Showing posts with label Bomoh. Show all posts
Showing posts with label Bomoh. Show all posts

Thursday, 24 May 2018

HISHAMUDDIN RAIS : "MERAKAM SEJARAH - FAKTOR MAHATHIR"

Image result for hishamuddin rais
Anak semua bangsa, bangsa semua agama, warga Malaysia telah berjaya menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Ini satu kemenangan. Justeru saya wajib menulis untuk merakamkan detik-detik kemenangan ini.

Parti United Malays National Organisation (UMNO) yang ditubuh pada 11 Mei 1946 dan didukung oleh Inggeris akhirnya telah dapat ditumpaskan dan dinyahkan dari kuasa oleh gerakan anak semua bangsa - bangsa semua agama.

Saya amat gembira apabila melihat Najib dan Rosmah tidak melarikan diri pada 12 Mei 2018. Pesawat jet peribadi yang dikatakan dihantar dari Jakarta telah dikepung oleh anak anak muda di lapangan terbang Subang.

Saya akan dituduh munafik jika saya tidak mengakui betapa gembiranya saya apabila melihat Razak Baginda, Arul Kanda, Habibul Rahman dan puluhan orang-orang jahat suku sakat Najib yang didakwa cuba menghilangkan diri, atau mula menenggelamkan diri dari diketahui orang ramai.

Saya amat amat gembira bila musuh saya dalam kesusahan. Saya gembira bila musuh saya dalam kesakitan. Saya gembira bila musuh saya masuk ke dalam penjara. Jangan salah baca, pilihan raya ialah perang tanpa senjata. Perang bersenjata berlaku apabila politik undi mengundi gagal.

Kegembiraan dari saya ini bukan dendam. Saya tidak memiliki sifat dendam. Gembira melihat Najib masuk penjara bukan bermakna berdendam.

Pada hemat saya hidup membawa dendam pasti satu hidup yang amat berat - mengheret dendam ke hulu ke hilir. Hishamuddin Rais tidak berdendam. Hishamuddin Rais hanya gembira apabila Najib dan Rosmah masuk penjara. Amin.

Para pembaca akan menipu diri sendiri apabila tidak mengakui bahawa kita semuanya bergembira apabila Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan akhirnya masuk penjara.
Kegembiraan yang lahir ini adalah watak dan ciri-ciri gerakan politik. Di mana-mana pun dalam dunia ini apabila berlalu perubahan sosial ciri yang sama berlaku. Apabila yang zalim dijatuhkan, ppabila yang jahat dapat ditewaskan, apabila penyamun dapat ditangkap, maka kegembiraan adalah jawapannya.

Ketika Czar Nicholas dibunuh dalam Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 warga kota Moscow gembira. Ketika kepala Louise ke14 dipenggal kepalanya di Paris pada 21 Januari 1793, ramai warga kota Paris menari, bertandak dan menyanyi mabuk gembira.

Saya amat yakin warga Indonesia pasti gembira melihat Suharto jatuh pada tahun 1998. Saya amat yakin warga Iran gembira apabila melihat Shah Reza Pahlavi melarikan diri dari Tehran pada 16 Januari 1979.

Di Tanah Melayu semenjak Inggeris mengangkat United Malays National Organisation, semenjak gerombolan Ketuanan Melayu ini mengambil alih kuasa dari British, Tanah Melayu telah dilanggar malapetaka.

Pada Rabu, 9 Mei 2018, malapetaka atau nakba dalam bahasa Arab telah dinyahkan. Menyahkan Najib dan Rosmah bermakna warga Malaysia telah berjaya menyahkan malapetaka yang selama 60 tahun ini telah menghempap berat kehidupan anak semua bangsa di Tanah Melayu.

09 MEI 2018 MALAPETAKA TERCABUT

Rabu 9 Mei 2018 malapetaka tercabut. Malaysia menjadi ringan. Udara menjadi nyaman. Hidup menjadi aman. Tanah Melayu membuka sejarah baru. Sabah dan Sarawak membuka sejarah baru. Maka kita - anak semua bangsa di Malaysia berhak untuk terus bergembira.

Saya sering menulis bahawa detik sejarah itu juga memiliki sejarah dan latar. Saya juga pernah menulis untuk menolak dan mengenepikan pandangan yang sering mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang.

Untuk saya sejarah ditulis oleh orang yang rajin menulis. Jika kita malas menulis walaupun menang ia tidak memiliki makna.

Saya telah merakamkan semua babak babak sebelum PRU14. Menolak pelbagai bentuk pandangan bodoh yang tak masuk akal. Dan mengajukan garis dan taktik untuk membawa pencerahan.

Dua bulan sebelum PRU14 saya membuat ramalan kemenangan.

Dalam masa yang sama saya juga ada menulis beberapa pandangan yang pada hari ini dilihat salah, pandangan yang silap, pandangan yang terbukti melanggar apa yang berlaku ada 9 Mei.

Pada hemat saya ini lumrah. Kerana mustahil saya dapat melihat kesemua hasil politik masa depan dengan jelas dan tuntas.
Walau apa pun akhirnya kita semua dapat melihat Najib dan Rosmah terkurung dalam rumah sendiri. Yang ini telah saya nujumkan berbulan bulan lebih awal.

Dalam suasana kegembiraan, ketika melihat kembali apa yang pernah saya tulis – yang tepat dan yang salah. Maka ada beberapa perkara yang wajib saya tuntaskan. Perkara yang wajib saya rakamkan untuk rujukan sejarah, babak-babak yang wajib diumumkan secara hitam putih untuk bahan sejarah.

