Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts
Wednesday, 7 October 2020
Tuesday, 3 March 2020
YABHG. TUN DR. MAHATHIR - NEGARAWAN BANGSA DAN DUNIA
Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi contoh seorang negarawan dunia yang sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai mantan perdana menteri itu berkata, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan, beliau menanggung tugas mengawal keadaan sehingga selesai secara aman.
Katanya, beliau juga berjaya menolak dan menyingkirkan yang keruh dengan daya upaya dalam usianya tanpa huru hara seperti negara-negara lain.
“Kita perlu menghormatinya yang sangat berjasa kepada negara ini, supaya jangan dikorbankan menjadi ‘kambing hitam’ oleh pemimpin yang gila jawatan sehingga nafsunya mengatasi akal.
“Pemimpin berkenaan sanggup menjadikan matlamat menghalalkan segala cara, tanpa nilai maruah diri, agama, bangsa dan negara.
“Mereka juga sanggup mengheret ahli politik melakukan perkara kotor, menjatuhkan maruah, mendedahkan keaiban dan dosa yang lebih baik disembunyikan dan bertaubat kepada Allah Taala serta bermaafan,” katanya yang dipetik menulis dalam Minda Presiden Pas hari ini.
Menurut Abdul Hadi, negara ini baharu sahaja menghadapi kekusutan politik yang paling rumit kerana kesalahan dan kelemahan diri sendiri sehingga ditimpa masalah yang paling kusut.

Oleh itu, katanya, apa yang perlu dilakukan oleh parti gabungan Muafakat Nasional (MN) ialah ibarat menarik rambut yang kusut terperangkap dalam tepung yang liat.
“Seolah mustahil mengambil tindakan supaya rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak atau berkecai,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, apa yang berlaku itu adalah dengan pertolongan Allah.
Katanya, dengan hidayah Allah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjaya menangani masalah politik negara yang tidak melibatkan baginda secara langsung dalam urusan paling kusut dan rumit itu.
Paling susah juga, katanya, bagi Sabah dan Sarawak, walaupun tidak menjadi penyebab berlakunya krisis yang dimulakan oleh pemimpin politik dari Semenanjung, oleh kerana mereka menjadi kepala kepada jasad Malaysia, pasti masalah yang timbul menjadi bebanan kepada semua.
Kata Abdul Hadi, dalam situasi bercampur aduk sehingga boleh membocorkan bahtera negara apabila ekonomi terganggu, keamanan dan perpaduan rakyat terancam, perpecahan merebak sehingga ke dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang memerintah.
“Ia bukan semata-mata kerana adanya kerajaan dan pembangkang. Tetapi langkah segera yang wajib diambil baginda untuk menyelamatkan negara daripada karam.
“Langkah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja yang tidak berpolitik dapat menangani krisis politik sukar ini, dengan hidayah Allah diucapkan syukur dan junjung kasih.
“Sekalung terima kasih kepada Sabah dan Sarawak, pemimpin dan rakyatnya yang berada dalam jasad Malaysia menahan kesakitan kerana penyakit yang menjangkiti mereka,” katanya.
Namun, mereka menjadi sebab sehingga negara bersatu walaupun dipisahkan oleh lautan yang luas.

Beliau turut mengulas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dengan berkata, Presiden PPBM Itu tidak pernah melobi atau berkempen untuk dirinya sendiri.
SUMBER: MalaysiaGazette
Tuesday, 18 February 2020
CORONAVIRUS (COVID-19) DI CHINA ...SUATU KIFARAH?

Sebelum negara China diserang Coronavirus, Presidennya dengan bangga dan angkuh berucap dlm satu majlis "Tiada kuasa yg mampu menyekat kemajuan negara besar kami, tiada kuasa yang mampu menyekat kemajuan negara dan kehebatan negara kami."
Dalam masa yang sama China memenjara, menyiksa dan memisahkan ahli keluarga rakyatnya yang beragama Islam, iaitu etnik Uighur. Mereka bermati²an pula menafikannya walaupun berita berkaitan telah tular seluruh dunia.
Demi mengenang dan belas kasih umat Islam pada saudara seagama di China, banyak masjid di seluruh dunia bersatu membuat solat hajat dan berdoa memohon pada Tuhan selamatkanlah saudara seagama kami di China yang sedang dizalimi.
Sungguh Tuhan itu Maha Pengasih lagi Maha Mendengar keluhan hamba-Nya. Bukan bumi China diterbalikkan, bukan ribut taufan yang Tuhan hantar membadai, bukan juga kebakaran besar yang membakar tapi Tuhan mengantar azab yang lebih dahsyat dari semua itu. Itulah CORONAVIRUS (Covid-19).
Dasyatnya Coronavirus sehingga dianggap bencana yang mampu meruntuhkan tembok besar China yg dibanggakan mereka. Kenapa Coronavirus dianggap bencana besar kepada China?
- Hampir lima juta rakyat Wuhan keluar meninggalkan bandar itu. Wuhan kini digelar bandar berhantu, sunyi sepi hampir semua perniagaan ditutup. Stesyen keretapi dihentikan. Rakyat berkurung dalam rumah sepanjang masa.
- Bukan saja Wuhan, hari ini Coronavirus merebak ke seluruh bandar² besar di China.
- Antara yang paling terkesan dan menanggung tekanan yang hebat adalah doktor² dan jururawat² di hospital yang 24 jam terpaksa berjaga merawat mangsa² Coronavirus, dalam masa sama mereka juga sangat takut dijangkiti hingga ada pesakit² yg terpaksa dibiarkan mati begitu saja di depan mata tanpa sempat dirawat.
- Banyak negara² kuasa besar seperti Australia, Canada, Perancis, Jerman dll membatalkan penerbangan ke China buat sementara malah ada negara yang tidak membenarkan rakyat China masuk ke negara dan negeri mereka termasuk Sabah dan Sarawak.
- Dalam keadaan rakyat China berpusu² lari dari negara mereka, negara lain pula tidak menerima kedatangan mereka.
- Banyak syarikat penerbangan terpaksa menanggung kerugian gara² penerbangan ke China terpaksa dibatalkan. Tiada lagi warga dunia yang mahu ke China takut dijangkiti.
- Seluruh dunia seolah² memboikot negara China, mengelak dari bertemu rakyat China terutama yang baru tiba dari negara China.
- Bertambah malang Coronavirus ni bukanlah makhluk berbentuk objek dan ia x mampu dilihat dengan mata, dijangkiti melalui udara dan hingga hari ini China masih belum mampu menahan Coronavirus dari terus menular menyerang rakyatnya tanpa belas kasih dan mereka masih belum menemui penawarnya walau mereka punya teknologi hebat yg dibanggakan.
Kesimpulannya...

