Showing posts with label Asia Tenggara. Show all posts
Showing posts with label Asia Tenggara. Show all posts

Tuesday, 7 May 2019

LAUNGAN "LANJUTKAN USIA RAJA" BERGEMA APABILA RAJA VAJIRALONGKORN MUNCUL

Image result for raja thailand
SUMBER: WARTABATAVIA.COM
BANGKOK – Laungan “sohng phra ja reern” (Lanjutkan usia Tuanku) bergema apabila Raja Maha Vajiralongkorn yang baru ditabalkan muncul di khalayak ramai dari balconi di Dewan Suddhaisavarya Prasad di Istana Besar hari ini.

Beribu-ribu rakyat Thailand yang berpakaian serba kuning melutut mengikut adat tradisional untuk memberi penghormatan kepada Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida pada hari ketiga dan terakhir istiadat pertabalan diraja.

Walaupun cuaca panas terik, orang ramai yang membawa potret Raja Vajiralongkorn, bendera kebangsaan dan bendera diraja menunggu selama berjam-jam di luar Dewan Suddhaisavarya Prasad Hall.

Upacara hari ini bermula dengan lagu kebangsaan dimankan dan tembakan metriam 21 das dan laungan “lanjutkan usia Raja” yang dipimpin oleh Menteri Perdana Prayuth Chan-o-cha.
Image result for raja thailand
SUMBER: BERITARAKYAT.ASIA
Kemudian, Puteri Bajara Kitiyabha, Puteri Sirivannavari dan Putera Dipangkorn turut serta bersama Raja dan Permaisuri di balkoni untuk menerima ucapan daripada rakyat.

Bagi pihak seluruh rakyat Thailand, Prayuth dalam ucapannya berkata semua rakyat berikrar untuk menyokong dan tat setia kepada Raja dan monarki untuk memelihara dan membangunkan negara.

“Semoga kita melahirkan perasaan sukacita dan kebahagiaan kepada baginda. Kami menghargai kebaikan dan penghargaan baginda kepada rakyat Thailand, “katanya.
Image result for raja thailand
SUMBER: INFEED
Kemudian, Raja Vajiralongkorn bertitah bahawa baginda dan permaisuri amat gembira menerima ucapan daripada rakyat.

“Beta berharap semua pihak akan melaksanakan tugas dan terus membangunkan negara kita,” titah baginda.

Kemudian, Raja Vajiralongkorn dan Ratu Suthida menerima menghadap diplomat asing yang menzahirkan ucapan tahniah sempena upacara khas ini yang berlangsung di Balairung Seri Chakri Maha Prasad.
Image result for raja thailand
SUMBER: LIPUTAN6.COM
Bagi pihak semua diplomat dan konsulat, Duta Singapura ke Thailand Chua Siew San merakamkan ucapan tahniah kepada Raja Vajiralongkorn sempena istiadat pertabalan baginda.

“Tuanku, izinkan patIk untuk mengulangi komitmen kami yang berterusan untuk terus membangun dan mengukuhkan hubungan antara kerajaan Thailand dan negara-negara kami.

Raja Vajiralongkorn, 66, yang memakai gelaran Raja Rama X, menjadi Raja Berperlembagaan selepas kemangkatan ayahanda baginda, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016 selepas memerintah selama 70 tahun. Ini merupakan Istiadat Pertabalan Diraja ke-12 yang diadakan selepas berkabung selama setahun.
Image result for raja thailand
SUMBER: VIDIO.COM
Pada Sabtu, Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebnagai Raja ke-10 Dinasti Chakri dalam acara mengikut ritual agama Hindu dan Buddha.- BERNAMA

Monday, 11 February 2019

SETIAP YANG BAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU BERPUNCA DARIPADA KITA SENDIRI

Diari Hati: 11 Februari 2019 (Part 2)


Akhirnya... pada 11 Februari 2019, pukul 12.09 pagi, aku dengan gugupnya telah menghantar WHATSAPP kepada mak DIA...menyatakan yang aku telah mengambil keputusan...untuk MEMUTUSKAN PERTUNANGAN aku dengan DIA! SEBAB??? 
Image result for rapuh
GAMBAR SEKADAR HIASAN
1. Hubungan aku dan DIA tiada ASAS yang kukuh...! Memangla takde asas kukuh pun...jumpa bulan OGOS...tetiba 'disaran' bertunang bulan OKTOBER? Ko ghase?? Confirm takde CINTA dihati aku untuk DIA...kami diperkenalkan...lalu bertunang... Selepas bertunang itulah satu persatu aku KENAL siapa DIA... KAKAK KANDUNG2 dan ABANG4 aku suruh pupuk rasa cinta itu...siram dengan kasih sayang...TAPI ITU TIDAK MENJADI KERANA AKU TAKDE KESEMPATAN... Setiap kali jumpa...aku disogokkan kisah EX-HUSBAND, kisah PIAN DUDA ... dibanding²kan...PIAN KACAK, PUTIH, TINGGI... Nak semai macam mana kalau asyik saban waktu KISAH EX-HUSBAND dan PIAN jadi sajian???? Cukup²Lah...aku pun tak hingin pertahankan hubungan yang RAPUH ini! Never!
Image result for sihir
GAMBAR SEKADAR HIASAN
2. Permainan sihir!!! Dalam hati mmg takde CINTA! Ditambah pula dengan kejadian demi kejadian membuatkan HATI aku semakin jauh... Dengan kejadian pada satu MALAM tu... Aku mcm biasa masuk tidur pukul 12 malam mcm tu...then aku terjaga sebab TERDENGAR KETUKAN PINTU RUMAH sebanyak TIGA KALI...pukul 2.20 pagi...dengan bulu roma naiknya...serammm sgt aku rasa...aku langsung tak boleh tdo sampai pukul 4.30 pagi... Dua tiga hari lepas tu...aku bagitahu DIA... 
Aku ada dengar...lepas putus tunang..DIA dok kabo aku asyik tuduh ex-Laki DIA yang hantar SIHIR... padahal DIA yang CAKAPPPPP!!!! DIA boleh kata aku yang tuduh bekas laki DIA!! Kenapa perempuan ni ea...???? 

DIA boleh kata "kenapa abg tuduh ex akak plak yang hantar sihir tu...klu dia nak hantar...baik dia hantar kat akak...sbb dia nak kan akak balik...!!!! Puihhhhh...KELING pun tak belit macam ni!!!! DIA sendiri yang cakap...pastu DIA belit sana sini... Siap tambah cerita lagi tu...."skang ni mak dia yang buat". Apahalnya...????? (TWIST4) 

Tengok ayat DIA... "Sy xmo ckp kt abg sbb lps tu sy bnyk ngaji utk protect abg"! Perghhh...hebat...DIA nak protect aku... Ko hingat aku tak tahu nak protect diri sendiri ke..? Aku tahu...in shaa Allah...tapi biarlah untuk sesuatu yang berbaLoi...faham dok? Takyah la nk protect² aku...ko protect je lah lemak² tepu ko tu!!! Puihhhh

Ni aku nak sembang sikit...bermula dengan kisah pintu umah diketuk...DIA cakap ex-husband dia hantar...hati aku pulak dah TERBALIK terus...100% BENCI! Aku pun cariLah USTAZ aku sendiri... Kisahnya...
Image result for ustaz kartun
GAMBAR SEKADAR HIASAN
USTAZ1 - "Ex-Husband DIA ni takde kena mengena dalam hubungan kau dgn DIA... Kejadian ketukan kat rumah kau tu bukan ex-suami DIA punya keje... Tapi keje DIA sendiri bagi memastikan kau tu jadi miLik DIA! DIA yang sihir kau...DIA yang nak guna²kan kau! Sekali DIA dapat kau...kau takkan terlepas...DIA akan pegang dan grib kau kuat²... Pernah tak DIA cakap dengan kau..yang DIA akan ikut kau waima kursus atau urusan/program pejabat??? Ada?? Itulah salah satu target DIA! Tak caya...ko buat ISTIKHARAH..."

