Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Thursday, 19 December 2019

APA ITU LTTE?

Image may contain: 1 person
Kumpulan Liberation Tigers of Tamil Elam, yang dikenali sebagai Tamil Tigers atau singkatan LTTE, adalah sebuah kumpulan militan pemisah yang berjuang untuk sebuah negara atau kawasan yang merdeka bagi bangsa Tamil yang menetap di Sri Lanka.

Seorang lelaki Tamil bernama Velupillai Prabhakaran telah menubuhkan pertubuhan ini pada tahun 1972 dan pada lewat tahun 1980an ianya adalah kumpulan militan Tamil yang paling dominan di Sri Lanka. Selepas beberapa kali rundingan yang menemui kegagalan, Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan perang terhadap kumpulan LTTE pada tahun 2006. Pada May 2009, tentera kerajaan telah mengalahkan LTTE dan membunuh Prabhakaran. Dianggarkan lebih kurang 70,000 orang yang terbunuh dalam konflik antara LTTE dan Kerajaan Sri Lanka. [1]
Image may contain: 1 person, smiling, text
Sejarah telah merakamkan bahawa LTTE telah melaksanakan beberapa pembunuhan yang mensasarkan individu yang terkenal, antaranya termasuklah pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Ghandi pada tahun 1991. LTTE terdiri dari sayap militan dan sebuah sayap politik. Sayap militan LTTE juga mempunyai sebuah pasukan tentera laut, unit tentera udara, unit perisikan, dan juga sebuah kumpulan khas pengembom berani mati. Antara banyak kes pengebom berani mati adalah dianggotai dari kalangan wanita.

Majoriti sumber kewangan LTTE berasal dari hasil sumbangan orang-orang Tamil yang menetap di luar negara; namun pada tahun 1980an, LTTE menerima bekalan dan latihan ketenteraan dari unit perisikan India. LTTE juga mendapatkan sebahagian daripada sumber kewangan mereka yang berjumlah sekitar USD $ 200 juta daripada hasil cukai dan juga peras ugut di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh mereka di bahagian timur laut Sri Lanka.

LTTE telah dibubarkan pada tahun 2009 selepas mereka dikalahkan oleh Kerajaan Sri Lanka dan sekitar 6000 ahli LTTE telah menjalani proses rehabilitasi dan reintergrasi. Kerajaan Sri Lanka pada tahun 2011 telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih wujudnya cawangan antarabangsa LTTE yang ingin membina semula pertubuhan tersebut.[2]
Image result for kekejaman ltte di sri lanka
Objektif utama LTTE adalah penubuhan sebuah negeri yang merdeka yang digelar Tamil Elam, untuk bangsa Tamil di Sri Lanka, di kawasan utara dan timur Sri Lanka, yang majoriti penduduknya terdiri dari bangsa Tamil.[3]

Mengikut bancian yang dibuat pada tahun 2001, majoriti penduduk Sri Lanka terdiri dari bangsa Sinhalese, yakni 82% dari keseluruhan penduduk Sri Lanka; purata penduduk bangsa Tamil di Sri Lanka adalah 9.4%, manakala penduduk Moors (keturunan Muslim) di Sri Lanka pula mengambil purata 7.9% dari keseluruhan penduduk Sri Lanka.[4]

Setelah Sri Lanka merdeka dari pemerintahan British pada tahun 1948, majoriti penduduk Sinhalese telah mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk Tamil, kerana penduduk Tamil sebelum ini telah diutamakan oleh pihak penjajah British.[5]

Prabhakan, ketua bagi kumpulan itu, menegaskan bahawa perjuangan untuk LTTE adalah permintaan daripada orang-orang Tamil; Walaupun ideologi pemisah menguasai pertubuhan LTTE, Prabhakan menyatakan pada satu sidang media pada tahun 2002 bahawa LTTE menginginkan autonomi dan kebenaran untuk masyarakat Tamil memerintah komuniti mereka sendiri, dan objektif mereka ini tidak semestinya memerlukan mereka merdeka dari Sri Lanka untuk menubuhkan negara sendiri.[6]
Image result for pembunuhan rajiv gandhi
Hierarki pertubuhan LTTE telah disusun di bawah pimpinan pengasasnya, Prabhakaran. Kumpulan LTTE mempunyai tentera dan pasukan laut dan udara, tapi mereka lebih terkenal dengan aktiviti pengeboman berani mati yang dijalankan oleh sebuah pasukan bersenjata yang digelar Black Tigers. Kumpulan Black Tigers ini mahir taktik serangan dari darat dan juga laut, dan mereka juga tahu cara perang gerila dan terlibat dalam pengeboman dan kes pembunuhan. Mereka juga merupakan pertubuhan pertama yang menggunakan taktik pengeboman bunuh diri secara besar-besaran.Begitu banyak senarai serangan dan kematian melibatkan militan LTTE.[7]

Oleh demikian itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyenaraikan mereka sebagai kumpulan pengganas dan selaras itu, ia diharamkan di Malaysia dan diikuti 32 negara lain.

Nota kaki:

[1] Bajoria, Jayshree. “The Sri Lankan Conflict.” Council on Foreign Relations. 18 May 2009. Web. Accessed 22 July 2013.

[2] ^ “LTTE international network still active: Lanka PM.” The Economic Times. 9 April 2011. Web. Accessed 22 July 2013. <articles.economictimes.indiatimes.com/2011-04-09/news/29400675_1_d-m-jayaratne-ltte-internationalnetwork>

[3] ^ “Liberation Tigers of Tamil Eelam.” South Asia Terrorism Portal. Web. Accessed 22 July 2013. <http://www.satp.org/satporgtp/countries/shrilanka/terroristoutfits/LTTE.HTM>

[4] ^ Bajoria, Jayshree. “The Sri Lankan Conflict.” Council on Foreign Relations. 18 May 2009. Web. Accessed 22 July 2013. <http://www.cfr.org/terrorist-organizations-and-networks/sri-lankan-conflict/p11407>

[5] Ibid

[6] ^ “Press Conference at Killinochi.” Eelam News. 10 April 2002. Web. Accessed 22 July 2013. <http://www.eelamview.com/2011/11/17/hon-v-prabhakaran-press-conference-at-killinochi-2002/>

[7] Senarai serangan LTTE:

1. May 3, 1986: Bomb planted on Sri Lankan Air flight carrying British, French, and Japanese tourists, at the Colombo airport set to fly to the Maldives. (14-16 killed, 23-39 wounded).

2. April 21, 1987: Car bomb explodes at a bus station in Colombo, killing civilians. (113-150 killed, 200 wounded).

3. June 2, 1987: Aranthalawa massacre of Buddhist monks on a bus in Eastern Sri Lanka. (33 killed).

4. July 5, 1987: A soldier drove an explosive-filled truck into a Sri Lankan Army camp in Nelliady, northern Jaffna, followed by a ground attack by a group of LTTE soldiers. (40 killed (GTD: 20 dead, 27 wounded).

5. October 10, 1988: Massacre in Mahakongaskada Village of civilians. (44-45 killed, 17 wounded).

6. June 11, 1990: Massacre of Police Officers in Kalmunai in eastern Sri Lanka. (144 killed (GTD); most other sources claim over 600).

7. August 3, 1990: Kattankudy mosque massacre; LTTE highly suspected but has not yet claimed official responsibility (112-150 killed).
Image may contain: 5 people, people smiling
8. May 21, 1991: Assassination of Rajiv Gandhi, former Prime Minister of India, and 14-18 others by a female suicide bomber, in Sriperumbudur, Tamil Nadu. The LTTE did not officially claim responsibility. (15-19 killed).

9. October 16, 1992: Motorcycle-based suicide attack in Colombo killed Chief Sri Lankan Navy Commander Vice Admiral Fernando and four other Navy personnel. (5 killed).
Image may contain: 1 person, smiling, food
10. May 1, 1993: Sri Lankan President Ranasinghe Premadasa is killed by a suicide bomber along with 23 others during a May Day rally in Colombo. (24 killed).

