Showing posts with label Tengkolok. Show all posts
Showing posts with label Tengkolok. Show all posts

Monday, 22 May 2017

PENGALAMAN SERAM SEBUAH DRONE MERAKAM HIGHLAND TOWERS BUAT PERTAMA KALI. HASILNYA MENAKUTKAN!!!

Highland Towers, tragedi yg tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular? Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa. Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini…cuba tengok rakaman waktu malam tu..
Highland Towers; satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia. Kenapa ia sangat popular?

Ini disebabkan oleh tragedi Highland Towers yang berlaku pada 11 Disember 1993 di mana 1 dari 3 blok kondominium ini runtuh menyembah bumi dan mengorbankan kira-kira 48 nyawa.

Sejak itu, Highland Towers langsung tidak berpenghuni sehingga kini dan telah meninggalkan banyak kisah-kisah seram, mistik, dan aneh yang sukar untuk diterangkan.

Dan kini, tiba giliran Drone untuk meninjau sambil membuat rakaman pada bangunan penuh misteri ini.
Video dimulakan dengan mempamerkan bangunan Highland Towers yang usang tetapi masih berdiri teguh disebalik hutan tebal. Jujurnya, kami sudah mula rasa seram walaupun video ini baru saja bermula.

Melihatkan pada ranting pokok dan tumbuhan-tumbuhan yang menjalar di setiap ruang bangunan sudah mampu menaikkan bulu roma. Dengan berlatarbelakangkan muzik seram, menjadikan kami lebih teruja untuk lihat lebih lagi.

3 minit berlalu, hanya paparan waktu siang ditunjukkan. Sebelum pergi lebih lanjut, kepada sesiapa yang menyangka video ini hanya dirakam pada waktu siang…

… anda salah! Drone ini turut berlegar-legar ke bahagian dalam Highland Towers pada waktu malam. Kita boleh lihat banyak contengan misteri terpapar pada dinding bangunan. Menakutkan sudah.

Apa kata anda lihat sendiri video penuh di atas ni. Kalau takut, lebih baik jangan tengok. Sebab nak habiskan masa 9 minit 50 saat tonton video ini memang satu pengalaman yang menyeramkan.

Bagi yang berani, sila tengok dengan volume penuh. Kalau beranilah.



Thursday, 11 May 2017

10 TANGGA YANG PALING MENGGERUNKAN DI DUNIA, MALAYSIA TERSENARAI!

Kalau kita tengok 10 tangga tertinggi di dunia yang dicatat portal Travel and Leisure ini, kita yang tak fobia ni pun lemah semangat nak daki. Memang menguji keberanian kita!

Kenapa? Jom tengok sebabnya.

1. Angkor Wat, Kemboja
Candi Angkor Wat yang dibina untuk agama Hindu di Kemboja ini terkenal dengan tangganya yang curam. Jadi tak hairanlah tali dipasang bagi membantu pengunjung ketika mendaki tangganya. Menurut pemandu pelancong Angkor Wat, tangga di situ sengaja dibina curam sebagai peringatan bahawa syurga itu sukar dicapai.

2. Verruckt, Kansas, Amerika Syarikat (AS)
Kengerian berganda! Gelongsor air tertinggi di dunia ini pernah menyaksikan kematian seorang budak lelaki berusia 10 tahun selepas tercampak dari gelongsor berkenaan dan jatuh pada ketinggian 50 kaki. Gelongsor itu mempunyai ketinggian 168 kaki dengan 264 anak tangga. Berani naik?

3. Air Terjun Pailon del Diablo, Ecuador
Percayalah, anda pasti akan terpedaya dengan seni bina tangga serta keindahan pemandangan air terjun di sini! Bukan mudah ya mahu mendaki tangga batu licin berdekatan air terjun itu.

4. Laluan Kabel Half Dome, California 
Half Dome terkenal di kalangan pendaki. Pengunjung perlu mendaki 400 anak tangga vertikal yang hampir menegak 90 darjah dengan bantuan kabel logam. kecuraman tangga ini betul-betul ekstrim! Mereka yang memiliki masalah jantung tak digalakkan mendaki kubah ini ya.

5. Tangga Inca, Machu Picchu, Peru
Tangga ini dibina suku Inca lebih 500 tahun lalu. Tangga yang kelihatan seperti jurang ini memiliki 600 anak tangga dibuat daripada batu granit.

6. Patung Liberty, New York
Nak jejakkan kaki ke atas mahkota Statue of Liberty? Anda harus mengharungi 377 anak tangga berbentuk lingkaran sebelum boleh menjejaki ke puncak patung itu.

7. Stesen Janakuasa Florli, Norway
Bukan sahaja gayat kerana memiliki 4,444 anak tangga, malah pengunjung boleh mendengar bunyi kayu retak ketika mendakinya.