Krik krik...terkejut abam...mmg DIA prnah cakap dengan aku nak ikut p kursus..nak ikut p program opis... Eh eh... macam sama pulak dengan yang USTAZ1 ni kabo! Then...aku pun berfikir...berfikir dan berfikir... Aku mencari jawapan lagi...cari pandangan kedua...orang kata...carilah SECOND OPINION...Tak adil lah kalau dengar dari satu pandangan je kan...so aku carilah sorang lagi usetat....
Image result for ustaz kartun
GAMBAR SEKADAR HIASAN
USTAZ2 - "Encik cerita dengan saya...bahwa Encik yakin sume keje ex-husband DIA? Klu betul pun ex-husband DIA pernah gelarkan mak mentua tu 'betina sundal' tu ada sebab Encik... Begitu juga masa ex-husband DIA cakap...'aku akan buat ko merangkak cari aku' tu pun bersebab Encik... Dalam hal SIHIR dan ketukan di rumah Encik...ex-husband DIA takda kaitan langsung! Malah ex-husband DIA tak ambil tahu pun pasal DIA sekeluarga... Semuanya keje DIA!!!!! Kali pertama Encik melangkah masuk ke rumah DIA...DIA dah mula SIHIR Encik..." 

Arghhh...naik bulu roma aku...dah 2 orang cakap benda sama...ya Allah...takutnya aku.... USTAZ2 sambung lagi...

"Ye betul...ex-husband DIA pernah gelarkan mak  DIA tu 'betina sundal' tapi kalau Encik kat tempat ex-husband DIA...apa Encik akan buat kiranya tegak² mak mentua Encik kutuk², maki² mak kandung Encik depan mata dan telinga Encik??? Sebagai anak tentu Encik akan pertahankan mak Encik bukan?" 

"Yang kedua...kata² ex-husband DIA 'aku akan buat ko merangkak cari aku'... Cuba Encik fikir...sepanjang perkahwinan itu...si suami memendam rasa sebab KESOMBONGAN perempuan (isteri) ni sbb DIA kaya..banyak harta..ada pangkat! DIA tak pernah langsung hormat pada suami DIA...sering memperlekehkan suami...dan menganggap suami DIA berada disitu kerana kemewahan DIA! Kalau tak kerana DIA...suami DIA itu takkan rasa kemewahan...begituLah rendahnya pandangan DIA pada suami...! Tu Lah sebab kenapa kata² merangkak itu keluar daripada mulut suami... Jadi Encik rasa salah ke kalau kata² itu keLuar daripada mulut suami pada perempuan yg sombong dan bongkak ini?"

OMG...terkedu aku...macam baru trsedar... Selama ini...ex-husband la yang teruk...jahat...tak brtanggungjawab...yang buruk sume ex-husband...sampai SIHIR pun ex-husband...rupa²nya DIA sendiri yang CELAKA!!! Aku tertanya...sbb  aku sedar diri! Kenapa dia nak SIHIR aku pula??? Aku bukan kaya pun...bukan KACAK mcm PIAN pun... USTAZ2 cakap...

"...sbbnya Encik berkerja tetap...pegawai Kerajaan...nak dibandingkan dengan ramai² kekasih dia...Encik yang paling stabil...Lagi satu...DIA rasa DIA boleh MAKAN Encik...boLeh BULI Encik... Encik kan lembut sikit... dan yang PALING UTAMA...awal² DIA SIHIR Encik...sebab tak mahu ditinggalkan lagi... Perempuan sombong ni rasa 'mana boleh jantan tinggalkan aku sedangkan aku ni kaya dan banyak duit'...tu sebab DIA buat siap² agar Encik tak terlepas...tapi nasib baik Encik dah tersedar awal... Sy nak bagitau Encik...Encik ni belum sedar sepenuhnya tau...masih ada kesan SIHIR tu lagi...sy minta maaf...sy dpt rasa yg perempuan ni bukan jenis yang baik²" 

This is the turning point...aku mengambil keputusan MEMUTUSKAN pertunangan aku dengan DIA!!! Malam yang sama...aku balik dari lokasi USTAZ2..aku hantar mesej whstapp kt mak DIA!!! Keputusan aku ini...bukan sbb dia GEMUK...atau BANYAK JANTAN, MENTAL ILLNESS atau sbb DIA MENCEKIK BANYAK... tapi sebab 1. Hubungan aku dan DIA tiada ASAS yang kukuh...!  dan 2. Permainan sihir!!! 

Aku tak mahu terlibat dengan permainan SIHIR menyihir ni...biarlah aku hidup sendiri...tak kawen pun takpe...tapi nak SERAH TENGKUK kat DIA... NO WAY!!!!! Aku tak mahu kehilangan apa yang aku ada...aku tak mahu jadi bodoh dan 'dibodohkan' oleh perempuan yang aku kenal tak smpai 6 bulan ni... Sama ada 100% BENAR atau tidak apa yang DUA orang USTAZ ni cakap kt aku...aku dah tak kisah...kejadian demi kejadian membuLatkan tekat aku untuk membuat keputusan ini! Aku sangat YAKIN keputusan aku ini tepat! 

SELINGAN

Pihak yg SATU lagi asik asak dengan desakan untuk teruskan, kununnya "Persiapan dah siap 90%...kalau ada masalah boleh bincang!" Kununnnn....

BINCANG BUTOH apa nya..? Memula aku whatsapp kt mak DIA...apa tindakan PERTAMA mak dia??? APA??? Ada mak DIA call aku??? Ada mak dia TEXT aku??? Siapa mak DIA gasak dulu...?? Siapa??? Bodoh sangat ke...? Yang p Gasak ke Bagan Datuk dan Kajang tu kenapa BODOH? Ko hingat MEREKA tu boleh buat keputusan untuk aku ke..? Ko fikir DEPA tu boleh pengaruhi aku??? SiLap La...ONCE aku kata AKU TAK MAHU...MATI HIDUP BALIK pun AKU TAK MAHU!!! 

Kalau betuLLah nak BINCANG... KENAPA DAPAT WHATSAPP DARI AKU...MAK DIA TAK TERUS CONTACT AKU????? Tanyalah aku sendiri..."Kenapa? Mengapa? Ada masalah apa korang berdua...? Cuba cakap dengan mak..." Ni TIDAK...tempat lain pulak diGASAKnya...macam babi tersondol²...padahal aku memang tunggu mak DIA call aku...tapi HARAMMMM... Jangan kata aku BLOCK...24JAM selepas AKU BUAT KEPUTUSAN..aku TAK BLOCK sesape pun termasuklah DIA dengan mak DIA!

Sape suruh kau buat persiapan awal sangat?? Siapa yang TERHEGEH² nak TEMPAH BAJU??? Siapa?? Aku nak SEWA je...sebab ikut kemampuan aku...tapi SIAPA yang GILA nak buat???? SIAPA setan??? Aku ke..???? Badan dah macam peti ais...memangla kena amik masa untuk cari baju SEWA, tapi tak mahu...TAHU PULAK MALU... Nak bukti whatsapp ke...???? Oooo lupe...DIA da deleted...bodoh sangatlah orang ni tak boleh restore ye... 