Siapa yang menghantar wabak Coronavirus ke China? Jawapannya adalah Tuhan. Tuhanlah yang menghantar Coronavirus ke China bagi mengajar dan memberi pengajaran kepada bangsa yang sombong angkuh kononnya tiada kuasa yang mampu melawan kemajuan dan kehebatan mereka.
Mereka lupa mereka cuma makhluk dan hamba yg sangat lemah dan Tuhanlah pemilik alam ini dan Dia lah Tuhan yang Maha Berkuasa yang mampu menghapus penduduk bumi dalam sekelip mata.

Ini juga adalah satu bencana bagi menghukum mereka yang menyiksa umat Islam Uighur tanpa belas kasih hanya kerana mereka itu umat Islam. Bukan saja umat Islam etnik Uighur dizalimi, malah ajaran Islam dihalang dari terus diamal oleh etnik Uighur ini, Al-Quran dibakar, solat dihalang, suami isteri dpisahkan dan dipaksa pula wanita Islam berkahwin dengan rakyat China yg bukan Islam.

Mereka tidak tahu satu²nya agama yang diterima disisi Tuhan adalah Islam. Hari ini doktor² dan rakyat China disaran membasuh tangan, hidung dan mulut sehari paling kurang 4 kali untuk elak dijangkiti virus Corona sedangkan ajaran Islam mengajar umatnya berwuduk iaitu membasuh mulut, hidung, tangan, kepala, telinga dan kaki sehari 5 kali. Boleh nampak tak betapa Islam sangat menjaga kebersihan dan mementingkan kesihatan umatnya?
Umat Islam yang jaga solat sehari wuduk 5 Kali inshaaAllah Tuhan jaga dan elak dijangkiti Coronavirus. Untungkan jadi umat Islam? Itu yang China x mahu lihat berlaku dan tersebar di bumi China dan akibatnya hari ini mereka seolah² dihantui mimpi ngeri yang belum ada penghujungnya.

Mereka rasa mereka sudah cukup berkuasa dan hebat tapi mereka lupa dan tidak tahu Qarun yang jauh lebih kaya mati ditelan bumi, bangsa Firaun yang jauh berkali ganda lebih hebat dari China mati ditelan laut. Namrud raja yang luas kuasanya dimusnahkan Allah melalui makhluknya yang kecil iaitu nyamuk, manakala tentera Abrahah yang gagah satu ketika dulu dihancurkan Tuhan melalui burung Ababil.
Hari ini China yang rasa diri paling berkuasa, maka Allah hantar tenteranya yang bernama Coronavirus.

Setakat negara China yang pada mata kita sangat luas dan besar hebat tapi disisi Tuhan ia hanya sebesar kuman; sekelip mata boleh dihapuskan dari muka bumi.
Kalau China rasa mereka mampu memenjara jutaan umat Islam Uighur sewenang-wenangnya, hari ini dengan kuasa Tuhan seluruh dunia seolah² sedang memenjara seluruh rakyat China, memboikot, menjauhkan diri dari mereka, tidak membenarkan mereka masuk ke negara² lain malah rakyat China sendiri tidak dibenarkan keluar dari negara mereka. Maka ia terlihat seperti 'dipenjara' juga bukan?

Dahsyatkan penangan Coronavirus?
Sekarang siapa lagi hebat dan berkuasa? Negara China atau Tuhan? Pokoknya jangan sesekali angkuh dan sombong dengan kuasa yang ada. Jangan cabar kuasa Tuhan. Bukan setakat bencana Coronavirus malah jauh dari itu Tuhan mampu menghukum hamba²nya yang ingkar. Itu baru hukuman dunia, tunggulah hukuman di akhirat puluhan kali ganda jauh lebih dahsyat menyiksakan.
Pengajaran dari wabak Coronavirus ini adalah:

Kehebatan yang kita ada hanyalah sementara, duit yang kita ada adalah sementara, kekayaan yang kita ada adalah sementara, kecantikan, harta yang kita miliki adalah sementara, keluarga anak isteri adalah sementara, kesihatan yang kita kecapi adalah sementara, kuasa yang kita banggakan juga sementara.
Dan semua itu bukanlah milik kita sebaliknya ia milik Tuhan. Bila² masa saja semua yang kita miliki akan diambil semula dan hilang sekelip mata. Jadi untuk apa kita bangga dengan nikmat yang tidak kekal. Selagi diberi kuasa rendahkan diri, jangan zalimi mereka yg lemah dan x punya kuasa...
Sungguh, andai doa mereka yang dizalimi dimakbulkan Tuhan, tunggulah azab dan balasan Tuhan itu x tertanggung.
Moga dengan kita mengambil pengajaran dari setiap kejadian Tuhan lalu kita dijauhkan dari sikap bangga diri. Sedarlah diri kita cuma hamba x punya apa² dan jangan sesekali lupa pada-Nya sang Pencipta alam semesta Tuhan Rabbul Alaminn.
SUMBER: Jue Liana
Wednesday, 22 January 2020
10 FAKTA MENARIK MENGENAI MESIR PURBA
1. Celeopatra Bukanlah Seorang Mesir
Selepas Alexander The Great menakluk Mesir Purba pada Abad Ke-4 SM, Mesir diperintah oleh Dinasti Ptolemy, iaitu dinasti yang bersusur galur daripada jeneral kanan Alexander iaitu Ptolemy I. Kebanyakan pemerintah dari Dinasti Ptolemy mengekalkan kebudayaan Macedonia yang diwarisi daripada Alexander The Great. Ya, salah satu daripada watak penting yang sering dikaitkan dengan Mesir Purba bukanlah berdarah Mesir sebenarnya.
2. Perjanjian Keamanan Terawal Dunia
Ketika Mesir Purba masih sebuah empayar yang agung, musuh azali Mesir Purba adalah Empayar Hittie yang berjiran dengannya. Betapa kedua-dua empayar ini seringakali berperang antara satu sama lain, terutama mahu merebut wilayah Syiria moden hari ini. Akhirnya, selepas menyedari perang antarta mereka sebenarnya sedang memakan empayar dari dalam, kedua-dua empayar ini akhirnya setuju untuk menjalankan perjanjian keamanan antara dua empayar, dengan syarat-syaratnya seperti kedua-dua empayar akan saling membantu sekiranya diserang oleh musuh.
3. Masyarakat Mesir Purba Sangat Minat Permainan Berpapan (Board Games)
Permainan berpapan yang terkenal ketika zaman kita ialah seperti Jutaria, Monopoly, Catur dan seumpama dengannya. Tetapi antara rekod terawal permainan berpapan terawal dunia ialah datang dari Mesir Purba, dijejaki seawall 3500 SM, kira-kira 5000 tahun yang lalu. Yang paling terkenal ialah Senet, di mana para sejarawan masih lagi berdebat tentang bagaimana permainan ini berlangsung. Bahkan kerana populariti permainan papan, betapa salah seorang firaun dalam sejarah Mesir Purba iaitu Tutankhamen dimakamkan bersama dengan permainan papan kegemarannya.
4. Mogok Buruh Pertama Dalam Sejarah
Orang Mesir Purba dicatatkan merupakan antara yang pertama dalam sejarah. Protes yang terkenal melibatkan mogok buruh ini ialah ketika pemerintahan firaun Ramses III apabila para buruh yang diupah untuk membina makam diraja di Deir el-Medina tidak menerima bayaran yang dijanjikan iaitu gandum, maka mereka telah menjalankan mogok. Mogol ini berlaku dengan para protestan duduk bercangkung di salah satu daripada laluan masuk ke makam, dan berkeras untuk tidak mahu meninggalkan tempat tersebut sehinggalah diberikan apa yang dijanjikan. Akhirnya, permintaan mereka dikabulkan dan mereka mendapat upah gandum seperti mana yang dijanjikan.

5. Wanita Mesir Mendapat Tempat Lebih Dari Wanita Lain
Mesir Purba mungkin salah satu peradaban yang meletakkan kedudukan wanita mereka ditahap yang lebih tinggi dari segala peradaban yang wujud sezaman dengan mereka. Mereka mempunyai kebebasan perundangan dan kewangan. Sebagai contoh, mereka mempunyai hak untuk membeli dan menjual hartanah, menjadi juri ketika perhakiman, menulis wasiat dan mewujudkan kontrak. Mereka yang bekerja diluar rumah juga memperoleh bayaran yang sama taraf dengan orang lelaki.
Bahkan seorang wanita Mesir mempunyai hak dalam rumah tangga seperti hak untuk meminta cerai, menceraikan dan berkahwin lain. Mesir Purba juga dikenali dengan kewujudan kontrak di antara pengantin lelaki dan perempuan sebelum melangsung perkahwinan, yang biasanya kontrak tersebut melibatkan pemilikan harta selepas perkahwinan. Mungkin sebab itu Mesir Purba antara peradaban purba di dunia yang memiliki pemerintah firaun wanita.

6. Firaun-Firaun Mesir Purba Biasanya Mempunyai Berat Badan Berlebihan
Walaupun pahatan dan seni Mesir Purba cuba sedaya upaya untuk mengambarkan firaun-firaun mereka sebagai kurus dan mempunyai tubuh badan idaman, sebenarnya kajian pada mumia mereka mendedahkan sebaliknya. Lagi-lagi apabila diet makanan kebiasaan masyarakat Mesir Purba yang melibatkan makanan yang tinggi gula. Sebagai contoh, Firaun Hatshepsut yang merupakan firaun wanita yang memerintah Mesir Purba pada 1500 SM. Sarkofagus (kotak menyimpan mayat firaun) mengambarkan beliau sebagai cantik, dan mempunyai tubuh badan yang menggiurkan, namun kajian pada tubuhnya mendedahkan bahawa Hatshepsut barangkali seorang wanita yang mempunyai penyakit obesity dan mengalami keguguran.
7. Kebanyakan Piramid Tidak Dibina Oleh Para Hamba
Membina piramid bukanlah tugas mudah. Setiap penemuan piramid biasanya akan menjumpai tengkorak para pekerjanya. Tetapi bukti yang dijumpai oleh sejarawan dan ahli arkeologi mengatakan bahawa terdapat sistem upah yang dijalankan oleh Mesir Purba. Terdapat graffiti yang dijumpai oleh arkeologis berdekatan dengan piramid yang biasanya ditinggalkan oleh kru kerja piramid yang tidak mahu nama mereka dilupai dalam lipatan sejarah. Grafiti tersebut biasanya bersifat komedi dan mengandungi unsur gurauan yang ditinggalkan oleh pekerja piramid. Sebagai contoh, “Sahabat Khufu” atau “Si Pemabuk Menkaure” yang mungkin merujuk kepada para kru pembina piramid.

8. Terdapat Firaun Mesir Yang Mati Kena Gigit Dek Badak Air
Ya, dengarnya macam kelakar, tetapi itulah hakikatnya. Perkenalkan firaun budak bernama Tutankhamen yang dipercayai oleh sejarawan, kemungkinan besar kematiannya adalah kerana digigit oleh badak air. Sememangnya budaya Mesir Purba ada melibatkan pemburuan binatang buas dan tidak hairanlah kalau Firaun Tutankhamen mati kerana digigit oleh badak air.
9. Doktor-Doktor Mesir Purba Mempunyai Kepakaran Khusus
Seawal zaman Mesir Purba, kira-kira 450 SM lagi, doktor perubatan di Mesir Purba mempunyai bidang kepakaran mereka, Ini yang dikatakan oleh Herodotus, sejarawan purba dari Yunani ketika menulis mengenai Mesir Purba. Setiap doktor di Mesir Purba hanya bertugas untuk merawat bahagian-bahagian tertentu pada tubuh manusia sahaja. Hederotus menulis, “Setiap doktor di Mesir Purba hanyalah perawat untuk satu penyakit sahaja, tidak lebih dari itu. Sebahagian mereka hanya perawat mata, sebahagian lagi perawat gigi…”
10. Masyarakat Mesir Purba Menyimpan Haiwan Peliharaan

SUMBER: islamituindah.my
Thursday, 19 December 2019
APA ITU LTTE?

