Showing posts with label Istana. Show all posts
Showing posts with label Istana. Show all posts

Tuesday, 12 June 2018

KERAJAAN SUDAH BERUBAH... PDRM BILA LAGI?

Surat terbuka kepada Menteri Dalam Negeri – DARI KAMI ANGGOTA/PEG PDRM

YDH TS . Kami merasakan terdapat banyak masalah di dalam PDRM yang boleh diperbaiki.

Tanggal 09 Mei 2018 tarikh keramat bagi Malaysia. Perubahan yang besar ... perubahan kerajaan telah berlaku.....Apakah PDRM masih mahu berada di tapak yang lama ........

SARAWAK REPORT:
Image result for tan sri khalid abu bakar
Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar (bekas KPN)
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Pengarah Narkotik  Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah JSJ Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, KPD Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, PT D7 Perak DSP Annadurai Veloo, dan ramai lagi telah disiarkan nama mereka oleh Sarawak Report akan penglibatan mereka dalam OPS GOPI. Mereka ini perlu memberikan kenyataan terbuka, jika laporan itu palsu maka tindakan saman perlu dilakukan terhadap Sarawak Report. 
Dari Kiri: Datuk Seri Mohmad Salleh, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd & Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
Apakah keputusan siasatan oleh SPRM? Semenjak sekian lama jika sesuatu aduan terhadap pegawai atasan PDRM maka ia akan ditutup begitu sahaja. Dimanakah peranan JIPS? Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan kaum keluarga mengakui menerima banyak panggilan dan juga memanggil GOPI dengan menggunakan telefon peribadinya, tetapi tiada sebarang tindakan diambil? Kami semua tahu siapa dia GOPI - terlalu ramai pegawai polis yang dapat naik pangkat dan kemudian ditempatkan di posisi strategik akibat tunduk dan menjilat kaki GOPI. Tapi tak kurang juga pegawai yang ditukarkan akibat tidak mahu menyembah GOPI. Lihatlah betapa rendahnya maruah pegawai polis yang sanggup menyembah dan menjilat kaki seorang awam semata-mata kerana kepentingan diri.

Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar perlu memberitahu bagaimana mampu membina ISTANA MANTIN di Negeri Sembilan yang menelan belanja hampir RM 15 juta. Perkara ini telah dibangkitkan oleh sebuah NGO. Adalah tidak masuk akal seorang pejawat awam mampu membina sebuah rumah dengan harga yang sedemikian. Tidak pulak diketahui jika Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menabung semenjak kecil lagi?
Image result for istana tan sri khalid di mantin
Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pula dilaporkan mempunyai wang hampir 1 juta di Australia dan yang menariknya Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tidak mahu menuntut wang tersebut dibiarkan sahaja di sana. Ini adalah pegawai yang mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah. Kami warga PDRM tertanya-tanya adakah nilai RM1,000,000 begitu kecil bagi Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd sehingga melepaskan begitu sahaja.

KENYATAAN PEGUAM

Seorang peguam baru-baru ini telah menyatakan Bekas KP Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff bersama Sultan Johor telah ditahan di lokap Argentina kerana kesalahan membawa wang tunai hampir USD6,000,000....adakah ini palsu? Mengapakah tiada sebarang makluman daripada Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff. Dan mengapa tidak ada sebarang tindakan ke atas Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff?
Image result for datuk seri mohd mokhtar mohd shariff
Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff
SPRM juga telah menyerbu rumah Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan menjumpai wang tunai RM6,000,000..apa kesudahannya.? Bagaimana Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff mampu kumpul wang sebanyak ini ? Mengapakah Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dibuang kerja sebagai Pengarah SB baru-baru ini dengan tiba tiba? Sangat mengaibkan cara dia dihalau dari PDRM.

JIKA SPAD TELAH DIBUBAR BANYAK CAWANGAN DAN UNIT PDRM BOLEH DIBUBAR

Terdapat banyak cawangan dan unit di dalam PDRM yang membuat kerja bertindih, boleh dibubarkan. Cawangan Narkotik dibubar dan serapkan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jenayah Komersial diserapkan ke Bank Negara Malaysia, Trafik diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan. Unit-unit seperti STAGG, STAFOG, STING dibubarkan dan diserapkan ke cawangan D7 kerana ia mempunyai tugas yang bertindan. Jadikan PDRM agensi terunggul yang mana tugasnya hanya memerangi jenayah. Kesemua anggota dan pegawai dari jabatan lojistik, dan pengurusan diserapkan ke JSJ supaya tidak lagi timbul alasan tidak cukup tenaga manusia dan tugas mereka diambil alih oleh orang awam.

