Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

Thursday, 1 August 2019

SEPULUH (10) PEMBUNUHAN YANG SADIS DAN MENGERIKAN

10. Kes Pembunuhan Pai Hsiao-Yen, Taiwan
Image may contain: 8 people, people smiling
Kes penculikan dan pembunuhan Pai Hsiao-yen yang berusia 17 tahun pernah menggegarkan Taiwan satu ketika dulu. Ianya hampir menyebabkan krisis politik berskala besar di Taiwan. Pada pagi 14 April 1997, Hsiao Yen dikatakan hilang dan tidak pulang2 selepas pergi ke sekolah.

Kemudian, keluarga Yen menerima satu nota ugutan minta tebusan berupa wang tunai yang bernilai $ 5 juta USD (RM20.5juta) Nota itu juga mengandungi gambar-gambar Hsiao-yen yang sebahagiannya bogel dan sebahagiannya terikat. Beberapa gambar jari jemari Yen yang dipotong juga dihantar. Sungguh sedih dan menggerikan. 

Pai Hsiao-yen bukan remaja biasa2. Ibunya ialah seorang artis iaitu pelakon Taiwan bernama Pai Bing-bing. Bapanya pula adalah penulis manga terkenal Jepun, Ikki Kajiwara, yang pernah femes dengan karektor Tiger Mask dan Ashita no Joe. Ikki meninggal pada tahun 1987, meninggalkan Bing-bing untuk membesarkan Yen seorang diri.Pelbagai cerita buruk ditulis wartawan terhadap Bing Bing setelah menjadi janda.

Wartawan yang bertanggungjawab membuat situasi kes penculikan tu lebih buruk lagi. Belum pun mendapat apa2 klu mengenai kes itu, wartawan dah pun keluarkan cerita yang menokok tambah termasuklah liputan di tv semua hangat mengenai kes itu.

Nota tebusan itu akhirnya tak bernilai kerana liputan meluas jadinya penculik ingat ada polis disebalik BingBing yang melindungi perempuan itu. Pendek katalah, media berita Taiwan tidak menghormati langsung kes penculikan tu bagi mereka, cerita tu hangat dan perlu dapatkan story cepat2 untuk menaikkan ranking akhbar masing-masing. Hinggakan ada wartawan yang sanggup berkhemah diluar rumah Bing2 untuk mendapatkan berita terkini dan sensasi.

Sepuluh hari selepas penculikan itu, polis menangkap tiga lelaki yang didakwa ada kaitan dengan kes penculikan itu dan mereka disoal siasat.

Lima belas hari selepas penculikan itu, mayat Hsiao-yen ditemui di longkang besar dibandar Taipei. Benda berat diikat sekali bagi menenggelamkan badannya agar tidak kelihatan, namun hujan lebat menyebabkan air longkang mengalir menghanyutkan mayat remaja malang itu. Pemeriksa perubatan autopsy mendapati bahawa mayat Hsaio-yen telah mereput sekurang-kurangnya lima hari sebelum ianya ditemui.

Hsiao-yen didapati telah dirogol berulang kali dan dia mati setelah salah seorang dari penculik mencekiknya. Apabila dah dapat laporan autopsy itu, wartawan pun mula ghairah membuat liputan. 

Tiga suspek utama dalam kes itu ialah Chen Chin-hsing,Lin Chung- sheng, dan Kao Tien-min. Mereka ni rupanya mempunyai rekod2 jenayah terancang.

Pada bulan Jun 1997, kumpulan itu pernah menculik seorang pegawai ahli majlis bandar raya Taipei. Dua bulan kemudian, mereka menculik pula seorang ahli perniagaan tempatan. Jika dilihat motifnya disini Chen akan menculik celebrity atau tokoh politik yang keseorangan atau janda. Kes itu menjadi bertambah2 dramatik apabila, pada 19 Ogos, tiga lelaki itu terlibat dalam kes tembak-menembak dengan polis hingga mengakibatkan salah seorang pegawai nya mati.