Seratus tahun dari hari ini jika ada anak pelajar yang menggali sejarah kejatuhan United Malays National Orgnisation pada Rabu 9 Mei 2018, maka apa yang saya tulis ini akan menjadi bahan.

PERTAMA: Kemenangan PRU14 oleh Pakatan Harapan pada Rabu 9 Mei 2018 adalah kerana faktor Mahathir. Dalam BI - The Mahathir factor.
Mahathir adalah penyebab utama yang telah berjaya - mengumpul semua tenaga anak semua bangsa - untuk mengalahkan gerombolan Najib dan konco-konconya.

Jika di zaman REFORMASI dahulu faktor Anwar Ibrahim menjadi juragan dan jurumudi. Anwar menjadi ikon yang berjaya mengumpul gerakan jalan raya untuk menjatuhkan Mahathir.

Dalam PRU14 juragan dan jurumudi ialah Mahathir.

The Mahathir factor ini memerlukan kajian yang lebih rapi. Kenapa dan mengapa anak semua bangsa mahu beralih memilih Pakatan apabila Mahathir meneraju pucuk pimpinan.

LANGKAH BUNUH DIRI

Kajian ini penting untuk kita sesama kita terus bergembira.

Tiga bulan sebelum hari mengundi kita terdengar bagaimana kemungkinan DAP disingkir dari pendaftaran. Jabatan Pendaftaran telah memberi pelbagai masalah kepada DAP. Kemudian kita dengar pula BERSATU menghadapi perkara yang sama.

Segala jentera kerajaan - SPR, SPRM, PDRM, Peguam Negara, Mahkamah dan, dan, dan…telah digunakan untuk memupuk kekuatan kuasa dirinya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) juga tidak ada bezanya. Ketika ini Jabatan Pendaftaran menjadi aparacik setia yang memperkukuh kuasa Najib dan Rosmah. Secara bijak pendaftaran parti BERSATU dibatalkan.
Sekali imbas langkah ini dilihat bijak. Tetapi sebenarnya ini adalah langkah membunuh diri. Kerana jawapan dari Mahathir menggegarkan politik Malaysia.

Tup-tup, langkah paling radikal telah diambil oleh empat parti gabungan Pakatan. Semua bersetuju untuk menggunakan satu logo.

Inilah bukti faktor Mahathir yang mungkin ramai terlepas pandang. Tetapi inilah pencapaian politik paling unggul dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia. Fakta ini ialah: Penggunaan satu logo.

Menggunakan satu logo ini - persetujuan menggunakan satu logo ini - hanya dapat dilakukan bawah kepimpinan Mahathir. Saya yakin Anwar Ibrahim pun tidak ada keupayaan untuk menuntaskan perkara ini. Satu logo ini adalah faktor Mahathir yang membawa pukulan maut kepada Najib dan Rosmah.

KEDUA: Mahathir Muhamad sebagai agen komunikasi yang cukup baik. Ucapan ceramah Mahathir tidak beretorik. Tidak menaikkan semangat untuk turun ke jalan raya. Dalam ceramah si Mahathir tidak pernah bercerita yang dia kenal dengan Putin atau kenal Tony Blair. Atau pernah ke Universiti Havard. Atau pernah membaca buku itu dan ini.

Malah ceramah Mahathir agak mendatar. Tetapi Mahathir telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cemerlang kepada orang ramai.

Mahathir TIDAK menggunakan perkataan yang besar-besar, yang susah untuk disebut. Dan susah untuk dieja. Mahathir TIDAK menggunakan perkataan Inggeris atau Arab. Dalam ceramah Mahathir tidak berselindung dengan ayat Quran atau hadis nabi untuk memperkukuh hujah.

Perkataan curi, samun , tipu senang difahami maknanya oleh mak cik dan pak cik Felda. Disinilah kejayaan Mahathir menterjemahkan konsep politik yang kompleks dengan penerangan yang senang untuk difahami.

Kepada Mahathir Najib ialah pencuri. Perkataan pencuri ini difahami oleh mak cik Felda. Berbeza dengan menggunakan perkataan kleptokrasi. Satu habuk pun orang tak faham. Dalam ceramah Mahathir memilih pencuri, lanun atau penyangak untuk menerangkan siapa si Najib ini.

KETIGA: Perubahan sosial akan berlaku apabila elit politik, elit ekonomi dan jentera daulah mula pecah.

CUKONG LARI DARI NAJIB

Sama ada cukong yang bernama Robert Kuok memberi dana kepada pembangkang atau tidak satu persoalan lain. Apa yang tersirat dari berita Robert Kuok (bawah) ialah gambaran tentang elit ekonomi, para cukong telah mula melarikan diri dari Najib. Ini adalah faktor Mahathir.
Kesampaian Rafidah Aziz dan Rais Yatim masuk ke dalam saf Mahathir adalah salah satu tanda bahawa elit politik juga telah pecah. Apabila Rais dan Rafidah dibuang dari parti maka jelas elit politik sedang beramuk.

Kemudian saf Mahatir di masuki oleh Daim Zainudin dan Syed Hamid Albar. Semua ini adalah faktor Mahathir yang berjaya memecahkan elit politik

Kemudian Mahathir menulis surat surat terbuka kepada PDRM, tentera laut, darat dan udara. Hanya Mahathir yang memiliki wibawa sedemikian. Hanya Mahathir yang berupaya menulis surat ini.

Apabila Laksamana Angkatan Laut menjawab dan menerangkan kepada anak semua bangsa bahawa angkatan tentera laut tidak menyebelahi parti sesiapa pun. Jawapan ini tidak membolehkan Najib melakukan huru-hara untuk mempertahan kuasa. Satu cabang tentera telah enggan jadi alat Najib.

