidak akan tertulis pengakhiran nabi Isa yang diangkat ke langit melainkan ianya ditulis oleh orang yang hidup sesudah zaman nabi Isa. Ini kerana kandungan Injil bukanlah datang untuk menceritakan kisah hidup nabi Isa kepada bani Israel yang sememangnya hidup bersama nabi Isa.
Hasil carian imej untuk injil barnabas
* Artikel ini ditulis untuk memberi pencerahan mengenai sejarah khusus untuk bacaan orang Islam sahaja namun terbuka juga untuk tatapan bukan Islam. Tiada unsur-unsur penghinaan buat rakan-rakan yang menganut agama Kristian sebaliknya rakan-rakan Kristian bebas untuk berpegang kepada ajaran Mazhab Gereja masing-masing dalam hal Gospel.

#KitabTamadunYahudi


Monday, 22 May 2017

PENGALAMAN SERAM SEBUAH DRONE MERAKAM HIGHLAND TOWERS BUAT PERTAMA KALI. HASILNYA MENAKUTKAN!!!

Highland Towers, tragedi yg tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular? Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa. Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini…cuba tengok rakaman waktu malam tu..
Highland Towers; satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular?

Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa.

Sejak itu, Highland Towers langsung tidak berpenghuni sehingga kini dan telah meninggalkan banyak kisah-kisah seram, mistik, dan aneh yang sukar untuk diterangkan.

Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini.
Video dimulakan dengan mempamerkan bangunan Highland Towers yang usang tetapi masih berdiri teguh disebalik hutan tebal. Jujurnya, kami sudah mula rasa seram walaupun video ini baru saja bermula.

Melihatkan pada ranting pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang menjalar di setiap ruang bangunan sudah mampu menaikkan bulu roma. Dengan berlatarbelakangkan muzik seram, menjadikan kami lebih teruja untuk lihat lebih lagi.

3 minit berlalu, hanya paparan waktu siang ditunjukkan. Sebelum pergi lebih lanjut, kepada sesiapa yang menyangka video ini hanya dirakam pada waktu siang…

… anda salah! Drone ini turut berlegar-legar ke bahagian dalam Highland Towers pada waktu malam. Kita boleh lihat banyak contengan misteri terpapar pada dinding bangunan. Menakutkan sudah.

Apa kata anda lihat sendiri video penuh di atas ni. Kalau takut, lebih baik jangan tengok. Sebab nak habiskan masa 9 minit 50 saat tonton video ini memang satu pengalaman yang menyeramkan.

Bagi yang berani, sila tengok dengan volume penuh. Kalau beranilah.



Tuesday, 14 March 2017

3 MAC: TRAGEDI BERAKHIRNYA KESULTANAN MELAYU DI INDONESIA

No automatic alt text available.
Saya pasti anda semua sudah maklum akan pembantaian terhadap raja-raja Melayu dan golongan bangsawan Melayu terpelajar di Sumatera dan Kalimantan oleh pihak yang mendakwa kononnya sebagai golongan Nasionalis Indonesia sekitar 1946 dan 1960-an.

Di bawah adalah ringkasan kepada peristiwa-peristiwa sadis yang berlaku di kerajaan-kerajaan Melayu Islam yang telah diserang oleh manusia-manusia kejam ini. Peristiwa ini berlaku hampir serentak di Sumatera iaitu pada 3 Mac 1946 dan kemudiannya pada 1960-an di sebuah kerajaan Melayu di Kalimantan.

KERAJAAN TANAH KARO

Di Kota Berastagi, para pemuda nasionalis menangkap dan mengasingkan para raja Urung dan Sibayak yang diundang ke sebuah majlis. Sebanyak tujuh belas orang Raja ditangkap dan diasingkan ke Aceh, nasib mereka tidak diketahui. Bangsawan serta Datok Tumenggung di PENGGAL KEPALANYA. Raja Raya DISEMBELIH di jambatan besar, Raja Silimakuta dilindungi TKR, tapi ahli keluarganya semua di bunuh, ada yang di BAKAR HIDUP HIDUP dan ada yang di Penggal kepalanya

KERAJAAN SIMALUNGUN

Barisan Harimau Liar pada malam 3 Mac menangkap raja Kerajaan Pane beserta keluarganya, lalu merampas harta benda mereka. Raja dan keluarganya dibawa ke suatu tempat pesta, kemudian mereka DIBUNUH dengan kejam.