APA JE KEPUTUSAN AKU BUAT...untuk persiapan ke...hal semasa ke...untuk hal rumahtangga ke ... PASTI akan DIUBAH sebab adanya campur tangan si SETAN keliling DIA...sbb DIA ni pun IBLIS!!! 

"Persiapan dah siap 90%...kalau ada masalah boleh bincang!" Ko hingat aku BODOH ke...? Ko fikir aku tak tahu TUJUAN persiapan awal tu... SUPAYA aku terikat...supaya perasaan dan emosi aku dapat korang kawal...SEDANGKAN aku dah bagitau...nak edar kad tu dalam masa sebuLan atau 3 minggu sebelum paling sesuai...bukan 3 buLan, bukan 2 buLan hanat!!! Pastu siap up status KENA GAME! Kena game BIJIK KELENTIT KO! Kalau aku nak main game...baik aku beli PS4...bukan game kan ko SETAN! BINATANG! Aku puas yakinkan diri aku...SIAP kan SEGALA DOKUMEN dengan JAWI ... sbb memang aku dah ready...aku dah ready FIZIKAL, MENTAL dan KEWANGAN... Once siap, aku serah DOKUMEN tu pada DIA...itu tandanya apa...? Tandanya aku dah ready FIZIKAL, MENTAL dan KEWANGAN! Nak game butoh apanya?  SO...takde apa nak BINCANG... Yang menjadi TURNING POINT aku putuskan pertunangan...atas 2 SEBAB aku dah bgtau awal tadi...BODOH! 

Hal NIKAH KAWEN ni...kalau ADA JODOH...tetap akan ada...begitu juga sebaLiknya...buatlah persiapan hebat macam mana sekaLipun...kalau dah nama BUKAN JODOH...SEHARI SEBELUM nikah pun boleh PUTUS! 

Anyway...aku bersyukur...sebab dalam tempoh PERTUNANGAN iniLah... Allah SWT buka mata aku...buka fikiran aku UNTUK MENGENALI siapa perempuan ini! Allah SWT juga memberi petunjuk pada aku untuk membuat keputusan ini... Aku tak sesal...tapi sedikit RALAT!

Nota: Pertemuan dengan USTAZ1 (Sg. Ramal, Kajang) dan USTAZ2 (Seremban 2) adalah sebelum aku buat keputusan putus tunang...selepas putusnya pertunangan...aku jumpa pula USTAZ3 (Nilai) guru kpd USTAZ2; jawapan mereka ASASnya SAMA... jadi InShaa ALLAH.. aku yakin dengan keputusan yang aku buat!!! 
Image result for putus tunang


Diari Hati: 11 Februari 2019 (Part 3)

Kepada mereka yang berkenaan!!! Yang bermati²an mempertahankan perempuan ni...

Apa masalah KORANG sampai aku tak boleh buat keputusan sendiri? Apa sebabnya KORANG plak melenting tak tentu pasal sebab aku buat keputusan hidup aku sendiri? HIDUP AKU...pilihan aku... Kenapa orang lain nak pertikaikan...? Terus atau tidak, suka atau tak hak aku lah.... Korang TAK TAHU apa yang AKU TAHU!!!! Korang ingat aku suka suki buat keputusan ini...???? 
Related image
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Apa yg susah nak fahamm...? Ye, duLu aku ikut je...aku terima sebab aku nak beri peluang pada diri aku, untuk kenal dia...untuk ketahui hidup dia...latar belakang dia...begitu jugaLah sebaLiknya... 

Tapi setelah aku kenal dia...itu perkara lain!!! Orang² (keluarga aku) yang merancang, mempertemukan dan menjodohkan aku dah tiada kaitan...TIADA KAITAN lagi...kerana AKU YANG MENGEMUDI arah mana hubungan ini!!! 


"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Tujuan 'khitbah' (pertunangan) adalah untuk kita kenal (perempuan) itu. Islam tidak melarang memutuskan pertunangan tapi janganLah sampai memutuskan silatur-rahim. 
~ Ustaz Don Daniyal Biyajid ~

DuLu, tahun 2011 aku juga pernah berada di situ...pernahhh... Pertunangan diputuskan, aku terima...aku reda...aku tak melenting...aku tak menyerang or hiruk pikuk sana sini... 

Aku terima sebab aku banyak kekurangan!!!! Hidup aku OK je...tak mati pun...siap dapat rezeki kerja tetap lagi... Aku tak prsoalkan kenapa, mengapa, punca, sebab, segala mak nenek bagai...dah putus...putus lah... Apa masalahnya....??? Itulah namanya TIADA JODOH! Aku bukan ahli agama...pengetahuan aku sangat cetek...apatah lagi amalan...tapi aku sangat yakin..."SETIAP YANG BAIK ITU DATANGNYA DARIPADA ALLAH SWT DAN YANG BURUK ITU BERPUNCA DARIPADA DIRI SENDIRI".

Orang dah tak nak aku, tak kan aku nak paksa pulakkkkk!!!!! Aku percaya, Allah ambil yang itu sebab Dia nak beri sesuatu (lain) yang jauh lebih baik!!!

Yang sana tu, apa susah sangat nak terima keputusan...??? Apa yang nak hiruk pikuk macam takde hari siang? Macam hari dah kiamat??? Apahalllllll???? Terima lah hakikattt... terima lah kenyataan....redalah... tak perlu cari punca salah siapa mana yang kurang atau lebih bagai...takut nanti kita yang termaLu sndiri... 

Putus tunang je pun...dunia belum kiamat lagi...tak payah la nak overreacting...!!! 

Aku pelik...once orang putuskan hubungan, rejected kita...kenapa kita tak mahu terima?? Kerana kita perfect? Sempurna? Tak boleh kena reject or eLse?!  Apa hak kita, apa keperluan kita...nak korek sana sini...bertanya sana sini ... "APA SALAH SAYA?" 
Image result for heart broken
Pernah seorang ustaz dalam ceramahnya bercakap...untuk bertanya "APA SALAH SAYA?" itu sudah cukup memalukan...kerana sebagai manusia kita harus sedar diri bahawa kita bukan NABI atau MALAIKAT, kita MANUSIA biasa yang PASTI ada salah! Jadi hentikan persoalan "APA SALAH SAYA?" Kerana itulah ISLAM menggalakkan CERMIN DIRI dan MUHASABAH diri!! Cukup...jangan fikir perkara lain...kita akan dapat jawapan kenapa IA terjadi! 

Orang yang bertanya "APA SALAH SAYA?" ini adalah orang yang SOMBONG, BONGKAK, TAKBUR kerana menafikan kekurangan diri sebagai MANUSIA! Tidak menerima hakikat bahawa ada banyak KEKHILAFAN berlaku tanpa sedar!! Mungkin kerana harta yang banyak...mungkin kerana kelebihan dunia yang dia ada...pangkat, harta, kuasa, pengaruh maka dia jadi manusia yang ANGKUH! 

Image result for lelaki kecewa
Sekian...ini keputusan aku dan aku yakin keputusan aku ini adalah yang TERBAIK untuk diri aku, DIA dan semua..! 

Nota Akhir: Aku ada dengar...rumours...kata² DIA pasal aku setelah putusnya pertunangan...setiap cerita atau isu itu...DIA akan TWIST jadi Lain untuk menggambarkan aku yang bersalah... Ni nak bagitau...'ada haku kesah?' 

