Showing posts with label Alam Melayu. Show all posts
Showing posts with label Alam Melayu. Show all posts

Monday, 20 July 2020

KENALI CAPE MALAY - KAUM MELAYU YANG HIDUP DI AFRIKA SELATAN

Kenali Cape Malay, Kaum Melayu Yang Hidup Di Afrika Selatan

TAHUKAH ANDA DI AFRIKA SELATAN ADANYA KOMUNITI MELAYU?


Kenali Cape Malay, Kaum Melayu Yang Hidup Di Afrika Selatan. Sekiranya anda sebut ‘Melayu’ dan ‘negara’, negara Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia akan terlintas dalam fikiran kita.

Tapi tahukah anda di Afrika Selatan ada juga komuniti Melayu? Malah, moyang mereka merupakan masyarakat pertama membawa Islam ke Afrika Selatan!

KUMPULAN ETNIK DI AFRIKA SELATAN


Nama Cape Malay berasal dari Cape of Hope di Afrika Selatan dan masyarakat Melayu yang berasal dari kepulauan Melayu.

Kebanyakan mereka berasal dari Hindia Belanda (kini Indonesia), yang merupakan koloni Belanda selama beberapa abad, dan Melaka Belanda ketika negeri itu dijajah oleh Belanda dari tahun 1641 hingga 1824.

Anggota masyarakat ini merupakan orang Jawa yang diperhambakan dan diangkut oleh Syarikat Hindia Timur Belanda ke Afrika Selatan. Hal ini kerana penjajah Belanda menggunakan Cape Town sebagai stesen bekalan untuk kapal-kapal yang melakukan perjalanan antara Eropah dan Asia.

Tokoh penting dalam kedatangan Islam adalah pemimpin Muslim yang menentang pemerintahan syarikat berkenaan di Asia Tenggara. Salah seorang, Sheikh Yusuf, dibuang negara oleh syarikat tersebut ke Afrika Selatan, kemudian diikuti oleh hamba-hamba dari berbagai wilayah Asia Tenggara yang lain dan juga pembangkang politik dan pemimpin agama Islam yang menentang kehadiran Belanda di Hindia Belanda (Indonesia).

Pada abad ke-18, bahasa Melayu diguna sebagai bahasa lingua franca orang-orang Muslim yang diperhambakan dan kemudian dibebaskan, walaupun mereka berasal dari Afrika Timur, Madagaskar, India dan Indonesia.

Penggunaan bahasa Melayu turut menjadikan moniker ‘Melayu’ untuk semua umat Islam tanpa mengira asal usul geografinya.

Menjelang abad ke-19, istilah ini digunakan untuk warga Cape Town yang beragama Islam, sementara bahasa Afrikaans menggantikan bahasa Melayu sebagai lingua franca masyarakat ini.

IDENTITI CAPE MALAY


Oleh kerana kebanyakan orang Cape Malay mendapati identiti Muslim mereka lebih menonjol daripada keturunan Melayu mereka, mereka digelar sebagai ‘Cape Malay’ untuk membezakan mereka dari masyarakat Melayu nusantara.

Lama-kelamaan, hamba Indonesia yang asalnya dibawa dari Indonesia ke Afrika Selatan, berkahwin dengan pelbagai kaum lain termasuk hamba-hamba lain dari Selatan Asia dan Asia Tenggara, Madagaskar, dan orang asli Afrika. Perkara ini kemudian mewujudkan masyarakat ‘Melayu’ yang berpelbagaian dalam komuniti mereka.

PEMBAWA ISLAM KE AFRIKA SELATAN


Pengasas komuniti ini adalah yang pertama membawa agama Islam ke Afrika Selatan.

Malah, budaya dan tradisi masyarakat juga meninggalkan kesan yang dapat dirasakan hingga hari ini.

Komuniti Muslim di Cape Town kini sudah besar dan telah berkembang lebih daripada hamba-hamba yang memulakan masjid pertama di Afrika Selatan.

