Showing posts with label Bahtera. Show all posts
Showing posts with label Bahtera. Show all posts

Monday, 14 August 2017

KALAU ADA KAWAN-KAWAN YANG BERNIAGA - JANGANLAH MINTA DISKAUN TAK MASUK AKAL

Janganlah awak tengok seseorang itu berniaga, terus set dalam otak:
"Haa! Dia ni mesti banyak duit!"

Tapi awak tahu tak satu perkara? Berniaga bukan senang dan mudah seperti yang disangka. Peniaga perlu keluarkan modal dan kerah tenaga. Selepas itu, kalau nak dapatkan keuntungan, bukan sekelip mata seperti gores dan menang eh? Awak cuma kira kesenangan dia tetapi awak tak tahu kesusahan dia untuk mendapatkan hasil. Penat tau?

Hari-hari kena promote, berbuih mulut bercakap, perah otak mencari idea. Kalau online, sentiasa kena hadap phone, hadap laptop. Dia kerja sendiri tak boleh sesuka hati nak cuti. Tak kerja, tak adalah duit. Sakit-sakit pun kena gagahkan diri juga untuk buat kerja. 

Tapi kalau kerja makan gaji, dah tentu dan sah hujung bulan dapat duit walaupun ada MC. Saat orang lain dah lena tidur, dia masih lagi bersengkang mata mencari rezeki. Kadang-kadang sale kencang, kadang-kadang sale 'krik.. krik..'. Menangis dalam hati, awak apa tahu?
 Jadi, kalau awak bukan seorang peniaga, fahamilah bahawa keuntungan seseorang peniaga untuk mendapatkan hasil yang banyak bukan semudah yang awak sangka. Kalau tak cukup duit nak rolling, kedai pajak atau Ar-Rahnu tempat persinggahan dia. 

Dialah boss dan dia jugalah kuli. Jangan tengok, "eh banyak duit pergi bercuti? Banyak duit pakai baju lawa-lawa?". Hello! Itu ganjaran untuk diri dia sendiri sebab dah bekerja keras. Awak tak tahu dia menjadi bangla untuk bisnes sendiri macam mana. 

Akhir kata, kalau ada kawan-kawan yang berniaga, janganlah minta diskaun yang tak masuk akal. Kasihanlah pada mereka. Dah beri harga 'adik-beradik' pun nak diskaun lagi sampai tahap harga borong. Awak ingat kawan awak itu buat bisness saja-saja atau buat bisnes amal jariah ke? 

Jadi beragak-agaklah ye. Jangan tengok apa yang dia ada tetapi lihatlah segala usaha dia. Sila hadam. Support bisnes kawan-kawan, tak perlu minta diskaun. Tolong promote kalau awak sayang kawan awak. Tak semua peniaga itu hidup senang. 


Tuesday, 23 May 2017

CERITA-CERITA RAKYAT YANG TERKENAL DALAM KALANGAN MELAYU

Cerita Rakyat adalah salah satu bentuk sastera rakyat Melayu yang tertua. Utley (1965) menyatakan sastera rakyat adalah bercorak lisan yang dituturkan. Ianya bermaksud diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Kebanyakan cerita-cerita rakyat berasaskan keadaan persekitaran dan budaya ketika itu (Othman Puteh 1984). Menurutnya lagi cerita rakyat mengandungi pengajaran, komedi dan nilai murni dan sebagainya. Menurut Normaliza Abdul Rahim (2014) Sastera rakyat boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya cerita keperwiraan, haiwan, hantu dan mistik, epik dan dongeng, mitos dan komedi. Antara cerita rakyat popular;

Si Tanggang
Imej yang berkaitan
Cerita rakyat yang popular hingga dibukukan dan divisualkan. Pada zaman kegemilangan filem Melayu, Si Tanggang telah difilemkan pada tahun 1961 dan diarahkan oleh Jamil Sulong. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsuddin dan Zaiton. Kisah mengenai Tanggang yang hidupnya merempat bersama ibunya dan sering dibuli dan diejek oleh penduduk kampung. Akhirnya Si Tanggang berhijrah. Pada mulanya dia menjadi kuli sebuah kapal. Atas kerajinan dia telah berjaya menjadi Nakhoda kapal hingga memikat anak gadis orang kaya pemilik kapal lalu berkahwin.
Hasil carian imej untuk si tanggang anak derhaka
Akhirnya suami isteri itu berlayar ke pelabuhan di mana tanggang berasal. Penduduk kampung yang terlihatkan Tanggang telah memberitahu ibunya yang merindukan anaknya. Ibunya yang berasa gembira dengan kepulangan anaknya lalu ke pelabuhan memanggil anaknya yang berada di dek. Si tanggang berasa malu dengan keadaan ibunya berbanding kecantikan dan kemasyuran yang di ada. Dia tidak mengakui ibunya dan menolak ibunya dari kapal.

