Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Monday, 22 May 2017

PENGALAMAN SERAM SEBUAH DRONE MERAKAM HIGHLAND TOWERS BUAT PERTAMA KALI. HASILNYA MENAKUTKAN!!!

Highland Towers, tragedi yg tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular? Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa. Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini…cuba tengok rakaman waktu malam tu..
Highland Towers; satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular?

Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa.

Sejak itu, Highland Towers langsung tidak berpenghuni sehingga kini dan telah meninggalkan banyak kisah-kisah seram, mistik, dan aneh yang sukar untuk diterangkan.

Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini.
Video dimulakan dengan mempamerkan bangunan Highland Towers yang usang tetapi masih berdiri teguh disebalik hutan tebal. Jujurnya, kami sudah mula rasa seram walaupun video ini baru saja bermula.

Melihatkan pada ranting pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang menjalar di setiap ruang bangunan sudah mampu menaikkan bulu roma. Dengan berlatarbelakangkan muzik seram, menjadikan kami lebih teruja untuk lihat lebih lagi.

3 minit berlalu, hanya paparan waktu siang ditunjukkan. Sebelum pergi lebih lanjut, kepada sesiapa yang menyangka video ini hanya dirakam pada waktu siang…

… anda salah! Drone ini turut berlegar-legar ke bahagian dalam Highland Towers pada waktu malam. Kita boleh lihat banyak contengan misteri terpapar pada dinding bangunan. Menakutkan sudah.

Apa kata anda lihat sendiri video penuh di atas ni. Kalau takut, lebih baik jangan tengok. Sebab nak habiskan masa 9 minit 50 saat tonton video ini memang satu pengalaman yang menyeramkan.

Bagi yang berani, sila tengok dengan volume penuh. Kalau beranilah.



Thursday, 11 May 2017

10 TANGGA YANG PALING MENGGERUNKAN DI DUNIA, MALAYSIA TERSENARAI!

Kalau kita tengok 10 tangga tertinggi di dunia yang dicatat portal Travel and Leisure ini, kita yang tak fobia ni pun lemah semangat nak daki. Memang menguji keberanian kita!

Kenapa? Jom tengok sebabnya.

1. Angkor Wat, Kemboja
Candi Angkor Wat yang dibina untuk agama Hindu di Kemboja ini terkenal dengan tangganya yang curam. Jadi tak hairanlah tali dipasang bagi membantu pengunjung ketika mendaki tangganya. Menurut pemandu pelancong Angkor Wat, tangga di situ sengaja dibina curam sebagai peringatan bahawa syurga itu sukar dicapai.

2. Verruckt, Kansas, Amerika Syarikat (AS)
Kengerian berganda! Gelongsor air tertinggi di dunia ini pernah menyaksikan kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas tercampak dari gelongsor berkenaan dan jatuh pada ketinggian 50 kaki. Gelongsor itu mempunyai ketinggian 168 kaki dengan 264 anak tangga. Berani naik?

3. Air Terjun Pailon del Diablo, Ecuador
Percayalah, anda pasti akan terpedaya dengan seni bina tangga serta keindahan pemandangan air terjun di sini! Bukan mudah ya mahu mendaki tangga batu licin berdekatan air terjun itu.

4. Laluan Kabel Half Dome, California 
Half Dome terkenal di kalangan pendaki. Pengunjung perlu mendaki 400 anak tangga vertikal yang hampir menegak 90 darjah dengan bantuan kabel logam. kecuraman tangga ini betul-betul ekstrim! Mereka yang memiliki masalah jantung tak digalakkan mendaki kubah ini ya.

5. Tangga Inca, Machu Picchu, Peru
Tangga ini dibina suku Inca lebih 500 tahun lalu. Tangga yang kelihatan seperti jurang ini memiliki 600 anak tangga dibuat daripada batu granit.

6. Patung Liberty, New York
Nak jejakkan kaki ke atas mahkota Statue of Liberty? Anda harus mengharungi 377 anak tangga berbentuk lingkaran sebelum boleh menjejaki ke puncak patung itu.

7. Stesen Janakuasa Florli, Norway
Bukan sahaja gayat kerana memiliki 4,444 anak tangga, malah pengunjung boleh mendengar bunyi kayu retak ketika mendakinya.

8. Gunung Huashan, China
Tangga curam dibina mengelilingi gunung itu menyebabkan ia digelar sebagai ‘Tangga Syurga’. Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan jumlah anak tangga di gunung setinggi 2,154 meter ini. Apa yang menarik, di puncaknya terdapat kedai teh di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan sambil bersantai-santai.

9. Balai Cerap Janssen, Mont Blanc, Perancis
Tak mencabar sangat pun nak panjat ke balai cerap ini, apa yang menakutkan adalah lokasinya yang terletak di gunung tertinggi Pegunungan Alp!

10. Batu Caves, Malaysia
Malaysia pun ada tangga tinggi melangit juga tau! Gua ibadat bagi penganut agama Hindu ini memiliki 227 anak tangga dengan ketinggian 100 meter.

Selalunya nak panjat tempat-tempat tinggi ni, tidaklah sesusah ketika mahu turun semula. Betul tak?

MENGAPA PUTERI RAJA ARAB SAUDI AMEERAH AL-TAWEEL TIDAK BERHIJAB?

Kerajaan Arab Saudi mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak yang mendukung perundangan Islam sebagai tunjang utama pemerintahan keluarga diraja itu.
Imej yang berkaitan
Meskipun hampir keseluruhan wanita di negara Arab itu diwajibkan untuk menutup aurat dan memakai tudung semasa berada di luar, namun tidak kesemua diwajibkan untuk mematuhi peraturan tersebut.
Hasil carian imej untuk putri ameerah al taweel
Tidak seperti wanita Arab Saudi yang lain, Puteri Ameerah Al-Taweel yang terkenal dengan imejnya yang elegan ini tidak mengenakan tudung seperti wanita muslim yang lain.
Hasil carian imej untuk ameerah al-taweel husband
Lahir pada 06 November 1983, wanita cantik ini berkahwin dengan Pangeran Al Waleed bin Talal bin Abdulaziz al Saud pada ketika Ameerah berusia 18 tahun. Antara alasan mengapa Ameerah boleh jatuh cinta pada Pangeran Al Waleed adalah kerana cara pemikiran mereka yang sama progresif tentang wanita berhijab. Mereka menganggap tiada isu perlu dibangkitkan jika wanita tidak berhijab.
Hasil carian imej untuk ameerah al-taweel husband
Pada tahun 2014, Pangeran Al Waleed tidak mewajibkan memakai tudung di Kingdom Holding Company, syarikat miliknya. Syarikat itu dikatakan sebagai salah satu daerah kecil di Arab Saudi di mana wanita bebas untuk tidak berhijab.
Hasil carian imej untuk ameerah al-taweel husband
Perkahwinan Puteri Ameerah dan Pangeran Al Waleed berakhir dengan perpisahan. Setelah berpisah, Ameerah bukan lagi sebahagian daripada Kerajaan Arab Saudi.
Hasil carian imej untuk ameerah al-taweel husband
Dalam temubual bersama media, Ameerah sempat ditanya, adakah penampilannya itu mendorong agar wanita tidak perlu berhijab?

