Showing posts with label Jurusalem. Show all posts
Showing posts with label Jurusalem. Show all posts

Wednesday, 14 June 2017

KENAPA ARAB MUSUHI HAMAS, IKHWAN LEBIH DARIPADA ISRAEL?

Kenapa Arab musuhi Hamas, Ikhwan lebih dari Israel?
“MUSUH Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”

Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel?  

Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali?

Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran?

Ada tiga jawapan yang saling berkait iaitu: menjaga hubungan dengan Amerika yang memberi pulangan ‘petroDollar’ kepada negara Arab; memelihara proksi Arab Saudi di Timur Tengah; dan menyekat potensi pesaing kepada kepimpinan Arab Saudi pada masa hadapan.

Krisis Qatar memasuki episod baru apabila Arab Saudi memberi amaran agar Qatar segera memutuskan hubungan dengan Hamas dan Ikhwan Muslimin.  

Sama sekali bukan rahsia bahawa Hamas ialah benteng yang menghalang Palestin daripada dijajah Israel sejak sekian lama.  

Ikhwan Muslimin pula bukan sekadar pernah membantu perkembangan pendidikan di dunia Arab yang dahulu dibelenggu buta huruf yang kritikal, tetapi juga dalam sektor perniagaan, kesihatan dan kesukarelawanan.  

Ikhwan Muslimin mempunyai sejarah panjang yang cukup berpengaruh dalam peta dunia Arab hari ini.

Malah Hamas di Palestin sebenarnya ialah cawangan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.

Membezakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan politik lain ialah doktrin fundamentalnya dengan Islam, termasuklah berkenaan menolak hegemoni Amerika Syarikat dan penjajahan Zionis.  

Sebaliknya raja-raja negara Arab memerlukan sistem petrodollar Amerika di mana hasil petroleum mereka yang dilaburkan dalam mata wang Dollar memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding melabur atau menggunakan hasil minyak dalam negara mereka semata-mata.

Berkembangnya pengaruh Ikhwan dalam negara mereka bakal menjejaskan pulangan lumayan petroleum mereka ini bila mana legitimasi politik mereka terhakis lalu menjejaskan hubungan dengan Washington.

Umum mengetahui bahawa Washington dipengaruhi kuat para pelobi pro-Israel lantas jika negara Arab ini memberi pengiktirafan kepada Hamas dan Ikhwan yang dianggap sebagai ‘pengganas’ oleh Israel dan Amerika, maka pendapatan lumayan mereka bakal terjejas.  

Perlu diketahui pendapatan ini bukan hanya menampung pentadbiran negara mereka, tetapi juga membiayai ‘survival’ atau kelangsungan rejim monarki yang digasak hebat arus pendemokrasian.

Kedua-dua gerakan Hamas dan Ikhwan juga mencabar secara langsung sekutu atau proksi Arab Saudi di dua kawasan berpengaruh iaitu rejim Al-Sisi Mesir dan autoriti Palestin pimpinan Fatah yang direstui Arab Saudi.  

Mesir ialah sekutu penting bagi Arab Saudi kerana bukan sahaja jumlah populasinya yang besar, tetapi juga kerana lokasi strategiknya, di samping saiz angkatan tentera kedua terbesar dalam kalangan negara Islam selepas Turki.  

Maka apabila Al-Sisi menghapuskan dasar bantuan Mesir kepada Hamas Palestin seperti mana yang dilaksanakan di era Morsi, ia memberi isyarat yang positif untuk bersekutu dengan Arab Saudi yang menjaga kepentingan hubungan baik dengan Amerika, iaitu sekutu Israel.  

Fatah pula lebih mudah untuk menjadi pelaksana agenda Arab Saudi di Palestin berbanding Hamas, terutama sekali apabila melibatkan rundingan dengan Israel.  

Hal ini dipengaruhi keengganan Hamas untuk berunding sama sekali dengan Israel selagi mana penjajahan dan pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin berleluasa.  

Sebaliknya pendekatan lunak Fatah bakal memberi laba imej ‘positif’ Arab Saudi di mata Washington – disamping memelihara reputasinya sebagai pemimpin dunia Islam, meskipun rundingan demi rundingan terbukti kurang berhasil tanpa langkah ofensif.

Lingkungan pengaruh Ikhwan yang luas di Qatar, Mesir, dan negara-negara Arab lain turut dianggap sebagai ancaman strategik jangka panjang buat rejim monarki.  

