Sunday, 9 October 2011

~ mALaMkU yG HeNiNg ~



Sejak dua tiga malam ni…kepala aku selalu sakit yang amat sangat…yang pasti setiap kali selepas Zohor…berdenyut di sebelah kiri..dari kening bahagian mata kiri terus bawa ke tengkuk bahagian kiri juga..kiranya aku bangkit tidur memang tak ada masalah…tapi apabila menginjak sahaja ke waktu Zohor..sakit kepala ni bermula…sakit sesangat…

Adakah aku dalam keadaan tertekan? Adakah ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku? Aku pasti tidak ada ketika ini…tapi apakah ada kerna ada sesuatu yang aku pendam namun tak mampu aku luahkan…?



Selain itu…sejak  beberapa hari lepas..kelopak atas mata kanan aku bergerak-gerak…kerap sangat..mcm ada gangguan juga…tapi orang-orang tua dahulu ada berkata..ia membawa petanda yang baik…apakah yang baik itu…? Hurmmm…makin lama makin keliru aku…bile difikirkan apakah yang baik itu..makin sakit pulak kepala aku….

Malam-malam yang aku lalui pun..seperti sunyi dan hening…aku cuba juga menceriakan malam ku..dengan berkaraoke..menonton wayang dan apa2 sahaja yang boleh membuatkan segala kebosanan yang melanda ini hilang dan pupus begitu sahaja…tapi ia masih begitu…sehingga kan kebosanan ini tak mampu lagi aku bendung…..


No comments:

Post a Comment