Memang sejak dari awal kenal...DIA dah selalu TWIST cerita...dah jadi perkara biasa pada DIA...dari hal merisik, hal datang rumah, hal hantar tanda...hal harta...hal sihir daripada bekas laki DIA, hal baju resepsi...ditambah lagi hal kununnya aku takde duit klu berdating...macam² lah lagi...tapi pendekatan aku...'ada haku kesah?' Walau DIA deleted BUKTI dalam WHATSAPP...DIA ingat aku tak boleh RESTORE ke...?? Bodoh la perempuan ni...belajar tinggi² tapi menganggur...terperap kt umah dan takde keje lain selain menghabiskan harta orang tua...!! Pastu hidung tinggi..macam cantik sangat...sombong, bongkak, ego dan sering pandang rendah pada orang! Harammm tul...

Ooopsss...x mustahil pasal text whatsapp DIA kata aku yang delete! Untuk makluman, aku dah restore...aku dah screenshort dan saved setiap perbualan yang aku jangka boleh jadi BUKTI! Tapi untuk apa kan...? Untuk simpanan aku je...sebagai pengajaran...dan untuk mereka yang BERSAUDARA dengan aku!


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah  Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” 
(Al-Baqarah: 216)


Thursday, 4 January 2018

MENCARI HANG TUAH: ANTARA HIKAYAT DAN FAKTA

Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Prof. Dr Syed Naquib al-Attas, seorang Ilmuwan dan ahli falsafah Agung Melayu masa kini didalam karyanya yang terbaru, Historical Fact and Fiction telah mengemukakan satu teori terbaru yang bakal mengubah sekali lagi penulisan sejarah tanah air mahupun seluruh Nusantara barangkali.

Antaranya, apabila beliau membincangkan asal dan usul nama Sumatera yang pada pendapat beliau telah disalahtafsirkan. Sejak Marsden didalam penulisannya "History of Sumatra" pada 1783, kebanyakan ilmuwan dan sejarawan barat telah membuat kesimpulan yang satu apabila berbicara tentang akan asal usul nama Sumatera. 

Sumatera pada pendapat mereka sudah tentunya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Samudra ataupun Suwarna. Samudra didalam bahasa Sanskrit dan juga dipinjam didalam Bahasa Melayu sebagai laut, manakala nama Suwarna pula mungkin diambil dari buku al-Biruni yang mana mencatatkan bahawa orang India pada suatu ketika dahulu memanggil kepulauan Sumatera dan Jawa sebagai Suwarnadib, ataupun Suvarnadvipa, yang bermaksud Pulau Emas, memandangkan sejarah perdagangan yang panjang antara Benua Keling dan Nusantara ini khususnya berkaitan dengan emas, yang mana pernah menjadi barang dagangan utama pada ketika itu.
Hasil carian imej untuk syed naquib al-attas
...hiasan je ni...

Namun, Prof.Syed Naquib al-Attas menyangkal dan menolak hipotesis dan teori yang dikemukakan oleh sekelian orientalis barat selama ni didalam bukunya yang terbaru ini. Sebaliknya, beliau mengangkat satu kitab sejarah dari bangsa Melayu itu sendiri, yakni Hikayat Raja-Raja Pasai apabila persoalan berkenaan asal nama Sumatera ini dibangkitkan.

Didalam Hikayat Raja-Raja Pasai, diceritakan akan asal usul nama Sumatera dengan jelasnya. Diceritakan bahawa apabila Merah Silau menaiki takhta kerajaan, ternampaklah baginda akan satu semut besar yang dikatakan sebesar kucing lalu melintas dihadapan baginda. Terkejut dan takjub akan kejadian tersebut, maka ditangkaplah semut itu dan dimakannya, dan ditempat itulah baginda membina istana kerajaannya lalu menamakan tempat itu sebagai Samatra atau Semut Raya, yang bermaksud Semut Besar.

Sudah tentu, apabila dikatakan hikayat, dan jalan cerita yang pada hemat para orientalis barat sebagai tidak masuk akal, akan ditolak sementah-mentahnya tanpa perlu dikaji lagi. Mana mungkin wujud seekor semut sebesar kucing diatas muka bumi ini?

Maka apabila membincangkan tentang Hikayat Raja-Raja Pasai, para sejarawan termasuklah sejarawan tempatan telah menolaknya dan hanya mengklasifikasikannya sebagai satu sastera klasik berunsur sejarah yang tidak boleh dipakai. Namun disangkal oleh YM Prof Syed Naquib al-Attas didalam bukunya yang terbaru ini. Apa yang dikemukakannya ialah bahawa Semut Raya itu wujud. Sejarah Merah Silau bertemu semut sebesar kucing itu sememangnya wujud! Dan ia bukanlah satu rekaan dan fiktif semata-mata.

Maka dibongkarkannya sebuah kitab perjalanan lama Arab Aja’ib al-Hind yang dikarang oleh Buzurg ibn Shahriyar yang ditulis dalam lingkungan masa abad ke-10 masihi. Didalamnya dilaporkan oleh seorang yang bernama Muhammad ibn Babishad yang mana menyatakan pada utara Sumatera,

‘Terdapat semut yang sungguh besar, terutamanya di Pulau Lamri yang mana mereka itu membesar..’
Image may contain: 1 person
...hiasan je ni...

Apa kaitan Hang Tuah dengan diatas? Mudah, kedua-duanya ditafsirkan dan digolongkan oleh para sejarawan tempatan khusus yang berpendidikan dan mempunyai pandangan alam barat sebagai mitos, mustahil dan hanya khayalan. Sekali pandang, mana mungkin akan wujud semut sebesar kucing seperti dinyatakan didalam Hikayat Raja-Raja Pasai? Hang Tuah pula wujud hanya sebagai satu perlambangan, satu lambang kepada seruan untuk kebangkitan bangsa Melayu yang baru sahaja dijajah oleh Feringgi pada awal penulisannya.

Dan kita yang tidak mengkaji dan mengharapkan imhsan dan bantuan bangsa lain untuk mencari dan membongkar khazanah sejarah sendiri akan tunduk mengiyakan apa yang telah ditulis. Para sejarawan tempatan yang dilatih dan diindoktrinasikan dengan cara pemikiran barat akan turut menyokong fakta yang diberikan oleh para orientalis terdahulu. Tiada usaha untuk mencari, mengkaji dan menyelami sejarah bangsa sendiri. Tak habis-habis dengan hanya menunggu untuk disuap, dan bukan menjadi orang yang menyuap.

Ini jawapan Hamba kepada persoalan yang dibangkitkan apabila Prof Emeritus Khoo Khay Kim mempersoalkan kewujudan Tun Tuah. Dan ini juga jawapan Hamba kepada mereka yang menggelakkan apabila Melayu dikatakan bangsa awal manusia. Persoalan yang paling asas didalam banyak-banyak soalan.

Jangan salahkan Prof Khoo Khay Kim apabila menafikan Laksamana Tun Tuah dan Puteri Hang Li Po. Salahkan kita sendiri kerana gagal memahami sejarah bangsa sendiri. Salahkan kita sendiri yang memandang rendah kepada kebijaksanaan leluhur kita. Salah kita sendiri sebenarnya.

Hendaklah pengkaji sejarah Islam itu hidup dengan aqal, ruh dan perasaannya....Syed Qutb, al-Tarikh Fikrah wa Minhaj
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Hang Tuah, Tun Tuah? Wujudkah susuk ini? Yang dikatakan manusia terbilang ini?