Masyarakat Cape Malay bertutur dalam bahasa Afrikaans dan bahasa Inggeris. Walaupun mereka kini tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu atau bahasa lain yang digunakan oleh nenek moyang mereka, pelbagai perkataan dan frasa bahasa Melayu masih digunakan dalam penggunaan harian.

MAKANAN TRADISIONAL DIPENGARUHI OLEH MAKANAN MASYARAKAT MELAYU NUSANTARA


Pelbagai makanan tradisi Afrika Selatan seperti bredie, bobotie, sosaties, dan koeksisters diasimilisasikan dalam makanan tradisi Cape Malay.

Terdapat juga makanan lain yang dipengaruhi oleh makanan masyarakat Melayu nusantara. Di Indonesia, terdapat sejenis hidangan yang digelar sebagai ‘samosa’ atau ‘kue kering’ iaitu sejenis popiah yang berinti kentang, keju, kari dan mi. Ia dihidang dengan sambal sebagai makanan ringan. Makanan ini juga didapati dalam masyarakat Cape Malay dan digelar sebagai ‘samoosas’.
Samosa (Indonesia) di sebelah kiri, Samoosas (Afrika Selatan) di sebelah kanan.

Salah satu lagi makanan tradisi Cape Malay yang mempunyai pengaruh masyarakat Melayu Malaysia ialah kari ayam dengan sambal. 

HUBUNGAN ANTARA CAPE MALAY DAN MALAYSIA


Ketika Afrika Selatan bergabung semula dengan masyarakat antarabangsa, terjalinnya hubungan antara rakyat Malaysia dan Afrika Selatan.

Kemasukan Afrika Selatan disambut baik oleh kerejaan Malaysia dan juga masyarakat lain di rantau Asia Tenggara.

Malah, kumpulan-kumpulan NGO seperti Federation of Malaysia Writers’ Association telah menjalin hubungan dengan masyarakat Cape Malay.

NEGARA YANG BERBEZA TETAPI BERSATU MELALUI SEJARAH


Walaupun masyarakat ini tidak lagi bertutur dalam bahasa nenek moyang mereka, mereka masih mengamalkan Islam, budaya, makanan dan juga keramahan masyarakat nusantara yang dikenali seluruh dunia.

Bayangkan selama ini anda fikir hanya di nusantara sahaja ada masyarakat Melayu, siapa sangka di Afrika Selatan ada juga masyarakat Melayu. Lagi-lagi mereka masih mengamalkan tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu yang dapat dilihat hingga sekarang.
Keluarga Cape Malay

SUMBER: iloveborneo

Tuesday, 3 December 2019

TANAH MELAYU - MALAYSIA

Apakah erti nya perkataan MALAY-SIA? Anda pasti selalu dengar kata kata provokasi kaum pendatang yang mengatakan bahawa Melayu itu bangsa pendatang di Malaysia, datang nya Melayu itu dari Indonesia, itu hujah para pendatang yang main cakap sesedap mulut mereka lantaran mereka itu bodoh tetapi tidak mahu mengaku yang mereka tidak berilmu. Pada mereka hanya Orang Asli penduduk asal Malaysia. Sedangkan Orang Asli itu juga bangsa Melayu yang bersuku semai, semelai,semang , jakun ,senoi dan sebagai nya. Mereka adalah Melayu Tua atau Melayu Proto. Dan orang Melayu di pekan dan kampung itu adalah keturunan Melayu duetro berhijrah yang asalnya dari Melayu proto yang tinggal di pedalaman.
No photo description available.
Kalau pendatang ini berhujah Melayu dari Indonesia, habis tu orang Asli di Indonesia pun ada. Jadi Melayu dari indonesia asal dari mana pulak? Orang melayu telah berpuluh ribu tahun tingga di kepulauan Melayu, sedangkan nama negara republik Indonesia hanya wujud pada tahun 1948, dan negara Malaysia hanya di tubuhkan pada tahun 1963.

