Monday, 24 October 2011

...CiNtA & PeNgKiSaHan...II



Salam…

Penatnyer (kaki) balik bertugas sempena Festival Kolam Antarabangsa 2011 di The Curve tadi..tapi xpew..semua telah selamat berlangsung dengan sempurna...alhamdulillah... Haaa....jeng jeng...inilah KOLAM yang dimaksudkan...(bukan 'kolam' mandi ea)..



KOLAM terbesar katanyer....





Ini adalah KOLAM yang menjadi simbol penyatuan dan kekeluargaan dalam masyakarat Hindu...hasil seni ini divisualkan di atas lantai bertentangan dengan pintu masuk setiap rumah...sempena menyambut Deepavali atau 'Pesta Cahaya'....


******************


Hurmmmmm...sebenarnya aku tertarik nak ulas tentang kenyataan aku dalam entry yang lepas..berkaitan dengan Kisah 2...hati jadi tak keruan..hati jadi tak menentu..ada yang kata Kisah 2 tu adalah kisah aku...ada plak yang kata kisah kawan aku...ada tu kata kisah kawan kepada kawan aku...x mengapalah...aku takde jawapan pun untuk rumours tu...x jadi kudis pun...ape yang aku nak citer kan kat sini ialah...beberapa kenyataan yang dikeluarkan dalam Kisah 2 tu..supaya takde yang salah faham....


Satu,

Susah ke nak faham statement ni...? Sang Biru dah berkali²...berkali² tau...bukan sekali cakap dengan Putih statement yang di atas... Itulah yang Biru nak khabarkan...walau sudah berkali² statement di atas diluahkan...tapi sampai saat dan ketika ini Putih tetap masih bersama Biru...Putih tetap mahu bersama Biru... Biru sedar, setiap hubungan ada pasang surutnya..setiap hubungan ada risikonya...atas rasional itulah Biru memberi peluang kepada Putih untuk membuat pilihan sendiri. Biru takkan memaksa..malah ada satu ketika Putih cakap dia tak mahu lagi statement di atas Biru ucapkan sebab pada Putih sepatutnya Biru faham kenapa Putih tetap bersama Biru..kerana kasih sayang dan cinta (terima kasih Putih..Biru juga amat menyintai Putih...) Kali terakhir Putih cakap pada Biru susulan statement di atas..."sebenarnya Biru yang dah tawar hati pada Putih, tu sebab selalu cakap macam tu..supaya Putih tinggalkan Biru...." Biru pula cakap pada Putih.. "Biru bukan tawar hati..Biru tetap cintakan Putih...hanya Tuhan yang tahu....." Jujurnya..walau Biru sering ungkapkan statement itu..jauh di sudut hati...Biru tak mahu kehilangan Putih...selamanya.....


Dua,

BOLA...Putih bukan bola...Putih ada perasaan...Putih ada keinginan dan kehendak...Biru juga memahami keadaan itu dan sebab itulah Biru ambil jalan selamat...biarkan Putih membuat keputusan sendiri... Mudah jew kita nak fahami situasi ini... Kalau aku di tempat Putih, aku akan buat pilihan untuk bersama dan terus disisi insan yang aku cinta... Tiada sebab aku nak berlakon dan berpura² dan terus berdampingan dengan insan yang banyak melukakan hati...bukan? Sebab aku dah ada pilihan... Dalam Kisah 2 itu Putih telah membuat pilihan untuk terus bersama Biru...bukan Merah... Kenapa yew...?


Tiga,

Bagaimana pula dengan statement yang ini..? Dan kebetulan aku ada terbaca statement yang menyatakan bahawa PEREBUTAN BUKANLAH CARA YANG TELUS UNTUK MERAIH CINTA... TETAPI APA YANG TERKANDUNG DALAM HATI JAUH LEBIH PENTING DAN BERHARGA DARI KEMENANGAN ZAHIRIAH..Aku suka statement ini...dan aku bersetuju dengannya. Namun, dalam Kisah 2..jelas menampakkan bahawa Biru mementingkan apa yang terkandung dalam hati Putih...dia tidak mengambil sikap untuk mementingkan diri sendiri...dia mahu Putih membuat keputusan menurut kata hatinya..ikot apa kehendak dan kemahuan cintanya... Jelas dan terang kini...siapakah yang terkandung di hati Putih...kerana pastinya Putih akan melakukan apa yang hatinya mahu.....Kini...Putih terbang ke mane..? Berada di mana?