11. October 24, 1994: Female suicide bomber assassinates Gamini Dissanyake, Leader of the Opposition and United National Party candidate for the Presidential Elections, during a Colombo elections rally, (59 dead).

12. October 20, 1995: Explosion in Orugodawatte crude oil company by a suicide unit of four, killing 23 soldiers and two civilians. Fourteen storage tanks were destroyed, causing $61 million in damage. (25 killed, 32 injured).

13. October 22, 1995: Attack in Thamanagama fishing village and three other Eastern Sri Lankan villages. (50-66 killed).

14. November 24, 1995: Two female suicide bombers attack the Sri Lankan army headquarters in Colombo. (16 killed, 52 wounded).

15. December 23, 1995: Army ambush in Batticaloa district that killed 32 Sri Lankan troops, and a government-reported 60 rebels. (92-93 killed, 34 wounded).

16. January 31, 1996: A suicide bomber detonates an explosives-loaded truck at the Central Bank in Colombo. (91 dead, 1400 injured).

17. July 18, 1996: LTTE took control of a Sri Lankan army camp in the northeastern town of Mullaitivu. (1200 soldiers killed (BBC and Guardian)/150+ troops and 34 rebels killed (Reuters).

18. July 24, 1996: Explosive attack on a commuter train near Colombo. (60-61 killed, 391-600 wounded).

19. September 30, 1998: Major LTTE offensive on Sri Lankan Army at key city Kilinochchi, former LTTE base, near the Sri Lankan army's major Elephant Pass base, killing over 600-900 (varied estimates) Sri Lankan soldiers. (900 killed (varied estimates).

20. July 29, 1999: Neelan Thiruchelvam, a moderate Tamil MP member of TULF and involved in the government-backed peace process, was killed in a suicide attack in Colombo. (3 killed, 5 injured).

21. September 18, 1999: Attack on three villages in Sri Lanka's Eastern Province in an apparent retaliation for Sri Lankan army attacks on Tamil civilians early that week. (50 killed).

22. December 18, 1999: Assasination attempt on Sri Lankan President Chandrika Kumaratunga, who was injured in two bombings while campaigning for a second term during election rallies in Colombo. (15-34 killed).

23. April 23, 2000: Tigers take control of key Sri Lankan Army base in Jaffna, Elephant Pass, which they had been fighting to seek control since the Army takeover of the former LTTE stronghold in the Jaffna peninsula in 1995. ( 79 soldiers killed, 400+ injured, and 150 LTTE members injured).

24. June 7, 2000: Senior Sri Lankan Industry Minister CV Gooneratne assassinated in Colombo by a suicide bomber. (20-21 killed).

25. July 7, 2004: First suicide bombing in three years. LTTE female soldier in an apparent attempt to assassinate high-profile Hindu Affairs Minister Douglas Devananda, a voracious LTTE critic. (5 killed, 9 injured).

26. October 25, 2005: Foreign Minister Lakshman Kadirgamar, a key player in the peace process and close aide of President Chandrika Kumaratunga, was assassinated at his home in a suicide attack in Colombo. (1 killed).

27. April 9, 2006: Over 100 killed during a 2 week period, the most intensified fighting since the 2002 truce. (100+ killed).

28. June 15, 2006: Evidence suggests that the LTTE was responsible for a bus bombing in Aduradhapura district. (64 killed, 84 wounded).

29. October 16, 2006: Suicide bombing attack on Sri Lankan naval convoy buses in northeast region of Dambulla, one of the deadliest since 2002 peace. (95 killed).

30. May 9, 2009: Attack on civilians in Mullaitivu, Northern Province, Sri Lanka. (9 killed, 19 wounded).

SUMBER: R&D MRM

Monday, 25 June 2018

I LOVE PM - PENGALAMAN SAYA

Semasa bekerja di GLC, kami kerap didatangi oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri untuk menganjurkan majlis pembukaan rasmi projek baru oleh PM.

Pegawai inilah sebahagian dari 17,000 political appointees oleh Kerajaan BN.
Image result for 17 000 political appointees
Gambar Sekadar Hiasan
Walaupun pernah mengendalikan majlis sedemikian semasa bertugas didalam Kerajaan, saya agak terkejut kerana sangat berbeza seperti apa yang saya alami di GLC ini.

Tata kewangan Kerajaan sangat ketat dan semua pegawai kerajaan tertakluk kepada prosidur kewangan yang ditetapkan oleh MOF. Setiap peringkat pegawai mempunyai kuasa dan had kewangan yang diluluskan sehingga keperingkat Menteri Kewangan.
Image result for kementerian kewangan
Gambar Sekadar Hiasan
Kuasa Menteri Kewangan tiada hadnya dan ‘the buck stops here’. Perdana Menteri yang memegang jawatan Menteri Kewangan adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia dari segi kelulusan kewangan dan boleh menganugerah kontrak kepada sesiapa tanpa had, mengikut ‘his whims and fancy’.

Itu sebab saya sangat bersetuju Perdana Menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan.

Prosidur kewangan di GLC pula sangat berbeza dimana tampok kuasa kewangan hanya dipegang oleh MD atau CEO dan pegawai bawahan tidak mempunyai banyak kuasa berbanding pegawai dalam Kerajaan.

Walaupun GLC mempunyai team audit dalaman dan luaran, fungsi dan kuasa mereka sangat terhad berbanding kuasa Audit Negara didalam Kerajaan. Audit team di GLC melapur kepada Audit komiti yang terdiri dari ahli BOD. Ramai ahli BOD pula adalah dari lantikan politik mewakili parti BN dan Umno.

Dengan kelonggaran ini, ahli politik umno sangat gemar memperalatkan GLC sebagai ‘gold mine’ mereka.

Semasa pembukaan rasmi sebuah projek masjid di Klang saya saksikan sendiri bagaimana macai dan PR team PM memperalatkan GLC untuk memperkenalkan konsep ‘I love PM’ kepada orang ramai.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Seminggu sebelum program dijalankan, PR team PM sudah mula menjalankan tugas dengan merancang setiap program secara terperinci.

Memandangkan warga GLC dan penduduk tempatan masih tidak mencukupi untuk meramaikan majlis, team PM mengimpot ahli ahli BN/umno dari bahagian berdekatan untuk hadir bersama dimana GLC dipaksa menaja kos pengangkutan. Untuk membawa beribu penyokong umno dari bahagian berdekatan bukannya murah.

Team PR Najib membawa semua khemah tertutup berhawa dingin, kerusi meja, pentas, genset, peralatan PA dan sajian catering untuk 5000 orang. Ini yang dinamakan ‘gravy train’ kerana ramai macai yang menyediakan nya dengan bayaran kos yang tinggi. Akhirnya semua kos akan dibilkan kepada GLC.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Orang ramai diarahkan datang beberapa jam sebelum kedatangan PM dan team PR mengajak warga GLC memegang placard ‘I Love PM’ dan mengajar melambaikan nya dilaluan PM nanti.

Pada masa itu saya rasa seperti kebudak-budakan kerana perkara sama dilakukan semasa saya dizaman persekolahan rendah, diajar menjerit ‘Daulat Tuanku’ ditepi jalan hadapan sekolah setiap kali Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor menziarahi Muar pada tahun 70’an dahulu, come rain or shine.

Senior staffs dan ahli Board of Director pula diajar menyanyi jingle ‘I Love PM’ diatas pentas bersama Najib pada akhir majlis nanti.

Apabila PM muncul maka berialah semua yang hadir melambai placard dan menjerit ‘I Love PM’. Saya lihat muka Najib sangatlah riang gembira memerhatikan telatah rakyat yang sangat sayangkan PM mereka.

