Showing posts with label Pirates of SULU. Show all posts
Showing posts with label Pirates of SULU. Show all posts

Tuesday, 14 March 2017

UNBELIEVABLE PLACES WITH NAME THAT ARE HARD TO BELIEVE REALLY EXIST

1.Mount Roraima Venezuela Brazil Guyana
Image may contain: cloud, sky, ocean, outdoor, water and nature

2. Tianzi Mountains, China
Image may contain: people standing, sky, tree, plant, mountain, outdoor, nature and water

3. Antelope Canyon, USA
Image may contain: indoor

4. Bamboo Forest, Japan
Image may contain: plant, outdoor and nature

5. Black Forest, Germany
Image may contain: plant, flower, tree, sky, outdoor and nature

6. Canola Flower Fields, China
Image may contain: mountain, sky, outdoor and nature

7. Fields of Tea, China
Image may contain: grass and outdoor

8. Hang Son Doong, Vietnam
Image may contain: outdoor, nature and water

9. Hitachi Seaside Park, Japan
Image may contain: plant, sky, outdoor and nature

10. Shibazakura Flowers, Takinoue Park, Japan
Image may contain: tree, plant, sky, outdoor and nature

11. Lake Hillier, Australia
Image may contain: sky, ocean, mountain, outdoor, nature and water

12. Lake Retba, Senegal
No automatic alt text available.

13. Lavender Fields, UK and France
Image may contain: sky, cloud, nature and outdoor

No automatic alt text available.

14. Mendenhall Ice Caves, Juneau, Alaska
Image may contain: outdoor and water

15. Naica Mine, Mexico
Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: outdoor

16. Salar de Uyuni One of the World’s Largest Mirrors, Bolivia
Image may contain: cloud, outdoor, water and nature

Image may contain: cloud, sky, ocean, water, outdoor and nature

17. Street in Bonn, Germany
Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

18. Tulip Fields in Netherlands
Image may contain: stripes

19. Romania ,Caras severin!
Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

20. Wisteria Flower Tunnel in Japan
Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: plant, grass, tree, outdoor and nature

21. Zhangye Danxia Landform, ChinaImage may contain: mountain, sky, outdoor and nature

22. Red Beach, Panjin, ChinaImage may contain: sky, cloud, outdoor, nature and water



Thursday, 5 January 2017

KISAH HENRY LEE DAN RAKSASA LAUT

Image may contain: water
Setiap tahun kita sering terbaca atau terdengar kisah-kisah pelik mengenai makhluk laut. Kita tak percaya maklumlah kita manalah pernah jumpa makluk2 begini. Cerita2 mengenai kewujudan makhluk laut atau raksasa laut yang besar sukar dipercayai kerana tiada bukti sahih walaupun ramai saksi2 menceritakan perihal seperti lochness atau apa saja makhluk cryptozoology yang lain.

Bermula pada abad ke18-19, banyak insiden pernah dicatatkan mengenai penemuaan mahluk2 raksasa ni. Salah satunya ialah kisah tentang seorang lelaki bernama Henry Lee, yang, pada abad ke-19, bukan dia yang jumpa tetapi berdasarkan cerita2 orang.. membuatkan dia yakin tentang kewujudan makhluk2 ni jadi dikumpulkannya teori2 selepas mengkajinya secara terperinci. Walaupun hanya sedikit bukti2 tapi teorinya berasas.

Menurut Lee, pada tahun 1817, terdapat bukti saksi2 tentang penemuan makhluk laut yang besar, mereka nampak yang rupanya seperti ular berenang di laut Gloucester Harbor, berhampiran Cape Ann, Massachusetts, kira-kira 30 batu jauhnya dari Boston.
The Linnaeus Society of New England menyiasat perkara itu, dan cuba menyiasat mendapatkan bukti mengenainya.

11 saksi telah dipanggil dan dihadapan majistret sendiri mereka bersumpah melihat sendiri dengan mata mereka keadaan rupa makhluk, tersebut. Mereka bersetuju yang makhluk itu besar seperti ular yang panjangnya dianggarkan antara 50 hingga 100 kaki. Kepalanya berbentuk seperti penyu, tetapi bersaiz besar. Mempunyai badan yang berbonjol2 . menurut saksi, Kapten de Ferry dan krew kapalnya yang lain.
Image may contain: text, outdoor and water
Daripada penerangan mereka, Henry menegaskan makhluk zoology memang ada. Walaupun keterangan yang banyak jelas serta saksi yang ramai namun bukti2 tiada seperti gambar2..jadi ianya susah untuk diterima dek akal dan terus diragui.

