Showing posts with label Emeriah Arab Bersatu. Show all posts
Showing posts with label Emeriah Arab Bersatu. Show all posts

Monday, 9 March 2020

TANDA-TANDA KEMUNCULAN IMAM MAHADI (AL-MAHDI)

Image may contain: 18 people
📖Lepas tamat fasa ke-3 pemerintahan umat Islam (Mulkan Adhudhan) pemerintahan secara menggigit, warisan, atau monarki hampir 95 tahun kejatuhan empayar Islam Bani Uthmaniyyah 1922, jika kalendar Hijrah hampir 98 Tahun Hijrah.

📖Maka umat Islam telah bermula memasuki pada fasa ke-4 iaitu Mulkan Jabbriyyan pemerintahan secara zalim dan tidak adil. Pemerintahan ini boleh dikatakan bermula pada tahun 1922 sehingga kini dan mengikuti pendapat para ulamak Ahlul Sunnah Wal Jamaah antaranya tanda-tanda kiamat kecil paling banyak keluar adalah pada fasa ke-4 ini.

📖Dalam Hadith yang lain juga antara berlaku peperangan di Jazirah Arab utama di Hijaz (Arab Saudi) berdasarkan kepada Hadith direkodkan oleh imam Ibnu Majah Rahmatullah.

📖Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Yusuf daripada Abdurazaq daripada Sufyan At-Tsauri daripada Khalid bin Al- Khadza daripada Abu Qilabah daripada Abu Asma Ar Rahabi daripada Sayyidina Ats-Tsauban r.a. berkata:

📖"Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda, maksudnya;
➡️"Akan berebutan 3 orang khalifah kesemuanya anak- anak seorang Khalifah. Namun semuanya tidak mendapat apa yang di perebutkannya itu."

➡️"Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah Timur yang mana pasukan pembawa bendera tersebut melakukan peperangan terhadap kalian dengan cara belum pernah dilakukan suatu kaum."

📖Kemudian Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyebutkan sesuatu yang tidak aku hafal. Lalu Baginda bersabda, "Apabila kamu melihatnya, maka berbaiatlah berjanji setialah kepadanya, meskipun jalan yang kau tempuh harus dengan cara merangkak diatas salji. Kerana dia adalah Khalifaatullah (Al-Mahdi) yang mendapatkan petunjuk" (Hadith direkodkan oleh Imam Ibnu Majah No.4084).

📖Hadith ini menunjukkan bahawa khalifah yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam mungkin kepada Dinasti Al-Saud Dar'iyyah kerana mereka telah berjaya kuasa telah kejatuhan empayar Islam Bani Uthmaniyyah di Hijaz selepas kemunduran tentera Bani Uthmaniyyah di Hijaz lepas Syarif Hussein bin Ali pemegang amanah kota Mekah dan Madinah Al-Munawarah bersekutu dengan tentera British menghalau tentera Bani Uthmaniyyah sebelum Sultan Abdul Aziz Ibn Al-Saud diangkat sebagai Raja Hijaz yang baru selepas Syarif Hussein bin Ali menjadi raja buat sementara waktu.

➡️➡️Apa hujahnya:-

🗒️Raja Abdul Aziz Ibn Al-Saud memiliki sebuah keluarga yang amat besar mempunyai anak-anak yang ramai dan mempunyai isteri-isteri yang ramai.

🗒️Antaranya yang pernah menjadi Raja Saudi hasil keturunannya iaitu:-
1. Raja Saud
2. Raja Faisal
3. Raja Khalid
4. Raja Fahd
5. Raja Abdullah
6. Raja Salman

--------------------------------------------------------------------
➡️Antara anak-anak yang lain:

Putera Muhammad
Putera Nasser
Putera Saad
Putera Mansour
Putera Turki
Putera Talal
Putera Nawwaf
Putera Muhammad Nayef
Putera Mutaib
Putera Muqrin dan ramai lagi.

📖Kita hari ini sedang melihat dimana zaman pemerintahan Raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al-Saud sedang alami masalah dalaman dan perubahan politik dan ekonomi, sosial sebagainya. Selepas Raja Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al-Saud melantik anak baginda sebagai Putera Mahkota Mohamed bin Salman bin Raja Abdul Aziz Ibn Al-Saud, membuat saudara mara keturunan Saud menggigit jari dan perasaan tidak puas hati telah berlaku.

📖Inilah yang berlaku sekarang ditambahan dengan ancaman golongan Syiah - Wallahu A'lam.

📖Dalam Hadith Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda: "Umat aku setiap 100 tahun Allah SWT akan pembaharu dalam urusan agama (Mujaddid)."

Dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah para ulamak sepakat mentakwil hadith ini mengatakan bahawa Imam Al-Mahdi iaitu Muhammad bin Abdullah cucu cicit Baginda Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam termasuk dalam kategori (Mujaddid) dan Imam Al-Mahdi akan meninggikan agama ini melalui penguasaannya sebagaimana dijelaskan dalam Hadith.