"Saya tidak berkata begitu. Penampilan seseorang tidak boleh disalahertikan. Jika ada wanita di Arab Saudi yang ingin tampil tidak berhijab mungkin kerana sesuai dengan generasinya. Itu adalah pilihan dan pendirian masing-masing. Generasi tempat kami sekarang sudah tidak sama lagi dengan generasi dahulu. Ini adalah generasi sekarang." tegasnya.
Hasil carian imej untuk ameerah al-taweel husband
Ameerah turut menegaskan bahawa wanita Saudi yang tidak berhijab tidak akan menjadi golongan yang ke belakang atau ketinggalan zaman. Mereka bukanlah masyarakat kelas kedua.

Nota: ceq nak habaq kat hang naaa...menutup aurat bukan satu pilihan atau ikut suka hang...atau ikut pendirian hang...ia WAJIB dipatuhi oleh ummat Islam... X kisahlah hang tu anak ghaja ka anak mamu kaa... Bengong!!!





Thursday, 20 April 2017

SUMPAHAN TOK KADUK BERMULA DI LAMBOR (PERAK)

Kisah Tok Kaduk bukan lagi satu kisah yang asing buat penduduk di sekitar Mukim Lambor dan Bota di bahagian Perak Tengah. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi dan dipercayai, sehingga ke hari ini masih ada lagi yang mematuhi pantang larang tersebut kerana hendak mengelak daripada terkena sumpahan yang dibuat oleh Tok Kaduk terhadap keturunannya. Apakah pantang larang yang perlu diikuti oleh keturunan Tok Kadok? Baca selajutnya untuk ketahui kisahnya.

Tok Kadok pernah melafaz, “Mulai hari ini, aku tidak akan menyabung ayam lagi! Dan aku, anak isteri aku, cucu cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan iya entahkan tidak, tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkhianati akan ikan tapah. Barang sesiapa yang melanggar sumpahku ini akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya.” Lafaz sumpah Tok Kaduk telah melarang seluruh keturunannya daripada memakan ikan tapah sebagai mengenang jasa ikan tersebut yang memberikannya sekarung emas.

Kampung-kampung yang terletak di sepanjang tebing Sungai Perak itu jugalah dipercayai kampung asal dan tempat bermulanya sumpahan Tok Kaduk. Menurut kisah yang diriwayatkan sejak turun-temurun, Tok Kaduk yang diceritakan sebagai seorang pemuda berketurunan raja Siak di kepulauan Sumatera, Indonesia telah keluar belayar dan akhirnya memilih untuk menetap di Lambor, Perak. Sebagai seorang pemuda yang lurus dan rajin bekerja, kehadiran Tok Kaduk disambut baik oleh masyarakat Lambor sehingga mendapat jodoh dan dikurniakan beberapa orang anak.

Tok Kaduk cukup dikenali kerana memiliki seekor ayam sabung yang sangat handal bernama Biring Si Kunani. Kehebatan ayam sabung Tok Kaduk yang tidak pernah tewas dalam setiap pertarungan akhirnya mendapat perhatian sultan yang berhasrat untuk mencabar ayam Tok Kaduk. Pembesar-pembesar istana ketika itu telah menetapkan beberapa syarat kepada Tok Kaduk sebagai helah untuk memberi kemenangan kepada ayam milik sultan.
sabung ayam
Syarat utama yang harus dipersetujui Tok Kaduk dalam pertarungan itu adalah supaya bertukar ayamnya dengan seekor ayam sultan bernama Si Jalak Putih Mata. Keghairahan Tok Kaduk yang sudah lama tidak dicabar di gelanggang sabung menyebabkan dia menerima syarat yang ditetapkan tanpa berfikir panjang. Seperti yang dijangka, Tok Kadok telah kalah dalam pertarungan yang diatur oleh pembesar istana apabila ayam sebenarnya Biring Si Kunani menumpaskan Si Jalak Mata Putih.

Kekalahan akibat bertukar ayam dengan sultan telah menyebabkan Tok Kaduk kehilangan semua harta benda termasuk ahli keluarga yang dijadikan sebagai taruhan. Selepas menyedari dirinya sebenarnya dipermainkan, Tok Kaduk membawa diri sehelai sepinggang ke sebuah dangau di kawasan sawah. Ketika itu Tok Kadok hanya ditemani oleh kucing peliharaannya. Ketika asyik memikirkan nasib malang yang menimpa dirinya, perhatian Tok Kaduk tertumpu kepada telatah kucingnya yang seperti mengajaknya untuk pergi ke tebing sungai.

Tok Kaduk mengikut setiap langkah kucing itu sehingga ternampak seekor ikan tapah yang terdampar dengan perut yang sarat. Tanpa berlengah lagi, Tok Kaduk pun membelah perut ikan tapah itu dengan menggunakan tuai padi bagi mendapatkan telur ikan tersebut untuk dimakan. Namun sebaik sahaja pisau pemotong padi itu menoreh perut ikan itu, Tok Kaduk dikejutkan dengan limpahan ketulan emas yang keluar dari perut ikan tapah itu.
ikan tapah
Selepas mencuci dan menyimpan emas yang diperolehi, Tok Kaduk kemudian menjahit semula perut ikan tapah menggunakan urat-urat batang pokok pisang sebelum menolak semula ikan tersebut ke dalam sungai. Tok Kadok rasa amat gembira sekali kerana dapat emas tanpa diduga dan sebagai mengenang pemberian ikan tapah itu, Tok Kaduk dikatakan telah melafazkan sumpah yang melarang seluruh keturunannya memakan atau menganiayai ikan tapah.
Imej yang berkaitan


Hasil carian imej untuk emas tok kaduk
Berbekalkan emas yang diperolehi, Tok Kaduk kemudian mengadap sultan untuk menebus semula harta benda dan ahli keluarganya yang tergadai dalam pertaruhan. Keterujaan sultan melihat sedulang emas yang ditawarkan menyebabkan baginda bersetuju dengan permintaan Tok Kaduk. Sebagai tanda terima kasih, sultan turut memulangkan semula sebahagian daripada emas kepada Tok Kaduk. Saki-baki emas itu kemudian dibawa Tok Kaduk ke Kampar, Indonesia untuk dibentuk menjadi barang-barang kemas berupa kancing baju yang diwariskan kepada keturunannya.
rumah Hajah Hasmah Binti Pandak Logam di Kampung Tua Batu 16, Lambor Kanan, Perak
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan inilah yang digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Tok Kaduk jika terkena sumpahan Ikan Tapah. Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam di Kampung Tua Batu 16, Lambor Kanan, Perak.

KISAH LEGENDA PUTERI LIMAU PURUT DI PERAK

Pada zaman dahulu kala ada seorang raja di negeri Perak yang bernama Sultan Mahmud Iskandar Syah yang bersemayam di atas takhta kerajaan yang berpusat di Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga. Baginda tidak mempunyai putera atau puteri, cuma berempat saudara saja, dua lelaki dan dua perempuan. Yang lelaki bergelar Yang di Pertuan Muda bersemayam di Kampung Pulau Tiga yang sekarang dikenali sebagai Kampung Tok Paduka Raja.

