Showing posts with label Klasik. Show all posts
Showing posts with label Klasik. Show all posts

Monday, 1 July 2019

THROWBACK PELAKON MELAYU LAMA: PANDAI BERSILAT & PEGANG WATAK PRINCE HAMLET, MAK ENON PELAKON BANGSAWAN YANG BUKAN CALANG-CALANG!



Bagi penggemar filem Melayu klasik, Bagi penggemar filem Melayu klasik,  Bagi penggemar filem Melayu klasik, korang mesti familiar dengan seorang pelakon wanita berusia yang dipanggil Mak Enon. Mak Enon ni kalau dalam filem P. Ramlee kita hanya kenal dia dengan watak-watak kecil seperti pembantu rumah.

Tapi tahu tak korang sebenarnya Mak Enon ni sangat legend di zamannya dan dia pernah berlakon untuk teater bangsawan dengan pegang watak Prince Hamlet? Wow jangan pandang sebelah mata! 
SUMBER: WIKIPEDIA
Berikut perkongsian daripada Facebook Repair Gambar Lama mengenai kisah hidup Mak Enon.

Image result for corak kerawang kerawang kuning border png
Memulakan karier sebagai pelakon bangsawan pada tahun 1930-an dengan gaji $40 sebulan.

Mak Enon atau nama sebenarnya Amon @ Ainon Chik ni dilahirkan di Geylang Serai, Singapura pada tahun 1911. Ayahnya berdarah Bugis dan ibunya pula berketurunan Cina. Keluarganya berasal dari Kuching, Sarawak dan beliau merupakan anak bongsu daripada 4 adik beradik.

Sejak dari kecil lagi, Mak Enon memang minat dengan bangsawan. Pembabitannya dalam dunia seni bermula apabila dia jadi pelakon bangsawan pada tahun 30-an di Singapura dengan gaji sebanyak $40 sebulan. Time $40 kira banyaklah juga. Boleh jadi sama nisbah $400 sekarang!
SUMBER: FB

Mak Enon zaman muda. Sejak dari tu, Mak Enon bergerak aktif membuat persembahan di Indonesia iaitu di City Opera, Genani Star Opera dan panggung New World Hall. Malah dia juga pernah digelar Seri Panggung atau Primadona (gelaran terhebat seorang pelakon wanita) dan bersama-sama Kumpulan Royal Opera menjelajah ke Palembang, Sumatera dan Tanah Jawa.

Beliau juga aktif dalam bangsawan sekitar tahun 1930-an hingga 1960-an.

MAK ENON PERNAH TOLAK TAWARAN BERLAKON DENGAN P. RAMLEE!

Sebenarnya tak mudah P. Ramlee nak menarik Mak Enon ni masuk ke layar perak setelah beberapa kali dia menawarkan watak kepada primadona ini. Antara watak yang ditawarkan ialah penari joget.

Tapi Mak Enon sering tolak tawaran dengan alasan, “Anak Bangsawan tak tahu berlakon filem”. Malah tak cukup dengan tu, P. Ramlee jugak pernah tawarkan Mak Enon berlakon jadi ahli silat sebab dia tahu primadona ini pandai bersilat. Tapi akibat keras hati, permintaan tu ditolaknya jugak.
MAK ENON DALAM FILEM TUAN BESAR I SUMBER: IMDB

Pernah pegang Pernah pegang peranan sebagai Prince Hamlet untuk pementasan Inggeris

Menariknya tentang Mak Enon ni, walaupun dia seorang perempuan, pada tahun 1945 dia telah dipilih untuk pegang watak sebagai Prince Hamlet bagi drama pementasan Inggeris arahan Shariff Medan. Kemain watak Englishman tau! 
SUMBER: FB

Pementasan ini katanya dibuat atas permintaan British Military Administration (BMA).

Pada tahun 1966, Mak Enon, 45, telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru dan pada ketika tu, barulah terbuka hatinya nak berlakon filem di bawah arahan P. Ramlee. Mak Enon mula berlakon watak kecil dalam filem seperti:
MENJELANG USIA TUA - TERLIBAT DALAM PROGRAM TV & FESTIVAL FILEM DALAM SERTA LUAR NEGARA

Selain daripada terlibat dengan filem arahan P. Ramlee, Mak Enon juga berlakon dalam filem arahan pengarah lain seperti Keluarga Si Comat (1975), Sayang Anakku Sayang (1976), Panglima Badul (1978), Dayang Suhana (1978), Tuan Besar (1980) selain turut terbabit dalam filem arahan Othman Hafsham pada tahun 1983 iaitu Mekanik.
SUMBER: YOUTUBE

Mak Enon uga tak ketinggalan menjayakan pertunjukan pentas dan pelbagai program lain seperti drama TV. Beliau juga sering dibawa mengikuti rombongan artis menyertai beberapa festival filem dalam dan luar negara seperti Festival Filem Asia Pasifik di Kuala Lumpur pada 1982.

Mak Enon menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi pada April 1992 di sisi menantunya, Perani Pramount dan anaknya, Mala Satria Shariff berada di sisinya.

الفاتحة  buat Mak Enon.

Kredit: Lobak merah

SUMBER: Berita Steady


Friday, 2 June 2017

CERITA RAKYAT: ASAL-USUL NAMA MINANGKABAU

Hasil carian imej untuk asal-usul nama minangkabau
Seperti yang kita ketahui, penghijrahan orang minangkabau ke Negeri Sembilan serta perkahwinan mereka dengan penduduk setempat sedikit sebanyak telah membentuk masyarakat pelbagai suku yang ada di negeri ini sekarang. Walaubagaimanapun, pernah tak anda terfikir kenapakah orang dari kerajaan Pagaruyung ini lebih dikenali dengan nama Minangkabau? Mana datangnya nama Minangkabau ini? Disini ada sebuah cerita rakyat daripada Sumatera Barat bagaimana nama tersebut diperoleh.
Imej yang berkaitan
Zaman dahulu kala, ada sebuah kerajaan bernama Pagaruyung. Raja Pagaruyung adalah seorang pemimpin yang arif dan adil. Suatu hari, mereka mendapat perkhabaran berita bahawa Kerajaan Majapahit dari Pulau Jawa akan menyerang Kerajaan Pagaruyung. Walaubagaimanapun, pasukan Kerajaan Majapahit sudah pun tiba di daerah berdekatan secara senyap bagi mengatur strategi merebut kerajaan yang aman dan terteram itu.

Mendengar sahaja berita itu, Raja Pagaruyung mengumpulkan para hulubalang dan panglima perang untuk berbincang.
Hasil carian imej untuk asal-usul nama minangkabau
“Aku mengumpulkan kalian untuk membincangkan langkah yang akan kita tempuh dalam menghadapi pasukan Kerajaan Majapahit. Saat ini, mereka sudah berada di perbatasan (daerah berdekatan) dan siap menyerang. Bagaimana menurut kalian?” kata Sang Raja.

