Showing posts with label ITBM. Show all posts
Showing posts with label ITBM. Show all posts

Wednesday, 29 May 2019

UNTOLD STORY - YAB TUN DAN PEMIMPIN DUNIA

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
SUMBER: INTERNET @ MR. GOOGLE
Suatu ketika dulu, pemimpin dunia Vladimir Putin hadir sendiri ke kediaman Dr. Mahathir menuntut ilmu TANPA BERJADUAL; dan tiap kali beliau memberikan pendapat pula (jarang sekali & amat segan pula beliau pandang direct ke mata Dr. Mahathir) kerana lawatan beliau ke kediaman Dr. Mahathir ketika itu katanya teringin nak dapatkan tips & nasihat supaya segera menyelamatkan negara Russia suatu ketika dulu ketika ekonomi mereka dilanda kemelesetan (angkara penyembah2 setan).

Tahukah kita semua...?

Tak pernah2 dibuat oleh mana2 pemimpin akhir zaman setakat ini seorang kuasa besar dunia (blok agama Nabi Isa) mengadap seorang 1 lagi pemimpin dunia (blok agama Nabi Muhammad) yang bakal menguasai pemerintahan akhir zaman di masa depan kelak "selepas pemimpin yang betul" mewarisinya nanti.

Dan selepas mendapat nasihat Dr. Mahathir, wabak merosotnya ekonomi Russia & benua Eropah pada "tahun tersebut" ANEH SEKALI menjadi mujarab sekali kesannya dan Russia keluar dari masalah ekonomi dunia. Akibat BERKESANNYA sentuhan Dr. Mahathir inilah (tanpa dunia mengetahuinya, akhirnya Malaysia dihadiahkan oleh negara Russia peluang untuk terbangkan MANUSIA PERTAMA yang berpeluang solat secara terapung atas tiket ANGKASAWAN di angkasa lepas selama berhari² berminggu² & menjadi rekod pertama dunia di akhir zaman & peluang ini tak pernah pun dikurniakan. Pada ketika inilah ILMU FEKAH dalam bab tayamum menjadi 1 BAB BAHARU kerana wuduk boleh disempurnakan cukup dengan menekap di dinding Stesen Angkasa dan arah kiblat adalah direct ke BUMI kerana kelajuan tawaf stesen angkasa lebih laju dari putaran bumi. 

BAHKAN kalau ikutkan hukum Solat pula sepatutnya seorang Muslim kena solat (5 kali DARAB 16 kali dalam Stesen ISS) sebab kat ISS maghribnya 16 kali syuruknya pun 16 kali kerana dalam masa 24 jam terbit terbenamnya matahari berlaku sebanyak 1 kali setiap 90 minit; dan anak Melayu adalah pemegang rekod akhir zaman ini. (Pemuda hensem itu anak seorang wali tinggi Negeri Sembilan.) 
.
No photo description available.
SUMBER: INTERNET @ MR. GOOGLE
Russia bukan tak tahu menahu siapa orang MELAYU, bahkan dekat Russia sahaja terdapat ratusan KERIS MELAYU yang bersepah² dalam simpanan bangsawan ELITE mereka sedangkan keturunan mereka bukanlah penjajah, faham tak...? Patutnya penjajah ler yang banyak koleksi harta² rampasan; bahkan di universiti terkemuka Russia sudah jelas menyediakan SUBJEK BAHASA MELAYU sebagai 1 mata pelajaran yang apabila dituntut kebanyakan anak² Russia maka sikap mereka akan jadi SANGAT BAIK dan jauh lebih Melayu dari anak Melayu yang harini gilakan seluar jeans sedangkan mereka di sana mengimpikan kalaulah dapat jadi macam orang Melayu, sweet jer...

Selepas pertemuan Vladimir Putin inilah, maka ikatan antara perdagangan Petroleum dikatakan akan dibuat menggunakan matawang emas, tidak lagi menggunakan matawang DIGITAL (yang boleh dibuat² angkanya). Sejak dari peristiwa inilah Malaysia adalah satu²nya negara milik umat Islam (rasanya 1st di dunia sebelum difollow negara lain) yang diberikan PAKEJ VIP untuk memiliki pesawat tempur Sukhoi (mungkin versi 30MKM). Katanya pesawat ni boleh terapung macam "pepatung" dan gostan di udara PADA 1 TITIK SAMA, sedangkan pesawat lain kena KONA PUNYALAH JAUH untuk kembali ke titik koordinat yang sama. Harap korang paham ler...

