Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, 4 January 2018

MENCARI HANG TUAH: ANTARA HIKAYAT DAN FAKTA

Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Prof. Dr Syed Naquib al-Attas, seorang Ilmuwan dan ahli falsafah Agung Melayu masa kini didalam karyanya yang terbaru, Historical Fact and Fiction telah mengemukakan satu teori terbaru yang bakal mengubah sekali lagi penulisan sejarah tanah air mahupun seluruh Nusantara barangkali.

Antaranya, apabila beliau membincangkan asal dan usul nama Sumatera yang pada pendapat beliau telah disalahtafsirkan. Sejak Marsden didalam penulisannya "History of Sumatra" pada 1783, kebanyakan ilmuwan dan sejarawan barat telah membuat kesimpulan yang satu apabila berbicara tentang akan asal usul nama Sumatera. 

Sumatera pada pendapat mereka sudah tentunya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Samudra ataupun Suwarna. Samudra didalam bahasa Sanskrit dan juga dipinjam didalam Bahasa Melayu sebagai laut, manakala nama Suwarna pula mungkin diambil dari buku al-Biruni yang mana mencatatkan bahawa orang India pada suatu ketika dahulu memanggil kepulauan Sumatera dan Jawa sebagai Suwarnadib, ataupun Suvarnadvipa, yang bermaksud Pulau Emas, memandangkan sejarah perdagangan yang panjang antara Benua Keling dan Nusantara ini khususnya berkaitan dengan emas, yang mana pernah menjadi barang dagangan utama pada ketika itu.
Hasil carian imej untuk syed naquib al-attas
...hiasan je ni...

Namun, Prof.Syed Naquib al-Attas menyangkal dan menolak hipotesis dan teori yang dikemukakan oleh sekelian orientalis barat selama ni didalam bukunya yang terbaru ini. Sebaliknya, beliau mengangkat satu kitab sejarah dari bangsa Melayu itu sendiri, yakni Hikayat Raja-Raja Pasai apabila persoalan berkenaan asal nama Sumatera ini dibangkitkan.

Didalam Hikayat Raja-Raja Pasai, diceritakan akan asal usul nama Sumatera dengan jelasnya. Diceritakan bahawa apabila Merah Silau menaiki takhta kerajaan, ternampaklah baginda akan satu semut besar yang dikatakan sebesar kucing lalu melintas dihadapan baginda. Terkejut dan takjub akan kejadian tersebut, maka ditangkaplah semut itu dan dimakannya, dan ditempat itulah baginda membina istana kerajaannya lalu menamakan tempat itu sebagai Samatra atau Semut Raya, yang bermaksud Semut Besar.

Sudah tentu, apabila dikatakan hikayat, dan jalan cerita yang pada hemat para orientalis barat sebagai tidak masuk akal, akan ditolak sementah-mentahnya tanpa perlu dikaji lagi. Mana mungkin wujud seekor semut sebesar kucing diatas muka bumi ini?

Maka apabila membincangkan tentang Hikayat Raja-Raja Pasai, para sejarawan termasuklah sejarawan tempatan telah menolaknya dan hanya mengklasifikasikannya sebagai satu sastera klasik berunsur sejarah yang tidak boleh dipakai. Namun disangkal oleh YM Prof Syed Naquib al-Attas didalam bukunya yang terbaru ini. Apa yang dikemukakannya ialah bahawa Semut Raya itu wujud. Sejarah Merah Silau bertemu semut sebesar kucing itu sememangnya wujud! Dan ia bukanlah satu rekaan dan fiktif semata-mata.

Maka dibongkarkannya sebuah kitab perjalanan lama Arab Aja’ib al-Hind yang dikarang oleh Buzurg ibn Shahriyar yang ditulis dalam lingkungan masa abad ke-10 masihi. Didalamnya dilaporkan oleh seorang yang bernama Muhammad ibn Babishad yang mana menyatakan pada utara Sumatera,

‘Terdapat semut yang sungguh besar, terutamanya di Pulau Lamri yang mana mereka itu membesar..’
Image may contain: 1 person
...hiasan je ni...

Apa kaitan Hang Tuah dengan diatas? Mudah, kedua-duanya ditafsirkan dan digolongkan oleh para sejarawan tempatan khusus yang berpendidikan dan mempunyai pandangan alam barat sebagai mitos, mustahil dan hanya khayalan. Sekali pandang, mana mungkin akan wujud semut sebesar kucing seperti dinyatakan didalam Hikayat Raja-Raja Pasai? Hang Tuah pula wujud hanya sebagai satu perlambangan, satu lambang kepada seruan untuk kebangkitan bangsa Melayu yang baru sahaja dijajah oleh Feringgi pada awal penulisannya.

Dan kita yang tidak mengkaji dan mengharapkan imhsan dan bantuan bangsa lain untuk mencari dan membongkar khazanah sejarah sendiri akan tunduk mengiyakan apa yang telah ditulis. Para sejarawan tempatan yang dilatih dan diindoktrinasikan dengan cara pemikiran barat akan turut menyokong fakta yang diberikan oleh para orientalis terdahulu. Tiada usaha untuk mencari, mengkaji dan menyelami sejarah bangsa sendiri. Tak habis-habis dengan hanya menunggu untuk disuap, dan bukan menjadi orang yang menyuap.

Ini jawapan Hamba kepada persoalan yang dibangkitkan apabila Prof Emeritus Khoo Khay Kim mempersoalkan kewujudan Tun Tuah. Dan ini juga jawapan Hamba kepada mereka yang menggelakkan apabila Melayu dikatakan bangsa awal manusia. Persoalan yang paling asas didalam banyak-banyak soalan.

Jangan salahkan Prof Khoo Khay Kim apabila menafikan Laksamana Tun Tuah dan Puteri Hang Li Po. Salahkan kita sendiri kerana gagal memahami sejarah bangsa sendiri. Salahkan kita sendiri yang memandang rendah kepada kebijaksanaan leluhur kita. Salah kita sendiri sebenarnya.

Hendaklah pengkaji sejarah Islam itu hidup dengan aqal, ruh dan perasaannya....Syed Qutb, al-Tarikh Fikrah wa Minhaj
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Hang Tuah, Tun Tuah? Wujudkah susuk ini? Yang dikatakan manusia terbilang ini?

Yang Dimuliakan Prof.Emeritus Tan Sri Khoo Khay Kim menafikan dan mempersoalkan kewujudan Laksamana Agung Kesultanan Melaka Darussalam ini dengan mengambil kira rujukan silang yang dilakukan khusus didalam rekod Dinasti Tanah Besar China yang memerintah pada ketika itu, Dinasti Ming. Oleh kerana tiadanya rekod yang menyebut nama Hang Tuah, maka Laksamana Agung ini tidak wujud! Semudah itu!

Suka Hamba rujuk kepada Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, jilid 1 halaman 227 yg mana, diantara lain penulis tersebut menyatakan bahawa Dinasti Ming merupakan Dinasti yang paling diabaikan sejarahnya. Walaupun disebutkan alasan yang diberikan ialah kerana keberatan dari pihak sejarawan dan para ilmuwan setelah kejatuhan empayar Ming untuk menulisnya kerana polisi yang diamalkan oleh Dinasti Qing, empayar selepas kejatuhan Ming yang begitu sensitif dengan sebarang usaha untuk mengembalikan Dinasti Ming.

Disebut juga bahawa antara sebab kepada tiadanya penumpuan para sejarawan kepada Dinasti Ming ini kerana tiadanya kemajuan yang signifikan yang dilakukan semasa pemerintahan Dinasti Ming. Namun, kita tahu bahawa Dinasti Ming ini jugalah yang telah mengerahkan angkatan laut terbesar pada abad itu dibawah seorang Laksamana Muslim bernama Zheng He dan melawat Melaka untuk persinggahannya sebelum terus bergerak ke barat dan termasuklah Mekah. Jadi timbul persoalan kenapa Dinasti yang membawa perubahan kepada China ini tidak dianggap mundur dan lemah dan terus diabaikan? Rujuklah The Ming Empire: Patron of Islam in China and South-West Asia, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society , 1988, halaman 1-44 untuk mereka yang mahu mengkaji lebih lanjut.

Perlu juga ditekankan disini yang penulis ini juga mengakui banyak rekod-rekod dizaman Dinasti Ming telah dimusnahkan khusus semasa pemerintahan Dinasti Qing. Akhirnya persoalan timbul, adakah laporan dan rekod berkenaan Hang Tuah, Hang Li Po mungkin antara yang dimusnahkan? Dan adakah adil untuk sesiapa menafikan kewujudan Hang Tuah berdasarkan himpunan rekod yang tidak lengkap dari Dinasti China?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Terdapat 32 buah naskah dan 6 edisi Sulalatus Salitin atau dikenali juga dengan nama Sejarah Melayu secara keseluruhannya. Dan di setiap naskhah itu, terdapat perbezaan ketara antara satu sama lain, seperti siapa pengarangnya, bila Melaka ditubuhkan, siapa pengasas kepada Melaka dan sebagainya. Tidak perlu untuk berbincang secara panjang, yang ingin Hamba berikan perhatian ialah pertama tentang tarikh kewujudan Melaka. Tahun lepas, Pemerintah (bukan Kerajaan kerana Melaka sudah tidak beraja) Melaka telah mengumumkan tarikh baru penubuhan Melaka, iaitu hmpir 200 tahun lebih awal dari mana pemahaman sebelum ini. Menurut naskah versi Raja Bongsu, Melaka ditubuhkan pada 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah. Dan kalau benar Melaka ditubuhkan pada abad ke-13, maka Dinasti yang memerintah Tanah Besar China pada ketika itu ialah Dinasti Song dan Dinasti Yuan.

Adakah mungkin nama Hang Tuah tidak terdapat didalam rekod Dinasti Ming yang serba tidak lengkap kerana nama beliau terdapat didalam rekod Dinasti Song dan Yuan? Adakah terdapat usaha untuk merujuk kepada rekod Song dan Yuan berdasarkan versi Raja Bongsu yang diterima kini sebagai versi yang paling lengkap dan terperinci?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Ya, kewujudan Hang Tuah dikatakan masih kabur. Usaha demi usaha telah dilakukan untuk merendahkan martabat Hang Tuah ini dilakukan. Dari klaim yang mengatakan Hang Tuah ini sebagai bangsa Cina, hinggalah menafikan terus kewujudan Hang Tuah membuktikan peri penting Hang Tuah direndahkan dan menghilangkan seorang perwira bangsa Melayu. Kesannya cukup besar, bagi sesiapa yang faham.

