Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Friday, 5 January 2018

17 PERKARA "PERTAMA KALI" YANG PALING TERKENAL DALAM SEJARAH

Di dalam sejarah dunia, segala benda yang berlaku pasti mempunyai detik sejarah pertama. Kita bukan hanya cakap berkenaan siapa yang pertama kali memperkenalkan komputer, tetapi juga siapa yang pertama kali selfie, the first Rockefeller Center Christimas Tree dan juga wanita pertama yang mendapat hak untuk menaiki motorsikal.

Suatu hari, cucu cicit kita akan melihat pada gambar mesin cetak 3D dan memikir siapalah yang pertama merekanya. Dalam bahagian ini, kami akan menunjukkan 17 perkara pertama kali yang muncul dalam sejarah.

#1. TESLA PERTAMA, 2008
Model Tesla Roadster atau turut dikenali sebagai Dark Star merupakan kenderaan berkuasa elektrik pertama yang dikeluarkan oleh Tesla Motors. Pengeluaran telah berhenti pada tahun 2012, tetapi mereka janji akan mengeluarkan model baru menjelang tahun 2020.

#2. CAFE TERRACE AT NIGHT, 1888
Ini merupakan hasil lukisan pertama oleh Vincent van Gogh. Cafe ini benar-benar wujud dan telah di Place du Forum di Arles, France.

#3. JANTUNG BUATAN PERTAMA, 2015
AbioCor telah mereka jantung buatan yang pertama di dunia. Ianya berfungsi sebagai sumber tenaga. AbioCor telah mengunakan ke atas 15 pesakit tetapi pihak syarikat telah berhenti mengeluarkan produk ini.

#4. TELEFON BIMBIT PERTAMA, 1973

Berat alat peranti ini adalah melebihi 1 kilo, dan boleh bertahan selama setengah jam dan mengambil masa 10 jam untuk caj. Pada hari Martin Cooper mencipta telefon bimbit pertama, dia syarikat pesaing dan mengatakan yang dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbitnya.

#5. SELFIE/SWAFOTO PERTAMA, 1839
Robert Cornelius telah menambah baik teknologi Louis Daguerre dalam cara penggambilan gambar dan hasilnya beliau telah menerima gambar ini. Ianya bukan sahaja swafoto pertama malahan ianya merupakan potret manusia pertama dalam sejarah.

#6. GAMBAR BERWARNA PERTAMA, 1861
Gambar berwarna pertama yang telah diambil oleh James Maxwell ketika eksperimen beliau pertama dengan mengunakan teknologi tri-warna. Gambar tersebut menunjukkan reben ‘tartan’ yang cantik menawan.

#7. GAMBAR KILAT PERTAMA, 1882
Fenomena alam semulajadi ini telah direkodkan oleh William Jennings. Tujuan utama Jenning mengambil gambar ini adalah untuk mengetahui sama ada kilat ini mempunyai bentuk seperti zig-zag atau pun tidak.

#8. GAMBAR KERETA PERTAMA, 1896
Kereta pertama yang direka bentuk oleh Henry Ford di dalam garaj beliau telah dipanggil Ford Quadricyce. Ianya berfungsi dengan mengunakan gasoline dan bergerak mengunakan 4 tayar basikal. Selepas kejayaan beliau, Henry Ford bercadang untuk membinca syarikat Ford Motor pada tahun 1903.

#9. ANNIE EDSON TAYLOR, 1901
 
Annie Edson Taylor telah menjadi perantis pertama dalam cubaan untuk mendapat duit. Beliau bercadang untuk merentasi Air Terjun Niagara mengunakan tong, malahan beliau berjaya. Beliau pada ketika itu, berumur 63 tahun dan merupakan orang pertama yang melakukannya.

#10. POKOK KRISMAS 'ROCKEFELLER' PERTAMA, 1931
Pokok krismas yang dihias di Rockefeller Center, di Manhattan pada tahun 1931. Ianya dihiasi dengan tin, mainan, dan buah beri. Semenjak tahun 1933, ianya telah menjadi tradisi, dan merupakan pokok krismas tersebeut setiap awal Desember.

#11. SALLY HALTERMAN, 1937
Beliau merupakan wanita pertama di Washinton yang dikurniakan lesen untuk menaiki motorsikal. Beliau diberitahu bahawa beliau terlalu muda pada ketika itu. Tetapi Sally telah berjaya menjawab peperiksaan buat beberapa kali, dan berjuang untuk hak beliau, yang membawa kepada peluang beliau untuk menerima lesen.

#12. PAPAN TANDA NEON PERTAMA, 1941
Ianya merupakan papan tanda neon pertama di City of Lights, Las Vegas. Ianya telah dipasang di atas El Rancho casino.

