Showing posts with label Siam. Show all posts
Showing posts with label Siam. Show all posts

Tuesday, 7 May 2019

LAUNGAN "LANJUTKAN USIA RAJA" BERGEMA APABILA RAJA VAJIRALONGKORN MUNCUL

Image result for raja thailand
SUMBER: WARTABATAVIA.COM
BANGKOK – Laungan “sohng phra ja reern” (Lanjutkan usia Tuanku) bergema apabila Raja Maha Vajiralongkorn yang baru ditabalkan muncul di khalayak ramai dari balconi di Dewan Suddhaisavarya Prasad di Istana Besar hari ini.

Beribu-ribu rakyat Thailand yang berpakaian serba kuning melutut mengikut adat tradisional untuk memberi penghormatan kepada Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida pada hari ketiga dan terakhir istiadat pertabalan diraja.

Walaupun cuaca panas terik, orang ramai yang membawa potret Raja Vajiralongkorn, bendera kebangsaan dan bendera diraja menunggu selama berjam-jam di luar Dewan Suddhaisavarya Prasad Hall.

Upacara hari ini bermula dengan lagu kebangsaan dimankan dan tembakan metriam 21 das dan laungan “lanjutkan usia Raja” yang dipimpin oleh Menteri Perdana Prayuth Chan-o-cha.
Image result for raja thailand
SUMBER: BERITARAKYAT.ASIA
Kemudian, Puteri Bajara Kitiyabha, Puteri Sirivannavari dan Putera Dipangkorn turut serta bersama Raja dan Permaisuri di balkoni untuk menerima ucapan daripada rakyat.

Bagi pihak seluruh rakyat Thailand, Prayuth dalam ucapannya berkata semua rakyat berikrar untuk menyokong dan tat setia kepada Raja dan monarki untuk memelihara dan membangunkan negara.

“Semoga kita melahirkan perasaan sukacita dan kebahagiaan kepada baginda. Kami menghargai kebaikan dan penghargaan baginda kepada rakyat Thailand, “katanya.
Image result for raja thailand
SUMBER: INFEED
Kemudian, Raja Vajiralongkorn bertitah bahawa baginda dan permaisuri amat gembira menerima ucapan daripada rakyat.

“Beta berharap semua pihak akan melaksanakan tugas dan terus membangunkan negara kita,” titah baginda.

Kemudian, Raja Vajiralongkorn dan Ratu Suthida menerima menghadap diplomat asing yang menzahirkan ucapan tahniah sempena upacara khas ini yang berlangsung di Balairung Seri Chakri Maha Prasad.
Image result for raja thailand
SUMBER: LIPUTAN6.COM
Bagi pihak semua diplomat dan konsulat, Duta Singapura ke Thailand Chua Siew San merakamkan ucapan tahniah kepada Raja Vajiralongkorn sempena istiadat pertabalan baginda.

“Tuanku, izinkan patIk untuk mengulangi komitmen kami yang berterusan untuk terus membangun dan mengukuhkan hubungan antara kerajaan Thailand dan negara-negara kami.

Raja Vajiralongkorn, 66, yang memakai gelaran Raja Rama X, menjadi Raja Berperlembagaan selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016 selepas memerintah selama 70 tahun. Ini merupakan Istiadat Pertabalan Diraja ke-12 yang diadakan selepas berkabung selama setahun.
Image result for raja thailand
SUMBER: VIDIO.COM
Pada Sabtu, Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebnagai Raja ke-10 Dinasti Chakri dalam acara mengikut ritual agama Hindu dan Buddha.- BERNAMA

Wednesday, 6 June 2018

SEJARAH NEGERI PERLIS

Menurut sejarah, Perlis ditubuhkan sebagai sebuah negeri selepas Siam berundur dari Kedah. Raja Perlis yang pertama ialah Syed Hussain Jamalullail bin Syed Harun Jamalullail. Menurut Buyong bin Adil, baginda ditabalkan menjadi Raja Perlis oleh Raja Siam di balairong seri kerajaan Siam di Bangkok dan diperkenankan oleh Raja Ligor Nakhon Si Thammarat. Waktu itu, Sultan Kedah baru berangkat pulang dari Melaka dan Pulau Pinang. Akhirnya, Sultan Kedah juga memperkenan dan kemudian mengisytiharkan Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis yang pertama. Kisah ini mempunyai beberapa versi. Kita baca dahulu sejarah Jamalullail datang ke Kedah.

Keturunan Jamalullail ini berasal dari Hadramaut. Orang pertama dari jurai Jamalullail yang tiba di Kedah pada tahun 1735 ialah Syed Ahmad bin Syed Hussien Jamalullail. Antara tujuan utama kedatangan Syed Ahmad adalah untuk berdakwah dan berdagang. Beliau datang bersama-sama anak saudaranya iaitu Syed Alwi ke Palembang terlebih dahulu. Setelah itu, Syed Ahmad berhijrah pula ke Kedah manakala Syed Alwi pergi ke Betawi (Jakarta).