KESULTANAN ASAHAN, TANJUNG BALAI

Pukul enam pagi, istana diserang sekelompok orang dari Nasional Pelopor Indonesia (Napindo), Pemuda Sosialis Indonesia (Pesindo), Ku Tui Sin Tai (Barisan Harimau Liar), Barisan Merah/Partai Komunis Indonesia, Hizbullah, dan buruh-buruh Jawa. Seluruh keluarga dan kerabat kesultanan Melayu Islam serta orang-orang yang bekerja untuk istana ditangkap. Harta benda mereka dirampas. Sultan Sjaiboen Abdoel Djalil Rachmatsjah, Sultan Asahan sempat melarikan diri dari belakang istana.

KESULTANAN KUALUH

Ketika penghuni Istana sedang tidur, istana diserbu segerombolan orang bersenjata tajam. Malam itu, istana diselongkar habis. Tengku Al Hadji Moehammad Sjah, Sultan Kualuh dibawa ke kuburan Cina, tak jauh dari istana. Tengku Besar juga dijemput dari rumah istrinya dan dibawa ke tempat yang sama. Mereka DISEKSA DENGAN KEJAM, lalu ditinggalkan. Tengku Hasnan, Tengku Long, serta seluruh keluarganyaDIPENGGAL KEPALAnya. Seramai 73 ORANG bangsawan dan kerabat diraja Melayu yang terkorban pada malam itu.

KESULTANAN MELAYU DELI

Ahli Persatoean Perdjoeangan (PP), yang ditubuhkan oleh Tan Malaka, dan Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA??) menyerang istana Deli, Istana di tembak tetapi Sultan selamat dengan bantuan askar Inggeris dan tentera kerajaan. Namun Bangsawan, datuk, orang yang berpangkal nama wan dan warga Melayu Deli di luar istana BANYAK DIBUNUH.

KESULTANAN MELAYU SERDANG

Sultan dan keluarganya hanya ditahan di istananya di Perbaungan. Sultan Serdang dipandang lebih berpihak pada Republik, banyak orang yang melindungi dan menjaga Istananya.

KESULTANAN MELAYU LANGKAT

Pesindo menangkap 21 orang kerabat istana. Istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di Kota Binjai DIROMPAK, Bangsawan-bangsawan Langkat ditangkap dan sebagian besar DIBUNUH DENGAN KEJAM termasuk pujangga besar Tengku Amir Hamzah, puteri-puteri Sultan Langkat DIPERKOSA DI HADAPAN MATA AYAHANDA MEREKA , Sultan Langkat, dan putra mahkota yang masih belia hilang hingga kini. Tengku Kamil, Ahli Keluarga Kesultanan Langkat wafat setelah di tebas dengan parang. Semua Tengku, Datuk,Wan dan ahli Istana mati di bunuh.. Kesultanan Melayu Langkat PALING BANYAK DIBUNUH PKI dan Pesindo.

KESULTANAN MELAYU BULUNGAN, KALIMANTAN,(18 JULAI 1964)

Sepasukan tentera dari satuan tempur Brawijaya 517 mengepung istana Kesultanan Bulungan. Masyarakat yang sedang mengambil wudhu di Sungai Kayan untuk solat subuh terkejut melihat banyaknya tentera. Dan sekitar pukul enam pagi, seluruh masyarakat di Tanjung Palas dikumpulkan di depan istana. Mayor Sumina Husain, Komandan Kodim 0903 Bulungan di Tanjung Selor, berkata”Para bangsawan Bulungan ingin memberontak terhadap pemerintah Republik Indonesia.”

