Showing posts with label Arab. Show all posts
Showing posts with label Arab. Show all posts
Wednesday, 7 October 2020
Wednesday, 18 September 2019
SATU-SATUNYA MANUSIA YANG BUKAN NABI DAN BUKAN PULA RASUL TETAPI KISAH HIDUPNYA DIABADIKAN DALAM QUR’AN
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasihati anaknya tentang hakikat hidup.

“Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan m4tilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati.
Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lazatnya berdzikir.”
“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”
“Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menguruskan jena-zah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu.”
“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”
“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.”
“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.”
“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada delapan wasiat para nabi.
Kalimat itu adalah:
Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
Ingatlah Allah selalu.
Ingatlah maut yang akan menjemputmu.
Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
6 Nasihat Luqman Al-Hakim Kepada Puteranya Dalam Surah Luqman.
Pernahkah anda mendengar kisah Luqman Al-Hakim sebelum ini dan siapakah beliau yang sebenarnya ?
Saya pasti ramai di antara kita yang sudah biasa dengan nama Luqman Al-Hakim, dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengarnya.
“Bermacamlah pendapat ahli Tafsir mengenai sejarah Luqman .Ada yang mengatakan dia Nabi pada masa antara Isa dan Muhammad s.a.w . Ada yang mengatakan kadi pada masa Bani Israil dan lain-lain pendapat. Tapi pendapat yang paling banyak mengatakan, bahawa Luqman bukanlah Nabi, tapi seorang yang diberi allah ‘HIKMAH’ yang hidup pada masa Nabi Daud a.s”.
Menurut Ibnu Kathir, Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang soleh, kuat beribadat, mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dan sangat suka berkongsi nasihat sehinggakan terdapat sebuah surah yang khusus di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang kisah beliau beserta nasihat yang disampaikan kepada anaknya.
Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19. Jom kita lihat apakah nasihat disampaikan kepada anaknya.
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) :
Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.
Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandungkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): “Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.
Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.
Hai anakku! “Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dibumi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya allah maha halus lagi maha mengetahui”.
Hai anakku! “Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (allah).
Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.
Wallahualam…
Anda dah baca,Apa pendapat anda jangan lupa komen dan share ya.Terima kasih.
SUMBER: sahabatsurgaku.com
Monday, 29 May 2017
29 MEI 1453: KEMBARA KE JEJAK KEJAYAAN AL-FATEH

Kalau semalam 28 Mei ialah tertegaknya matahari di atas Kaabah pada waktu Malaysia, maka pada 29 Mei 1453 pula ialah tertegakmya bendera Turki Utsmaniyyah di atas dinding pos benteng Kota Konstantinopel yang dipacakkan oleh Ulubatli Hasan.
Ekspedisi penawanan Kota Konstantinopel yang bermula pada 6 April 1453 iaitu cubaan awal Sultan Fatih untuk menyerang Kota Konstantinopel gagal. Setelah kegagalan tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyusun kembali strategi untuk menakluk Kota Konstantinopel melalui Tanduk Emas. Beliau mengarahkan tentera-tentera untuk memindahkan 70 kapal kecil merentasi ‘lautan darat’ di bukit Galata. Maka peperangan ini berterusan sehinggalah tamat pada 29 Mei 1453 yang dimenangi Turki Utsmaniyyah hasil pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih.
Telah banyak percubaan penaklukan yang telah dilancarkan oleh pemimpin-pemimpin Islam sebelum tahun 1453 Masihi iaitu;
Abu Ayyub al-Anshori, Muawiyah bin Abi Sufyan – 44 Hijrah.
Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dari Dinasti Umayyah – 98 Hijrah.
Khalifah Harun al-Rasyid dari Dinasti Abbasiyyah – 190 Hijrah.
Sultan Orkhan bin Utsman – 727 Hijrah.
Sultan Bayazid I – 769 Hijrah.
Sultan Murad II – 825 Hijrah.
Selain tentera dari empayar Islam, terdapat juga beberapa empayar lain yang mencuba untuk menembusi benteng raksasa ini. Mereka ialah bangsa Gothik, Avars, Persia, Bulgar, Rusia, Khazar dan Tentera Salib. Percubaan Tentera Salib menemui kejayaan pada tahun 1204 dan kemudian dirampas pada tahun 1261 Masihi.
Peperangan yang berpanjangan selama 53 hari ini menunjukkan betapa kebalnya Kota Konstantinopel tetapi berjaya juga ditawan. Pada hari kemenangan iaitu pada 29 Mei 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah memasuki dengan secara rasminya Kota Konstantinopel melalui pintu gerbang benteng di Edirnekapi. Wallahua’lam