Baginda ini telah meninggal dunia terlebih dahulu dan telah di gelar dengan gelaran Al Marhum Pulau Tiga. Yang perempuan, seorang bergelar selepas mangkat ialah Syah Alam Muda Pulau Tiga iaitu Tuan Puteri Limau Purut. Setengah orang menggelarnya tuan Puteri Menara Konkong manakala seorang lagi bergelar Syah Alam Bongsu Sayong kerana meninggal dunia di Sayong. Nama-nama batang tubuh mereka tidak di ketahui.

Hendak dijadikan cerita, pada satu hari datang lah satu rombongan di raja dari Aceh ke Istana Sultan Perak di Geronggong kerana hendak meminang tuan Puteri Limau Purut. Rombongan itu pun masuk menghadap baginda sultan serta menyembahkan kedatangan rombongan di raja itu. Selepas mendengar sembah rombongan itu, maka Sultan pun bertitah supaya di tangguhkan jawapan ke masa yang lain. Maka, pulanglah rombongan itu ke negeri mereka semula lalu menghadap dan menyembahkan perkara berkenaan dengan penangguhan itu.

Setelah beberapa ketika, Tuan Puteri Limau Purut yang tidak tahu menahu tentang rombongan yang meminangnya itu telah mendapat tahu bahawa Raja Aceh hendak meminang dirinya. Maka amat gembiralah hatinya yang sejak dahulu bercita-cita hendak berkelah-kelah ke hulu supaya dapat menenangkan hatinya yang duka itu. Seterusnya, bersiap-siaplah segala persiapan inang pengasuhnya akan segala alat-alat perkelahan di raja serta dimuatkan ke dalam perahu. Angkatan tuan Puteri dengan beberapa buah perahu itu pun memudik ke hulu sambil singgah di merata-rata kampung di tepi sungai itu. Mana-mana tempat yang di singgahnya, orang-orang kampung pun datang mengadap serta membawa persembahan seperti beras, sayur-sayuran dan lain lain sahingga penuh dalam perahu itu.
Hasil carian imej untuk puteri limau purut
Tidak berapa lama selepas itu, maka sampailah mereka ke satu tempat lalu mereka singgah dan naik ke darat serta bersiap-siap untuk berkelah. Dayang-dayang dan inang pengasuhnya pun tampil membuat kerja masing-masing. Dengan takdir yang ditentukan tuhan, sedang tuan Puteri memotong timun maka terkenalah mata pisau itu ke jarinya dan luka. Tuan Puteri pun berseru, “Jika darah luka di jari beta ini putih, beta akan mangkat di sini.” Dengan tidak semena dan tidak disangka-sangka, darah yang keluar dari luka tuan Puteri memang berwarna putih. Tidak berapa lama kemudian, tuan Puteri Limau Purut mangkat disitu.
makam lama puteri limau purut
Perkhabaran tentang perihal kemangkatan tuan Puteri Limau Purut itu pun dipersembahkan kepada Sultan di Geronggong. Baginda amat sedih dan duka cita di atas kemangkatan Paduka Adinda tuan Putri Limau Purut itu. Baginda pun berangkat memudik serta membawa segala alat-alat kelengkapan di raja untuk mengkebumikan tuan Puteri Limau Purut. Setelah hal pengebumian Puteri Limau Purut selesai, baginda sultan pun pulang ke istana dan baginda terus menghantar utusan ke Aceh untuk memberi tahu yang tuan Puteri Limau Purut sudah meninggal dunia.
makam baru puteri limau purut
Baginda Raja Aceh terus murka setelah mendengar khabar yang dibawa oleh utusan Perak itu dan menyatakan bahawa khabaran ini adalah hanya satu helah untuk menolak lamaran sahaja. Baginda Raja Aceh lantas terus mengerahkan bala tenteranya untuk bersiap sedia menyerang negeri Perak. Maka berangkatlah angkatan tentera perang Aceh menuju ke Perak. Malangnya Kerajaan Perak tidak membuat apa-apa persiapan dan perkara ini tidak dijangka lansung akan berlaku.

Kemurkaan Raja Aceh tidak dapat dibawa bincang lagi dan tanpa sebarang perkhabaran, Aceh pun pergi menyerang Perak dengan tanpa sebarang amaran. Bendahara Perak tidak ada di Kota Geronggong pada masa ketika Perak diserang tentera Aceh kerana sedang berubat di Ulu Kinta. Oleh kerana tidak ada persediaan untuk menghadapi peperangan, maka Perak pun kalah. Sultan Perak ditawan dan dibawa ke Aceh untuk dipenjarakan.
perang melayu
Setelah tentera Aceh beredar dari Perak untuk pulang ke Aceh, pembesar Perak seperti Bana, Tok Ribut, Tok Gagah dan Tok Bidara terus mengadakan mesyuarat untuk memberitahu perkhabaran berita tentng apa yang berlaku pada sultan ke bendahara yang berada di Ulu Kinta. Kata putus mesyuarat menyatakan bahawa Bana dan Tok Gagah yang akan pergi ke Ulu Kinta bertemu dengan bendahara demi menyampaikan perkhabaran sedih tersebut.

Maka pergilah Tok Gagah dan Bana ke Ulu Kinta menemui bendahara dan menceritakan segala yang berlaku sewaktu bendahara tiada di Kota Geronggong. Lalu berlinang air mata bendahara rasa sedih mendengar perkhabaran dari Bana dan Tok Gagah berkenaan hal tersebut. Seminggu selepas itu, bendahara kembali sihat dan sembuh dari penyakitnya. Kemudian, bendahara menemui orang yang mengubatnya iaitu penghulu orang asli untuk menyatakan rasa syukur dan berterima kasih.

Bendahara pun pulang ke Kota Geronggong dan tidak lama kemudian bendahara terus berangkat ke Singapura kerana hendak membeli jin. Apabila sampai di Singapura, bendahara pun naik ke darat dan bertemu dengan seorang orang tua yang sedang duduk termenung. Dihadapan orang tua tersebut ada empat ekor burung serindit lalu bendahara memberi salam dan terus bertanyakan pada orang tua tersebut sama ada ingin menjual empat ekor burung miliknya itu.
burung serindit
Setelah mendapat sambut balas dari orang tua tersebut dan menyatakan ianya untuk dijual, maka bendahara pun bersetuju untuk membelinya dan membayar dengan nilai yang dipersetujui. Tanpa melengahkan masa, bendahara terus membawa empat ekor burung tersebut dengan kapal layarnya menuju ke Pulau Sembilan. Apabila bendahara sampai ke Pulau Sembilan, bendahara terus melepaskan seekor burung serinditnya disitu dan terus memudik kapalnya sehinggalah ke Pasir Garam di Pulau Bangka.
peta laluan bendahara
Apabila bendahara sampai ke Pasir Garam, dilepaskan seekor lagi burung serinditnya disitu pula. Dan 2 ekor burung serindit yang terakhirnya dilepaskan di sebelah hulu Perak di kawasan Temong. Ada yang katakan, bahawa empat ekor burung serendit inilah sebenarnya empat ekor jin yang dipelihara oleh bendahara untuk bersama-sama mempertahankan negeri Perak. Nama jin-jin tersebut adalah Bintang Kemabur, Perkaka, Gagak Sura dan Pulikat.