Kumpulan Liberation Tigers of Tamil Elam, yang dikenali sebagai Tamil Tigers atau singkatan LTTE, adalah sebuah kumpulan militan pemisah yang berjuang untuk sebuah negara atau kawasan yang merdeka bagi bangsa Tamil yang menetap di Sri Lanka.
Seorang lelaki Tamil bernama Velupillai Prabhakaran telah menubuhkan pertubuhan ini pada tahun 1972 dan pada lewat tahun 1980an ianya adalah kumpulan militan Tamil yang paling dominan di Sri Lanka. Selepas beberapa kali rundingan yang menemui kegagalan, Kerajaan Sri Lanka mengisytiharkan perang terhadap kumpulan LTTE pada tahun 2006. Pada May 2009, tentera kerajaan telah mengalahkan LTTE dan membunuh Prabhakaran. Dianggarkan lebih kurang 70,000 orang yang terbunuh dalam konflik antara LTTE dan Kerajaan Sri Lanka. [1]

Sejarah telah merakamkan bahawa LTTE telah melaksanakan beberapa pembunuhan yang mensasarkan individu yang terkenal, antaranya termasuklah pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Ghandi pada tahun 1991. LTTE terdiri dari sayap militan dan sebuah sayap politik. Sayap militan LTTE juga mempunyai sebuah pasukan tentera laut, unit tentera udara, unit perisikan, dan juga sebuah kumpulan khas pengembom berani mati. Antara banyak kes pengebom berani mati adalah dianggotai dari kalangan wanita.
Majoriti sumber kewangan LTTE berasal dari hasil sumbangan orang-orang Tamil yang menetap di luar negara; namun pada tahun 1980an, LTTE menerima bekalan dan latihan ketenteraan dari unit perisikan India. LTTE juga mendapatkan sebahagian daripada sumber kewangan mereka yang berjumlah sekitar USD $ 200 juta daripada hasil cukai dan juga peras ugut di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh mereka di bahagian timur laut Sri Lanka.
LTTE telah dibubarkan pada tahun 2009 selepas mereka dikalahkan oleh Kerajaan Sri Lanka dan sekitar 6000 ahli LTTE telah menjalani proses rehabilitasi dan reintergrasi. Kerajaan Sri Lanka pada tahun 2011 telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih wujudnya cawangan antarabangsa LTTE yang ingin membina semula pertubuhan tersebut.[2]

Objektif utama LTTE adalah penubuhan sebuah negeri yang merdeka yang digelar Tamil Elam, untuk bangsa Tamil di Sri Lanka, di kawasan utara dan timur Sri Lanka, yang majoriti penduduknya terdiri dari bangsa Tamil.[3]
Mengikut bancian yang dibuat pada tahun 2001, majoriti penduduk Sri Lanka terdiri dari bangsa Sinhalese, yakni 82% dari keseluruhan penduduk Sri Lanka; purata penduduk bangsa Tamil di Sri Lanka adalah 9.4%, manakala penduduk Moors (keturunan Muslim) di Sri Lanka pula mengambil purata 7.9% dari keseluruhan penduduk Sri Lanka.[4]
Setelah Sri Lanka merdeka dari pemerintahan British pada tahun 1948, majoriti penduduk Sinhalese telah mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk Tamil, kerana penduduk Tamil sebelum ini telah diutamakan oleh pihak penjajah British.[5]
Prabhakan, ketua bagi kumpulan itu, menegaskan bahawa perjuangan untuk LTTE adalah permintaan daripada orang-orang Tamil; Walaupun ideologi pemisah menguasai pertubuhan LTTE, Prabhakan menyatakan pada satu sidang media pada tahun 2002 bahawa LTTE menginginkan autonomi dan kebenaran untuk masyarakat Tamil memerintah komuniti mereka sendiri, dan objektif mereka ini tidak semestinya memerlukan mereka merdeka dari Sri Lanka untuk menubuhkan negara sendiri.[6]
Hierarki pertubuhan LTTE telah disusun di bawah pimpinan pengasasnya, Prabhakaran. Kumpulan LTTE mempunyai tentera dan pasukan laut dan udara, tapi mereka lebih terkenal dengan aktiviti pengeboman berani mati yang dijalankan oleh sebuah pasukan bersenjata yang digelar Black Tigers. Kumpulan Black Tigers ini mahir taktik serangan dari darat dan juga laut, dan mereka juga tahu cara perang gerila dan terlibat dalam pengeboman dan kes pembunuhan. Mereka juga merupakan pertubuhan pertama yang menggunakan taktik pengeboman bunuh diri secara besar-besaran.Begitu banyak senarai serangan dan kematian melibatkan militan LTTE.[7]
Oleh demikian itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyenaraikan mereka sebagai kumpulan pengganas dan selaras itu, ia diharamkan di Malaysia dan diikuti 32 negara lain.
Nota kaki:
[1] Bajoria, Jayshree. “The Sri Lankan Conflict.” Council on Foreign Relations. 18 May 2009. Web. Accessed 22 July 2013.
[2] ^ “LTTE international network still active: Lanka PM.” The Economic Times. 9 April 2011. Web. Accessed 22 July 2013. <articles.economictimes.indiatimes.com/2011-04-09/news/29400675_1_d-m-jayaratne-ltte-internationalnetwork>
[3] ^ “Liberation Tigers of Tamil Eelam.” South Asia Terrorism Portal. Web. Accessed 22 July 2013. <http://www.satp.org/satporgtp/countries/shrilanka/terroristoutfits/LTTE.HTM>
[4] ^ Bajoria, Jayshree. “The Sri Lankan Conflict.” Council on Foreign Relations. 18 May 2009. Web. Accessed 22 July 2013. <http://www.cfr.org/terrorist-organizations-and-networks/sri-lankan-conflict/p11407>
[5] Ibid
[6] ^ “Press Conference at Killinochi.” Eelam News. 10 April 2002. Web. Accessed 22 July 2013. <http://www.eelamview.com/2011/11/17/hon-v-prabhakaran-press-conference-at-killinochi-2002/>
[7] Senarai serangan LTTE:
1. May 3, 1986: Bomb planted on Sri Lankan Air flight carrying British, French, and Japanese tourists, at the Colombo airport set to fly to the Maldives. (14-16 killed, 23-39 wounded).
2. April 21, 1987: Car bomb explodes at a bus station in Colombo, killing civilians. (113-150 killed, 200 wounded).
3. June 2, 1987: Aranthalawa massacre of Buddhist monks on a bus in Eastern Sri Lanka. (33 killed).
4. July 5, 1987: A soldier drove an explosive-filled truck into a Sri Lankan Army camp in Nelliady, northern Jaffna, followed by a ground attack by a group of LTTE soldiers. (40 killed (GTD: 20 dead, 27 wounded).
5. October 10, 1988: Massacre in Mahakongaskada Village of civilians. (44-45 killed, 17 wounded).
6. June 11, 1990: Massacre of Police Officers in Kalmunai in eastern Sri Lanka. (144 killed (GTD); most other sources claim over 600).
7. August 3, 1990: Kattankudy mosque massacre; LTTE highly suspected but has not yet claimed official responsibility (112-150 killed).