Mengatakan Melayu pendatang di Malaysia ibarat seperti mengatakan orang cina pendatang di negara China kerana di sana juga ada orang Asli china, di Taiwan juga ada orang Asli Taiwan, habis dari manakah asalnya pendatang cina di kedua dua negara itu? Dari Tibet kah? Begitu juga orang India pendatang dari pakistan dan Afghanistan kah? Kalau begitu menurut hujah mereka yang dangkal..

Berbalik kepada tajuk asal kita,
Apa maksud "MALAYS - IA" sebenarnya?

Apakah maksud "IA" itu yang di gabungkan dengan MALAY menjadi Malay_Sia?

Kalau kita kaji nama negara-negara yang ada di dunia ini, terdapat nama-nama negara yang berakhir dengan "LAND - dari Bahasa Inggeris/Eropah", "TAN - dari Bahasa Farsi" dan "IA - dalam Bahasa Latin."
No photo description available.
Semua "Land", "Tan" dan "Ia" itu mempunyai maksud yang sama iaitu bererti "TANAH". Hampir separuh nama-nama negara di dunia ini berakhir dengan perkataan "ia" di hujungnya.

Antaranya termasuk Russia (bermaksud Tanah bangsa Russ), Somalia (bermaksud Tanah Bangsa Somali), Algeria (bermaksud Tanah bangsa Algers), Bolivia (bermaksud Tanah bangsa Bolivars), India (bermaksud Tanah Sungai Indus), Columbia (bermaksud Tanah Columbus), Mongolia (bermaksud Tanah bangsa Mongols), Ethiopia (bermaksud Tanah Bangsa Kulit Hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama "MALAYSIA" itu adalah versi 'latinised' berpangkalkan kepada perkataan "MALAYS" dalam bahasa Inggerisnya yang merujuk kepada perkataan "MALAYU".

Kesimpulannya, MALAYS-IA itu bermaksud "LAND OF THE MALAYS", atau lebih tepatnya disebut sebagai "TANAH BANGSA MALAYU".


Tuesday, 19 November 2019

BUANG - SAINTIS MELAYU YANG DIBUANG JEJAKNYA

Image may contain: 1 person
Buang satu nama yang asing dalam dunia sains. Namun satu dokumentari yang dibuat oleh Isabella Desjeux seorang rakyat Perancis telah membongkar akan kewujudan "Buang", seorang saintis Melayu yang dihilangkan dari sejarah dunia sains. Beliau dikatakan pembantu kepada saintis dunia abad ke-19 yang terkenal bernama Alfred Russel Wallace

Menurut video kumpulan kerja Isabella Desjeux. Di Ternate sebuah Pulau dalam republik Indonesia , yang mana populasi penduduk adalah berbangsa Melayu , yang juga bertutur bahasa Melayu yang sama seperti Melayu semenanjung Malaysia.

Penemuan kisah Buang bermula apabila, satu tapak yang hendak dibina sebuah sekolah dimulakan proses penyediaan tapak. Dalam kerja-kerja tersebut mereka menemukan satu kotak besi. Pada permulaannya, mereka menyangka ia adalah peninggalan Penjajah Portugis. Bagaimanapun sangkaan mereka meleset apabila mereka membuka kotak itu, apa yang mereka temui adalah manuskrip yang ditulis pada sekitar abad 1860 sehingga 1890 yang masih dalam keadaan yang baik. Manuskrip tersebut kemudian telah dihantar ke Department of Epistmology di University of Failomics di Abuja, Nigeria untuk di kaji.

Hasil kajian di University of Failomics oleh Dr. Ola Madunagu. Beliau berkata "Buang bukan seorang lelaki biasa, ia berketurunan Melayu dari etnik Bugis dan keluarganya datang dari Benyagak. Nama penuh beliau ialah Buang bin Mohammad Ali. Beliau bertemu Wallace pada tahun 1854 di kepulauan Borneo dan membantu Wallace mengumpul spesimen."