8. Gunung Huashan, China
Tangga curam dibina mengelilingi gunung itu menyebabkan ia digelar sebagai ‘Tangga Syurga’. Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan jumlah anak tangga di gunung setinggi 2,154 meter ini. Apa yang menarik, di puncaknya terdapat kedai teh di mana pengunjung boleh menikmati pemandangan sambil bersantai-santai.

9. Balai Cerap Janssen, Mont Blanc, Perancis
Tak mencabar sangat pun nak panjat ke balai cerap ini, apa yang menakutkan adalah lokasinya yang terletak di gunung tertinggi Pegunungan Alp!

10. Batu Caves, Malaysia
Malaysia pun ada tangga tinggi melangit juga tau! Gua ibadat bagi penganut agama Hindu ini memiliki 227 anak tangga dengan ketinggian 100 meter.

Selalunya nak panjat tempat-tempat tinggi ni, tidaklah sesusah ketika mahu turun semula. Betul tak?

Friday, 28 April 2017

PERAK MEMPUNYAI WARISAN TENGKOLOK PALING CANTIK

Tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang hulu dan setangan kepala. Ia merupakan sejenis alas kepala tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek) yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Dikatakan bahawa tengkolok dicipta sejak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sebelum zaman itu, sudah menjadi kewajipan rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja. Masyarakat Melayu Melaka mendapat ikhtiar untuk menggunakan kain panjang berbentuk segi empat untuk dilipat-lipat dan diikat menjadi sejenis alas kepala yang kemas untuk dipakai dalam urusan rasmi.
Perak Punyai Warisan Tengkolok Paling Cantik
Ikatan kain ini lama-kelamaan makin lama makin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubah suai mengikut taraf pemakainya. Sepertimana kita semua tahu di semenanjung Tanah Melayu amat terkenal dengan tengkolok yang merupakan antara jenis pakaian lelaki tradisional yang mengandungi falsafah dan menjadi lambang kedudukan sosial seseorang dalam masyarakat Melayu. Hal ini juga berlaku di Perak dan tengkolok Perak adalah antara ikatan warisan tengkolok yang paling cantik.
alang iskandar
Alang Iskandar

Antara nama tengkolok lebih dikenali berbanding yang lain ialah Dendam Tak Sudah. Nama ini mempunyai beberapa gaya dan bentuk ikatan berbeza mengikut negeri. Terdapat lapan bentuk ikatan tengkolok negeri Perak yang dapat direkodkan dalam sebuah kajian dijalankan oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jenis-jenis tengkolok yang digunakan di Perak ialah seperti Anak Gajah Menyusu, Dendam Tak Sudah, Ayam Patah Kepak, Alang Iskandar, Helang Menyusur Angin, Pucuk Pisang Patah, Balong Ayam dan Getam Pekasam.
anak gajah menyusu
Anak Gajah Menyusu

Lipatan tengkolok yang digunakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah boleh digunakan oleh rakyat dengan perkenan baginda dan tengkolok yang diikat untuk rakyat mempunyai saiz lebih kecil terutama sekali di bahagian pucuk rebung. Lipatan tengkolok raja mempunyai bahagian pucuk rebung yang tinggi. Tengkolok Helang Menyusur Angin digunakan oleh Sultan Perak sebagai tengkolok rasmi selepas baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke 35.
ayam patah kepak
Ayam Patah Kepak

Sebelum baginda, dua lagi ikatan tengkolok digunakan oleh Sultan Perak ialah ikatan tengkolok Alang Iskandar yang digunakan oleh Almarhum Sultan Idris dan ikatan tengkolok Ayam Patah Kepak digunakan oleh Almarhum Sultan Azlan Shah. Antara lapan ikatan berikut, empat daripadanya telah semakin dilupakan. Berikut adalah antara nama tengkolok negeri Perak yang semakin dilupakan, Anak Gajah Menyusu, Pucuk Pisang Patah, Dendam Tak Sudah dan Balong Ayam.
balung ayam
Balung Ayam

Tidak semua pengikat tengkolok boleh mengikat semua jenis tengkolok dan lipatannya. Kebanyakan lipatan tengkolok akan hilang setelah pengikatnya meninggal dunia. Ikatan tengkolok merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seterusnya. Namun, permintaan lipatan dan penggunaan yang semakin berkurangan menjadikan beberapa gaya ikatan dilupakan, sekali gus akan hilang ditelan zaman.
pucuk pisang patah
Pucuk Pisang Patah

Usaha menjejaki, merekod dan menghidupkan semula warisan tradisi ikatan dan lipatan ini adalah perlu supaya warisan kesenian Islam khususnya dunia Melayu tidak pupus selamanya. Kenali dan sayangi warisan kesenian Islam tempatan.