Setelah selesai melepaskan kesemua burung serendit yang dikatakan jelmaan jin itu, maka bendahara pun pulang ke Kota Geronggong dan bersiap siaga dengan alat peperangan untuk menyerang semula Aceh dan menuntut semula sultan Perak yang telah dipenjarakan di sana. Tentera Perak pun berhimpun di Kota Geronggong yang datang dari serata Perak untuk belayar menuju ke Aceh. Turut ada di dalam angkatan perang adalah Bana dan Tok Gagah yang begitu berani menentang musuh.

Tentera Perak kalah apabila menyerang Aceh kerana pada waktu itu kuasa Raja Aceh sangat gagah dan digeruni. Bendahara dan dua orang pembesar iaitu Bana dan Tok Gagah pun ditangkap, dipenjarakan lalu mereka bertiga akan menghukum bunuh. Berita tentang hal hukuman bunuh bendahara dan pembesar Perak itu telah sampai ke telinga Raja Permaisuri Aceh dan baginda Raja Permaisuri mempertikaikan akan hukuman yang bakal dikenakan pada Raja Aceh.
buah durian Gangga Puri
Baginda Raja Permaisuri Aceh terus memberitahu tentang baginda sedang hamil dan ingin meletakkan syarat pada Raja Aceh tentang hal hukuman pada bendahara dan pembesar Perak. Baginda nyatakan sedang mengidamkan buah durian Gangga Puri yang ada di anjung istana. Baginda Raja Permaisuri Aceh mencadangkan bahawa arahkan bendahara mengambil buah durian Gangga Puri itu dan jika dia tidak berupaya mengambilnya, maka barulah jatuhkan hukuman bunuh. Memandangkan Raja Permaisuri Aceh sedang mengandung, maka Raja Aceh yang gembira itu bersetuju sahaja.
durian
Baginda Raja Aceh pun bertitah dan memanggil Bendahara negeri Perak untuk mengambil buah durian yang diminta oleh isterinya itu dan memberitahunya jika tidak berjaya dapatkan buah durian tersebut, maka bendahara akan dihukum bunuh. Bendahara pun terima titah Raja Aceh tersebut untuk mengambil buah durian yang diminta dan memohon supaya dapat ditangguhkan dalam seminggu lagi. Permintaan bendahara Perak diperkenankan oleh Raja Aceh lalu pulanglah Bendahara Perak ke penjaranya.

Apabila cukup masa seminggu berlalu, bendahara pun menghadap Raja Aceh semula dan memohon supaya disediakan sebatang kayu sepanjang dua depa dan sebesar dua pemeluk. Kayu tersebut hendaklah hujungnya tajam seperti gasing dan diletakkan di pangkal pokok durian tersebut. Apabila semuanya sudah tersedia, maka bendahara pun terus ke pokok durian tersebut dengan berpakain serba hitam. Apabila berada di hadapan kayu sebesar dua pemeluk itu, bendahara pun bertafakur serta berdoa pada tuhan supaya usahanya berhasil. Lalu selepas berdoa, bendahara pun bangun berdiri dan tepuk di hujung kayu di sebelah kanan, maka terjongkitlah sedikit kayu tersebut di sebelah kiri.

Kemudian bendahara tepuk pula di kayu tersebut di sebelah kiri, maka terjongkitlah lagi tetapi kali ini terjongkit atas lalu dipangkunya oleh bendahara kemudian dilambung sekuat hati oleh bendahara Perak ke atas pokok durian tersebut. Maka melayanglah kayu yang sebesar dua pemeluk itu ke hujung pokok durian di hadapan istana. Apabila kayu sebesar dua pemeluk itu jatuh ke tanah, lurutlah semua dahan di atas pokok durian itu ke tanah. Raja Aceh serta Permaisuri terpegun melihat durian yang luruh dan dayang-dayang pun berlari-lari mengutip buah durian yang banyak di atas tanah.

Dalam masa yang kelam-kabut itu, bendahara Perak terus berkejar menuju ke penjara Sultan dan memecahkan kunci pintu penjara lalu membebaskan Sultan. Tanpa membuang masa, mereka semua tahanan Raja Aceh kecuali si Bana yang belot sejak dari awal lagi terus melarikan diri menuju ke sungai untuk menuju ke Kuala Sungai Aceh dengan menaiki kapal. Apabila hampir sampai di Kuala Sungai Aceh, didapati ada tiga lapis rantai besi yang menghalang kapal untuk terus bergerak menuju ke laut. Bendahara Perak mengambil pedang yang bernama Corek Si Mandangkini lalu di tetak nya tiga kali sehingga terputusnya tiga rantai besi itu. Bilah pedang tersebut sumbing sebanyak tiga tempat. Tanpa membuang masa, kapal bendahara pun bergerak menuju ke laut. Mereka pun selamat kerana sudah berada di tengah laut menuju ke Perak semula.
rantai besi
Apabila Raja Aceh sedar akan kehilangan bendahara Perak dan Sultan serta yang lain-lain yang telah melarikan diri, baginda amat murka lalu Bana telah dibawa menghadap Raja Aceh yang sedang murka untuk dilepaskan amarah dan murka terhadapnya. Raja Aceh mengarah supaya Bana dibunuh kejam namun Bana merayu agar untuk memberikan dirinya peluang untuk hidup dan berjanji yang dia sendiri akan membunuh bendahara Perak. Bana memberitahu lagi yang dia adalah anak murid bendahara dan tahu akan kekuatan dan kelemahan bendahara.

Raja Aceh termakan dengan kata-kata Bana lalu baginda bersetuju dan mengarahkan tenteranya serta Bana untuk pergi menyerang Perak semula. Kali ini baginda Raja Aceh ingin menawan negeri Perak. Baginda Raja Aceh memerintahkan ramai hamba, serta rakyat untuk ikut naik ke kapal bersama tenteranya untuk berpindah ke Perak. Kerana itulah niat asalnya untuk menawan negeri Perak. Maka, penuhlah kapak yang belayar dari Aceh dengan rakyat, hamba dan juga tentera ke Kuala Perak dan terus memudik ke Kota Geronggong.
kapal layar
Mereka yang datang dari Aceh pun turun dari kapal dan ke darat terus membuat persediaan untuk bermalam. Ada yang memasak, ada yang mencari kayu api, ada yang membina tempat tinggal sementara dan bermacam-macam lagi. Berkampunglah mereka disitu buat sementara untuk membuat persediaan menyerang Perak. Namun apa yang mereka lakukan semuanya jadi serba tidak kena. Makanan yang dimasak tertumpah ke tanah dengan begitu sahaja. Lauk pauk yang dimasak terhangit. Lembaran daun-daun yang digunakan sebagai pelapik untuk baring berehat pula membuatkan badan gatal-gatal. Pendek kata, apa yang cuba dilakukan pada waktu itu semuanya serba tidak kena dan mereka tidak cukup makan dan tidak dapat tidur lena malam itu.