FUNGSI JIPS

Apakah peranan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)? Adakah hanya untuk menangkap anggota bawahan (bilis)? Bagaimana dengan salah laku pegawai atasan? Ketua polis Pulau Pinang misalnya sangat terkenal dengan isterinya yang diberikan escort anggota polis sewaktu membeli belah, sebagaimana Rosmah Mansor... Apakah ini bukan salah guna kuasa? Mengapa tiada tindakan? JIPS didapati gagal melaksanakan tanggungjawabnya. JIPS perlu dibubarkan dan diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) IPCMC sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambah baik polis. YDH Tan Sri, adalah menjadi harapan kami bahawa IPCMC yang dicadangkan dulu dijadikan realiti sekarang. Ini akan membolehkan wujud Check & Balance di dalam PDRM. Mengapa perlu pegawai PDRM takut dengan IPCMC jika tidak membuat sebarang kesalahan.

Kami memakai tanda Integriti di dada sedangkan hampir keseluruhan PDRM telah dijangkiti penyakit barah rasuah dan seolah-olah tidak dapat dirawat lagi? Rasuah bukan perkara asing dalam kalangan warga PDRM, tapi ibarat seekor ikan yang membusuk ia membusuk dari kepala dulu. Tiada gunanya memarahi dan mengambil tindakan ke atas anggota bawahan yang terlibat rasuah sedangkan rantaian rasuah adalah dari atas ke bawah bukan sebaliknya.

RASUAH

Bukan rahsia lagi dalam kalangan masyarakat PDRM pada hari ini bahawa setiap IPD, IPK, dan BUKIT AMAN telah menularnye penyakit barah rasuah dan sedang berkembang mekar dan subur. Rasuah wujud pada setiap bahagaian besar dan kecil. Ada bahagian dibayar bulanan oleh tuan-tuan punya aktiviti dan perniagaan yang berkenaan. Misalnya pusat hiburan, pusat judi dan pusat pelacuran membayar wang perlindungan kepada OCS dan JSJ. Lihat bagaimana Pusat Pelacuran Saboon yang begitu dekat dengan Bukit Aman dan IPK Kuala Lumpur mampu berkembang pesat tanpa sebarang tindakan untuk sekian lama. Pengusaha transport pula membayar kepada Jabatan Trafik. Along membayar kepada Jabatan Komersial. Kontraktor-kontraktor membayar kepada bahagian yang memberikan mereka kerja-kerja kontrak. Pengusaha pusat hiburan yang menjual pil-pil khayal sudah tentu membayar kepada jabatan Narkotik. Tujuannya supaya kegiatan mereka tidak diganggu dan jika ada serbuan atau pun tindakan maka maklumat telah sampai awal-awal lagi. Ramai pegawai bersekongkol dengan Tokan dalam Makmal (Lab) Dadah.

Makin hari makin bertambah pusat judi cyber, pusat hiburan keluarga dan pelbagai pusat maksiat. Mustahil perkara ini tidak diketahui oleh pihak polis. PDRM akan menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi yang mengaturnya ialah pegawai-pegawai PDRM juga. Yang hairannya, makin banyak unit ditubuhkan untuk memerangi jenayah judi dan maksiat seperti STAGG, STAFOG dan STING. Perebutan taktha di dalam STAGG baru baru ini menyebabkan 2 pegawai atasan ditahan SPRM. Pihak polis sebenarnya ditertawakan oleh sebuah NGO iaitu  Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) melalui Pengerusinya Datuk R. Sri Sanjeevan kerana perkara ini. Namun pengurusan PDRM masih bernyawa di dalam Denial Mode. Datuk R. Sri Sanjeevan pernah ditahan oleh pihak polis tetapi oleh kerana kecuaian pihak polis Datuk R. Sri Sanjeevan dilepaskan oleh mahkamah, atau kesilapan ini disengajakan. ?
Image result for Datuk R. Sri Sanjeevan
Datuk R. Sri Sanjeevan