Sebelum Mahathir menulis surat, seorang pemimpin tentera darat didakwa menyatakan soldadu menyokong kerajaan. Ini bermakna tentera darat akan mempertahankan Najib.

Perbuatan bangang ini telah ditibai oleh rakyat kiri dan kanan. Jeneral kaki bodek Najib ini terduduk dan membuat kenyataan baru.

Semua ini petanda yang jentera kerajaan tidak lagi menyebelahi Najib. Hanya PDRM yang tidak bersuara. Hingga ke saat kemenangan tercapai maka barulah ketua PDRM menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan ialah kerajaan baru.

Dalam kita merayakan kemenangan ini. Dalam kita bergembira. Maka jangan lupa kita wajib terus berwaspada. Orang-orang jahat wajib terus diburu, ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka, orang jahat akan disula.

Saya tidak mencadangkan mereka disula kerana ini akan mengotorkan buluh.

Tetapi hakikatnya, meminta mereka disula ini tidak mungkin saya tulis satu bulan dahulu. Kini saya boleh menulis dengan hati terbuka kerana kemenangan yang telah dibawa oleh faktor Mahathir. END

NOTA:

HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Thursday, 4 January 2018

MENCARI HANG TUAH: ANTARA HIKAYAT DAN FAKTA

Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Prof. Dr Syed Naquib al-Attas, seorang Ilmuwan dan ahli falsafah Agung Melayu masa kini didalam karyanya yang terbaru, Historical Fact and Fiction telah mengemukakan satu teori terbaru yang bakal mengubah sekali lagi penulisan sejarah tanah air mahupun seluruh Nusantara barangkali.

Antaranya, apabila beliau membincangkan asal dan usul nama Sumatera yang pada pendapat beliau telah disalahtafsirkan. Sejak Marsden didalam penulisannya "History of Sumatra" pada 1783, kebanyakan ilmuwan dan sejarawan barat telah membuat kesimpulan yang satu apabila berbicara tentang akan asal usul nama Sumatera. 

Sumatera pada pendapat mereka sudah tentunya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Samudra ataupun Suwarna. Samudra didalam bahasa Sanskrit dan juga dipinjam didalam Bahasa Melayu sebagai laut, manakala nama Suwarna pula mungkin diambil dari buku al-Biruni yang mana mencatatkan bahawa orang India pada suatu ketika dahulu memanggil kepulauan Sumatera dan Jawa sebagai Suwarnadib, ataupun Suvarnadvipa, yang bermaksud Pulau Emas, memandangkan sejarah perdagangan yang panjang antara Benua Keling dan Nusantara ini khususnya berkaitan dengan emas, yang mana pernah menjadi barang dagangan utama pada ketika itu.
Hasil carian imej untuk syed naquib al-attas
...hiasan je ni...

Namun, Prof.Syed Naquib al-Attas menyangkal dan menolak hipotesis dan teori yang dikemukakan oleh sekelian orientalis barat selama ni didalam bukunya yang terbaru ini. Sebaliknya, beliau mengangkat satu kitab sejarah dari bangsa Melayu itu sendiri, yakni Hikayat Raja-Raja Pasai apabila persoalan berkenaan asal nama Sumatera ini dibangkitkan.

Didalam Hikayat Raja-Raja Pasai, diceritakan akan asal usul nama Sumatera dengan jelasnya. Diceritakan bahawa apabila Merah Silau menaiki takhta kerajaan, ternampaklah baginda akan satu semut besar yang dikatakan sebesar kucing lalu melintas dihadapan baginda. Terkejut dan takjub akan kejadian tersebut, maka ditangkaplah semut itu dan dimakannya, dan ditempat itulah baginda membina istana kerajaannya lalu menamakan tempat itu sebagai Samatra atau Semut Raya, yang bermaksud Semut Besar.

Sudah tentu, apabila dikatakan hikayat, dan jalan cerita yang pada hemat para orientalis barat sebagai tidak masuk akal, akan ditolak sementah-mentahnya tanpa perlu dikaji lagi. Mana mungkin wujud seekor semut sebesar kucing diatas muka bumi ini?

Maka apabila membincangkan tentang Hikayat Raja-Raja Pasai, para sejarawan termasuklah sejarawan tempatan telah menolaknya dan hanya mengklasifikasikannya sebagai satu sastera klasik berunsur sejarah yang tidak boleh dipakai. Namun disangkal oleh YM Prof Syed Naquib al-Attas didalam bukunya yang terbaru ini. Apa yang dikemukakannya ialah bahawa Semut Raya itu wujud. Sejarah Merah Silau bertemu semut sebesar kucing itu sememangnya wujud! Dan ia bukanlah satu rekaan dan fiktif semata-mata.

Maka dibongkarkannya sebuah kitab perjalanan lama Arab Aja’ib al-Hind yang dikarang oleh Buzurg ibn Shahriyar yang ditulis dalam lingkungan masa abad ke-10 masihi. Didalamnya dilaporkan oleh seorang yang bernama Muhammad ibn Babishad yang mana menyatakan pada utara Sumatera,

‘Terdapat semut yang sungguh besar, terutamanya di Pulau Lamri yang mana mereka itu membesar..’
Image may contain: 1 person
...hiasan je ni...

