Showing posts with label Pahlawan. Show all posts
Showing posts with label Pahlawan. Show all posts
Wednesday, 7 October 2020
Thursday, 4 January 2018
LEGENDA TEWASNYA BRUCE LEE DI TANGAN SILAT MELAYU?
...gambar ni hiasan je...
Bruce Lee merupakan lagenda dalam dunia seni beladiri. Kalau tak kerana jasa-jasa Bruce Lee, orang putih tak reti nak berkungfu. Boleh dikatakan, Bruce Lee adalah orang yang memperkenalkan kung fu di Hollywood.Pada zaman kegemilangannya, Bruce Lee masih muda. Umur awal 30 tahun.

...gambar ni hiasan je...
Beliau belajar daripada semua orang dan sanggup mengajar kepada semua orang. Ini adalah revolusi pada masa itu kerana kesemua mahaguru kungfu hanya mengajar ilmu kungfu kepada orang Cina sahaja, tidak kepada bangsa asing terutama orang2 putih.Bruce Lee ni mencipta sistem tempur bernama Jeet Kun Do, yang mana adalah falsafah beladiri yang bebas menggunakan apa sahaja teknik. Just take whatever useful & good to you. Kira macam kungfu rojak leer. janji boleh menang.

...gambar ni hiasan je...
Dalam keghairahan inilah, Bruce Lee mencabar mana-mana sahaja mahaguru yang hebat2-hebat pada masa itu untuk test power. BrIuce Lee memang hebat... beg pasir boleh pecah sekali sepak sahaja. Bruce Lee suka cabar orang lain yang hebat2.Antaranya ialah Mahaguru Silat gayong malaysia, Dato Meor Abd. Rahman.
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.

...gambar ni hiasan je...
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee.
...gambar ni hiasan je...
Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

...gambar ni hiasan je...
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.

...gambar ni hiasan je...
Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Senandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

...gambar ni hiasan je...
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)
Walaupun hari ini kisah ini adalah sekadar lagenda dan urban legend i kalangan rakyat Malaysia, namun kami berpendapat kisah urban legend ini harus diketahui seluruh rakyat Malaysia itu sendiri.
Monday, 27 November 2017
SHANG YANG: INDIVIDU DISEBALIK KEBANGKITAN DINASTI QIN MENJADI GERGASI CHINA