PANGKAT UNTUK DIJUAL

Setiap kali hadirnya temuduga kenaikkan pangkat maka jalan paling mudah untuk mendapat kenaikkan pangkat tersebut ialah dengan membayar wang. Ini juga bukan satu perkara yang rahsia. Perkara ini sangat jelas sewaktu pemerintahan KPN Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar. Dengan membayar RM8,000 maka pangkat SARJAN sudah pasti. Kroni-kroni pasti naik pangkat sedangkan tempoh perkhidmatan jauh rendah berbanding yang bukan kroni. Mereka yang hanya berdoa serta membaca buku maka ketinggalan jauhlah alamatnya. Sewatu zaman Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin (bekas Timbalan Ketua Polis Negara) semua kelompok negeri Sabah menaiki taktha dan menduduki tempat tempat yang “baik”. Baik bermaksud yang mempunyai pendapatan lumayan setiap bulan. Lubok emas ada di mana sahaja.

Terdapat pegawai yang berkhidmat di satu bahagian hampir 30 tahun, walupun setiap kali bertukar lokasi namun tetap dengan unit yang satu itu, sebabnya unit tersebut membolehkan mendapat pendapatan yang lumayan setiap bulan di samping hak-hak yang lain. Unit yang dimaksudkan ialah D7 di Jabatan Siasatan Jenayah. Ada juga anggota pangkat rendah yang diberi peluang kenaikkan pangkat kepada pegawai namun sifat tamak haloba dan rakus dengan kertas kepala agong menyebabkan mereka sentiada ada kabel dan masih bertugas di Bahagian D7. Mereka ini menjadikan wang ringgit sebagai tuhan mereka, sanggup menyembah sesiapa sahaja asalkan dapat terus duduk di dalam unit tersebut dan mengumpul sebanyak mana harta kekayaan seolah-olah bila mati akan dibawa bersama.

LAWATAN DAN PEMERIKSAAN DARI BUKIT AMAN ATAU IPK ATAU IPD

Setiap kali ada lawatan atau pemeriksaan maka kelam kabutlah setiap IPD itu terpaksa mencari sponsor iaitu untuk jamuan makan minum di restoran yang mahal, kemudian disediakan penginapan di hotel mewah siap dengan acara sampingan di SPA atau dihidangkan perempuan asing di karaoke.

Di manakah sumber sponsor ini? Tentunya tauke judi, atau pusat pelacuran atau pun yang menjalankan perniagaan lari cukai atau Along. Sedangkan pegawai yang datang itu boleh menuntut segala apa yang mereka belanjakan mengikut ketetapan. Apabila pasukan pemeriksa telah dijamu dengan sebegitu rupa maka hasil pemeriksaan tentulah baik adanya.

PERANAN PERKEP

Kesemua anggota polis telah MELUAT dengan PERKEP. PERKEP hanya untuk kebaikan puak-puak tertentu sahaja. Percaya atau tidak...setiap bulan tauke tauke judi, pelacur dan golongan Along ada menyediakan sumbangan tetap untuk PERKEP. Apa tidaknya, jika tidak manakan dapat menjalankan operasi dengan berkesan. Setiap pengerusi PERKEP akan mengadukan hal kepada suami mereka jika anggota atau pegawai wanita tidak dapat menyertai program dan kemudian diambil tindakan.

SIASATAN KES KP SPRM

Apa telah terjadi dengan siasatan kes KP SPRM? Ia disiasat oleh pihak Bukit Aman. Bukankah sesuatu kertas siasatan yang dibuka mesti dirujuk kepada Pihak TPR dengan segera. Semacam wujud konspirasi antara PDRM dengan SPRM agar membawa siasatan ke hala yang lain. Mungkin ini ialah penyelesaian dua hala terhadap kes Ops GOPI?

PERMAINAN STATISTIK

Semenjak sekian lama setiap KPD telah diarahkan oleh KP Negeri agar memastikan Indeks Jenayah menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya. Dengan ini KP boleh berbangga dengan pihak media atau pun dengan Bukit Aman. Apa yang berlaku ialah manipulasi statistik sehingga banyak kes ditandakan sebagai NFA dan dimainkan dengan seksyen-seksyen yang tidak termasuk dalam indeks. PDRM telah begitu lama menipu rakyat kononnya persekitaran adalah selamat sedangkan banyak sangat berlaku jenayah. Mengikut kajian indeks jenayah seharusnya selari dengan pertambahan penduduk dan pembangunan tetapi di dalam PDRM ia adalah songsang.