Lee juga ada menyatakan rekod penemuaan lain yang menakjubkan mengenai ular laut. Pada 15 Mei, 1833, semasa pihak pegawai-pegawai British, yang terdiri daripada Captain Sullivan, Lieutenants Maclachlan dan Malcolm Briged Rifle, Leftenan Lister dari Artileri, dan Mr. Ince Ordnance, berlayar menyeberangi Margaret Bay dalam kapal layar kecil mereka yang ketika itu dalam perjalanan dari Halifax ke Mahone Bay, tiba2 mereka ternampak sesuatu yang pelik pada jarak 50-200 kilometer dihadapan. Seperti sesuatu yang besar akan muncul kerana air berkocak luar biasa. Namun apabila mereka ternampak kepala ular dan leher nya yang sangat besar..mereka tercengang. Mereka memerhati seketika kerana menganggap jika kepalanya dah besar macam tu bagaimanapula badannya??

Mereka tidak cepat2 berlalu tetapi memerhati dengan penuh tanda tanya. Saiz badan makhluk ular laut itu dianggarkan kira-kira lapan puluh kaki. Lebar badan makhluk itu 6 kaki panjang kira2 sebesar kuda malah rasanya lebih besar dari kuda. Mereka yakin mereka tidak bermimpi atau mabuk ketika itu kerana krew2 kapal juga terperanjat memerhati kemunculan makhluk luar biasa itu. Penemuaan itu walaupun tiada photo sahih..mereka kongsikan dan rekodkan semua kisah makhluk zoology ini. Menurut Lee, semuanya pernah direkodkan dan diterbitkan dalam Journal Norse mengenai kemunculan makhluk2 laut. Mahkluk ini (ular laut besar) juga pernah kelihatan di kawasan laut Molde. Ianya dapat dilihat dalam cuaca panas apabila laut tenang yang tidak bergelora.

Bukti lain yang dikongsikan oleh pedagang laut Nils Roe, Mr. William Knudtzon, John Johnson, dan Lars Johnoen, nelayan di Smolen. Mereka berkata melihat sendiri air laut yang tenang tiba2 berkocak laksana ribut datang dari dalam laut. Dalam masa dua jam makhluk ular air itu berlegar2 namun hanya nampak bahagian kepala dan lehernya sahaja yang besar kira2 6 depa panjang badan bersisik seperti ular, kepala besar saiz sepuluh gelen tong, mata besar,bulat, bercahaya merah, berkilauan, dan kira-kira lima inci..pergerakannya kadang cepat kadang lambat.
Image may contain: text
Menurut Lee cerita lain pula..dari Mr Soren Knudtzon, saksi lain Dr. Hoffmann, pakar bedah di Molde, Rektor Hammer, memberi keterangan bahawa mereka telah melihat sendiri bagaimana panjangnya mahkluk itu di kawasan kejiranan Kristian seperti rupa naga laut yang sangat besar.


Thursday, 5 May 2016

LEGENDA GERGASI PURBA DI AMERIKA

Menurut legenda dan cerita rakyat Amerika, turun-temurun, terdapat sejumlah suku Indian di Amerika menceritakan adanya sekumpulan bangsa/kaum gergasi yang kulit putih pucat namun ia dikatakan telah pupus.

Kisah mengenai manusia gergasi bukan hanya diceritakan dalam kalangan suku-suku Indian di Amerika Syarikat, tetapi juga merebak hingga Suku Manta di Peru, Amerika Selatan.

Antara suku-suku yang pernah diceritakan termasuklah:

Choctaw
(Gambar Sekadar Hiasan)

Pada tahun 1899, Horatio Bardwell Cushman pernah menulis dalam bukunya yang berjudul "Sejarah Suku-Suku Indian Choctaw, Chickasaw dan Natchez".


Cushman menyebut Tradisi Choctaw berkisahkan tentang bangsa gergasi yang dahulunya tinggal di Tennessee. Kaum gergasi itu diserang semasa mereka berpindah dan tiba di Mississippi.

"Tradisi yang ada menyatakan bahawa Nahullo itu bermaksud (bangsa gergasi) yang gagah dan kuat."

Cushman mengatakan bahawa "Nahullo" digunakan untuk menggambarkan semua orang berkulit putih yang ditemui oleh suku Choctaw ketika pertama kalinya menyeberangi sungai Mississippi.

Nahullo juga disebut orang-orang kanibal yang akan dibunuh oleh Choctaw ketika ada kesempatan.