“Paduka, kita tidak dapat melakukan serangan yang akan menimbulkan kesengsaraan rakyat. Bagaimana pun peperangan akan merugikan rakyat kita sendiri,” kata penasihat Raja.

“Aku setuju. Kita harus memikirkan cara untuk mengalahkan mereka tanpa harus membuat rakyat sengsara.” ujar Raja.

“Paduka, lebih baik kita ajak mereka berunding dan meminta mereka untuk meningalkan kerajaan ini. Jika dengan cara berunding ternyata tidak menyelesaikan masalah, kita tentang mereka untuk adu kerbau!” kata panglima perang.
Hasil carian imej untuk asal-usul nama minangkabau
Raja setuju dengan pendapat panglima perang. Lalu, mereka mulai menyusun rancangan. Raja memerintahkan puterinya, Datuk Tantejo Gerhano, untuk pergi ke perbatasan. Datuk Tantejo Gerhano adalah seorang gadis yang mempunyai tata karma yang tinggi dan lembut hati. Sebelum pergi, ia mendandani gadis-gadis dan dayang-dayang yang akan menemaninya.

Di perbatasan, Datuk Tantejo Gerhano mendekati khemah-khemah pasukan Kerajaan Majapahit.

“Selamat Datang Tuan-Tuan yang baik!. Kami diutus oleh Raja untuk menyambut Tuan semua. Jika Tuan-Tuan berkenan, Raja ingin mengudang Tuan-Tuan semua ke istana. Namun sebelum itu, silakan menjamu makanan-makanan yang sudah kami bawa” kata Datuk Tantejo Gerhano.
Hasil carian imej untuk majapahit
Pasukan Kerajaan Majapahit merasa senang sekaligus berasa hairan. Mereka ingatkan akan disambut oleh pasukan perang Kerajaan Pagaruyung, tetapi ternyata disambut oleh gadis-gadis cantik yang ramah dan makanan yang enak-enak.

Dengan itu, pasukan Majapahit pun menikmati santapan lezat itu. Kemudian pasukan Kerajaan Majapahit dihantar menuju ke istana bagi menemui Raja. Raja Pagaruyung menyambut mereka dengan ramah.

“Selamat datang ke kerajaan kami, Tuan-Tuan. Jika boleh kami tahu, apakah tujuan Tuan semua datang ke sini?”

“Kami mendapatkan tugas untuk merebut Kerajaan Pagaruyung” kata pemimpin pasukan kerajaan Majapahit.

“Saya mengerti. Baiklah, bagaimana kalau peperangan kita ganti saja dengan adu kerbau. Siapa yang kerbaunya menang, ia boleh berkuasa di kerajaan ini,” ujar Raja Pagaruyung.
Hasil carian imej untuk kerajaan majapahit
Setelah berfikir sejenak, pemimpin pasukan Kerajaan Majapahit setuju. Lalu, mereka menyiapkan seekor kerbau yang sangat besar dan kuat untuk diadu dengan kerbau dari Kerajaan Pagaruyung.

Kerajaan Pagaruyung justru memilih seekor anak kerbau yang masih menyusu dengan ibunya. Anak kerbau itu sengaja dipisahkan dari induknya selama tiga hari, sehingga anak kerbau itu tidak dapat menyusu pada ibunya dan menjadi haus. Lalu, di muncung anak kerbau itu dipasangkan sebuah mata pisau yang tajam.
Hasil carian imej untuk bukit tinggi indonesia
Hari yang ditentukan pun tiba. Kerbau-kerbau aduan dibawa ke gelanggang. Kerajaan Majapahit memiliki kerbau aduan yang besar dan kuat.

“Kalahkan saja kerbau kecil itu!” teriak para pasukan Kerajaan Majapahit dari pinggir gelanggang.

Kerbau aduan Kerajaan Majapahit terlihat beringas menyerang lawannya, si kerbau kecil. Sementara itu, anak kerbau milik Kerajaan Pagaruyung segera mengejar kerbau besar itu untuk menyusu. Rupanya, ia ingatkan bahawa kerbau besar itu adalah ibunya. Maka mulut kecilnya berusaha menggapai perut kerbau lawannya, sehingga perut kerbau Kerajaan Majapahit terluka. Disebabkan luka yang semakin banyak, kerbau Kerajaan Majapahit pun tersungkur dan mati.
Hasil carian imej untuk bukit tinggi indonesia
“Manang Kabau! Manang Kabau!” teriak rakyat Pagaruyung dengan gembira.

Pasukan Kerjaan Majapahit diizinkan untuk kembali ke kerajaannya dengan damai tanpa peperangan. Sementara itu, berita kemenangan kerbau Kerajaan Pagaruyung menjadi buah bibir di seluruh negeri. Manang kabau adalah bahasa penduduk setempat yang bererti Menang Kerbau. Akhirnya, daerah itu dikenal dengan sebutan Manang Kabau yang lama-kelamaan menjadi Minangkabau.

Sumber – dongengceritarakyat.com & TV Anak Indonesia.



Thursday, 11 May 2017

10 TANGGA YANG PALING MENGGERUNKAN DI DUNIA, MALAYSIA TERSENARAI!

Kalau kita tengok 10 tangga tertinggi di dunia yang dicatat portal Travel and Leisure ini, kita yang tak fobia ni pun lemah semangat nak daki. Memang menguji keberanian kita!

Kenapa? Jom tengok sebabnya.

1. Angkor Wat, Kemboja
Candi Angkor Wat yang dibina untuk agama Hindu di Kemboja ini terkenal dengan tangganya yang curam. Jadi tak hairanlah tali dipasang bagi membantu pengunjung ketika mendaki tangganya. Menurut pemandu pelancong Angkor Wat, tangga di situ sengaja dibina curam sebagai peringatan bahawa syurga itu sukar dicapai.

2. Verruckt, Kansas, Amerika Syarikat (AS)
Kengerian berganda! Gelongsor air tertinggi di dunia ini pernah menyaksikan kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas tercampak dari gelongsor berkenaan dan jatuh pada ketinggian 50 kaki. Gelongsor itu mempunyai ketinggian 168 kaki dengan 264 anak tangga. Berani naik?

3. Air Terjun Pailon del Diablo, Ecuador
Percayalah, anda pasti akan terpedaya dengan seni bina tangga serta keindahan pemandangan air terjun di sini! Bukan mudah ya mahu mendaki tangga batu licin berdekatan air terjun itu.