Apa kaitan Hang Tuah dengan diatas? Mudah, kedua-duanya ditafsirkan dan digolongkan oleh para sejarawan tempatan khusus yang berpendidikan dan mempunyai pandangan alam barat sebagai mitos, mustahil dan hanya khayalan. Sekali pandang, mana mungkin akan wujud semut sebesar kucing seperti dinyatakan didalam Hikayat Raja-Raja Pasai? Hang Tuah pula wujud hanya sebagai satu perlambangan, satu lambang kepada seruan untuk kebangkitan bangsa Melayu yang baru sahaja dijajah oleh Feringgi pada awal penulisannya.

Dan kita yang tidak mengkaji dan mengharapkan imhsan dan bantuan bangsa lain untuk mencari dan membongkar khazanah sejarah sendiri akan tunduk mengiyakan apa yang telah ditulis. Para sejarawan tempatan yang dilatih dan diindoktrinasikan dengan cara pemikiran barat akan turut menyokong fakta yang diberikan oleh para orientalis terdahulu. Tiada usaha untuk mencari, mengkaji dan menyelami sejarah bangsa sendiri. Tak habis-habis dengan hanya menunggu untuk disuap, dan bukan menjadi orang yang menyuap.

Ini jawapan Hamba kepada persoalan yang dibangkitkan apabila Prof Emeritus Khoo Khay Kim mempersoalkan kewujudan Tun Tuah. Dan ini juga jawapan Hamba kepada mereka yang menggelakkan apabila Melayu dikatakan bangsa awal manusia. Persoalan yang paling asas didalam banyak-banyak soalan.

Jangan salahkan Prof Khoo Khay Kim apabila menafikan Laksamana Tun Tuah dan Puteri Hang Li Po. Salahkan kita sendiri kerana gagal memahami sejarah bangsa sendiri. Salahkan kita sendiri yang memandang rendah kepada kebijaksanaan leluhur kita. Salah kita sendiri sebenarnya.

Hendaklah pengkaji sejarah Islam itu hidup dengan aqal, ruh dan perasaannya....Syed Qutb, al-Tarikh Fikrah wa Minhaj
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Hang Tuah, Tun Tuah? Wujudkah susuk ini? Yang dikatakan manusia terbilang ini?

Yang Dimuliakan Prof.Emeritus Tan Sri Khoo Khay Kim menafikan dan mempersoalkan kewujudan Laksamana Agung Kesultanan Melaka Darussalam ini dengan mengambil kira rujukan silang yang dilakukan khusus didalam rekod Dinasti Tanah Besar China yang memerintah pada ketika itu, Dinasti Ming. Oleh kerana tiadanya rekod yang menyebut nama Hang Tuah, maka Laksamana Agung ini tidak wujud! Semudah itu!

Suka Hamba rujuk kepada Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, jilid 1 halaman 227 yg mana, diantara lain penulis tersebut menyatakan bahawa Dinasti Ming merupakan Dinasti yang paling diabaikan sejarahnya. Walaupun disebutkan alasan yang diberikan ialah kerana keberatan dari pihak sejarawan dan para ilmuwan setelah kejatuhan empayar Ming untuk menulisnya kerana polisi yang diamalkan oleh Dinasti Qing, empayar selepas kejatuhan Ming yang begitu sensitif dengan sebarang usaha untuk mengembalikan Dinasti Ming.

Disebut juga bahawa antara sebab kepada tiadanya penumpuan para sejarawan kepada Dinasti Ming ini kerana tiadanya kemajuan yang signifikan yang dilakukan semasa pemerintahan Dinasti Ming. Namun, kita tahu bahawa Dinasti Ming ini jugalah yang telah mengerahkan angkatan laut terbesar pada abad itu dibawah seorang Laksamana Muslim bernama Zheng He dan melawat Melaka untuk persinggahannya sebelum terus bergerak ke barat dan termasuklah Mekah. Jadi timbul persoalan kenapa Dinasti yang membawa perubahan kepada China ini tidak dianggap mundur dan lemah dan terus diabaikan? Rujuklah The Ming Empire: Patron of Islam in China and South-West Asia, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society , 1988, halaman 1-44 untuk mereka yang mahu mengkaji lebih lanjut.

Perlu juga ditekankan disini yang penulis ini juga mengakui banyak rekod-rekod dizaman Dinasti Ming telah dimusnahkan khusus semasa pemerintahan Dinasti Qing. Akhirnya persoalan timbul, adakah laporan dan rekod berkenaan Hang Tuah, Hang Li Po mungkin antara yang dimusnahkan? Dan adakah adil untuk sesiapa menafikan kewujudan Hang Tuah berdasarkan himpunan rekod yang tidak lengkap dari Dinasti China?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Terdapat 32 buah naskah dan 6 edisi Sulalatus Salitin atau dikenali juga dengan nama Sejarah Melayu secara keseluruhannya. Dan di setiap naskhah itu, terdapat perbezaan ketara antara satu sama lain, seperti siapa pengarangnya, bila Melaka ditubuhkan, siapa pengasas kepada Melaka dan sebagainya. Tidak perlu untuk berbincang secara panjang, yang ingin Hamba berikan perhatian ialah pertama tentang tarikh kewujudan Melaka. Tahun lepas, Pemerintah (bukan Kerajaan kerana Melaka sudah tidak beraja) Melaka telah mengumumkan tarikh baru penubuhan Melaka, iaitu hmpir 200 tahun lebih awal dari mana pemahaman sebelum ini. Menurut naskah versi Raja Bongsu, Melaka ditubuhkan pada 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah. Dan kalau benar Melaka ditubuhkan pada abad ke-13, maka Dinasti yang memerintah Tanah Besar China pada ketika itu ialah Dinasti Song dan Dinasti Yuan.