PANGKAT BARU - MENJADI BAHAN TAWA ATM
Pucuk pimpinan PDRM terlalu ingin memberikan kenaikkan pangkat kepada kroni-kroni mereka malangnya apabila sampai kepada DCP maka tidak boleh dinaikan pangkat kecuali menjadi pengarah, maka di sini Bekas KPN Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar telah mengadakan satu pangkat baru iaitu 3 bintang menegak yang juga di panggil Komisioner. Pada masa kini ada 2 jenis komisioner di dalam PDRM iaitu 3 bintang tegak dan 3 bintang tiga segi, ini sangat melucukan terutama dalam kalangan pegawai-pegawai ATM.

YDH Tan Sri, jika hendak di susun kesalahan dan kelemahan maka ia tiada kesudahan, diharap dengan perubahan kerajaan maka kami akan dapat melihat perubahan secara menyeluruh di dalam PDRM. 

Sekian.


Thursday, 4 January 2018

MENCARI HANG TUAH: ANTARA HIKAYAT DAN FAKTA

Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Prof. Dr Syed Naquib al-Attas, seorang Ilmuwan dan ahli falsafah Agung Melayu masa kini didalam karyanya yang terbaru, Historical Fact and Fiction telah mengemukakan satu teori terbaru yang bakal mengubah sekali lagi penulisan sejarah tanah air mahupun seluruh Nusantara barangkali.

Antaranya, apabila beliau membincangkan asal dan usul nama Sumatera yang pada pendapat beliau telah disalahtafsirkan. Sejak Marsden didalam penulisannya "History of Sumatra" pada 1783, kebanyakan ilmuwan dan sejarawan barat telah membuat kesimpulan yang satu apabila berbicara tentang akan asal usul nama Sumatera. 

Sumatera pada pendapat mereka sudah tentunya berasal dari perkataan Sanskrit iaitu Samudra ataupun Suwarna. Samudra didalam bahasa Sanskrit dan juga dipinjam didalam Bahasa Melayu sebagai laut, manakala nama Suwarna pula mungkin diambil dari buku al-Biruni yang mana mencatatkan bahawa orang India pada suatu ketika dahulu memanggil kepulauan Sumatera dan Jawa sebagai Suwarnadib, ataupun Suvarnadvipa, yang bermaksud Pulau Emas, memandangkan sejarah perdagangan yang panjang antara Benua Keling dan Nusantara ini khususnya berkaitan dengan emas, yang mana pernah menjadi barang dagangan utama pada ketika itu.
Hasil carian imej untuk syed naquib al-attas
...hiasan je ni...

Namun, Prof.Syed Naquib al-Attas menyangkal dan menolak hipotesis dan teori yang dikemukakan oleh sekelian orientalis barat selama ni didalam bukunya yang terbaru ini. Sebaliknya, beliau mengangkat satu kitab sejarah dari bangsa Melayu itu sendiri, yakni Hikayat Raja-Raja Pasai apabila persoalan berkenaan asal nama Sumatera ini dibangkitkan.

Didalam Hikayat Raja-Raja Pasai, diceritakan akan asal usul nama Sumatera dengan jelasnya. Diceritakan bahawa apabila Merah Silau menaiki takhta kerajaan, ternampaklah baginda akan satu semut besar yang dikatakan sebesar kucing lalu melintas dihadapan baginda. Terkejut dan takjub akan kejadian tersebut, maka ditangkaplah semut itu dan dimakannya, dan ditempat itulah baginda membina istana kerajaannya lalu menamakan tempat itu sebagai Samatra atau Semut Raya, yang bermaksud Semut Besar.

Sudah tentu, apabila dikatakan hikayat, dan jalan cerita yang pada hemat para orientalis barat sebagai tidak masuk akal, akan ditolak sementah-mentahnya tanpa perlu dikaji lagi. Mana mungkin wujud seekor semut sebesar kucing diatas muka bumi ini?