4. Laluan Kabel Half Dome, California 
Half Dome terkenal di kalangan pendaki. Pengunjung perlu mendaki 400 anak tangga vertikal yang hampir menegak 90 darjah dengan bantuan kabel logam. kecuraman tangga ini betul-betul ekstrim! Mereka yang memiliki masalah jantung tak digalakkan mendaki kubah ini ya.

5. Tangga Inca, Machu Picchu, Peru
Tangga ini dibina suku Inca lebih 500 tahun lalu. Tangga yang kelihatan seperti jurang ini memiliki 600 anak tangga dibuat daripada batu granit.

6. Patung Liberty, New York
Nak jejakkan kaki ke atas mahkota Statue of Liberty? Anda harus mengharungi 377 anak tangga berbentuk lingkaran sebelum boleh menjejaki ke puncak patung itu.

7. Stesen Janakuasa Florli, Norway
Bukan sahaja gayat kerana memiliki 4,444 anak tangga, malah pengunjung boleh mendengar bunyi kayu retak ketika mendakinya.

8. Gunung Huashan, China
Tangga curam dibina mengelilingi gunung itu menyebabkan ia digelar sebagai ‘Tangga Syurga’. Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan jumlah anak tangga di gunung setinggi 2,154 meter ini. Apa yang menarik, di puncaknya terdapat kedai teh di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan sambil bersantai-santai.

9. Balai Cerap Janssen, Mont Blanc, Perancis
Tak mencabar sangat pun nak panjat ke balai cerap ini, apa yang menakutkan adalah lokasinya yang terletak di gunung tertinggi Pegunungan Alp!

10. Batu Caves, Malaysia
Malaysia pun ada tangga tinggi melangit juga tau! Gua ibadat bagi penganut agama Hindu ini memiliki 227 anak tangga dengan ketinggian 100 meter.

Selalunya nak panjat tempat-tempat tinggi ni, tidaklah sesusah ketika mahu turun semula. Betul tak?

PIRATES OF THE CARIBBEAN: WATAK HECTOR BARBOSSA DIILHAMKAN DARI TOKOH ISLAM!

Hector Barbossa 

Apabila disebut Barbossa, saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali. Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Jeneral Hayreddin Barbarossa Pasha 

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat ​​Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu. 

Pemandangan dari Gibraltar. Sebelah kiri Afrika dan Sepanyol di sebelah kanan

Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M. Bangsa Moor di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Raja Ferdinand II Aragon 

Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabella dari Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille. Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat ​​Islam dan Yahudi dibunuh dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 batang kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificient yang telah berjaya menakluk Byzantium.
Reconquista (790-1300) 

Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik yang menjadi pelaut dan biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki. Mereka bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin menjadi lanun dan melakukan rompakan ke atas semua kapal-kapal tentera Kristian. Kegiatan ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti oleh tentera Kristian. Mereka dikenali sebagai lanun Barbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Carribean. 
Watak Captain Barbarossa dalam 
Pirates of the Carribean 

Misi dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia dari tangan orang Islam. Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya mereka selamatkan dengan membawa mereka ke negeri-negeri Afrika Utara seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan pangkalan pertahanan lautnya. Penguasa Algeria tidak seramah sultan di Tunisia. Sultan Salim pernah mengusir Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol. Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol berjaya menghasut penguasa bandar Tlemcen (Tilmisan) untuk menentang Aruj. Aruj menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin dan beliau berangkat ke Tlemcen tetapi di sana beliau dan tenteranya terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam. Pasukannya tewas namun Aruj sempat meloloskan diri disebalik ramai yang tertewas. Namun oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur di medan perjuangan. 
Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers 

Gugurnya Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa yang di bawah Aruj sebelum ini berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era Barbarossa telah berakhir di tengah-tengah lautan. Lalu, Sepanyol menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat telah berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut. Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain ancaman utama dari Sepanyol. Akhirnya Hayreddin meminta untuk melalui Algeria supaya penguasa Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas nama daulah Uthmaniah Turki. Mereka pun bersetuju, sehingga pada tahun 1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbey atau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari iaitu pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin memimpin, ramai bangsa Moor di Andalusia diselamatkan iaitu dengan 7 kali pelayaran dengan 36 kapal direkodkan. 
Kehebatan kapal perang Turki pimpinan Hayreddin Barbarossa 

Penguasa Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I dari Turki yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan menguasai lautan dengan kehebatan Hayreddin Barbarossa. Pada tahun 1529, di Pulau Penon, ketika azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke menara masjid. Kejadian ini menjadi punca kepada peperangan hebat dan setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk menakluk Vienna, Austria. Sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal. Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya sebagai cappuccino. 
Hayreddin Barbarossa sedang mengadap Sultan Sulaiman 1 sambil membawa hadiah 

Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulih Republik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah (perairan Mediterranean). Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut, walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol, bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa “Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini. Untuk memahami simbol yahudi ini, pembaca boleh merujuk Rahsia Bintang Enam Israel. 
Bendera kapal perang angkatan laut 
Hayreddin Barbarossa 

Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Malta, namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkat beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah. Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah menyerang Tunisia dengan 25,000 lebih kekuatan di dalam 500 buah kapal. Pertempuran tersebut amat dasyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya, beliau telah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar. 
Preveza, tempat berlangsungnya perang antara Andrea dan Barbarossa 

Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali dan Sepanyol telah berperang di Preveza yang berada di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapal dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap sedia di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai kawalan dan kelengkapan yang lebih canggih. Serangan ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan sehingga tiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di bawah pimpinan Hasan Agha telah bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan penglibatan ulama’-ulama’ di sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dasyat ketika peperangan tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya meloloskan diri dan kembali ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit untuk diterima. 
Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538) 

Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah. Barbarossa berangkat ke Marseilles untuk merebut Nice dengan memimpin 30,000 tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice, Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu kepercayaannya, Turgut Reis. Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan pertukaran hanya 3500 ducat emas. Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin Barbarossa Pasha. Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara di Constantinople pada tahun 1545. Beliau meninggalkan anaknya Hasan Pasha sebagai waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya menyerahkan memoir catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima jilid yang bertulisankan tangan yang dikenali sebagai “Gazavat Hayreddin Pasa" (Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah Bosphorus.  Beliau dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana digunakan untuk armadanya berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam beliau.
Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas 

Kita melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang tertinggi di muka bumi oleh Allah kerana mempunyai pemimpin yang baik serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat bahawa Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam walaupun berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.  Inilah ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia. Pastikan pemimpin yang dipilih itu adalah yang terbaik serta amanah dalam mentadbir urus negara, maka dengan ini barulah umat Islam akan digeruni musuh dan disenangi kawan. 