Begitu banyak bukti kewujudan Hang Tuah, tapi semuanya ditolak. Keris Taming Sari, yang kini menjadi lambang kebesaran dan regalia Kesultanan dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang menjadi saksi kepada kewujudan tubuh bernama Laksamana Tun Tuah juga belum cukup untuk mengatakan bahawa Laksamana Agung Melayu ini wujud. Malahan, nasab lengkap Hang Tuah seperti diberikan Christopher Buyer juga ditolak? Apa lagi bukti yang diperlukan? Rekod dari China?

Pergilah ke Bintan tanah kelahiran Tun Tuah, pergilah ke Kelantan, Pattani, dan Pahang, keturunan Laksamana Agung ini bertaburan di bumi Melayu ini, Cuma tidak sedar akan kelebihan dan mungkin tidak mahu menonjolkan diri mereka kerana Melayu itu sifatnya merendah diri.

Tun Ali bin Datuk Paduka Tuan Jelai Tun Hamzah bin Tun Mat Ali bin Sang Naya Hang Nadim (berkahwin dengan anakanda Laksamana Tun Tuah, Tun Emas Jiwa selain anakanda sulongnya, Laksamana Sang Guna)... Tun Emas Jiwa Binti Tun Tuah bin Hang Mahmud.....
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Jangan salahkan leluhur kerana dikatakan tidak menulis sejarah bangsa, kerana tidak tepat dan mencampur adukkan sejarah dan hikayat. Salahkan diri sendiri kerana tidak dapat melihat kebijaksanaan mereka didalam menulis dan kebebalan sendiri yang hanya melihat sesuatu dengan pandangan kasar, bukannya mata hati.

Hang Tuah tidak masuk akal? Lihat dengan mata hati, kaji, dan selami. Kalian akan terpukau dengan bangsa bernama bangsa Melayu ini.

Nama sumatera memakan masa hampir 600 tahun untuk dibongkarkan rahsianya. Sudah tiba masa untuk kita menunjukkan bahawa Laksamana Tun Tuah itu sememangnya wujud!

Takkan Melayu Hilang di Dunia.....

Rujukan: 

Historical Fact and Fiction, Syed Muhammad Naquib al-Attas

Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, Wolfgang Franke

From the Mediterranean Sea to the China Sea: Miscellaneous Notes, C. Guillot

Genesis Autograf Sejarah Melayu, V. Thilagavathi Gunalan.

Catatan Merah Silu, Radzie Sapie

Kredit: Saya Budak Melayu 


Tuesday, 23 May 2017

LAKSAMANA HANG NADIM: GENIUS PERANG MELAYU YANG DILUPAKAN

Hasil carian imej untuk sejarah hang nadim
Laksamana Hang Nadim, satu nama yang entah kenapa sangat sunyi di dalam sejarah bangsa kita padahal beliau bukan calang-calang tokoh. Tiada seorang pun anak Melayu diperkenalkan pada susuk tubuh yang sangat berjasa dalam sejarah Melayu. Entah kenapa juga buku teks negara kita begitu segan untuk menceritakan sejarah hebat anak lelaki Hang Jebat dan juga menantu Hang Tuah ini.

Maka, biarlah The Patriots mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan kepada anda kisah hidup Laksamana Hang Nadim. Orang Melayu harus menjadikan Hang Nadim sebagai salah seorang daripada pendekar yang harus dibanggakan. Cukuplah nama Hang Tuah dan Hang Jebat sahaja meniti di bibir orang Melayu. Seolah-olah bangsa Melayu ini sengkek sangat pahlawan dalam sejarah.

Hang Nadim, tak keterlaluan kalau saya katakan beliau ialah kombinasi kualiti yang dimiliki oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Dia memiliki kesetian, kelicikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah serta keberanian yang dimiliki oleh Hang Jebat. Perlu juga diketahui Hang Nadim yang sedang kita bicarakan adalah berbeza dengan Hang Nadim pada zaman Singapura Dilanggar Todak.
Hasil carian imej untuk sejarah hang nadim...todak
Sejarah awal Hang Nadim mencatatkan bahawa ketika Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah, beliau masih berada dalam kandungan ibunya. Selepas lahirnya Hang Nadim, dia diambil sebagai anak angkat oleh Hang Tuah lalu dijaga dengan begitu baik oleh Hang Tuah. Ketika usianya menjejak dewasa, dia telah dikahwin dengan anak perempuan Hang Tuah iaitu Tun Emas Jiwa. Dari perkahwinan dengan anak gadis Hang Tuah ini, lahirlah Tun Ali.

Sejarah Hang Nadim sebenarnya mencatatkan bahawa beliau mempunyai usia yang panjang. Disebut dalam sejarah bahawa beliau berkhidmat di bawah Sultan Mahmud yang mangkat pada tahun 1528, kemudian diikuti oleh Sultan Alaudin Riayat Shah II pada tahun 1564, lalu erus berkhidmat dengan Sultan Muzaffar Shah II (1564 -1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 -1571), dan Sultan Ali Jalla (1571-1597). Dikatakan bahawa Laksamana Hang Nadim sebenarnya telah menyertai lebih daripada 32 BUAH PERTEMPURAN!!!
Hasil carian imej untuk sejarah hang nadim...todak
Sukanya saya untuk menggunakan tiga petikan daripada buku Seni Peperangan yang ditulis oleh si genius bernama Sun Tzu. Buku ini menjelaskan secara terperinci setiap startegi dan tips-tips peperangan dan bagaimana jeneral perang yang hebat adalah memiliki ciri-ciri yang digariskan oleh beliau. Maka, biarlah empat petikan daripada buku ini membuktikan kepada anda siapakah Laksamana Hang Nadim itu sendiri:

1. “Kalau anda mengenali diri anda, mengenali musuh, maka anda tidak perlu risau keputusan setiap pertempuran. Kalau anda kenal diri anda, tetapi tidak kenal musuh, maka bagi setiap kemenangan, maka akan disusuli oleh kekalahan. Kalau anda tidak kenal diri anda dan musuh, maka anda akan kalah dalam setiap pertempuran.” – Sun Tzu
2. “Panglima Perang yang akan menang tahu bagaimana untuk mengendalikan pasukan yang jauh lebih kuat dan lemah.” – Sun Tzu

3. “Panglima Perang yang akan menang tahu pada bilakah dia patut menyerang musuh dan pada bilakah dia patut mengelak pertempuran.” – Sun Tzu

4. “Bila askar musuh dalam keadaan serba cukup, maka bikinlah mereka kebulur. Ketika mereka sedang kelaparan, pastikan mereka kekenyangan.” – Sun Tzu

Sudah hadam setiap pesanan-pesanan Sun Tzu kepada jeneral-jeneral perang yang mahu turun ke medan perang di atas? Sekarang, anda akan bersama saya menyelusuri betapa segala yang digariskan oleh Sun Tzu betul-betul diaplikasikan oleh Hang Nadim dalam pertempurannya.
Hasil carian imej untuk sejarah hang nadim...todak
Baik, mari kita telusuri sejarah-sejarah kehebatan Laksamana Hang Nadim. Sejarah mencatatkan betapa Laksamana Hang Nadim ialah seorang yang sangat teliti. Dia berjaya membuat analisis-analisis kelemahan-kelemahan tentera di bawah pimpinannya, dan di dalam masa yang sama dia menganalisis kelemahan pasukan musuh iaitu Portugis. Tidak cukup dengan itu, Laksamana Hang Nadim turun menyenaraikan kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Lantas analisis tajam beliau melahirkan sesuatu seperti di bawah:

Kekuatan Askar Melaka:

1. Kapal-kapal orang Melayu boleh dikendalikan di laut dan sungai walaupun ketiadaan angin kerana boleh didayung.

2. Kapal orang Melayu lebih laju dari Galleon kerana saiznya yang lebih kecil.

3. Kapal orang Melayu mempunyai dasar dan lantai yang lebih tinggi dari Galleon Portugis menyebabkan ianya tidak mempunyai masalah mengharungi sungai yang cetek dasarnya.

Kelemahan Askar Melaka:

1. Selepas kejatuhan Melaka, semua meriam-meriam hebat orang Melayu habis dirampas oleh Portugis, maka yang tinggal dengan orang Melayu adalah meriam yang teknologinya tidak mampu menembak dengan jauh dan kuat seperti Portugis.

2. Kapal-kapal yang dimiliki oleh orang Melayu Melaka pula tidaklah sebesar kapal-kapal Galleon yang dibawa dari India dan Portugis sendiri.
Hasil carian imej untuk kapal portugis di melaka
Kelebihan Askar Portugis:

1. Kapal Galleon yang mereka yang besar tidak mampu ditembusi dek meriam orang Melayu.

2. Meriam mereka mampu menembak lebih jauh dari meriam orang Melayu

3. Kota Melaka yang sangat kukuh pertahannya, dipercayai datang daripada sistem pertahanan Melaka sendiri sebelum ianya jatuh ke tangan Portugis.

Kelemahan Askar Portugis:

1. Mereka tidak mempunyai sumber makanan mereka sendiri kerana bumi Melaka tidak berapa sesuai untuk penamaman. Lagipun yang ditawan oleh mereka sekadar sebuah kota pelabuhan kecil yang lain, manakala wilayah-wilayah lain di Semenanjung Tanah Melayu masih berdiri kukuh. Lantas mereka terpaksa membawa makanan dari Burma, Siam dan Jawa.

2. Kapal Galleon yang besar tidak boleh dikendalikan di tempat yang tiada angin dan tidak sesuai di sungai-sungai Melayu serta selat Melaka yang sempit.

3. Kapal mereka akan tersangkut andai melalui kawasan sungai atau laut yang cetek.
Dari senarai di atas, maka kita dapat tahu bahawa Laksamana Hang Nadim mengenali askar-askarnya sendiri serta musuhnya. Maka ciri-ciri pertama yang saya gariskan untuk Laksamana Hang Nadim dari quote Sun Tzu itu. Daripada persoalan yang dibangkitkan dari nombor satu, maka ianya terus sampai ke persoalan. Bagaimana Hang Nadim menggunakan analisis yang dilakukannya sendiri untuk mengendalikan angkatan Portugis?
Hasil carian imej untuk singapura dilanggar todak
Mari, saya senaraikan di bawah. Bagaimana kelebihan Hang Nadim. Hang Nadim memakai aplikasi yang digariskan oleh Sun Tzu di nombor tiga untuk mengendalikan angkatan Portugis.