361 SM: Duke Xiao of Qin (Quliang: 361 SM-338 SM) menaiki takhta negara Qin ketika masih belia setelah kematian Duke Chu of Qin (Chuzi II: 386 SM-385 SM) . Kemajuan negara Qin setelah hampir 300 tahun kematian Duke Mu of Qin telah membentuk peribadi penguasa Xiao bercita-cita untuk meneruskan empayar kekuasaan leluhurnya. Untuk memulakan langkah perluasan kuasa jauh dari negara Qin, maka penguasa Xiao mengatur rancangan pertamanya iaitu untuk mengumpulkan para cendekiawan dari seluruh tanah China datang berkhidmat di bawah pemerintahannya.
KEANGKUHAN NEGARA WEI MENGUNDANG PADAH
• Gongsun Yang dari negara Wei datang menemui penguasa Xiao lalu menyatakan hajatnya untuk berkhidmat kepada negara Qin. Pada mulanya, permintaan Gongsun Yang ditolak mentah-mentah oleh penguasa Xiao setelah Gongsun Yang hanya berbicara panjang lebar tentang sesuatu tanpa diisi dengan perkara yang penting sehingga tidak menarik perhatian penguasa Xiao. Gongsun Yang yang tidak berputus asa merayu kembali kepada penguasa Xiao untuk diberikan peluang kali kedua menunjukkan bakatnya yang terpendam. Penguasa Xiao mengizinkan dan pada kali kedua inilah, Gongsun Yang mengeluarkan segala strategi-strateginya dan idea-idea yang bernas untuk menjadikan negara Qin sebagai yang terkuat daripada tujuh negara yang lain. Setelah tiga malam berturut-turut penjelasan yang panjang lebar disampaikan oleh Gongsun Yang, maka penguasa Xiao yang kagum dengan bakat beliau sehingga Gongsun Yang diangkat sebagai penasihat dalam pentadbirannya. Berikut adalah strategi dan idea yang dikemukakan oleh Gongsun Yang:
1. Jika ingin menjadikan negara Qin sebagai negara terkuat mulai sekarang, maka negara ini memerlukan sebuah pasukan tentera yang kuat dan bekalan makanan yang banyak serta tidak pernah putus.
2. Menawarkan jawatan yang tinggi dalam pemerintahan dan akan dianugerahkan pangkat kehormatan dari pemerintah, iaitu:
a. Tentera Qin yang berjasa dalam peperangan mahupun memberikan idea yang bijak untuk mengalahkan musuh dan memenanginya maka beliau akan diberikan ganjaran yang banyak atau dinaikkan ke pangkat yang tertinggi dalam jabatan ketenteraan.
b. Masyarakat atau penduduk biasa yang berjaya dalam memberikan hasil pertanian yang bagus serta bijak menguruskan tanah dalam menambahkan penghasilan bekalan makanan mentah yang banyak kepada negara akan diberikan jawatan pangkat yang terhormat di dalam pentadbiran Qin.
• Idea yang dikemukan oleh Gongsun Yang diterima bulat-bulat oleh penguasa Xiao tanpa bantahan. Arahan baru dikeluarkan, reformasi yang dilancarkan oleh Gongsun Yang berjalan dengan baiknya sehingga ramai masyarakat yang berstatus sosial rendah berebut-rebut dalam berjasa ketika berperang atau berusaha keras mengeluarkan hasil tanaman yang melimpah.
• Berkat kesanggupan penguasa Xiao menerima usulan Gongsun Yang membuahkan hasil setelah idea dan strategi penasihatnya ini menciptakan suasana yang baharu dalam pemerintahan negara Qin sehinggakan kekuatan tentera dan ekonomi negara ini yang dahulunya hanya biasa menaiki aras negara kecil yang setaraf dengan enam buah negara besar yang lain, iaitu Han, Wei, Chu, Zhao, Qi dan Yan.
Akibat daripada reformasi undang-undang baru yang diperkenalkan oleh Gongsun Yang tidak hanya menguatkannya di dalam kedudukan politik tetapi dalam masa yang sama beliau mencipta musuh daripada bangsawan tempatan yang telah hilang status quo yang telah lama mengakari negara Qin.
• Dasar pemerintahan meritokrasi yang diusulkan oleh Gongsun Yang dan dilaksanakan oleh penguasa Xiao mengubah persepsi para bangsawan Qin yang selama ini memiliki pelbagai tanah yang luas disita dan diberikan kepada masyarakat yang berbakti pada negara Qin.
Ajaran Li Kui yang dianuti oleh Gongsun Yang mengajarkannya bahawa segala pangkat darjat dalam kekuasaan, harta dan kehormatan diterima melalui kerja yang keras serta bukannya melalui pewarisan harta melalui keturunan atau mempunyai hubungan darah dengan keluarga penguasa.
• Melalui tahapan-tahapan reformasi yang diterapkan oleh kedua tokoh terbabit, maka negara Qin mula berkembang dengan lebih maju dan stabil. Gongsung Yang mengatur langkah seterusnya untuk meluaskan pengaruh negara Qin. Beliau mencadangkan kepada penguasa Xiao untuk memindahkan pusat pemerintahan ke kota Xianyang iaitu sebuah tempat yang terletak di sebuah tanah tinggi Guanzhong bersebelah sungai Wei. Kelebihan yang didapati melalui keadaan geografinya iaitu dikelilingi oleh gunung-gunung yang tinggi dan hanya mempunyai satu pintu masuk sahaja, melalui pintu gerbang Hangu lalu serta-merta menjadikan kota Xianyang mudah dipertahankan daripada serangan musuh.
SEMBURAN NAFAS NAGA QIN BERTIUP DI TIMUR
Kedudukan kota baharu yang juga berdekatan dengan perbatasan timur negara Qin memberikan kesempatan kepada Gongsun Yang mengusulkan cadangan kepada penguasa Xiao untuk menguasai beberapa wilayah dan kota negara Wei yang terletak di kawasan timur.
• Dalam tempoh waktu yang terdekat ini, negara jirannya, iaitu Wei baru sahaja mengakhiri kekalahan dalam Perang Malingdao (342 SM) terhadap negara Qi. Gongsun Yang mengambil kesempatan emasnya untuk menakluk wilayah negara Wei dengan memperalatkan hubungannya yang baik dengan jeneral perang utama negara Wei iaitu Gongzhi Ang. Kepercayaan yang diberikan oleh Gongzhi Ang dikhianati oleh Gongsun Yang dengan mengerahkan pasukan tentera Qin dengan keizinan penguasa Xiao merebut kota-kota utama negara Wei iaitu kota Shaoliang, kota Hexi, kota Hedong dan kota Anyi (bekas pusat pemerintahan negara Wei).
Pada masa ini, negara Wei diperintah oleh Raja Hui of Wei
• Melalui kejatuhan beberapa buah kota penting milik negara Wei menjadikan negara Qin serta-merta ditakuti oleh negara-negara besar yang lain. Api yang disembur oleh naga Qin mula terasa bahangnya. Negara Wei, Qi dan Zhao mula berjaga-jaga dengan segala serangan yang akan bakal berlaku dari pihak Qin suatu hari nanti.
• Atas keberhasilan Gongsun Yang menunjukkan kecerdikannya mereformasikan undang-undang dan perluasan kuasa Qin maka penguasa Xiao membalas jasanya dengan menghadiahi pangkat seorang bangsawan menguasai wilayah Shang dan Yu serta diberikan mandat untuk mentadbir 15 buah kota di wilayah terbabit. Beliau pun mendapat gelaran yang baharu, gelaran kehormatan yang diberikan langsung oleh penguasa Xiao iaitu Tuan Shang Yang.

