Thursday, 20 October 2011

...CiNtA & PeNgKiSaHan...

Salam,…lama dah tak update blog sbb takde  ape citer  menarik…semuanya berjalan seperti biasa..dipermudahkan oleh Allah swt dan bahagia selalu…(mmg aku bahagia dengan kehidupan aku skang nih…) Cuma aku rasa perlu untuk meluahkan bahawa dalam kehidupan peribadi..dalam kasih dan cinta..aku berpegang kepada prinsip tidak akan memaksa…xdenya nak ugut²..nak beri amaran atau nak amik anak lesung ketuk kt kepala…pd aku mudah jew…klu masih sayang dan cinta…aku terima seadanya…klu dah tak wujud ag cinta dihati…berpisah jew la kan…pendek kata…tiada istilah rebut² cinta dalam hidup aku…(jadahnyer nak rebut kan..nak..teruskan…xnak..tinggalkan…)



Kisah : 1

Aku ada terima sms baru² ni…yang menyatakan sesuatu yang aku rasa aku faham..tp entahlah…aku malas nak faham atau nak memikirkan tentangnya… Cinta..apabila ia terbit di hati..tiada siapa dapat menafikannya…jgn lah buat bodoh membohongi diri sendiri dgn mengatakan tidak…begitu juga klu tidak ada cinta di hati…buatlah mcm mane pun sure tak denyer perasaan tu berlegar di hati dan minda…aku bukan orangnya nak bepura² sayang dan cinta semata² nak mengaburi mata, amik hati (jaga hati katanyer….) atau kesian… jadi keputusan aku…susulan sms tersebut…lebih baik aku diamkan diri..aku tak mahu berlakon..aku tak mahu jadi orang lain dan aku tak mahu memberikan harapan padanya… ini pesan aku buat penghantar sms tersebut..



..aku dapat rasakan yang kau mmg punyer perasaan istimewa terhadap aku..aku sungguh terharu..aku berterima kasih juga kerana masih ada yang sudi untuk kasih dan cintakan aku..cuma aku rasa tak boleh nak menerima cinta itu..mmg tak boleh sbb dalam hati aku tak wujud perasaan sebegitu (sejak putus tunang Julai lalu..xde baki lagi rasanya..)… aku pasti kau sendiri tak mahu sape² pun membalas cinta suci itu secara terpaksa, berlakon atau sekadar menjaga hati..bukan? Jadi aku elakkan untuk jadi pelakon dlm hubungan kita berdua…jujurnya..aku tak mahu memberi harapan pada kau sedangkan aku sendiri seperti orang hilang harapan..kau seorang yang baik…mmg  baik dan aku tak layak menerima cinta kau itu..biarlah aku terus begini..meneruskan kehidupan ini dengan cara aku sendiri…aku lebih rela menyendiri daripada mengambil risiko untuk disakiti SEKALI LAGI….

Kisah : 2

Kisah cinta Biru, Putih dan MerahBiru dan Putih dah lama bersama…susah senang suka duka gelak tawa masam muka…itulah yang diharungi selama bersama..sehinggalah hubungan itu terputus kerana mase tu masing² bengong..terutama si Biru…sejak tu hubungan mereka On/Off mcm tu jew…lama² si Putih pun mula terasa nak cari orang lain..jaminan hidup katanyer…lagi pun Putih bosan dengan karenah Biru yang NAKAL tak habis²…pendekkan citer..Merah hadir dalam hidup Putih tanpa pengetahuan Biru..maka dua² ni (Putih & Merah) ada perasaan nak merembes…kann..katanyer…akhirnya si Biru tahu tentang hubungan itu..dalam suasana suram Biru menyatakan sesuatu kepada si Putih..Biru cakap dia tahu dia NAKAL, dia tahu dia banyak salah..dan dia mohon maaf atas setiap satu kesalahan yang dia buat pada Putih…pada Putih Biru berpesan…andai benar Putih sayang dan cintakan Merah…andai kebahagian Putih ada pada MerahBiru merelakan Putih pergi untuk meraih kebahagian itu…Biru akan tetap doakan kebahagiaan Putih dan Merahamin katanyer… Mungkin Merah tak tahu yang Biru cakap dengan Putih macam tu..pada tanggapan Merah..Biru telah memaksa Putih untuk terus menyintainya dan terus bersamanya… Giler kew…? Kalau di hati Putih dah ada Merah, jadah apanya Biru nak memaksa kan…Biru pun faham bahawa cinta takleh nak paksa²…dan si Merah kenalah terima hakikat…bahawa sebenarnya cinta Putih hanya pada Biru..kalau cinta Putih ada pada Merah…dah lama dah Putih dengan ghairahnyer terbang mendapatkan Merah..sebab Biru dah cakap… andai benar Putih sayang dan cintakan Merah…andai kebahagian Putih ada pada MerahBiru merelakan Putih pergi untuk meraih kebahagian itu…betul tak..??? betul betul betul…



So, pada aku..dalam hubungan cinta…tiada paksaan atau istilah merebut cinta..sbb yang kononnya direbut itu sebenarnya ada pilihan sendiri…dia boleh buat keputusan sendiri..xde sape boleh paksa dia kan..kalau dia dah tak cintakan kita…dia akan pergi…confirm dia akan pergi untuk mendapat kan cinta baharu dalam hidupnya…tapi kalau dia masih dengan kita..masih bersama kita…maknanya cinta dia hanya untuk KITA….senang kan…??

Jujurnya..kalau aku di tempat Biru…aku juga akan buat macam Biru…pergilah pada cinta baharu mu itu wahai Putih..aku relakan..aku doakan juga Putih akan bahagia dengan kehangatan cinta Merah….sbb aku paling tak suke dikata kononnya merebut cinta atau memaksa orang untuk saling mencintai…sebab yang direbut itu bukan BOLA…kalau bola memang la kena rebut…yang kononnya direbut ni lain, dia ada perasaan sendiri dan boleh buat keputusan sendiri…apa pun yang berlaku adalah keputusan dia…bukan sebab dipaksa atau terpaksa…(kelakar bila ada yang menyatakan bahawa dia TERPAKSA untuk mencintai…..bull sh**) sttment paling naïf katanyer..tapi PROPA…







No comments:

Post a Comment