Adakah mungkin nama Hang Tuah tidak terdapat didalam rekod Dinasti Ming yang serba tidak lengkap kerana nama beliau terdapat didalam rekod Dinasti Song dan Yuan? Adakah terdapat usaha untuk merujuk kepada rekod Song dan Yuan berdasarkan versi Raja Bongsu yang diterima kini sebagai versi yang paling lengkap dan terperinci?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Ya, kewujudan Hang Tuah dikatakan masih kabur. Usaha demi usaha telah dilakukan untuk merendahkan martabat Hang Tuah ini dilakukan. Dari klaim yang mengatakan Hang Tuah ini sebagai bangsa Cina, hinggalah menafikan terus kewujudan Hang Tuah membuktikan peri penting Hang Tuah direndahkan dan menghilangkan seorang perwira bangsa Melayu. Kesannya cukup besar, bagi sesiapa yang faham.

Begitu banyak bukti kewujudan Hang Tuah, tapi semuanya ditolak. Keris Taming Sari, yang kini menjadi lambang kebesaran dan regalia Kesultanan dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang menjadi saksi kepada kewujudan tubuh bernama Laksamana Tun Tuah juga belum cukup untuk mengatakan bahawa Laksamana Agung Melayu ini wujud. Malahan, nasab lengkap Hang Tuah seperti diberikan Christopher Buyer juga ditolak? Apa lagi bukti yang diperlukan? Rekod dari China?

Pergilah ke Bintan tanah kelahiran Tun Tuah, pergilah ke Kelantan, Pattani, dan Pahang, keturunan Laksamana Agung ini bertaburan di bumi Melayu ini, Cuma tidak sedar akan kelebihan dan mungkin tidak mahu menonjolkan diri mereka kerana Melayu itu sifatnya merendah diri.

Tun Ali bin Datuk Paduka Tuan Jelai Tun Hamzah bin Tun Mat Ali bin Sang Naya Hang Nadim (berkahwin dengan anakanda Laksamana Tun Tuah, Tun Emas Jiwa selain anakanda sulongnya, Laksamana Sang Guna)... Tun Emas Jiwa Binti Tun Tuah bin Hang Mahmud.....
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Jangan salahkan leluhur kerana dikatakan tidak menulis sejarah bangsa, kerana tidak tepat dan mencampur adukkan sejarah dan hikayat. Salahkan diri sendiri kerana tidak dapat melihat kebijaksanaan mereka didalam menulis dan kebebalan sendiri yang hanya melihat sesuatu dengan pandangan kasar, bukannya mata hati.

Hang Tuah tidak masuk akal? Lihat dengan mata hati, kaji, dan selami. Kalian akan terpukau dengan bangsa bernama bangsa Melayu ini.

Nama sumatera memakan masa hampir 600 tahun untuk dibongkarkan rahsianya. Sudah tiba masa untuk kita menunjukkan bahawa Laksamana Tun Tuah itu sememangnya wujud!

Takkan Melayu Hilang di Dunia.....

Rujukan: 

Historical Fact and Fiction, Syed Muhammad Naquib al-Attas

Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, Wolfgang Franke

From the Mediterranean Sea to the China Sea: Miscellaneous Notes, C. Guillot

Genesis Autograf Sejarah Melayu, V. Thilagavathi Gunalan.

Catatan Merah Silu, Radzie Sapie

Kredit: Saya Budak Melayu 


Wednesday, 5 July 2017

KISAH SOLAT SUBUH IMAM MAHADI & NABI ISA A.S SEBELUM MEMBUNUH DAJJAL

Gambar Hiasan

Dikisahkan apabila tiba di penghujung zaman nanti akan terjadilah satu peperangan yang terbesar dalam sejarah manusia iaitu peperangan diantara umat islam menentang kufar.
Perang Dunia ke 3 yang juga dikenali sebagai Armagedon ini merupakan perang terakhir antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi sebelum kedatangannya hari kiamat.

Dalam perang tersebut pemimpin mereka Dajjal terbunuh, hingga seluruh Yahudi juga akan terbunuh seramai 70,000 orang.

Diriwayatkan apabila hampir subuh maka Imam Mahdi r.a pun memerintahkan tenteranya bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.

Itulah peperangan terakhir buat umat islam bersama tentera Al Mahdi dan subuh yang terakhir sebelum dajjal terbunuh oleh Nabi Allah iaitu Isa as.

Bilal pun melaungkan azan kemudian masing-masing bersolat sunat fajar apabila semuanya selesai. Bilal pun berdiri dan melaungkan Iqomah menandakan solat akan didirikan .

Pada masa yg sama di luar sana, 2 malaikat telah turun membawa seorang keturunan bani Israil dari langit, beliau adalah anak seorang perempuan yang suci, Nabi Isa a.s .

Nabi Isa a.s diturunkan ke menara putih di Masjid  di mana Imam Mahdi  dan kaum muslimin bersolat subuh.

Di dalam sebuah hadis ada menceritakan ketika Nabi Isa a.s turun ke bumi baginda memakai jubah yg berwarna putih kekuning-kuningan, berambut panjang sehingga mencecah bahu, rambutnya seolah-olah kelihatan basah seolah-olah ada air yg akan menitis ke pakaiannya, apabila di mengibaskan rambutnya jatuhlah mutiara daripadanya.

Turunnya Nabi Isa a.s adalah untuk membuat perhitungan yang terakhir . Inilah detik terpadamnya fitnah yang menguasai manusia berabad-abad lamanya.

Fitnah kaumnya tentang kematiannya disalib akan diperlihat kebenaran Al Quran bahawa jasadnya dinaikkan ke langit dan dikembalikan ke dunia untuk dipersaksikan keseluruhan umatnya.