Setelah selesai semua upacara pecah tanah dan ucapan wajib, maka semua senior staffs dan ahli BOD naik keatas pentas menyanyi lagu patriotik dan jingle ‘I Love PM’ bersama penyanyi undangan mengerumuni Najib, sambil yang lain menikmati makanan catering yang sangat enak seperti sajian di hotel 5 bintang.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Begitulah bagaimana PM dijulang dan disanjung tinggi seperti sebuah sketsa yang telah di choreograph dan skrip ditulis oleh PR team Najib.

Kemana Najib pergi, PR team beliaulah yang menentukan lakunan yang akan dilakukan oleh penyokong umno dan rakyat jelata.

Lama kelamaan Najib menjadi ‘out of touch’ dengan kehidupan rakyat marhaen dan ‘detach from reality’ sehinggakan beliau berasa disayangi oleh rakyat walaupun ianya plastik sahaja.

Najib ibarat seorang hero yang hidup didalam satu lakunan drama dengan macai disekeliling sebagai pelakun tambahan, director, propman dan cameraman.

Beliau dikelilingi orang yang mendapat dedak dari ‘gravy train’ dan tidak memahami kesusahan rakyat kerana saluran info beliau hanya dari pembodek sahaja.
Image result for i love PM
Gambar Sekadar Hiasan
Selesai upacara pecah tanah projek, GLC terpaksa menanggung bil berjuta ringgit yang perlu dibayar kepada kontraktor ‘gravy train’ untuk upacara selama 2 jam itu.

Jauh disanubari saya terfikir apakah tujuan dan maksudnya istilah memuja ‘I Love PM’ ini?

Bukankah lebih baik konsep ‘I Love Malaysia’ sebagai slogan perpaduan rakyat berbilang kaum?

Begitu juga idea Satu Malaysia ini yang sebenarnya diadaptasikan dari konsep Yahudi iaitu One Israel. Konsep atau slogan Yahudi ini dimulakan oleh Israel pada tahun 1999 oleh Ehud Barak Perdana Menteri Israel.

Wahai pemimpin, jadilah seperti Khalifah Umar bin Al Khattab yang suka meronda diwaktu malam untuk mendengar sendiri rintihan rakyat, bukan mendapat feedback dari pembesar dan pembodek sahaja.

Semoga Kerajaan PH mengambil iktibar dari kejatuhan Najib dan Parti Sarkis ini.
Image may contain: 18 people, people smiling

Catatan oleh:
Ir. Haji Zainuddin Haji Omar


Thursday, 5 October 2017

THE LITTLE PRINCE - TEMA DAN PENGAJARAN

Le Petit Prince atau The Little Prince merupakan sebuah novel berbahasa Perancis yang diterbitkan pada tahun 1943, karya seorang juruterbang, penulis, penyajak dan Aristokrat Perancis iaitu Antoine de Saint-Exupéry. Novel ini merupakan di antara novel yang paling banyak diterjemah dan dinobatkan sebagai novel terbaik pada abad ke 20 di Perancis. Novel ini juga sangat lah laris dijual, sehingga mencapai 140 juta terbitan yang dijual di seluruh dunia sekali gus menjadikan ia di antara buku-buku best-sellers yang pernah diterbitkan. Para bibliophile di luar sana pasti pernah membaca apatah lagi mendengar tentang novel The Little Prince ini, yang merupakan di antara novel-novel yang digalakkan untuk dibaca oleh setiap orang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Pada tahun 1974 dan 2015, novel The Little Prince telah diadaptasi sebagai filem dengan tajuk yang sama. Filem animasi yang ditayangkan pada tahun 2015, yang berdurasi hampir 2 jam itu, mempunyai jalan cerita yang hampir serupa, dilengkapi dengan kesinambungan kisah daripada novel asal di samping fokus dan mesej utama yang cuba diketengahkan adalah sama.

Melihatkan tajuk novel/filem The Little Prince ini, pembaca akan berfikir bahawa penceritaannya menyebelahi ‘fairy-tale’ ataupun cerita dongeng yang sememangnya terkenal dengan watak putera atau Prince, yang lebih sesuai diceritakan kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, The Little Prince jauh berbeza bahkan lebih baik dan bermakna daripada cerita dongeng tipikal yang disuapkan pada kanak-kanak mahupun yang menjadi angan-angan orang dewasa.

Novel ini pada asalnya merupakan karya penulis, Antoine de Saint-Exupéry kepada rakannya yang bernama Leon Werth. Novel tersebut didedikasikan kepada Werth bersama satu petikan yang berbunyi:

“TO LEON WERTH

I ask the indulgence of the children who may read this book for dedicating it to a grown-up. I have a serious reason: he is the best friend I have in the world. I have another reason: this grown-up understands everything, even books about children. I have a third reason: he lives in France where he is hungry and cold. He needs cheering up. If all these reasons are not enough, I will dedicate the book to the child from whom this grown-up grew. All grown-ups were once children–although few of them remember it. And so I correct my dedication:

TO LEON WERTH

WHEN HE WAS A LITTLE BOY”

Dengan dedikasi tersebut, jelaslah bahawa novel The Little Prince ini tidaklah terlimitasi sebagai bacaan kanak-kanak sahaja bahkan juga memberi pengajaran yang besar bagi orang dewasa yang membacanya. Oleh itu, novel ini merupakan di antara novel yang terbaik yang perlu dibaca oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa yang dahulunya juga adalah seorang kanak-kanak.

The Little Prince merupakan sebuah penceritaan oleh Antoine de Saint-Exupéry sendiri yang diinspirasikan semasa beliau berkhidmat sebagai seorang juruterbang sebaik sahaja tercetusnya Perang Dunia Ke-2, di mana kapal terbang yang dikendalikan beliau terhempas di tengah-tengah padang pasir Sahara. Di situlah beliau berjumpa dengan The Little Prince yang berasal dari sebuah planet yang hanya dikenali sebagai Asteroid B-612. Pertemuan di antara seorang juruterbang dewasa yang terkandas bersama seorang putera cilik mempamerkan kepada pembaca tentang perbezaan perspektif di antara kanak-kanak dan juga orang dewasa tentang persahabatan (friendship), kesunyian (loneliness), kasih sayang (love) dan yang paling penting, kenaifan dan sikap ingin tahu seorang kanak-kanak yang dilupakan apabila meningkat dewasa (the innocence and curiosity of children that are lost as we grow up).

Tema

1. Persahabatan

Menerusi kisah The Little Prince ini, tema persahabatan dapat dilihat melalui hubungan di antara juruterbang (The Aviator) dengan putera cilik (The Little Prince) yang bertemu di padang pasir Sahara. Juruterbang yang pada awalnya merasa aneh melihat seorang kanak-kanak yang menggelarkan dirinya putera dari planet lain di tengah padang pasir akhirnya melayan kerenah putera tersebut. Mereka akhirnya menjadi sahabat di mana putera tersebut memperlihatkan kepada juruterbang, pandangannya tentang orang dewasa yang dianggap tidak masuk akal. Kerenah dan persoalan-persoalan yang diajukan oleh putera cilik itu pula mengingatkan juruterbang kepada zaman kanak-kanaknya sendiri.
Putera cilik juga menjalinkan persahabatan dengan seekor musang liar (the Fox) yang akhirnya berjaya dijinakkan. Menurut musang tersebut, menjinakkan ataupun to tame adalah untuk menjalinkan hubungan ataupun to establish ties. Oleh itu, dengan menjinakkan musang tersebut, mereka berdua menjadi sahabat.

Menerusi filem The Little Prince pula, penonton dipamerkan dengan persahabatan di antara seorang kanak-kanak perempuan dengan jirannya, yang merupakan juruterbang yang sama, namun telah lanjut usia. Menerusi babak filem, juruterbang menceritakan semula pertemuannya dengan putera cilik di padang pasir kepada kanak-kanak perempuan tersebut. Kanak-kanak perempuan yang hidupnya telah ‘dijadualkan’ oleh ibunya sendiri supaya dia menjadi orang dewasa yang berguna atau ‘a wonderful grown up’ merupakan sebuah watak tipikal seorang kanak-kanak yang penuh sifat ingin tahu dan tidak takutkan kegagalan. Penceritaan tentang The Little Prince yang ditulis oleh jirannya menarik minatnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang keseluruhan cerita tersebut walaupun baginya kurang logik. Dia akhirnya mengembara mencari putera cilik bagi pihak juruterbang yang terlantar di hospital.