Ikhwan bukan semata-mata gerakan politik, tetapi juga ialah gerakan profesional serta dakwah yang tersebar luas yang berupaya mengakumulasi pengaruh dalam kalangan massa.  

Maka berbeza dengan iklim politik yang agak terbendung di beberapa negara Teluk, gerakan Ikhwan berupaya untuk bergerak secara aktif dan meluaskan pengaruh dalam sistem berasaskan demokrasi.  

Maka jika Turki pada hari ini yang mesra Ikhwan sahaja sudah berupaya untuk menyaingi hegemoni Arab Saudi dalam Dunia Islam, tentu sekali jika lebih banyak negara lain berjaya dikuasai Ikhwan maka pengaruh dan kepimpinan Arab Saudi akan lebih terpinggir.  

Lihat sahaja respon Arab Saudi dan sekutunya setiap kali gerakan Islamis dan Ikhwan berjaya selepas memenangi pilihan raya di mana-mana negara, sama ada di Mesir, Turki, Algeria, mahu pun di Palestin sendiri.  

Ringkasnya, “Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel”.

Soalnya kini, selama manakah hubungan status quo segi tiga secara tidak langsung antara Arab Saudi, Amerika Syarikat, dengan Israel ini akan berkekalan?

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



Monday, 22 May 2017

PERTEMPURAN HATTIN: TENTERA SALIB “DISEKSA” OLEH SALAHUDDIN AL-AYUBI

Pertempuran Hattin (4 Julai, 1187) adalah sebuah pertempuran yang jelas menunjukkan kebijaksanaan Salahudin Al-Ayubbi, selaku sebagai salah seorang daripada jeneral perang paling bijak dalam peperangan, terutama dalam pertempuran ini. Dan dalam pertempuran inilah saya terpanggil untuk menjadikan naskah utama yang menceritakan tentang seni peperangan kepada kita iaitu The Art Of War dan juga Thirty-Six Strategies sebagai rujukan utama kita dalam bercerita tentang kebijaksanaan Salahudin Al-Ayubbi.

Baik, sebelum kita meneruskan perbincangan kita, moleknya saya cadangkan agar kita buat sedikit analisis tentang kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak dalam Pertempuran Hattin, untuk memudahkan lagi pemahaman kita tentang pertempuran yang tercetus di Medan Hattin ini.

Tentera Islam

– Komander Perang: Salahudin Al-Ayyubi
– Jumlah tentera: Lingkungan 20-30 ribu orang

Tentera Salib:

– Komander Perang: Guy dari Lusignan, Raymon III dari Tripoli, Gerard de Rideford, Balian dari Ibelin dan Raynald dari Chatillon

– Jumlah tentera: 20 ribu orang.

Pengenalan

Detik 1170 Masihi menyaksikan kepada kita bagaimana lahirnya seorang tokoh yang cukup dikagumi dalam sejarah Islam menyatukan seluruh kerajaan-kerajaan kecil Islam di sekitar Palestine, demi merebut kembali Baitulmaqdis ke tangan orang Islam.

Dalam masa yang sama, Raja Guy pula mendakwa dia pemilik takhta Kerajaan Jerussalem, melalui perkahwinanya dengan Sibylla, ibu kepada mendiang Raja Baldwin, seorang raja kanak-kanak-kanak. Kenaikkan Raja Guy ini disokong oleh Raynald dan juga tentera-tentera salib.

Namun pemangku Raja Baldwin iaitu Raymond III pula tidak puas hati dengan kenaikan Guy. Perang saudara pula hampir sahaja tercetus, dan mujurlah Balian dari Ibelin sempat masuk campur. Dalam masa yang sama, perjanjian keamanan yang dijalankan tercemar apabila Raynald telah menyerang caravan pedagang umat Islam, malah telah merogol dan membunuh adik perempuan Salahuddin sendiri.

Salahudin Al-Ayyubi yang masih berpegang teguh pada perjanjian yang dijalinkan dengan orang Kristian, menghantarkan utusan ke Guy untuk menuntut ganti rugi dan perhitungan yang seadilnya. Namun atas nasihat Raynald, maka Guy menghalau utusan tadi pulang, sekaligus mencetuskan peperangan.