Beliau berkahwin dengan Sharifah Aminah binti Syed Mohammad al-Qadri di Kampung Limbong, Kedah (dalam kawasan Langgar). Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan putera bernama Tuan Syed Abu Bakar Harun (Syed Harun) pada tahun 1737. Namun, Syed Harun ditakdirkan menjadi anak yatim ketika berusia 14 tahun. Setelah ayahnya meninggal dunia dan dikebumikan di Kampung Limbong, Syed Harun dijaga oleh bapa saudaranya, Syed Ibrahim al-Qadri, yang ketika itu telah menjadi seorang ulama di Chenak (Channa), Patani, Thailand. Syed Ibrahim juga dikenali sebagai Tokku Chenak. Syed Harun belajar agama di sini sehingga beliau menjadi seorang ulama.
Image may contain: text
Namun, Raja Singgora (Songkla) mula memburu Syed Harun kerana dia telah mendapat khabar angin bahawa seorang sayyid mahu merampas takhta Singgora. Bagi menyelamatkan diri, Syed Harun dan Tokku Chenak terpaksa lari bersama-sama 500 orang pengikutnya dan 30 ekor gajah sehingga sampai di Arau. Lalu, mereka membuka penempatan di Padang Siding, Arau. Mereka kemudian menghadap Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (Raja Muda Kayang) yang berkuasa di Perlis dan Setol dan baginda mengizinkan mereka menduduki Arau dan Padang Siding.

Syed Harun buat pertama kali berkahwin dengan sepupunya, Sharifah Mariam binti Syed Ibrahim al-Qadri namun tidak mendapat zuriat. Ketika mereka sudah bermastatutin di Arau, isterinya meninggal. Beliau kemudian berkahwin dengan puteri Sultan Dhiauddin Mukarram Shah iaitu Tunku Sofiah (dikenali sebagai Tengku Tunjong). Pada tahun 1798, Sultan Dhiauddin telah menyerahkan Mukim Arau kepada Syed Harun sepenuhnya dan beliau dilantik menjadi Penghulu Mukim Arau yang pertama. Dengan penyerahan ini, Arau seterusnya akan ditadbir oleh Syed Harun dan anak serta cucu-cicitnya sehinggalah sekarang. Namun, Syed Harun dengan Tunku Sofiah tidak beroleh anak. Tunku Sofiah dengan rela hati mengizinkan Syed Harun berkahwin lagi untuk mendapatkan zuriat. Dengan syarat, zuriat yang lahir itu mestilah diberikan kepada Tunku Sofiah.
No automatic alt text available.
Akhirnya, Syed Harun berkahwin dengan anak seorang pembesar di Kota Kayang iaitu Wan Fatam (Wan Fatimah) bin Wan Abdul Rahman bin Dato Johan Lela Perkasa yang berasal dari Ujong Salang lalu mendapat dua orang putera iaitu Syed Hussain (lahir 1805) dan Syed Abdullah serta seorang puteri, Sharifah Aisyah. Pada tahun 1825, Syed Harun meninggal dunia. Lalu, Syed Hussien dilantik menjadi Penghulu Arau yang kedua.

Wan Fatimah telah memberi cadangan kepada Tok Arau untuk menubuhkan negeri Perlis apabila Siam berundur. Nama sebenar Tok Arau ialah Muhammad Arsyad bin Muhammad Yunus dan dikenali juga sebagai Datuk Awang. Beliau berasal dari Chenak dan datang bersama-sama Syed Harun ke Arau. Datuk Awang juga dikenali sebagai Tok Arau atas usahanya menjumpai ‘Arau’ sebagai tempat yang dikehendaki oleh Syed Harun Jamalullail. Arau bermaksud ‘cari beramai-ramai’.

Antara tahun 1821-1841, tentera Siam sedang menjajah Kedah. Keadaan ini memaksa Sultan Ahmad Tajuddin II (1804-1845) lari ke Melaka. Syed Hussien bersama-sama Tunku Anum dan Tunku Bisnu telah berpakat untuk menghalau Siam dari tanah air. Tidak cukup setakat itu, Tunku Anum dan pasukannya menggunakan kemahiran berdiplomasi untuk berbincang dengan Raja Siam, Nang Klao (Rama III) sehingga akhirnya Raja Siam bersetuju untuk mengembalikan takhta Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin II.
Image may contain: 1 person
Bagi menghargai jasa ketiga-tiga orang ini, maka Sultan Ahmad Tajuddin II telah menyerahkan tiga buah daerah kepada mereka. Kubang Pasu diserahkan kepada Tunku Anum dan Tunku Anum memerintah negeri Kubang Pasu Darul Qiyam yang berpusat di Pulau Pisang sehingga kemangkatannya pada tahun 1853.

Jajahan Kayang diserahkan kepada Syed Hussien dan Setol diserahkan kepada Tunku Bisnu. Ketiga-tiga daerah itu berdiri sendiri sebagai sebuah kerajaan. Pada tanggal 20 Mei 1843, dengan rasminya Syed Hussien ditabalkan menjadi Raja Perlis yang pertama. Bagi mengenang jasa baik Tok Arau yang menjadi tulang belakang penubuhan Arau yang kemudian menubuhkan negeri Perlis, maka beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Perlis yang pertama. Syed Hussien juga berkahwin dengan puteri Tok Arau bernama Wan Sofia lalu mendapat putera bernama Syed Ahmad yang kemudian menjadi Raja Perlis yang kedua.
Image may contain: outdoor
Terdapat sumber yang mengatakan bahawa, pada masa tersebut, Kedah telah terbahagi kepada empat buah negeri berasingan iaitu Kedah, Kubang Pasu, Perlis dan Setol dan masih ada hubungan dengan Siam. Pada masa yang sama, Sultan Kedah telah tidak mempunyai kuasa ke atas negeri-negeri yang tiga itu. Mungkin sebab inilah, sewaktu pelantikan Syed Ahmad sebagai Raja Perlis yang kedua, Raja Syed Hussien telah menitahkan Syed Ahmad bersama-sama Tok Arau untuk pergi menghadap Raja Ligor dan Raja Siam bagi memperkenan pelantikan raja kedua itu.

Jika korang mempunyai maklumat tambahan, boleh berikan di ruang komen.

Rujukan: Khairy Tajudin