UNDANG-UNDANG YANG MEMAKAN DIRI
Segala pangkat, harta dan kekuasaan yang diperlolehi secara susah-payah pasti akan berakhir jua. Begitu juga nasib yang akan dialami oleh Shang Yang.
388 SM.
• Setelah hampir 30 tahun pemerintahan yang berkembang pesat, penguasa Xiao pun meninggal dunia ketika berumur 44 tahun. Takhta kekuasaan Qin diturunkan kepada putera buangan, iaitu Putera Ying Si dengan memakai gelaran Raja Huiwen (338 SM-311 SM).
• Raja Huiwen menyimpan dendam kepada Shang Yang kerana beliaulah baginda menjadi putera dalam buangan pada suatu masa dahulu. Ketika Raja Huiwen masih muda dan memegang gelaran Putera Ying Si yang bakal mewarisi takhta negara Qin telah melakukan pelanggaran hukum ketika undang-undang Shang Yang diperkenalkan. Guru-guru Ying Si, Gongsun Jia dan Ying Qian dihukum dengan dipotong hidung lalu ditato kening mereka sementara Ying Si dibuang dari istana.
• Setelah menaiki takhta, Raja Huiwen ingin menghukum bunuh ke atas Shang Yang. Baginda ingin menampakkan hukum bunuh ke atas Shang Yang bukannnya bersifat peribadi melainkan melalui pelanggaran hukum. Ditambah pula hasutan oleh para menteri dan para bangsawan yang sudah lama memusuhi Shang Yang, baginda bernekad untuk memulakan agendanya ini.
• Shang Yang yang sudah mendengar khabar berita kemangkatan penguasa Xiao tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya ada satu sahaja cara untuknya meneruskan hidup iaitu dengan melarikan diri daripada rumah kediamannya dan menuju ke negara Wei. Pasukan tentera Qin yang sudah tiba ke rumah Shang Yang menggeledah dan memburunya di atas alasan mengingkari perintah Raja Huiwen.
• Shang Yang melarikan diri secara senyap-senyap pada tengah malam dan sentiasa mengatur perjalannya agar tidak ditangkap oleh pasukan tentera Qin yang mula mendapat perintah rasmi untuk memburunya. Setelah melakukan perjalanan yang panjang dan lama akhirnya beliau tiba di gerbang kota negara Wei. Pada waktu ini negara Wei hanya bertahan di sebuah wilayah yang kecil dan lemah tetapi mendapat bantuan perlindungan ketenteraan daripada negara jirannya, negara Zhao. Pengawal yang menjaga pintu gerbang Wei mengetahui Shang Yang walaupun beliau memakai identiti palsu. Shang Yang dihalau kerana ulah beliaulah, negara Wei sekarang berada di ambang kehancuran. Shang Yang mati akal. Beliau tidak mempunyai cara lain untuk meneruskan hidup melainkan dengan melancarkan aksi pemberontakan ke atas Raja Huiwen. Pasukan pemberontak yang dikumpulkan melalui tentera upahan dan pengikutnya yang setia, pasukan Shang Yang membuat kekacauan sehingga memaksakan Raja Huiwen mengerahkan angkatan pasukan Qin yang besar untuk mengalahkannya Shang Yang. Pemberontakan Shang Yang dipatahkan dengan mudah lalu Shang Yang pula berhasil ditawan hidup-hidup dan dibawa ke hadapan Raja Huiwen. Raja Huiwen membacakan hukum yang bakal dijatuhkan kepada sesiapa yang melancarkan pemberontakan bersenjata ke atas penguasa Qin. Undang-undang yang dibacakan oleh Raja Huiwen merupakan undang-undang yang ditulis sendiri oleh Shang Yang.
• Bentuk hukuman yang dijatuhkan kepadanya iaitu hukuman mati dengan ditarik oleh empat buah kereta kuda. Maka tamatlah riwayat hidup seorang manusia yang berjaya membentuk negara Qin sejajar dengan negara lain tetapi segala kebaikannya selama ini dibalas dengan sebuah pengakhiran hidup yang sadis.

• Walaupun Raja Huiwen membenci Shang Yang, tetapi baginda masih memegang teguh undang-undang yang dibuat olehnya sehingga baginda berjaya meluaskan kuasa negara Qin melalui taklukan ke atas daerah Badan Shu (Sichuan) iaitu sebuah daerah yang kaya dengan hasil tanaman subur. Dengan taklukan ke atas daerah ini, maka pertahanan negara Qin di bahagian barat semakin kuat.
Bermulanya sebuah era pemerintahan baru di bawah pentadbiran Raja Huiwen yang bakal mengegarkan ketakutan terhadap enam negara besar yang lain sehinggakan mereka bersatu untuk menangkis ekspedisi perluasan kuasa pasukan Qin di bawah perjanjian bersekutu Anti-Qin (Hezong) 295 SM.
Labels:
China,
Dinasti,
General,
Naga,
Pahlawan,
Panglima,
Peperangan,
Quotes,
Shang Yang,
Tanah Besar,
Undang-Undang
Monday, 14 August 2017
RAJA-RAJA MELAYU AGUNG SEGENTING KRA