Spesimen yang ditemui oleh Buang dan Wallace kemudian nya dihantar ke Musium Sejarah Kebangsaan England. Sewaktu membantu Wallace dalam mengumpulkan spesimen, Buang telah pun membina makmalnya sendiri dan mengoperasikan kajian di makmalnya. Ia juga brkahwin di sana.
Image may contain: one or more people, people standing, shoes and outdoor
Gambar Sekadar Hiasan
Ketika Isabella Desjeux melawat Ternate dalam pengambaran dokumentarinya berkaitan Buang. Beliau berkata, "Suasana hari ini di Ternate adalah sama seperti pada zaman dahulu dalam bidang perdagangan. Di mana pengembara atau pelawat ramai yang datang ke Ternate, perdagangan kerap dilakukan adalah buluh, tumbuhan perubatan serta logam tembaga yang sangat bernilai tinggi. Tembaga biasanya digunakan untuk tujuan pembuatan barang kemas. Namun dari manuskrip dan tinggalan yang di temui menunjukan Buang mengunakan tembaga sebagai alatan dalam makmal beliau."

Seorang penduduk Ternate Samsudin Simpan yang di temubual oleh Isabella berkata, "Buang adalah cerita biasa yang diceritakan oleh penduduk Ternate, Buang bukanlah penduduk asal Ternate, dia datang bersama seorang lelaki kulit putih, beliau juga mendakwa datuk beliau adalah rapat dengan Buang, kerap membantu Buang dalam kerja-kerjanya. Menurut datuknya, Buang adalah pembatu lelaki kulit putih tersebut, memasak dan juga sebagai perterjemah. Dia juga membawa kotak khas yang mungkin untuk tujuan memburu di hutan sekitar Ternate."

Menurut Isabella dalam dokumentari tersebut "dengan melihat apa yang ada di dalam kotak milik Buang yang di temui itu, amat jelas, perbezaan budaya antara dua lelaki ini, iaitu Buang dan Wallace, menjadikan Wallace seakan tidak memandang hasil kajian Buang. Dan tidak mengambil atau mengangkat kajian Buang di mata dunia."

"Jadi persoalanya sekarang, kita perlu tahu apa yang telah Buang temui dalam kajian sains beliau..? Memahami apa yang telah ditemui dalam kajian beliau bukan sahaja satu kelebihan dalam dunia sains, tetapi juga memberi satu penerangan baru tentang kaedah berbeza dalam kajian sains."

Antara kajian Buang yang ditemui dalam catatannya adalah "menghasilkan tenaga mengunakan buah durian" dan juga tumbuhan.

Beberapa kajian berkaitan fizik juga ditemui berkaitan momentum dan putaran, seakan-akan menjurus kepada kajian aeronatik atau penerbangan.
Image may contain: 1 person, tree, plant and outdoor
Gambar Sekadar Hiasan
Kajian dokumentari Isabella Desjuex mendapat penajaan dari beberapa badan yang berusaha mermartabatkan ketamadunan dan memelihara pencapaian Bangsa Melayu.

Dari apa yang kita ketahui melalui cerita berkaitan Saintis Melayu bernama Buang, jelas sekali bangsa Melayu mempunyai kepandaian yang juga hebat dalam kajian Sains. Namun kerana menjadi lumrah pihak barat tidak akan sesekali mengangkat darjat atau kebolehan orang Melayu untuk digunakan. Mereka lebih sanggup menutup ilmu yang dipelopor orang Melayu itu hilang dan di"senyapkan" supaya bangsa Melayu tidak bangkit menjadi bangsa yang kuat. Oleh itu kita sebagai Bangsa Melayu wajib mengetahui bahawa bangsa Melayu hanya boleh bangkit dan maju dengan kekuatan sendiri. Jika kita berharap pada bangsa asing untuk memajukan kita maka kisah BUANG akan berulang kembali. Satu kehilangan yang besar buat peradaban Melayu yang sebenarnya selama ini satu bangsa yang hebat dalam pelbagai bidang.