Namun, Datuk Taruna, bangsawan Bulungan, menyanggahnya. Letnan B. Simatupang marah, lalu memerintahkan seorang polis M. Ramli untuk MENEMBAK Datuk Taruna yang akhirnya rebah bersimbah darah. Istana dan harta benda dijarah. Satu per satu bangsawan Bulungan hilang. Sisanya ditangkap dan DIBUNUH. Kemudian pada malam Sabtu, 18 Julai 1964, istana Raja Muda pun dibakar. Istana Bulungan bertingkat dua itu dibakar selama dua hari dua malam hingga rata.

------

Revolusi Sosial di Indonesia ini menghasilkan begitu banyak pembunuhan, dan kekacauan. Dokumen Belanda menyatakan bahawa revolusi ini menelan korban sebanyak 1200 orang di Asahan sahaja.,belum lagi di daerah lain. Kaum bangsawan Melayu di beberapa daerah termasuk perempuan dan kanak-kanak ditangkap dan dibawa ke Concentration Camp di Simalungun dan Tanah Karo. Kaum non-pribumi pun tidak terkecuali, Cina dan India banyak menjadi korban. Kaum bangsawan dinista dan dicacimaki sebagai orang bodoh dan pemalas serta berada dalam kemiskinan dan tidak mendapat bantuan Negara dan di negerinya sendiri.

Dua generasi orang Melayu hampir KEHILANGAN IDENTITI mereka. Mereka TAKUT MENGAKU MELAYU, takut memakai baju teluk belanga dan sengaja menambah gelar keturunan Batak di depan namanya supaya boleh masuk sekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku, Wan dan Datuk kerana takut dicaci sebagai feudal, bahkan kaum Melayu yang bukan bangsawan tetapi bekerja dengan para Sultan dan Tengku pun turut ditindas. Banyak dari mereka berhijrah ke Semenanjung, terutama di Kedah dan Perak kerana masih erat hubungan kekerabatan.

Sebahagian lagi pergi ke Belanda. Kalau kita baca di Wikipedia atau buku-buku sejarah sekolah Indonesia, pasti akan tertulis yang revolusi ini terjadi kerana para sultan Melayu serta raja-raja Simalugun dan Karo banyak menindas rakyat miskin dan tidak mempedulikan rakyat mereka yang dalam kesusahan atau mereka bersubahat dengan penjajah. Ternyata hal ini adalah propaganda dari pihak pemerintah yang pada masa itu agak Pro-komunis. Dalam penulisannya berjudul “Revolusi Sosial Berdarah di Simalungun Tahun 1946”, Paderi Juandaha Raya Purba Dasuha menuliskan kisah sebenar yang berlaku. Dia membantah sebutan ‘Raja-raja menindas rakyat’ yang selama ini disebut-sebut sebagai pembenar pembantaian kejam tersebut. Hal ini kerana yang bangkit menyerang raja-raja Simalugun, Melayu dan Pane misalnya adalah para pedatang yang telah diberikan tanah dan sawah oleh pemerintah melayu dan raja-raja Panei.

Menurut Tengku Haniah salah seorang kerabat Kesultanan Asahan yang sudah berumur lebih 85 tahun, jika benar mereka mahu menghapuskan kerajaan monarki atau Kesultanan, mengapa Kesultanan Jogjakarta dibiarkan!

“Apapunlah alasan mereka, pembunuhan dan perompakan itu tetap satu kejahatan” ujar Haniah. Seorang puteri bangsawan yang pada usia mudanya hidup senang, demi bertahan hidup, setelah kehilangan seluruh harta bendanya, Haniah bekerja menggulung rokok malah membuat bunga dari plastik untuk mencari sesuap nasi.

Walaupun revolusi yang hampir sama berlaku di Kesunanan Surakarta, namun yang menjadi mangsa hanyalah beberapa penasihat sultan dan pekerja-pekerja istana. Keluarga sultan serta para bangsawan tertinggi tetap dilindungi tentera kerajaan Indonesia. Namun raja-raja Melayu dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Sebenarnya para pembaca sekalian, satu perkara yang saya mahu tekankan tentang peristiwa ini adalah hakikat bahawa negeri-negeri Melayu yang terlibat ini semuanya adalah negeri yang tersangat-sangat kaya dengan hasil perlombongan, getah, sawit, tanaman-tanaman komersil seperti kopi, koko dan lada malah telaga minyak!