GAMBAR MEMAPARKAN KEPADA KITA GAMBARAN PALING DEKAT KEPADA PEMAKAIAN RAJA-RAJA ANGKOR KETIKA ITU.
Tuan-tuan dan puan, setakat ini, yang kita ketahui bahawa tamadun Melayu yang kita sama-sama sayangi ini sudah mencecah sekurang-kurangnya 600 SM. Angka ini djangka akan bertambah dan bertambah, menunjukkan kepada kita bahawa bangsa kita bukan bangsa picisan dalam helaian sejarah. Antara kehebatan yang ingin saya paparkan di sini ialah kisah tentang 3 raja agung yang pernah memerintah Segenting Kra dahulu, atau lebih molek kita panggilnya sebagai kerajaan Melayu Purba bernama Sri Dharmaraja.
Kerajaan agung yang dijangka berdiri seawal abad pertama masihi ini mempunyai banyak raja-raja hebat yang memerintahnya, namun cukuplah untuk setakat ini, kami perkenalkan kepada anda 3 nama yang pastinya akan membuatkan darah Melayu kalian menggelegak penuh bangga mengenangkan kehebatan mereka. Ayuh, bersama saya menelusuri pengembaraan yang penuh asyik ini.
1. Raja Sujita (1001 – 1006 Masihi)
Raja Sujita ialah salah seorang penakluk agung dalam sejarah Melayu. Baginda dikatakan berketurunan pemerintah Srivijaya yang namanya cukup masyur dalam prasasti-prasasti Asia Tenggara, tetapi seolah-olah dibisukan namanya dalam helaian sejarah Melayu terutama di Malaysia. Tiada siapa dalam kalangan kita anak Melayu yang pernah mendengar nama Sujita kerana kita sudah selalu dimomokkan bahawa orang Melayu hanya mempunyai satu kerajaan agung sahaja di dunia, iaitu Kesultanan Melayu Melaka padahal kita sudah membina tamadun seawal 600 SM, 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S dan 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.
Ini ialah kisah bagaimana seorang raja Melayu menundukkan tiga kerajaan agung di Asia Tenggara sekaligus! Mari kita mulakan dengan sejarah awal Raja Sujitha. Rekod-rekod sejarah menceritakan kepada kita bahawa baginda pernah bertugas di dalam empayar Angkor sebagai panglima tentera Angkor sendiri seawal 962 Masihi sendiri ketika era pemerintahan Raja Rajendravarman lagi. Daripada ini, kita sendiri tahu bahawa Sujita ini bukanlah orang asing. Lagipun rekod sejarah seperti Batu Bersurat Prasat Khana yang berusia 1001 Masihi pula memberitahu kita bahawa saudara perempuan kepada Sujita ialah isteri kepada raja Jayavarman V yang pernah memerintah Angkor.
Diceritakan kepada kita dalam helaian sejarah bahawa ketika tahun 1001 Masihi, seorang raja Angkor bernama Jayavarman V telah mangkat dan ini telah mewujudkan kekosongan dalam takhta Angkor yang telah membawa kepada serangan sebuah kerajaan Mon bernama Haripunjaya yang terletak di utara Thailand ke atas kerajaan Lavo, sebuah lagi kerajaan bangsa Mon yang menjadi “vassal” (naungan) kepada Empayar Angkor dan berindak sebagai pos kawalan tentera Angkor di sebelah barat.
Di saat dua kerajaan ini sedang bersengketa antara satu sama lain, maka seorang raja Melayu bernama Sujita telah mengambil kesempatan untuk menyerang dua kerajaan yang bertelagah ini. Ia tercatat dalam sebuah kitab lama sejarah Chiang Mai yang bernama Jinakalamali yang dikarang sekitar abad ke 16:
“Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka telah menyerang Lavo, di mana Ucchittachakravatti bersemayam. Pada ketika dua kerajaan ini sedang bersedia untuk bertempur, seorang raja Sri Dhammanagara bernama Sujita telah tiba di Lavo dengan angkatan perang dan armada yang besar. Dek kerana serangan mengejut Sujita ini, dua kerajaan ini melarikan diri ke Haripunjaya.”
Haripunjaya dan Lavo kedua-duanya ialah buah kerajaan bangsa Mon yang muncul selepas kejatuhan Dvaravati sebuah kerajaan legenda Mon yang menjadi mangsa penaklukan Angkor. Apa yang menarik tentang catatan di dalam Jinkalamali ini memberitahu kita bahawa betapa besarnya martabat raja-raja Melayu ketika itu. Dua kerajaan Mon tengah bergaduh, lalu seorang raja Melayu masuk campur. Kehadiran raja Melayu itu membuatkan dua kerajaan asing itu bertempiaran lari tak cukup tanah!
Tapi nanti dulu, di sebalik kejayaan Sujita ini menawan kerajaan Lavo, sebenarnya baginda juga secara tak langsung menakluk Empayar Angkor yang luas. Ini memberitahu kita bahawa empayar orang Khmer dua kali telah ditakluk oleh orang Melayu. Pertama ketika Chenla teruk dibantai oleh Raja Dharanindra daripada Dinasti Sailendra dari Jawa Timur ketika itu. Kali kedua pula ialah di tangan Sujita sendiri. Apabila Lavo yang menjadi pusat kawalan Angkor jatuh ke tangan raja Sujita, ianya sekaligus memberi kita info bahawa seluruh Angkor jatuh ke tangan Sujita. Maka sejarah pun bercerita bahawa Jayaviravarman ialah nama yang dipilih Sujita yang bermaksud vira yang berjaya, penguasa Ligor dan Angkor.
2. Suryavarman I (1006 – 1050 Masihi)
Selepas Chenla dilanggar oleh Dinasti Melayu Sailendra, bangsa Khmer hidup di dalam kegelapan sebelum seorang raja bernama Javayarman II yang dikatakan dibesarkan di dalam istana Sailendra telah memberontak dari Sailendra dan mendirikan Kerajaan Angkor, yang selepas ini akan dikenang sebagai salah satu daripada kerajaan agung dalam Asia Tenggara, bahkan Asia kerana kejayaan-kejayaan hebat yang dicapai oleh kerajaan purba ini seperti pembinaan Kota Angkor yang lengkap dengan sistem perbandaran yang teratur yang membawa kepada jumlah populasi 1 Juta manusia, bandar pertama di Asia yang mencapai tahap seperti itu ketika zamannya selepas kejatuhan Baghdad di tangan bangsa Monggol. Selain itu, Angkor juga terkenal dengan pembinaan Angkor Wat yang didabikkan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba.
Tetapi tahukah kalian bahawa di sebalik semua keagungan itu, ianya hanya dimualakan pada sekitar tahun 1006 hingga 1050 Masihi di bawah pemerintahan seorang raja Melayu bernama Suryavarman yang merupakan anak kepada raja Sujita dan berdarah Khmer di sebelah ibunya yang baru sahaja saya sebutkan namanya dalam senarai no 1?
Tak-tak… bukan saya yang menyebut tentang ini sebaliknya salah seorang sejarawan Inggeris bernama Dr Quaritch Wales yang menganggap bahawa Suryavarman I ialah “Pemula Zaman Teragung Angkor”. Bahkan Suryavmarman I selalu mendapat jolokan “Penakluk Teragung Asia Tenggara.” Lihatlah betapa seorang raja Melayu menjadi seorang raja yang dijolok sebagai penakluk terhebat Asia Tenggara.
Untuk mendapat jolokan itu bukannya mudah. Suryavarman I dengan bantuan ayahnya Raja Sujita yang ketika itu memerintah Sri Dharmaraja harus menakluk wilayah-wilayah seperti kerajaan Mon, Tanah Dataran Korat, Segenting Kra sehingga sampai jauh ke Chiengsen di utara Thailand hari ini. Kemuncak penaklukan Suryavarman I adalah seluas seperti di dalam gambar yang saya kongsikan dengan kalian dalam pautan ini ;