Ibunya berasa sangat sedih. Lalu dia berdoa agar Si Tanggang mendapat balasan. Maka Si tanggang dan seluruh isinya disumpah menjadi batu.


Pak Pandir dan rakan-rakan

Sebenarnya cerita Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Belalang dan Si Luncai adalah satu kumpulan cerita jenaka yang dikumpulkan di dalam sebuah buku yang bertajuk “Cherita Jenaka” yang diterbitkan pada tahun 1908. Pengarangnya adalah Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock yang mengumpulkan cerita rakyat komedi dalam satu buku.
Hasil carian imej untuk pak pandir
Pak Pandir digambarkan seorang susuk yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri iaitu Mak Andeh yang pening dengan teletah Pak Pandir. Ceritanya berkaitan apa yang berlaku menimpa keluarga dan dirinya. Lebai Malang pula ada cerita mengenai seorang lebai yang telah diundang untuk ke kenduri dia dua buah kampung. Di dalam perjalanan dia berfikir makanan atau habuan apa yang paling terbaik. Akhirnya dia kempunan kerana asyik berfikir dan selalu berpatah balik.

Hikayat Sang Kancil
Hasil carian imej untuk hikayat sang kancil
Ini antara yang popular dan telah dikomersilkan dalam bentuk visual pada zaman moden (1980an). Hikayat Sang Kancil yang mengandungi kira-kira 20 cerita. Cerita ini mengisahkan mengenai sang kancil yang memperdayakan binatang lebih besar yang bersifat sombong dengan menggunakan kebijaksanaan yang ada padanya. Cerita binatang tujuannya bukan sekadar untuk menghibur tetapi juga untuk memberi pengajaran yang baik supaya dapat diambil oleh para pembacanya. Ajaibnya penglipur lara akan mengatakan sang kancil ini boleh bercakap seperti manusia biasa.

Batu Belah Batu Bertangkup
Hasil carian imej untuk batu belah batu bertangkup
Ia meceritakan tentang kisah sepasang suami isteri yang miskin, Si Kantan (suami) dan Si Tanjung (isteri) yang dipercayai menetap di Bukit Berapit, kira-kira sebatu dari Pangkalan Kapar, Klang. Mereka berdua menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah, bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehinggalah berjaya memiliki sebidang tanah dan sebuah rumah.
Hasil carian imej untuk batu belah batu bertangkup 
Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. ketika sedang asyik memetik daun cemperai, mereka terdengar akan suara yang kuat lagi menggerunkan. Si Kantan memberitahu kepada isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh datuknya suatu ketika dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan Si Bunga Melur namanya dan seorang lagi anak laki-laki Si Pekan gerangannya. Namun, sayang Si Kantan telah meninggal dunia sewaktu anak-anak mereka masih kecil, ini menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.

Pada suatu hari, Si Tanjung telah berjaya mengail seekor ikan tembakul sementelah dia mengidam telur ikan tersebut. Disuruhnya Si Melur merebus telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu kepadanya. Si Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk ibunya.
Hasil carian imej untuk ikan tembakul
Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan amat terkecil hati. Tanpa memikir panjang dan membuat keputusan terburu-buru, Si Tanjung akhirnya lari meninggalkan rumah, sambil memanggil-manggil nama “Batu Belah Batu Bertangkup” untuk memakan dan menelannya. Walaupun dirayu belas kasihan dengan tangisan oleh Si Bunga Melur yang terus berlari sambil mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Si Melur pun jatuh pengsan.

Bawang Putih Bawang Merah
Hasil carian imej untuk bawang putih bawang merah
Menceritakan dua orang anak perempuan sama bapa dan berlainan ibu, Putih, anak perempuan yang bersikap lemah-lembut dan bersopan-santun kepada orang tua dan Merah, anak perempuan yang bersikap kurang ajar dan tiada sopan-santun. Cerita ini mengajar supaya anak-anak sekarang bersabar apabila menghadapi rintangan, lebih menghormati orang tua dan tidak tamakkan harta. Selain itu, cerita ini turut mengajar bahawa perbuatan jahat akan dibalas jahat. Antara cerita rakyat yang divisualkan dalam bentuk filem dan drama.