2. Kasih sayang

Penceritaan The Little Prince mengetengahkan elemen kasih sayang di antara putera cilik (The Little Prince) dengan sekuntum bunga mawar (the Rose). Di Asteroid B-612, putera cilik tertarik dengan sekuntum bunga mawar yang tumbuh secara tiba-tiba pada suatu hari. Bunga Mawar tersebut dijaga dengan rapi, diberi siraman air dan sebagainya oleh putera cilik. Namun, mereka akhirnya bergaduh kerana putera cilik yang masih kanak-kanak tidak memahami permintaan bunga mawar yang sering memerlukan perhatian. Oleh kerana ingin mencari jalan menyelamatkan planetnya yang diserang oleh tumbuhan Baobab yang tumbuh meliar, putera cilik membawa dirinya pergi melawat planet-planet lain termasuklah Bumi sekali gus meninggalkan bunga mawar yang amat disayanginya.
Namun apabila tiba di Bumi, putera cilik tersebut bertemu dengan sebuah taman yang terdapat banyak tumbuhan bunga mawar yang sama. Putera tersebut terus merasa sedih kerana bunga mawar di planetnya yang amat disayangi tidaklah seunik yang dianggap olehnya selama ini.

3. Kesunyian

Kisah The Little Prince membawa pembaca menyusuri pengembaraan putera cilik dari satu planet ke planet yang lain untuk mencari penawar kepada tumbuhan Baobab yang meliar di Asteroid B-612. Kehidupannya berseorangan sebelum kemunculan bunga mawar. Namun, setelah putera tersebut mengembara, dia menyedari bahawa kasih sayangnya terhadap bunga mawar yang telah dijaga dengan rapi setelah sekian lama tidak pernah luntur malah kesunyiannya hanya terubat apabila bersama bunga mawar tersebut. Oleh itu, putera cilik berazam untuk pulang kembali ke Asteroid B-612, di mana bunga mawar yang disayanginya berada.

Menerusi animasi The Little Prince pula, watak kanak-kanak perempuan diperkenalkan sebagai seorang kanak-kanak yang dijaga oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal. Bapanya tidak dipertontonkan namun menurut kanak-kanak tersebut, bapanya terlalu sibuk bekerja dan cuma mampu mengirimkan hadiah hari jadinya sahaja. Ibunya juga sibuk bekerja dan hanya tahu menentukan jadual hidupnya ataupun The Life Plan bagi memastikan dia menjadi seorang dewasa yang berjaya. Demi menuruti jadual hidup yang telah ditentukan oleh ibunya, kanak-kanak itu dilarang sama sekali menggunakan masa untuk berkawan kerana bagi ibunya, itu merupakan aktiviti yang membazirkan masa. Oleh itu, kanak-kanak perempuan tersebut menjadi sunyi dan seterusnya menjalinkan persahabatan dengan jirannya yang juga merupakan juruterbang (the Aviator) demi mengubati kesunyiannya.
Menurut penceritaan novel The Little Prince, juruterbang juga hidup berseorangan sehinggalah dia bertemu dengan putera cilik di padang pasir Sahara. Melalui novel The Little Prince, beliau menyatakan bahawa beliau hidup berseorangan kerana tidak minat bergaul dengan orang dewasa yang hanya berfikir bahawa pandangan mereka sentiasa betul.

“Then I would never talk to that person about boa constrictors, or primeval forests, or stars. I would bring myself down to his level. I would talk to him about bridge, and golf, and politics, and neckties. And the grown-up would be greatly pleased to have met such a sensible man. So I lived my life alone, without anyone that I could really talk to, until I had an accident with my plane in the Desert of Sahara, six years ago.”

Pengajaran

1. Lihatlah dunia dengan mata hati.

“And now here is my secret, a very simple secret: It is only with the heart that one can see rightly; what is essential is invisible to the eye.” – the Fox

Menerusi kisah The Little Prince ini, pembaca dan penonton akan tertarik dengan kebenaran kata-kata musang tersebut. Ini kerana, kita sememangnya tidak dapat menilai dengan baik melalui mata kasar. Namun melalui hati yang dipenuhi sifat kasih sayang dan memahami, kita akan mampu melihat dengan jelas dan membezakan di antara baik dan buruk dan di antara sesuatu yang benar-benar penting mahupun tidak dalam kehidupan kita.

Dengan erti kata lain, walaupun sesuatu ataupun seseorang itu tidak terlihat di hadapan mata, ianya tidak menjadi masalah jika kita mempercayai kewujudan mereka di dalam hati.

Seperti mana juruterbang percaya bahawa putera cilik itu selamat tiba di Asteroid B-612 dan sedang berada di samping bunga mawar kesayangannya. Seperti mana sang musang berjaya mententeramkan putera yang bersedih apabila mereka terpaksa berpisah. Seperti mana juga juruterbang meyakinkan kanak-kanak perempuan bahawa dia akan sentiasa ada bersama jika kanak-kanak tersebut memilih untuk melihat dengan mata hati.

“The stars are beautiful, because of a flower that cannot be seen.”

“What makes the desert beautiful,” said the little prince, “is that somewhere it hides a well . .”

Di samping itu juga, kadang kala kita tidak mampu melihat sesuatu dengan jelas kerana tidak menyedari kepentingannya. Kita hanya mampu melihat keindahan sesuatu peristiwa apabila kita menemui kepentingannya.

2. Perangai orang dewasa yang membawa kepada kemudaratan.

Pengembaraan putera cilik menerusi planet berbeza membawa pembaca dan penonton mengenali 7 karakter orang dewasa yang sememangnya mementingkan diri dan tidak pernah puas.

Planet 325: The King

‘To them, all men are subjects.’

Menerusi pertemuan putera cilik dengan seorang Raja, watak Raja tersebut diperkenalkan sebagai seorang yang berkuasa. Namun, sikap Raja yang berfikir bahawa dia sahaja yang paling berkuasa ke atas orang lain walaupun hakikatnya sebaliknya memaparkan sikap orang dewasa yang kita dapat lihat sesama masyarakat kita sendiri. Sikap orang dewasa yang mementingkan kuasa lebih dari segala-galanya membawa kepada peperangan dan kemudaratan yang lain.

Planet 326: The Conceited Man

‘For, to the conceited man, all other men are admirers.’

Beralih pada planet seterusnya, putera cilik berjumpa dengan seorang pemuda yang amat mementingkan dan dahagakan pujian. Pemuda tersebut juga berfikir bahawa dia lah manusia yang paling hebat dan kacak dan merasakan bahawa dia berhak dipuji oleh semua orang. Watak ini mempamerkan sikap orang dewasa yang meninggi diri dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan pujian dan perhatian orang lain.

Planet 327: The Tipplers/Drunkard

“Ashamed of drinking!”

Putera cilik berasa aneh apabila bertemu dengan seorang alkoholik di Planet Ketiga, di mana apabila ditanya tentang sebab dia meminum arak, dia menjawab bahawa dia ingin melupakan perasaan malunya kerana meminum arak. Jawapan yang tidak masuk akal itu memaparkan karakter orang dewasa yang hakikatnya seringkali tidak memahami logik perbuatan dan percakapan mereka sendiri. Perbuatan yang dilakukan tanpa berfikir dengan teliti terlebih dahulu juga merupakan sikap orang dewasa.

Planet 328: The Businessman.

“As for me, I am concerned with matters of consequence. There is no time for idle dreaming in my life.”