Baca juga: 



Friday, 5 May 2017

RAJA-RAJA MELAYU MELAKA YANG AGUNG SEPANJANG ZAMAN


(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Kesultanan Melayu Melaka adalah puncak ketamadunan dan peradaban Melayu selepas kedatangan Islam. Sesungguhnya bangsa Melayu mempunyai dua puncak kegemilangannya, satu ialah zaman kegemilangan yang bermula ketika era Srivijaya, lalu ketika kejatuhan Srivijaya, ianya diteruskan oleh Singapura Purba sebelum dibantai oleh Majapahit.

Lalu, dari puing-puing kejatuhan Singapura Purba dan juga Srivijaya, bangsa Melayu bangkit membina kembali Melaka. Kegemilangan yang dicapai oleh Srivijaya kelihatan seperti tidak dapat dijelmakan kembali oleh Singapura Purba. Namun, kewujudan Melaka seolah-olah mengembalikan bayangan Srivijaya.

Sahabat-sahabatku sekalian… kalau anda sudi bersama saya dalam perjalanan mengembalikan nostalgia kita kepada Melaka, maka sambutlah tangan saya, saya akan bawa kalian menyelami era yang menjadi asas kepada imej Melayu kita hari ini. Dari bahasanya… dari agamanya… dari budayanya… semuanya dimulakan oleh Melaka. Meski secara peribadi, saya berpendapat bahawa Srivijaya ialah kemuncak peradaban segala tamadun Melayu, tetapi Srivijaya agak jauh daripada jiwa Melayu moden hari ini.

Bahasa Melayu Kuno zaman Srivijaya sudah berevolusi menjadi Bahasa Melayu Klasik ketika berada di bawah Melaka. Agama Buddha yang menjadi pegangan Melayu Srivijaya sudah lama ditinggalkan oleh orang Melayu ketika kedatangan Islam, budayanya pula sudah tentu berbeza antara zaman Srivijaya dan Melaka.

Maka… kenyatannya, Melaka itu lebih dekat dengan jiwa orang Melayu hari ini. Dan izinkan saya berpesta aksara, menukilkan kisah-kisah agung tentang tokoh agung bangsa Melayu ketika era Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi sebelum itu, saya lebih suka guna tarikh Kesultanan Melayu Melaka yang lama, kerana saya tidak mempunyai akses ke Sulalatus Salatin Raja Bongsu, dalam meletakkan nama sultan-sultan Melaka serta tarikh pemerintahannya.

Hasil carian imej untuk parameswara
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

1. Raja Iskandar Shah aka Parameswara (1400 – 1414 Masihi)

Figura yang bernama Parameswara ini adalah figura yang paling misteri di dalam sejarah dunia. Ada dua versi yang menceritakan tentang asal usulnya. Pertama, ianya datang daripada Suma Oriental yang mengatakan bahawa asal-usul Parameswara adalah daripada Palembang lalu ke Singapura dan membunuh Temagi. Tetapi izinkan saya mengatakan bahawa saya bukan pengganut teori ini kerana saya lebih berpihak pada Sulalatus Salatin dalam menceritakan tentang sejarah Parameswara.

Tetapi sebelum itu… perlu saya kepilkan pendapat seorang sejarawan daripada Brunei bernama Dato’ Seri Utama Dr Awang Mohd Jamil Al-Sufri bahawa sesungguhnya sebutan sebenar untuk Parameswara adalah Permaisura.

Menurut Dr Awang Jamil lagi, nama Permasura itu ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Melayu yang bermaksud Permai dan Suara yang bermaksud suara yang indah, merujuk pada titah seorang raja yang didengari dan ditaati perintahnya.

Gelaran Permaisura juga menurut Dr Awang Jamil telah lama digunakan oleh raja-raja Melayu yang memerintah kerajaan Singapura Purba dan turut dikurniakan pada wazir kanan Kesultanan Brunei iatu Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Ini tidaklah sesuatu yang menghairankan kerana pengasas Kesultanan Melayu Brunei itu sendiri berkahwin dengan anak salah seorang raja Melayu Singapura Purba.
Hasil carian imej untuk parameswara
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dan tambah Dr Awang Jamil lagi, gelaran ini juga mungkin disandang oleh pengasas Kesultanan Melayu Melaka sendiri kerana berkahwin dengan anak perempuan Raja Jawa yang memakai gelaran permaisuri. Wallahualam

Maka selepas ini, izinkan saya hanya menggunakan nama Iskandar Shah dalam merujuk pada Parameswara. Jadi izinkan saya bercerita pula sisi sejarah Melayu versi Sulalatus Salatin.

Dalam Sulalatus Salatin, yang diceritakan tentang sejarah Iskandar Shah adalah merupakan raja terakhir yang memerintah Singapura Purba sebelum dilanggar bala askar Majapahit sebelum melarikan diri ke Muar lalu membawa diri ke sebuah tempat bernama Melaka.

Di tempat inilah kisah bagaimana Raja Iskandar Shah melihat seekor kancil menendang anjing pemburuannya, lalu mendapat ilham untuk menubuhkan kerajannya. Lalu ditanya kepada para pembesar yang setia mengikutinya selepas kejatuhan kota Singapura Purba. Lalu dijawab mereka pokok tempat baginda berteduh ialah Pokok Melaka lalu nama Melaka pun diambil sempena dengan nama pokok itu.

Lalu dari sebuah perkampungan nelayan, Raja Iskandar Shah menukarkan kota tersebut menjadi sebuah kota perdagangan yang agung. Kalau di Singapura Purba, perbuatan Parameswara yang menghukum tanpa selidik salah seorang dayangnya mengakibatkan pengkhianatan yang menghumban kepada terbukanya kota Singapura Purba kepada bala askar dari Pulau Jawa.

Maka mungkin baginda belajar dari sejarah. Apabila menubuhkan kota Melaka, baginda tahu bahawa sebuah sistem yang hebat perlu ditubuhkan untuk memastikan bahawa negara baru yang ditubuhkan ini akan mampu berdepan dengan gempuran dari segala pihak.

Raja Iskandar Shah memastikan bahawa pemerintahannya akan dibantu oleh empat orang pembesar. Empat orang pembesar ini yang akan membantu baginda mentadbir Melaka. Sistem pentadbiran yang adil terus dilaksanakan oleh baginda.

Baginda mengamalkan sebuah sistem pembicaraan di sebuah kompleks yang dipanggil Balai Penghadapan. Baginda akan melakukan kerja penghakiman sambil dibantu oleh 40 orang bentara. Setiap orang yang dibawa ke balai penghadapan akan dinilai seadil-adilnya. Tiada lagi bicara tanpa periksa yang dilakukan oleh baginda dahulu.