8. May 21, 1991: Assassination of Rajiv Gandhi, former Prime Minister of India, and 14-18 others by a female suicide bomber, in Sriperumbudur, Tamil Nadu. The LTTE did not officially claim responsibility. (15-19 killed).
9. October 16, 1992: Motorcycle-based suicide attack in Colombo killed Chief Sri Lankan Navy Commander Vice Admiral Fernando and four other Navy personnel. (5 killed).

10. May 1, 1993: Sri Lankan President Ranasinghe Premadasa is killed by a suicide bomber along with 23 others during a May Day rally in Colombo. (24 killed).
11. October 24, 1994: Female suicide bomber assassinates Gamini Dissanyake, Leader of the Opposition and United National Party candidate for the Presidential Elections, during a Colombo elections rally, (59 dead).
12. October 20, 1995: Explosion in Orugodawatte crude oil company by a suicide unit of four, killing 23 soldiers and two civilians. Fourteen storage tanks were destroyed, causing $61 million in damage. (25 killed, 32 injured).
13. October 22, 1995: Attack in Thamanagama fishing village and three other Eastern Sri Lankan villages. (50-66 killed).
14. November 24, 1995: Two female suicide bombers attack the Sri Lankan army headquarters in Colombo. (16 killed, 52 wounded).
15. December 23, 1995: Army ambush in Batticaloa district that killed 32 Sri Lankan troops, and a government-reported 60 rebels. (92-93 killed, 34 wounded).
16. January 31, 1996: A suicide bomber detonates an explosives-loaded truck at the Central Bank in Colombo. (91 dead, 1400 injured).
17. July 18, 1996: LTTE took control of a Sri Lankan army camp in the northeastern town of Mullaitivu. (1200 soldiers killed (BBC and Guardian)/150+ troops and 34 rebels killed (Reuters).
18. July 24, 1996: Explosive attack on a commuter train near Colombo. (60-61 killed, 391-600 wounded).
19. September 30, 1998: Major LTTE offensive on Sri Lankan Army at key city Kilinochchi, former LTTE base, near the Sri Lankan army's major Elephant Pass base, killing over 600-900 (varied estimates) Sri Lankan soldiers. (900 killed (varied estimates).
20. July 29, 1999: Neelan Thiruchelvam, a moderate Tamil MP member of TULF and involved in the government-backed peace process, was killed in a suicide attack in Colombo. (3 killed, 5 injured).
21. September 18, 1999: Attack on three villages in Sri Lanka's Eastern Province in an apparent retaliation for Sri Lankan army attacks on Tamil civilians early that week. (50 killed).
22. December 18, 1999: Assasination attempt on Sri Lankan President Chandrika Kumaratunga, who was injured in two bombings while campaigning for a second term during election rallies in Colombo. (15-34 killed).
23. April 23, 2000: Tigers take control of key Sri Lankan Army base in Jaffna, Elephant Pass, which they had been fighting to seek control since the Army takeover of the former LTTE stronghold in the Jaffna peninsula in 1995. ( 79 soldiers killed, 400+ injured, and 150 LTTE members injured).
24. June 7, 2000: Senior Sri Lankan Industry Minister CV Gooneratne assassinated in Colombo by a suicide bomber. (20-21 killed).
25. July 7, 2004: First suicide bombing in three years. LTTE female soldier in an apparent attempt to assassinate high-profile Hindu Affairs Minister Douglas Devananda, a voracious LTTE critic. (5 killed, 9 injured).
26. October 25, 2005: Foreign Minister Lakshman Kadirgamar, a key player in the peace process and close aide of President Chandrika Kumaratunga, was assassinated at his home in a suicide attack in Colombo. (1 killed).
27. April 9, 2006: Over 100 killed during a 2 week period, the most intensified fighting since the 2002 truce. (100+ killed).
28. June 15, 2006: Evidence suggests that the LTTE was responsible for a bus bombing in Aduradhapura district. (64 killed, 84 wounded).
29. October 16, 2006: Suicide bombing attack on Sri Lankan naval convoy buses in northeast region of Dambulla, one of the deadliest since 2002 peace. (95 killed).
30. May 9, 2009: Attack on civilians in Mullaitivu, Northern Province, Sri Lanka. (9 killed, 19 wounded).
SUMBER: R&D MRM
Tuesday, 19 November 2019
ANJING ADALAH MAKHLUK ALLAH YANG SANGAT UNIK