Esok paginya, mereka dari Aceh yang dengan tidak cukup rehat, perut yang lapar pun bersedia untuk menyerang Perak. Bana yang juga keletihan dan mengetuai tentera tersebut mencari-cari bendahara Perak. Bendahara Perak yang berfikiran jauh memang sudah menjangka akan kehadiran Aceh untuk menyerang Perak ini dan Perak sudah pun bersedia untuk mempertahankan negerinya tidak seperti sebelum ini.
lembing
Maka sewaktu dalam pertempuran, maka terserempaklah bendahara dengan Bana. Mereka berdua bertikam lidah untuk melepaskan amarah masing-masing terhadap sikap pembelotan Bana. Bendahara Perak lantas mengangkat lembing dan dilontarkan ke arah Bana lalu tertusuk tebus ke perut Bana tanpa dielak. Bana terus rebah dan mati disitu juga. Apabila tentera Aceh lihat ketua mereka si Bana telah pun mati, maka bertempiaranlah mereka lari dalam keadaan lapar dan letih menyelamatkan diri. Ada yang sempat naik kapal dan lari pulang ke Aceh, ada yang menyerah diri, ada yang lari masuk ke hutan-hutan dan ada yang ditangkap menjadi tawanan perang.

Perkabaran kekalahan tentera Aceh sampai ke telinga Raja Aceh dan baginda sangat malu dan menyumpah tidak akan membenarkan orang Aceh bermastautin di negeri Perak sampai bila-bila. Mereka orang-orang Aceh yang terlalu ramai ditawan di negeri Perak dan bendahara Perak mengambil keputusan untuk mengarahkan yang lelaki menjadi buruh paksa di Kota manakala yang perempuan dilelong menjadi hamba. Maka, sejak dari itu, Aceh tidak lagi menyerang Perak dan keadaan di Perak kembali aman seperti sedia kala.

Tamat.

SUMBER: 


Thursday, 30 March 2017

HIMPUNAN CERITA SERAM KEM PLKN (PART 3)

KISAH 7
Image may contain: 1 person
Aku nak cerita mngenai pengalaman aku sepanjang tinggal di sebuah kem PLKN Zon E di mersing.

Dah bertahun dah berlalu. sekarang aku di tugaskan di sebuah kem berhampiran gunung ledang. Mmg ade gangguan, tapi tidak seteruk kem lama aku dulu. Klau korang ingat lagi, aku pernah cerita psl kejadian2 pelik di sebuah kem PLKN di selatan tanah air, smpadan dengan negeri pahang,

Kumpulan 3 siri 6/2009. klu disebut kump 3 ni, selalunya pelatih mmg kepale gile2 punye. Kebanyakan dari latar belakang yg tidak berape baik. ade yg dari sekolah juvana, ade yg baru keluar penjara, ade yg bohsia, bohjan,,,mat rempit jgn cite, brsepah. kirenye dieorang ni ramai yg hati kering la. tapi selepas kejadian histeria yg kaw2, ramai yg kecut perut. kau pernah tgok org mngaku gangster tido satu katil dengan mat rempit? aku dah saksikannya.

semuanya gara2 disebabkan sebuah pulau kecil dihadapan kem. kalau waktu siang, pulau tu mmg cantik dgn latar belakang laut china selatan n pantai yg landai. tp melalui cerite mulut org2 kampung, pulau tu antara yg plg haunted sekali di Mersing. Dulu, pulau tu tmpat orang buang ancak, buang saka, hantu, tmpat org pasg hajat, tmpat org menurun n mcm2 bnda khurafat lagi. kadang2 kalau aku pg mancing jumpe la barang yg pelik2. pernah sekali aku jmpa botol balut kain kuning. tapi aku tak berani nak usik.

Histeria tu bermula bila seorang wirawati ternampak seorang nenek duduk di gazebo menghadap laut. mase tu waktu maghrib. Mula2 pelatih tu cme berjalan dgn pelik, die seret sebelah kaki sambil berjalan. bile di tanye kenape jalan mcm tu die kate die sakit kaki sebab jatuh. lepas saja isyak, budak tu dah start mengaruk. lintang pukang semua pelatih. jurulatih pun ramai yg kecut perut. tak sampai sejam, berjangkit pula pd yang lain. lepas keadaan reda, gangguan dlm bntuk lain pula. rmai pelatih dah mula start nampak benda yg bukan2. plg selalu dieorang nampak perempuan pki baju putih berjalan di kaki lima semasa waktu maghrib. muka cantik, tp ade juga yg jumpa mukanya hodoh. jelmaan permpuan ni pula tinggal di sebuah perigi lama di belakang kem. 

aku masih ingat lagi, seorang wirawati ni mmg selalu dikacau perempuan ni, klu kene sampuk, dia nak terjun ke dlm perigi tu. tapi plg takut kalau nenek kebayan tu mula start menjelma. lagi kecoh kem di buatnya. member j.l perempuan aku pernah try baca yasin dlm blk, tp makin hebat gangguan. last2 die berselubung dlm selimut. pintu kene hentak, dgar dinding kena cakar tu la bntuk gangguan yg plg kerap.

tu cerita di sebelah blok wirawati. Blok wira pula, dorm PL10 plg menakutkan. sebab dorm ni dikatakan btul2 di laluan makhlus halus nk kepulau tu. Buddy aku pernah trnampak pocong berdiri sebelah loker semasa dia lalu di dorm tersebut. Member aku yg lain pula pernah ternampak kelibat orang tergantung di kipas, mcm orang bunuh diri. Tak cukup tanah die lari. Ketua j.l aku pula pernah tersampang dengan lelaki yg pecah mukanya di blok tu. Memang btul2 hodoh lah. dia ingatkan pelatih nk pergi hisap rokok. tapi makhluk lain rupanya. Kalau kene tegur tu biasalah masa lalu di dorm PL10. aku pun pernah kene tegur..dengar suara cam org panggil "cikgu". aku cpt2 jalan sebab aku tau takde pelatih dlm dorm, semua dh pergi dewan makan.

Aku pula tinggal di dorm paling hujung sekali. seksa betul kalau nak balik sorang2. Dorm PL15, situlah terletaknya bilik aku. dlm bilik ni, aku berkongsi dgn 3 orang j.l yg lain. tiada bilik air, so kami trpaksa kongsi bilikair dgn pelatih yg lain. pernah sekali, seorang pelatih India cakap dia ingatkan aku yg mandi malam2. (sebab aku gile mancing mase ddk di sana) jadi die plan nak sergah aku. Mula2 dia dngar bnyi shower dibuka, bnyi mcm orang mandi. dia pun trus pergi ke bilik air tu. lampu trbuka, shower mmg keluar air, tapi aku takde. so dia ingatkan aku dah menyorok. lepas tu dia pun pergi la kat shower tu, sekali baru dia perasan takde kesan tapak kaki dkt area lantai bilik air. klu aku mandi, mstilah ade kesan tapak kaki dia kata. sabun pun tak ade. langsung takde menunjukkan kesan2 org tgh mandi. cuma shower je on.masa tu bulu tengkok dia start naik. tapi dia cool lagi. 

so dia pun keluar n sempat tutup lampu. tiba je kat katil, dia dngar lagi bunyi shower n dari tepi katil dia, jelas dia nmpak lampu bilik air dah on. terang bnderang bilik air tu. Dlm masa yang sama juga, dia baru teringat aku dgn buddy aku tak balik lagi, weekend balik kampung. So sape yg mandi tgah2 malam? korang tau pukul berape masa tu? pukul dua pagi. Macha tu terus lompat atas katil. Dia cuba tido tapi bunyi shower tu makin kuat. die cerita kat aku beberapa hari sebelum balik. lepas tu aku pun kecut nak mandi malam2 sorang diri kat bilik air tu.