Menyedari bahawa kapal-kapal yang dipakai oleh Portugis dilengkapi oleh Meriam yang jauh lebih hebat daripada yang dimiliki oleh kapal-kapal Melayu, maka Hang Nadim telah mengerakkan perang gerilla laut pertama dalam sejarah yang pernah dilihat. Setahu saya, sebelum ini kita tidak pernah melihat perang gerilla di laut melainka di bawah Hang Nadim.

Kelebihan kapal Melaka ianya adalah lebih laju daripada kapal yang dimiliki oleh askar Portugis. Menyedari bahawa kapal Galleon jauh lebih besar dan dilengkapi oleh teknologi canggih, maka Hang Nadim mengelakkan pertempuran secara berdepan dan besar-besaran.
Hasil carian imej untuk kapal portugis di melaka
Lalu disuruhnya kapal-kapal Melaka untuk mengumpan kapal besar Portugis ke kawasan perairan yang cetek. Apabila kapal-kapal Portugis tersangkut di situ, maka kapal-kapal orang Melayu akan menyerbu kapal-kapal Portugis dari serata arah dan merampas kapal mereka. Laksamana Hang Nadim yang sudah mengkaji dengan mendalam kapal-kapal yang dimiliki oleh Portugis dan meriam yang dimiliki oleh mereka mengetahui sejauh mana dan arah mana yang tidak mampu ditembak oleh Portugis. Maka, diarahkan kapal-kapal Melayu meluru ke arah kapal Portugis pada arah tertentu untuk mengelakkan serangan meriam Portugis.

Selain itu, Laksamana Hang Nadim tahu betapa kota Melaka yang ampuh itu tidak mungkin dapat ditawan oleh kekuatan orang Melayu ketika itu. Jadi, satu-satunya cara untuk memastikan Portugis keluar dari kota itu atau menyerah adalah dengan melakukan sejenis taktik dalam perang yang dipanggil sebagai Ration War. Sejenis taktik yang memakan masa yang agak lama untuk menewaskan musuh. Jadi apa yang dibuat oleh Laksamana Hang Nadim?

Maka Hang Nadim telah menyekat bekalan makanan yang bakal datang ke Melaka. Armada-armada orang Melayu ditempatkan di beberapa tempat seperti si Sungai Perlis, Sungai Pahang, yang di mana kapal-kapal dari Burma, Jawa dan Siam akan datang membawa bekalan makanan. Maka pedagang-pedagang yang mahu masuk ke Melaka akan ditahan dan diserang oleh armada-armada kapal orang Melayu.

Maka ketika itu, dicatatkan bahawa Portugis menghadapi kebuluran yang amat sangat. Kerugian yang amat sangat dialami oleh orang Portugis di Kota Melaka menyebabkan mereka terpaksa menyerang Pulau Bentan yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Johor tempat Laksamana Hang Nadim berkhidmat.

Sebanyak tiga kali serangan dilakukan oleh Portugis iaitu pada tahun 1523, 1524 dan 1525. Sekali lagi Laksamana Hang Nadim menggunakan bentuk muka bumi untuk menewaskan Portugis. Arus sungai Bentan dan halangan yang dipasang pada dasar sungai tersebut membuatkan kapal-kapal besar Portugis kalah teruk.
Hasil carian imej untuk kapal cina kuno
Namun, entah kenapa Sultan Mahmud ketika itu tiba-tiba menjadi terlebih teruja. Dia tiba-tiba menyeru untuk Laksamana Hang Nadim menghentikan serangan gerilla yang dibuat dan taktik menyekat makanan ke dalam Kota Melaka. Hang Nadim cuba membantah namun Sultan Mahmud menjadi terlebih yakin dengan rentetan demi rentetan pertempuran yang dimenangi oleh Hang Nadim. Sudah adat orang Melayu, maka Hang Nadim terpaksa akur dengan perintah sultan.

Maka Hang Nadim dan menantu Sultan Mahmud ketika itu, menyerang kota Melaka. Namun, Melaka kalah teruk dan lebih daripada 600 daripada 2000 orang askar Melayu syahid. Berpuluh-puluh kapal orang Melayu ditenggelamkan oleh Portugis. Tidak cukup dengan itu, Portugis yang mendapat semangat dari pertempuran itu selepas rentetan kekalahan di tangan strategi peperangan yang digunakan oleh Hang Nadim, terus melakukan serangan di bawah Pedro Mascarenhas dengan angkatan yang besar 300 buah kapal, dibantu pula dengan 600 orang pengkhianat dari orang Melayu sendiri dari Pulau Lingga.

Serangan kali ini berjaya dan Portugis mengambil masa 14 hari untuk menakluk Bentan. Kemudian, kapal-kapal orang Melayu serta kota Bentan habis dibakar oleh Portugis dan Sultan Mahmud serta pengikut-pengikutnya iaitu Hang Nadim terpaksa melarikan diri di Kampar. Sultan Mahmud kemudian mangkat 2 tahun kemudian.
Hasil carian imej untuk kapal cina kuno
Selepas itu, dicatatakn bahawa Hang Nadim masih setia memimpin orang Melayu untuk menawan kembali kota Melaka namun semuanya gagal. Bukanlah kerana Hang Nadim tidak efisyen, tetapi kerana sultan-sultan yang Hang Nadim berkhidmat tidak sabar-sabar untuk menakluk kembali Kota Melaka padahal taktikal dan strategi perang yang dipakai oleh Hang Nadim mengambil masa dan jangka panjang untuk mendatangkan hasil.
Walaupun Hang Nadim gagal untuk membalas dendam atas apa yang berlaku pada Kesultanan Melayu Melaka, namun usaha demi usaha dari Hang Nadim memberi semangat kepada generasi-generasi orang Melayu seterusnya untuk menawan kota Melaka sehinggalah berjaya di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil yang menjalankan pakatan dengan Belanda.

Pada saya, Hang Nadim sebenarnya boleh diibaratkan dengan seorang tokoh dari zaman tiga kerajaan, iaitu Zhuge Liang yang berkhidmat untuk Kerajaan Shu. Kerajaan Shu sangat kekurangan sumber militari, namun berkat kebijaksanaan Zhuge Liang, Shu mampu bersaing dengan Wei dan Wu, serta warlord-warlod yang lain yang memerintah wilayah mereka tersendiri.
Hasil carian imej untuk kapal cina kuno
Namun, kebijaksanaan Zhuge Liang yang hebat itu disia-siakan oleh raja dan pemimpin yang lemah. Anak Liu Bei yang mengambil alih takhta dari ayahnya yang menyebabkan Shu akhirnya dikalahkan oleh musuhnya iaitu Wei.

Seperti mana Zhuge Liang, perjuangan Laksamana Hang Nadim dikhianati oleh ketidaksabaran pemimpin yang mahukan kejayaan dalam masa yang sangat singkat.


ANALISIS PERTEMPURAN BATU PAHAT: TAKTIKAL TUN PERAK SETARAF SUN TZU

Tugas saya disini ialah sekadar memberikan pencerahan tentang sebuah pertempuran yang melibatkan kerajaan hebat Melaka dan pertempuran laut terkenal di nusantara yang sehingga hari ini masih lagi dikenang, antara taktikal perang yang sungguh menakjubkan yang dipamerkan oleh Tun Perak bersama dengan seorang pahlawan Melaka bernama Tun Hamzah atau nama lainnya ialah Dato’ Bongkok. Ianya adalah sebuah pertempuran antara Tun Perak melawan seorang panglima perang bernama Awu Dicu.

Sulalatus Salatin bercerita kepada kita seperti berikut:

“Hatta berapa lamanya, maka datanglah pula musuh Siam menyerang Melaka dari laut. Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaranlah ke Melaka khabamya, maka dipersem¬bahkan orang kepada Sultan Muzaffar Syah. Maka baginda menitahkan Beridahara Paduka Raja berlengkap mengeluari musuh Siam itu, dengan Seri Nara Diraja dan Seri Bija Diraja dan hulubalang sekaIian dititahkan mengiringkan Bendahara Paduka Raja.”

Adalah tidak disebut di dalam Sulalatus Salatin berapakah jumlah tentera mahupun kapal atau perahu perang yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak. Sulalatus Salatin yang merupakan sumber utama penceritaan sejarah Melaka hanya mengulas tentang taktikal perang yang digunakan oleh Tun Perak melawan Siam yang disebutkan.
Hasil carian imej untuk melaka ditawan protugis
Tetapi sebelum saya mahu mengulas mengenai tentang taktikal perang yang digunakan oleh Tun Perak dalam Pertempuran Batu Pahat 1456, izinkan saya untuk memetik beberapa buah taktikal dan strategi perang yang digariskan dalam The Art Of War karya Sun Tzu yang saya kira, telah digunakan sehabis baik oleh Tun Perak dalam menangani bala armada Siam.

1. “Pastikan kau ternampak lemah ketika kau kuat, dan kau ternampak kuat ketika kau lemah.” – Sun Tzu, The Art Of War

2. “Serang mereka ketika mereka tidak bersedia, dan muncul kembali ketika mereka tidak menjangkakan kemunculan kau.” ― Sun Tzu, The Art of War.

3. “Mereka yang pakar dalam pertempuran adalah mereka yang berjaya mengerakkan musuh, bukan digerakkan oleh musuh!” – Sun Tzu, The Art Of War

Baik sekarang kita sudah memahami tentang 3 buah strategi yang digariskan oleh Sun Tzu? Sekarang saya mahu tunjukkan apa yang diajarkan oleh Sun Tzu dalam bukunya diaplikasikan dengan sangat baik oleh Tun Perak dalam Pertempuran Batu Pahat 1456 ini.

Dicatatkan bahawa anak seri bija diraja ketika itu yang bernama Tun Omar yang disifatkan oleh Sulalatus Salatin sebagai seorang yang berani mati dan gila-gila telah diarahkan untuk membawa perahu oleng-oleng seorang diri dan menyerang armada laut Siam. Dicatatkan seperti berikut dalam Sulalatus Salatin:

“Maka Tun Omar pun pergilah dengan seorang dirinya; perahunya olang-oleng. Setelah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggamya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu terus perahunya ke sebelah. Maka ia berbalik pula, dilanggamya yang lain pula, dua tiga buah alah perahu Siam itu; maka Tun Omar pun kembalilah. Maka orang Siam pun terlalu hairan melihat kelakuan Tun Omar itu.”
Hasil carian imej untuk melaka ditawan protugis
Saya kira tindakan Tun Omar ini adalah kerana diarahkan oleh Tun Perak untuk memberitahu kepada bahawa Siam bahawa mereka sedang berdepan dengan calang-calang armada kapal yang tidak kurang hebatnya. Tun Perak sedang cuba meninggalkan gambaran kepada Siam bahawa sebuah perahu Melaka sudah cukup untuk menghabiskan Siam. Tun Omar seorang sahaja sudah cukup untuk mengucar-ngacirkan armada kapal Siam. Tetapi saya percaya hakikat yang sebaliknya tentang Melaka. Hipotesis peribadi saya, mungkin ketika itu, pada perkiraan Tun Perak ialah armada Melaka tidak cukup kuat untuk menentang armada kapal Siam atau Sri Dharmaraja.