Dr. Mahathir adalah anak Melayu berdarah kerabat pada sebelah emaknya dari Diraja Kedah DIRECT dari susur galurnya Merong Mahawangsa yang berjalurkan Nabi Iskandar Zulkarnain yang disebut namanya jelas dalam kitab purba sejak ribuan tahun dulu. Adalah menjadi sebab kenapa KENAPA SAMPAI SEKARANG ini pun banyak wali² dunia pandang SANGAT TINGGI dengan Dr Mahathir. Adalah sebabnya kenapa pemimpin² luar diam² datang menuntut ilmu dengannya. Ada sebabnya kenapa orang² ARAB jatuh cinta dengan Malaysia. Mestilah bersebab kenapa Yahudi Zionis undurkan tentera dari mengepung pejabat pemimpin Palestin ketika tangan Yasir Arafat DAIL TELEFON Dr. Mahathir, dengan hanya 1 sentuhan TANDA AMARAN dari Dr. Mahathir jer... Tak sampai beberapa jam tentera Yahudi undur dari kepungan TANPA SOAL pun...
Image result for tun m & yasser
SUMBER: INTERNET @ MR. GOOGLE
Menaip lebih² pun nanti akan nyebabkan baka-baka JAHAT dari golongan taksub pimpinan pujaan meroyan tak sudah walhal si penulis status ini LANGSUNG TAK PERNAH MENGUNDI lagipun golongan² kami ni HANYA memihak pada baka² BAIK jer. Tau tak... Ada yang melabelkan anak² bini pemimpin² negara PUN tak pakai tudung apa barang nak ikut dia, kan...? Jawapan mudah untuk golongan cikai dari puak² undi bendera masuk syurga ini HANYA SATU jer jawapan yang layak diberikan iaitu...? Apa barang nak dibandingkan mereka yang LEGEND ini (di akhir zaman ini) sedangkan anak Nabi Nuh pun degil tak ikut nasihat sampai Allah bagi warning kepada baginda dari mendoakan anaknya yang derhaka, alangkan isteri Nabi Luth pun tak ikut nasihat beliau sebelum bandar kediaman mereka diletupkan akibat ditebalikkan namun derhaka juga untuk melihat ledakan radiasi dengan menoleh ke belakang, kan...? Apakah sebagai anak Melayu & sebagai seorang LELAKI ISLAM tidak pernah terdetik di hati mereka untuk menasihati isteri masing² agar menutup aurat...? Maka sudah semestinyalah mereka ada melakukannya MUNGKIN setiap bulan, mungkin setiap minggu, bahkan mungkin setiap malam sebelum tidur pun menasihati berulang tanpa bosan, makanya MUNGKIN kat akhirat esok² terlepas beban ini pada suami di MAHSYAR kalau isteri mereka mati dalam keadaan berbaki tak ikut nasihat suami, apabila suami ditanya tuhan depan isterinya di akhirat, maka terlepaslah suami soleh di dunia... Jaga² dosa & pahala. Slek semacam jer SIAP...!!! ;) 
Image result for tun m & vladimir putin
SUMBER: INTERNET @ MR. GOOGLE
Apa guna perasaan SENTAP "tengah² baca status ni" sedangkan diri si pembaca jelas terbukti dari BAKA JAHAT yang memecahkan umat...? Sebesar manakah jasanya kamu wahai si pembaca pada umat Muhammad, pada agamanya, pada bangsanya, pada negaranya...? Sembang kencang jer lebih kat internet, ntah² zakat fitrah pun bayar mintak baki, ...? Tahu kan...? Bukti aku ni BAKA JAHAT ialah aku rasa SAKIT GILER lepas baca status ni walhal kenapa mesti aku SAKIT sedangkan penulis tak sebut nama empunya watak pun...? Ramai yang pertikaikan perbuatan Dr. Mahathir hari ini tapi ramai baka JAHAT dari pimpinan pujaan yang suka pecah belahkan umat Muhammad ni tak perasan kami & Dr. Mahathir mewarisi "sebahagian" ilmu Nabi Khidir (beliau masih hidup lagi), sampaikan Nabi Musa yang menganggap dirinya paling tahu segala²nya pun dititahkan tuhan mengadap Khidir sedangkan Musa boleh sahaja berbicara buat panggilan secara LIVE dengan tuhan tanpa perlukan iPhone apakan lagi Whatsapp.... Faham ke tak ni...? Faham ke kenapa Baginda Musa yang rankingnya dah pun RASUL tetap 3 kali gagal dengan seorang manusia "tak dikenali" yang rankingnya setakat Nabi jer (di zaman drama ini berlaku)... Kalau level ni pun masih tak lepas² apakan lagi tak pernah diceritakan oleh pimpinan pujaan yang pecah-belahkan umat dengan penebaran penyakit kebencian sesama saudara, maka bersegeralah SEMBELIH SIFAT BINATANG (Al-Baqarah) dalam jiwa baka² JAHAT ni sebelum layak jadi manusia (Al-Imran). 