Luaskan empayar yang berjaya dicapai oleh Suryavarman I? Tak hairanlah kalau baginda mendapat gelaran penakluk terhebat Asia Tenggara. Tapi nanti dulu. Survavarman I bukan sahaja seorang penakluk yang hebat. Baginda lebih daripada itu. Baginda ialah seorang pemerintah yang sangat mempunyai toleransi agama yang penting.
Sebagai seorang raja Melayu yang asal-usulnya daripada Sri Dharmaraja, anutan baginda pada ketika itu ialah agama Buddha Mahayana. Orang Melayu kebanyakannya merupakan pengganut agama Buddha berbanding Hindu. Tetapi walaupun sedemikian, Suryavamarn I tidak mempunyai masalah dengan orang-orang Khmer yang diperintahnya yang kebanyakannya mengganut agama Devaraja, sejenis agama Hindu yang segala ajarannya sudah bercampur sudah bercampur dengan ajaran agama asal orang Khmer sendiri.
Bahkan jasa paling besar Suryavarman I ialah dengan membangunkan bahagian barat Tasik Ton Le Sap yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. Baginda telah membangunkan yayasan-yayasan keagamaan dan memberikan tanah kepada yayasan agama ini untuk membangunkan mmonasteri dan kuil-kuil sebagai tempat belajar agama dan sembahan. Apabila monasrteri ini dibangunkan, secara tak langsung kawasan disekitarnya akan membangun. Kampung-kampung akan wujud. Maka apabila kampung-kampung wujud, maka sistem saliran terbaik harus dibangunkan untuk mengairi tanaman di sekitar kampung.
Kemuncaknya, Suryavarman I telah membangunkan sebuah tasik buatan sendiri yang seluas 7.8 X 2.1 KM. Tasik ini dipanggil sebagai West Baray. Tasik buatan sendiri ini mengandungi 123 juta liter air. Tasik ini telah berfungsi sebagai pengairan kepada tanaman, pengakutan bahkan dibina penuh dengan falsafah Hindu-Buddha yang menjadi anutan Empayar Angkor yang diperintahnya.

Tetapi selain daripada West Baray, Suryavarman I turut membina binaan yang penuh mengagumkan dunia yang kini menjadi rebutan antara Kemboja sehingga meletusnya konflik perang antara dua negara ini iaitu Preah Vihear!
Saya petik kata-kata daripada L.P Briggs yang sangat menyanjung ketokohan Suryavarman I:
“Pada keseluruhannya, dalam kemahirannya sebagai seorang pahlawan, pengatur dan pemerintah, sikap toleransinya, tabiatnya mengumpulkan penasihat-penasihat yang berilmu dan luas pandangan, sikapnya menggalakkan kesenian dan seni binanya, langkahnya memajukan kepentingan awam, maka tidak syak lagi baginda salah seorang daripada Maharaja Angkor yang teragung.”
3. Chandrabanu Dharmaraja (1230 – 1263 Masihi)
Kalau ditanyakan kepada saya, siapakah raja-raja Melayu dalam sejarah yang saya kira berjiwa singa dan seorang berani, pastinya nama Chandrabanu Sri Dharmaraja ialah orangnya. Baginda pernah menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masihi untuk mencari relik Buddha yang bernama Pra Shing yang dianggap mempunyai mukjizatnya tersendiri daripada kerajaan Sri Lanka. Ini dicatatkan dalam riwayat sejarah Sri Lanka, Hatthavanagallaviharavamsa sendiri yang menyebut:
"Seekor singa yang tidak terkalahkan di atas gajah yang gagah, yang di mana sang singa ini adalah raja untuk banyak negara lain, yang telah mempamerkan kepada dunia khidmatnya yang tidak terbalas pada dunia dan agama, yang mempunyai kekuatan angkata tentera yang hebat, yang mempunyai tekad untuk menawan kerajaan asing Lanka (Sri Lanka atau Ceylon), yang datang daripada sebuah kerajaan bernama Tambalinga dan ditemani oleh raja-raja daerah.”
Baginda cuba menakluk seluruh pulau tersebut namun dihalang oleh tentera kerajaan Sri Lanka sendiri yang diketuai oleh Putera Virabahu,anak saudara kepada raja Parakramabahu II.
Dalam pertempuran antara tentera Chandrabhanu dan tentera Dambedeniya (Sri Lanka), tentera Dambedeniya berjaya mengatasi serangan panah beracun dari askar Javaka dan berjaya menghapuskan ancaman Chandrabhanu dan tentera panah beracunnya dari mara ke Dambedeniya.
Dalam catatan Sri Lanka, tentera Melayu dari Tambralingga tersebut dikenali sebagai Javakas atau Malalas. Javakas dan Malalaas adalah gelaran dan panggilan orang Sri Lanka kepada orang Melayu. Sebaik sahaja berjaya memiliki utara Sri Lanka, Candrabhanu telah membina kembali dan memperiabiki kuil-kuil Buddha yang rosak di Sri Lanka.