KISAH 8
No automatic alt text available.
Sepanjang pengalaman aku jadi jurulatih PLKN, yang paling aku tak dapat lupa semasa kecoh seorang pelatih berbangsa cina yg mengaku dia tidak takut dengan hantu. Malah boleh halau hantu. Asalnya macha yang aku cerita tadi pernah ternampak seorang perempuan keluar dari bilik dorm PL16. (sebelah bilik aku) berjalan beberapa tapak than terus terbang pergi ke pokok ara tepi laut. tah macamana budak cina ni boleh menyampuk pula, dia kata dia ada mentera power untuk halau hantu.

Aku pun bengang lah sebab mamat tu cakap besar. member2 dia pun bengang. jadi aku pun cabar la dia, kalau berani duduk di PL15 sorang2, selepas pukul 12 malam sampai lilin yg dia bawa habis. Dia kata takde hal. (muka mmg kerek). setelah tiba hari yang dijanjikan, dia pun melapor kat aku n sedia untuk cabaran tu. sebelum dia masuk tu, aku pulak tak tau tah bila tiba idea gila aku, aku rembat kapur barus n mintak wangi btol cap bunga ros di surau. habis aku tabur sekeliling PL15 dan 16. masa start je, awal2 pelatih tu dah kene kacau. mula2 lilin takleh menyala, puas dipetik lighter. tapi gagal. than dia pun pergi lah ke bilik aku nak suruh aku nyalakan lilin tu. belum pun aku masuk ke bilik tu, aku dh nampak lilin tu menyala dngan terangnya. "aik? tu ha menyala lilin kau?" muka dia dah pucat sebab dia cakap tadi mase dia nk pergi ke bilik aku, lilin tu tak boleh menyala. start dari situlah, mcm2 bnda dia nampak. dia nampak lelaki berdiri di hujung bilik memerhatikan dia. orang berlari keliling dorm, pintu daun kene hempas walhal angin takde. plg best dia kate bantal bergerak. last2 dia ambil keputusan, potong lilin tu kasi tinggal separuh. tak sampai 15 minit pun dia dlm bilik tu. dia jmpe aku dia cakap lilin dah habis. tp aku tau die kelepet aku sebab dia dh mula dikacau.

selepas mangkok tu balik je, aku pulak kene kacau. mmg clear dengar bunyi kain berkibas mcm bnyi orang lari pki kain keliling dorm kami. arghhh aku dgn buddy aku tak dapat tido. bau kapur barus makin kuat menyengat. member aku ckap die dengar bunyi orang menderam di tepi tingkap. sebab tak tahan, kami ambil keputusan keluar kem n pergi mengeteh kat pekan endau sampai pukul 4 pagi. abis mengetah kami pun balik lah. rupanya bukan setakat aku bertiga saja kena kacau, semua jurulatih yg lain pun kene. plg teruk kena member aku nampak perempuan berjalan takde kaki keluar masuk bilik rehat. mmg tak tido kami semalaman. dia orang semua salahkan aku, pandai panggil, tapi takpandai pulangkan. hampeh tol!!

pada malam keesokannya, benda tu tak setel lagi tau. pukul 1130, pelatih mula tutup lampu dan tido. tapi adela sekumpulan pelatih dari kompani Alpha ni kantoi rokok dengan aku. (mase tu aku baru balik weekend) so aku dengan j.l yg bertugas pun ape lagi, bagi la punishment n sedikit sesi kaunseling. 

group ni mmg otai. seorang ex henry gurney, seorang pernah kene tahan lockup n yg lain mmg gangster kampung. ade 6 orang, so aku panggil team dieorang ni 6 jahanam. selepas sesi " senaman malam " selesai, dieorang pun balik ke dorm. (PL1 untuk Alpha kompani terletak di depan sekali) masa lalu di PL10, entah macamana seorang dari mereka terperasan mcm ade tertambah pula geng 6 jahanam ni. sebab setau die hanye mereka berenam saja dlm kelompok tu. 

Jadi mamat ni pun kire la balik. sah!! ade 7 orang. dlm gelap tu die pun bukak mulut "eh sape lagi sorang ni?" semua berhenti dan cuba cam kawan masing2. than barula mereka perasan "kawan" lagi sorang tu tak berkepala. apelagi...silat seribu langkah la hero 6 jahanam ni. disebabkan keadaan sekeliling gelap, memang dieorang tak perasan pada mulanya. hari esok, riuh satu kem dengan cerita hantu tak berkepala di kaki lima PL10. sampaikan aku pun kalau nk lalu di area tu aku ikut jalan jauh. takot siot!! 

bermula dari hari tu juga, aku menyaksikan orang yg mengaku gangster tido sekatil dengan member sebelah katil. hahahaha. tak kemane pun gangster kau tu....



HIMPUNAN CERITA SERAM KEM PLKN (PART 2)

KISAH 4
Image may contain: night and indoor
Aku jurulatih kem PLKN. kem ni terletak di sebelah pantai timur negeri johor. (better aku tak payah sebut name kem ni) dan kebetulan pula kem plkn ni terletak betul2 berhampiran dengan sebuah pulau yg ade banyak cerite misteri. samada dari orang2 kampung mahupun dari staf2 dan jurulatih yang dah lama duduk di kem ni, kalau sebut nama kem ni sure orang akan tahu pulau tu tempat orang buang ancak, buang hantu, tmpat memuja dan pelbagai lagi bende2 khurafat. lagipun kalau dah nama duduk tepi laut ni, macam2 makhluk halus korang leh jumpe...hehehehe...

aku ingat lagi...hari pertama aku melapor kat kem tu, malam tu dah kene dah salam perkenalan. angin takde, ribut rakde tapi pintu bilik berdentam dentum macam orang hempas daun pintu. kecot perot aku. ade la dekat 5 kali aku terjage. tapi takpe...demi mencarik rezeki, aku tabahkan hati.

dari hari ke hari aku mula dengar cerita seram kat kem ni. tapi aku malas nak ambil pusing sangat. masa kumpulan satu, tak berapa banyak pengalaman misteri aku jumpa. kalau histeria tu, normallah. tapi ape yg aku dengar j.l perempuan selalu cerite nampak seorang nenek duduk di tepi wakaf kalau dah dekat nak maghrib dan dieorang selalu nampak perempuan berbaju putih lalu depan dorm diorang. untuk pengetahuan korang, aku mmg tak pernah jumpa or tersampang lagi dngan bende2 dari alam lain ni. cuma aku biasa tngok orang kena histeria mase kat asrama sekolah dulu.

nak dijadikan cerite, akhirnya turn aku pun tiba...so satu hari tu, buddy bilik aku nie balik weekend ke melake. tinggal lah aku terkontang kanting kat bilik warden sorang2. bilik aku ni pulak bilik hujung sekali, dorm PL15. tapi aku tak takot sangat sebab bilik aku satu blok dengan bilik pelatih. mase tu ade la dalam 20 orang pelatih kat dorm aku. malam tu, pukul 3 pagi aku terbangun sebab angin kuat sangat. aku bangun tutup tingkap than hati aku tergerak nak bukak lampu. pastu aku pun baring la balik kat katil. mase aku baru nak terlelap tu, tah macamana depan bijik mate aku sendiri kerusi study aku leh bergerak pegi ketengah ruang bilik aku. 