Jadi, memang beliau sengaja menyiapkan Tun Omar untuk rancangannya yang seterusnya. Apabila hari sudah menginjak malam, dilaporkan bahawa Awi Dicu pun sampai dengan armada kapalnya. Maka ketika itulah Tun Perak telah mengarahkan agar api-api dipasang pada pokok bakau, nyireh dan tumu. Ini dicatat dalam Sulalatus Salatin seperti berikut.

“Setelah hari maIam maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja, segaIa pohon bakau, dan nyireh, dan tumu, api-api itu sekaliannya, disuruhnya tambati putung api; gemerlapan rupanya dipandang orang.”

Jadi apabila armada kapal Siam datang dari kejauhan, mereka melihat terlalu banyak api di perairan laut Melaka sehinggalah salah seorang tentera Siam memperkatan kepada Awi Dicu.

“Terlalu amat banyak Melayu itu tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa jadinya kita? Sedang akan sebuah perahunya tadi lagi, tiada terlawan oleh kita.”
Hasil carian imej untuk melaka ditawan protugis
Maka kata Awi Dicu:
“Benar seperti kata kamu itu, marilah kita kembali.”

Apa yang kita boleh pelajari daripada taktikal Tun Perak di atas ialah sama seperti yang dikatakan oleh Sun Tzu seperti mana yang saya petik di awal artikel. Tun Perak telah mengaplikasikan apa yang diajarkan oleh Sun Tzu dalam bukunya Seni Peperangan. Tun Perak mungkin ketika itu tahu bahawa armada laut Melaka tidak sekuat Siam, jadi beliau mencuba untuk mengelakkan sebarang pertempuran secara terus. Jadi satu-satunya cara adalah memenangi perang psikologi dengan Awi Dicu dengan menampakkan armada laut Melaka sekuat dan seramai mungkin sehinggakan menjatuhkan moral pasukan lawan.

Maka saya fikir bahawa tindakan Tun Perak ini adalah sangat bijak. Dia telah menghalau armada kapal Awi Dicu jauh dari perairan Batu Pahat bahkan telah menjatuhkan moral askar Siam. Pada awalnya Apabila kapal-kapal Siam ini mula berpatah balik kerana ketakutan, maka Tun Perak merasakan itulah waktu terbaik untuk beliau melancarkan serangan semula ke atas pasukan armada Siam. Ianya dicatatkan dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:

“Adapun perigi Batu Pahat itu, orang Siamlah memahat dia. Maka diperikut oleh Bendahara Paduka Raja had Singapura. Maka banyak perahu Siam dilanggar oleh kelengkapan Bendahara Paduka Raja; maka orang Siam pun belayar larilah pulang ke benua Siam.”

Saya tafsirkan bahawa serangan Tun Perak tiba-tiba sehingga mengejar Siam sampai ke Singapura adalah sama dengan dengan strategi yang dipamerkan oleh Sun Tzu yang kedua yang saya gariskan di awal artikel. Serangan mengejutkan ini memang dinantikan oleh Tun Perak memandangkan dalam keadaan berpatah balik, moral tentera Siam memang jatuh menjunam dan ini memang sangat dinantikan oleh Tun Perak. Serangan mengejut pada saat moral askar jatuh memang strategi perang terbaik.
Hasil carian imej untuk melaka ditawan protugis
Tetapi sebelum itu seperti mana petikan Sun Tzu yang ketiga yang saya gariskan, Tun Perak telah berjaya mengerakkan musuhnya Siam berdasarkan apa yang beliau mahukan, bukannya Tun Perak digerakkan oleh musuh. Tun Perak mahu Siam berundur dalam perasaan gerun agar senang beliau melakukan serangan dari belakang pada waktu Awi Dicu dan Siam tidak bersedia langsung!

Kemuncak dari pertempuran ini, akhirnya Tun Perak telah berjaya memenanginya ini dan mempertahankan kedaulatan Melaka. Segala apa yang berlaku waktu pertempuran ini kemudiannya dilaporkan kepada Sultan Muzaffar Shah yang sangat gembira dengan kemenangan Tun Perak tersebut dan menghadiahkan pelbagai benda pada seluruh ahli pertempuran ini. Ini disebut dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:
Hasil carian imej untuk melaka ditawan protugis
“Maka segala perihal ehwal itu semuanya dipersembahkan ke bawah duli baginda. Maka baginda pun terlalu sukacita; baginda memberi anugerah persalinaan Bendahara Paduka Raja pakaian yang mulia-mulia, danakan segala hulubalang yang pergi itu semuanya dianugerahi persalin masing-masing pada kadamnya.”


Monday, 22 May 2017

BAGAIMANA ORANG MELAYU MENDAPAT NAMANYA?

Dalam dunia ini, wujud pelbagai bangsa dan kaum yang mempunyai perbezaan budaya, bahasa dan kepelbagaian fenotip, iaitu ciri-ciri luaran yang menjadikan sesuatu bangsa itu unik berbanding bangsa yang lain. Setiap bangsa diciptakan bersesuaian dengan keadaan geografi sesuatu tempat, di mana mereka akan memakmurkan bumi Allah ini.

Oleh yang demikian, menjadi suatu rahmat perbezaan kaum dan bangsa ini bagi kita saling kenal mengenali di antara satu sama lain. Kepelbagaian ini membolehkan kita saling belajar dan mengenal akan suatu kebudayaan sesuatu bangsa, seterusnya membantu kita menghormati norma komuniti sesuatu bangsa. Dengan cara itu membolehkan kita berinteraksi secara mapan dan berkongsi kawasan dan wilayah yang sama dan hidup dalam suasana yang rukun dam makmur. Itulah hikmah kita saling berkenal-kenalan antara satu sama lain dalam hubungan pelabagai kaum, contohnya seperti di negara kita Malaysia.
Info Gambar: Physical Map of The Malay Archipelago by Alfred Russell Wallace, 1863

Namun begitu, etimologi Melayu ini sering disalahanggap dan diremehkan serta menjadi isu dalam diri seseorang bangsa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Etimologi bermaksud suatu cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Kita sering diperlekehkan kerana banyak sarjana yang berpendapat bahawa etimologi atau asal-usul nama bangsa Melayu ialah daripada bahasa Sanskrit iaitu Hima dan Alaya yang bermaksud tempat bersalji ataupun lebih mudah dikenali sebagai gunung, lalu membentuk perkataan Malaya yang ada persamaan bunyi sebutan dengan bangsa Melayu. Perkara ini kerana terdapat perkataan Malayadvipa dalam kitab Yayu Purana, salah sebuah kitab dalam agama Hindu yang dikarang pada kurun ke-4 Masihi, bermaksud Kepulauan Bergunung-ganang, merujuk kepada Pulau Sumatra.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa bangsa melayu mendapat namanya sebagai sebuah bangsa daripada bahasa Jawa, Mblayu yang bermaksud lari atau berpindah. Kononnya, bangsa melayu menggelarkan nama mereka dengan perkataan bahasa jawa ini menunjukkan bahawa bangsa melayu melarikan diri daripada serangan Majapahit di Palembang ke Melaka. Adakah kalian bersetuju dengan pendapat-pendapat berkenaan etimologi nama bangsa kita ini?
Info Gambar, Wilayah Dinasti Qin Kredit kepada: CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia. 1

Mari kita bandingkan dengan bangsa-bangsa lain yang wujud di dunia ini. Bagaimana Cina mendapat namanya sebagai sebuah bangsa. Ia bermula dengan keunggulan seorang Maharaja China yang pertama kali menyatukan China di bawah sebuah dinasti, iaitu Maharaja Shih Huang Ti pada tahun 221 SM dan membina dinasti yang dipanggil Dinasti Qin.  Dinasti Qin ini, wujudlah pula nama Qinna (China), dan dikenali oleh pedagang-pedagang dari Timur Tengah dan Eropah, melalui laluan sutera bahawa orang yang bermata sepet dan berkulit kuning dipanggil sebagai orang Qinna (Chinna).

Selepas campur tangan imperialis Barat di Kawasan Timur Asia, kaum-kaum yang berasal dari Timur Asia digelar Mongoloid, mengambil nama sempena bangsa Mongol di bawah pimpinan Gengis Khan yang pernah menjajah dunia dan khusus untuk individu yang berasal dari kawasan China dan berbahasa China, dipanggil sebagai orang Qinna. Lama-kelamaan ia bertukar menjadi Orang China. Etimologi ini bermula dengan Bahasa China sendiri iaitu Dinasti Qin. Ini yang menjadikan orang China lebih berdaya saing kerana mereka bangga dilahirkan dalam bangsa besar China dan berusaha sehabis baik untuk memajukan lagi diri mereka dan anak bangsa mereka.

Tidak kurang juga kepada etimologi Bangsa India, yang mana India ialah simbol penyatuan etnik-etnik kaum di Seluruh Anak Benua India, mengambil nama sempena sebuah sungai yang menjadi permulaan peradaban di India iaitu Sungai Indus. Daripada lembangan Sungai Indus inilah mencetuskan idea penyatuan dua kelompok kaum iaitu Kelompok Indo-Aryan yang terdiri daripada etnik-etnik Punjabi, Hindi, Gujarati, Benggali dan sebagainya dengan Kelompok Kaum Dravidian yang terdiri daripada etnik Tamil, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Penyatuan atas nama Bangsa India ini membolehkan India mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947 selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan kekalahan British kepada kempen Mahatma Ghandi. Sehingga ke hari ini, semua yang berasal dari kawasan Asia Selatan itu dipanggil sebagai bangsa India. Jadi, Bangsa India juga mendapat namanya dari nama tempatan iaitu sebatang sungai di India.
Contoh yang ketiga kita ambil kaum yang terhampir dengan kita iaitu Etnik Jawa. Dari segi etimologi Jawa, baru-baru ini ada banyak telahan yang dibuat oleh sarjana di Indonesia bahawa nama Jawa berasal daripada perkataan Proto-Melayu Polinesia –awaq- yang bermaksud pulau-pulau luar. Ada juga yang berpendapat ia sinonim dengan perkataan Proto-Melayu-polinesia lain iaitu awa atau hawa yang membawa maksud tanah berlumpur, yang membentuk perkataan Yawa yang bermaksud bijirin dan menurut kajian Dr Stephen Oppenheimer, perkataan Yava dalam bahasa Sanskrit adalah pinjaman kata dari bahasa Melayu-polinesia yang bermaksud bijirin dan sawah yang membawa maksud tanah berlumpur yang ditanam dengan padi. Perkataan Javavdipa dalam Kitab Ramayana Valmiki yang merujuk kepada Pulau Jawa juga berkemungkinan datangnya dari perkataan yang sama, dipinjam dari bahasa melayu-polinesia kuno.