Tanpa berlengah lagi nabi Isa a.s pun turun ke ruangan solat .Kelihatan ramai manusia sudah berdiri dan bersiap -siap untuk solat subuh .

Diriwayatkan bahawa manusia yang pertama yang mengetahui turunnya Nabi Isa a.s ialah pesuruhnya yang dikenali sebagai Zarnab Barala. Beliau hidup sejak zaman Rasulullah saw dan dipanjangkan usianya melebihi 2000 tahun.

Pesuruh nabi Isa as. itu ditempatkan di suatu bukit dan di doakan umur yang panjang sehingga turunnya nabi Isa a.s dari langit.

Maka Nabi Isa a.s pun mengucapkan salam kepada semua kaum muslimin, semua orang di situ mendengar dengan jelas salam itu lalu mereka semua berpaling ke arah suara itu. Masing-masing tertanya-tanya siapakah gerangan manusia yang baru memberi salam ini, tanpa berlengah maka Zarnab Barala memperkenalkan manusia itu ialah Nabi Isa as Putera Maryam.

Maka tersenyumlah kaum muslimin, suasana diselubungi perasaan syukur dan gembira.Nabi Isa a.s menyapa dan bersalam-salaman dengan kaum muslimin. Tidak menjadi masalah baginya untuk bermesra dengan kaum muslimin kerana baginda mengetahui banyak bahasa dunia.

Tanpa berlengah Nabi Isa a.s dipersilakan ke hadapan untuk mengimamkan solat subuh. Solat subuh yang terakhir sebelum Dajjal lenyap di dunia yang fana ini.

Imam Mahdi yang berumur 44 tahun ketika itu mempersilakan Nabi Isa a.s manjadi Imam tetapi ditolak pelawaan itu dengan baik olehnya. Dalam perkara ini, Rasulullah saw mengulas dalam salah satu hadisnya, Perbuatan Nabi Isa a.s adalah satu penghormatan untuk umat ini.

Setelah selesai sahaja Imam Mahdi r.a dan Nabi Isa a.s serta kaum muslimin bersolat subuh berjamaah. Nabi Isa a.s memerintahkan supaya pintu kubu di buka, setelah pintu kubu dibuka maka kelihatanlah si Mata Satu [Dajjal Al-Masih].

Bersama tenteranya telah berbaris dan bersedia untuk berperang. Di pinggang-pinggang mereka terdapat pedang yang bersalut emas dan mereka semua adalah kaum Yahudi yang ketika itu berjumlah seramai 70,000 orang tentera belum termasuk bilangan jin dan kaum-kaum lain yang terpedaya dan mengikuti dajjal.

Nabi Isa yang berusia 33 tahun itu pun maju ke hadapan bersama-sama tentera Islam. Nabi Isa ketika mara ke hadapan sambil menundukkan kepalanya dan apabila sampai betul-betul setentang dihadapan dajjal barulah Nabi Isa a.s mengangkat kepalanya dan merenung Dajjal dengan matanya.

Dengan izin Allah maka keluarlah mukjizat dari mata Nabi Isa a.s dan terkena Dajjal , akibat renungan tajam Nabi Isa a.s itu jasad dajjal pun mencair.

Maka kelihatanlah dengan jelas muka sebenar dajjal dan tubuh badannya. Kaum manusia yang sesat tersihir terkejut melihat perubahan ‘tuhannya’ (dajjal) maka mereka pun tersedar bahawa mereka telah di tipu dan lari bertempiaran melepaskan diri.

Sesungguhnya tuhan yang diikuti selama 37 hari itu sebenarnya adalah dajjal.

Seperti maksud dari sepotong hadis, “Kemudian ia (Nabi Isa a.s) menuju kepada mereka (dajjal dan tenteranya) dan apabila ia dilihat oleh musuh Allah maka ia (dajjal) akan mencair seperti garam yg mencair, sekiranya ia membiarkan hal itu ,sesungguhnya musuh Allah akan binasa…”

Dajjal sangat mengenali manusia yang berdiri di hadapannya itu, sebenarnya mereka sudah pernah bertemu sebelum ini iaitu lebih kurang 2020M tahun yangg lampau. Maka dajjal sedar ajalnya telah tiba, amat bodohlah sekiranya dia cuba untuk memerangi Nabi Isa a.s. Sudah tentu dia akan mati terbunuh dihadapan pengikutnya. Maka habislah gelaran pengiktirafan taraf Tuhan yang baru diperolehi itu daripada manusia.

Dajjal mengambil keputusan untuk melarikan diri, secara-tergesa-gesa lari ke arah timur namun apabila tiba di sana alangkah terkejutnya kerana di dapati musuhnya sudah ada di hadapannya. Tanpa berlengah dajjal lari ke arah barat, sampai di sana alangkah terkejutnya buat kali ke dua, Nabi Isa a.s sudah ada di hadapannya.

Sesungguhnya pada ketika ini dia merasakan ajalnya telah begitu hampir, namun dajjal tidak berputus asa lalu lari ke arah negaranya iaitu Israel, tetapi sebelum sampai ke kuilnya iaitu di suatu tempat di pintu masuk Lud, dajjal melihat Nabi Isa a.s sudah berdiri di situ dengan sebatang lembing di tangannya. Pada kali ini Nabi Isa a.s sudah tidak lagi memberi peluang kepada dajjal.

Nabi Isa a.s merejam lembing ke arah dajjal yang menusuk tepat ke dada dajjal dan dajjal pun mati dengan serta-merta, maka tamatlah riwayat tukang fitnah terbesar di sepanjang zaman.