Perghhh cuak siot!! aku rase cam nak lari keluar bilik je. bayangkan dari tepi katil aku, kerusi tu leh jalan sendiri pegi tengah2 bilik. luar logik akal tu. tah berape puluh kali aku bace ayat kursi sampai aku tertido aku pun tak tau. sebelum kejadian pukul 3 tu, aku dah berpesan pada sorang pelatih ni (imam kompani alpha) untuk kejut aku bangun sebelum subuh. sedar2 esk pg aku terbangun pukul 630. nasib baik tak subuh gajah aku pagi tu. aku pun malas nak marah pelatih tu sebab mungkin aku pengsan lepas kene kacau dengan penuggu kerusi bilik aku. so mase sarapan pagi aku pun carik la imam kompani alpha ni dan tanye kenape tak kejutkan aku. die pulak dengan konfiden cakap aku dah bangun sebab bilik aku dah terang. pastu mase die lalu kat tepi bilik aku, die dengar aku berborak dengan buddy aku dan mase die nak patah balik ke bilik die pulak, die ternampak dari celah tingkap bilik aku ade orang urutkan kaki aku.

terbeliak mate aku dengar cerite pelatih ni. korang paham2 la sendiri kenape aku terdiam. pagi tu hilang selera aku nak makan sarapan.

cerita kedua yang aku tak dapat lupa semasa kumpulan dua siri 6. masa tu aku baru saja sampai di kem sebab baru habis cuti kawen. sampai je kat kem, pelatih aku kecoh wira kompani aku kene histeria. aku dengan member baik aku ali terus pg jengok budak tu. mmg betol dah meracau. tapi yang aku hairan macam2 pelatih aku yang lain buat kat kawan die yg kene sampok ni. ade yg bersilat lah, ade yg azan lah, ade yg bace tah hape2 n ade gak yg tindih mamat ni kononnye taknak die lari keluar bilik. 

so aku dengan ali suruh dieorang nie lepaskan budak tu. bile keadaan dah terkawal, ali pun memulakan sesi berdialog dengan jin ni. pergh hebat jugak si ali ni rupenye. setelah ditanye ape yg die tak puas hati, makhluk dalam badan pelatih aku nie pun cakaplah die marah sebab budak ni dah ambil barang mainan anak die mase joging kat tepi laut. so die nak barang tu dipulangkan kat tepi laut sekarang jugak. setelah berunding dan buat beberapa perjanjian MOU, member aku si ali ni pun pergilah pulangkan kulit kerang yg makhluk ni cakap barang mainan anak die....

kalau tak silap aku, dua kali si ali ni pegi letak kulit kerang tu sebab salah tempat. ngade2 tol la. yang bestnye, bende tu suke tersenyum tapi mate pejam. pelikkan? selalunye klu kene rasuk die suke menderam n meracau. (pastu budak yg kene sampok nie dapat gelaran "maknyum")

nak dijadikan cerite.......mase kali kedua kawan baik aku ni pegi ltk kulit kerang tu, timbullah idea gile aku..

aku : kau mmg duduk kat sini ke?
jin : ye...memang aku duduk di kawasan ni.
aku : jadi ko selalu la ye masuk bilik ni
jin : (angguk kepala sambil senyum)
aku : kalaw cam tu....aku nak tanye ko satu soalan
jin : tanyelah..................
aku : ko tunjuk kat aku sekarang, sape budak kat dalam bilik ni yang hisap rokok, jual rokok, main judi dengan yang selalu pecah loker? boleh?

mase tu aku perasan ade pelatih yang lain berdesup lari tinggalkan bilik...yg jin dlm badan budak nie pulak diamkan diri je. hampehla

(sumber: mulut bisul)

KISAH 5
Image may contain: outdoor and indoor
Walaupun banyak kisah seram yang aku pernah baca pasal Kem PLKN ni tapi tak tau la kenapa selama ni aku tak pernah pulak tulis kat blog ni kan.. Bila belum sampai seru tu memang la tak terdetik di jari nak menaip. Nampaknya malam ni seruan dah sampai maka segmen seram serik lekat lekit malam ni akan berkongsi sebuah kisah benar yang berlaku di sebuah Kem PLKN.

Alkisahnya di sebuah kem PLKN yang tak di beritahu kat mana. Katanya ada sebuah bilik air yang berpenunggu. Peserta PLKN tidak di benarkan guna bilik air tu menjelang pukul 12 tengah malam ke atas. Lampu bilik air tu pun tak boleh tutup tapi lampu bilik air yang lain2 wajib kena tutup time tengah malam. Tiada siapa di benarkan guna bilik air tu sebab menurut Jurulatih bilik tu ada yang akan guna menjelang tengah malam. Senang paham bilik air tu ada penunggu la...

Nak di jadikan satu kisah seram penuh misteri lagi menakutkan... Pada satu malam yang sepi.. Time tu minta maaf takde babak babak pak mat jual topi ok! Semua peserta PLKN dah nyenyak tidur. Setiap malam akan bergilir peserta PLKN di arahkan meronda kawasan kem. 6 orang peserta di tugaskan meronda. 3 lelaki & 3 perempuan. Masing2 meronda di blok asrama masing2 la. Yang lelaki jaga blok lelaki, perempuan jaga blok perempuan.

Kisah seram selalunya berlaku sekitar pukul 2 - 4 pagi. Semasa peserta PLKN yang di tugaskan membuat rondaan time tu tetiba salah seorang tersuluh satu bayang yang mengadap betul2 depan mereka. Masa tu jantung dah siap irama lagu haiza la.. Dag Dig Dug. Yelah.. dah sedia maklum kem depa tu ada something, bila ternampak benda2 macam tu memang kecut habis segala urat saraf katanya. Yang nampak cuba bagi signal suruh kawan2 dia yang lain baca ayat kursi tapi budak2 lain mula pelik dok tanya jugak kenapa. Kalau tengah2 malam orang suruh baca ayat kursi mustahil la nampak sebuah hidangan lazat kan.. Sebab masing2 bendul tak paham kiasan, sipolan yang nampak bayang tadi cuba suluh kearah bayang hitam yang di nampak tadi untuk tunjuk sesuatu tapi dah takde la pulak. Hampeh sungguh! main aucak pulak. Maka dia buat kesimpulan mungkin mainan perasaan dia je tadi sebab di hantui cerita2 seram sebelum ni. Mereka pun teruskan rondaan.