Justeru, perlulah diingatkan bahawa bangsa Jawa dan bangsa Melayu dahulukala adalah datang dari satu rumpun bangsa yang sama iaitu bangsa Melayu-polinesia proto yang mana, suatu ketika dahulu, seluruh kawasan Kepulauan Melayu ini dipanggil sebagai Pulau Jawa oleh pengembara-pengembara seperti Ibnu Battutah, Marco Polo dan Al-Biruni, yang memanggil Sumatra dan Segenting Kra di Utara Semenanjung sebagai Jawa. Jika pendapat ini betul, maka asal-usul perkataan Jawa juga berasal secara tempatan daripada perkataan jawa sendiri yang membawa maksud tanah berlumpur yang ditanam padi. Ironinya, Pulau Jawa sememangnya merupakan pulau yang sangat subur dengan tanih aluvium dari gunung berapi dan sangat banyak sawah berlumpur di sana.

Berbalik semula kepada polemik entimologi Melayu tadi, adakah kita yakin bahawa nama bangsa Melayu ini diberikan oleh orang luar atau bahasa Sanskrit, Malaya yang membawa maksud gunung? Setujukah anda dengan pernyataan yang Melayu ditamadunkan oleh Bangsa Tamil kerana nama bangsa Melayu ini diberikan oleh mereka melalui pinjaman kata Sansrit, Malai yang bermaksud gunung? Mari kita susuri sejarah nama Melayu ini.

Sebelum teks Vayu Purana memuatkan nama Malaya Dvipa di dalam kitabnya, Ptolemy terlebih dahulu menggunakan perkataan Melayu dalam karya agungnya iaitu The Geography yang ditulis pada tahun 110M. Ptolemy berjaya memetakan banyak kawasan di seluruh dunia hasil dari penelitiannya terhadap karya-karya terdahulu. Maksudnya, kebanyakan nama tempat yang tertulis dalam The Geography telah ditulis lebih awal lagi dari Ptolemy.

Dalam peta Ptolemy, terdapat satu kawasan yang ditulis sebagai The Golden Khersonese yang bermaksud Semenanjung Emas dalam bahasa Greek purba. Apa yang lebih menarik, di Golden Khersonese itu, terdapat satu nama tempat yang diberi nama Maleu-kolon. Nama Melayu telah tercatat lebih awal daripada 110 M yang mana Ptolemy menyalin semula dari teks-teks yang lebih tua usianya. Dengan jumpaan bukti yang sangat konkrit ini, sepatutnya tidak timbul lagi isu yang mengatakan bahawa bangsa Melayu diberikan nama oleh British.
Info Gambar: Golden Khersonese, Chersonesus Aurea (Greek: Χρυση χερσόνησος), Peta kuno yang menggambarkan Semenanjung Tanah Melayu oleh Ptolemy. Sumber Gambar: https://www.pinterest.com/pin/516858494706333042/

Kemudian, nama Melayu ini muncul dalam Kitab Vayu Purana iaitu perkataan Malaya Dvipa pada kurun ke-4 M, sebelum muncul kerajaan Mo-lo-yu yang menghantar utusan ke Istana Dinasti Tang pada Tahun 644 dan 645 M. Sebenarnya, dalam kalangan pedagang China, nama bangsa Melayu ini juga sering disebut sebagai Malayuer, Mok-lak-yu, Bok-lak-yu. Perhatikan di hujung setiap panggilan mesti ada YU. Ini sendiri menafikan ketidaksamaan perkataan tersebut dengan sebutan Malai atau Malayya dalam Sanskrit.

Jika kita mengkaji kemungkinan perkataan ini wujud dalam bahasa Melayu-polinesia yang lain dengan anggapan bahawa perkataan tersebut telah hilang dari kamus bahasa melayu moden, memang wujud perkataan Malaya. Perkataan Malaya wujud dalam Kamus Bahasa Tagalog, Filipina yang bermaksud Bebas. Perkataan ini berkemungkinan lebih tepat dengan kata dasarnya Laya. Kemerdekaan dalam bahasa yang sama juga disebut sebagai Kalayaan. Adakah kita biasa dengan perkataan tersebut?

Ya, kita sering dengar dan gunakan perkataan tersebut, iaitu layar. Layar ialah sejenis kain kalis udara yang digunakan untuk memerangkap tenaga angin bagi menggerakkan perahu-perahu layar. Dalam masa yang sama, perkataan layar juga menunjukkan kata kerja jika ditambah imbuhan Ber, iaitu berlayar dan bahasa melayu purba merekodkan perkataan marlapas sebagai imbuhan yang sama dengan berlepas dan marlayar adalah imbuhan yang sinonim dengan belayar.

Perlu diingatkan bahawa bangsa Melayu bukanlah bangsa yang menetap di gunung-ganang kerana mengikut makna dari kata Malaya dalam Sanskrit yang bermaksud Gunung, tetapi bangsa Melayu memang terkenal sejak zaman dahulu lagi sebagai bangsa pelayar yang sentiasa bermain-main dengan paluan ombak yang sangat mengganas di lautan lepas. Perkataan Marlayar ini juga disebut sebagai Malayu dalam bahasa Acheh, dan Moloyo dalam bahasa Nias.

Tidak salah untuk kita berhipotesis bahawa berkemungkinan bangsa Melayu mendapat namanya daripada perkataan layar, layap atau  layoh. Ia bertepatan dengan kegiatan bangsa Melayu itu sebagai bangsa yang sering berlayar ke lautan luas. Jika kita mengkaji berkenaan dengan perkataan yang berkaitan dengan berlayar seperti merayau, merayap, melayang, berkelana, menjauh dan sebagainya, ia ada bunyi sebutan yang sepadan dengan kata dasarnya iaitu layar.

Perkataan bangsa Melayu bukanlah berasal dari perkataan Sanskrit Hima Alaya yang bermaksud Tanah Bersalji atau gunung, dan bukan juga mblayu dalam bahasa Jawa, yang mana mblayu dalam bahasa Jawa itu sendiri kognat kepada kata Laju dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu datangnya daripada perkataan Melayau yang mempunyai maksud yang sama dengan belayar.

Kita juga boleh berhipotesis bahawa dari zaman ke zaman, beribu-ribu tahun lamanya, ia bertukar menjadi Melayu. Bila pedagang luar seperti dari India dan Arab bertanya kepada pedagang Melayu, apakah bangsa mereka, dengan bangga mereka akan mengatakan bahawa mereka adalah bangsa Melayau, kemudian bertukar menjadi Melayu disebabkan perubahan zaman.
Sumber Gambar: http://www.sdrapartments.com/blog/tag/kalayaan-2016

Mungkin begitulah caranya bagaimana bangsa Melayu mendapat nama bangsa mereka. Seharusnya mereka berbangga kerana nama bangsa mereka menjadi suatu nama bangsa utama, yang menerangkan berkenaan dengan suatu kelompok kaum-kaum pelayar yang merentangi dari Tanah Melayu yang kita cintai ini jauh merentasi Lautan Pasifik sehingga ke Pulau Hawaii dan Rapa Nui atau lebih dikenali sebagai Easter Island yang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Amerika Syarikat. Jauh merentasi Lautan Hindi sehingga ke Madagaskar di Afrika.

Terbentang luas dari Taiwan di Laut China sehingga ke Aotearoa ataupun dengan nama terkininya yang dipanggil sebagai New Zealand. Gabungan kaum-kaum ini dikelaskan sebagai Bangsa Melayu-Polinesia yang mempunyai pelbagai ciri-ciri sepunya seperti jenis bahasa, warna kulit, jenis tengkorak, susuk tubuh dan sebagainya, yang mana akan dikupas lebih lanjut dalam episod yang akan datang.

Dalam episod yang akan datang, kita akan selusuri pula sejarah kedatangan bangsa Melayu ke Tanah Melayu dan ke seluruh Kepulauan di Lautan Pasifik dan Laut Hindi. Dalam episod tersebut, kita akan bicarakan berkenaan dengan asal-usul dari mana pula datangnya bangsa Melayu ini dan mengapa mereka ada di Kepulauan ini.

http://www.kosim.web.id/2009/03/tentang-jawa-nama.html
Paul Wheatley (1961), The Golden Khersonese: Studies In The Historical Geography Of The Malay Penninsula Before A. D. 1500
http://www.chinasage.info/chinaname.htm
http://www.ancient.eu/article/203/
Mohd Arof Ishak (2009), Tamadun alam Melayu, Persatuan Sejarah Malaysia
Robert Blust and Stephen Trussel, The Austronesian Comparative Dictionary, Web Edition, 

http://www.trussel2.com/acd/


Friday, 5 May 2017

RAJA-RAJA MELAYU MELAKA YANG AGUNG SEPANJANG ZAMAN


(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Kesultanan Melayu Melaka adalah puncak ketamadunan dan peradaban Melayu selepas kedatangan Islam. Sesungguhnya bangsa Melayu mempunyai dua puncak kegemilangannya, satu ialah zaman kegemilangan yang bermula ketika era Srivijaya, lalu ketika kejatuhan Srivijaya, ianya diteruskan oleh Singapura Purba sebelum dibantai oleh Majapahit.

Lalu, dari puing-puing kejatuhan Singapura Purba dan juga Srivijaya, bangsa Melayu bangkit membina kembali Melaka. Kegemilangan yang dicapai oleh Srivijaya kelihatan seperti tidak dapat dijelmakan kembali oleh Singapura Purba. Namun, kewujudan Melaka seolah-olah mengembalikan bayangan Srivijaya.

Sahabat-sahabatku sekalian… kalau anda sudi bersama saya dalam perjalanan mengembalikan nostalgia kita kepada Melaka, maka sambutlah tangan saya, saya akan bawa kalian menyelami era yang menjadi asas kepada imej Melayu kita hari ini. Dari bahasanya… dari agamanya… dari budayanya… semuanya dimulakan oleh Melaka. Meski secara peribadi, saya berpendapat bahawa Srivijaya ialah kemuncak peradaban segala tamadun Melayu, tetapi Srivijaya agak jauh daripada jiwa Melayu moden hari ini.