Namun sayangnya tidak lama kemudian, kerajaan utara Candrabhanu telah diserang pula musuh dari Selatan India iaitu kerajaan Pandya dan Candrabhanu sendiri memimpin tentera untuk membantu anaknya yang menjadi gabenor di Sri Lanka. Namun sayangnya, angkatan tentera Candrabhanu ditewaskan dan Candrabhanu sendiri terkorban dalam pertempuran dengan tentera Pandya.
Rujukan:
1. Raja Mohd Affandi (1974). Tokoh-Tokoh Melayu Agung Dalam Sejarah. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2. Cik Srikandi (2015). Emas Para Dapunta Dan Maharaja. Terfaktab Fine
3. Michel Jacq-Hergoualc’h (2001). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). Brill.
4. Lem Chuck Moth (2014). Sri Dharmaraja Laman Web Meru Heriitage (http://www.meruheritage.com/Sridhamaraja.html)
5. Lem Chuck Moth (2015). Srivijayan Connection. Laman Web Meru Heritage (http://www.meruheritage.com/SriVijaya.html)
Labels:
Angkor,
Asia Tenggara,
General,
Hantu,
Khmer,
Melayu,
Pahlawan,
Raja² Melayu,
Sejarah,
Umum
Monday, 29 May 2017
CIK SITI WAN KEMBANG - LAMBANG KETAMADUNAN MELAYU KELANTAN

Kalau orang Kedah akan berbangga dengan tokoh seperti Merong Mahawangsa ataupun Sultan Muhammad Jiwa II, kalau Johor akan berbangga dengan tokoh seperti Laksamana Tun Abdul Jamil dan juga Hang Nadim, kalau Acheh boleh berbangga dengan tokoh seperti Sultan Iskandar Muda, maka kata saya rakyat Kelantan juga bertuah kerana sepanjang orang Melayu Kelantan membina sebuah ketamadunan, mereka dikurniakan dengan seorang ratu perempuan yang bernama Cik Siti Wan Kembang, yang sesungguhnya sehingga hari ini, sinonimnya Kelantan dengan gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang.

Tapi seberapa banyak anak Melayu di sini mengenali dengan mendalam riwayat hidup empunya nama Cik Siti Wan Kembang ini. Tiada siapa pula yang tahu apa jasanya sehingga diangkat sedemikian rupa. Maka, kami pejuang anak bangsa ini akan sekali membuka pena, mencoret kisah-kisah agung tentang tokoh bangsa yang semakin dilupakan. Sejarah ditulis oleh orang Menang, maka dengan jiwa yang penuh rasa kemenangan, kami hamparkan kepada kalian, salah satu tokoh dalam sejarah Melayu yang harus kita kenang bersama.
Baginda lahir pada tahun 1570, dari perkahwinan antara Sultan Ahmad dan juga Permaisuri Che Banun. Siapa tahu, bahawa dari pasangan pemerintah Kerajaan Serendah Sekebun Bunga di Kelantan ini, maka lahirnya seorang pemimpin agung yang sehingga hari ini masih lagi dikenang oleh seluruh rakyat Kelantan.

Tidak hairanlah bagaimana Cik Siti Wan Kembang membesar menjadi tokoh yang hebat kalau peribadi ayahnya juga hebat. Siapa yang tidak kenal pada pemerintahan Sultan Ahmad ketika itu. Negeri Serendah Sekebun Bunga begitu makmur di bawah pemerintahan ayahnya yang mengamalkan ciri-ciri pemerintahan Islam. Bahkan dicatatkan bahawa begitu makmurnya Kerajaan Negeri Serendah Sekebun Bunga sehinggalah ada pedagang yang sanggup memusnahkan kapal dagang mereka kerana mahu terus bermaustatatin di negeri ini. Para ulamak juga datang dari keseluruhan Kepulauan Melayu ke kerajaan ini menyebarkan Islam dan berdakwah membentuk masyarakat yang hebat di kerajaan ini.
Dan dari kebanjiran ulamak ini juga, Sultan Ahmad mengamanahkan proses pendidikan Cik Siti Wan Kembang kepada beberapa orang ulamak terkemuka pada zaman itu. Maka membesarlah Cik Siti Wan Kembang bukan sahaja sebagai puteri raja yang jelitawan dan rupawan, bahkan mempunyai peribadi yang indah. Bahkan dari proses pembelajarannya dengan ulamak-ulamak ini, dapat dilihat betapa berminat dan sayangnya Cik Siti Wan Kembang pada ilmu tassawuf yang seperti mana kita tahu nanti akan mempengaruhi pada saat usia baginda.
Cik Siti Wan Kembang mewarisi takhta daripada Raja Hussien yang diamanahkan oleh ayahnya Sultan Ahmad ketika usia Cik Siti Wan Kembang masih lagi kecil agar menjaga takhta itu untuk anak perempuannya. Ketika baginda menaiki takhta, maka pemerintahan yang hebat seperti mana yang dibawakan oleh ayahandanya diteruskan pula oleh Cik Siti Wan Kembang.
Maka pada tahun 1610 Masihi adalah pertabalan Cik Siti Wan Kembang sebagai pemerintah ke-6 kerajaan Serendah Sekebun Bunga. Mendengarkan khabar raja pertama dari kalangan wanita itu, bahkan dengan khabar angin kejelitaannya yang tiada tandingan, maka seluruh raja-raja Melayu di seluruh Nusantara pun berpakat menghantarkan rombongan peminangan ke atas Cik Siti Wan Kembang. Namun semuanya ditolak dengan sopan oleh Cik Siti Wan kembang dengana alasan sekiranya dia menerima salah satu daripada peminangan raja-raja tersebut, maka pastinya raja lain akan terasa dan ianya akan mencetuskan pada peperangan.
Baginda ialah seorang pemerintah yang bijaksana. Dia mendapati bahawa kerana kemasyuran namanya sebagai pemerintah wanita pertama, dan baginda takutkan kalau nanti konflik perang akan terjadi, maka baginda memindahkan pusat pemerintahan baginda dari Gunung Cinta Wangsa ke Cerang Tegayung. Maka di Cerang Tegayung, baginda bersama para hulubalang dan rakyat baginda pun mendirikan istana di Cerang Tegayung.

