Showing posts with label Negara. Show all posts
Showing posts with label Negara. Show all posts

Wednesday, 27 February 2019

5 BUAH KERAJAAN YANG WUJUD TETAPI TIDAK DIIKTIRAF SECARA RASMI

hutt river negara dan kerajaan tidak diiktiraf
Membentuk sebuah negara adalah satu proses yang sukar, kerana semua pihak baik daripada bakal pemerintah sehinggalah mereka yang berstatus rakyat perlu bersetuju untuk bersama-sama menghormati proses pembentukan sesebuah negara, sebelum negara itu dapat dibentuk.

Bagaimanapun, ada ketikanya sesebuah negara itu dibentuk tanpa persetujuan ramai sehingga menimbulkan masalah serta isu yang tidak dapat dielakkan, ekoran perbezaan pendapat yang wujud serta ketiadaan pengiktirafan daripada pihak luar - seperti pengiktirafan PBB kepada negara-negara yang ada.

Tahukah anda wujud beberapa negara tidak rasmi yang mempunyai latar belakang yang unik serta sejarah yang tersendiri akibat pelbagai masalah yang dihadapi semasa pembentukannya? Berikut adalah 5 negara yang wujud tetapi tidak diiktiraf oleh masyarakat dunia, kerana statusnya yang unik.

1. LAKOTAH
lakotah negara dan kerajaan tidak diiktiraf
Pernah anda dengar tentang sebuah negara lain yang wujud dalam Amerika Syarikat? Lakotah adalah negara tersebut.

Lakotah pada awalnya adalah negara yang bakal ditubuhkan melalui perjanjian di antara kerajaan Amerika Syarikat dengan suku etnik Lakota, pada tahun 1868. Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan suku etnik Lakota memerintah sendiri kawasan seluar 200 ribu kilometer persegi termasuklah sebuah bukit yang digelarkan Black Hills yang menjadi kawasan keramat suku kaum Sioux Lakota.

Bagaimanapun, selepas emas ditemui di kawasan tersebut, kerajaan Amerika Syarikat melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui dan mula menceroboh kawasan Lakota bagi memastikan pembukaan lombong-lombong emas di sana rancak. Persetujuan yang telah pun dipegang, dilupakan sebegitu saja.

Pada tahun 1998, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat memerintahkan kerajaan Amerika Syarikat membayar pampasan USD600 juta kepada penduduk Lakotah kerana melanggar perjanjian, namun ditolak penduduk atas dasar maruah. Penduduk Lakotah percaya, sekiranya mereka menerima tawaran tersebut, mereka seolah bersetuju untuk memadam impin memiliki negara sendiri.

Pada tahun 2007, delegasi daripada pemimpin Lakota sekali lagi menghantar permohonan kemerdekaan daripada kerajaan Amerika Syarikat. Sehingga kini perkara ini belum selesai.

Tahukah anda, Mount Rushmore yang terkenal terletak dalam kawasan yang menjadi pertikaian ini? (Rujukan)

2. HUTT RIVER
negara dan kerajaan tidak diiktiraf
Tahukah anda, di dalam Australia terdapat sebuah negara lain tidak rasmi bernama Hutt River?

Hutt River adalah sebuah negara kecil yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Australia pada tahun 1970. Mempunyai keluasan 75 km per segi, Hutt River atau nama penuhnya, Principality of Hutt River diasaskan oleh HRH Prince Leonard Casley, seorang petani yang mahu memerintah sendiri jajahannya. Hutt River mempunyai sistem kewangan mereka sendiri, passport dan setem. Golongan di-Raja Hutt River bebas memberikan darjah kebesaran pada sesiapa yang dirasakan layak.

Sejarah Hutt River bermula selepas kerajaan Australia mengenakan kuota penjualan ke atas pengeluaran gandum di ladang sekitar Sungai Hutt. Ekoran beberapa insiden pertelingkahan di antara kumpulan penduduk dengan kerajaan Australia, Leonard mengambil jalan mengumumkan keluarnya mereka daripada pentadbiran kerajaan Australia lalu berhenti membayar cukai. Dia kemudiannya atas persetujuan penduduk kampung, melantik dirinya sebagai Raja Hutt River.

Tidak diiktiraf kerajaan Australia sehingga kini, pada tahun 2017 Raja Leonard mengumumkan pelantikan anaknya Putera Graeme sebagai pemangku takhta kerajaan Hutt River yang mempunyai populasi 23 orang penduduk tetap. (Rujukan)

3. BAROTSELAND
barotseland negara dan kerajaan tidak diiktiraf
Barotseland adalah sebuah negara yang unik.

Ini kerana negara ini mempunyai pusat pemerintahan yang bergerak mengikut musim. Terletak di dalam negara Zambia, setiap kali air Sungai Zambezi naik, penduduk Barotseland akan berpindah ke tanah yang lebih tinggi dalam upacara perpindahan yang menjadi ritual mereka setiap tahun.