Di Planet seterusnya, putera cilik bertemu dengan seorang businessman yang terlalu khusyuk bekerja untuk mengejar kekayaan semata-mata. Baginya, segala kekayaannya tidak akan pernah cukup. Selagi mana di a mampu memiliki segala kekayaan di muka bumi, termasuklah bintang-bintang yang tidak mungkin dimiliki, selagi itu lah businessman itu tidak akan merasa kekayaannya mencukupi. Watak ini menggambarkan sikap orang dewasa yang terlalu mengejar kekayaan material tanpa mengambil kira kepentingan orang sekeliling.

Planet 329: The Lamplighter

“As the little prince watched him, he felt that he loved this lamplighter who was so faithful to his orders.”

Apabila tiba di Planet ini, putera cilik bertemu dengan seorang penjaga lampu yang terus menerus menyalakan dan memadamkan lampu, tanpa henti. Ini kerana, saiz planet yang begitu kecil menyebabkan kejadian siang dan malam yang silih berganti dalam masa yang begitu pantas. Oleh itu, si penyala lampu terpaksa bekerja berterusan tanpa rehat. Watak penyala lampu di Planet ini menggambarkan watak orang dewasa yang menurut perintah secara melulu.

Planet 330: The Geographer

“A geographer is a scholar who knows the location of all the seas, rivers, towns, mountains, and deserts.”

Putera cilik bertemu dengan seorang ahli Geografi di planet keenam. Ahli Geographer tersebut menyatakan bahawa dia seorang yang arif di dalam bidangnya. Namun apabila putera cilik bercerita tentang keunikan bunga mawar di Asteroid B-612, ahli geografi tersebut tidak berminat untuk mengambil tahu kerana baginya bunga-bungaan hanya lah bersifat sementara dan mudah berubah-ubah manakala pergunungan tidak mudah berubah dan bergerak. Watak ahli geografi yang hanya mementingkan apa yang diinginkan sahaja dan menepis segala kemungkinan lain menggambarkan karakter orang dewasa yang sering menekankan kepentingan yang diingini tanpa mengambil kira kepentingan lain yang dianggap kecil dan trivial.

Planet Earth

“The Earth is not just an ordinary planet! One can count, there, 111 kings (not forgetting, to be sure, the Negro kings among them), 7000 geographers, 900,000 businessmen, 7,500,000 tipplers, 311,000,000 conceited men–that is to say, about 2,000,000,000 grown-ups.”

Di Bumi, putera cilik melihat orang dewasa yang menaiki keretapi tanpa arah tuju yang tetap. Dia juga bertemu dengan seorang penjual yang menjual pil yang dicipta untuk menahan rasa dahaga, di mana sebutir pil mampu menahan dahaga selama seminggu. Pil itu mampu menjimatkan masa selama 53 minit/minggu yang digunakan bagi menghilangkan rasa dahaga. Namun, bagi putera cilik tersebut, dia lebih rela menggunakan masa 53 minit itu untuk berjalan ke arah punca air jernih sekali gus menggambarkan sikap orang dewasa yang malas dan hanya berharap mendapatkan sesuatu tanpa berusaha.

3. Kesetiaan Dalam Hubungan

“You are beautiful, but you are empty,” he went on. “One could not die for you. To be sure, an ordinary passerby would think that my rose looked just like you–the rose that belongs to me. But in herself alone she is more important than all the hundreds of you other roses: because it is she that I have watered; because it is she that I have put under the glass globe; because it is she that I have sheltered behind the screen; because it is for her that I have killed the caterpillars (except the two or three that we saved to become butterflies); because it is she that I have listened to, when she grumbled, or boasted, or ever sometimes when she said nothing. Because she is my rose." – The Little Prince
Apabila putera cilik bertemu dengan lambakan bunga mawar di bumi yang menyerupai bunga mawar kesayangannya, dia merasa tertipu dan sedih kerana menganggap bunga mawarnya sama sahaja seperti lambakan bunga mawar yang lain. Hakikatnya, persahabatan dan masa yang diluangkan bersama bunga mawarnya itu yang paling penting dan menjadi bukti keunikan bunga mawar kesayangannya di Asteroid B-612.

 “Men have forgotten this truth,” said the fox. “But you must not forget it. You become responsible, forever, for what you have tamed. You are responsible for your rose . . .”

Seringkali manusia terlupa bahawa kita bertanggungjawab ke atas setiap hubungan yang kita jalinkan di antara satu sama lain. Oleh itu, seharusnya kita menjaga dan menghargai hubungan yang telah terjalin dengan penuh kasih sayang baik hubungan kekeluargaan mahupun persahabatan.

4. Biarkan Kanak-Kanak Menjadi Kanak-Kanak

“The grown-ups’ response, this time, was to advise me to lay aside my drawings of boa constrictors, whether from the inside or the outside, and devote myself instead to geography, history, arithmetic, and grammar. That is why, at the age of six, I gave up what might have been a magnificent career as a painter. I had been disheartened by the failure of my Drawing Number One and my Drawing Number Two. Grown-ups never understand anything by themselves, and it is tiresome for children to be always and forever explaining things to them.”
Kanak-kanak terkenal dengan sikap yang sentiasa mempersoalkan segala ketidak-fahaman mereka, sikap ingin tahu yang menebal di samping imaginasi yang tinggi. Perspektif seorang kanak-kanak mungkin berbeza dengan perspektif seorang dewasa. Namun begitu, itu tidak bermakna bahawa kanak-kanak itu salah dan orang dewasa itu betul. Kadangkala, kita perlu melihat setiap sesuatu dari pandangan yang berbeza untuk memahami setiap perkara.

Malangnya, sikap orang dewasa yang acuh tidak acuh dalam melayani kerenah kanak-kanak dan memaksa pandangan mereka ke atas setiap sesuatu membantutkan tumbesaran kanak-kanak yang seharusnya membesar melihat dunia dengan cara dan kreativiti mereka yang tersendiri.

5. Kanak-Kanak Dalam Dewasa

“Growing up is not the problem. Forgetting is.”- The Aviator

Dalam kita menjadi dewasa, kita selalu terlupa bahawa kita juga pernah menjadi kanak-kanak suatu ketika dahulu. Kanak-kanak yang penuh dengan persoalan, kanak-kanak yang sentiasa mampu bermain gembira bersama rakan-rakan, kanak-kanak yang punya cita-cita dan impian.

Kita membesar dan meningkat dewasa menjadi manusia yang dibelenggu masalah dan sukar gembira. Kita hanya mampu menurut perintah orang atasan tanpa sebarang pertanyaan kerana pertanyaan telah menjadi sesuatu yang menjengkelkan. Adakah kita masih ingat tentang segala cita-cita dan impian semasa zaman persekolahan?

Adakah kita termasuk di kalangan the Kings, conceited men, drunkards, lamplighters, geographers dan businessmen yang hanya mementingkan kepentingan peribadi? Adakah seperti The Little Prince yang meningkat dewasa, kita terperangkap di dalam sebuah ‘planet’ di mana kewujudan kanak-kanak langsung tidak diiktiraf (semua menurut perintah tanpa sebarang persoalan), di mana tiada satu pun bintang (harapan) di angkasa kerana semuanya telah dipegang oleh businessman yang hanya mementingkan kekayaan semata-mata, dan yang paling parah, adakah kita telah lupa makna sebenar menjadi ‘a wonderful grown-up’, orang dewasa yang berguna?
Jika jawapan kita adalah Ya, kisah The Little Prince ini mampu memberi kesedaran sewajarnya pada kita. Kisah yang penuh pengajaran ini bukan sahaja akan membuka mata, hati dan minda kita, bahkan mampu membuatkan kita merasa sebak. Seperti mana kata-kata penulis yang berbunyi,

“One runs the risk of weeping a little if one allows himself to be tamed.”

References:

Antoine de Saint-Exupéry. The Little Prince, New York City: Reynal & Hitchcock, 1943.