📖 Ibnu Khaldun mengatakan: "Ketahuilah Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam menyatakan pada akhir zaman seorang lelaki dari pada ahil-Bait yang akan menguatkan agama dan menegakkan keadilan."

📖Hadith yang lain diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud Hadith daripada Sayyidina Ibnu Umar r.a. berkatanya Rasulullah Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda:

➡️"Tidak terjadi hari kiamat sehingga keruntuhan Masjidil Al-Aqsa, kehancuran Kota Yathrib (Madinah), peperangan besar (Malhamah Al-Kubra'), pembukaan Kota Constantinople dan zahirnya Dajjal."
(Hadith direkodkan oleh imam Abu Dawud)

Hadith-Hadith tentang Imam Al-Mahadi/Mahdi adalah bertaraf Hadith Mutawatir kerana ia diriwayatkan oleh para sahabat seramai 33 orang para sahabat.

📖Dalam sebuah Hadith daripada Dzar bin Abdullah daripada Nabi Shollalllahu Alaihi Wasallam Bersabda bermaksud:

➡️"Sekiranya dunia tinggal sehari sahaja (sebelum kiamat), nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya sesorang lelaki daripada keturunanku atau daripada kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman (sebelum itu)."
Hadith diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan At-Tirmidzi).

🗒️Kredit : Muhammad Azzuddin Othman

SUMBER: Unais Network

Wednesday, 14 June 2017

KENYATAAN TEGAS DAN BERANI QATAR BERIKUTAN DIPULAU DAN DIDESAK NEGARA ARAB


Hasil carian imej untuk Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani (Foto: Reuters)
Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani, Qatar's Foreign Minister (Foto: Reuters)

Doha - Sejumlah negara Arab telah memutuskan untuk menghentikan hubungan diplomatik dengan Qatar. 

Menghadapi peminggiran ini, kerajaan Qatar berkata bahawa mereka tidak akan menyerah. Qatar juga menolak setiap campur tangan dalam dasar luar negaranya.

Dalam wawancara dengan agensi berita AFP, Emir Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani berkata, seruan Arab Saudi dan sekutu-sekutunya tentang perubahan dalam dasar Qatar merupakan hal yang tidak boleh diterima.

"Tidak ada negara yang berhak mencampuri dasar luar negara kami," tegas penguasa Qatar itu seperti dikutip dari AFP, Jumaat (9/6/2017).

Beliau juga menolak penyelesaian dengan ketenteraan sebagai pilihan untuk menyelesaikan krisis ini. Tegasnya, Qatar akan bertahan walaupun negara-negara Teluk Arab menyisihkannya.
Hasil carian imej untuk arab islamic american summit reuters
Dari Kiri: Emir Qatar (Sheikh Tamim Bin Hamad al Thani), Putera Mahkota Abu Dhabi (Sheikh Mohammed bin Zayed al Nahyan), Presiden Amerika Syarikat (Donald Trump), Raja Arab Saudi (Raja Salman bin Abdulaziz al Saud) dan Raja Jordan (Raja Abdullah II) bergambar ketika Sidang Kemuncak Arab-Islam-Amerika di Riyadh, Arab Saudi, May 21, 2017. (Foto: Reuters)

"Kami tidak bersedia untuk menyerah, dan kami tak akan pernah bersedia untuk menyerahkan kemerdekaan dasar luar negara kami," ujarnya sambil menambah: "Tiada yang akan mematahkan kami."

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dengan alasan negara tersebut menyokong kumpulan ekstrem, juga kerana kaitan Qatar dengan Iran, musuh utama Saudi. Kerajaan Yaman, Libya, Maldives dan Mauritania kemudian juga turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Atas tuduhan menyokong keganasan, kerajaan Qatar menafikan tuduhan itu dan membantahnya dengan tegas. Negara tersebut juga telah menyatakan kesediaan untuk berdialog bagi menyelesaikan krisis ini.



KENAPA ARAB MUSUHI HAMAS, IKHWAN LEBIH DARIPADA ISRAEL?

Kenapa Arab musuhi Hamas, Ikhwan lebih dari Israel?
“MUSUH Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”

Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel?  

Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali?

Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran?

Ada tiga jawapan yang saling berkait iaitu: menjaga hubungan dengan Amerika yang memberi pulangan ‘petroDollar’ kepada negara Arab; memelihara proksi Arab Saudi di Timur Tengah; dan menyekat potensi pesaing kepada kepimpinan Arab Saudi pada masa hadapan.

Krisis Qatar memasuki episod baru apabila Arab Saudi memberi amaran agar Qatar segera memutuskan hubungan dengan Hamas dan Ikhwan Muslimin.  