Bahasa Melayu Kuno zaman Srivijaya sudah berevolusi menjadi Bahasa Melayu Klasik ketika berada di bawah Melaka. Agama Buddha yang menjadi pegangan Melayu Srivijaya sudah lama ditinggalkan oleh orang Melayu ketika kedatangan Islam, budayanya pula sudah tentu berbeza antara zaman Srivijaya dan Melaka.

Maka… kenyatannya, Melaka itu lebih dekat dengan jiwa orang Melayu hari ini. Dan izinkan saya berpesta aksara, menukilkan kisah-kisah agung tentang tokoh agung bangsa Melayu ketika era Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi sebelum itu, saya lebih suka guna tarikh Kesultanan Melayu Melaka yang lama, kerana saya tidak mempunyai akses ke Sulalatus Salatin Raja Bongsu, dalam meletakkan nama sultan-sultan Melaka serta tarikh pemerintahannya.

Hasil carian imej untuk parameswara
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

1. Raja Iskandar Shah aka Parameswara (1400 – 1414 Masihi)

Figura yang bernama Parameswara ini adalah figura yang paling misteri di dalam sejarah dunia. Ada dua versi yang menceritakan tentang asal usulnya. Pertama, ianya datang daripada Suma Oriental yang mengatakan bahawa asal-usul Parameswara adalah daripada Palembang lalu ke Singapura dan membunuh Temagi. Tetapi izinkan saya mengatakan bahawa saya bukan pengganut teori ini kerana saya lebih berpihak pada Sulalatus Salatin dalam menceritakan tentang sejarah Parameswara.

Tetapi sebelum itu… perlu saya kepilkan pendapat seorang sejarawan daripada Brunei bernama Dato’ Seri Utama Dr Awang Mohd Jamil Al-Sufri bahawa sesungguhnya sebutan sebenar untuk Parameswara adalah Permaisura.

Menurut Dr Awang Jamil lagi, nama Permasura itu ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Melayu yang bermaksud Permai dan Suara yang bermaksud suara yang indah, merujuk pada titah seorang raja yang didengari dan ditaati perintahnya.

Gelaran Permaisura juga menurut Dr Awang Jamil telah lama digunakan oleh raja-raja Melayu yang memerintah kerajaan Singapura Purba dan turut dikurniakan pada wazir kanan Kesultanan Brunei iatu Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Ini tidaklah sesuatu yang menghairankan kerana pengasas Kesultanan Melayu Brunei itu sendiri berkahwin dengan anak salah seorang raja Melayu Singapura Purba.
Hasil carian imej untuk parameswara
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dan tambah Dr Awang Jamil lagi, gelaran ini juga mungkin disandang oleh pengasas Kesultanan Melayu Melaka sendiri kerana berkahwin dengan anak perempuan Raja Jawa yang memakai gelaran permaisuri. Wallahualam

Maka selepas ini, izinkan saya hanya menggunakan nama Iskandar Shah dalam merujuk pada Parameswara. Jadi izinkan saya bercerita pula sisi sejarah Melayu versi Sulalatus Salatin.

Dalam Sulalatus Salatin, yang diceritakan tentang sejarah Iskandar Shah adalah merupakan raja terakhir yang memerintah Singapura Purba sebelum dilanggar bala askar Majapahit sebelum melarikan diri ke Muar lalu membawa diri ke sebuah tempat bernama Melaka.

Di tempat inilah kisah bagaimana Raja Iskandar Shah melihat seekor kancil menendang anjing pemburuannya, lalu mendapat ilham untuk menubuhkan kerajannya. Lalu ditanya kepada para pembesar yang setia mengikutinya selepas kejatuhan kota Singapura Purba. Lalu dijawab mereka pokok tempat baginda berteduh ialah Pokok Melaka lalu nama Melaka pun diambil sempena dengan nama pokok itu.

Lalu dari sebuah perkampungan nelayan, Raja Iskandar Shah menukarkan kota tersebut menjadi sebuah kota perdagangan yang agung. Kalau di Singapura Purba, perbuatan Parameswara yang menghukum tanpa selidik salah seorang dayangnya mengakibatkan pengkhianatan yang menghumban kepada terbukanya kota Singapura Purba kepada bala askar dari Pulau Jawa.

Maka mungkin baginda belajar dari sejarah. Apabila menubuhkan kota Melaka, baginda tahu bahawa sebuah sistem yang hebat perlu ditubuhkan untuk memastikan bahawa negara baru yang ditubuhkan ini akan mampu berdepan dengan gempuran dari segala pihak.

Raja Iskandar Shah memastikan bahawa pemerintahannya akan dibantu oleh empat orang pembesar. Empat orang pembesar ini yang akan membantu baginda mentadbir Melaka. Sistem pentadbiran yang adil terus dilaksanakan oleh baginda.

Baginda mengamalkan sebuah sistem pembicaraan di sebuah kompleks yang dipanggil Balai Penghadapan. Baginda akan melakukan kerja penghakiman sambil dibantu oleh 40 orang bentara. Setiap orang yang dibawa ke balai penghadapan akan dinilai seadil-adilnya. Tiada lagi bicara tanpa periksa yang dilakukan oleh baginda dahulu.

Kemudian, baginda mahu berusaha memastikan bahawa Melaka yang dibangunkan itu memberi kepuasan yang maksimum kepada masyarakat. Lalu antara langkah-langkah baginda memastikan pelabuhan itu disukai oleh pedagang ialah dengan membina gudang-gudang untuk menyimpan wang dan barang dagangan, yang dikelilingi oleh pagar kayu yang kuat, yang dijaga oleh orang-orang kepercayaan baginda.

Selain itu, baginda turut membina sebuah jambatan yang digunakan untuk merentangi Sungai Melaka. Di atas jambatan itu, baginda memastikan sekurang-kurangnya terdapat 20 buah kedai yang akan menjadi tempat kunjungan para pedagang.

Bahkan untuk memastikan bahawa keselamatan pedagang yang mengunjungi kota Melaka, maka baginda membina tembok mengelilingi Kota Melaka, di mana terdapat empat pintu gerbang mengelilingi kota Melaka. (Raja Affandi Ahmad 1974: pg 49) Di mana di setiap pintu gerbang tadi, diletakkan pegawal. Pada waktu malam pula, para pegawal akan membawa loceng dan juga api damar, meronda di sekeliling Melaka memastikan keselamatan rakyat dan pedagang terbela.

Selain itu, seperti mana tradisi daripada nenek moyang baginda yang memerintah Srvijaya sehingga empayar itu menjadi empayar Melayu paling lama dalam sejarah iaitu sekurang-kurangnya untuk 640 tahun, baginda meneruskan khidmat orang laut untuk membantu baginda mengawal keadaan lalu lintas di Sewlat Melaka dan menghalau gangguan lanun.

Baginda juga merupakan seorang ahli politik yang hebat. Baginda mengetahui bahawa pada awalnya, Melaka tidak mungkin akan mampu menahan asakan daripada kerajaan Siam (Siam dalam Sulalatus Salatin mungkin merujuk pada Sri Dharmaraja, sebuah kerajaan Melayu yang masih memeluk agama Buddha yang terletak di Segenting Kera).

Jadi, baginda pada awalnya dengan rela hati membayar ufti sebanyak 40 tahlil emas kepada Siam. Namun, bila datangnya utusan China ke Melaka, maka baginda mengambil kesempatan itu untuk memutuskan hubungan dengan Siam lalu bersahabat dengan China. Menggunakan kekuasaan abang besar China, maka baginda mengugut Siam yang ketika itu mula bermusuhan dengan Melaka.
Hasil carian imej untuk Laksamana Cheng Ho berlabuh di Pelabuhan Melaka
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Ketika pemerintahan Raja Iskandar Shah inilah di mana Laksamana Cheng Ho berlabuh di Pelabuhan Melaka, pada tahun 1408, di mana Cheng Ho ketika itu membawa dua cap mohor perak dari China, jubah panjang, dan pelbagai barang kebesaran China, mengiktiraf kerajaan Melayu Melaka yang kononnya baru berdiri ketika itu.

Baginda juga dicatatkan telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Dinasti Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf baginda sebagai raja Melaka.

Betapa sistem-sistem awal yang diterapkan oleh baginda ini kemudiannya menjadi asas yang kukuh, menjadikan Melaka bukan sahaja sebagai sebuah pelabuhan yang disegani, bahkan sebuah empayar yang menakjubkan.

Ada sejarahwan yang menganggap bahawa baginda telah memeluk Islam sejak pengasasan Melaka lagi.Namun menurut Sulalatus Salatin,raja Melaka pertama memeluk Islam ialah Raja Kechil Besar yang kemudiannya memakai gelaran Sultan Muhammad Shah.

Hasil carian imej untuk sultan muzaffar shah
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

2. Sultan Muzaffar Syah (1446–1459 Masihi)

Apa yang perlu diketahui tentang pemerintahan Sultan Muzaffar Syah adalah baginda adalah seorang sultan yang sangat bijaksana dalam menguruskan masalah politik dan perpecahan yang berlaku sewaktu pemerintahan baginda. Perlu kita ketahui bahawa tokoh teragung dalam sejarah Melaka itu sendiri, Tun Perak adalah kerana baginda sendiri yang dapat mengesan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak.

Ketika era baginda, perlu diketahui bahawa Kesultanan Melayu Melaka ketika itu bersengketa dengan sebuah kerajaan Melayu Sri Dharmaraja yang bertakhta di wilayah Segenting Kera pada masa itu. Kerajaan inilah yang diperkatakan dalam Sulalatus Salatin sebagai kerajaan Siam.
Hasil carian imej untuk wilayah segenting kera
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Ditakdirkan ketika itu, Siam menyerang Melaka. Maka Tun Perak yang ketika itu memerintah wilayah Klang seperti mana yang diamanahkan oleh Sultan Muzaffar Syah telah diarahkan oleh baginda sendiri untuk memimpin orang-orang Melayu ketika itu dari Klang dan menahan gempuran Sri Dharmaraja.

Hebatnya… Sri Dharmaraja berjaya dihalau keluar daripada bumi Melaka dan bakat hebat yang dimiliki oleh Tun Perak itu disedari oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda mahukan bakat Tun Perak digunakan sebaik-baiknya, dan membantu baginda membangunkan Melaka. Melaka ketika itu pula telah mempunyai Bendaharanya tersendiri yang bernama Tun Ali.