Kemudian, baginda mahu berusaha memastikan bahawa Melaka yang dibangunkan itu memberi kepuasan yang maksimum kepada masyarakat. Lalu antara langkah-langkah baginda memastikan pelabuhan itu disukai oleh pedagang ialah dengan membina gudang-gudang untuk menyimpan wang dan barang dagangan, yang dikelilingi oleh pagar kayu yang kuat, yang dijaga oleh orang-orang kepercayaan baginda.

Selain itu, baginda turut membina sebuah jambatan yang digunakan untuk merentangi Sungai Melaka. Di atas jambatan itu, baginda memastikan sekurang-kurangnya terdapat 20 buah kedai yang akan menjadi tempat kunjungan para pedagang.

Bahkan untuk memastikan bahawa keselamatan pedagang yang mengunjungi kota Melaka, maka baginda membina tembok mengelilingi Kota Melaka, di mana terdapat empat pintu gerbang mengelilingi kota Melaka. (Raja Affandi Ahmad 1974: pg 49) Di mana di setiap pintu gerbang tadi, diletakkan pegawal. Pada waktu malam pula, para pegawal akan membawa loceng dan juga api damar, meronda di sekeliling Melaka memastikan keselamatan rakyat dan pedagang terbela.

Selain itu, seperti mana tradisi daripada nenek moyang baginda yang memerintah Srvijaya sehingga empayar itu menjadi empayar Melayu paling lama dalam sejarah iaitu sekurang-kurangnya untuk 640 tahun, baginda meneruskan khidmat orang laut untuk membantu baginda mengawal keadaan lalu lintas di Sewlat Melaka dan menghalau gangguan lanun.

Baginda juga merupakan seorang ahli politik yang hebat. Baginda mengetahui bahawa pada awalnya, Melaka tidak mungkin akan mampu menahan asakan daripada kerajaan Siam (Siam dalam Sulalatus Salatin mungkin merujuk pada Sri Dharmaraja, sebuah kerajaan Melayu yang masih memeluk agama Buddha yang terletak di Segenting Kera).

Jadi, baginda pada awalnya dengan rela hati membayar ufti sebanyak 40 tahlil emas kepada Siam. Namun, bila datangnya utusan China ke Melaka, maka baginda mengambil kesempatan itu untuk memutuskan hubungan dengan Siam lalu bersahabat dengan China. Menggunakan kekuasaan abang besar China, maka baginda mengugut Siam yang ketika itu mula bermusuhan dengan Melaka.
Hasil carian imej untuk Laksamana Cheng Ho berlabuh di Pelabuhan Melaka
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Ketika pemerintahan Raja Iskandar Shah inilah di mana Laksamana Cheng Ho berlabuh di Pelabuhan Melaka, pada tahun 1408, di mana Cheng Ho ketika itu membawa dua cap mohor perak dari China, jubah panjang, dan pelbagai barang kebesaran China, mengiktiraf kerajaan Melayu Melaka yang kononnya baru berdiri ketika itu.

Baginda juga dicatatkan telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Dinasti Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo juga mengiktiraf baginda sebagai raja Melaka.

Betapa sistem-sistem awal yang diterapkan oleh baginda ini kemudiannya menjadi asas yang kukuh, menjadikan Melaka bukan sahaja sebagai sebuah pelabuhan yang disegani, bahkan sebuah empayar yang menakjubkan.

Ada sejarahwan yang menganggap bahawa baginda telah memeluk Islam sejak pengasasan Melaka lagi.Namun menurut Sulalatus Salatin,raja Melaka pertama memeluk Islam ialah Raja Kechil Besar yang kemudiannya memakai gelaran Sultan Muhammad Shah.

Hasil carian imej untuk sultan muzaffar shah
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

2. Sultan Muzaffar Syah (1446–1459 Masihi)

Apa yang perlu diketahui tentang pemerintahan Sultan Muzaffar Syah adalah baginda adalah seorang sultan yang sangat bijaksana dalam menguruskan masalah politik dan perpecahan yang berlaku sewaktu pemerintahan baginda. Perlu kita ketahui bahawa tokoh teragung dalam sejarah Melaka itu sendiri, Tun Perak adalah kerana baginda sendiri yang dapat mengesan bakat yang dimiliki oleh Tun Perak.

Ketika era baginda, perlu diketahui bahawa Kesultanan Melayu Melaka ketika itu bersengketa dengan sebuah kerajaan Melayu Sri Dharmaraja yang bertakhta di wilayah Segenting Kera pada masa itu. Kerajaan inilah yang diperkatakan dalam Sulalatus Salatin sebagai kerajaan Siam.
Hasil carian imej untuk wilayah segenting kera
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Ditakdirkan ketika itu, Siam menyerang Melaka. Maka Tun Perak yang ketika itu memerintah wilayah Klang seperti mana yang diamanahkan oleh Sultan Muzaffar Syah telah diarahkan oleh baginda sendiri untuk memimpin orang-orang Melayu ketika itu dari Klang dan menahan gempuran Sri Dharmaraja.

Hebatnya… Sri Dharmaraja berjaya dihalau keluar daripada bumi Melaka dan bakat hebat yang dimiliki oleh Tun Perak itu disedari oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda mahukan bakat Tun Perak digunakan sebaik-baiknya, dan membantu baginda membangunkan Melaka. Melaka ketika itu pula telah mempunyai Bendaharanya tersendiri yang bernama Tun Ali.

Kenaikan mendadak Tun Perak ke jawatan Bendahara menimbulkan sengketa antara Tun Perak dan Tun Ali sehinggakan mengheret kepada perpecahan rakyat Melaka. Namun, Sultan Muzaffar Syah ketika itu seorang yang bijak dan sangat berdiplomasi. Baginda mahukan khidmat kedua-dua orang itu kerana mereka juga orang yang hebat. Melaka akan jadi lebih hebat sekira-kiranya dipimpin oleh kedua-duanya.

Maka antara langkah penyatuan yang diambil oleh baginda Sultan Muzaffar Syah ialah berjumpa dengan Tun Ali dan memujuk Tun Ali agar menerima perlantikan Tun Perak sebagai Bendahara, di samping membantu Tun Perak membangunkan Melaka. Maka permintaan Tun Ali ketka itu agar Sultan Muzaffar Syah menceraikan isterinya yang bernama Tun Kudu dan mengahwinkan dengannya.