Analisis Taktikal dan Strategi Kedua-dua Pihak

Baik, sekarang kita sudah jelas bukan tentang pertempuran ini? Maka kata saya mari kita meneliti pula tentang strategi perang yang digerakkan oleh Salahudin Al-Ayubi dalam menggempur 20 ribu orang tentera Salib. Maka izinkan saya memetik setiap strategi perang yang pernah diajarkan oleh Sun Tzu diulang semula dalam pertempuran ini.

1. Serang Wei Untuk Menyelamatkan Zhao

Strategi ini direkodkan paling awal dalam sebuah karya perang China yang bertajuk Thirty-Six Strategies. Maksud ayat “serang Wei untuk menyelamatkan Zhao” adalah bermaksud apabila musuh terlalu kuat untuk diserang secara terus, maka seranglah sesuatu yang sangat disayangi oleh musuh.

Sekejap… bagaimana strategi yang digunakan ketika era zaman China ini tiba-tiba boleh dijadikan rujukan utama untuk Pertempuran Hattin? Jawapannya sangat senang. Kita kena kaji strategi Guy dan tentera Salib dalam pertempuran ini.

Ketewasan tentera Islam sebelum ini adalah kerana apabila Guy menguasai sumber air terdekat dengan tentera Islam dan memanjang pertempuran selama mungkin, bagi membiarkan panas melemahkan tentera Islam sebelum memberi “final-blow” pada tentera Islam.

Salahudin Al-Ayyubi memang menyedari akan strategi Guy ini. Jadi, apa yang dilakukan oleh Salahudin Al-Ayyubi untuk menjauhkan Guy dari sumber air di Sephoria?

Maka sejarah mencatatkan strategi yang pernah digunakan di China pada 343 SM dahulu diulang balik. “Serang Wei untuk menyelamatkan Zhao” kembali digunakan oleh Salahudin Al-Ayyubi. Cuma kali ini, mungkin strategi itu berbunyi seperti “serang Tiberias untuk memandu Guy keluar.”

Ya, Salahudin Al-Ayyubi tidak terus menyerang Guy yang berkampung di Sephoria sebaliknya terus menghalakan ketumbukan askarnya ke arah Tiberias. Mahu menyelamatkan kubu mereka di Tiberias, Guy terus memimpin askarnya untuk menggempur tentera Salahudin Al-Ayyubi yang sedang menghala ke arah Tiberias.



2. “Apabila musuh sedang santai, buat mereka menderita. Apabila musuh sedang kekayangan, buat mereka lapar. Apabila musuh sedang berhenti, buat mereka bergerak!” – The Art Of War, Sun Tzu

Ramai yang bertanya kenapa saya begitu taksub membaca The Art Of War. Jawapannya mungkin di sini apabila kita mampu mengaitkan setiap strategi di dalamnya dengan pertempuran-pertempuran yang berlaku di seluruh dunia, bahkan mungkin di luar China juga.

Dan apa yang diceritakan oleh Sun Tzu dalam bukunya seperti diulangi oleh Salahuddin Al-Ayubbi di dalam bukunya. Pertama, Salahuddin Al-Ayyubi sedang bikin tentera Salib kelaparan, atau lebih sesuai kehausan.

Semua tahu yang Guy sedang memimpin askarnya ke arah Tiberias demi menghentikan Salahudin. Dan bentuk muka bumi di sekitar medan pertempuran mereka pula ialah padang pasir yang tandus, dan perkara utama berperang di muka bumi tandus ini ialah sumber air!

Sepanjang perjalanan Guy ke Tiberias, mereka singgah di air mata air di Turan yang berkedudukan 6 batu daripada Sephoria. Mereka berehat di air mata air itu. Selepas itu, meskipun Tiberias berjarak 9 batu jauhnya, Guy mengarahkan askarnya untuk terus menghalakan perjalanan ke Tiberias walaupun mereka tahu tiada sumber air di antara jalan ke sana.

Menyedari bahawa Guy telah jauh dari jarak sumber air di Turan itu, maka Salahudin Al-Ayyubi mengarahkan sayap kanan dan kiri berkudanya mengepung Guy dan menutup terus laluan untuk ke Turan. Sekarang ni Gay ada dua pilihan, untuk kekal di situ atau terus mara ke Tiberias kerana Tiberias ialah sumber air terdekat.