Berbeza sungguh golongan mata LEBAH dan mata LALAT. Berbangganya kami mewarisi baka BAIK (yang dianggap jahat oleh golongan cikai maca sebahagian si pembaca) sebab keturunan² kami sentiasa menambah baik nilai hidup orang ramai. Tak macam anak² JAHAT (yang bajet dirinya baik) yang dilahirkan ibunya sendiri sampaikan ke saat ini pun terbukti suka memecah-belahkan umat di alam maya dengan SKILL VIRALNYA sebab bencikan sekian² pemimpin. 

Buktinya....? Sakit giler aku baca status ni sebab POINT DIA 100% betul bahkan hati aku mengesahkannya BETUL PULAK, sedangkan NAFSU JAHAT aku trigger jari-jemari aku bilang supaya segera menibai status ni lekas sebab aku ni SEMEMANGNYA dilahirkan untuk mewarisi BAKA JAHAT...? See...?
Rasakan...!!!

(Sengaja perenggan terakhir ni diHIGHLIGHTkan dengan suntikan rasa riak, sombong, dan takabur pada takat lebur dalam status artikel ni supaya mudah nak merangsang sifat JAHAT dalam baka famili warisan Abu Jahal & Abu Lahap yang duk baca senyap² status MULIA ni. 
Image result for tun m & vladimir putin
SUMBER: INTERNET @ MR. GOOGLE
Kalau anda masih dimainkan MUSUH lagi, keluarlah dari permainannya. Manusia menjadi MUSUH kepada apa yang tak diketahuinya. Kerana sejarah yang salah ditulis semula oleh MUSUH yang menang. 

"Dia Mengajar Manusia Apa Yang Tak Diketahuinya"
{ Wahyu Pertama , Ayat Ke-5 }
Misi Terahsia/1210

SUMBER: Misi.Terahsia

Wednesday, 22 November 2017

KEARIFAN SUKU MELAYU ACHEH DI PULAU PINANG

Pada dasarnya, pantun pengenalan yang disifatkan sebagai pantun alegori oleh Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh dalam pengenalan kajian sejarah yang ditelusuri dalam konteks sejarah dan kearifan dalam makalah ini mengenang kembali sejarah awal negeri Pulau Pinang. Hakikatnya, sejarah awal Pulau Pinang sering dimulakan dengan kedatangan Francis Light yang dilihat sebagai peneroka awal, pengasas bandar, budaya kosmopolitan, dan masyarakat kosmopolitan di negeri Pulau Pinang. Malah, pedagang Eropah dan Cina pula dilihat sebagai pengisi/ penyumbang penting kepada bandar, ekonomi bandar dan ciri kosmopolitan yang wujud di negeri Pulau Pinang. Oleh itu, cebisan dan peninggalan sejarah awal Pulau Pinang dan pensejarahan Pulau Pinang dalam konteks perkembangan sejarah Malaysia ialah kelompok yang berada di luar kumpulan penting yang disebutkan, iaitu kumpulan kolonial yang diwakili oleh Francis Light. Tegasnya, kisah dan sejarah asal usul petempatan orang Melayu Nusantara di Pulau Pinang belum benar-benar dikaji, digali dan ditonjolkan sepenuhnya (Mahani Musa, 2012: 1).