Tuesday, 1 August 2017

16 PERKARA SUKAR TAPI BERBALOI DIPELAJARI

Semua perkara terbaik di dunia ini nampak percuma tetapi itu tidak bermakna kita perlu mengorbankan masa, tenaga dan kesungguhan untuk melakukannya. Lagilah kalau ia membabitkan kemahiran atau sikap penting dalam hidup. Nampak macam susah tapi bila kita belajar, ia sebenarnya boleh menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini.

1. Empati

“Buat apa tolong si Man tu? Dia tu kaya, kedekut pulak tu. Tak payah tolonglah.”
“Alah, buat apa nak derma dekat rumah anak yatim tu. Bazir duit aku je.”

Kita semua pernah dengar dialog sebegini tak kira masa atau tempat. Tapi tahukah anda, ia sebenarnya menunjukkan kurang rasa empati pada orang lain. Empati mengikut definisi Kamus Dewan ialah menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain. Bila mana kita belajar memahami dan menyelami perasaan orang lain tak kira sama ada manusia atau haiwan dan berbeza warna kulit, fahaman atau agama, mudah untuk kita bersimpati dan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Dan bagi yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan, ia mendorong pekerja melihat kerjaya mereka bukan setakat dapat gaji setiap bulan tetapi juga peluang untuk berbakti dan menambahbaik taraf kehidupan orang lain.

Saya tahu ada yang menolak sikap ini kerana bimbang ditipu atau dimanipulasi tetapi itu bukan alasan untuk menolak ciri ini bulat-bulat. Tanpa empati, tidakkah ia mencacatkan sisi manusiawi kita? Dan tanpa empati, tidakkah itu membuatkan kita jadi sasaran kebencian dalam kalangan manusia. Dan empati juga merupakan satu sunnah Nabi s.a.w dalam beberapa hadis. Antaranya, “Perumpamaan kaum mukmin yang bersikap saling mencintai, mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain ibarat tubuh manusia. Jika satu anggota merasa sakit, maka anggota tubuh lain merasa sukar tidur atau demam.” (Bukhari dan Muslim). Dalam satu hadis lain, pada satu pagi, baginda duduk bersama para sahabat. Ketika itu, muncul satu kaum yang mengalami kesusahan di mana mereka tiada kasut dan daging melekat pada tulang mereka akibat kelaparan. Rasulullah s.a.w tersentuh melihat keadaan mereka dan wajah baginda serta-merta berubah. Lalu, baginda memerintahkan Bilal r.a melaungkan azan dan mengumpul para sahabat. Selesai solat, mereka mengutip derma yang banyak untuk membantu kaum tersebut. (Muslim) Allah s.w.t memandang tinggi unsur empati berdasarkan firman-Nya memuji ciri empati Nabi s.a.w dalam ayat 128, Surah At-Taubah, “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”

2. Pengurusan Tidur

Kita semua pernah alami situasi sebegini. Kita berjaga lewat kerana menonton filem kegemaran di televisyen, iPad atau komputer riba, sibuk melayan laman media sosial atau menonton perlawanan antarabangsa. Dan pada waktu pagi, kita bangun lewat dan lambat sampai ke sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja. Akibatnya, telinga memang panaslah dapat syarahan percuma pagi itu, kan?

Tidur lewat nampak elok tapi menurut pakar, ia sebenarnya satu pengurusan tidur yang teruk. Kenapa? Bila kita tidur lewat, ia boleh menyebabkan kita tak dapat tumpukan perhatian, menjejaskan kualiti suara, menyebabkan pening kepala dan sakit belakang, obesiti, penyebab lingkaran hitam bawah mata, penyebab penyakit dan tekanan. Dan semua kesan ini bukan saja menjejaskan kualiti kerja kita tetapi juga kualiti kehidupan kita secara keseluruhan.

Belajarlah rancang pengurusan tidur yang baik dengan mengurangkan kuantiti makanan untuk makan malam, cuba dapatkan tempoh 6.5 hingga 7.5 jam tidur, bersenam, cari waktu sesuai untuk bekerja (bagi yang bekerja bebas) dan pencahayaan yang baik. Ini bukan saja menjadikan anda lebih produktif di tempat kerja tetapi juga meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

3. Pengurusan Masa

Ini saya rasa perkara paling sukar untuk orang kita, pengurusan masa. Tak kira sama ada menepati masa perjumpaan atau tertinggal tarikh penghantaran. Pengurusan masa yang buruk ini patut dihentikan kerana selain ia menjejaskan produktiviti kerja, ia juga boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita tanpa disedari. Tak perlu jadi seperti Flash jika merasa terbeban dengan tugas anda, anda kena bijak aturkan masa untuk uruskan tugasan yang diberi. Sedikit tips pengurusan masa:

– bawa jadual dan rekodkan fikiran anda, perbualan dan aktiviti sepanjang minggu. Dengan cara ini, anda boleh tahu berapa banyak masa diluangkan untuk kerja dan berapa banyak pula masa untuk aktiviti tak berfaedah seperti rehat terlalu lama atau banyak berbual.

– letakkan keutamaan pada pekerjaan atau tugasan penting sebelum tugasan-tugasan kurang penting.

– rancang 50% daripada masa anda untuk memantapkan kualiti kerja.

– luangkan sedikit masa untuk berehat seketika. Rehat sementara ini walaupun dianggap tidak perlu, ia sebenarnya boleh mengecas bateri anda untuk lebih produktif pada sebelah petang.

– ambil 30 minit pertama setiap hari untuk rancang kerja anda.

– ambil masa 5 minit sebelum buat apa-apa tugasan untuk tentukan mana yang lebih menguntungkan pihak anda dan majikan.

– letakkan tanda ‘Jangan Ganggu’ bila anda bekerja terutama jika tugasan yang diberi terlalu banyak.

– rancang masa sesuai untuk balas e-mel atau jawab panggilan telefon. Melainkan kedua-dua perkara tersebut memerlukan respon dan tumpuan anda dengan segera, tidak perlu jawab atau balas.

– melainkan anda guna laman media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk tujuan perniagaan, jangan gunakan ia semasa di tempat kerja.

– sentiasa ingat mustahil untuk selesaikan tugasan anda dalam masa sehari. Ingat kemungkinan 20% fikiran, aktiviti dan perbualan anda menyumbang kepada 80% daripada keputusan anda.

4. Minta Tolong

Sesetengah orang kadang-kadang terlalu ego bila mana tugas yang diberi tidak dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Kerana ego, silap haribulan, kalau setakat tugasan biasa, kena marah itu diterima lagi. Tapi kalau gagalkan tugasan dengan pelanggan atau klien berprofil tinggi, itu boleh jadi paku kepada keranda pekerjaan anda di tempat tersebut. Ini berdasarkan pengalaman seorang pengguna Quora bernama Louise Christy yang menceritakan sewaktu temuduga untuk satu jawatan di sebuah syarikat, penemuduganya memberitahu, “Anda tak boleh dapat kerja ini jika anda tak minta pertolongan pada masa yang anda perlukan.” Selepas mendapat kerja tersebut, Christy diberitahu orang yang pernah mengisi jawatannya itu dipecat kerana dia tidak dapat menangani tugasan tersebut tetapi enggan mengakuinya dan enggan menerima sebarang bantuan.

Satu kajian terbaru dari Sekolah Bisnes Harvard mendedahkan bila kita meminta bantuan, ia bukan memperlihatkan kita nampak tidak berkebolehan tetapi ia sebenarnya menjadikan kita nampak berkebolehan di mata orang lain. Menurut penulis kajian ini, bila mana kita meminta nasihat, kita sebenarnya mengesahkan kemahiran atau kebijaksanaan individu tersebut. Ini sekaligus membantu kita memenangi hati mereka.