Maka apabila membincangkan tentang Hikayat Raja-Raja Pasai, para sejarawan termasuklah sejarawan tempatan telah menolaknya dan hanya mengklasifikasikannya sebagai satu sastera klasik berunsur sejarah yang tidak boleh dipakai. Namun disangkal oleh YM Prof Syed Naquib al-Attas didalam bukunya yang terbaru ini. Apa yang dikemukakannya ialah bahawa Semut Raya itu wujud. Sejarah Merah Silau bertemu semut sebesar kucing itu sememangnya wujud! Dan ia bukanlah satu rekaan dan fiktif semata-mata.

Maka dibongkarkannya sebuah kitab perjalanan lama Arab Aja’ib al-Hind yang dikarang oleh Buzurg ibn Shahriyar yang ditulis dalam lingkungan masa abad ke-10 masihi. Didalamnya dilaporkan oleh seorang yang bernama Muhammad ibn Babishad yang mana menyatakan pada utara Sumatera,

‘Terdapat semut yang sungguh besar, terutamanya di Pulau Lamri yang mana mereka itu membesar..’
Image may contain: 1 person
...hiasan je ni...

Apa kaitan Hang Tuah dengan diatas? Mudah, kedua-duanya ditafsirkan dan digolongkan oleh para sejarawan tempatan khusus yang berpendidikan dan mempunyai pandangan alam barat sebagai mitos, mustahil dan hanya khayalan. Sekali pandang, mana mungkin akan wujud semut sebesar kucing seperti dinyatakan didalam Hikayat Raja-Raja Pasai? Hang Tuah pula wujud hanya sebagai satu perlambangan, satu lambang kepada seruan untuk kebangkitan bangsa Melayu yang baru sahaja dijajah oleh Feringgi pada awal penulisannya.

Dan kita yang tidak mengkaji dan mengharapkan imhsan dan bantuan bangsa lain untuk mencari dan membongkar khazanah sejarah sendiri akan tunduk mengiyakan apa yang telah ditulis. Para sejarawan tempatan yang dilatih dan diindoktrinasikan dengan cara pemikiran barat akan turut menyokong fakta yang diberikan oleh para orientalis terdahulu. Tiada usaha untuk mencari, mengkaji dan menyelami sejarah bangsa sendiri. Tak habis-habis dengan hanya menunggu untuk disuap, dan bukan menjadi orang yang menyuap.

Ini jawapan Hamba kepada persoalan yang dibangkitkan apabila Prof Emeritus Khoo Khay Kim mempersoalkan kewujudan Tun Tuah. Dan ini juga jawapan Hamba kepada mereka yang menggelakkan apabila Melayu dikatakan bangsa awal manusia. Persoalan yang paling asas didalam banyak-banyak soalan.

Jangan salahkan Prof Khoo Khay Kim apabila menafikan Laksamana Tun Tuah dan Puteri Hang Li Po. Salahkan kita sendiri kerana gagal memahami sejarah bangsa sendiri. Salahkan kita sendiri yang memandang rendah kepada kebijaksanaan leluhur kita. Salah kita sendiri sebenarnya.

Hendaklah pengkaji sejarah Islam itu hidup dengan aqal, ruh dan perasaannya....Syed Qutb, al-Tarikh Fikrah wa Minhaj
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Hang Tuah, Tun Tuah? Wujudkah susuk ini? Yang dikatakan manusia terbilang ini?

Yang Dimuliakan Prof.Emeritus Tan Sri Khoo Khay Kim menafikan dan mempersoalkan kewujudan Laksamana Agung Kesultanan Melaka Darussalam ini dengan mengambil kira rujukan silang yang dilakukan khusus didalam rekod Dinasti Tanah Besar China yang memerintah pada ketika itu, Dinasti Ming. Oleh kerana tiadanya rekod yang menyebut nama Hang Tuah, maka Laksamana Agung ini tidak wujud! Semudah itu!

Suka Hamba rujuk kepada Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, jilid 1 halaman 227 yg mana, diantara lain penulis tersebut menyatakan bahawa Dinasti Ming merupakan Dinasti yang paling diabaikan sejarahnya. Walaupun disebutkan alasan yang diberikan ialah kerana keberatan dari pihak sejarawan dan para ilmuwan setelah kejatuhan empayar Ming untuk menulisnya kerana polisi yang diamalkan oleh Dinasti Qing, empayar selepas kejatuhan Ming yang begitu sensitif dengan sebarang usaha untuk mengembalikan Dinasti Ming.