Nabi Isa a.s kembali menemui kaum muslimin dan menunjukkan lembingnya yang dibasahi darah dajjal. Seperti yang diceritakan di sebuah hadis yg maksudnya, Akan tetapi Allah mengkehendaki untuk membunuhnya di tangan Isa Ibnu Maryam, maka Isa memperlihatkan darah dajjal di hujung tombaknya.

Kaum yahudi bertempiaran lari lalu bersembunyi di sebalik pokok-pokok dan batu-batu , mereka ketakutan kerana dajjal sudah mati dibunuh, tidak ada sesiapa yang akan menaungi mereka lagi selepas ini.

Kaum muslimin ketika itu nekad mengejar tentera yahudi dan membunuh semua kaum yahudi zionis di muka bumi yang berabad lamanya menindas bangsa lain di dunia.

Bukan setakat kaum muslimin memerangi kaum yahudi malah termasuklah pokok-pokok dan batu-batu. Sekiranya mereka bersembunyi di belakang pokok-pokok atau batu-batu, pokok-pokok dan batu-batu itu itu akan bercakap, Wahai muslim dibelakangku ini ada orang yahudi maka bunuhlah ia!”, lalu kaum muslimin itupun membunuh yahudi yang bersembunyi itu.

Seperti yang diceritakan pada suatu hadis yang maksudnya, Hai Muslim, hai hamba Allah, hai orang yang bertauhid, dibelakangku ada orang yahudi yang bersembunyi, maka datanglah ke sini dan bunuhlah ia .

Hadis yang lain menyebut, .sehingga pohon dan batu-batuan memanggil, wahai roh Allah di sini ada Yahudi , maka tidak ada seorang pun pengikut dajjal yang tidak di bunuh oleh Isa .

Surah Al-Mai’dah -Ayat 5:78

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh”.

Seperti pencerobohan yahudi ke atas Palestin apa yang kita lihat sekarang ini dan telah terkandung dalam surah Al-Mai’dah di atas sebagai bukti sahih.

Di dalam sepotong hadis Rasulullah telah bersabda, Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kaum muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang-orang Yahudi di belakang batu atau kayu, lantas batu dan kayu itu berkata, Wahai orang muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang saya, kemarilah dan bunuhlah ia, kecuali pohon Gharqad kerana ia termasuk pohon Yahudi (HR. Bukhari dan Muslim).

Surah Al-Mai’dah -Ayat 5:41

“Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu orang-orang yang berkata dengan mulutnya: “Kami tetap beriman”, padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: “Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik”. Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar”.

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya Minal Munzharin seperti halnya Nabi Isa a.s. yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini (Masjid Ummayad, Damascus Syria) lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al Munawwarah bersebelahan makam baginda Nabi Muhammad SAW.

Wallahualam…


Tuesday, 6 June 2017

AHMAD SURADJI - ADA APA? SIAPA?

Fakta2 mengenai Ahmad Suradji, Serial killer aka dukun membunuh mengikut kuota.

Jarang aku cerita serial killer di Malaysia dan Asia kenapa ye? Untuk jaga sensitiviti sebab tu aku tak cerita..page lain itu hak dorang..nanti ramai yang sentap. Semua benda nak sensitif sekarang..ini pun seadanya aku cuba ceritakan tu pun atas permintaan seseorang. Ayat aku olah semula.Harap hormati semua penulisan aku ok.setiap cerita ada pengajaran..setiap cerita ade moral dia..bergantung kepada pembaca bagaimana pemikiran mereka...cheers..

***********
Ahmad Suradji, juga lebih dikenali sebagai 'pembunuh ilmu hitam' aka 'The Black Magic Killer'. Dia membunuh mangsa2nya untuk mendapatkan kuasa spiritual yang tinggi. Semua mangsa2nya dibunuh secara ritual dan dia percaya pembunuhan ritual ini akan meningkatkan kebolehannya sebagai dukun.
Suradji dilahirkan pada tahun 1949, dan mula terlibat dengan kes pembunuhan pada tahun 1986. Dalam tempoh 11 tahun, dia telah membunuh sebanyak 42 orang wanita. 
Dia dihukum oleh kerajaan Indonesia pada tahun 2008. Berikut ialah kisah ringkas mengenai Suradji.
No automatic alt text available.
Dia menggelar dirinya dukun. 

Ahmad Suradji mengaku dia mempunyai keistimewaan luar biasa dimana kuasa mengubat/menyembuh dan aura yang digelar "dutak." Biasalah selalunya kita disini percaya sangat dengan bomoh, disana pun sama.Sesetengah orang percaya akan keistimewaan bomoh2 atau dukun ni termasuk kemampuan mengubat walaupun hakikatnya syirik.

Suradji ketika itu dianggap dukun terkenal dan berpengaruh yang boleh mengubat orang, menjadikan wanita awet muda dan cantik jelita serta menjadikan orang kaya raya aka ilmu pengasih dan penunduk.
Image may contain: one or more people and people sitting
Bermimpi bertemu arwah ayahnya dan menyuruh dia membunuh 70 orang wanita tetapi dia hanya sempat bunuh 42 saja.

Ahmad Suradji mula terlibat dengan pembunuhan pada tahun 1986, selepas bermimpi bertemu bapanya yang menyuruh dia membunuh seramai 70 orang wanita bagi meningkatkan lagi ilmu kedukunannya. Jika Suradji berjaya membunuh 70 wanita, dia akan jadi lebih kuat dan kuasa sihir ilmu hitamnya akan lebih power.