#13. PERTUNJUKAN BERBIKINI PERTAMA, 1946
Gaya pemakaian baju mandi yang dinamakan selepas Bikini Atoll. Pereka bikini moden tersebut merupakan seorang pereka fesyen Parisian yang dikenali sebagai Louis Reard. Bikini tersebut dipertunjukkan pada orang awam pada 5 Julai, 1946 oleh Micheline Bernadini, iaitu seorang penari dari Casino de Paris.

#14. RESTORAN MCDONALD PERTAMA, 1948.
Restoren tersebut terletak di San Bernadino. Pasa mulanya Richard dan Maurice McDonald menjual makan barbeku tetapi mereka telah membuka semula restoren dengan menjual kentang goreng, jus oren, burger daging dan Coca-Cola. Sekarang restoren tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai restoren sahaja malahan berfungsi sebagai muzium dan kedai saguhati.

#15. ROBOT PERTAMA, 1957.
Robot yang berketinggian 2.5 meter dengan panel kawalan ini dikenali sebagai Cygan. Ianya diiklankan sebagai ‘universal robot’ dan dicadangkan untuk penggunaan di dalam eksperimen yang melibatkan racun dan bahan letupan atau juga boleh menjadi sebagai pembantu rumah sahaja.

#16. SATELIT BERNAMA 'SPUTNIK 1' PERTAMA, 1957.
USSR melancarkan satelit pertama di orbit

#17. KOMPUTER BERJENAMA APPLE PERTAMA, 1976.
Ini merupakan komputer pertama yang direka oleh Steve Wozniak dan dibentangkan pada Steve Jobs. Ianya telah dibeli oleh Paul Terrell. Pada keesokan hari, Steve Jobs tiba berkaki ayam di kedai komputer Terrell iaitu The Byte Shop dan membuat urusan pembelian pertama di dalam sejarah Apple.

Gambar mana yang paling anda suka? Kongsikan pandangan anda di dalam ruang komen!


Wednesday, 19 July 2017

SEJARAH AWAL MERCEDEZ BENZ

Sebelum munculnya teknologi automobil, manusia menggunakan kapal, keretapi stim, basikal, binatang tunggangan dan berjalan kaki untuk mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Di air, manusia ‘berurusan’ dengan menggunakan bot pengayuh yang dijanakan dengan kuasa stim. Di darat, landasan keretapi menjadi penghubung bagi segenap masyarakat kelas sosial untuk mengembara merentasi kampung, daerah dan metropolis bagi menuju tempat yang mereka ingini. Menuju era 1870, kenderaan yang dipacu menggunakan kuda telah digunakan secara meluas bagi membawa barangan mahupun manusia sebelum munculnya teknologi yang dipanggil automobil.

Putar kembali ke tahun 1844, seorang bayi lelaki yang diberi nama Karl Benz dilahirkan di sebuah pekan di Karlsruhe, Baden, Jerman. Dibesarkan dalam keluarga yang mana ayahnya adalah seorang pemandu enjin gasolin, ibubapa Karl Benz begitu mementingkan pendidikan dan ia terbukti apabila Benz berjaya menggengam ijazah daripada Karlsruhe Institute of Technologi (KIT) pada 9 Julai 1864.

Pada tahun 1871 di sebuah bengkel di Manheim, Benz bersama rakannya, August Ritter memulakan idea yang telah lama disimpan ketika beliau di bangku universiti lagi dalam membangunkan enjin dua lejang (two-stroke engine) bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat sekitarnya ketika itu yang menggunakan kuda sebagai kenderaan pembawa barangan.

Kejayaan Benz bermula pada tahun 1881 apabila beliau mula menghasilkan enjin gas menggunakan konsep dan prinsip enjin dua lejang tersebut berbanding paten enjin oleh Otto ketika itu yang mengaplikasikan prinsip enjin empat lejang. Dengan kejayaan ini, Benz mula terinspirasi untuk mencipta satu kenderaan yang lebih ringan dengan dipacu oleh enjin gasolin di mana chasis dan enjin dijadikan sebagai satu unit.

Benz yang pernah bekerja sebagai tukang kunci berjaya menyiapkan sebuah kenderaan dua tempat duduk berkapasiti 0.75 hp (0.55kW) pada tahun 1885. Tanggal 29 Januari 1886, Benz telah berjaya mempatenkan ‘kenderaan dipacu enjin gas’ ini yang diberi nama Benz Patent Motor Car, model nombor 1. Kenderaan ciptaan Benz ini telah melalui satu proses penambahbaikan oleh isterinya sendiri, Bertha Benz apabila Bertha bertindak ‘meminjam’ kenderaan Benz tanpa pengetahuannya bagi melakukan perjalanan sejauh 106km bersama anak mereka dari Manheim untuk melawat ibunya di Pforzheim di mana sepanjang perjalanan jauh  tersebut, Bertha telah melakukan beberapa pengubahsuaian teknikal terhadap Model No.1.