Disebut juga bahawa antara sebab kepada tiadanya penumpuan para sejarawan kepada Dinasti Ming ini kerana tiadanya kemajuan yang signifikan yang dilakukan semasa pemerintahan Dinasti Ming. Namun, kita tahu bahawa Dinasti Ming ini jugalah yang telah mengerahkan angkatan laut terbesar pada abad itu dibawah seorang Laksamana Muslim bernama Zheng He dan melawat Melaka untuk persinggahannya sebelum terus bergerak ke barat dan termasuklah Mekah. Jadi timbul persoalan kenapa Dinasti yang membawa perubahan kepada China ini tidak dianggap mundur dan lemah dan terus diabaikan? Rujuklah The Ming Empire: Patron of Islam in China and South-West Asia, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society , 1988, halaman 1-44 untuk mereka yang mahu mengkaji lebih lanjut.

Perlu juga ditekankan disini yang penulis ini juga mengakui banyak rekod-rekod dizaman Dinasti Ming telah dimusnahkan khusus semasa pemerintahan Dinasti Qing. Akhirnya persoalan timbul, adakah laporan dan rekod berkenaan Hang Tuah, Hang Li Po mungkin antara yang dimusnahkan? Dan adakah adil untuk sesiapa menafikan kewujudan Hang Tuah berdasarkan himpunan rekod yang tidak lengkap dari Dinasti China?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Terdapat 32 buah naskah dan 6 edisi Sulalatus Salitin atau dikenali juga dengan nama Sejarah Melayu secara keseluruhannya. Dan di setiap naskhah itu, terdapat perbezaan ketara antara satu sama lain, seperti siapa pengarangnya, bila Melaka ditubuhkan, siapa pengasas kepada Melaka dan sebagainya. Tidak perlu untuk berbincang secara panjang, yang ingin Hamba berikan perhatian ialah pertama tentang tarikh kewujudan Melaka. Tahun lepas, Pemerintah (bukan Kerajaan kerana Melaka sudah tidak beraja) Melaka telah mengumumkan tarikh baru penubuhan Melaka, iaitu hmpir 200 tahun lebih awal dari mana pemahaman sebelum ini. Menurut naskah versi Raja Bongsu, Melaka ditubuhkan pada 1262 Masihi bersamaan 660 Hijrah. Dan kalau benar Melaka ditubuhkan pada abad ke-13, maka Dinasti yang memerintah Tanah Besar China pada ketika itu ialah Dinasti Song dan Dinasti Yuan.

Adakah mungkin nama Hang Tuah tidak terdapat didalam rekod Dinasti Ming yang serba tidak lengkap kerana nama beliau terdapat didalam rekod Dinasti Song dan Yuan? Adakah terdapat usaha untuk merujuk kepada rekod Song dan Yuan berdasarkan versi Raja Bongsu yang diterima kini sebagai versi yang paling lengkap dan terperinci?
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Ya, kewujudan Hang Tuah dikatakan masih kabur. Usaha demi usaha telah dilakukan untuk merendahkan martabat Hang Tuah ini dilakukan. Dari klaim yang mengatakan Hang Tuah ini sebagai bangsa Cina, hinggalah menafikan terus kewujudan Hang Tuah membuktikan peri penting Hang Tuah direndahkan dan menghilangkan seorang perwira bangsa Melayu. Kesannya cukup besar, bagi sesiapa yang faham.

Begitu banyak bukti kewujudan Hang Tuah, tapi semuanya ditolak. Keris Taming Sari, yang kini menjadi lambang kebesaran dan regalia Kesultanan dan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang menjadi saksi kepada kewujudan tubuh bernama Laksamana Tun Tuah juga belum cukup untuk mengatakan bahawa Laksamana Agung Melayu ini wujud. Malahan, nasab lengkap Hang Tuah seperti diberikan Christopher Buyer juga ditolak? Apa lagi bukti yang diperlukan? Rekod dari China?