5. Beri Kata Positif Pada Diri Sendiri

Ini antara teknik motivasi yang senang tapi jarang digunakan dalam kehidupan kita. Bila mana kita bagi kata-kata sebegini pada diri kita, ia sebenarnya mengubah pandangan alam kita pada persekitaran ke arah lebih baik. Dan dari situ, ia sebenarnya meningkatkan peluang kita untuk lebih berjaya. Seperti kata Shev Khera, “Tindakan positif digabungkan dengan pemikiran positif boleh menyebabkan kejayaan.” Namun jaga-jaga dengan kata-kata negatif kerana ia boleh saja melunturkan keyakinan anda dan mengubah pandangan alam kita jadi lebih gelap.

6. Konsisten

Antara rahsia kejayaan orang-orang berjaya pada hari ini ialah mereka bersikap konsisten dalam melakukan pekerjaan mereka. Tak kiralah sama ada lakukan rutin senaman baru, menuntut ilmu atau mengawasi projek penting, menurut seorang penulis, Khaleel Syed, konsisten atau istiqamah penting untuk mengekalkan sebarang bentuk kerajaan. Tanpa ketekalan, agak sukar bagi kita mengekalkan fokus untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang kita ceburi. Dan konsisten juga merupakan antara sunnah Rasulullah s.a.w terutama dalam perbuatan kebaikan. Ini berdasarkan sabda baginda, “Orang yang paling dikasihi Allah ialah orang yang istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun ianya sedikit.” (Bukhari dan Muslim)

7. Jaga Hal Ehwal Diri Sendiri

Ianya bukan senang lebih-lebih lagi dengan gejala viral yang semakin menular hingga jadi kegilaan rakyat kita hari ini. Cakaplah apa saja, dari gelagat politikus hinggalah cerita kurang enak selebriti tempatan. Ada saja komen yang dikeluarkan sehingga ke tahap mencaci dan menghina peribadi individu terlibat. Tak salah nak jaga tepi kain orang tapi biarlah berpada-pada dan mengikut perkara betul seperti mencegah kemungkaran. Dan lihat pula kemampuan kita untuk melakukannya, kalau rasa melebihi kemampuan, jangan buat, itu saja.

Sesetengah orang yang suka jaga tepi kain orang ini menurut pakar mempunyai dalaman yang menyedihkan. Mereka sentiasa mencari salah orang lain semata-mata untuk menunjukkan mereka lebih baik daripada individu dimaksudkan. Dan mereka juga suka menghakimi orang lain secara tergesa-gesa tanpa memahami sebab sebenar. Perkara sebegini menurut Aarushi Sharma tidak akan membantu dan membazirkan masa dan tenaga saja. Belum campur lagi dosa yang muncul dari perbuatan tersebut seperti mengumpat dan memfitnah.

8. Mendengar

Anda pasti pernah berada dalam situasi ini, anda menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara tetapi rakan atau majikan enggan mendengar dan sebaliknya, mengeluarkan pandangan mereka pula. Kecewa jangan cakaplah, silap haribulan, ia boleh saja bertukar kepada perang mulut atau pergaduhan secara fizikal.

Belajarlah mendengar apa yang diperkatakan ahli keluarga atau rakan-rakan bila mana berbincang tentang sesuatu perkara. Ini kerana bila kita mahu mendengar pandangan orang lain, kita bukan saja membina kepercayaan antara satu sama lain dan meningkatkan kredibiliti kita. Sejarawan menceritakan kisah seorang wartawan yang pernah makan malam bersama dua Perdana Menteri Britain, William Gladstone dan Benjamin Disraeli. Kedua-duanya dianggap Perdana Menteri paling pintar tetapi mereka bertanya siapa paling pintar antara kedua-duanya. Lalu si wartawan menceritakan, bila beliau makan bersama Gladstone, beliau merasakan Gladstone lelaki paling pintar di Britain. Tetapi bila makan bersama Disraeli, beliau merasakan dirinya wanita paling pintar di Britain. Apa yang dimaksudkan wartawan tersebut ialah Gladstone bercakap tetapi Disraeli mendengar dan menganggap ia pendengar yang baik.

Selain itu, ia mewujudkan rasa empati dan hormat antara satu sama lain. Dan siapa sangka, mendengar sebenarnya cara baik mendapatkan maklumat. Seperti mana kata Yogi Berra, “Anda boleh mendengar banyak perkara jika anda mendengar.” Apa saja maklumat yang dirasakan berguna semasa mendengar boleh digunakan pada masa sekarang atau masa hadapan. Dan paling penting, mendengar sebenarnya mewujudkan sistem sokongan antara satu sama lain, amat membantu jika anda berhadapan tugasan sukar atau merasa kecewa tentang sesuatu perkara.

9. Tahu Bila Nak Diam Dan Benar-Benar Melakukannya

Satu kecenderungan sesetengah orang kita ialah bercakap tentang perkara-perkara yang kurang enak, kadang-kadang sampai ke tahap memualkan perut kita. Ada pula yang menyeranah di laman media sosial tentang ketidakadilan yang berlaku padanya tanpa mengetahui sebab sebenar. Menurut seorang penulis, Roshna Nazir, “Anda tidak boleh bersuara tentang apa saja berlaku di dunia yang anda rasakan tidak betul.” Dan kecenderungan sebegini dianggap tidak sihat dan hanya menyusahkan diri sendiri.

Katalah anda menulis satu status di laman media sosial dalam keadaan marah tanpa menyalurkannya pada saluran yang betul, tidakkah anda rasa menyesal jika anda ditahan pihak berkuasa atau digantung/dipecat majikan anda kerana terlalu mengikut emosi sendiri. Sesetengah masa, kita kena belajar untuk diam dan tahu menyalurkan informasi terbabit pada saluran betul.

10. Menahan Gosip

Ini satu kegemaran masa lapang sesetengah orang kita tak kira masa atau ketika. Habis semua perkara digosipkan, dari status perkahwinan seorang selebriti hinggalah status kewangan rakan sekerja sendiri. Menurut Jason T. Widjaja, perkara yang boleh menjahanamkan sesebuah hubungan ialah gosip lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di belakang individu yang dimaksudkan.

Saya tahu ramai antara kita susah nak hentikan tabiat sebegini kerana menurut Widjaja, anda boleh saja kehilangan peluang perbualan penting, tidak dapat bergaul dengan orang penting atau terpaksa beritahu bahawa anda tidak berminat dengan arah tuju perbualan tersebut. Walaupun anda tidak bergosip, sekurang-kurangnya anda tidak kehilangan satu perkara paling berharga iaitu kepercayaan.

Bahkan perbuatan sebegini ditegah Allah s.w.t berdasarkan firman-Nya dalam ayat 12, Surah Al-Hujurat, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Dalam satu hadis yang diriwayatkan Abu Musa al-Ashari r.a, Nabi s.a.w ditanya siapa orang terbaik dalam kalangan Muslim. Baginda bersabda, “Orang itu ialah Muslim yang merasa selamat dari tangan dan lidahnya.” Jangan kerana lidah, hubungan silaturahim terputus, neraka pula menggamit kita kerana gagal mengawal lidah.

11. Fokus Pada Masa Sekarang

Sesetengah orang kita suka berkhayal dan mahu terus hidup dalam kenangan silam. Tetapi hakikatnya, perbuatan sebegitu yang disangka menaikkan tahap kegembiraan kita melakukan perkara sebaliknya. Tak salah nak berkhayal sekali-sekala tetapi buat pada masa terluang dan tidak mengganggu tumpuan kerja kita. Berdasarkan statistik yang diberi Matt Killingsworth, seorang pengkaji kegembiraan, 47% daripada responden merasa kurang gembira bila mana berkhayal atau memikirkan sesuatu yang lain selain daripada tugasan yang diberikan. Bila dapat satu tugasan, fokus dulu apa yang ada di hadapan kerana ia sebenarnya membuatkan kita lebih gembira. Mengapa saya berkata sedemikian?