Kenaikan mendadak Tun Perak ke jawatan Bendahara menimbulkan sengketa antara Tun Perak dan Tun Ali sehinggakan mengheret kepada perpecahan rakyat Melaka. Namun, Sultan Muzaffar Syah ketika itu seorang yang bijak dan sangat berdiplomasi. Baginda mahukan khidmat kedua-dua orang itu kerana mereka juga orang yang hebat. Melaka akan jadi lebih hebat sekira-kiranya dipimpin oleh kedua-duanya.

Maka antara langkah penyatuan yang diambil oleh baginda Sultan Muzaffar Syah ialah berjumpa dengan Tun Ali dan memujuk Tun Ali agar menerima perlantikan Tun Perak sebagai Bendahara, di samping membantu Tun Perak membangunkan Melaka. Maka permintaan Tun Ali ketka itu agar Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya yang bernama Tun Kudu dan mengahwinkan dengannya.

Pada awalnya, Sultan Muzaffar agak keberatan namun demi menyelamatkan Melaka yang ketika itu diambang krisis, maka Sultan Muzaffar Syah sudi mengambil langkah itu. Untuk kegemilangan yang lebih bertahan lama, maka pengorbanan itu penting. Bermula dari pengorbanan ini, Tun Perak dan Tun Ali berganding bahu membangunkan Melaka dan hubungan mereka semakin akrab.
Hasil carian imej untuk sri dharmaraja
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dicatatkan selain berjaya meneutralkan kuasa Sri Dharmaraja yang pernah berkuasa di Asia Tenggara ketika itu, jasa Sultan Muzaffar Shah juga adalah meluaskan taklukan Melaka ke utara dengan memasukkan wilayah Selangor,Manjung dan Batu Pahat yang kaya dengan bijih timah ke dalam pemerintahan Melaka. Sultan Muzaffar Shah juga dikenali sebagai pemula zaman keemasan dan kegemilangan Melaka yang selepas ini akan dibicara oleh banyak manusia sehingga ke hari ini.

Yang paling penting, ketika era Sultan Muzaffar Shah inilah di mana Hukum Kanun Melaka mula diperkenalkan untuk menjamin keamanan Melaka,mengukuhkan martabat Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam yang mengamalkan hukum syariah dan pelbagai kesalahan-kesalahan baru diletakkan di bawah kanun ini.

Untuk pengetahuan semua, undang-undang Syariah Islam seperti Hudud, Takzir, Qisas dan Diya telah dimuatkan menjadi sebahagian daripada Hukum Kanun Melaka, membuktikan betapa ketika zaman Sultan Muzaffar Syah lagi, bahkan mungkin sultan-sultan sebelum baginda, betapa undang-undang Islam diangkat menjadi salah satu daripada identiti negara.

Hasil carian imej untuk Sultan Mansur Shah
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

3. Sultan Mansur Shah (1459-1477 Masihi)

Secara jujur, baginda mungkin adalah calon sultan terbaik dalam sejarah Melaka selain daripada anak baginda yang bernama Sultan Alaudin Riayat Shah yang akan diceritakan selepas ini. Baginda ialah antara penakluk yang muncul dalam sejarah Melayu, di samping seperti Nakhoda Ragam, Dapunta Hyang Sri Jayanasa dan juga Dharanindra.

Tentang sultan terbaik itu nanti, saya akan biarkan para pembaca membuat kesimpulan sendiri. Kita akan terus bicara tentang kehebatan pimpinan Sultan Mansur Syah.

Dasar perluasan kuasa yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Syah kemudiannya diteruskan pula oleh anakandanya yang ketiga iaitu Sultan Mansur Syah yang mewarisi takhta Melaka daripada baginda Sultan Muzaffar Syah.

Maka kegemilangan yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Syah itu diteruskan pula oleh baginda Sultan Mansur Syah. Maka, sebelum kita mula berbicara tentang baginda Sultan Mansur Syah, izinkan saya memberi label bahawa sesungguhnya, anda mungkin akan mengenali seorang lagi “CONQUEROR” dalam sejarah iaitu Sultan Mansur Shah.
Hasil carian imej untuk dapunta hyang sri jayanasa
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dalam sejarah Melayu, Srivijaya akan terkenal dengan penakluk hebat seperti Dapunta Hyang Sri Jayanasa, Maharaja Dharanindra dan juga Mahabrana., Kalau Brunei boleh berbangga dengan kewujudan Nakhoda Ragam yang membina empayarnya hingga ke Manila, kalau Sri Dharmaraja boleh berbangga dengan kewujudan rajanya yang memerintah Khmer seperti Suryavarman I, maka Melaka pastinya akan berbangga dengan kewujudan Sultan Mansur Shah.

Antara yang paling dikenali mengenai pemerintahan baginda ialah dasar perluasan kuasa yang dijalankan, membawa gelaran yang saya rasa mungkin sesuai untuk baginda. “THE MALAY CONQUEROR”. Tetapi kalian kena ingat… cara-cara penaklukan yang dilakukan oleh Sultan Mansur Shah demi memastikan kerajaan-kerajaan di sekelilingnya tunduk pada pemerintahannya ialah bukan sahaja melalui kekuatan tentera sahaja, bahkan perkahwinan. Seperti mana yang pernah digunakan oleh Raja Singahasari dahulu ke atas semua kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera dahulu, begitu juga Sultan Mansur Shah.
Hasil carian imej untuk tun perak
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Sultan Mansur Shah meneruskan dasar perluasaan kuasa yang dimulakan oleh ayahandanya dengan menghantar bala askar yang terdiri daripada 200 buah kapal ke arah Pahang (Inderapura) yang ketika itu diperintah oleh Maharaja Dewasura, iatu puppet yang dipasang oleh raja Sri Dharmaraja untuk memerintah Pahang. 200 buah kapal yang dihantar oleh Sultan Mansur Shah yang diketuai oleh Tun Perak dan juga 12 orang Hulubalang Melaka. Perlu diketahui Hulubalang ialah tentera elit yang dimiliki oleh kerajaan Melayu Melaka, yang dimiliki sejak zaman Srivijaya lagi. Maharaja Dewasura dikatakan cuba lari, tetapi berjaya dikejar oleh bala askar Melaka.

Perang yang sengit berlaku antara Melaka dan Pahang dan akhirnya, Pahang tunduk kepada kekuasaan Melaka dan Sri Dharmaraja yang ketika itu menjajah Pahang berjaya pula ditundukkan oleh Melaka. Negeri-negeri Melayu yang lain terkejut dengan kejayaan Melaka ini sehingga ada yang rela hati datang kepada Melaka dan rela menjadi naungan Sultan Mansur Shah. Selepas penawanan Melaka, antara kerajaan-kerajaan yang berjaya dimasukkan ke dalam Empayar Melaka oleh Sultan Mansur Shah ialah Bernam, Kampar, Siak,Rupat, Singapura, dan Bintan. Dari peperangan ini, Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Onang Seri.

Bahkan, Sultan Mansur Shah juga dikatakan telah datang ke Majapahit sambil membawa bala askar sambil membawa hulubalang-hulubalang Melayu. Walaupun kedatangan Sultan Mansur Shah ini sekadar lawatan, namun kekuatan tentera yang dipamerkan oleh Sultan Mansur ketika itu menyebabkan Majapahit yang ketika itu di era kejatuhan menjadi gentar lalu Maharaja Majapahit ketika itu menyerahkan anak perempuannya yang bernama Raden Galoh Candra Kirana. Majapahit turut menghadiahkan Indragiri, Jambi, Tungkal and Siantan yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Majapahit ke atas Melaka.

Kekuatan tentera yang dipamerkan oleh Sultan Mansur Shah ini nampaknya bukanlah sekadar mainan tetapi benar-benar menakutkan. Ada sebuah kisah yang harus dikenangkan oleh kita semua tentang kisah bagaimana sebuah kerajaan bernama Dai-Viet yang sejauh di Indo-China berjaya ditundukkan oleh Melaka.

Sekitar tahun 1469 dalam catatan China disebut bahawa serombongan utusan dari Melaka yang dalam pelayaran balik dari China telah dipukul ribut dan terkandas di Vietnam. Kesemua anak kapal ditangkap, ada yang dibunuh malah yang muda dan anak-anak dikasi dan dijadikan sida-sida oleh orang Vietnam.

Melaka telah mengadukan hal tersebut kepada Maharaja China. Pada mulanya Melaka tidak mahu bertindak kerana tahu bahawa Vietnam juga adalah negara yang menghantar ufti ke China. Utusan Melaka Duan Ya Ma La Di Na Cha (Tun Seri Nara Diraja?) juga telah mengadukan rancangan Vietnam untuk menyerang dan menakluk Melaka.

Sewaktu utusan Melaka berada di China kebetulan utusan dari Vietnam juga turut ada. Hal ini telah menyebabkan timbul pertengkaran diantara wakil Melaka dengan wakil Vietnam tentang tindakan biadap Vietnam yang telah menculik dan membunuh utusan Melaka sebelum itu.

Mereka berdua ditenangkan oleh salah seorang menteri pertahanan China ketika itu yang menasihati mereka agar melupakan persengketaan kerana perkara tersebut telah lama berlalu.

Sebelum kedua-dua utusan tersebut pulang ke negeri masing-masing, Maharaja China telah mengirimkan surat yang menyelar perbuatan Maharaja Vietnam dan menasihatinya agar berbuat baik dengan negara tetangga dan merenung kesalahan sendiri.

Manakala Maharaja China telah bertitah kepada utusan Melaka supaya bertindak tegas dan menyiapkan tentera serta kuda perang sekiranya Vietnam tetap mahu menyerang Melaka kelak.
Hasil carian imej untuk maharaja vietnam Le Than Tong
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dalam sejarah, Maharaja Vietnam yang dimaksudkan diatas adalah Le Than Tong. Pada zaman beliau wilayah kekuasaan Vietnam mencapai sehingga sempadan Burma. Le juga dikatakan telah menyerang kerajaan Lanxang dengan 90 ribu askar namun dalam satu serangan mereka telah kalah dan terpaksa berundur kembali.

Walaupun dalam catatan sejarah Lanxang dan Vietnam tidak pernah menyebut keterlibatan Melaka dalam perang diantara Lanxang dan Vietnam ini, namun kronik China ada mencatatkannya.

Dikatakan bahawa 90 ribu bala tentera Vietnam telah melanggar Lanxang namun mereka berjaya diusir oleh angkatan perang Melaka dan mengakibatkan mereka kehilangan seramai 30 ribu nyawa.