Pada awalnya, Sultan Muzaffar agak keberatan namun demi menyelamatkan Melaka yang ketika itu diambang krisis, maka Sultan Muzaffar Syah sudi mengambil langkah itu. Untuk kegemilangan yang lebih bertahan lama, maka pengorbanan itu penting. Bermula dari pengorbanan ini, Tun Perak dan Tun Ali berganding bahu membangunkan Melaka dan hubungan mereka semakin akrab.
Hasil carian imej untuk sri dharmaraja
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dicatatkan selain berjaya meneutralkan kuasa Sri Dharmaraja yang pernah berkuasa di Asia Tenggara ketika itu, jasa Sultan Muzaffar Shah juga adalah meluaskan taklukan Melaka ke utara dengan memasukkan wilayah Selangor,Manjung dan Batu Pahat yang kaya dengan bijih timah ke dalam pemerintahan Melaka. Sultan Muzaffar Shah juga dikenali sebagai pemula zaman keemasan dan kegemilangan Melaka yang selepas ini akan dibicara oleh banyak manusia sehingga ke hari ini.

Yang paling penting, ketika era Sultan Muzaffar Shah inilah di mana Hukum Kanun Melaka mula diperkenalkan untuk menjamin keamanan Melaka,mengukuhkan martabat Melaka sebagai sebuah kerajaan Islam yang mengamalkan hukum syariah dan pelbagai kesalahan-kesalahan baru diletakkan di bawah kanun ini.

Untuk pengetahuan semua, undang-undang Syariah Islam seperti Hudud, Takzir, Qisas dan Diya telah dimuatkan menjadi sebahagian daripada Hukum Kanun Melaka, membuktikan betapa ketika zaman Sultan Muzaffar Syah lagi, bahkan mungkin sultan-sultan sebelum baginda, betapa undang-undang Islam diangkat menjadi salah satu daripada identiti negara.

Hasil carian imej untuk Sultan Mansur Shah
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

3. Sultan Mansur Shah (1459-1477 Masihi)

Secara jujur, baginda mungkin adalah calon sultan terbaik dalam sejarah Melaka selain daripada anak baginda yang bernama Sultan Alaudin Riayat Shah yang akan diceritakan selepas ini. Baginda ialah antara penakluk yang muncul dalam sejarah Melayu, di samping seperti Nakhoda Ragam, Dapunta Hyang Sri Jayanasa dan juga Dharanindra.

Tentang sultan terbaik itu nanti, saya akan biarkan para pembaca membuat kesimpulan sendiri. Kita akan terus bicara tentang kehebatan pimpinan Sultan Mansur Syah.

Dasar perluasan kuasa yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Syah kemudiannya diteruskan pula oleh anakandanya yang ketiga iaitu Sultan Mansur Syah yang mewarisi takhta Melaka daripada baginda Sultan Muzaffar Syah.

Maka kegemilangan yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Syah itu diteruskan pula oleh baginda Sultan Mansur Syah. Maka, sebelum kita mula berbicara tentang baginda Sultan Mansur Syah, izinkan saya memberi label bahawa sesungguhnya, anda mungkin akan mengenali seorang lagi “CONQUEROR” dalam sejarah iaitu Sultan Mansur Shah.
Hasil carian imej untuk dapunta hyang sri jayanasa
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dalam sejarah Melayu, Srivijaya akan terkenal dengan penakluk hebat seperti Dapunta Hyang Sri Jayanasa, Maharaja Dharanindra dan juga Mahabrana., Kalau Brunei boleh berbangga dengan kewujudan Nakhoda Ragam yang membina empayarnya hingga ke Manila, kalau Sri Dharmaraja boleh berbangga dengan kewujudan rajanya yang memerintah Khmer seperti Suryavarman I, maka Melaka pastinya akan berbangga dengan kewujudan Sultan Mansur Shah.

Antara yang paling dikenali mengenai pemerintahan baginda ialah dasar perluasan kuasa yang dijalankan, membawa gelaran yang saya rasa mungkin sesuai untuk baginda. “THE MALAY CONQUEROR”. Tetapi kalian kena ingat… cara-cara penaklukan yang dilakukan oleh Sultan Mansur Shah demi memastikan kerajaan-kerajaan di sekelilingnya tunduk pada pemerintahannya ialah bukan sahaja melalui kekuatan tentera sahaja, bahkan perkahwinan. Seperti mana yang pernah digunakan oleh Raja Singahasari dahulu ke atas semua kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera dahulu, begitu juga Sultan Mansur Shah.
Hasil carian imej untuk tun perak
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Sultan Mansur Shah meneruskan dasar perluasaan kuasa yang dimulakan oleh ayahandanya dengan menghantar bala askar yang terdiri daripada 200 buah kapal ke arah Pahang (Inderapura) yang ketika itu diperintah oleh Maharaja Dewasura, iatu puppet yang dipasang oleh raja Sri Dharmaraja untuk memerintah Pahang. 200 buah kapal yang dihantar oleh Sultan Mansur Shah yang diketuai oleh Tun Perak dan juga 12 orang Hulubalang Melaka. Perlu diketahui Hulubalang ialah tentera elit yang dimiliki oleh kerajaan Melayu Melaka, yang dimiliki sejak zaman Srivijaya lagi. Maharaja Dewasura dikatakan cuba lari, tetapi berjaya dikejar oleh bala askar Melaka.

Perang yang sengit berlaku antara Melaka dan Pahang dan akhirnya, Pahang tunduk kepada kekuasaan Melaka dan Sri Dharmaraja yang ketika itu menjajah Pahang berjaya pula ditundukkan oleh Melaka. Negeri-negeri Melayu yang lain terkejut dengan kejayaan Melaka ini sehingga ada yang rela hati datang kepada Melaka dan rela menjadi naungan Sultan Mansur Shah. Selepas penawanan Melaka, antara kerajaan-kerajaan yang berjaya dimasukkan ke dalam Empayar Melaka oleh Sultan Mansur Shah ialah Bernam, Kampar, Siak,Rupat, Singapura, dan Bintan. Dari peperangan ini, Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Onang Seri.

Bahkan, Sultan Mansur Shah juga dikatakan telah datang ke Majapahit sambil membawa bala askar sambil membawa hulubalang-hulubalang Melayu. Walaupun kedatangan Sultan Mansur Shah ini sekadar lawatan, namun kekuatan tentera yang dipamerkan oleh Sultan Mansur ketika itu menyebabkan Majapahit yang ketika itu di era kejatuhan menjadi gentar lalu Maharaja Majapahit ketika itu menyerahkan anak perempuannya yang bernama Raden Galoh Candra Kirana. Majapahit turut menghadiahkan Indragiri, Jambi, Tungkal and Siantan yang ketika itu berada di bawah kekuasaan Majapahit ke atas Melaka.

Kekuatan tentera yang dipamerkan oleh Sultan Mansur Shah ini nampaknya bukanlah sekadar mainan tetapi benar-benar menakutkan. Ada sebuah kisah yang harus dikenangkan oleh kita semua tentang kisah bagaimana sebuah kerajaan bernama Dai-Viet yang sejauh di Indo-China berjaya ditundukkan oleh Melaka.