Penulis di pintu gerbang yang telah dimasuki oleh Sultan Muhammad al-Fatih

Terjemahan kepada yang tertulis pada plat : Surah al-Fath, ayat pertama ‘Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata’. Pada 20 Jamadil Awwal 857 Hijrah dan 29 Mei 1453 Masihi, Selasa pagi, tentera al-Fatih telah masuk ke dalam Istanbul dari lubang yang telah dibuka pada kawasan ini.’

Keterangan ada pada ruang hadapan pintu gerbang
Tuesday, 23 May 2017
CERITA-CERITA RAKYAT YANG TERKENAL DALAM KALANGAN MELAYU

Cerita Rakyat adalah salah satu bentuk sastera rakyat Melayu yang tertua. Utley (1965) menyatakan sastera rakyat adalah bercorak lisan yang dituturkan. Ianya bermaksud diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Kebanyakan cerita-cerita rakyat berasaskan keadaan persekitaran dan budaya ketika itu (Othman Puteh 1984). Menurutnya lagi cerita rakyat mengandungi pengajaran, komedi dan nilai murni dan sebagainya. Menurut Normaliza Abdul Rahim (2014) Sastera rakyat boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya cerita keperwiraan, haiwan, hantu dan mistik, epik dan dongeng, mitos dan komedi. Antara cerita rakyat popular;
Si Tanggang
Cerita rakyat yang popular hingga dibukukan dan divisualkan. Pada zaman kegemilangan filem Melayu, Si Tanggang telah difilemkan pada tahun 1961 dan diarahkan oleh Jamil Sulong. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsuddin dan Zaiton. Kisah mengenai Tanggang yang hidupnya merempat bersama ibunya dan sering dibuli dan diejek oleh penduduk kampung. Akhirnya Si Tanggang berhijrah. Pada mulanya dia menjadi kuli sebuah kapal. Atas kerajinan dia telah berjaya menjadi Nakhoda kapal hingga memikat anak gadis orang kaya pemilik kapal lalu berkahwin.
Akhirnya suami isteri itu berlayar ke pelabuhan di mana tanggang berasal. Penduduk kampung yang terlihatkan Tanggang telah memberitahu ibunya yang merindukan anaknya. Ibunya yang berasa gembira dengan kepulangan anaknya lalu ke pelabuhan memanggil anaknya yang berada di dek. Si tanggang berasa malu dengan keadaan ibunya berbanding kecantikan dan kemasyuran yang di ada. Dia tidak mengakui ibunya dan menolak ibunya dari kapal.
Ibunya berasa sangat sedih. Lalu dia berdoa agar Si Tanggang mendapat balasan. Maka Si tanggang dan seluruh isinya disumpah menjadi batu.
Pak Pandir dan rakan-rakan
Sebenarnya cerita Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Belalang dan Si Luncai adalah satu kumpulan cerita jenaka yang dikumpulkan di dalam sebuah buku yang bertajuk “Cherita Jenaka” yang diterbitkan pada tahun 1908. Pengarangnya adalah Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock yang mengumpulkan cerita rakyat komedi dalam satu buku.