Anjing adalah mahkluq Allah yang sangat unik. Kejadiannya adalah dari ciptaan Allah untuk manfaat manusia yang berfikir. Kejadiannya untuk memudahkan urusan manusia yang berhikmah dan berjiwa baik. Sebab itu anjing bukan untuk dimakan.
Kekotoran yang ada padanya bukan melibatkan hal dosa pahala. Kekotoran yang ada padanya adalah melibatkan hal toharah cara bersuci. Hilangkan kumannya dengan tanah, kerana tanah Allah jadikan mampu untuk membasmi kuman dari anjing mahupun babi. Tak susah. Hanya sapukan tanah pada bahagian yang terkena najis anjing terutama air liurnya, kemudian bilas. Atau campurkan tanah itu dengan air, kemudian sapu pada bahagian yang terkena air liur anjing dan kekotorannya, kemudian bilas. Kenapa kena bilas banyak kali, sebab kita bilas kesan tanah tersebut agar ia tak ganggu keselesaan pada tubuh kita.

Tak bolehkah guna sabun untuk terus basuh kesan kotoran anjing?
Boleh, selesai matikan kuman menggunakan tanah tadi, masa bilas untuk bersihkan kesan tanah, gunalah sabun untuk bersihkan kesan tanah tersebut.
- Guna Tanah untuk mematikan kuman dari kekotoran anjing mahupun babi.
- Guna Sabun untuk bilas dan bersihkan kesan tanah tadi agar lebih selesa. Tak guna sabun pun tak apa, asalkan bilas hingga hilang kesan tanah.

Yang menjadi keliru di kalangan masyarakat kita ialah cara nak bersuci bila terkena najis-najis ini. Manakan tidak, dalam buku teks sekolah dahulu, ditunjukkan cara bersuci najis mughalazoh adalah dengan gambar tanah dan air itu menggunakan bekas besen air yang besar. Nampak susah jadinya. Nak kena sediakan tanah dan air dalam kuantiti yang banyak guna besen. Hingga mereka dewasa, mereka fikir kena cari tanah dan air berbesen-besen untuk bersuci. Walhal senang. Ambil tanah sekadar yang secukupnya untuk disapu, kemudian jirus sahaja guna paip dan gosok hingga hilang. Bahkan ini lebih dari 6 atau 7 bilasan air.
Allah jadikan anjing, bukan untuk bertambahnya dosa kamu.
Allah jadikan anjing, untuk kamu menggunakan aqal berfikir hikmah kejadiannya.

Allah jadikan anjing, untuk membantu kamu memanfaatkan sifatnya.
Allah jadikan anjing, perihal kita dengannya adalah tentang bersuci, bukan tentang dosa pahala. Yang dosa adalah apabila kamu memudharatkan diri dengan menentang untuk bersuci.
Melayu = Jangan bermusuh dengan anjing.

SUMBER: Mahathir Alkhobiri
Wednesday, 18 September 2019
KEHIDUPAN YANG PENUH TRAGIK DAN MISTERI PRINCESS 'ELISABETH OF AUSTRIA'

Hobinya suka mengembara serata dunia dan dia merupakan tokoh wanita Austria dan Hungary yang sangat disanjungi rakyat. Elisabeth juga sukakan kepada kecantikan. Dia sangat menjaga penampilannya; tak hairanlah banyak petua yang diamalkan untuk kelihatan sentiasa cantik namun kebanyakkan petua yang diamalkan agak pelik yang tak pernah kita dengar.
Elisabeth menjadi mangsa pembunuhan seorang lelaki Anarchist (anti-kerajaan) di Geneva. Kisah hidupnya sangat tragis dan agak misteri, mungkin jarang kita dengar pasal puteri ni, or mungkin langsung tak pernah tahu kan? Mari baca lagi tentangnya.

Berkahwin dengan sepupunya, Maharaja Franz Josef
Masa depan Elisabeth banyak ditentukan oleh ibu dan makciknya. Puteri Ludovika (ibu) dan Puteri Sophie (makciknya) adalah adik-beradik berketurunan bangsawan Bavaria yang memerintah keluarga Wittelsbach. Kiranya berdarah raja dan keturunan elok² je dorang ni. Jadi mereka mahu anak² mereka berkahwin dengan lelaki yang berkedudukan serta boleh mempengaruhi negara kiranya ada kuasa lah. Tak cinta pun, takpe, tak kisah asalkan ada kebaikan dan kepentingan dalam negara, dah cukup bagi mereka.
Puteri Ludovika mempunyai dua anak perempuan, Elisabeth dan Helene. Puteri Sophie pula mempunyai anak lelaki, Maharaja Austria Franz Josef. Sophie mengatur jodoh untuk Franz Josef, dan Helene. Semasa bertemu, Franz Josef yang berusia 23 tahun lebih berkenan kepada Elisabeth yang berusia 15 tahun. Dia berkahwin dengan Elisabeth selepas pertemuan pertama iaitu pada 24 April 1854.

Ibu mertua yang 'merimaskan' dan kaki control - Puteri Sophie.
Ibu mertua Elisabeth, Puteri Sophie, sememangnya kaki control, dia bersifat dominan. Puteri Sophie lah yang memandai² menguruskan anak-anak Elisabeth sedangkan dia bersakit-sakit bersalin tetapi masa depan mereka ditentukan oleh ibu mertua yang tamak. Puteri Sophie akan mengawasi anak²nya itu setiap hari ala CCTV zaman tu dan tidak membenarkan langsung Elisabeth dekat dengan mereka. Tapi Elisabeth sangat penyabar orangnya.
Elisabeth dan Franz Josef menamakan anak sulung mereka Sophie dan anak kedua mereka Gisela. Anak²nya dibaptiskan sendiri oleh Puteri Sophie tanpa pengetahuan Elisabeth. Pada tahun 1857, semasa lawatan nya ke Hungary, Sophie yang berusia dua tahun dan adiknya Gisela, jatuh sakit, Sophie akhirnya meninggal dunia akibat penyakit 'typhus' atau zaman sekarang digelar demam tifoid. Penyebab nya adalah kerana infection sejenis bakteria Salmonella, iaitu bakteri yang menyerang usus perut. Yang mungkin meminum air atau makanan yang tercemar.
Ibu mertua Elisabeth menggunakan insiden itu untuk mengukuhkan lagi 'kawalan'nya terhadap Gisela pula. Gisela juga tidak dibenarkan langsung berjumpa ibunya. Puteri Sophie juga asyik menyalahkan Elisabeth kerana gagal melahirkan anak lelaki yang dirasakan penting mewarisi takhta kerajaan nanti.
Namun Tuhan tu maha kuasa, tuhan kemudian kurniakan anak lelaki kepada Elisabeth. Kelahiran Putera Mahkota Rudolf amat menggembirakan hati Elisabeth.