Di negeri-negeri ini wujud pekan-pekan, pelabuhan serta bandar yang makmur dan indah, malah para sultan mempunyai kapal dagang dan kapal wap masing-masing seperti Sultan Langkat dan Sultan Bulungan. Kekayaan negeri-negeri Melayu ini sentiasa di cemburui oleh pihak-pihak tertentu.

Betullah kata seorang pengkaji sejarah bahawa orang Melayu ini walau dimanapun dia tercampak dan membuka kerajaan, pasti kerajaan itu akan jadi, terkenal, kaya dan menjadi pusat perdagangan yang masyhur. Contohnya lihat sahaja Parameswara yang membuka Melaka, kemudian keturunannya Sultan Alauddin yang membuka Johor, kerabat-kerabat Melayu dari Semenanjung dan Sumatera yang berhijrah ke kepulauan Filipina dan Kalimantan Selatan dan membuka kerajaan-kerajaan baru. Kebanyakannya menjadi pusat persinggaan dan perdagangan yang maju.

Oleh sebab itu pada pendapat penulis, peristiwa, pembunuhan hampir seluruh sultan-sultan Melayu dan kaum bangsawan serta kerabat, bukan hanya satu revolusi sosial, sebaliknya sebagai satu cover up oleh pihak tertentu dari yang menggunakan nama pejuang nasionalis kemerdekaan Indonesia untuk mendapatkan kekayaan raja-raja Melayu dan hasil mahsul negeri mereka serta menghapuskan kedaulatan dan keturunan raja-raja Melayu.

Begitulah sedikit sebanyak peristiwa operasi terancang untuk menghapuskan kerajaan-kerajaan etnik Melayu dan yang dekat dengannya atas sebab-sebab yang masih kurang jelas sehingga sekarang. Sebenarnya tidak ada sebarang justifikasi yang boleh diberikan terhadap peristiwa ini kerana ia terang-terangan adalah serupa dengan penghapusan etnik.
 

Thursday, 6 October 2011

SaNtAi SaMBiL MeNoNtOn FiLeM SeRaM ~ Al-Hijab

Salam….hurm…..saje nak kongsi cerita dengan korang manalah tahu kan…lepas baca bLOg ni korang teruja plak nak p menonton sama cerita ini…..sila²…amat digalakkan….hehehehe

Malam tadi, tanggal 05 Okt 2011..aku dan Wan same² pergi luangkan masa menonton filem yang secara rasminya ditayangkan pada 06 Okt 2011 di seluruh negara… Cume ada beberapa cinema yang telah menayangkan filem ini sejak bermula malam tadi….seperti di TGV Wangsa Walk dan TGV The Mines… 



Tajuk filem yang aku tonton dengan Wan ni…Al-Hijab….


Kitorang menonton di TGV The Mines, jam 9.50 mlm….inilah tiketnye….


Kami sampai di The Mines sekitar jam 8.45 mlm…mula sampai ingat nak terus cari ATM and nak makan dulu…jumpe ATM, pas cucuk…jenuh plak fikir nak makan di mana….Last² decide makan di Kenny Rogers…mase tu dah jam 9.00mlm…lama gak kami duk tgu ‘bibik’ amik order…setelah dipanggil barulah datang sorang…selamat order benda nak makan…kami pn menunggu lagi…tgk kat Kenny Rogers ni mcm tak cukup ‘menpower’ jew…yg kami nampak 2 orang jew..sorg kat kaunter…sorg ag htr order… ini lah tempatnya….


Tunggu punye tunggu…hati dah mula bosan..makanan tak smpai ag…apa lagi…sementara menunggu kami snap r pic….dapatlah beberapa keping gambar…hik hik…inilah antaranya…..