Pak Pandir digambarkan seorang susuk yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri iaitu Mak Andeh yang pening dengan teletah Pak Pandir. Ceritanya berkaitan apa yang berlaku menimpa keluarga dan dirinya. Lebai Malang pula ada cerita mengenai seorang lebai yang telah diundang untuk ke kenduri dia dua buah kampung. Di dalam perjalanan dia berfikir makanan atau habuan apa yang paling terbaik. Akhirnya dia kempunan kerana asyik berfikir dan selalu berpatah balik.
Hikayat Sang Kancil

Ini antara yang popular dan telah dikomersilkan dalam bentuk visual pada zaman moden (1980an). Hikayat Sang Kancil yang mengandungi kira-kira 20 cerita. Cerita ini mengisahkan mengenai sang kancil yang memperdayakan binatang lebih besar yang bersifat sombong dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya. Cerita binatang tujuannya bukan sekadar untuk menghibur tetapi juga untuk memberi pengajaran yang baik supaya dapat diambil oleh para pembacanya. Ajaibnya penglipur lara akan mengatakan sang kancil ini boleh bercakap seperti manusia biasa.
Batu Belah Batu Bertangkup

Ia meceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang miskin, Si Kantan (suami) dan Si Tanjung (isteri) yang dipercayai menetap di Bukit Berapit, kira-kira sebatu dari Pangkalan Kapar, Klang. Mereka berdua menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehinggalah berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.
Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. ketika sedang asyik memetik daun cemperai, mereka terdengar akan suara yang kuat lagi menggerunkan. Si Kantan memberitahu kepada isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya suatu ketika dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan Si Bunga Melur namanya dan seorang lagi anak laki-laki Si Pekan gerangannya. Namun, sayang Si Kantan telah meninggal dunia sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.
Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya.

Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati. Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama “Batu Belah Batu Bertangkup” untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.
Bawang Putih Bawang Merah
Menceritakan dua orang anak perempuan sama bapa dan berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersikap lemah-lembut dan bersopan-santun kepada orang tua dan Merah, anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan tiada sopan-santun. Cerita ini mengajar supaya anak-anak sekarang bersabar apabila menghadapi rintangan, lebih menghormati orang tua dan tidak tamakkan harta. Selain itu, cerita ini turut mengajar bahawa perbuatan jahat akan dibalas jahat. Antara cerita rakyat yang divisualkan dalam bentuk filem dan drama.
Puteri Santubong Dan Puteri Sejenjang


Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat. Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu. Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.
Sumber:
Cerita Rakyat Membentuk Moral Positif Melalui Nilai Murni. Mohd Firdaus Dan Normaliza.2014. UMT.
THE NEARLY FORGOTTEN MALAY FOLKLORE: SHALL WE START WITH THE SOFTWARE? Normaliza Abdul Rahim. 2014. Tojet Online.
Cherita Jenaka, iaitu Pa’ Kadok, Pa’ Pandir, Lebai Malang, Pa’ Belalang, Si-Lunchai, ed. R.O. Winstedt & A.J. Sturrock, Singapura: Malayan Publishing House, 1908.
Labels:
Adat,
Arab,
Bahaya,
Bahtera,
Dunia,
Haram Jadah,
James Brooke,
Melayu,
Mitologi,
Mitos,
Sejarah,
Terperangkap,
Wawasan2020
Thursday, 11 May 2017
MENGAPA PUTERI RAJA ARAB SAUDI AMEERAH AL-TAWEEL TIDAK BERHIJAB?
Kerajaan Arab Saudi mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak yang mendukung perundangan Islam sebagai tunjang utama pemerintahan keluarga diraja itu.
Meskipun hampir keseluruhan wanita di negara Arab itu diwajibkan untuk menutup aurat dan memakai tudung semasa berada di luar, namun tidak kesemua diwajibkan untuk mematuhi peraturan tersebut.
Tidak seperti wanita Arab Saudi yang lain, Puteri Ameerah Al-Taweel yang terkenal dengan imejnya yang elegan ini tidak mengenakan tudung seperti wanita muslim yang lain.
Lahir pada 06 November 1983, wanita cantik ini berkahwin dengan Pangeran Al Waleed bin Talal bin Abdulaziz al Saud pada ketika Ameerah berusia 18 tahun. Antara alasan mengapa Ameerah boleh jatuh cinta pada Pangeran Al Waleed adalah kerana cara pemikiran mereka yang sama progresif tentang wanita berhijab. Mereka menganggap tiada isu perlu dibangkitkan jika wanita tidak berhijab.