Pergilah ke Bintan tanah kelahiran Tun Tuah, pergilah ke Kelantan, Pattani, dan Pahang, keturunan Laksamana Agung ini bertaburan di bumi Melayu ini, Cuma tidak sedar akan kelebihan dan mungkin tidak mahu menonjolkan diri mereka kerana Melayu itu sifatnya merendah diri.

Tun Ali bin Datuk Paduka Tuan Jelai Tun Hamzah bin Tun Mat Ali bin Sang Naya Hang Nadim (berkahwin dengan anakanda Laksamana Tun Tuah, Tun Emas Jiwa selain anakanda sulongnya, Laksamana Sang Guna)... Tun Emas Jiwa Binti Tun Tuah bin Hang Mahmud.....
Hasil carian imej untuk hang tuah
...hiasan je ni...

Jangan salahkan leluhur kerana dikatakan tidak menulis sejarah bangsa, kerana tidak tepat dan mencampur adukkan sejarah dan hikayat. Salahkan diri sendiri kerana tidak dapat melihat kebijaksanaan mereka didalam menulis dan kebebalan sendiri yang hanya melihat sesuatu dengan pandangan kasar, bukannya mata hati.

Hang Tuah tidak masuk akal? Lihat dengan mata hati, kaji, dan selami. Kalian akan terpukau dengan bangsa bernama bangsa Melayu ini.

Nama sumatera memakan masa hampir 600 tahun untuk dibongkarkan rahsianya. Sudah tiba masa untuk kita menunjukkan bahawa Laksamana Tun Tuah itu sememangnya wujud!

Takkan Melayu Hilang di Dunia.....

Rujukan: 

Historical Fact and Fiction, Syed Muhammad Naquib al-Attas

Annotated Sources of Ming History, including Southern Ming and works on Neighbouring Lands 1368-1661, Wolfgang Franke

From the Mediterranean Sea to the China Sea: Miscellaneous Notes, C. Guillot

Genesis Autograf Sejarah Melayu, V. Thilagavathi Gunalan.

Catatan Merah Silu, Radzie Sapie

Kredit: Saya Budak Melayu 


Monday, 7 August 2017

KEMBIRI - CARA NGERI MEMOTONG KEMALUAN SIDA KOTA LARANGAN

Hasil carian imej untuk proses kembiri untuk menjadi sida istana
Dalam sejarah peradaban manusia, terdapat pelbagai tradisi aneh dan ngeri yang pernah dicatatkan. Salah satu daripadanya ialah kembiri iaitu memotong kemaluan.

Catatan paling awal menunjukkan tradisi kembiri sebenarnya berasal dari kota Lagash, Sumeria pada abad ke-21 sebelum Masihi lagi. Selepas itu, tradisi ini terus berkembang merentasi benua yang berfungsi di dalam pelbagai kebudayaan dan tamadun manusia.
Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk hukuman. Pelaksanaan hukuman ini bertujuan untuk menghukum pesalah yang melakukan perkara sumbang, sekali gus untuk menjaga maruah pihak keluarga wanita yang dirogol. Bagaimanapun, tujuan asal ini berubah dari semasa ke semasa mengikut kepentingannya dalam sesuatu tamadun.

Paling sinonim, peranan orang kasim – gelaran yang diberikan kepada lelaki yang tiada kemaluan, berkait rapat dengan pekerjaan di istana. Kebiasaannya, mereka menjadi orang yang berpengaruh di istana dan mendapat kepercayaan tinggi pemerintah kerana kecacatan fizikal yang disengajakan itu. Dengan kata lain, kecacatan fizikal itu akan menyebabkan mereka tidak berlaku curang terhadap gundik atau permaisuri raja.

Meskipun begitu, pekerjaan domestik yang mereka lakukan tampak rendah, seperti mengemas kamar tidur, memandikan raja, memotong rambutnya serta melakukan kerja-kerja rutin harian. Malah, ada sesetengahnya yang ditugaskan untuk melayan gundik raja. Dengan kata lain, orang kasim seumpama ‘orang gaji’ di istana.
Mereka umumnya berasal daripada keluarga yang berkasta rendah dan memulakan pekerjaan sebagai hamba di istana, sebelum memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan. Bagaimanapun, lelaki yang melalui proses kembiri dianggap tidak mempunyai nilai dalam peperangan, kaum bangsawan ataupun keluarga mereka sendiri.