Tips kecantikan yang pelik² - guna daging sebagai 'mask' semasa tidur malam.
Elisabeth sememangnya taksub dengan penampilannya, dan dia akan buat apa saja untuk kelihatan cantik tapi petua²nya semua pelik. Dia jarang makan daging, kebanyakannya hanya makan sumber produk tenusu seperti keju, susu dan telur. Dia juga kaki gym. Jangan tak tahu, zaman tu pun ada gym tau. Jika berat badannya naik, dia akan berpuasa tak makan apa².
Elisabeth sangat menitikberatkan kecantikan rambutnya (ini paling utama). Kerana rambut adalah mahkota wanita. Dia akan menyisir rambutnya saja hampir 3 jam, yelah zaman tu manalah ada salon. Dia juga tidak suka memakai alat solekan,dan hanya memilih krim muka dari sumber alam dan selalu menyembur pati ros ke muka untuk penyeri.
Dia juga akan menggunakan daging mentah atau strawberry hancur sebagai masker mukanya sebelum tidur. Dia juga akan merendam baju² dengan cuka semalaman sebelum dibasuh, petua itu kononnya boleh menjadikan pinggangnya sentiasa ramping bila pakai baju yang direndam dengan cuka.
Kalau zaman sekarang buat macam ni, bengkung sajat memang tak laku kan?
Elisabeth juga mempunyai satu tangga rahsia yang dipasang disalah satu pintu istana supaya dia dapat curi² masuk ke dapur tanpa ada gangguan tukang masak dan ibu mertuanya.

Malang bagi nasib Elisabeth dah lah tu je satu²nya anak lelaki. Putera Mahkota Rudolf, berfikiran sama seperti ibunya yang progresif dan ikut saja kehendak orang tua dalam soal jodoh. Tapi bukan ibunya yang merancang jodohnya, tetapi Puteri Sophie juga. Dia dikahwinkan dengan puteri dari keluarga diraja Belgium dan mempunyai seorang anak perempuan pada tahun 1883. Tetapi Rudolf tidak begitu gembira dengan perkahwinan itu. Dia cepat bosan dengan kehidupannya yang serba serbi diatur dan dikawal ketat. Kekangan yang melampau-lampau iaitu gaya hidup 'raja Austria' tidak begitu sesuai dengan jiwanya yang suka bebas . Dia cuba pertahankan kesetiaannya kepada keluarga tetapi akhirnya gagal.
Dia mula berjudi, berzina dan minum arak. Pada tahun 1888, Rudolf dikatakan menjalin hubungan cinta dengan kekasih gelapnya iaitu seorang gadis bangsawan yang berusia 17 tahun, bernama Mary Vetsera. Namun pasangan itu kemudian ditemui mati pada 30 Januari 1889 di sebuah pondok memburu Putera Mahkota Mayerling. Ahli sejarah tidak pasti sama ada Rudolf sendiri bunuh diri atau diperintah bunuh oleh seseorang yang dikatakan ada kaitan dengan bapanya sendiri, Franz Josef. Penyebab kematian mereka masih lagi menjadi tanda tanya. Rudolf dikatakan mengalami masalah depression dan mental.

Dikebumikan di Hapsburgs 'Imperial Crypt Vienna.
Kematian putera Radolf menimbulkan bukan suasana sedih tapi ketegangan besar kepada keluarga diraja itu. Sekiranya Rudolf menduduki takhta selepas ayahnya, putera progresif itu kemungkinan akan mengakhiri pakatan Austria dengan Jerman dibawah Kaiser Wilhelm II. Langkah itu akan menghalang kemungkinan perang besar di Eropah. Akibat kematian Rudolf, anak saudara Franz Josef Franz Ferdinand akhirnya menjadi pewaris takhta Austria. Pembunuhan yang terjadi ke atas Franz Ferdinand pada tahun 1914 mengetepikan peristiwa yang mencetuskan Perang Dunia I.

Franz Josef, berpenyakit kelamin?
Franz Josef seorang lelaki yang bermata keranjang,suka bermain dengan ramai perempuan semasa zamannya sebagai Maharaja. Para ilmuwan percaya bahawa Franz Josef menyebarkan penyakit kelamin kepada Elisabeth. Ini kerana Elisabeth selalu mengelak melakukan hubungan seks kerana tidak mahu ada dua atau tiga anak.
Elisabeth akhirnya bersetuju jugak melahirkan anak perempuan lain sebagai jaminan dari suaminya bahawa dia akan memegang kuasa utama dalam pemerintahan juga politik Hungary pada Jun 1867.

King Bavaria, King Ludwig adalah rakan baik Elisabeth yang juga merupakan seorang 'gay'.
Elisabeth dan sepupunya, Ludwig, juga raja di Bavaria berkawan rapat. Kedua-duanya mencapai kemasyhuran pemerintahan tahta diraja pada awal kehidupan remaja mereka: Elisabeth adalah Permaisuri Austria semasa berusia 17 tahun, manakala Ludwig II menjadi Raja Bavaria semasa berusia 19. Dia sepatutnya dijodohkan dengan adik Elisabeth, Helene, namun nalurinya gay, jadi dia menolaknya.
Ludwig tidak pernah berkahwin. Keadaan Bavaria kemudian digulingkan kerana rampasan kuasa dalam kerajaan. Ludwig sangat tertekan hingga meninggal membunuh diri dengan terjun kedalam tasik Bavaria dan akhirnya mati lemas pada 13 Jun 1886. Apabila mendengar berita itu, Elisabeth sangat terkejut dan sedih atas kematian sepupunya itu. Baginya itu adalah tragedi paling menyedihkan dalam hidupnya.