Percaya bahawa barisan askarnya tidak mungkin dapat menewaskan Salahudin yang sedang berkawal di mata air Turan, maka Guy dengan nasihat daripada Raymond untuk menuju terus ke sebuah lagi mata air bernama Hattin, yang lebih kurang 9.7 Kilometer dari lokasi mereka.

Diceritakan bahawa tentera salib berkampung di sebuah kampung bernama Meskana akibat terpaksa kerana dihimpit oleh tentera Salahudin Al-Ayyubi. Pada malam itu juga, Salahudiin memastikan bahawa semangat dan morale tentera Salib terus jatuh. Diceritakan bahawa malam itu juga, tentera Salahudin Al-Ayyubi solat, berzikir, azan, memainkan dram, melaungkan kata-kata semangat untuk pasukan mereka dengan sangat kuat sehinggakan boleh didengari oleh tentera Salib. Bahkan, rumput-rumput kering turut dibakar untuk menambahkan efek kehausan yang sedang dihadapi oleh tentera Salib. Inilah bentuk seksaan yang saya maksudkan dalam tajuk besar artikel ini.

Sekarang, Salahudin Al-Ayyubi telah melaksanakan satu daripada arahan taktikal Sun Tzu. Kalau musuh sedang kekenyangan, maka buat mereka kebuluran. Salahudin Al-Ayyubi sebenarnya sedang bikin tentera Salib kehausan! Bahkan Salahudin turut buat tentera Salib terseksa dan tidak senang duduk dengan segala provokasi yang menjatuhkan moral mereka. Ini bertepatan dengan sambungan frasa ini yang berbunyi, “…apabila musuh sedang santai, buat mereka menderita. Apabila musuh sedang berhenti, buat mereka bergerak!”

Bahkan pada waktu pagi itu, mereka diganggu pula dek asap yang diwujudkan oleh tentera Islam sehingga membataskan pengelihatan mereka. Kerana keterpaksaan, maka Guy menyuruh semua tentera Salib bersedia dan terus menuju ke arah mata air di Hattin dalam keadaan kepenatan dan kehausan yang amat sangat.

Serangan tentera Salib dapat dipatahkan oleh Salahudin Al-Ayyubi. Namun dua serangan daripada Raymond berjaya membelah barisan tentera Islam yang sedang berjaga lalu berjaya berada di luar perimeter kawalan tentera Islam. Namun oleh kerana mempunyai jumlah askar yang agak sedikit membuatkan Raymond tidak mampu mempengaruhi pertempuran lalu lari meninggalkan Guy terkontang-kanting.

Mereka akhirnya berundur sehingga di Tanduk Hattin, lalu terkepung dek tentera Islam yang berkawal penuh mengelilingi mereka. Akhirnya, menyedari kebanyakan tentera Salib telah berjaya dihabiskan oleh umat Islam dalam pertempuran ini, maka Guy sendiri menyerah kalah kepada Salahudin Al-Ayyubi apabila khemah Guy sendiri ditawan oleh tentera muslim.

Guy dilayan dengan baik oleh Salahudin Al-Ayyubi manakala Raynald dihukum bunuh kerana pengkhianatannya sebelum ini. Bertolak dari kemenangan ini, maka Salahudn Al-Ayyubi terus menawan beberapa buah jajahan dan kota seperti Acre, Jaffa, Nablus, Toron, Sidon, Beirut dan Ascalon. Lalu dari situ, Salahudin Al-Ayyubi terus menyasarkan Baitulamaqdis dan menawannya.


Thursday, 11 May 2017

BAGAIMANA BANGLADESH BOLEH TERPISAH DENGAN PAKISTAN?

Info Gambar: Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman

Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkan daripada Pakistan Barat sebagai salah satu daerah wilayah tersebut dan diberi nama sebagai Pakistan Timur. Dhaka pula dijadikan sebagai ibu negeri Pakistan Timur. Walaupun Pakistan Timur mempunyai sumber yang mencukupi dan demografi yang baik, namun seluruh kerajaan dan tentera Pakistan masih dikuasai oleh sebahagian besar golongan atasan di bahagian barat.