Dan dari kedudukan di Cerang Tegayung yang sangat strategik itu, maka pelabuhan yang ditubuhkan pun menjadi pesat, lalu menarik perhatian para pedagang dari seluruh dunia untuk menjejakkan kaki ke Cerang Tegayung. Ada yang datang daripada Jepun, China, Eropah, India, Indo-China dan Arab. Pedagang Arab yang datang berniaga di Serendah Sekebun Bungalah yang memberikan gelaran “paduka cik siti” kepada Wan Kembang yang kononnya mengikut catatan sejarah bermaksud Perempuan Mulia.
Dan secara jujur bagi saya, sangatlah cocok dengan Cik Siti Wan Kembang kerana betapa kerajaan yang diperintahnya ketika itu sangatlah makmur dari segi ekonomi, pendidikan sehinggalah ke sahsiah rakyatnya. Dicatatkan bahawa Cik Siti Wan Kembang bukan sahaja menyediakan peluang pendidikan kepada kaum lelaki, bahkan kaum perempuan turut mendapat hak yang sama rata.

Ketika kaum perempuan di eropah masih menjadi mangsa penindasan kuasa kaum lelaki, tetapi tidak di Tamadun dan Peradaban Melayu di mana kaum lelaki dan perempuan mendapat pendidikan yang setimpal. Bahkan Cik Siti Wan Kembang dicatatkan membawa masuk para ulamak dari seluruh dunia semata-mata demi memastikan bahawa rakyatnya mendapat pendidikan agama yang terbaik. Ini menyebabkan kadar jenayah ketika itu sangatlah rendah dan amatlah jarang ditemui sebarang perilaku yang melanggar undang-undang negara.
Dan tentu ramai tertanya-tanya entah bagaimanalah Kelantan sinonim dengan lambang seekor Kijang? Ini tak lain tak bukan adalah kerana sebuah peristiwa yang mempamerkan sisi indah pemerintah hebat ini.
Kononnya dicatatkan bahawa terdapat hadiah daripada pembesar di dalam negerinya yang mempersembahkan seekor anak kijang yang sangat jinak dan comel kepadanya. Cik Siti Wan Kembang sangatlah sayang akan anak kijang kerana mengisi kesunyian dalam hidupnya sehinggakan mata wang Kelantan diletakkan cop kijang sebagai lambang negeri.