Puteri Santubong Dan Puteri Sejenjang
Hasil carian imej untuk puteri santubong dan puteri sejinjangHasil carian imej untuk puteri santubong dan puteri sejinjang
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat. Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata, yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu. Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang.

Sumber:

Cerita Rakyat Membentuk Moral Positif Melalui Nilai Murni. Mohd Firdaus Dan Normaliza.2014. UMT.

THE NEARLY FORGOTTEN MALAY FOLKLORE: SHALL WE START WITH THE SOFTWARE? Normaliza Abdul Rahim. 2014. Tojet Online.

Cherita Jenaka, iaitu Pa’ Kadok, Pa’ Pandir, Lebai Malang, Pa’ Belalang, Si-Lunchai, ed. R.O. Winstedt & A.J. Sturrock, Singapura: Malayan Publishing House, 1908.



Thursday, 4 May 2017

TEORI SAINTIFIK DI SEBALIK BANJIR BESAR NUH

Peristiwa Banjir Besar Nuh mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Di seluruh pelusuk dunia, tragedi ini telah dijadikan inspirasi kepada mitos dan fiksyen tempatan. Namun pucuknya iaitu kisah-kisah daripada al-Qur’an dan Taurat tetap akan direncanakan dari satu masa ke satu masa. Ada yang menganggapnya benar. Ada juga berpendapat tragedi ini mitos. Tetapi tanggapan umum bukanlah skop utama artikel ini.

Nabi Nuh as diutuskan-Nya agar umat manusia yang terjerumus dengan kemungkaran dapat diselamatkan. Tetapi baginda tidak berjaya. Dan bala Allah yang menimpa sekaligus membasmikan Bumi daripada pendosa-pendosa sedemikian. Kitab Taurat menggambarkan kisah yang serupa, bahawa terlalu banyak kerosakan berlaku di Bumi sehingga Tuhan berfirman masa telah tiba untuk mereka dimusnahkan. Tetapi Taurat menceritakan bahawa bahtera Nuh dibina tiga tingkat dengan kayu gopher sebesar 450 kaki panjang, 75 kaki lebar dan 45 kaki tinggi.

Fungsi setiap tingkat bahtera ini pun bukanlah skop utama artikel ini. Persoalannya adalah jika banjir besar ini berlaku secara global ataupun lokal semata-mata. Sudut ini memerlukan perhatian yang mendalam. Menurut pandangan Ibnu Kathir di dalam kitabnya iaitu Kisah Nabi-Nabi (Stories of the Prophets), banjir ini menutupi seluruh Bumi dari Utara ke Selatan dan dari Timur ke Barat. Segala lembah, gunung, padang dan pasir, dan masyarakat di Bumi ditenggelami air, lantas melengkapi dengan rakaman dalam al-Qur’an:

“DAN KAMI TELAH SELAMATKAN DIA (NUH) BERSAMA-SAMA DENGAN KELUARGA DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA, DARI KESUSAHAN YANG BESAR. DAN KAMI JADIKAN ZURIAT KETURUNANNYA SAHAJA ORANG-ORANG YANG TINGGAL HIDUP (SETELAH KAMI BINASAKAN KAUMNYA YANG INGKAR).” – QURAN 37:76-77.

Darah yang mengalir dalam tubuh manusia kini datang daripada telaga Nabi Nuh as. Setiap seorang yang lahir selepas banjir ini amatlah terhutang budi kepada baginda. Tentu sekali jika banjir ini lokal, kenyataan sedemikian tidak akan dirangkapkan. Gambaran lebih menggerunkan dirakamkan di dalam al-Qur’an:

“(MEREKA SEMUA NAIK) DAN BAHTERA ITUPUN BERGERAK LAJU MEMBAWA MEREKA DALAM OMBAK YANG SEPERTI GUNUNG-GANANG.” – SEBAHAGIAN DARIPADA QUR’AN 11:42.

“DAN (SETELAH BINASANYA KAUM KAFIR ITU) DIPERINTAHKAN KEPADA BUMI DAN LANGIT DENGAN BERKATA: “WAHAI BUMI TELANLAH AIRMU, DAN WAHAI LANGIT BERHENTILAH DARI CURAHAN HUJANMU”. DAN (KETIKA ITU) SURUTLAH AIR, SERTA TERLAKSANALAH PERINTAH (ALLAH) ITU. DAN BAHTERA NABI NUH ITUPUN BERHENTI DI ATAS GUNUNG “JUDI” SERTA DIINGATKAN (KEPADA KAUM KAFIR UMUMNYA BAHAWA): “KEBINASAANLAH AKHIRNYA BAGI ORANG-ORANG YANG ZALIM” – QUR’AN 11:44.