Aiks….dah habis snap pic pun…order x smpai ag…jam dah 9.40…lamanya diorg ni…movie nak mula 9.50…ayok…kami pun decide untuk membatalkan order dan terus ke Level 3 untuk daftar masuk ke panggung….sebelum tu nak citer la pasal sinopsis citer ni…lebih kurang mcm ni...

“Rafael (Pierre Andre) ni pelakon yang suam² kuku…satu ketika dia dapat tawaran pegang waktu utama untuk sebuah filem seram..masalahnya dia tak boleh nak ‘feel’ keseraman tu sbb kononnya dia takde perasaan takut…nak dijadikan cerita..dia mendapatkan bantuan kekasihnya untuk mencari sesiapa yg dapat membantu dia untuk membuka ‘hijab’ supaya dia dapat melihat hantu…” Begitulah sinopsisnya….”

Inilah antara beberapa babak dalam filem ni…




komen aku : hurmmm....cite ni pada aku OK la...seram memang seram...tapi ada satu dua tempat macam x logik...hahahahaha....meH aku citer kat mane yang tak berapa loGik tu...

1. HIJAB - mean tabir OR tirai..tapi dlm konteks filem ni HIJAB mean pandangan mata yang dibuka setahap lagi bagi membolehkan ia lebih telus dan mampu melihat benda² atau hal² GHAIB...tapi dalam citer ni...kenapa setelah dibuke HIJAB si hero...si hero asik kena ganggu...??? ramai kat luar sane mampu melihat ape yang orang lain tak boleh nampak..tapi xde plak kena ganggu... x logik kat sini...

2. Kisah si hero juga..setelah dibuke HIJAB...dlm perjalanan balik...ada beberapa gangguan..yang peliknya..si hero tak nampak mahkluk yang mengganggu sebaliknya yang nampak ialah orang lain... persoalannya...hijab sape yang telah dibuka...??? Hijab hero ke hijab si pelakon EXTRA...?

3. Si hero bertanya pada ibu heroin yang dipanggil aunty...via phone.."aunty tau tak ape² pasal hijab?" tanya si hero...di corong telefon aunty jawab "aunty tak tau banyak Raf...sikit² tu tau lah..."..si hero cakap lagi..."klu mcm tu...sy nak jmpe aunty petang ni, saya belanja minum"...so deal dah dibuat maka mereka pn berjumpe di sebuah coffee house...yg peliknya aunty tanye hero.."ada ape hal nak jumpe aunty ni?" pulak.....bukan ke tadi dah cerita kat phone nak jmpe pasal hal hijab? Tanye balik kenapa? Bile si hero jawab pertanyaan aunty "pasal hijab"..aunty jawab..."HIJAB??"...mcm terkejut plak reaksi aunty padahal dah mention sebelum ni...seolah² baru pertama kali di tanya dan pertama kali dengar perkataan hijab...x logik juga di sini....

4. Aunty bercerita dengan hero..."aunty xtau banyak pasal hijab ni...tapi mase aunty kecik² dulu, 15 tahun lalu..ada satu insiden telah berlaku dikampung aunty"...wait a minute...aku salah dengar kew...? tapi Wan cakap mcm tu juga...dialog aunty ni "mase aunty kecik² dulu, 15 tahun lalu.."...15 tahun lalu aunty kecik..? mean budak² la..habis anak aunty si heroin tu bape umo...? 5 tahun kew...? bangang tul dialog ni....heroin pn umo 20...camne leh terkeluar dialog kecik² dulu, 15 tahun dulu...kelakar la...

Itulah antara komen aku..ada beberapa 'side' yg mungkin Pierre Andre ni terlepas pandang..namun dlm 4 yg aku perasan ni...perkara 1 & 2 betul² mengganggu perjalanan cerita...bile difikir balik leh wat orang ketawa.....sebab ketidaklogikkannya.....hik hik

Jadi, bagi semua yang ingin menonton...silakanlah...tak larang pun....OK gak citer ni...rate aku utk filem ni 3 BINTANG jew...dripd langsung takde bintang...huhuhu... 

My PERSONAL opinion...setakat ni..dalam alam perfileman melayu kategori seram ni..xde ag citer yang sebaik KHURAFAT.....