Yang Dimuliakan Prof.Emeritus Tan Sri Khoo Khay Kim menafikan dan mempersoalkan kewujudan Laksamana Agung Kesultanan Melaka Darussalam ini dengan mengambil kira rujukan silang yang dilakukan khusus didalam rekod Dinasti Tanah Besar China yang memerintah pada ketika itu, Dinasti Ming. Oleh kerana tiadanya rekod yang menyebut nama Hang Tuah, maka Laksamana Agung ini tidak wujud! Semudah itu!

Suka Hamba rujuk kepada Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, jilid 1 halaman 227 yg mana, diantara lain penulis tersebut menyatakan bahawa Dinasti Ming merupakan Dinasti yang paling diabaikan sejarahnya. Walaupun disebutkan alasan yang diberikan ialah kerana keberatan dari pihak sejarawan dan para ilmuwan setelah kejatuhan empayar Ming untuk menulisnya kerana polisi yang diamalkan oleh Dinasti Qing, empayar selepas kejatuhan Ming yang begitu sensitif dengan sebarang usaha untuk mengembalikan Dinasti Ming.

Disebut juga bahawa antara sebab kepada tiadanya penumpuan para sejarawan kepada Dinasti Ming ini kerana tiadanya kemajuan yang signifikan yang dilakukan semasa pemerintahan Dinasti Ming. Namun, kita tahu bahawa Dinasti Ming ini jugalah yang telah mengerahkan angkatan laut terbesar pada abad itu dibawah seorang Laksamana Muslim bernama Zheng He dan melawat Melaka untuk persinggahannya sebelum terus bergerak ke barat dan termasuklah Mekah. Jadi timbul persoalan kenapa Dinasti yang membawa perubahan kepada China ini tidak dianggap mundur dan lemah dan terus diabaikan? Rujuklah The Ming Empire: Patron of Islam in China and South-West Asia, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society , 1988, halaman 1-44 untuk mereka yang mahu mengkaji lebih lanjut.

Perlu juga ditekankan disini yang penulis ini juga mengakui banyak rekod-rekod dizaman Dinasti Ming telah dimusnahkan khusus semasa pemerintahan Dinasti Qing. Akhirnya persoalan timbul, adakah laporan dan rekod berkenaan Hang Tuah, Hang Li Po mungkin antara yang dimusnahkan? Dan adakah adil untuk sesiapa menafikan kewujudan Hang Tuah berdasarkan himpunan rekod yang tidak lengkap dari Dinasti China?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Terdapat 32 buah naskah dan 6 edisi Sulalatus Salitin atau dikenali juga dengan nama Sejarah Melayu secara keseluruhannya. Dan di setiap naskhah itu, terdapat perbezaan ketara antara satu sama lain, seperti siapa pengarangnya, bila Melaka ditubuhkan, siapa pengasas kepada Melaka dan sebagainya. Tidak perlu untuk berbincang secara panjang, yang ingin Hamba berikan perhatian ialah pertama tentang tarikh kewujudan Melaka. Tahun lepas, Pemerintah (bukan Kerajaan kerana Melaka sudah tidak beraja) Melaka telah mengumumkan tarikh baru penubuhan Melaka, iaitu hmpir 200 tahun lebih awal dari mana pemahaman sebelum ini. Menurut naskah versi Raja Bongsu, Melaka ditubuhkan pada 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah. Dan kalau benar Melaka ditubuhkan pada abad ke-13, maka Dinasti yang memerintah Tanah Besar China pada ketika itu ialah Dinasti Song dan Dinasti Yuan.

Adakah mungkin nama Hang Tuah tidak terdapat didalam rekod Dinasti Ming yang serba tidak lengkap kerana nama beliau terdapat didalam rekod Dinasti Song dan Yuan? Adakah terdapat usaha untuk merujuk kepada rekod Song dan Yuan berdasarkan versi Raja Bongsu yang diterima kini sebagai versi yang paling lengkap dan terperinci?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Ya, kewujudan Hang Tuah dikatakan masih kabur. Usaha demi usaha telah dilakukan untuk merendahkan martabat Hang Tuah ini dilakukan. Dari klaim yang mengatakan Hang Tuah ini sebagai bangsa Cina, hinggalah menafikan terus kewujudan Hang Tuah membuktikan peri penting Hang Tuah direndahkan dan menghilangkan seorang perwira bangsa Melayu. Kesannya cukup besar, bagi sesiapa yang faham.

Begitu banyak bukti kewujudan Hang Tuah, tapi semuanya ditolak. Keris Taming Sari, yang kini menjadi lambang kebesaran dan regalia Kesultanan dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang menjadi saksi kepada kewujudan tubuh bernama Laksamana Tun Tuah juga belum cukup untuk mengatakan bahawa Laksamana Agung Melayu ini wujud. Malahan, nasab lengkap Hang Tuah seperti diberikan Christopher Buyer juga ditolak? Apa lagi bukti yang diperlukan? Rekod dari China?

Pergilah ke Bintan tanah kelahiran Tun Tuah, pergilah ke Kelantan, Pattani, dan Pahang, keturunan Laksamana Agung ini bertaburan di bumi Melayu ini, Cuma tidak sedar akan kelebihan dan mungkin tidak mahu menonjolkan diri mereka kerana Melayu itu sifatnya merendah diri.

Tun Ali bin Datuk Paduka Tuan Jelai Tun Hamzah bin Tun Mat Ali bin Sang Naya Hang Nadim (berkahwin dengan anakanda Laksamana Tun Tuah, Tun Emas Jiwa selain anakanda sulongnya, Laksamana Sang Guna)... Tun Emas Jiwa Binti Tun Tuah bin Hang Mahmud.....
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Jangan salahkan leluhur kerana dikatakan tidak menulis sejarah bangsa, kerana tidak tepat dan mencampur adukkan sejarah dan hikayat. Salahkan diri sendiri kerana tidak dapat melihat kebijaksanaan mereka didalam menulis dan kebebalan sendiri yang hanya melihat sesuatu dengan pandangan kasar, bukannya mata hati.

Hang Tuah tidak masuk akal? Lihat dengan mata hati, kaji, dan selami. Kalian akan terpukau dengan bangsa bernama bangsa Melayu ini.

Nama sumatera memakan masa hampir 600 tahun untuk dibongkarkan rahsianya. Sudah tiba masa untuk kita menunjukkan bahawa Laksamana Tun Tuah itu sememangnya wujud!

Takkan Melayu Hilang di Dunia.....

Rujukan: 

Historical Fact and Fiction, Syed Muhammad Naquib al-Attas

Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, Wolfgang Franke

From the Mediterranean Sea to the China Sea: Miscellaneous Notes, C. Guillot

Genesis Autograf Sejarah Melayu, V. Thilagavathi Gunalan.

Catatan Merah Silu, Radzie Sapie

Kredit: Saya Budak Melayu 


MENCARI MELAYU DI FILIPINA

Image may contain: 1 person, text
Dua gelaran yang begitu besar maknanya. Pengiktirafan yang sungguh tinggi diletakkan atas bahu seseorang yang diberi gelaran tersebut. Apakah sumbangan pada Bangsa Melayu oleh manusia hebat ini sehingga diberi gelaran dan sanjungan yang sebegitu tinggi ini?