Lain²,
Aku juga ada terbaca statement ini, PESANKU BUAT DIRIMU, "KU TAHU KAU MENGERTI"..kalaulah ia merujuk kepada Kisah 2...tak dinafikan, bahawa Putih sememangnya mengerti perasaan Merah dan Merah pun tahu itu...tapi adakah Merah mengerti perasaan Putih? Merah tahukah isi hati Putih..? Kalau Merah tahu...adakah ia benar dan pasti..??? Masakan kita boleh mengerti dan tahu isi hati orang sedangkan sebagai manusia kadang waktu kita sendiri tak pasti apakah keinginan hati sendiri... Kenyataan... AKU DAN DIA LEBIH MATANG DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN ..hurmmm...matang dari perspektif sendiri atau sememangnya matang dari pandangan mereka yang lebih dewasa....kematangan bukan ditentukan oleh diri sendiri...orang sekeliling yang tahu..kalau diri sendiri yang tahu tahap matang itu....itu namanya syok sendiri... Apa yang diucap tak sama seperti apa yang terjadi...pendek kata 'setiap insiden yang berlaku ini TAKKAN berlaku kalau orang yang MATANG membuat tindakan.....ada perbezaan antara HIDUP & CINTA.....


Kisah 2 ~ Yang Terakhir....


Biru ingin berpesan kepada Merah...jujur sejujur-jujurnya...ketika dan saat ini Biru bahagia sangat² dengan Putih...Putih juga begitu...sentiasa gelak ketawa...gurau senda...usik-mengusik...sakat-menyakat...urmmm...hangatnya cinta dan kasih sayang itu... Yang pasti...kasih sayang dan cinta Biru pada Putih berada di tahap paling maksimum...


 NAMUN SEANDAINYA...ESOK, LUSA DAN SATU KETIKA NANTI PUTIH BERPALING KEPADA MERAH...MERAIH DAN MERAYU CINTA MERAH...BIRU RELAKAN...LAGI SEKALI...BIRU RELAKAN... ASALKAN PUTIH DAN MERAH BAHAGIA... 


Biru juga akan sentiasa mendoakan KEBAHAGIAAN Putih dan Merah...sebab dalam hal cinta ini Biru berpegang kepada prinsip "there is NO HAPPY ENDING for THIS KIND of relationship"...walau Biru harus menangis kerna kehilangan Putih..Biru rela... Ingin Biru nyatakan kepada Merah...bahawa Biru sudah bersedia pada bila² masa sekiranya Putih meninggalkan Biru kerna cintakan Merah. Biru telah bersedia dan tak sekelumit pun dendam di hati kiranya ia terjadi... Biru telah bersedia...walau hakikatnya Biru pasti cinta Biru hanya untuk Putih... 
Pada Biru...'patah tumbuh hilang berganti'..walau yang tumbuh xkan sama dengan yang patah...dan yang berganti tak serupa dengan yang hilang...Biru tetap RELA kan, BERSEDIA dan REDHA....'setiap pertemuan pasti disusuli perpisahan'......hakikat inilah yang memujuk rawan di hati...InsyaAllah....


Merah...ketahuilah bahawa :


1. Biru lebih mengenali Putih...berbanding Merah


2. Pengalaman setiap insan tidak sama...dari sudut mase, rase dan perasaan..dan kematangan hidup bukan dari sudut cinta semata²...


3. Ini BUKANlah sebuah  Cinta Agung...(KITA semua faham & maklum)


4. Namun...yang pasti Cinta Biru hanya untuk Putih...

No comments:

Post a Comment