SUMBER: Jebat Oscar

Wednesday, 18 September 2019

KENALI KISAH 5 PUTERI LEGENDA DAHULU KALA YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Kalau ditanya kepada budak-budak zaman sekarang puteri dongeng mana yang dorang minat, mesti dorang akan jawab Elsa atau Anna daripada Frozen. Kalau setakat Puteri Gunung Ledang atau Mahsuri tu mestilah dorang kenal. Tapi cuba kalau korang sebut nama Puteri Walinong Sari atau Puteri Gunung Banang, mesti tercengang budak-budak ni sebab tak pernah dengar.

Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia, kami ingin senaraikan lima puteri lagenda zaman dahulukala yang tak ramai orang kenal. Jangan pandang rendah dengan puteri-puteri tempatan kita!

1. Tun Fatimah
Kalau korang peminat filem Melayu, gerenti korang pernah tonton filem Tun Fatimah lakonan primadona Melayu, Maria Menado. Tun Fatimah ini memang wujud dalam lipatan sejarah dan dikatakan sebagai seorang srikandi yang sangat jelita serta merupakan anak Bendahara Tun Mutahir.

Pun begitu, kisah hidup Tun Fatimah ni taklah seindah wajahnya kerana semua ahli keluarga wanita ini termasuk suaminya Tun Ali telah dibunuh gara-gara fitnah. Pada masa tu jugak dikatakan Sultan Mahmud cuba memperisterikan Tun Fatimah walaupun wanita itu sudah berkahwin. Fuh jadi rebutan Tun Fatimah ni! 

Pun begitu, Sultan Mahmud akhirnya tahu cerita sebenar dan menyesal dengan tindakannya serta berkahwin dengan Tun Fatimah. Tun Fatimah kemudian telah menjadi Permaisuri Johor pertama dengan membawa gelaran Permaisuri Tun Kudu. Dia telah melahirkan empat cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri yang mana salah seorang darinya, Sultan Alauddin Riayat Shah II memerintah Johor selama 36 tahun.

2. Cik Siti Wan Kembang
Dalam Hikayat Seri Kelantan, baginda ialah seorang raja wanita yang memerintah negeri Kelantan pada awal abad ke-17. Puteri kepada Sultan Ahmad ini telah kehilangan ayahandanya pada usia yang sangat muda iaitu empat tahun dan kemudian ditabal menjadi Raja Kelantan sekitar tahun 1610 masihi selepas Raja Hussein sebagai pemangku raja mangkat.

Istimewanya Cik Siti Wan Kembang ini ialah negeri Kelantan di bawah pemerintahannya telah berkembang maju dalam pelbagai sektor termasuklah pertanian dan perdagangan. Dan bagi mereka yang tertanya-tanya kenapa jata negeri Kelantan ada lambang kijang, dahulunya diceritakan Cik Siti Wan Kembang ni suka memelihara kijang. Minatnya pada haiwan tersebut sehinggakan gambar kijang dikatakan telah terukir pada setiap mata wang negeri.

Pun begitu menurut buku Detik-Detik Sejarah Kelantan, dihujung hayatnya dikatakan Cik Siti Wan Kembang ini telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk menghambakan diri kepada Allah dan kisah hidupnya tidak diketahui lagi selepas itu.

3. Puteri Gunung Banang
Nama puteri yang satu ni memang jarang kita dengar kan. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada filem Melayu tentang kisah puteri ni lakonan hero Malaya pada zaman dulu, Ahmad Mahmud. Malah lebih menarik, Puteri Gunung Banang ini dikatakan setanding dengan Puteri Gunung Ledang tau!

Menurut kisah dahulukala, Puteri Gunung Banang ini diceritakan sebagai saudara kepada Puteri Gunung Ledang dan tujuh beradik lain iaitu Puteri Gunung Panti di Kota Tinggi dan Puteri Gunung Beremban di sempadan Johor dan Pahang. Semua puteri ini tidak boleh dilihat mata kasar dan mereka juga dikatakan sebagai makhluk ghaib yang hanya membantu orang yang tersesat di gunung tu.