Sejarah Barotseland berpunca daripada campur tangan British. Diberikan kuasa autonomi pemerintahan semasa zaman kolonial British, Barotseland diiktiraf sebagai sebuah negara bebas pada mulanya. Sehinggalah pada tahun 1964, apabila Zambia mencapai kemerdekaan mereka. Barotseland hilang kuasa autonomi dan seterusnya ditadbir terus oleh kerajaan Zambia, ekoran keputusan mahkamah yang menganggap perjanjian awal di antara pemimpin Barotseland dengan British terbatal.

Persengketaan di antara pemimpin Barotseland dengan kerajaan Zambia masih lagi berterusan, dengan pelbagai rundingan damai dalam mencari kata putus gagal. (Rujukan)

4. REPUBLIK MURRAWARRI
negara dan kerajaan tidak diiktiraf di dunia
Kembali ke Australia, pada tahun 2013 sebuah kawasan yang bersempadan dengan New South Wales dan Queensland mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada kerajaan Australia.

Murrawarri adalah sebuah negara tidak rasmi yang dibentuk daripada satu suku kaum asal di Australia yang mempunyai 4000 orang warganegara. Murrawarri mengisytiharkan kemerdekaan negara mereka pada 3 April 2013 melalui satu kenyataan yang dihantarkan terus kepada Permaisuri England.

Dalam kenyataan mereka, mereka mencabar kerajaan Britain untuk membuktikan kawasan penempatan mereka tertakluk kepada sistem pemerintahan monarki British yang masih dikekalkan di Australia, dengan notis 28 hari diberikan kepada kerajaan Britain. Sekiranya kerajaan Britain gagal berbuat demikian, kerajaan Murrawarri akan memulakan proses permohonan dengan PBB dalam mengiktiraf mereka sebagai sebuah negara berdaulat.

Kerajaan British tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan mereka dan pada 12 Mei 2013, permohonan mereka kepada PBB dilakukan. Kerajaan Australia mengumumkan tiada keperluan sebarang jawapan atau maklum balas perlu dilakukan, kerana penubuhan kerajaan Murrawarri tidak mematuhi sebarang undang-undang Australia. (Rujukan)

5. RYUKYU
negara dan kerajaan tidak diiktiraf di dunia 20
Kerajaan Ryukyu adalah sebuah kerajaan yang mentadbir pulau-pulau Ryukyu sejak kurun ke 14 hinggalah kurun ke 19. Terdiri daripada 160 buah pulau yang terletak di laut Pasifik, seramai 1.4 juta orang penduduk tinggal di sini.

Sejarahnya, pada tahun 1879, kerajaan Jepun mula mengambil alih pemerintahan kawasan Ryukyu sebagai salah satu koloni mereka. Nasib penduduk Ryukyu bertambah malang. Selepas dijajah oleh Jepun dan tewasnya kerajaan Jepun, pulau Ryukyu diserahkan kepada pemerintahan tentera Amerika Syarikat selepas perang Pasifik. Tentera Amerika menggunakan kekerasan bagi merampas tanah penduduk di sana dan bertindak menghalau penduduk, bagi membolehkan mereka mendirikan markas tentera.

Pada tahun 1972 kerajaaan Amerika memulangkan semula Ryukyu kepada kerajaan Jepun dengan beberapa syarat dikenakan. Sehingga kini, Pulau Ryukyu menjadi markas tentera Amerika Syarikat di Jepun,

Pada tahun 2015, delegasi pemimpin masyarakat Ryukyu mendedahkan bukti-bukti yang sepatutnya menjelaskan status Ryukyu sebagai sebuah negara berdaulat. Beberapa dokumen membuktikan pendudukan Jepun di Ryukyu adalah melanggar hak undang-undang antarabangsa yang termaktub dalam Perjanjian Konvensyen Vienna. Ini adalah hujah yang dijadikan penyokong kepada mereka yang mahu mengembalikan semula pemerintahan negara berdaulat Ryukyu.

Delegasi itu juga memohon kerjasama kerajaan Jepun supaya memulangkan semula dokumen perjanjian di antara kerajaan Rykyu dengan kerajaan Amerika Syarikat, Perancis dan Belanda pada tahun 1850, yang secara jelas menyatakan kedudukan asal kerajaan dan negara yang bernama Ryukyu itu satu masa dulu. Penduduk kepulauan tersebut menghadapi banyak masalah ekoran kewujudan markas tentera Amerika Syarikat dengan kes rogol melibatkan penduduk tempatan oleh anggota tentera Amerika, kerap berlaku tanpa kawalan. (Rujukan)




Thursday, 4 January 2018

10 FILEM YG DIHARAMKAN DI MALAYSIA NO 8 TU PALING MENGEJUTKAN DAN PENUH KONTROVERSI

Terdapat lebih daripada 120 buah filem antarabangsa dan tempatan yang telah diharamkan tayangannya di Malaysia.

Walaupun sesetengah filem berfungsi memberikan informasi dalam sifat hiburan, ada sesetengah filem gagal mematuhi syarat yang diletakkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebelum memasuki pawagam.