Elizabeth Dibunuh oleh Anarchist Itali (anti kerajaan) di Geneva.
Menjelang tahun 1898, Empress Elisabeth hanya menghabiskan masanya di Vienna, dan gemar mengembara ke Eropah. Pada bulan September tahun itu, Elisabeth merancang untuk menaiki kapal di Tasik Geneva hendak mengembara ke Montreux. Semasa berjalan disepanjang tasik seorang diri hendak menaiki kapal, dia disapa oleh seorang Anarchist Italian, bernama Lucheni, yang fanatik terhadapnya tapi gila mental. Permaisuri yang kebetulan itu seorang diri menjadikan Lucheni bertambah berani menyerang serta menikam dada Elisabeth dengan kayu tajam, melihat Elisabeth jatuh, dia terus melarikan diri. Namun oleh kerana korset Elisabeth sangat ketat dan tebal, lukanya tidak begitu dalam. Jadi Elisabeth sempat bangun dan berjalan perlahan-lahan kekapal dengan harapan dapat ke Montreux mendapat kan rawatan disitu. Namun tidak sempat, sampai ke ke kapal, dia rebah. Pengawal² yang terkejut melihat nya cepat² mencari Lucheni dan pemuda gila itu akhirnya berjaya ditangkap. Dia menerima hukuman gantung pada tahun 1910.

Elizabeth tidak suka bergambar.
Zaman tu dah ada kamera. Kamera vintage gitew. Namun Elisabeth tidak suka bergambar jangan kan selfie, wefie pun dia tak suka. Malah orang ramai yang mengambil gambar nya secara curi² pun susah nak snap photonya. Zaman ketika ada kamera tu umurnya adalah 32 tahun. Dia sangat suka menunggang kuda. Semasa menunggang kuda pun dia akan menutup wajahnya jika ada yang hendak merakam detik-detik menarik tu. Hmm alahai, muka cantik pun tak suka amik gambar kan??

Elizabeth sangat popular di Hungary.
Hungary pernah ditindas dalam sejarah Austria-Hungary. Pada tahun 1848, pemberontakan yang berlaku di Hungary juga telah mengancam pemerintahan Austrian. Franz Josef telah melancarkan serangan padu terhadap rakyat Hungary, yang seterusnya merosakkan hubungan antara kedua-dua wilayah tersebut.
Namun Elisabeth bersimpati kepada negara Hungary, mungkin kerana minatnya kepada pemimpin Hungary zaman tu, Count Gyula Andrassy. Ensem kot? Tak dapat gambar pulak alahai 🤪. Elisabeth akhirnya berjaya memujuk suaminya, supaya meneruskan hubungan baik dengan Hungary selepas kejatuhan Austria di tangan Prusia pada tahun 1867. Dia yakin bahawa hubungan yang baik itu sangat penting bagi perkembangan dan pemulihan negara Austria itu penting bagi membuka mata semua negara-negara Baltik tentang kehebatan Austria sendiri.
Franz Josef dan Elisabeth secara rasminya dinobatkan sebagai Raja dan Permaisuri Hungary pada tahun 1867. Andrassy dinobatkan sebagai Perdana Menteri bahagian Hungaria. Kesatuan dan keharmonian ni mewujudkan kestabilan dan kemakmuran ekonomi di rantau ini sebab itulah Elisabeth sangat disayangi dan dihormati, hinggalah sampai sekarang patung peringatan nya kukuh dipamerkan sebagai tanda mengingati jasa baiknya tu.

Elisabeth adalah seorang 'Iconoclast' iaitu wanita yang berani bangkit atau kritik jika dia tidak setuju dalam pemerintahan aka politik negara.
Elisabeth tidak sesuai untuk gaya hidup yang sopan serta protokol yang melampau-lampau. Dia lebih sesuai menjadi ahli politik. Ramai anak raja memberi tumpuan kepada keturunan, penampilan mereka, dan menghasilkan lebih banyak waris lelaki. Tapi Elisabeth, lebih suka akan undang² dan keadilan untuk rakyatnya. Dia juga mampu kendalikan semua protokol undang² dengan sangat baik. Selepas dia melahirkan Putera Mahkota Rudolf, kegiatannya mula perlahan kerana menghidap penyakit tuberkulosis (tibi). Hinggakan doktor mencadangkan agar dia pergi menquarantine dirinya sendiri ke negara lain.
Dia kemudian berehat dan tinggal sementara di pulau Portugis Madeira tanpa anak atau suaminya selama enam bulan. Dia sangat suka suasana di pulau tu. Walaupun dah berusia, dia masih kuat bekerja dan terlibat dalam politik kerana dia bijak beri idea² bernas mengenai hal² dalam negara terutamanya di Hungary.

Banyak mengikut sifat ayahnya yang suka bangkit untuk rakyat. Ayah Elisabeth, Duke Maximilian Joseph of Bavaria, juga dikenali sebagai "Max" dalam kalangan rakan-rakannya, sangat berani dan bersemangat dalam pemerintahan. Dia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang muzik, terutama muzik rakyat Bavaria. Dia suka mengembara ke serata dunia termasuklah Timur Tengah, Asia, dan Afrika. Dia juga banyak mempengaruhi Elisabeth dalam bidang politik.

Elisabeth jadi pencetus fesyen zaman moden. Kerana rupanya yang kemas, cantik serta fesyen pakaian yang menawan, dia banyak menjadi sumber inspirasi pereka fesyen untuk cari makan. Pada bulan Disember 2014, Karl Lagerfeld memperkenalkan fesyen yang diilhamkan oleh zaman Elisabeth iaitu 'the late 19th Elisabeth'.
SUMBER: Misteri Alam de Paranormal
Subscribe to:
Posts (Atom)