Jelas sekali kemusnahan yang berlaku sebenarnya bersifat global. Cukup mustahil untuk air ombak sebesar gunung dapat berundur di rantau Nabi Nuh as semata-mata. Tetapi pada hari ini, ahli-ahli geologi mendapati kesan-kesan yang berasal daripada banjir ini di dinding-dinding Grand Canyon.

Lapisan-lapisan fosil di Grand Canyon memerlukan masa jutaan tahun untuk terhasil. Entah berapa banyak haiwan laut yang hidup di dasar-dasar cetek, secara perlahan-lahan ditimbuskan untuk kebangkitan spesis baru. Walaupun sehingga hari ini Grand Canyon belum dijelaskan secara sepenuhnya oleh kerana keluasannya, terdapat beberapa penjelasan mengenai sedikit sebanyak bahagian-bahagiannya.

Satu-satunya cara untuk menghakiskan geografi Bumi sehingga terjadinya Grand Canyon tentu sekali berlaku akibat air dan angin. Faktor-faktor lain adalah saliran Sungai Colorado, aktiviti gunung berapi dan hubungan Bumi bersama orbit. Tetapi fosil-fosil yang terdapat di dinding-dinding ini merupakan penghubung utama dengan Banjir Besar Nuh.

Dengan skala banjir ini, tentu sekali akan adanya bukti haiwan dan tumbuh-tumbuhan mati di dalam lapisan-lapisan bumi ini. Dan itulah apa yang sedang ditemui – bukannya berjuta, malah bilion fosil ditutupi lapisan-lapisan batu di seluruh Bumi yang berusia jutaan tahun.

Di sini timbul satu lagi persoalan, iaitu punca utama yang menyebabkan peristiwa dahsyat ini. Kata-kata kunci kepada banjir ini adalah “ombak-ombak seperti gunung-ganang”. Sememangnya hujan lebat tidak mampu hasilkan ombak-ombak sebegini, walaupun di dalam al-Qur’an ternyata “dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu”. Malah, ribut taufan sekuat mana pun tidak akan membuatkan Bumi ditenggelami air.
Hanya dengan hentaman butiran dari angkasa sahaja yang seluruh kehidupan di Bumi akan digegarkan. Diperingati semula bahawa bahtera Nuh as membawa spesis-spesis manusia untuk mempopuplasikan Bumi semula. Kebarangkalian untuk sebutir asteroid ataupun komet berjaya tembusi atmosfera Bumi memanglah rendah, tetapi tidak sama sekali mustahil. Jika lokasi impak adalah darat, berbilion-bilion (mungkin trilion) kilogram debu akan dilemparkan di langit, menyelimuti bumi daripada sinaran mentari sekaligus memulakan proses kepupusan besar-besaran.

Namun hentaman di lautan akan mengurangkan tindakbalas-tindakbalas kritikal yang boleh berlaku. Impak sekitar 20 kilometer daripada pantai mampu meragut nyawa, tetapi di tengah-tengah lautan, ombak-ombak besar yang terhasil akibat hentaman boleh surut secara berperingkat-peringkat. Namun tiada aiapa boleh hembuskan nafas lega lagi. Air akan memancut ke udara, barangkali beberapa kilometer tinggi. Malah manusia barangkali akan hembuskan nafas air apabila berbilion-bilion kilogram wap air menutupi langit selama berbulan-bulan lamanya.

Tidak boleh dinafikan bahawa kaum Nuh dibasmikan oleh banjir besar ini. Tetapi tidak juga boleh diketepikan kebarangkalian pembasmian ini turut berlaku meskipun banjir mula tenang iaitu pada detik-detik klimaks yang mana air berhenti naik. Dalam situasi asteroid, ketandusan makanan dan air bersih secara sistematik menamatkan riwayat sesiapa sahaja yang tidak mahu menaiki bahtera Nuh as melalui kelaparan, kehausan, demam panas dan sebagainya. Belum kira lagi dengan kemalangan jiwa yang membuatkan kaum Nuh tenggelami diri oleh kerana tiada lagi harapan untuk selamat.

Di dalam Kitab Taurat pula, khususnya bab 6-8, menjelaskan bahawa mata-mata air di perut Bumi diletupkan keluar dan “pintu dari langit” dibuka. Maka permukaan Bumi ditenggelami air selama 150 hari, bersamaan dengan lima bulan. Kata-kata kunci ini jika boleh digunakan memang selaras dengan kajian-kajian moden.

Cuma apa yang berlaku tiada siapa pada hari ini boleh tahu secara pasti.