Kedudukan Aceh dan Hubungan Perdagangan Aceh dengan Pulau Pinang

Sebelum pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1786, Aceh merupakan pusat perdagangan penting di Selat Melaka. Selepas pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light dan keadaan anarki di Aceh menyebabkan peranan Aceh diambil alih oleh Pulau Pinang yang menjadi stimulus kepada perdagangan Sumatera Timur. Hubungan perdagangan segi tiga ini adalah regional trade Pulau Pinang sehingga mengangkat keunggulan Pulau Pinang sebagai pelabuhan entrepot kepada kawasan-kawasan ini di Utara Selat Melaka (Salina Zainol, 2005: xv)

Pada umumnya, Aceh dan Sumatera Timur merupakan kawasan pertanian dan perdagangan yang penting di utara Pulau Sumatera. Aceh adalah sebuah kerajaan merdeka yang terletak di barat laut pulau tersebut. Aceh terletak di bahagian Kepulauan Melayu yang terdekat dengan benua India dan Asia Barat (John Crawfurd, 1974: 2). Aceh mempunyai pelabuhan yang selamat dan jarak antara pantai-pantainya paling pendek, iaitu tidak lebih daripada 750 batu (John Crawfurd, 1974: 2). Kedudukan pantai-pantainya yang menghadap laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan Selat Melaka menjadikan Aceh penting sebagai tempat persinggahan pedagang (H. Mohammad Said, 1981: 17). Kedudukan Aceh di sebuah lembah yang penting untuk tanaman padi sawah, dan bahan-bahan makanan untuk melayani pedagang-pedagang  yang berlabuh di situ, telah memberi peluang kepada Aceh untuk muncul sebagai sebuah pelabuhan penting di Sumatera sebelum  pendudukan Pulau Pinang oleh British. Semasa era kemakmuran Aceh, kawasan pemerintahan Aceh meliputi daerah-daerah pesisir barat dan utara Pulau Sumatera dengan sebilangan sungai yang menghubungkannya dengan daerah-daerah kaya di pedalaman, iaitu tanah Batak dan tanah Minangkabau. Aceh telah menggunakan kelebihan keadaan geografinya membolehkan Aceh untuk meluaskan kawasannya lebih jauh dari lembah-lembah sungainya yang sempit di timur dan barat sehingga Trumon di pantai dan Tamiang di pantai timur.

Sejarah dan Perkembangan Suku Melayu Acheh Di Pulau Pinang

Orang Melayu Nusantara yang berada di Pulau Pinang, khususnya yang berasal dari Aceh sebenarnya merupakan penduduk Aceh yang terdiri daripada suku Aceh dalam daerah pokok; rumpun Melayu terdiri daripada suku Melayu yang mendiami kawasan-kawasan pesisir daripada Sungai Tamiang yang bersempadan dengan  Aceh sehingga ke Asahan dan suku Minangkabau di selatan kawasan Melayu serta di Batu Bara Siak, malah terdapat juga suku-suku lain dari rantau Melayu-Indonesia yang bermastautin di pelabuhan sekitar Aceh yang penting untuk perdagangan itu.

Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786 sebagai pelabuhan British telah mewujudkan perdagangan dari pelabuhan-pelabuhan tempatan di sekitarnya, khususnya Aceh. Malah, kewujudan Pulau Pinang sebagai sebuah pelabuhan bebas membolehkan pulau ini menyaingi pelabuhan Belanda di Melaka. Dari peringkat awal pembukaan Pulau Pinang, Francis Light telah dinasihatkan agar tidak mengenakan sebarang cukai di Pulau Pinang (K. G. Tregonning, 1965: 111). Namun begitu, titik tolak kepada kedatangan awal orang Aceh ke Pulau Pinang ialah disebabkan Pulau Pinang menjadi ‘transit’ yang penting bagi Aceh, dan  seterusnya mewujudkan perkembangan “regional trade” antara Aceh, Sumatera Timur, dan Pulau Pinang yang turut mempengaruhi perubahan sosial di Pulau Pinang. Salah satu perkara penting yang wujud hasil tumpuan ramai pedagang asing ke Pulau Pinang telah menjadikan masyarakat Pulau Pinang bersifat kosmopolitan seperti yang telah dilaporkan oleh Francis Light  dalam tahun 1788 bahawa: “…[o] ur new town contains  200 houses, Chinese, Malabars and  Malays…”. Setiap keturunan masyarakat lazimnya menduduki kawasan-kawasan tertentu contohnya Acheen Street didiami oleh pedagang-pedagang Aceh yang jelas membuktikan bahawa komuniti pedagang Aceh dan kewujudan pelbagai pedagang berlainan bangsa ini mendiami jalan-jalan atau kawasan-kawasan mengikut bangsa masing-masing, tetapi wujud hubungan antara mereka. Interaksi sesama mereka adalah dalam rangka kelas elit pedagang tanpa prejudis bangsa melalui perkahwinan yang berlaku sesama keluarga pedagang ini yang jelas dibuktikan melalui perkahwinan sesama keluarga pedagang ini, contohnya Sayid Mohamed Al-Attas, iaitu seorang pedagang berketurunan Arab yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Aceh dan Sumatera Timur telah mengahwini anak kepada Khoo Tiang Poh (Khu Poh) yang merupakan pedagang lada hitam di Sumatera Timur (Khoo Su  Nin, 1994: 22-23). Tegasnya, kewujudan Lebuh Aceh di Pulau Pinang jelas membuktikan bahawa Lebuh Aceh sememangnya telah dibuka oleh orang Aceh yang menetap di Pulau Pinang berdasarkan foto-foto berikut yang jelas menyimpulkan bahawa sejarah, kedatangan dan petempatan awal orang Aceh di Pulau Pinang telah memperkukuhkan lagi perkembangan agama Islam di Pulau Pinang melalui kewujudan Masjid Lebuh Aceh sebagai transit dan perhimpunan jemaah haji dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu sebelum bertolak ke Jeddah, Arab Saudi.
Foto ini jelas membuktikan bahawa kewujudan orang Aceh di sekitar Masjid Acheh, Pulau Pinang pada awal abad ke-20. Sumber:www.penangheritagecity.com/influential-muslim.
Foto lama Masjid Acheh sebelum ia dipulihkan. 
Foto Masjid Acheh selepas pemulihan dengan binaan baharu.
Jemaah haji dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu yang berhimpun di Masjid Lebuh Aceh beratur beramai-ramai dengan menaiki kapal untuk bertolak ke Jeddah, Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji di Mekah.Sumber: www.penangheritagecity.com/influential-muslim
Jemaah haji menaiki kapal yang digunakan untuk bertolak ke Jeddah, Arab Saudi.Sumber: www.penangheritagecity.com/influential-muslim

Kearifan Suku Melayu Acheh Di Pulau Pinang

Pada dasarnya, titik tolak ke arah kearifan Orang Melayu Acheh di Pulau Pinang bermula dari kewujudan orang Aceh dalam konteks orang Melayu Nusantara di Pulau Pinang seiring dengan kewujudan Acheh Street atau Lebuh Aceh sebagi pusat perdagangan dan pusat  perkembangan perniagaan rempah, pakaian, barang kemas, malah wujudnya restoran, kedai percetakan untuk buku-buku agama dan ejen pelancongan untuk perjalanan ke Jeddah sehinggakan Lebuh Aceh digelar sebagai “Jeddah Kedua”. Kesemua jemaah haji yang akan berangkat ke Jeddah, Mekah akan menaiki sebuah kapal yang dimiliki oleh sebuah syarikat British swasta: Mansfield & Co di bawah milik Syeikh Zakaria Basheer sebagai penjamin perusahaan ini, malah salah satu agensi tiket atas pada masa yang dipanggil Jeddah Pilgrims Ticketing Agensi. Agensi itu menggunakan alamat 87, Acheh Street sebagai pejabatnya.
Jenis tiket yang digunakan oleh jemaah haji untuk menunaikan haji di Mekah.Sumber: www.penangheritagecity.com/influential-muslim

Setiap tahun semasa musim haji, kawasan Lebuh Aceh akan dipenuhi dengan jemaah dan saudara-mara mereka. Mereka menunggu dokumen perjalanan mereka untuk diproses dan hal ini demikian telah menyebabkan hampir semua rumah-rumah di sekitar kawasan masjid yang disewakan. Namun begitu, aktiviti perhimpunan seluruh jemaah haji dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu di Masjid Lebuh Aceh dihentikan semasa Perang Dunia Kedua dan disambung semula selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1949. Sehubungan dengan itu, untuk menyelaraskan proses penghantaran haji dengan betul, kerajaan Malaysia menubuhkan satu badan rasmi (LUTH) pada awal 1970-an. Lantaran daripada penubuhan badan rasmi (LUTH) kedudukan dan keunggulan kawasan Acheh Street  telah hilang peranannya sebagai “Jeddah kedua”.  Namun begitu, pada tahun 1984, kewujudan pelbagai masjid Melayu dan kawasan sekitarnya telah diiktiraf oleh  Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia sebagai kawasan warisan yang telah dibaik pulih dengan sewajarnya. Kemudian, Acheh Street telah diiktiraf dalam Zon 5 Bandar Inner George Town sebagai sebahagian dari masjid dan rumah-rumah puak wilayah ini telah membantu dan memperkukuhkan kedudukan George Town untuk diiktiraf sebagai salah satu daripada Bandar Warisan Dunia oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) pada Julai 2008.