Comanche
(Gambar Sekadar Hiasan)

Pada 1857, Ketua Pegawai Rolling Thunder dari Suku Comanche, suatu suku dari Great Plains, memberi penjelasan tentang bangsa kulit putih raksasa.

"Setelah melakukan banyak kajian, memang wujud bangsa manusia kulit putih setinggi 3 meter. Jauh lebih putih dari orang kulit putih yang hidup zaman sekarang."

"Mereka menetap di kawasan yang terbuka dan luas terbentang dari tempat terbit hinggalah tempat terbenamnya matahari. Kawasan mereka dikelilingi oleh puncak-puncak gunung, melindungi mereka daripada orang-orang bandar yang padat penduduknya ."

"Mereka sangat kuat unggul berbanding bangsa lain dengan kemahiran serta 
berani, kuat berkuasa atas tanah jajahan yang mereka rebut dari pemilik terdahulunya dengan atas usaha mereka sendiri."

Oleh kerana mereka sangat hebat dan kuat, jadi mereka sangat sombong. Mereka lupa keadilan dan bertindak kejam tanpa belas kasihan. Dikatakan 'Roh Agung' memusnahkan mereka semua kerana kesombongan dengan meruntuhkan bukit-bukit dan gunung sehingga menimbus mereka semua.

Cerita ini ada dicatat oleh Dr. Donald "Panther" Yates, seorang penyelidik dan penulis buku mengenai penduduk gergasi Amerika.

Navajo
(Gambar Sekadar Hiasan)

Yates juga menuliskan tentang orang-orang Starnake dalam legenda Navajo.

"Bangsa kulit putih gergasi ini hebat dengan teknologi perlombongan yang mendominasikan wilayah Barat. Mereka dikatakan dimusnahkan kerana menjadi mangsa dengki"

Manta
(Gambar Sekadar Hiasan)

Pada 1864, Pedro de cieza de León menuliskan dalam bukunya tentang "Chronicle of Peru" tentang legenda gergasi yang diceritakan kepadanya oleh orang-orang asli Manta.

"Ada beberapa laporan tentang gergasi-gergasi di Peru, yang menetap ditepi pantai di Saint Elena ... kaum mereka ni mewarisi tradisi dari nenek moyang mereka untuk terus hidup."

Paiute
(Gambar Sekadar Hiasan)

Suku Paiute mempunyai tradisi lisan tentang manusia kanibal berkulit putih setinggi 3 meter dengan rambut merah, menetap di sekitar gua yang dikenali sebagai Lovelock Cave di negara bahagian Nevada.

Belum begitu jelas sama ada tradisi lisan tentang Sitecah ini memang wujud atau hanya kisah yang hanya diada-adakan atau terpesong dari legenda yang dicipta selepas Suku Paiute. Hampir kesemuanya dibunuh dan diusir pada tahun 1833 - semasa ekspedisi oleh peneroka Joseph Walker.

Brian Dunning menyatakan dalam legenda Paiute tidak ada disebut tentang Sitecah sebagai gergasi. Namun demikian, mereka disyaki memang melakukan kanibalisme dan tinggal di Lovelock Cave.
Buktinya ada sisa-sisa rangka manusia ditemui di sana.

Namun demikian, kanibalisme merupakan amalan yang sangat jarang di antara suku-suku tersebut. Dan kebanyakkannya kerana untuk dijadikan korban/ritual untuk dewa-dewa mereka. Misalnya untuk mengelakkan kemarau berpanjangan, mereka harus menyerahkan korban manusia untuk menurunkan hujan.

Ancientcode
(Gambar Sekadar Hiasan)

SUMBER: Internet (Facebook)

Monday, 25 March 2013

TRAGEDI LAHAD DATU !!! BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM DAN PENCEROBOH DIDEDAHKAN !!!


SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN 
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan.Pertemuan melebihi 1 Jam. 

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari.Pertemuan kurang 1 Jam. 

18.7.2012 - Sehari kemudian,Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO.Imbas semula pada tahun 1994,Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. 

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu,turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram. 

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari.Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. 

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu. 

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" 

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila.Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari,pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence. 

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu,pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang.Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim. 

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 

7.12.2013. - Pada hari yang sama juga,Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA. 

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA. 

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. 
- Pada hari yang sama,di Kuala Lumpur,Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina. 

 28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.
- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah.Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG" 

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times,Reuters,Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! 
- Pada hari yang sama,Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA! 

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"! 

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. 
- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya,Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar! 

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih,memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. 
- Sebuah lagi Media Internasional,Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu! 

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu,bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16,senapang patah,pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau. 