Antara kerajaan yang menggunakan khidmat orang kasim di istana ialah pemerintah Akhemenid dari Parsi serta dinasti Firaun di Mesir. Ia kemudian diteruskan sehingga dinasti Lagid yang dikenali sebagai Ptolemeus, tetapi tradisi ini berakhir selepas zaman pemerintahan Cleopatra.

Pada zaman China kuno, tradisi kembiri diperkenalkan semasa pemerintahan Dinasti Sui. Ia bertujuan untuk menjaga kelangsungan serta mengekalkan pewaris sesuatu dinasti itu sendiri. Ketika zaman ini, ramai orang lelaki telah memotong kemaluan mereka sendiri semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan di istana. Sehinggakan, pada akhir Dinasti Ming, terdapat 70,000 orang kasim di istana.
Dengan jumlah seramai itu serta mendapat kepercayaan penuh daripada raja, kekuasaan mereka seolah-olah melebihi perdana menteri. Justeru, kerajaan telah menetapkan satu peraturan yang melarang untuk melakukan kembiri diri sendiri. Jumlah tersebut akhirnya menurun secara mendadak kepada 470 orang pada tahun 1912. Selain China, sistem yang serupa juga didapati wujud di negara Vietnam.

Sejarah juga menunjukkan bahawa amalan ini turut dipraktikkan di benua Eropah semasa kekuasaan empayar Yunani dan Rom. Tetapi fungsi utamanya tidak sama seperti di Asia. Mereka lebih dianggap sebagai perisai raja dan dipercayai sebagai orang yang setia kepada pemerintah. Selain itu, ia juga dilakukan untuk mendapatkan kenyaringan serta fleksibiliti nada suara penyanyi bangsawan supaya kekal sama seperti seorang kanak-kanak.

Amalan ini juga dikatakan turut berlaku semasa zaman kegemilangan kerajaan Byzantine. Tetapi selepas penguasaan empayar Uthmaniah, amalan tersebut serta-merta dihapuskan kerana dianggap sebagai suatu penyeksaan yang melampau.

Dr. Nizam Amil

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Forensik, hospital Putrajaya, Dr. Nizam Amil, tradisi kuno ini memerlukan tahap pengorbanan yang paling tinggi bagi seorang lelaki. Ini kerana, seorang lelaki telah menafikan haknya terhadap hubungan kelamin sepanjang hayat apabila kemaluan mereka dipotong. Dengan kata lain, mereka tidak lagi dapat merasai nikmat seks, apatah lagi mempunyai zuriat atau pewaris.
Jelasnya, sebelum wujud teknologi moden, proses kembiri dilakukan melalui satu proses yang sangat berhati-hati. Kemaluan seorang lelaki termasuk buah zakarnya diikat sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir. Keadaan itu dibiarkan beberapa hari sehingga alat sulit itu rosak. Kemudian, barulah ia dipotong sepenuhnya.

Untuk mengelakkan pendarahan, mereka akan menyapu abu di kawasan tersebut serta menancap bulu angsa pada salur kencing. Bulu angsa tersebut akan dicabut beberapa hari kemudian, dan sekiranya seseorang itu mampu kencing secara normal, proses kembiri dianggap berjaya. Jika tidak, seseorang itu akan menjadi cacat dan akan mati akibat keracunan kencing yang tidak boleh keluar. Bagi wanita pula, proses kembiri adalah dengan cara menutup kemaluan.

Bagaimanapun, menurut Dr. Nizam, ramai yang keliru apabila menganggap orang yang telah di‘kembiri’ tidak lagi mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seksual. Perkara tersebut tidak selalunya benar kerana seorang lelaki yang tiada kemaluan masih mampu mengalami ereksi dan melakukan hubungan seksual. Bagaimanapun, mereka tidak mampu mengakibatkan kehamilan.
Sehingga kini, amalan tersebut masih lagi di jalankan di beberapa wilayah dunia seperti di India, Bangladesh dan China. Kebanyakan mereka yang mengamalkan tradisi ini memberi alasan bahawa ia adalah tuntutan kerohanian. 

Baca juga INI;
Boleh baca INI juga!