Ini berdasarkan pemerhatian Killingsworth, orang yang fokus kepada berulang-alik ke tempat kerja jauh lebih gembira berbanding orang yang berkhayal, fikir perkara lain atau hidup dalam kenangan silam yang melakukan tugasan sama. Bil kita sudah selesai buat kerja, kita takkan terasa terbeban dengan tekanan dan boleh saja menaikkan moral jika kerja tersebut dipuji majikan.

12. Kawal Fikiran Anda

Sesetengah masa, anda pasti perasan jika kita hendak melakukan sesuatu perkara, kita merasakan ia agak sukar. Tambah sukar jika minda kita yang memberitahu sedemikian walaupun nampak kacang pada pandangan kita. Ini boleh saja berlaku kerana trauma atau kenangan silam yang menakutkan. Belum campur lagi gangguan minda bersifat biasa-biasa seperti nak makan apa, bila nak lepak dengan kawan-kawan atau kenapa gadis idaman muncul dalam kepala. Menurut Mark Givert, kita perlu bijak mengarah minda kita secara bawah sedar. Ini kerana menurut Givert, trauma atau kenangan silam boleh saja memberi anggapan pada minda semua perkara yang kita lakukan akan berakhir sama seperti trauma tersebut. Namun, kenangan silam tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang.

13. Belajar Bahasa Baru

Kita semua anggap belajar bahasa baru ini menyusahkan dan tidak memberi manfaat apa-apa dalam kehidupan kita. Hakikatnya, kemahiran berbahasa asing bukan saja membuka hubungan baru tetapi juga peluang bertemu dengan orang baru. Dan ada satu rahsia yang tidak diketahui termasuk yang bekerja di syarikat multinasional (MNC), bos anda amat suka dan menganggap anda ada inisiatif untuk memajukan diri. Dengan perkembangan ekonomi global yang semakin berkembang, maka menjadi keutamaan untuk mana-mana syarikat melatih pekerja mereka menguasai bahasa asing terutamanya jika mereka dihantar ke cawangan baru seperti di Jepun, India, Qatar atau Perancis. Dan dengan menguasai bahasa asing, siapa sangka ia sebenarnya meluaskan lagi horizon kita pada dunia ciptaan Tuhan ini. Bak kata filsuf Austria, Ludwig Wittgenstein, “Had bahasa anda ialah had dunia anda.” Dan jangan terkejut, jika kita sudah dapat menguasai bahasa seperti Mandarin dan Arab, maka mudah pula untuk kita belajar bahasa lain. Selain itu, penguasaan bahasa asing menajamkan lagi minda dan memantapkan memori kita, mengelakkan risiko Alzheimer dan membina keyakinan diri anda.

14. Berucap Di Khalayak

Tak kira siapa, sama ada diktator atau pemimpin seperti Adolf Hitler, Benito Mussolini, Barack Obama, John F Kennedy atau Datuk Seri Najib Razak, bila anda mendengar ucapan mereka, walaupun anda tidak setuju dengan polisi atau pendekatan mereka, anda pasti mengagumi keupayaan mereka berucap di khalayak ramai. Siapa tidak boleh lupa ucapan bersemangat dan berapi Hitler semasa mengumumkan polisi-polisi gila Nazi Jerman. Atau ucapan perdana menteri kita yang bersahaja tetapi mampu membuatkan ramai fokus.

Saya akui, kemahiran ini agak sukar kepada semua terutama yang bersikap pemalu atau berat mulut di khalayak ramai. Tetapi hakikatnya bila anda dapat menguasainya, anda dapat menunjukkan empati dengan orang lain. Selain itu, anda juga secara tak langsung dapat belajar mengawal perasaan dan tingkah laku semasa di khalayak. Dan siapa sangka, dengan kemahiran ucapan umum, anda sebenarnya dapat belajar dari kegagalan dan memperbaiki keperibadian kita. Dari situ, anda boleh saja mengaplikasikan keupayaan bercakap di khalayak awam dalam bidang lain. Dan dengan kelebihan sebegini, anda sebenarnya boleh saja berinteraksi dengan orang lain dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.

Saya nak kongsikan pengalaman orang kedua terkaya di dunia, Warren Buffett. Dalam satu perbualan dengan penulis biografi beliau, Alice Schroeder, beliau amat takut memberi ucapan awam sehinggakan jika hendak naik ke pentas, beliau merasa mual. Bagi mengatasi ketakutannya itu, beliau berucap di hadapan rakan-rakan kursus ucapan di Dale Carnegie beberapa kali. Dan hasilnya, Buffett berjaya dan menganggap ijazah yang diterimanya ijazah paling penting yang pernah dimilikinya.

15. Jujur Dengan Orang Lain

Agak sukar untuk kita berlaku jujur kepada orang lain lebih-lebih lagi dalam memberi teguran dan maklum balas kepada setiap inisiatif yang dilancarkan. Kadang-kadang, kita terpaksa berbohong demi menjaga perasaan mereka ini. Tetapi jika teguran atau maklum balas yang diberi boleh menjadikan seseorang itu lebih baik atau menambahbaik kualiti kerjanya, maka ia perlu juga dilakukan. Tetapi perlu diingat, teguran atau maklum balas yang diberi biarlah bersifat objektif dan tidak menyerang peribadinya. Teguran biarlah bersifat peribadi dan tidak memalukan individu tersebut. Bila nak menegur, pastikan tona suara yang digunakan berhemah dan teguran bersifat konstruktif, bukan menjahanamkan. Dan ini kaedah yang digunakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Facebook, Sheryl Sandberg dalam mengendalikan masalah di tempat kerja.

16. Jujur Dengan Diri Sendiri.

Bukan senang untuk kita berlaku jujur kepada diri sendiri. Ya, dengan pilihan-pilihan yang kita buat, ada masa kita betul dan ada masa kita salah. Kadang-kadang bila kita salah, sukar untuk kita mengakuinya kerana keegoan kita sendiri. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IBM, Ginni Rommety, kesilapan paling buruk ialah tidak belajar dengan kesilapan diri sendiri.

Sumber:

Gillett, Rachel. Akhbar The Independent. (2017). 16 skills that are ard to learn but will pay off forever. http://www.independent.co.uk/life-style/16-skills-hard-to-learn-but-will-pay-off-forever-sleep-honesty-empathy-a7867251.html  

Swan, Nathan. Magnetic Speaking. 5 Ways Public Speaking Can Drastically Improve Your Life. https://magneticspeaking.com/5-ways-public-speaking-can-drastically-improve-your-life/ 

Wagers, Rachel. FluentU. 9 Big Advantages of Learning a Foreign Language. http://www.fluentu.com/blog/advantages-of-learning-a-foreign-language/?nabe=4857995676876800:1

TeslaIdeas.com. (2012). Idea #14 How to Listen Like 

ChangingMinds.org. Why you should listen. http://changingminds.org/techniques/listening/why_listen.htm

Fern, Ashley. (2013). Elite Daily. Why You Need to Mind Your Own Business. http://elitedaily.com/life/why-you-need-to-mind-your-own-business/]

Matthews, Joe, Debolt, Don dan Percival, Deb. Entrepreneur.com. How to Manage Time with 10 Tips That Work. https://www.entrepreneur.com/article/219553

Siddiq al-Juyaanee, Abu Abdis Salam. Islamic Treasure. Consistency Is A Must. http://www.islamictreasure.com/2095-consistency-is-a-must/

Widrich, Leo. (2012). Blog Buffer App. How Much Sleep Do We Really Need to Work Productively. https://blog.bufferapp.com/how-much-sleep-do-we-really-need-to-work-productively  

Cooper, Belle Beth. (2013). LifeHacker.com. Master Your Body Clock to Eat, Sleep and Work More Efficiently. http://lifehacker.com/master-your-body-clock-to-eat-sleep-and-work-more-e-890410373

Sumer, Sheima Salam. ProductiveMuslim.com. Empathy: A Trait That Can Transform Your Life. http://productivemuslim.com/empathy-transform-life/