Sekitar tahun 1469 dalam catatan China disebut bahawa serombongan utusan dari Melaka yang dalam pelayaran balik dari China telah dipukul ribut dan terkandas di Vietnam. Kesemua anak kapal ditangkap, ada yang dibunuh malah yang muda dan anak-anak dikasi dan dijadikan sida-sida oleh orang Vietnam.

Melaka telah mengadukan hal tersebut kepada Maharaja China. Pada mulanya Melaka tidak mahu bertindak kerana tahu bahawa Vietnam juga adalah negara yang menghantar ufti ke China. Utusan Melaka Duan Ya Ma La Di Na Cha (Tun Seri Nara Diraja?) juga telah mengadukan rancangan Vietnam untuk menyerang dan menakluk Melaka.

Sewaktu utusan Melaka berada di China kebetulan utusan dari Vietnam juga turut ada. Hal ini telah menyebabkan timbul pertengkaran diantara wakil Melaka dengan wakil Vietnam tentang tindakan biadap Vietnam yang telah menculik dan membunuh utusan Melaka sebelum itu.

Mereka berdua ditenangkan oleh salah seorang menteri pertahanan China ketika itu yang menasihati mereka agar melupakan persengketaan kerana perkara tersebut telah lama berlalu.

Sebelum kedua-dua utusan tersebut pulang ke negeri masing-masing, Maharaja China telah mengirimkan surat yang menyelar perbuatan Maharaja Vietnam dan menasihatinya agar berbuat baik dengan negara tetangga dan merenung kesalahan sendiri.

Manakala Maharaja China telah bertitah kepada utusan Melaka supaya bertindak tegas dan menyiapkan tentera serta kuda perang sekiranya Vietnam tetap mahu menyerang Melaka kelak.
Hasil carian imej untuk maharaja vietnam Le Than Tong
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Dalam sejarah, Maharaja Vietnam yang dimaksudkan diatas adalah Le Than Tong. Pada zaman beliau wilayah kekuasaan Vietnam mencapai sehingga sempadan Burma. Le juga dikatakan telah menyerang kerajaan Lanxang dengan 90 ribu askar namun dalam satu serangan mereka telah kalah dan terpaksa berundur kembali.

Walaupun dalam catatan sejarah Lanxang dan Vietnam tidak pernah menyebut keterlibatan Melaka dalam perang diantara Lanxang dan Vietnam ini, namun kronik China ada mencatatkannya.

Dikatakan bahawa 90 ribu bala tentera Vietnam telah melanggar Lanxang namun mereka berjaya diusir oleh angkatan perang Melaka dan mengakibatkan mereka kehilangan seramai 30 ribu nyawa.

Peristiwa ini tercatat didalam kronik China Ming Shilu. Adakah peristiwa ini merupakan tindakbalas Melaka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Vietnam sebelum itu? Faktor penentu kekalahan Vietnam ini pastinya adalah kerana kehebatan Melaka di medan tempur.

Memandangkan tentera Melaka perlu merentas negara Kemboja atau Siam Ayuthia untuk ke Lanxang maka dapatlah disumpulkan bahawa salah satu atau kedua dua pihak ini telah membenarkan bala tentera Melaka melintasi negara mereka kerana berasa terancam dengan dasar perluasan kuasa Vietnam sepanjang pemerintahan Maharaja Le Than Tong 1460-97.

Kegagalan besar ini melenyapkan impian Le Than Tong untuk meluaskan lagi empayarnya sekaligus mengesahkan keunggulan Melaka ke atas semua kuasa lain di Asia tenggara meskipun jumlah tentera dan penduduk Vietnam adalah berkali ganda lebih besar. Saya percaya kemenangan ini juga dibantu oleh jajahan takluk Melaka yang lain termasuk tentera Siam Ayuthia dan Lanxang sendiri. Konflik antara Melaka dan Vietnam dipercayai berlaku ketika era pemerintahan Sultan Mansur Shah dan juga Sultan Alauddin Riayat Shah.

Kalau kuasa ketenteraan Melaka itu mampu menundukkan kekuasaan Vietnam yang ketika berada di zaman kegemilangannya, maka tidaklah hairan sekiranya Majapahit “begitu bermurah hati” menyerahkan tanah jajahannya. Dan kekuatan tentera Melaka di bawah Sultan Mansur Shah juga dapat dilihat apabila banyak negara meminta bantuan baginda sendiri untuk menundukkan pemberontakan yang berlaku di negara masing-masing. Antaranya ialah kerajaan Pasai sendiri mendatangi Sultan Mansur Shah. Pada zaman terkemudian di bawah pemerintahan sultan yang lain, jajahan seperti Kelantan juga jatuh di bawah pemerintahan Melaka.
Hasil carian imej untuk gambar hang tuah lima bersaudara
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

Antara sumber kekuatan militari Melaka dikatakan ialah dengan kebijaksanaan Sultan Mansur Shah merekruti hulubalang-hulubalang hebat seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hasan and Hang Husain dan yang paling dekat dengan jiwa kita iaitu Laksamana Hang Tuah. Jadi, selepas ini, kalau ada mereka yang mahu membuat teori mengarut mencinakan nama Hang Lima bersaudara, jangan lupa juga untuk mencinakan nama seperti Hang Iskandar, Hang Hasan dan Hang Hussain. Ohh juga Hang Nadim, iaitu anak Hang Jebat yang dijaga oleh Hang Tuah.

Imej Sultan Mansur Shah bukan sahaja sebagai salah seorang daripada penakluk yang meluaskan empayar Melaka, tetapi antara sultan yang membina mercu tanda. Sebagai contoh, ialah Istana Mahligai yang merupakan antara binaan yang sangat menakjubkan. Sukanya saya petik daripada Sulalatus Salatin dalam menceritakan tentang kehebatan istana ini.

“Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya bertingkap, pada antara tingkap itu diberinya berbumbungan melintang dan bergajah menyusu, sekaliannya bersayap layang-layang berukir dan bersengkuap, pada antara sengkuap itu diperbuatnya belalang besagi, sekaliannya bergunung-gunungan dan berjurai-jurai belaka.

Adapun segala tingkap istana itu sekaliannya dicat dan dibubuhi air emas, kemuncaknya kaca merah…dan dinding istana dengan cermin Cina yang besarbesar…Adapun rusuk istana itu sehasta lebarnya, sehasta tebalnya, diukirnya jenang pintu itu, dan empat puluh banyak pintunya, sekaliannya dicat dibubuh air emas. Terlalu indah perbuatannya istana itu, sebuah pun istana raja-raja di dalam dunia ini tiada seperti ini.”

(Sulalatus Salatin Versi Shellabear, halaman 102)

Besar istana (panjang) 17 ruang, satu ruang tiga depa. (1 depa =1866.24 mm) Jadi, panjang keseluruhan ialah = 17 x (3 x 1866.24mm 95178.24mm ( lebih kurang 95m).