Malah menurut filem Melayu yang dihasilkan Malay Film Production, puteri ini digambarkan sebagai seorang puteri yang jelita, telah membantu seorang lelaki hodoh dan miskin menjadi seorang yang kacak serta kaya kerana mempunyai hati yang jujur dan rajin. Tapi malangnya lelaki itu telah disumpah menjadi monyet kerana melanggar janji dan menjadi sombong.

Walaupun dianggap sebagai kisah dongeng, Gunung Banang sebenarnya wujud dan terletak di pinggir bandar Batu Pahat. Ia telah menjadi tempat orang ramai berekreasi serta mempunyai permandangan yang cantik kerana menghadap Selat Melaka.

4. Puteri Walinong Sari
Image result for puteri walinong sari
Pernah dengar lagu Walinong Sari nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza? Haa ini dia kisah wanita lagenda yang berasal dari Pahang atau Inderapura pada suatu masa dulu yang dikatakan sangat hebat. Bukan sahaja terkenal sebagai seorang puteri yang jelita, Walinong Sari juga sangat tangkas dalam bersilat dan pandai dalam mengendalikan lembing dan pedang.

Lebih mengejutkan, Walinong Sari ini bukanlah seperti puteri-puteri di Alam Melayu yang lain. Dia tidak pandai berhias dan tidak juga lemah lembut dalam kelakuan. Baginda juga dikatakan amat minat dengan perlawanan sabung ayam. Disebabkan sikap peliknya, nama Walinong Sari tersebar ke merata tempat dan mendapat perhatian Sultan Melaka yang seterusnya menjadikan dia salah seorang dari isteri sultan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Raja Mambang Segara dari Gunung Tahan juga menyimpan perasaan terhadap Walinong Sari dan telah merubah dirinya menjadi seekor merpati demi mengintai siapakah puteri yang hebat itu. Diceritakan Raja Mambang Segara kemudian berpura-pura untuk bertarung dengan Walinong Sari dan seterusnya mereka berdua jatuh cinta selepas bertentang mata dan mengetahui rahsia sebenar. Gituuu…

Tidak lama kemudian Walinong Sari dikhabarkan menghilangkan diri dari Melaka demi mencari cinta sejatinya di Gunung Tahan.

5. Ratu Pelangi
Menurut Kitab Sejarah Kerajaan Melayu Patani, Ratu Pelangi ada empat orang kesemuanya yang memerintah Kerajaan Patani sekitar tahun 1584 hingga 1649. Tiga orang daripada puteri ini merupakan anak kepada Sultan Patani, Sultan Bahadur Shah. Manakala seorang darinya pula ialah anak kepada salah satu puteri tersebut. Mereka ini digelar Ratu Pelangi kerana nama mereka yang berdasarkan warna.

Disebabkan Sultan Bahadur Shah tak ada anak lelaki, puteri sulungnya, Puteri Hijau menaiki takhta sebagai seorang ratu yang bijaksana dan adil. Semasa pentadbirannya, Patani sangat masyhur dari segi perdagangan termasuklah daripada negara seperti Eropah dan Jepun.

Selepas kemangkatan Puteri Hijau, adiknya Puteri Biru pula menaiki takhta. Baginda telah memajukan sistem pengairan Patani sehinggalah puteri ini mangkat dan digantikan adik bongsunya, Puteri Ungu. Semasa pentadbiran Puteri Ungu, Patani telah mengalami serangan dari Siam namun berjaya dipatahkan. Baginda kemudian bernikah dengan Sultan Abdul Ghafur dan memperoleh anak bernama Puteri Kuning.

Puteri Kuning menaiki takhta menggantikan bondanya dan berkahwin dengan Sultan Johor. Pada ketika itu, Patani telah mempunyai 43 tanah jajahan termasuk Terengganu dan Puteri Kuning telah memerintah selama 14 tahun. Dia kemudian mangkat pada 1649 tanpa meninggalkan sebarang pewaris.

Waa tak sangka sebenarnya Alam Melayu ni ada puteri-puteri yang hebat kan? Yang mana korang paling suka? Kongsikan bersama kami! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!