Setibanya di kawasan bilik air berpenunggu yang penuh dengan seribu satu kisah seram tu.. Tetiba masing2 terbau harum semerbak sabun mandi padahal masa mula dorang masuk ke situ takde apa2 bau pun. Dalam celah2 masing2 rasa pelik dengan bau wangi ada pulak sang gedembai pergi tegur bau tu.. Padahal jurulatih dah pesan nampak atau bau apapun jangan tegur. Lepas di tegur pasal bau tu.. makin menjadi jadi pulak wanginya. Bukan tu jer siap ada bunyi orang mandi lagi. Amboi pantang kena puji.. lagi nak menunjuk nampak. Hantu pun jenis suka kena bodek jugak rupanya. hahaha

Sebab bau semakin wangi masing2 tekad nak masuk ke bilik air tersebut. Bila sampai area bilik air merangkap tandas kat situ semakin jelas dengar bunyi macam orang cedok air dalam kolah kemudian jirus. Dalam antara berani & takut depa masuk jugak ke dalam. Yang mula2 tegur pasal bau wangi tadi, buat hal lagi. Bila masuk ke perkarangan bilik air tu dia dengan selamba say "hello" pulak.. Dengan tak semena mena bunyi orang mandi tadi terus hilang cuma yang ada bau wangi jer. Mungkin dia tau orang tengah nak skodeng dia kot.. Apa ingat hantu tak tau malu ke orang tengok dia mandi. Depa pun check la satu persatu bilik air kat situ.. Ternyata tak jumpa sapa2 pun mandi yang ada cuma kesan basah macam orang lepas mandi & bau wangi.

Sebab keberanian masing2 pun dah turun ke level buku lali maka depa decide nak blah je dari situ tapi ada jugak yang level keberanian dia masih tinggi pergi tutup suis lampu bilik air yang di katakan berpenunggu tu. Lepas dia keluar tup tup lampu terbuka balik. Dia pergi tutup lagi.. buka balik sampai la sampai kali ke tiga dia pergi tutup suis lampu tu & tunggu sekejab tapi tak pulak terpasang balik. Bila dia melangkah keluar tup tup lampu nyala. Kali ketiga dah takde sapa ada level keberanian tahap extreme semua dah kecut macam pokok semalu kena sentuh. Maka seperti lirik lagu shida dangdut.. Segera angkat kaki la. Lagi mau tunggu ke?

Bukan kumpulan dorang je kena kacau tapi ramai lagi kumpulan lain yang di tugaskan meronda jugak melalui pengalaman seram yang sama. Tu la.. Bila orang kata jangan yang tu jugak depa nak buat. Sekali kena momok.. tau takut.

Tapi rasanya kena kacau macam tu tak takut lagi berbanding kalau tengok benda benda kat tandas awam. Yang ni mungkin pengalaman paling pahit & ngeri. Aku sendiri pun harap tiap kali nak guna tandas awam aku tak terserempak dengan benda2 tu.

(sumber: lekat lekit)


KISAH 6
Image may contain: 1 person, standing, flower and outdoor
Aku nak cerita apa yang dah jadi ketika aku berada di Kem PLKN,Mula-mula aku masuk kem PLKN,well,biasalah kan,aku tak biasa dengan sesiapa.Aku dapat dorm dan katil yang bersebelahan pintu dorm.Aku memang tak gemar kalau tidur sebelah pintu,ataupon sebelah aku tak ada apa-apa untuk menghadang aku daripada jatuh,tapi aku anggap dah nasib aku dapat katil tu.Aku redha.

Ada satu hari tu,aku jurulatih aku dan seorang kawan aku,ecah,lepak luar dorm,masa tu jam 12 malam,Kami berborak macam biasa dan tak expect apa-apa yang mencurigakan,tiba-tiba angin tiup sepoi-sepoi bahasa,lembut je menyentuh pipi kiteorang,itulah angin dari ombak rindu.*Teheee,

Tak tak aku serius,aku tegur,aku cakap 

"dahlah bulan penuh lepastu angin pulak meniup sepoi-sepoi bahasa,kenapa eh cikgu?".

Lepastu habis aku kena marah dengan cikgu aku sebab aku menegur,dan kiteorang terkejut,tiba-tiba ada anjing yang besar jalan tepi kiteorang dan anjing tu amek sesuatu yang berwarna putih di tepi kiteorang dan berlalu pergi macam tu je,kiteorang dah tak sedap hati,kiteorang masuk dorm masing-masing.

Malam tu,tak silap aku ada satu perayaan kaum india,budak india dekat dorm aku boleh pulak pasang kemenyan,memang semerbak.Aku tahu yang kemenyan boleh memanggil benda tu,jangan tanya aku kenapa.

Selepas tu,aku terus tidur sebab aku ngantuk sangat-sangat,lepas aku dah lena,kawan aku,akma kejut aku,dia cakap 

"diana bangun,ada orang kena rasuk!".

Aku dahlah tengah tidur,aku terus terkejut dan mamai,sampai aku mengigil.Kami semua berkumpul belakang dorm dan bercadang untuk tidur ramai-ramai dekat situ,ada yang baca yaasin,aku tak boleh nak baca sebab aku period,aku baring dan cuba nak tidur sambil pegang tangan kawan aku,tiba-tiba aku dengar suara orang jerit,kuat sangat sangat.Aku masih diam walaupun sebenarnya aku takut,masa tu aku sorang yang tak boleh tidur.Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi,tiba-tiba aku dengar ada orang tendang pintu dorm,macam nak masuk dan marah,dalam masa yang sama aku dengar almari besi kiteorang kena hentak.Tapi aku tak pasti apa.

Keesokkan harinya,kawan aku,dari terengganu dia cerita,semalam dia basuh baju dekat toilet dan dia nampak benda tu,perempuan macam potianak sedang bertenggek di atas bumbung toilet,tapi kawan aku buat bodoh je,sebab kalau dia lari,kena kejar lagi satu hal pulak kan.Rupanya sebelum kejadian tu,kawan aku yang kena rasuk tu,aku gelarkan dia budak sabah.Budak sabah ni period dan dia tak boleh nak sembahyang,so waktu maghrib dia duduk dekat belakang surau,dan dia nampak anjing lalu,lepastu start tu dia mula tak betul,dia mula mendiamkan diri taknak cakap dengan sesiapa.Balik dorm dia terus menjerit-jerit.Nak tau apa?benda tu marah dekat budak sabah tu sebab budak sabah tu period dan telah mengganggu tempat tinggal benda tu.

Dekat kem aku tu,kalau nak ke dorm perempuan kena lalu satu jambatan,lepastu kena mendaki bukit,syarat untuk lalu dekat jambatan tu,kena jalan slow-slow sebab dekat situ tempat tinggal benda tu jugak,ada sekali tu aku nampak ular besar jalan bawah jambatan tu,WTF.sebab aku sorang je yang nampak.Pernah jugak laluan jambatan tu ditutup sementara sebab jurulatih disitu cakap kami jalan hentak kaki dan benda tu marah,kami telah mengganggu anak-anak dia nak tidur.Ada lah jugak yang kena rasuk masa tu.Siapa yang boleh nampak,memang nasib

(sumber: dyapunyabelog)

SUMBER: https://www.facebook.com/PisangBerborak/photos/pcb.920874978055355/920874868055366/?type=3&theater