Kerajaan Pakistan yang sebahagian besarnya dikuasai oleh golongan atasan bahagian barat telah mengisytiharkan Bahasa Urdu sebagai bahasa rasmi untuk seluruh Pakistan. Hal ini menyebabkan munculnya rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat di timur. Pada 21 Ogos 1952, pelajar Bengali di Pakistan Timur telah bangkit demi bahasa ibunda mereka dan telah menentang keputusan tersebut. Namun begitu, beberapa pelajar telah terkorban dalam pertempuran demi bahasa ibunda mereka ketika bertempur dengan pihak polis. Pengorbanan yang cukup bermakna oleh pelajar-pelajar tersebut diiktiraf sebagai Hari Bahasa Ibunda Sedunia bukan sahaja di Bangladesh tetapi di seluruh dunia.
Hasil carian imej untuk pakistan dan bangladesh
Ketidakpuasan hati terhadap pihak di bahagian barat dalam isu kekuasaan ekonomi dan budaya membawa kemunculan Liga Awami sebagai suara politik paling berkuasa di Pakistan Timur. Pada 7 Mac 1971, Presiden Liga Awami dan Bapa Kebangsaan, Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman dalam ucapan yang penuh bersejarah di hadapan beratus ribu orang di Suhrawardy Udyan telah menyeru agar seluruh masyarakat di Pakistan Timur untuk melancarkan serangan menentang tentera Pakistan dan menyiapkan persediaan untuk Perang Kemerdekaan.

Selepas berlaku banyak krisis politik dan diskriminasi kedaerahan, Perang Kemerdekaan Bangladesh ( Muktijuddho ) pun meletus setelah Bangabandhu Sheikh Mujibur Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Bangladesh, sebelum beliau ditangkap pada pagi 26 Mac 1971 oleh tentera Pakistan. Presiden Yahya Khan dan tenteranya secara rasmi melancarkan operasi berdarah yang dikenali sebagai Operasi Searchlight kepada orang yang berdosa di Bangladesh untuk menghapuskan gerakan nasionalis Benggala.

Kerajaan buangan telah dibentuk oleh ketua Liga Awami, yang secara rasmi mengangkat sumpah di Meherpur, di daerah Kustia, Bangladesh pada 17 April 1971, dengan Tajuddin Ahmad sebagai Perdana Menteri pertama dan Syed Nazirul Islam sebagai Pemangku Presiden. Sebuah pasukan bantuan dikenali sebagai Mukti Bahani (Pejuang Kebebasan) telah dibentuk dan ahli-ahlinya berasal daripada tentera Bangladesh dan para pejuang rakyat.
Hasil carian imej untuk m a g osmani
Diketuai oleh M.A.G Osmani, tentera Bangladesh telah disusun kepada 11 sektor dan, sebahagian daripada Mukti Bahini, untuk mengetuai sebuah perang gerila secara besar-besaran menentang tentera Pakistan. Semasa perang tersebut, seluruh dunia menyaksikan peristiwa Pembantaian Bangladesh 1971, dimana tentera Pakistan bersama pasukan militan agama mengadakan pembunuhan berskala besar melibatkan pembunuhan masyarakat Bengali, para intelektual, pemuda-pemudi, para pelajar, ahli-ahli politik, para aktivis dan golongan minoriti agama.

Di tengah-tengah pengorbanan yang tidak terkira oleh rakyat Bangladesh, tentera Pakistan akhirnya mengalah kepada tentera gabungan Bangladesh-India pada 16 Disember 1971. Selama 9 bulan panjangnya rakyat Bangladesh perlu berdepan dengan Perang Kemerdekaan Bangladesh dan akhirnya mereka memenangi perang pada hari tersebut.