Jadi, Panjang Istana Melaka adalah 95 Meter. Belum lagi kira tinggi, luas dan sebagainya.Berdasarkan catatan dalam Sulalatus Salatin, sekurang-kurangnya 7 tahap tingginya.

Dalam pemerintahan baginda juga, baginda menguatkan hubungan dengan Dinasti Ming dari China dengan menjalankan hubungan pertalian dengan salah seorang puteri Maharaja China iaitu Hang Lipo.

Walaupun terdapat perbezaan pendapat, ada yang mengatakan bahawa Sultan yang terlibat dalam peminangan Puteri Gunung Ledang ialah baginda Sultan Muzaffar Syah, seperti mana yang dicatatkan oleh Dr Liaw Yock Fang, yang merupakan Pakar Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik serta Sabri Zain dalam blognya.

Namun, tragedi yang paling tak dilupai dalam pemerintahan baginda Sultan Mansur ialah di mana baginda telah menghukum Hang Tuah dengan membuta tuli kerana perasaan marah sehingga membuatkan Hang Jebat mengamuk di seluruh Melaka sebelum berjaya ditundukkan oleh Hang Tuah.

Namun begitu, baginda adalah sultan yang menyukai agama Islam dan berminat mendalaminya. Menurut Tom Pires, Sultan Mahmud ada membina sebuah masjid yang sangat cantik berdekatan dengan bukit Melaka. Baginda sangat meminanti ilmu tassawuf dan sangat memuliakan ulamak sepanjang pemerintahannya.

Imej yang berkaitan
(Ilustrasi/Gambar Sekadar Hiasan)

4. Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488 Masihi)

Ketika saya belajar dahulu di sekolah, antara nama yang sering dibangkitkan sebagai salah seorang daripada mastermind kebangkitan Melaka menjadi gemilang ialah Sultan Alaudin Riayat Syah. Pemerintahan baginda selalu disamakan dengan pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab.

Memandangkan ketika pemerintahan baginda, banyak berlaku kecurian di Kota Melaka. Maka setiap malam, baginda selalu menyamar menjadi rakyat biasa dan menangkap pencuri yang bermaharajalela. Baginda adalah sultan yang sangat mengambil berat keadaan rakyatnya. Bukannya selalu kita dapat mendengar seorang sultan sanggup menangkap pencuri dengan tangannya sendiri sedangkan di belakangnya bala askar yang terbaik di Asia Tenggara melainkan sultan tersebut merupakan sultan yang sangat tawaduk dan sentiasa berasa gerun dengan amanah yang dijunjungnya.

Di sebalik tabiatnya menyamar sebagai rakyat biasa, baginda juga seorang ahli politik yang hebat. Sistem Salleh yang diperkenalkan oleh baginda diamalkan oleh Malaysia sehingga hari ini. Baginda telah membina pondok-pondok polis di sepanjang jalan yang hari ini dapat dilihat di Malaysia. Pondok-pondok polis ini menjadi tempat para rakyat Melaka meminta pertolongan. Hari ini, anda akan dapat melihat banyaknya pondok polis yang dibina di tepi jalanan terutama di kawasan tumpuan awam seperti Bukit Bintang dan Petaling Street.

Kekayaan yang dimiliki oleh baginda memang mengagumkan. Dicatatkan bahawa kekayaan Sultan Alauddin Riayat Syah bernilai 140 quintal dimana 1 quintal bersamaan 100 paun dalam timbangan emas dan bayangkanlah berapa beratnya kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Alauddin Riayat Syah andai mempunyai 140 quintal kekayaannya.

1 Quintal = 100 paun
140 Quintal = 14,000 paun
1 paun = 453.6 gram
14,000 paun = 6,350,400 gram
1 gram = RM176 (harga EMAS semasa 2017)
6,350,400 x RM176

RM1,117,670,400.00
(Ringgit Malaysia: SATU BILLION SERATUS TUJUH BELAS JUTA ENAM RATUS TUJUH PULUH RIBU DAN EMPAT RATUS SAHAJA)

Dasar perluasan kuasa yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Shah dan ayahandanya Sultan Mansur Shah diteruskan pula oleh baginda. Antara negeri yang menjadi jajahannya ialah Aru. Baginda juga sempat merajakan anak baginda di Kampar bagi memastikan kekuasaan Melaka di Kampar terjaga dengan rapi. Kalau kegemilangan ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah bersifat materialistik, tetapi di bawah pemerintahan baginda bersifat kerohanian. Hukum Kanun Melaka yang dimulakan oleh Sultan Muzaffar Shah diamalkan dengan ketat dan serius serta menyeluruh di bawah pemerintahan baginda.

Sukanya saya akhiri artikel ini dengan petikan ayat daripada Tom Pires:

“Barangsiapa menjadi raja Melaka, dia umpama meletakkan tangannya ke kerongkong Venice.”

– Tom Pires ketika mengulas kekayaan dan kehebatan Melaka.



Rujukan:

1. Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmada dan Shellebear

2. Hikayat Hang Tuah oleh Kassim Ahmad

3. Tokoh-Tokoh Melayu Yang Agung Dalam sejarah oleh Raja Affandi Ahmad. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1974)

4. Srikandi, Al-Semantani, Ibnu-Rusydi. (2015) Membongkar Rahsia Dunia Melayu. Pribumi Asia Tenggara Menjawab Kekeliruan Sejarah. HR Publishing.

5. The Malacca Sultanate oleh R. J. Wilkinson. (October, 1935) Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 13, No. 2 (122), pp. 22-67

6. Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, From Angkor Wat to East Timor (3 Volume Set) Hardcover – October 13, 2004 oleh Keat Gin Ooi

7. Ashgar Ali Ali Mohamed (2012), “Implementation of Hudud (or limits ordained by Allah for serious crimes) in Malaysia” (PDF), International Journal of Humanities and Social Science (Centre for Promoting Ideas)

8. Anthony Reid, David Marr (1979), Perceptions of the Past in Southeast Asia by Anthony Reid, David Marr.

9. Nhung Tuyet Tran; Anthony Reid (3 November 2006). Viet Nam: Borderless Histories. Univ of Wisconsin Press. pp. 104

10. Laichen Sun. (2000) Ming-Southeast Asian overland interactions, 1368-1644. University of Michigan

11. Liaw Yock Fang (2013) A History of Classical Malay Literature. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.

12. Tome Pires. The Suma oriental of Tomé Pires: an account of the East, from the Red Sea to China, written in Malacca and India in 1512-1515 (Volume II: Malacca), Asia Educational Services, 1990.

13. Blog Sejarah Melayu http://www.sabrizain.org/