Showing posts with label Ganas. Show all posts
Showing posts with label Ganas. Show all posts

Thursday, 27 September 2018

BOLEH TAK CHECK-OUT DAN MINTA REFUND? ANAK TERNAMPAK 'BENDA' TEPI LANGSIR

GAMBAR SEKADAR HIASAN
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca.

TERPANDANG SESUATU DI DALAM BILIK STOR

Saya ada cerita menarik yang ingin dikongsi bersama. Saya pernah bekerja di beberapa buah hotel di Melaka. Salah satunya hotel budget di Banda Hilir Melaka. 

Masa itu staff tak ramai sebab hotel itu pun ala-ala nak bankrap pun. Memang sebelum ini, ada staff saya yang rasa tak sedap hati tentang hotel itu tetapi kitorang buat tak tahu saja. 

Sampailah satu malam itu, hanya ada seorang staff saja yang jaga. Night auditor, saya namakan dia sebagai 'A' sahaja. 
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Ada satu bilik ini request towel. Jadi, si A ini pun naiklah ke tingkat dua nak ambil towel di bilik stor. Semasa dia tolak pintu stor, dah rasa berdiri bulu roma. Lampu stor pula tak boleh dihidupkan, jadi dia sendal pintu tumpang cahaya dari koridor. 

Sedang dia tunduk nak ambil towel itu, dia terpandang sesuatu di depan dia. Cik pontianak yang sedang duduk mencangkung. Mukanya tidak kelihatan, sebab benda itu menunduk! 

Si A ini pun tercenganglah dia. tetapi masih mampu lagi pegang towel itu dan turn back ke pintu stor. Selepas itu dia segera cabut lari! 

Itu baru satu kisah, ada lagi tapi kali ini guest kitorang pula yang terkena. Sampai lari turun nak check out. 

"ANAK TERNAMPAK BENDA ITU BERDIRI TEGAK PANDANG KAMI"

Di hotel yang sama juga, ada satu keluarga ini check in untuk dua malam, bersama dengan anak kecil. 

Malam pertama lebih kurang jam 3-4 pagi, guest ini telefon kaunter, tanya kalau diorang nak check out pada malam itu boleh refund ke tak. Jadi, i tanya kenapa walaupun dah agak mesti ada sesuatu yang telah berlaku. 

I jawab, tiada masalah kalau diorang nak check out. So selepas itu, satu keluarga dia turun, kembalikan kunci dan refund. Si suami ini tanya, hotel ini dulu pernah ada apa-apa kes ke. I jawab tak ada. 

Si suami ini kata, sewaktu diorang dah lelapkan mata, anak kecil dia kata nampak perempuan di tepi langsir, berdiri tegak tengok diorang. Budak kecil itu menangis. 
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Ayah budak ini bacalah apa-apa yang patut dan diorang kembali melelapkan mata. Then secara tiba-tiba katil diorang bergegar seperti ada orang di bawah katil itu. 

Lebih teruk lagi, diorang terdengar bunyi cakaran. Apa lagi, itulah diorang ambil keputusan nak check out pada jam itu juga. 

I dengan staff-staff yang lain rasa nak resign bila dengar macam-macam hal yang menimpa guest kitorang. Nasib baiklah hotel itu pun dah bankrap sebab tak berseri. Kitorang dah bagi suggestion pada boss, tapi boss tak percaya. Last-last langsung tak ada sesiapa nak check in lagi sampai tutup hotel itu.

MUKA HODOH, BERCANGKUNG ATAS ALMARI

Ada satu kes lagi, guest Indian check in seorang diri. Mungkin dia ini tour guide. Dia nak duduk di tingkat yang paling tinggi. Jadi I bagilah third floor sebab itu yang paling tinggi dan juga spooky. 

Selepas setengah jam dia masuk ke bilik itu tiba-tiba I dengan staff-staff yang lain dengar dia berlari turun tangga menuju ke kaunter. Kitorang terkejut! 