Pada 23 Oktober 1997, Chen dan Kao juga membunuh seorang pakar bedah plastik, selepas merogol dan membunuh isterinya. Bukan itu saja, sebelum mensasarkan doktor itu, jururawat nya pun menjadi mangsa jenayah rogol mereka.

Yang peliknya seramai 1000 orang pegawai polis memburu mereka, namun seorang pun tak dapat ditangkap dan mereka sangat licik hingga berjaya melarikan diri. 

Mereka akhirnya ditangkap, pada November 1997, kerana tak mampu lagi melarikan diri setelah dikepung pihak polis yang begitu ramai.

Chen dan rakan2nya kemudian mengaku telah bertanggungjawab menculik, merogol dan membunuh Pai Hsiao-yen dengan kejam. Mereka dihukum tembak pada bulan Oktober 1999. 

9. Kes pembunuhan Jourdan Bobbish & Jacob Kudla
Image may contain: 5 people, people smiling, text
Pada musim panas tahun 2012 di Detroit, penduduk disana gempar apabila tersebar berita tentang 2 mayat reput dijumpai oleh Fredrick Young dan rakannya. Mayat itu hampir reput membusuk. Mayat kedua remaja itu berasal dari Westland, Michigan- bernama Jourdan Bobbish, 17, dan Jacob Kudla, 18. Menurut saksi, lima hari sebelum mayat mereka dijumpai, Bobbish dan Kudla keluar ke Detroit atas alasan membeli ubat padahal ianya dadah. Mereka juga ditahan oleh rakan mereka yang bernama Felando Hunter, 24 . Menurut dua saksi, Brandon Hall dan teman wanitanya, Stephany Seawright, memberitahu polis mereka melihat Hunter memaksa kedua-dua remaja itu untuk menyerah kan dadah tersebut dan memaksa kedua-dua nya masuk kedalam kereta miliknya. Bobbish dan Kudla kemudian dilaporkan hilang. Hunter dikatakan menembak kedua2 remaja itu tepat dikepala dengan jarak yang dekat. Sebelum mencampak kan mayat mereka didalam semak. Semasa dibicarakan di mahkamah, Hunter mengaku salah namun tidak langsung mengucapkan kata maaf kepada kedua2 orang tua remaja yang telah dibunuhnya tu kerana baginya itu adalah balasan atas kesalahan anak2 mereka yang berani membeli dadah.

8. Kes pembunuhan Jennifer Daugherty
Image may contain: 7 people, people smiling, text
Pembunuhan Jennifer sangat memilukan dan orang2 yang membunuhnya (secara berkumpulan) pun tak berhati perut. Jennifer Daugherty merupakan gadis istimewa (kurang upaya) nerd dan tidak pernah kacau orang pun dia lebih suka buat hal sendiri. Dia yang berusia 30 waktu itu hidup sederhana dan tinggal di sebuah pekan kecil di Mount Pleasant, Pennsylvania, yang terletak kira-kira 72 kilometer dari Pittsburgh. Oleh kerana cacat, Daugherty tidak mempunyai ramai kawan. Yang memilukan tu orang2 yang dia anggap kawan telah menyeksa dirinya dan membunuhnya dengan kejam.