Walau bagaimanapun, Suradji gagal mencapai matlamat tersebut kerana hanya sempat membunuh 42 mangsa saja. Ramai mangsanya tidak dapat ditemui selepas dia ditangkap sehinggakan pihak polis mohon orang ramai supaya melaporkan sesiapa saja keluarga mereka yang hilang tanpa dapat dikesan yang mungkin mereka adalah mangsanya.
Image may contain: night, text and outdoor
Dia tak cari mangsanya malah mereka sendiri datang menyerah kepadanya.

Kerana kebolehan dia mengubat dan mempunyai ilmu2 hitam yang tinggi, dukun Ahmad Suradji jarang keluar mencari mangsa dia tetapi mangsa dia sendiri datang minta pertolongan darinya.

Sebahagian besar daripada mereka datang kepadanya untuk minta dia beri ilmu untuk memperbaiki kehidupan mereka. Dalam erti kata lain nak cepat kaya. Kehebatannya tu menjadi buah mulut orang kampung. Namanya disebut2 sebagai dukun terkenal ketika itu.

Wanita2 yang datang kepadanya semua desperate hendak cantik, kaya dan digilai lelaki2. Jadi cara yang dikenakan kadang sangat menakutkan. Namun ada yang sanggup. Mereka sanggup ikut segala arahan dukun seperti ambil tanah kubur dan ada yang sanggup duduk dalam lubang kubur semata mahu ilmu yang diperturunkan tu berkesan. Jadi dukum Suradji mengambil kesempatan. Mangsa2 nya ni dibunuh dengan cara dicekik setelah mereka ditanam separuh badan.

Jika berminggu tiada pelanggan, Suradji akan cari pelacur sebagai korban ritualnya untuk memenuhi kuotanya seramai 70 orang.
No automatic alt text available.
Minum air liur mangsa yang dibunuhnya.

Ramai serial killer rogol kemudian minum darah mangsa nya tetapi Suradji hanya minum air liur mangsanya. Ahmad Suradji percaya caranya ini boleh menjadikannya lebih kuat dia akan minum air liur mangsanya setelah mereka dibunuh dengan jampi serapahnya.
Image may contain: candles and night
Kebumikan semua mangsanya depan rumah supaya tenaga sihir aka ilmu hitamnya kekal dan kuat.

Selepas Ahmad Suradji membunuh mangsa2nya dan minum air liur mereka, dia kebumikan mereka di ladang tebu berhadapan rumahnya. Semasa mereka hidup kebanyakkamnya ditanam paras pinggang kononya bagi membuang sial. Setelah ditanam (dalam keadaan bogel) separuh hingga pingang kemudian mereka dicekik hingga mati. Semuanya ditanam menghadap kearah rumahnya yang dikatakan boleh menambah kuasa sihirnya.
Image may contain: one or more people, tree and outdoor
Ditangkap ketika Jirannya terjumpa mayat diladang tebu.

Pembunuhan yang dilakukan oleh Ahmad Suradji berlangsung dari tahun 1986 hingga tahun 1997, namun akhirnya dia tertangkap. Itupun apabila kantoi jirannya terjumpa mayat diladang tebunya.

Selepas disoal siasat polis dan memurut mereka itu ialah pelanggannya, dia serta merta ditangkap. Rumahnya juga digeledah segala alatan ritual seperti keris, tengkorak kemenyan dan pelbagai lagi barang2 mangsanya dijumpai.
Image may contain: 2 people, people standing and people sitting
Dihukum tembak.

Pada tahun 2008, Suradji dijatuhi hukuman tembak di Indonesia. Sebelum hukuman dijalankan dia berkata yang semua ilmu hitamnya adalah datang dari Tuhan, dia tak berkuasa, di berharap sangat yang dia boleh bebas dan diberi peluang bertaubat dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa.
Image may contain: 3 people, text
Dia berubah setelah dipenjarakan serta menasihatkan kawan2nya semua berbuat baik kejalan benar.

Selepas ditangkap dan duduk seketika dalam penjara Suradji mula mendalami ajaran2 Islam. Dia berubah malah mengajak rakan2nya yang lain turut sama beribadat kepada Allah yang maha Esa. Dalam penjara pun dia popular kerana mungkin dia ada auranya yang tersendiri menarik perhatian orang.
Image may contain: one or more people
Salah seorang isterinya adalah pembantunya yang setia.

Ahmad Suradji ada tiga isteri. Kesemua isteri2nya disoal siasat. Tetapi hanya seorang isterinya, Tumini (gambar) yang ditangkap dan dipenjarakan kerana dia merupakan pembantunya melakukan semua kerja2 pembunuhannya, dua yang lain tak tahu apapun.
Image may contain: 2 people
Jiran2nya hormati dia kerana kemampuan yang dia ada.

Sebelum ditangkap kerana membunuh, Ahmad Suradji seorang dukun yang dihormati dan disegani oleh jiran2nya. Dia selalu menawarkan diri bagi mengubati orang2 yang sakit. Jadi jiran2nya hormati dia. Dia juga seorang yang pemurah dan suka menderma kepada orang susah. Jadi orang2 semua respect dia dan tak hairanlah dia dukun yang terkenal dikampung tu.
Image may contain: 3 people, text
Mangsa2 wanitanya yang datang dikenakan bayaran bukan free.

Ahmad Suradji berkemampuan menaikkan seri atau awet muda kepada wanita jadi dia kenakan bayaran tertentu kepada pelanggan2nya. Namun malangnya tak sempat menikmati ilmu tersebut mereka menjadi korban bunuh Suradji. Kesian..
Image may contain: 1 person, text