Peristiwa ini tercatat didalam kronik China Ming Shilu. Adakah peristiwa ini merupakan tindakbalas Melaka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Vietnam sebelum itu? Faktor penentu kekalahan Vietnam ini pastinya adalah kerana kehebatan Melaka di medan tempur.

Memandangkan tentera Melaka perlu merentas negara Kemboja atau Siam Ayuthia untuk ke Lanxang maka dapatlah disumpulkan bahawa salah satu atau kedua dua pihak ini telah membenarkan bala tentera Melaka melintasi negara mereka kerana berasa terancam dengan dasar perluasan kuasa Vietnam sepanjang pemerintahan Maharaja Le Than Tong 1460-97.

Kegagalan besar ini melenyapkan impian Le Than Tong untuk meluaskan lagi empayarnya sekaligus mengesahkan keunggulan Melaka ke atas semua kuasa lain di Asia tenggara meskipun jumlah tentera dan penduduk Vietnam adalah berkali ganda lebih besar. Saya percaya kemenangan ini juga dibantu oleh jajahan takluk Melaka yang lain termasuk tentera Siam Ayuthia dan Lanxang sendiri. Konflik antara Melaka dan Vietnam dipercayai berlaku ketika era pemerintahan Sultan Mansur Shah dan juga Sultan Alauddin Riayat Shah.

Kalau kuasa ketenteraan Melaka itu mampu menundukkan kekuasaan Vietnam yang ketika berada di zaman kegemilangannya, maka tidaklah hairan sekiranya Majapahit “begitu bermurah hati” menyerahkan tanah jajahannya. Dan kekuatan tentera Melaka di bawah Sultan Mansur Shah juga dapat dilihat apabila banyak negara meminta bantuan baginda sendiri untuk menundukkan pemberontakan yang berlaku di negara masing-masing. Antaranya ialah kerajaan Pasai sendiri mendatangi Sultan Mansur Shah. Pada zaman terkemudian di bawah pemerintahan sultan yang lain, jajahan seperti Kelantan juga jatuh di bawah pemerintahan Melaka.
Hasil carian imej untuk gambar hang tuah lima bersaudara
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Antara sumber kekuatan militari Melaka dikatakan ialah dengan kebijaksanaan Sultan Mansur Shah merekruti hulubalang-hulubalang hebat seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hasan and Hang Husain dan yang paling dekat dengan jiwa kita iaitu Laksamana Hang Tuah. Jadi, selepas ini, kalau ada mereka yang mahu membuat teori mengarut mencinakan nama Hang Lima bersaudara, jangan lupa juga untuk mencinakan nama seperti Hang Iskandar, Hang Hasan dan Hang Hussain. Ohh juga Hang Nadim, iaitu anak Hang Jebat yang dijaga oleh Hang Tuah.

Imej Sultan Mansur Shah bukan sahaja sebagai salah seorang daripada penakluk yang meluaskan empayar Melaka, tetapi antara sultan yang membina mercu tanda. Sebagai contoh, ialah Istana Mahligai yang merupakan antara binaan yang sangat menakjubkan. Sukanya saya petik daripada Sulalatus Salatin dalam menceritakan tentang kehebatan istana ini.

“Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya bertingkap, pada antara tingkap itu diberinya berbumbungan melintang dan bergajah menyusu, sekaliannya bersayap layang-layang berukir dan bersengkuap, pada antara sengkuap itu diperbuatnya belalang besagi, sekaliannya bergunung-gunungan dan berjurai-jurai belaka.

Adapun segala tingkap istana itu sekaliannya dicat dan dibubuhi air emas, kemuncaknya kaca merah…dan dinding istana dengan cermin Cina yang besarbesar…Adapun rusuk istana itu sehasta lebarnya, sehasta tebalnya, diukirnya jenang pintu itu, dan empat puluh banyak pintunya, sekaliannya dicat dibubuh air emas. Terlalu indah perbuatannya istana itu, sebuah pun istana raja-raja di dalam dunia ini tiada seperti ini.”

(Sulalatus Salatin Versi Shellabear, halaman 102)

Besar istana (panjang) 17 ruang, satu ruang tiga depa. (1 depa =1866.24 mm) Jadi, panjang keseluruhan ialah = 17 x (3 x 1866.24mm 95178.24mm ( lebih kurang 95m).

Jadi, Panjang Istana Melaka adalah 95 Meter. Belum lagi kira tinggi, luas dan sebagainya.Berdasarkan catatan dalam Sulalatus Salatin, sekurang-kurangnya 7 tahap tingginya.

Dalam pemerintahan baginda juga, baginda menguatkan hubungan dengan Dinasti Ming dari China dengan menjalankan hubungan pertalian dengan salah seorang puteri Maharaja China iaitu Hang Lipo.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat, ada yang mengatakan bahawa Sultan yang terlibat dalam peminangan Puteri Gunung Ledang ialah baginda Sultan Muzaffar Syah, seperti mana yang dicatatkan oleh Dr Liaw Yock Fang, yang merupakan Pakar Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik serta Sabri Zain dalam blognya.

Namun, tragedi yang paling tak dilupai dalam pemerintahan baginda Sultan Mansur ialah di mana baginda telah menghukum Hang Tuah dengan membuta tuli kerana perasaan marah sehingga membuatkan Hang Jebat mengamuk di seluruh Melaka sebelum berjaya ditundukkan oleh Hang Tuah.

Namun begitu, baginda adalah sultan yang menyukai agama Islam dan berminat mendalaminya. Menurut Tom Pires, Sultan Mahmud ada membina sebuah masjid yang sangat cantik berdekatan dengan bukit Melaka. Baginda sangat meminanti ilmu tassawuf dan sangat memuliakan ulamak sepanjang pemerintahannya.

Imej yang berkaitan
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

4. Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488 Masihi)

Ketika saya belajar dahulu di sekolah, antara nama yang sering dibangkitkan sebagai salah seorang daripada mastermind kebangkitan Melaka menjadi gemilang ialah Sultan Alaudin Riayat Syah. Pemerintahan baginda selalu disamakan dengan pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab.

Memandangkan ketika pemerintahan baginda, banyak berlaku kecurian di Kota Melaka. Maka setiap malam, baginda selalu menyamar menjadi rakyat biasa dan menangkap pencuri yang bermaharajalela. Baginda adalah sultan yang sangat mengambil berat keadaan rakyatnya. Bukannya selalu kita dapat mendengar seorang sultan sanggup menangkap pencuri dengan tangannya sendiri sedangkan di belakangnya bala askar yang terbaik di Asia Tenggara melainkan sultan tersebut merupakan sultan yang sangat tawaduk dan sentiasa berasa gerun dengan amanah yang dijunjungnya.

Di sebalik tabiatnya menyamar sebagai rakyat biasa, baginda juga seorang ahli politik yang hebat. Sistem Salleh yang diperkenalkan oleh baginda diamalkan oleh Malaysia sehingga hari ini. Baginda telah membina pondok-pondok polis di sepanjang jalan yang hari ini dapat dilihat di Malaysia. Pondok-pondok polis ini menjadi tempat para rakyat Melaka meminta pertolongan. Hari ini, anda akan dapat melihat banyaknya pondok polis yang dibina di tepi jalanan terutama di kawasan tumpuan awam seperti Bukit Bintang dan Petaling Street.

Kekayaan yang dimiliki oleh baginda memang mengagumkan. Dicatatkan bahawa kekayaan Sultan Alauddin Riayat Syah bernilai 140 quintal dimana 1 quintal bersamaan 100 paun dalam timbangan emas dan bayangkanlah berapa beratnya kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Alauddin Riayat Syah andai mempunyai 140 quintal kekayaannya.

1 Quintal = 100 paun
140 Quintal = 14,000 paun
1 paun = 453.6 gram
14,000 paun = 6,350,400 gram
1 gram = RM176 (harga EMAS semasa 2017)
6,350,400 x RM176

RM1,117,670,400.00
(Ringgit Malaysia: SATU BILLION SERATUS TUJUH BELAS JUTA ENAM RATUS TUJUH PULUH RIBU DAN EMPAT RATUS SAHAJA)

Dasar perluasan kuasa yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Shah dan ayahandanya Sultan Mansur Shah diteruskan pula oleh baginda. Antara negeri yang menjadi jajahannya ialah Aru. Baginda juga sempat merajakan anak baginda di Kampar bagi memastikan kekuasaan Melaka di Kampar terjaga dengan rapi. Kalau kegemilangan ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah bersifat materialistik, tetapi di bawah pemerintahan baginda bersifat kerohanian. Hukum Kanun Melaka yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Shah diamalkan dengan ketat dan serius serta menyeluruh di bawah pemerintahan baginda.

Sukanya saya akhiri artikel ini dengan petikan ayat daripada Tom Pires:

“Barangsiapa menjadi raja Melaka, dia umpama meletakkan tangannya ke kerongkong Venice.”

– Tom Pires ketika mengulas kekayaan dan kehebatan Melaka.



Rujukan:

1. Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmada dan Shellebear

2. Hikayat Hang Tuah oleh Kassim Ahmad

3. Tokoh-Tokoh Melayu Yang Agung Dalam sejarah oleh Raja Affandi Ahmad. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1974)

4. Srikandi, Al-Semantani, Ibnu-Rusydi. (2015) Membongkar Rahsia Dunia Melayu. Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah. HR Publishing.

5. The Malacca Sultanate oleh R. J. Wilkinson. (October, 1935) Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 13, No. 2 (122), pp. 22-67

6. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, From Angkor Wat to East Timor (3 Volume Set) Hardcover – October 13, 2004 oleh Keat Gin Ooi

7. Ashgar Ali Ali Mohamed (2012), “Implementation of Hudud (or limits ordained by Allah for serious crimes) in Malaysia” (PDF), International Journal of Humanities and Social Science (Centre for Promoting Ideas)

8. Anthony Reid, David Marr (1979), Perceptions of the Past in Southeast Asia by Anthony Reid, David Marr.

9. Nhung Tuyet Tran; Anthony Reid (3 November 2006). Viet Nam: Borderless Histories. Univ of Wisconsin Press. pp. 104

10. Laichen Sun. (2000) Ming-Southeast Asian overland interactions, 1368-1644. University of Michigan

11. Liaw Yock Fang (2013) A History of Classical Malay Literature. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.

12. Tome Pires. The Suma oriental of Tomé Pires: an account of the East, from the Red Sea to China, written in Malacca and India in 1512-1515 (Volume II: Malacca), Asia Educational Services, 1990.

13. Blog Sejarah Melayu http://www.sabrizain.org/