Soalan paling utama, siapakah dia Melayu Agung ini dan menjadi kebanggaan buat semua umat Melayu? Tun Tuah Laksamana Melayu Agung? Atau Sultan Alauddin Riayat Shah al-Adil?
Siapa dia?
Hasil carian imej untuk jose rizal
Dialah Jose Rizal. Melayu yang diangkat sebagai Melayu Agung dan Kebanggaan buat semua umat Melayu.

Soalan yang mungkin didalam benak tuan sekelian, siapakah Jose Rizal ini? Dan Melayukah Jose Rizal ini? Apa sumbangan sehingga mampu melintasi Sultan Alauddin Riayat Shah al-Adil? Peperangan manakah yang beliau telah kepalai sehingga layak mengatasi Laksamana Tun Tuah?

Persoalan paling utama, adakah orang Filipina yang hampir semuanya berugama Roman Katolik, berbahasa Tagalog sebagai bahasa rasminya, dan berbudaya yang diserapi dengan pengaruh Sepanyol [khususnya dari segi pemakaian dan tatacara kehidupan] boleh dianggap Melayu?

Sepertimana artikel sebelum ini, si penghikayat cuba untuk meneliti permasalahan berkenaan identiti Melayu itu. Siapa itu Melayu. Maka dirungkaikan Melayu itu mengikut kerangka yang telah dipersusun didalam Perlembagaan Malaysia, namun masalah timbul tentang konsep dan ma’na Melayu sendiri. Tidak juga dijumpai Melayu itu.
Namun Melayu itu wujud. Bukanlah bangsa yang baru digagaskan sepertimana dituduh sekelian manusia yang hasad akan Melayu, tak kurang juga me-LAYU yang tertutup mata hatinya.
Hasil carian imej untuk mencari melayu di filipina
Mat, dari ratu, LAMI LAMI BANGSA MALAYU...[Prasasti Matari Singa Jaya Himat, diterjemahkan oleh Koninklijk Koloniaal Instituut Amsterdam, Mededeelingen XXIX, Afdeeling Volkenkunde, no. 4, Aaneinsten 1931-3, bertarikh antara kurun 13-15 masihi, sezaman dengan Majapahit, bertulisan Rencong]

Hatta prasasti dan tulisan terawal yang ditemui di Filipina itu sendiri merupakan yang ditulis didalam Bahasa Melayu Tua, dicampur dengan Jawa, Tagalog dan Bahasa Sanskrit.

Laguna Copperplate. Bertarikh 900 Masihi, menggunakan tulisan Kawi.

Kurun ke-19, semangat nasionalisme mula berlegar-legar di Kepulauan Filipina. Setelah Pemberontakan Cavite 1872, dan hukuman gantung 3 orang paderi Gomburza, Filipina mula ditiup dengan nasionalisme. Rakyat kolonial Sepanyol ini mula bangkit akibat perkauman yang begitu ketara antara rakyat Sepanyol lahir di Filipina dan Indios. Tenaga Indios dipergunakan sehabisnya untuk mengaut keuntungan. Walhasil, Rakyat Filipina didokong oleh para ilmuwan dan aristokrat tempatan mula memberontak.

Namun, masalah timbul setelah hampir 300 tahun dijajah, krisis identiti mula timbul. Sedangkan untuk menimbulkan semangat nasionalisme itu memerlukan semangat kebangsaan dan asabiah. [al-Muqaddimah, Ibn Khaldun]. 
Hasil carian imej untuk mencari melayu di filipina
Siapa itu bangsa Filipina? Apakah dengan nama Filipina itu mampu menyatukan semua suku-suku asli Filipina dari Mindanao hinggalah ke Manila?

Dicarinya apa yang boleh menyatukan Filipina itu untuk kemerdekaan. Dibongkarkan segala sejarah silam sebelum Kepulauan Filipina itu dijajah oleh puak Sepanyol. 

Maka timbullah akan semangat MELAYU. Bersatu dibawah satu nama, satu warisan yang dikongsi bersama sebelum si penjarah dari Sepanyol Magellan dibantu dan dibimbing oleh Enrique the Black yang merupakan bangsa Melayu dari Melaka menjejakkan kaki ke bumi Filipina. Berkongsikan warisan yang telah dilupakan sejak penaklukan oleh puak Sepanyol. Bermulalah dan timbullah semangat Pan-Malayan, atau Melayu-Raya di bumi Filipina ini. Bahkan, pemula dan pencetus semangat nasionalisme di Asia Tenggara ini.

Jose Rizal, sebagai antara pendiri kepada semangat nasionalisme Filipina, mula mengerakkan pergerakan yang berasaskan Melayu. Dihimpunkan seluruh anak ‘Melayu’ dari Filipina, Dutch East Indies, Semenanjung dan Borneo di Paris. Revolusi yang diidamkan itu adalah bermatlamat untuk pembebasan seluruh umat Melayu dari penjajahan dari 3 buah kuasa besar, British, Belanda dan Sepanyol. Revolusi yang diidamkan itu juga hendaklah tamadun yang berpaksikan Melayu, berkongsi budaya yang beridentiti Melayu. [The Filipino Dream of a reunion with a Malay World, Alonto, Jurnal Alam Melayu, 2003]

Atas semangat yang ditiupkan oleh Jose Rizal (yang mana Melayu pertama yang meniupkan semangat nasionalisme dan perpaduan berasaskan keMelayuan), maka semangat Pan-Malayan atau Melayu Raya itu turut menaikkan semangat kepada yang lain, hingga tertubuhlah Perhimpoenan Orang Melayoe dengan moto Malaya Irrendenta oleh Wenceslao Quinto Vinzons. Lebih maju dari pergerakan yang digerakkan oleh Jose Rizal, Perhimpunan ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyatu, dan menggunakannya didalam ritual-ritual rahsia Perhimpunan. Kajian tentang Melayu juga giat dilaksanakan untuk mencari persamaan, dan mencari kekuatan didalam semangat nasionalisme yang diperjuangkan itu. 
Hasil carian imej untuk mencari melayu di filipina
Nama MALAYSIA mula diidam-idamkan sebagai nama untuk menggantikan Filipina yang mana merupakan nama dari seorang Raja Sepanyol, Raja Phillip II. Malah satu draf Senat telah pun dibincangkan untuk menukar nama Filipina kepada Malaysia pada 1962. Namun akhirnya terbantut apabila Tunku Abdul Rahman memilih nama Malaysia sebagai nama bagi sebuah negara baru yang melihat gabungan antara Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan British Borneo. [Tambahan:Tunku pada mulanya mahu meletakkan nama negara baru ini sebagai MELAYU RAYA tetapi ditolak oleh bukan Melayu (Singapura) dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.]

Semangat kemelayuan Filipina tidak pernah padam. Sungguhpun gagasan idea yang dibawa Jose Rizal untuk membentuk satu negara Melayu gagal, namun semangat untuk bergabung dan bersatu dibawah nama Melayu tidak pernah padam. Maka digagaskan pula oleh President Macapagal yang juga ahli didalam Perhimpoenan akan Maphilindo, persatuan dan gagasan untuk ‘Negara-Negara yang berasal Melayu’ dan ‘diikat oleh Bangsa dan Budaya.’ [The Malays, Anthony Millner]. Namun, idea Maphilindo terbantut apabila Konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia terjadi walaupun akhirnya gagasan itu menjadi kenyataan dengan ASEAN walaupun tidak lagi terikat oleh Budaya dan Bangsa Melayu.

Orang Filipina sentiasa menganggap diri sebagai sebahagian dari Melayu. Perjuangan nasionalisme Filipina dimulakan dengan semangat dan roh Melayu, dan usaha tersebut terus dilaungkan sehinggalah penubuhan Maphilindo dan akhirnya ASEAN.