Warisan kearifan dan petempatan awal suku Melayu Aceh di Lebuh Aceh dengan tinggalan Masjid Lebuh Aceh sebagai transit bagi seluruh jemaah haji dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu yang berkumpul di Masjid Lebuh Aceh sebelum berangkat ke Jeddah, Mekah inilah menandakan bukti kearifan suku Melayu Aceh dalam sejarah petempatan awal suku Melayu Aceh di Pulau Pinang setelah membangunkan kawasan Lebuh Aceh, dan membangunkan perkembangan syiar Islam di Pulau Pinang yang terus dimantapkan dalam masyarakat, khususnya masyarakat yang beragama Islam di Lebuh Aceh dan seluruh umat Islam di Pulau Pinang dan umat Islam di Malaysia mengetahui akan keunggulan perkembangan syiar Islam di Lebuh Aceh seiring dengan pembinaan Masjid Lebuh Aceh, pusat perdagangan, pusat perkembangan perniagaan rempah, pakaian, barang kemas, termasuklah pembukaan restoran, kedai percetakan buku-buku agama dan Lebuh Aceh, suatu ketika dahulu berperanan sebagai kawasan ejen pelancongan untuk perjalanan jemaah haji ke Jeddah sehinggakan Lebuh Aceh digelar sebagai “Jeddah Kedua”.
Pemandangan dari udara daripada lokasi No 69, Acheh Street atau Lebuh Aceh, Pulau Pinang www.penangheritagecity.com/influential-muslim
Pengukus yang digunakan untuk mengangkut jemaah haji yang menaiki kapal yang akan berangkat ke Jeddah, Mekah.

Sememangnya terbukti bahawa orang Melayu dan suku Melayu Acheh sememangnya terkenal di Lebuh Acheh. Kawasan ini merupakan kawasan penempatan awal orang Melayu. Menurut Sheikh Omar Basheer pada abad ke-18,  Lebuh Acheh telah pun diduduki oleh pedagang-pedagang Arab dan India Muslim.

Maka, tempat ini dijadikan oleh mereka sebagai pusat penyebaran agama Islam di Gugusan Pulau-Pulau Melayu.Justeru, Salah seorang daripada pedagang-pedagang Arab ini ialah Tengku Syed Hussain Al-Aidid yang sememangnya sudah terkenal dalam kalangan orang Melayu Pulau Pinang. Pada tahun 1792, Tengku Syed Hussain Al-Aidid dan puak-puaknya telah berhijrah ke Pulau Pinang.

Rombongan mereka telah menetap di Acheen Street yang kini dikenali sebagai Lebuh Aceh. Kemudiannya, beliau telah membangunkan sebuah pejabat dan gudang untuk menjalankan perniagaannya di kawasan tersebut. Malah, berdasarkan harta yang dimilikinya, Kapten Francis Light turut menegaskan bahawa Tengku Syed Hussain Al-Aidid sebagai salah seorang  hartawan di Pulau Pinang pada ketika itu. Malah, Francis Light melihat kewujudan petempatan orang Melayu dari Nusantara yang sememangnya beragama Islam. Masjid merupakan perkara utama untuk dibangunkan bertujuan untuk menjalankan segala perintah Allah selain memperkembangkan syiar Islam, khususnya di Pulau Pinang.

Oleh itu, sebuah masjid telah dibina oleh Syed Hussain Al-Aidid di kawasan ini di sekitar tahun 1808. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Melayu di Acheen Street. Selain mendirikan sebuah masjid, Syed Hussain Al-Aidid juga memainkan peranan penting dalam menjaga hal-hal kebajikan orang Melayu di Lebuh Acheh. Beliau banyak membantu orang Melayu di kawasan tersebut. Menurut beliau, Syed Hussain Al-Aidid telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1820an. Beliau telah disemadikan berdekatan dengan Masjid tersebut.