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. 

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari! 

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila. 

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu! 

20.3.2013 - Akhirnya,tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari ! 

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau.Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah,Dibayar dan Dijanjikan bayaran. 

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia",lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu). 

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.

Bersambung...

SUMBER : My Massa 

Pendedahan Sulit Walaupun Ianya Memalukan UMNO!!


Gomo nak dedah satu rahsia. Rahsia yang sepatutnya tak patut aku cakap tapi aku terpaksa cakap coz nak sedarkan Rakyat Malaysia walaupun ianya memalukan UMNO.

SABAH merupakan kubu UMNO, UMNO kuat di Sabah pendek kata tanpa Sabah UMNO akan kehilangan kuasa besar terutama pada PRU 13 ini. Nak bunuh UMNO adalah dengan melenyapkan Sabah. Hilangnya Sabah bermakna UMNO tidak kuat dan akan hilang taringnya pada PRU13 ini.

Anwar Ibrahim tahu untuk menghapuskan UMNO adalah dengan menghilangkan Sabah dari peta Malaysia. Justeru itu agenda sulit diatur. Perjanjian Anwar Ibrahim dan Nur Misuari adalah Sabah. Sabah diberikan kepada Misuari dan UMNO akan tumbang pada PRU13 ini.

Anwar Ibrahim tahu kekuatan UMNO di Sabah kerana beliau menang Timbalan Presiden UMNO dulu pun hasil merasuah perwakilan dari sabah. Agenda Anwar Ibrahim hanya satu iaitu kerusi Perdana Menteri walaupun Sabah diberikan kepada Misuari penceroboh Sabah waktu ini.

UMNO tahu kehilangan Sabah bermakna BN akan tumbang. Demi kuasa yang ada UMNO mesti pertahankan Sabah walau apa cara sekalipun.

Dalam isu Lahad Datu anda semua boleh nilaikan apakah UMNO ataupun Anwar Ibrahim yang merupakan Pengkhianat kepada Negara Malaysia ini. Gara gara kerakusan Anwar Ibrahim mahukan kuasa nyawa prajurit kita dijadikan korban oleh sekutu Anwar Ibrahim penceroboh Sulu.

Puak pembangkang boleh ketawakan UMNO kerana berhempas pulas nak menyelamatkan Sabah dari hilang dari peta Malaysia. Tapi jangan lupa Gelak ketawa anda tidak bermaruah sebagai seorang warganegara Malaysia apatahlagi buat rakyat Sabah yang kini diancam penceroboh Sulu.

Rakyat Sabah bersetuju untuk bersama Malaysia. Jangan kita khianati rakyat Sabah yang mahukan keamanan bukan keganasan dipelopori Anwar.

Anwar Ibrahim mahukan Sabah diistihar darurat yang kemudiannya PRU13 diadakan tanpa Sabah yang akan meletakkan UMNO dan BN dalam bahaya. Yang akan untung adalah Pakatan Rakyat Haram diketuai Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu pihak pakatan pembangkang sehingga kini menyatakan Najib Razak tidak ada telor kerana masih belum membubarkan parlimen kerana pembangkang mahukan Sabah terus diasak oleh penceroboh Sulu dan seterusnya PRU13 tampa undi dari rakyat Sabah.

Ingatlah rakyat Malaysia,sejarah membuktikan bahawa Pengkhianat wujud sejak beratus tahun dulu demi kerakusan kuasa yang mereka impikan Sejahat jahat UMNO tidak pernah mengadaikan kedaulatan negara apatahlagi mengadai Sabah untuk pihak luar sepertimana dilakukan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim Pengkhianat Agama Bangsa dan Negara dan kita wajib menentang rejim Pakatan PAS, PKR dan DAP pada PRU13 ini. Takbir....

Psssttt..... Selamat hari Polis yang ke 206, selamatkan Malaysia daripada pengkhianat Negara.

SUMBER : http://www.papagomo.com

Tuesday, 19 March 2013

TERKINI!!


NASIB MELAYU ESOK... KLiK DiSiNi..

DALANG DI SEBALIK SERANGAN DI LAHAD DATU, MULA DIKENALPASTI... KLiK SiNi..

Wednesday, 13 March 2013

KEKEJAMAN LANUN FILIPINA DI SEMPORNA 29 APRIL 1954


CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA SABAH (29/4/1954)
Hari itu, 29 April 1954, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.

Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.

“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Saya turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.

“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".

“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".

“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.

Petang esoknya, 30 Mac 1954 barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

SUMBER : http://www.ipohmalay.blogspot.com