Persoalannya, adakah kita mampu untuk menerima mereka sebagai Melayu? Adakah kita sanggup untuk menerima Melayu yang bukan berugama Islam, sebagai Melayu? Adakah kita sanggup untuk menerima Filipina sebagai Kepulauan Melayu?

Sekadar membuka minda semua tentang definisi Melayu yang lebih besar dan selingan sebelum bergerak ke isu yang lebih besar. 

Kredit: Saya Budak Melayu 

-HE-


Monday, 14 August 2017

RAJA-RAJA MELAYU AGUNG SEGENTING KRA

Hasil carian imej untuk Suryavarman I
GAMBAR MEMAPARKAN KEPADA KITA GAMBARAN PALING DEKAT KEPADA PEMAKAIAN RAJA-RAJA ANGKOR KETIKA ITU.

Tuan-tuan dan puan, setakat ini, yang kita ketahui bahawa tamadun Melayu yang kita sama-sama sayangi ini sudah mencecah sekurang-kurangnya 600 SM. Angka ini djangka akan bertambah dan bertambah, menunjukkan kepada kita bahawa bangsa kita bukan bangsa picisan dalam helaian sejarah. Antara kehebatan yang ingin saya paparkan di sini ialah kisah tentang 3 raja agung yang pernah memerintah Segenting Kra dahulu, atau lebih molek kita panggilnya sebagai kerajaan Melayu Purba bernama Sri Dharmaraja.

Kerajaan agung yang dijangka berdiri seawal abad pertama masihi ini mempunyai banyak raja-raja hebat yang memerintahnya, namun cukuplah untuk setakat ini, kami perkenalkan kepada anda 3 nama yang pastinya akan membuatkan darah Melayu kalian menggelegak penuh bangga mengenangkan kehebatan mereka. Ayuh, bersama saya menelusuri pengembaraan yang penuh asyik ini.

1. Raja Sujita (1001 – 1006 Masihi) 

Raja Sujita ialah salah seorang penakluk agung dalam sejarah Melayu. Baginda dikatakan berketurunan pemerintah Srivijaya yang namanya cukup masyur dalam prasasti-prasasti Asia Tenggara, tetapi seolah-olah dibisukan namanya dalam helaian sejarah Melayu terutama di Malaysia. Tiada siapa dalam kalangan kita anak Melayu yang pernah mendengar nama Sujita kerana kita sudah selalu dimomokkan bahawa orang Melayu hanya mempunyai satu kerajaan agung sahaja di dunia, iaitu Kesultanan Melayu Melaka padahal kita sudah membina tamadun seawal 600 SM, 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S dan 1100 tahun sebelum kelahiran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W.
Ini ialah kisah bagaimana seorang raja Melayu menundukkan tiga kerajaan agung di Asia Tenggara sekaligus! Mari kita mulakan dengan sejarah awal Raja Sujitha. Rekod-rekod sejarah menceritakan kepada kita bahawa baginda pernah bertugas di dalam empayar Angkor sebagai panglima tentera Angkor sendiri seawal 962 Masihi sendiri ketika era pemerintahan Raja Rajendravarman lagi. Daripada ini, kita sendiri tahu bahawa Sujita ini bukanlah orang asing. Lagipun rekod sejarah seperti Batu Bersurat Prasat Khana yang berusia 1001 Masihi pula memberitahu kita bahawa saudara perempuan kepada Sujita ialah isteri kepada raja Jayavarman V yang pernah memerintah Angkor.
Diceritakan kepada kita dalam helaian sejarah bahawa ketika tahun 1001 Masihi, seorang raja Angkor bernama Jayavarman V telah mangkat dan ini telah mewujudkan kekosongan dalam takhta Angkor yang telah membawa kepada serangan sebuah kerajaan Mon bernama Haripunjaya yang terletak di utara Thailand ke atas kerajaan Lavo, sebuah lagi kerajaan bangsa Mon yang menjadi “vassal” (naungan) kepada Empayar Angkor dan berindak sebagai pos kawalan tentera Angkor di sebelah barat.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I


Di saat dua kerajaan ini sedang bersengketa antara satu sama lain, maka seorang raja Melayu bernama Sujita telah mengambil kesempatan untuk menyerang dua kerajaan yang bertelagah ini. Ia tercatat dalam sebuah kitab lama sejarah Chiang Mai yang bernama Jinakalamali yang dikarang sekitar abad ke 16:

“Seorang raja Haripunjaya bernama Atrasataka telah menyerang Lavo, di mana Ucchittachakravatti bersemayam. Pada ketika dua kerajaan ini sedang bersedia untuk bertempur, seorang raja Sri Dhammanagara bernama Sujita telah tiba di Lavo dengan angkatan perang dan armada yang besar. Dek kerana serangan mengejut Sujita ini, dua kerajaan ini melarikan diri ke Haripunjaya.”
Imej yang berkaitan
Haripunjaya dan Lavo kedua-duanya ialah buah kerajaan bangsa Mon yang muncul selepas kejatuhan Dvaravati sebuah kerajaan legenda Mon yang menjadi mangsa penaklukan Angkor. Apa yang menarik tentang catatan di dalam Jinkalamali ini memberitahu kita bahawa betapa besarnya martabat raja-raja Melayu ketika itu. Dua kerajaan Mon tengah bergaduh, lalu seorang raja Melayu masuk campur. Kehadiran raja Melayu itu membuatkan dua kerajaan asing itu bertempiaran lari tak cukup tanah!

Tapi nanti dulu, di sebalik kejayaan Sujita ini menawan kerajaan Lavo, sebenarnya baginda juga secara tak langsung menakluk Empayar Angkor yang luas. Ini memberitahu kita bahawa empayar orang Khmer dua kali telah ditakluk oleh orang Melayu. Pertama ketika Chenla teruk dibantai oleh Raja Dharanindra daripada Dinasti Sailendra dari Jawa Timur ketika itu. Kali kedua pula ialah di tangan Sujita sendiri. Apabila Lavo yang menjadi pusat kawalan Angkor jatuh ke tangan raja Sujita, ianya sekaligus memberi kita info bahawa seluruh Angkor jatuh ke tangan Sujita. Maka sejarah pun bercerita bahawa Jayaviravarman ialah nama yang dipilih Sujita yang bermaksud vira yang berjaya, penguasa Ligor dan Angkor.

2. Suryavarman I (1006 – 1050 Masihi) 

Selepas Chenla dilanggar oleh Dinasti Melayu Sailendra, bangsa Khmer hidup di dalam kegelapan sebelum seorang raja bernama Javayarman II yang dikatakan dibesarkan di dalam istana Sailendra telah memberontak dari Sailendra dan mendirikan Kerajaan Angkor, yang selepas ini akan dikenang sebagai salah satu daripada kerajaan agung dalam Asia Tenggara, bahkan Asia kerana kejayaan-kejayaan hebat yang dicapai oleh kerajaan purba ini seperti pembinaan Kota Angkor yang lengkap dengan sistem perbandaran yang teratur yang membawa kepada jumlah populasi 1 Juta manusia, bandar pertama di Asia yang mencapai tahap seperti itu ketika zamannya selepas kejatuhan Baghdad di tangan bangsa Monggol. Selain itu, Angkor juga terkenal dengan pembinaan Angkor Wat yang didabikkan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I
Tetapi tahukah kalian bahawa di sebalik semua keagungan itu, ianya hanya dimualakan pada sekitar tahun 1006 hingga 1050 Masihi di bawah pemerintahan seorang raja Melayu bernama Suryavarman yang merupakan anak kepada raja Sujita dan berdarah Khmer di sebelah ibunya yang baru sahaja saya sebutkan namanya dalam senarai no 1?