Memandangkan Syed Hussain Al-Aidid banyak berjasa kepada masyarakat Melayu di Pulau Pinang, beliau mengharapkan pihak pemerintah hendaklah melakukan sesuatu sebagai tanda menghargai jasa-jasanya dan usahlah dibiarkan segala pengorbanannya yang lalu hanyut ditelan zaman dan generasi mendatang tidak mengenal sejarah Syed Hussain Al-Aidid yang menurut beliau yang pada ketika itu orang Melayu juga memainkan peranan penting dalam usaha mereka menyalurkan maklumat kepada kaum sendiri. Sehubungan dengan itu, wujudlah kegiatan persuratkhabaran Melayu di Pulau Pinang pada ketika itu.

Salah satu daripadanya ialah akhbar Sahabat Pena yang dikeluarkan pada 1938. Pengetuanya ialah S.M. Zainal Abidin. Dengan adanya persuratkhabaran Melayu sedikit sebanyak ia dapat memperkayakan minda orang Melayu pada ketika itu, terutamanya mengenai hal-ehwal Pulau Pinang. Selain itu, untuk menyampaikan mesej kepada orang Melayu, Boria merupakan salah satu daripada saluran yang digunakan. Beliau juga menyatakan bahawa pada ketika itu, pelabuhan di Pulau Pinang juga telah digunakan sebagai tempat perkumpulan bagi orang Islam yang hendak mengerjakan Haji.

Penutup

Secara keseluruhannya, sejarah dan kearifan yang dimiliki oleh suku Melayu Aceh di Pulau Pinang memainkan peranan penting di kawasan bandar. Oleh hal yang demikian golongan ini tidaklah boleh dikatakan sebagai golongan yang tinggal terpencil di kawasan desa sahaja. Dalam mengenang jasa, sejarah, ketokohan dan kearifan tokoh sejarah dan kearifan suku Melayu Aceh Pulau Pinang, iaitu Syed Hussain Al-Aidid, pihak kerajaan negeri dengan kerjasama pihak Arkib Negara Malaysia bersama Arkib Negara Malaysia Cawangan Pulau Pinang haruslah memberikan pengiktirafan kepadanya dan sejarah mengenainya haruslah dikembangkan kepada generasi mendatang. Dengan adanya sejarah dan tinggalan kearifan bagi sejarah dan kearifan suku Melayu Aceh Pulau Pinang melambangkan keunggulan suku Melayu Aceh Pulau Pinang juga dalam pembangunan Pulau Pinang suatu masa dahulu, terutamanya berkaitan perdagangan yang dijalankan oleh golongan India Muslim mahupun golongan bukan Islam.

Penulis merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Universiti Sains Malaysia (Minor: Sejarah) dan Penyumbang Karya Ilmiah dan Kreatif untuk Majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bibliografi

Abdul Aziz Ishak. 1987. Katak Keluar Dari Bawah Tempurung. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Ariffin Omar. 1999. Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan

Kerajaan Melayu Sumatera Timur Pada Tahun 1946. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jelani Harun (ed.) 2004. Ilmu Kesusasteraan Abad Ke-21. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Jelani Harun. 2004. “Kerjaya dalam Pendidikan: Guru Kesusasteraan dan Cabaran Semasa” dlm Jelani Harun (ed.) Ilmu Kesusasteraan Abad Ke-21: Pulau Pinang, Penerbit: Universiti Sains Malaysia.

Mahani Musa. 2003. “Menjejaki Sejarah Pulau Pinang” dlm Jendela Utara April,hlm 4-5.

Mahani Musa. 2012. “Sejarah yang Terpinggir: Petempatan Awal Melayu Pulau Pinang”. Kertas Kerja Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 26; Arkib Negara

Malaysia dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Salina Haji Zainol.  2005. Hubungan Perdagangan Aceh dengan Pulau Pinang.

Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Siti Hajar Che Man. 2014. “Salmah dan Aci Patmabi: Antara Realiti dengan Ilusi Pengarang” dlm. Dewan Sastera Mac hlm 29-30.

Talib Samat. 2013. Penulis dan Penulisan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.