Dalam tahun yang sama di Cannstatt, Gottlieb Daimler bersama rakannya, Wilhelm Maybach melalui syarikat mereka Daimler-Motoren Gesellschaft (DMG) membangunkan prototaip enjin berkelajuan tinggi (yang telah bermula pada tahun 1883) yang dikenali sebagai ‘Grandfather Clock’. Walaupun kedua-dua Benz dan Daimler mempunyai aspirasi yang sama dalam membangunkan automobil, Benz lebih memfokuskan perniagaannya dalam membangunkan kenderaan yang lebih ringan bertemakan ‘kerdil dari segi berat, gagah dari segi kuasa’. Manakala, Daimler pula lebih cenderung dalam menggunakan enjinnya bersifat diversiti untuk digunakan di darat, air dan udara antaranya bot, lokomotif, kenderaan bomba dan trak. Kedua-duanya memacu perkembangan pesat dalam mencorakkan teknologi automobil dunia, tetapi mereka langsung tidak berpeluang untuk bertemu meskipun jarak memisahkan syarikat mereka hanyalah 100 kilometer.

Sukan permotoran ketika itu juga meningkat naik dengan cepat dan menjadi salah satu medium penting bagi para pereka kenderaan memperolehi publisiti terhadap inovasi mereka. Ia juga menjadi antara faktor bagi memperlihatkan keupayaan kenderaan keluaran mereka di kalangan pesaing industri. Salah seorang daripada pelanggan DMG berasal daripada Vienna adalah Emil Jellinek yang juga seorang ahli perniagaan menjual kenderaan DMG bermula daripada tahun 1898. Jellinek ketika ini berkeinginan tinggi untuk memperlihatkan prestasi kenderaan keluaran DMG dalam penglibatan kereta lumba.

Oleh yang demikian, Jellinek memberikan tekanan kepada ketua jurutera DMG, Wilhelm Maybach untuk menghasilkan sebuah kenderaan baharu dengan keupayaan prestasi enjin yang lebih laju. Maybach, tidak mahu menghampakan permintaan Jellinek telah membangunkan sebuah kenderaan lumba yang sama sekali berbeza dengan kenderaan yang dikeluarkan DMG sebelum ini. Pada Mac 1901, kenderaan ciptaan baharu Maybach ini telah menyertai festival lumba di Nice dan memenangi hampir kesemua perlumbaan sekaligus menjadi buah mulut orang ramai. Hasil inovasi baharu ini membuatkan Jellinek menjenamakan kenderaan tersebut kepada Mercedes sempena nama anak perempuannya seterusnya dipatenkan oleh DMG pada tahun 1902.

Bermula daripada itu, DMG tidak menoleh ke belakang lagi dan memulakan penghasilan kenderaan berprestasi tinggi di bawah jenama Mercedes. Logo tiga bintang diperkenalkan pada tahun 1909 sebagai simbol mobiliti di darat, air dan udara. Benz melalui Benz & Cie. meneruskan penghasilan kenderaan komersil walaupun kedua-dua syarikat berhadapan dengan krisis Perang Dunia Pertama ketika itu. Fokus DMG dan Benz & Cie. mula terarah kepada kenderaan bagi tujuan peperangan bagi memenuhi permintaan pemerintah sehingga melibatkan pengambilan ribuan buruh paksa yang bekerja siang dan malam.

Selepas Perang Dunia Pertama tamat, industri automotif Jerman berdepan cabaran besar untuk pulih. Kejatuhan nilai matawang dan kehilangan pengaruh pasaran luar memberikan kesan negatif kepada kedua-dua syarikat ini. Tambahan pula, ia terpaksa berdepan persaingan sengit di pasaran domestic dengan kemasukan pengeluar asing seperti Ford Motor Company. Bagi menangani cabaran besar ini, kedua-dua syarikat DMG dan Benz & Cie. akhirnya bergabung pada tahun 1926 dengan nama Daimler-Benz berpangkalan di Berlin dan Stuttgart menjadi ibu pejabat pentadbiran mereka. Susulan penggabungan ini, kesemua model kenderaan automobil baharu mereka digelar Mercedes-Benz sebagai penghormatan terhadap model pertama keluaran DMG, Mercedes 35hp.

Karl Benz meneruskan peranan di dalam lembaga pengarah Daimler-Benz dari tahun 1926 hinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1929.


TRANSFORMASI MERCEDEZ BENZ 1886 - 2010















Hasil carian imej untuk mercedez benz 2017
Mercedez Benz 2017