Tak-tak… bukan saya yang menyebut tentang ini sebaliknya salah seorang sejarawan Inggeris bernama Dr Quaritch Wales yang menganggap bahawa Suryavarman I ialah “Pemula Zaman Teragung Angkor”. Bahkan Suryavmarman I selalu mendapat jolokan “Penakluk Teragung Asia Tenggara.” Lihatlah betapa seorang raja Melayu menjadi seorang raja yang dijolok sebagai penakluk terhebat Asia Tenggara.

Untuk mendapat jolokan itu bukannya mudah. Suryavarman I dengan bantuan ayahnya Raja Sujita yang ketika itu memerintah Sri Dharmaraja harus menakluk wilayah-wilayah seperti kerajaan Mon, Tanah Dataran Korat, Segenting Kra sehingga sampai jauh ke Chiengsen di utara Thailand hari ini. Kemuncak penaklukan Suryavarman I adalah seluas seperti di dalam gambar yang saya kongsikan dengan kalian dalam pautan ini ;
Luaskan empayar yang berjaya dicapai oleh Suryavarman I? Tak hairanlah kalau baginda mendapat gelaran penakluk terhebat Asia Tenggara. Tapi nanti dulu. Survavarman I bukan sahaja seorang penakluk yang hebat. Baginda lebih daripada itu. Baginda ialah seorang pemerintah yang sangat mempunyai toleransi agama yang penting.

Sebagai seorang raja Melayu yang asal-usulnya daripada Sri Dharmaraja, anutan baginda pada ketika itu ialah agama Buddha Mahayana. Orang Melayu kebanyakannya merupakan pengganut agama Buddha berbanding Hindu. Tetapi walaupun sedemikian, Suryavamarn I tidak mempunyai masalah dengan orang-orang Khmer yang diperintahnya yang kebanyakannya mengganut agama Devaraja, sejenis agama Hindu yang segala ajarannya sudah bercampur sudah bercampur dengan ajaran agama asal orang Khmer sendiri.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I
Bahkan jasa paling besar Suryavarman I ialah dengan membangunkan bahagian barat Tasik Ton Le Sap yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara. Baginda telah membangunkan yayasan-yayasan keagamaan dan memberikan tanah kepada yayasan agama ini untuk membangunkan mmonasteri dan kuil-kuil sebagai tempat belajar agama dan sembahan. Apabila monasrteri ini dibangunkan, secara tak langsung kawasan disekitarnya akan membangun. Kampung-kampung akan wujud. Maka apabila kampung-kampung wujud, maka sistem saliran terbaik harus dibangunkan untuk mengairi tanaman di sekitar kampung.

Kemuncaknya, Suryavarman I telah membangunkan sebuah tasik buatan sendiri yang seluas 7.8 X 2.1 KM. Tasik ini dipanggil sebagai West Baray. Tasik buatan sendiri ini mengandungi 123 juta liter air. Tasik ini telah berfungsi sebagai pengairan kepada tanaman, pengakutan bahkan dibina penuh dengan falsafah Hindu-Buddha yang menjadi anutan Empayar Angkor yang diperintahnya.
Hasil carian imej untuk Suryavarman I
Tetapi selain daripada West Baray, Suryavarman I turut membina binaan yang penuh mengagumkan dunia yang kini menjadi rebutan antara Kemboja sehingga meletusnya konflik perang antara dua negara ini iaitu Preah Vihear!

Saya petik kata-kata daripada L.P Briggs yang sangat menyanjung ketokohan Suryavarman I:

“Pada keseluruhannya, dalam kemahirannya sebagai seorang pahlawan, pengatur dan pemerintah, sikap toleransinya, tabiatnya mengumpulkan penasihat-penasihat yang berilmu dan luas pandangan, sikapnya menggalakkan kesenian dan seni binanya, langkahnya memajukan kepentingan awam, maka tidak syak lagi baginda salah seorang daripada Maharaja Angkor yang teragung.”

3. Chandrabanu Dharmaraja (1230 – 1263 Masihi) 

Kalau ditanyakan kepada saya, siapakah raja-raja Melayu dalam sejarah yang saya kira berjiwa singa dan seorang berani, pastinya nama Chandrabanu Sri Dharmaraja ialah orangnya. Baginda pernah menyerang Sri Lanka pada tahun 1247 Masihi untuk mencari relik Buddha yang bernama Pra Shing yang dianggap mempunyai mukjizatnya tersendiri daripada kerajaan Sri Lanka. Ini dicatatkan dalam riwayat sejarah Sri Lanka, Hatthavanagallaviharavamsa sendiri yang menyebut:
Hasil carian imej untuk Suryavarman I

"Seekor singa yang tidak terkalahkan di atas gajah yang gagah, yang di mana sang singa ini adalah raja untuk banyak negara lain, yang telah mempamerkan kepada dunia khidmatnya yang tidak terbalas pada dunia dan agama, yang mempunyai kekuatan angkata tentera yang hebat, yang mempunyai tekad untuk menawan kerajaan asing Lanka (Sri Lanka atau Ceylon), yang datang daripada sebuah kerajaan bernama Tambalinga dan ditemani oleh raja-raja daerah.”

Baginda cuba menakluk seluruh pulau tersebut namun dihalang oleh tentera kerajaan Sri Lanka sendiri yang diketuai oleh Putera Virabahu,anak saudara kepada raja Parakramabahu II.

Dalam pertempuran antara tentera Chandrabhanu dan tentera Dambedeniya (Sri Lanka), tentera Dambedeniya berjaya mengatasi serangan panah beracun dari askar Javaka dan berjaya menghapuskan ancaman Chandrabhanu dan tentera panah beracunnya dari mara ke Dambedeniya.
Dalam catatan Sri Lanka, tentera Melayu dari Tambralingga tersebut dikenali sebagai Javakas atau Malalas. Javakas dan Malalaas adalah gelaran dan panggilan orang Sri Lanka kepada orang Melayu. Sebaik sahaja berjaya memiliki utara Sri Lanka, Candrabhanu telah membina kembali dan memperiabiki kuil-kuil Buddha yang rosak di Sri Lanka.
Imej yang berkaitan
Namun sayangnya tidak lama kemudian, kerajaan utara Candrabhanu telah diserang pula musuh dari Selatan India iaitu kerajaan Pandya dan Candrabhanu sendiri memimpin tentera untuk membantu anaknya yang menjadi gabenor di Sri Lanka. Namun sayangnya, angkatan tentera Candrabhanu ditewaskan dan Candrabhanu sendiri terkorban dalam pertempuran dengan tentera Pandya.

Rujukan:

1. Raja Mohd Affandi (1974). Tokoh-Tokoh Melayu Agung Dalam Sejarah. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Cik Srikandi (2015). Emas Para Dapunta Dan Maharaja. Terfaktab Fine

3. Michel Jacq-Hergoualc’h (2001). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk-Road (100 Bc-1300 Ad). Brill.

4. Lem Chuck Moth (2014). Sri Dharmaraja Laman Web Meru Heriitage (http://www.meruheritage.com/Sridhamaraja.html)

5. Lem Chuck Moth (2015). Srivijayan Connection. Laman Web Meru Heritage (http://www.meruheritage.com/SriVijaya.html)