Filem yang layak ditayangkan biasanya ditapis berdasarkan elemen seram, ganas, seks, politik, agama dan kebudayaan yang tidak keterlaluan.

Sejak tahun 1936 lagi, filem yang gagal mematuhi kriteria yang ditetapkan LPF haram ditayangkan di pawagam Malaysia.

Jadi, kami senaraikan beberapa filem yang telah diharamkan tayangan di pawagam Malaysia.

1) FIFTY SHADES OF GREY
Pengarah: Sam Taylor-Johnson
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan
Genre: Erotis romantik
Tahun: 2011

Filem itu diangkat daripada sebuah novel popular Fifty Shades Of Grey dan sudah dijangka dari awal tidak dapat ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu sarat elemen pornografi.

2) SEX TAPE
Pengarah: Jake Kasdan
Pelakon: Cameron Diaz, Jason Segel, Rob Lowe
Genre: Komedi romantik
Tahun: 2014

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan.

3) THE RAID 2: BERANDAL
Pengarah: Gareth Evans
Pelakon: Iko Uwais, Yayan Ruhian, Cecep Arif Rahman
Genre: Thriller aksi
Tahun: 2014

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans The Raid: Redemption pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu The Raid 2: Berandal telah diharamkan dari tayangan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas.

4) THE WOLF OF THE WALL STREET
Pengarah: Martin Scorsese
Pelakon: Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Jordan Belfort, Jonah Hill
Genre: Biografi
Tahun: 2013

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat unsur lucah, babak bogel dan seks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminit.

5) I SPIT ON YOUR GRAVE
Pengarah: Steven R. Monroe
Pelakon: Sarah Butler, Jeff Branson, Chad Lindberg
Genre: Thriller seram
Tahun: 2010

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya. Bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China dan New Zealand. Alasannya kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

6) NOAH
Pengarah: Darren Aronofsky
Pelakon: Russell Crowe, Emma Watson, Jennifer Connelly, Logan Herman
Genre: Drama fantasi
Tahun: 2014

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

7) DUKUN
Pengarah: Datin Umie Aida, Bront Palarae, Namron
Pelakon: Dain Said
Genre: Thriller seram
Tahun: 2007

Filem seram tempatan Dukun arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. Dukun merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam. Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

8) BANGLASIA
Pengarah: Namewee
Pelakon: Namewee, Saiful Apek, David Arumugam
Genre: Aksi komedi
Tahun: 2013

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh LPF dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses mendapatkan kelulusan filem itu. Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula. Malah Banglasia tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.
Hasil carian imej untuk banglasia movie poster

9) VISHWAROOPAM
Pengarah: Kamal Haasan
Pelakon: Kamal Haasan, Rahul Bose, Pooja Kumar
Genre: Thriller
Tahun: 2013

Filem Vishwaroopam sepatutnya memulakan tayangan pawagam di India pada 24 Januari 2013 namun ditarik balik sehari selepasnya. Naskhah itu telah mendapat bantahan daripada segelintir penduduk negara itu yang mendakwa ada babak yang menunjukkan agama Islam daripada sudut negatif. Selepas beberapa adegan disunting, filem itu kembali ditayangkan pada 19 Februari 2014.

10) BEAUTY AND THE BEAST
Pengarah: Bill Condon
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans
Genre: Muzikal romantik fantasi
Tahun: 2017

Penundaan filem yang diterbitkan oleh Walt Disney Pictures itu telah mengundang rasa tidak puas hati netizen yang menunggu dengan penuh harapan untuk menonton filem arahan Bill Condon. Filem Beauty And The Beast sepatutnya ditayangkan bermula 16 Mac namun telah ditunda gara-gara mengandungi adegan berunsurkan homoseksual. Difahamkan filem tersebut akan ditayangkan pada 30 Mac ini.

Sumber : Astro gempak / gempak.com


Friday, 9 June 2017

SEJARAH PROTON SAGA OLEH SHAHARUN BIN BAHARUDDIN

Image may contain: one or more people, people standing, car and outdoor
Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore.

Mengapa Mitsubishi dipilih sebagai rakan kongsi?

Sebenarnya sebelum berbincang dgn Mitsubishi, banyak perbincangan dilakukan dgn pengeluar² kereta yg lain (Daihatsu juga pernah terlibat dalam perbicangan tetapi tidak bersetuju dengan konsep tersebut pada masa itu), tetapi kerana penglibatan terus pengerusi MMC Dr Kubo yang mempunyai keinginan khusus untuk mencipta kereta yang  mempunyai keperibadian bangsa (nasional).

Dr Kubo juga telah melihat semangat dan idea Tun Dr Mahathir yg ternyata mempunya visi yg sama dgn beliau. Kereta Utk Rakyat!
Image may contain: 1 person, sitting
Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore.

Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989.

Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton.

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
No automatic alt text available.
Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut.

Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L.
Image may contain: car and outdoor
Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback. 

Proton Saga mula dieksport ke United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton.

Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.