Baginda dikatakan memerintah selama 67 tahun, menandakan bahawa baginda antara raja paling lama memerintah di Alam Melayu. Maka tanggungjawab memerintah negerinya diserahkan pada Puteri Saadong yang merupakan anak angkatnya yang dijaga dari kecil. Maka ketika itulah, dicatatkan bahawa Cik Siti Wan Kembang membawa diri ke Gunung Ayam dan menjadi ahli sufi serta menghabiskan sisa hayatnya beribadah dan mengabadikan diri kepada ALLAH. Tiada siapa yang tahu tarikh sebenar pemergian pemerintah agung ini.
Sumber:
Nisriwani Yahaya & Syed Zulflida (2003) 101 Puteri Dunia Melayu: Sejarah Dan Legenda. Jabatan Muzium Malaysia.
Monday, 22 May 2017
KERIS MELAYU DAN HUKUMAN MATI BROOKE
DIKETIKA era dinasti keluarga Brooke memerintah Sarawak iaitu kira-kira 100 tahun, ramai yang menggambarkan bahawa tiada undang-undang hukuman mati yang pernah dijalankan oleh mana-mana Rajah Putih pada ketika itu. Ini kerana melalui cerita sejarah, kebanyakan penentang-penentang Brooke hanya akan menjalani hukum penjara atau dibuang daerah sahaja. Dan tanpa kita ketahui sememangnya ADA prosedur hukuman mati di Sarawak Kingdom suatu waktu dahulu.
Secara relatifnya prosedur hukuman mati di ketika era Brooke akan dijatuhkan kepada mana-mana pesalah yang didapati bersabitan dengan kesalahan jenayah bunuh. Dan undang-undang hukuman mati ini berkuatkuasa sejak di tahun 1841 lagi yang mana sejak Sir James Brooke menjadi Rajah Sarawak yang pertama lagi. Turut dinyatakan ianya juga tertakluk kepada mana-mana penjawat awam mahupun rakyat Sarawak itu sendiri.
Yang menjadi satu keunikan walaupun James Brooke itu seorang bangsa Inggeris yang sudah tentu mempunyai pemikiran yang berbeza dengan orang-orang yang mendiami Nusantara namun perlulah diketahui bahawa cara prosedur hukuman mati era Brooke langsung tidak sama dengan British iaitu hukuman gantung. Di era Brooke untuk konteks Sarawak, keris iaitu senjata tradisional masyarakat Melayu adalah senjata utama yang digunakan untuk prosedur hukuman mati pada ketika itu.
Dan sesuatu yang harus diketahui semua bahawa suatu waktu dahulu, Sarawak Kingdom mempunyai seorang “public executioner” yang sememangnya dilantik penuh oleh pemerintah Sarawak. Beliau adalah seorang lelaki dari kaum Melayu Sarawak yang bernama Inchi Subu. Inchi Subu ini juga merupakan pengikut setia kepada Rajah James Brooke sehingga beliau dikatakan akan bersama-sama dengan Rajah James Brooke pada setiap pelayarannya dengan bahteranya “The Royalist”.
Turut dicatatkan di dalam jurnal pengembaraan Brooke iaitu diketika James Brooke berada di Santubong, beliau telah jatuh sakit iaitu demam campak makanya Inchi Subu yang terlalu bimbang dengan kesihatan Rajah James Brooke telah berkayuh sampan kecil sehingga ke Kuching untuk mencari Sharif Moksin iaitu seorang dukun Melayu Sarawak. Sharif Moksin telah dibawa ke banglo Brooke di Santubong untuk mengubatinya namun tidak berjaya kebah demamnya sehinggalah seorang doktor yang dibawa khas dari Singapura akhirnya sampai di Santubong untuk mengubati beliau.
Digambarkan juga Inchi Subu “public executioner” Sarawak Kingdom bukanlah sembarangan orang kerana beliau terlalu pakar bermain dengan keris. Dek kerana itulah ada perincian yang tertentu bagi keris yang digunakan. Perlulah diketahui di dalam alam Melayu Nusantara, keris juga adalah senjata tradisional yang mempunyai impak-impak tertentu yang sekiranya digunakan dengan betul boleh mencabut nyawa tanpa meninggalkan “siksa” yang terlalu lama.
Menurut ceritanya keris yang digunakan adalah berukuran 18 inci panjang dan akan ditusuk menerusi badan pesalah di sebelah bahu kanan yang akan menembusi jantung pesalah yang diarahkan di dalam posisi berlutut. Di Sarawak pada masa itu tiada tempat tertutup untuk menjalan prosedur hukuman mati sebaliknya disatu kawasan yang terbuka iaitu di satu hamparan batu keras di Batu 2, Jalan Rock sekarang. Kawasan batu keras yang menghampar itu dinamakan “Batu Kinyang”.
Bagi menghormati setiap prosedur hukuman mati ini juga dikatakan Brooke telah memerintahkan Inchi Subu untuk mengenakan pakaian khas yang mana persalinannya adalah pakaian panglima Melayu dahulukala siap dengan tanjak dan sebagainya. Menurut cerita oral ianya berpadanan seperti cerita pahlawan Melayu dulu-dulu yang akan setia menjalankan hukuman kepada sesiapa yang membuat onar dan menjatuhkan murka Rajanya.
Dalam pada itu ada juga corat coret yang menyatakan bahawa oleh kerana Brooke digambarkan seorang yang berhati lembut maka setiap hukuman mati ini dijalankan dengan penuh belas kasihan. Ada sesetengah penceritaan menyatakan bahawa setiap pesalah yang berhadapan dengan hukuman mati akan diberikan makan dan minum secukupnya berdasarkan selera pesalah menjelang 3 hari sebelum dijatuhkan hukuman.
Manakala pada hari hukuman mati diadakan iaitu sebelum matahari terbit kebiasaannya, si pesalah akan dibawa ke Sungai Sarawak untuk merasai sendiri ketenangan serta mengecapi udara bersih buat kali terakhir sebelum seorang doktor Sarawak Kingdom akan membuat injeksi ubat ke anggota badan si pesalah agar segala deria rasanya dimatikan. Kemudian di dalam keadaan tenang itulah baru si pesalah dibawa dengan kenderaan ke Batu Kinyang dan disitulah Inchi Subu sudah siaga menunggu untuk menjalankan prosedur hukuman mati dengan bersaksikan doktor, hakim, ketua agama (mengikut fahaman agama) dan pemimpin masyarakat yang mewakili kaum si pesalah.
Menurut catatannya difahamkan Inchi Subu bertindak sebagai “public executioner” Sarawak Kingdom dari tahun 1841 sehingga 1873. Kemudian tugasnya ini diambilalih oleh anak lelakinya yang bernama Tomah bin Subu selepas itu.
Mungkin ini sesuatu yang tidak diketahui oleh kita semua setelah apa yang didodoikan amat berlainan mengenai prosedur hukuman bunuh di era Brooke. Caranya adalah menggunapakai sistem zaman kesultanan Melayu dulu-dulu dan akhirnya setelah Sarawak menjadi jajahan takluk Koloni British Borneo barulah undang-undang hukuman gantung sampai mati digunakan di Sarawak yang mana dikatakan lebih moden dan berperikemanusiaan.
-HB-
#KamekSayangSarawakBah!
Rujukan:
White Rajah: A Biography Of Sir James Brooke – Nigel Barley
An Account of Sir James Brooke
Labels:
James Brooke,
Ngeri,
Nismilan,
Pahlawan,
Pakistan,
Parameswara,
Pejuang,
Peperangan,
Puisi,
Sarawak,
Saudi,
Sedap,
Sejarah,
Seni Itu Indah
Subscribe to:
Posts (Atom)