Dengan muka dia yang berpeluh-peluh, menggigil, dia kata nak tukar bilik first floor. Kitorang tanyalah kenapa. 
GAMBAR SEKADAR HIASAN
Dia kata, masa dia dah letak barang-barang dalam bilik, kemudian dia baring-baring di katil. Tahu apa yang dia nampak? Dengan mata kepala dia sendiri, dia nampak perempuan muka hodoh bercangkung tengok dia dari atas almari! 

Aduh! Time itu kitorag pun nak pengsan dengar cerita dia. Tetapi kira guest ini kuat semangat jugalah sebab walaupun dia dah nampak benda itu, dia masih lagi nak stay kat hotel ini. 

Sumber: Bulat Manja

Thursday, 4 January 2018

10 FILEM YG DIHARAMKAN DI MALAYSIA NO 8 TU PALING MENGEJUTKAN DAN PENUH KONTROVERSI

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia.

Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam.

Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan.

Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia.

Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia.

1) FIFTY SHADES OF GREY
Pengarah: Sam Taylor-Johnson
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan
Genre: Erotis romantik
Tahun: 2011

Filem itu diangkat daripada sebuah novel popular Fifty Shades Of Grey dan sudah dijangka dari awal tidak dapat ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu sarat elemen pornografi.

2) SEX TAPE
Pengarah: Jake Kasdan
Pelakon: Cameron Diaz, Jason Segel, Rob Lowe
Genre: Komedi romantik
Tahun: 2014

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan.

3) THE RAID 2: BERANDAL
Pengarah: Gareth Evans
Pelakon: Iko Uwais, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman
Genre: Thriller aksi
Tahun: 2014

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans The Raid: Redemption pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu The Raid 2: Berandal telah diharamkan dari tayangan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas.

4) THE WOLF OF THE WALL STREET
Pengarah: Martin Scorsese
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Jordan Belfort, Jonah Hill
Genre: Biografi
Tahun: 2013

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat unsur lucah, babak bogel dan seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminit.

5) I SPIT ON YOUR GRAVE
Pengarah: Steven R. Monroe
Pelakon: Sarah Butler, Jeff Branson, Chad Lindberg
Genre: Thriller seram
Tahun: 2010

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya. Bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China dan New Zealand. Alasannya kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

6) NOAH
Pengarah: Darren Aronofsky
Pelakon: Russell Crowe, Emma Watson, Jennifer Connelly, Logan Herman
Genre: Drama fantasi
Tahun: 2014

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

7) DUKUN
Pengarah: Datin Umie Aida, Bront Palarae, Namron
Pelakon: Dain Said
Genre: Thriller seram
Tahun: 2007

Filem seram tempatan Dukun arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. Dukun merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam. Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

8) BANGLASIA
Pengarah: Namewee
Pelakon: Namewee, Saiful Apek, David Arumugam
Genre: Aksi komedi
Tahun: 2013

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh LPF dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses mendapatkan kelulusan filem itu. Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula. Malah Banglasia tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.
Hasil carian imej untuk banglasia movie poster

9) VISHWAROOPAM
Pengarah: Kamal Haasan
Pelakon: Kamal Haasan, Rahul Bose, Pooja Kumar
Genre: Thriller
Tahun: 2013

Filem Vishwaroopam sepatutnya memulakan tayangan pawagam di India pada 24 Januari 2013 namun ditarik balik sehari selepasnya. Naskhah itu telah mendapat bantahan daripada segelintir penduduk negara itu yang mendakwa ada babak yang menunjukkan agama Islam daripada sudut negatif. Selepas beberapa adegan disunting, filem itu kembali ditayangkan pada 19 Februari 2014.

10) BEAUTY AND THE BEAST
Pengarah: Bill Condon
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans
Genre: Muzikal romantik fantasi
Tahun: 2017

Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menunggu dengan penuh harapan untuk menonton filem arahan Bill Condon. Filem Beauty And The Beast sepatutnya ditayangkan bermula 16 Mac namun telah ditunda gara-gara mengandungi adegan berunsurkan homoseksual. Difahamkan filem tersebut akan ditayangkan pada 30 Mac ini.

Sumber : Astro gempak / gempak.com