Sama sekali bukan rahsia bahawa Hamas ialah benteng yang menghalang Palestin daripada dijajah Israel sejak sekian lama.  

Ikhwan Muslimin pula bukan sekadar pernah membantu perkembangan pendidikan di dunia Arab yang dahulu dibelenggu buta huruf yang kritikal, tetapi juga dalam sektor perniagaan, kesihatan dan kesukarelawanan.  

Ikhwan Muslimin mempunyai sejarah panjang yang cukup berpengaruh dalam peta dunia Arab hari ini.

Malah Hamas di Palestin sebenarnya ialah cawangan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.

Membezakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan politik lain ialah doktrin fundamentalnya dengan Islam, termasuklah berkenaan menolak hegemoni Amerika Syarikat dan penjajahan Zionis.  

Sebaliknya raja-raja negara Arab memerlukan sistem petrodollar Amerika di mana hasil petroleum mereka yang dilaburkan dalam mata wang Dollar memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding melabur atau menggunakan hasil minyak dalam negara mereka semata-mata.

Berkembangnya pengaruh Ikhwan dalam negara mereka bakal menjejaskan pulangan lumayan petroleum mereka ini bila mana legitimasi politik mereka terhakis lalu menjejaskan hubungan dengan Washington.

Umum mengetahui bahawa Washington dipengaruhi kuat para pelobi pro-Israel lantas jika negara Arab ini memberi pengiktirafan kepada Hamas dan Ikhwan yang dianggap sebagai ‘pengganas’ oleh Israel dan Amerika, maka pendapatan lumayan mereka bakal terjejas.  

Perlu diketahui pendapatan ini bukan hanya menampung pentadbiran negara mereka, tetapi juga membiayai ‘survival’ atau kelangsungan rejim monarki yang digasak hebat arus pendemokrasian.

Kedua-dua gerakan Hamas dan Ikhwan juga mencabar secara langsung sekutu atau proksi Arab Saudi di dua kawasan berpengaruh iaitu rejim Al-Sisi Mesir dan autoriti Palestin pimpinan Fatah yang direstui Arab Saudi.  

Mesir ialah sekutu penting bagi Arab Saudi kerana bukan sahaja jumlah populasinya yang besar, tetapi juga kerana lokasi strategiknya, di samping saiz angkatan tentera kedua terbesar dalam kalangan negara Islam selepas Turki.  

Maka apabila Al-Sisi menghapuskan dasar bantuan Mesir kepada Hamas Palestin seperti mana yang dilaksanakan di era Morsi, ia memberi isyarat yang positif untuk bersekutu dengan Arab Saudi yang menjaga kepentingan hubungan baik dengan Amerika, iaitu sekutu Israel.  

Fatah pula lebih mudah untuk menjadi pelaksana agenda Arab Saudi di Palestin berbanding Hamas, terutama sekali apabila melibatkan rundingan dengan Israel.  

Hal ini dipengaruhi keengganan Hamas untuk berunding sama sekali dengan Israel selagi mana penjajahan dan pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin berleluasa.  

Sebaliknya pendekatan lunak Fatah bakal memberi laba imej ‘positif’ Arab Saudi di mata Washington – disamping memelihara reputasinya sebagai pemimpin dunia Islam, meskipun rundingan demi rundingan terbukti kurang berhasil tanpa langkah ofensif.

Lingkungan pengaruh Ikhwan yang luas di Qatar, Mesir, dan negara-negara Arab lain turut dianggap sebagai ancaman strategik jangka panjang buat rejim monarki.  

Ikhwan bukan semata-mata gerakan politik, tetapi juga ialah gerakan profesional serta dakwah yang tersebar luas yang berupaya mengakumulasi pengaruh dalam kalangan massa.  

Maka berbeza dengan iklim politik yang agak terbendung di beberapa negara Teluk, gerakan Ikhwan berupaya untuk bergerak secara aktif dan meluaskan pengaruh dalam sistem berasaskan demokrasi.  

Maka jika Turki pada hari ini yang mesra Ikhwan sahaja sudah berupaya untuk menyaingi hegemoni Arab Saudi dalam Dunia Islam, tentu sekali jika lebih banyak negara lain berjaya dikuasai Ikhwan maka pengaruh dan kepimpinan Arab Saudi akan lebih terpinggir.  

Lihat sahaja respon Arab Saudi dan sekutunya setiap kali gerakan Islamis dan Ikhwan berjaya selepas memenangi pilihan raya di mana-mana negara, sama ada di Mesir, Turki, Algeria, mahu pun di Palestin sendiri.  

Ringkasnya, “Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”.

Soalnya kini, selama manakah hubungan status quo segi tiga secara tidak langsung antara Arab Saudi, Amerika Syarikat, dengan Israel ini akan berkekalan?

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)