Pada tahun 2014, Pangeran Al Waleed tidak mewajibkan memakai tudung di Kingdom Holding Company, syarikat miliknya. Syarikat itu dikatakan sebagai salah satu daerah kecil di Arab Saudi di mana wanita bebas untuk tidak berhijab.
Perkahwinan Puteri Ameerah dan Pangeran Al Waleed berakhir dengan perpisahan. Setelah berpisah, Ameerah bukan lagi sebahagian daripada Kerajaan Arab Saudi.
Dalam temubual bersama media, Ameerah sempat ditanya, adakah penampilannya itu mendorong agar wanita tidak perlu berhijab?
"Saya tidak berkata begitu. Penampilan seseorang tidak boleh disalahertikan. Jika ada wanita di Arab Saudi yang ingin tampil tidak berhijab mungkin kerana sesuai dengan generasinya. Itu adalah pilihan dan pendirian masing-masing. Generasi tempat kami sekarang sudah tidak sama lagi dengan generasi dahulu. Ini adalah generasi sekarang." tegasnya.

Ameerah turut menegaskan bahawa wanita Saudi yang tidak berhijab tidak akan menjadi golongan yang ke belakang atau ketinggalan zaman. Mereka bukanlah masyarakat kelas kedua.
Nota: ceq nak habaq kat hang naaa...menutup aurat bukan satu pilihan atau ikut suka hang...atau ikut pendirian hang...ia WAJIB dipatuhi oleh ummat Islam... X kisahlah hang tu anak ghaja ka anak mamu kaa... Bengong!!!
Friday, 5 May 2017
350,000 BALA TENTERA 20 NEGARA ISLAM BERGABUNG DI SAUDI
RIYADH - ARAB SAUDI; Tentera dari 20 negara dilaporkan berhimpun di utara Arab Saudi untuk menyertai latihan ketenteraan yang disifatkan terpenting pernah diadakan di rantau tersebut, menurut agensi berita SPA, kelmarin. Merupakan operasi ketenteraan yang terbesar dirantau tersebut semenjak Perang Dunia Ke 2 dan terdapat berita yang menyatakan Turki dan Saudi sedang mempertimbangkan serangan darat di Syria. Ia berikutan berlakunya serangan di bandar sempadan oleh tentera Kurdish yang mendapat bantuan rejim Syria.
Latihan Thunder of the North itu melibatkan pasukan tentera darat, udara, laut bertujuan menyampaikan mesej jelas bahawa Riyadh dan sekutunya akan bersatu dalam menghadapi sebarang cabaran selain memelihara keamanan serta kestabilan di rantau itu.
Ia turut disertai lima negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan beberapa negara lain seperti Jordan, Bahrain, Senegal, Oman, Qatar, United Arab Emirates, Sudan, Kuwait, Maldive, Morocco, Pakistan, Chad, Tunisia, Comoro Islands, Djibouti, Malaysia, Egypt, Mauritania dan Mauritius.
Bagaimanapun, SPA tidak memberikan butiran jelas mengenai tarikh sebenar dan tempoh latihan ketenteraan itu akan berlangsung.

Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas Riyadh menghantar pesawat pejuang ke pangkalan tentera udara Incirlik di Turki sebagai langkah untuk meningkatkan kempen serangan udara ke atas militan IS di Syria.
Pada masa ini, Saudi mengetuai kempen ketenteraan menyasarkan kedudukan pemberontak Houthi di Yaman dan negara itu turut menubuhkan pakatan antikeganasan disertai 35 anggota gabungan bertujuan untuk memerangi keganasan di negara Islam.
Khamis lalu, sumber di Saudi memaklumkan negara anggota pakatan antikeganasan akan mengadakan pertemuan di negara itu pada bulan depan.
Sebelum ini, Riyadh memberitahu gabungan tersebut akan turut berkongsi maklumat risikan, memerangi ideologi ganas dan mengerah tentera jika perlu.
Rujukan;
Labels:
Arab,
Barat,
Dunia,
Eropah,
Islam,
Keajaiban Islam,
Keindahan Islam,
Peperangan,
Sejarah,
Tentera
Subscribe to:
Posts (Atom)