Friday, 5 May 2017

MENGUNGKAP MISTERI ISTANA KERAJAAN NABI SULAIMAN YANG DIGILAKAN YAHUDI

Hasil carian imej untuk istana lama nabi sulaiman
Mengungkap misteri istana kerajaan Nabi Sulaiman yang terletak di Jurusalem telah cuba dilakukan oleh para arkeologi dan penelitian tersebut ternyata membuahkan hasil dengan penemuan akan sisa bangunan yang dipercayai sebagai peninggalan istana kerajaan Nabi Daud dengan pusat ibukotanya. Namun, bagaimana dengan bekas kerajaan Nabi Sulaiman sendiri? Semak ulasan yang ada di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih jelas soal msiteri yang membuat banyak orang panasaran.
Hasil carian imej untuk istana lama nabi sulaiman
Selama pemerintahan Hizkia, perluasan tembok kota dilakukan sampai ke barat yang mungkin sekarang kita kenal dengan kota lama Jurusalem. Sisa-sisa peninggalan istana kerajaan Nabi Daud dipercayai telah ditemukan oleh seorang ahli arkeologi Israel, Eilat Mazar yang penemuannya diumumkan pada 04 Ogos 2005 dan di situ juga ditemukan situs pintu gerbang dengan lengkungan setinggi 60 kaki dan dinamakan struktur Batu Melangkah. Ada terdapat dapat Al-Quran bahawa orang Yahudi diperintahkan oleh Allah SWT, tepatnya penjelasan ini ada dalam Surat Al-Baqarah (2:58) bahawa orang Yahudi diperintahkan masuk ke negeri Jurusalem sehingga bisa menikmati hasil bumi sepuasnya dan untuk memasuki pintu gerbang sambil mengucap "Hitthah, nescaya kami ampuni kesalahanmu" seraya menundukkan diri.
Hasil carian imej untuk istana lama nabi sulaiman
Sayangnya, peninggalan kerajaan Nabi Sulaiman itu penemuannya belum pasti. Bahkan untuk mengungkap legenda misteri istana tersebut sudah dicuba dengan melakukan penggalian terowong di bawah tanah untuk mendapatkan situs tersebut. Penggalian dikhabarkan sudah sampai di bawah tempat suci umat Islam yang dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa, dan ini memacu kemarahan umat Islam kerana mereka khuatir bangunan tersebut akan rosak.

SEJARAH KERAJAAN NABI SULAIMAN

Diungkapkan oleh catatan sejarah bahawa Nabi Sulaiman dan Ratu Saba pernah bertemu dan hal ini tentu berdasarkan pada penelitian yang dilakukan di negeri tua Saba di selatan Yaman. Terungkap melalui penelitian terhadap reruntuhan bahawa di kawasan tersebut pernah hidup seorang "ratu" antara 1000SM hingga 950SM dan melakukan perjalan ke Jurusalem. Surat An Nami diketahui sebagai sumber lengkap segala hal berkaitan dengan pemerintahan, kekuatan politik dan ekonomi diantara dua orang penguasa tersebut.
Hasil carian imej untuk istana lama nabi sulaiman
Misteri bekas istana kerajaan Nabi Sulaiman seperti ada hubungan dengan Ratu Saba dan keterangan yang ada dalam surat An Nami menyatakan bahawa seekor burung Hud membawa berita dan burung ini merupakan salah satu tentera Nabi Sulaiman. Disebutkan juga dalam surat tersebut bahawa kerajaan dan istana yang mewah dan mengkagumkan dimiliki oleh Nabi Sulaiman, bahkan pada zaman itu, istana tersebut dipenuhi dengan teknologi canggih, banyak benda berharga dan karya seni yang luar biasa. Salah satu yang bakal membuat semua orang terkagum ialah pintu gerbang istana yang pembuatannya menggunakan bahan daripada kaca (gelas).
Hasil carian imej untuk pintu gerbang istana lama nabi sulaiman
Terjadi kemusnahan pada istana Nabi Sulaiman dan satu-satunya bahagian yang tertinggal ialah tembok istana yang kini dijadikan "tembok ratapan" oleh kaum Yahudi. Mengapa istana tersebut dihancurkan adalah kerana kesombongan yang disertai tindakan jahat bangsa Yahudi. Namun,tidak hanya istana yang menjadi mangsa kerakusan Yahudi, kemusnahan juga dilakukan di beberapa tempat lain sekitar Jurusalem.
Hasil carian imej untuk pintu gerbang istana lama nabi sulaiman

Masih diusahakan oleh para arkeologi Israel untuk membuktikan bekas peninggalan istana kerajaan Nabi Sulaiman kerana di dalam istana itu disebut-sebut terdapat banyak harta karun. Kerana sudah ribuan tahun, ada kemungkinan bekas istana tersebut ada jauh di dalam tanah; tertimbus. Ada juga khabar mengatakan selepas Nabi Sulaiman wafat, anaknya meneruskan pemerintahan beraja namun ketika iu banyak penduduk menjadi derhaka sehingga Allah SWT menghukum dengan gempa bumi dahsyat yang menyebabkan istana Nabi Sulaiman terbenam ke dalam tanah. Rupa-rupanya bukan mudah untuk mengungkap misteri istana kerajaan Nabi Sulaiman.

Nota: Istana Nabi Sulaiman ini lebih dikenali dalam kalangan kaum Yahudi sebagai Kuil Sulaiman (Temple of Solomon)