Kes kematian Jennifer merupakan kes pembunuhan yang paling mengerikan dalam sejarah Amerika waktu tu. Menurut seorang suspek, Melvin Knight, yang berusia 20 tahun, dia dan gengnya mencampak mayat Daugherty kedalam tong sampah' besar ditempat letak kereta diGreensburg Salem Middle School pada 11 Februari 2010. Ceritanya bermula apabila Daugherty juga mempunyai keinginan bercinta mula berkawan rapat dengan Ricky Smyrnes, 23 tahun. Apabila mengetahui akan hal ni, teman wanita Ricky, Angela Marinucci, 17 tahun berasa amat marah dan cemburu. Turut merasa geram dengan Jennifer adalah teman wanita Melvin Knight, yang sedang hamil waktu tu iaitu Amber Meidinger yang berusia 20 tahun. Mereka kemudian sepakat menyeksa wanita malang yang tidak berupaya tu. Meidinger yang sekian lama memendam nak menyerang Jennifer kemudian menarik rambut Jennifer kemudian menghantukkan kepalanya ke dinding. Kekejaman itu semakin menjadi2 apabila Marinucci dan Smyrnes pula memukul kepala wanita itu dengan tongkat, diikuti dengan Meidinger yang membalas dengan menendang perut dan dada Daugherty. Daugherty yang cedera teruk itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana tangan nya diikat dengan tali hiasan pokok Krismas. Mulutnya juga disumbat dengan minyak sayuran, air kencing, rempah2, sabun dan najis mereka semua. Kumpulan itu menjadi2 kejam nya apabila terdapat dua lagi remaja yang turut dengki dengan Jennifer campur tangan iaitu Robert Loren Masters Jr. 36 tahun dan Peggy Darlene Miller yang berusia 27 tahun, memaksa Daugherty menulis nota bunuh diri sebelum mereka mencukur kepalanya. Daugherty yang terseksa kesakitan akhirnya meninggal selepas beberapa orang dalam kumpulan itu bergilir2 menikamnya. Mayatnya kemudian dicampakkan ketong sampah besar. Namun kejahatan mereka dibalas apabila polis berjaya menangkap mereka berserta bukti2. Kesemuanya kecuali Meidinger, menerima hukuman penjara seumur hidup.

7. Kes Pembunuhan Iana Kasian
Image may contain: 2 people, people smiling, stripes and indoor
Pada tahun 2016, PENGARANG novel seram Blake Leibel mengaku salah atas tuduhan membunuh tunangnya dengan kejam termasuk memotong anggota badan, menyiat kulit kepala dan mengeluarkan darah dari tubuh wanita itu hingga mati.Blake Leibel yang juga adalah anak seorang jutawan hartanah dilaporkan menyeksa dan mengerat anggota badan dan mengoyak kulit kepala Iana Kasian di apartemennya di Hollywood Barat.

Lebih kejam lagi, Leibel, 37, kemudian mengeluarkan darah dari badan wanita itu agar mangsa mati dengan perlahan-lahan.

Ketika kejadian pada Mei 2016 itu, Iana, 30, yang berasal dari Ukraine baru beberapa minggu melahirkan bayi hasil hubungannya dengan Leibel.

Semasa perbicaraan, gambar2 lokasi pembunuhan dan mayat Iana ditunjukkan kepada juri termasuk gambar grafik novel Sindrom yang juga dikarang Leibel pada tahun 2010.

Pendakwa raya daerah, Tannaz Mokayef memberitahu mahkamah, Leibel meniru semua kandungan novelnya itu dalam pembunuhan nya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak akan melayan sebarang rayuan dari nya.

6. Kes Pembunuhan Stephanie Roper
Image may contain: 1 person, smiling, close-up
Pembunuhan kejam berlaku pada April 1982. Stephanie Roper, 22, merupakan seorang pelajar di Universiti Frostburg, Maryland. Pada malam kejadian malang itu, keretanya rosak dan terhenti di tepi jalan raya berdekatan kawasan tersembunyi iaitu kawasan pedalaman di Prince George's County, Maryland. Dua lelaki dikatakan berhenti dan konon2 menawarkan diri untuk membantunya. Jack Ronald Jones,26, dan Jerry Lee Beatty, 17 tahun rupanya bukan ikhlas menolong tetapi mempunyai berniat jahat terhadap Stephanie. Kedua lelaki itu menyatakan yang kereta Stephanie mengalami kerosakan teruk dan harus diperbaiki oleh mekanik yang mempunyai kelengkapan peralatan khas, jadi mereka offer untuk hantar Stephanie pulang. Namun sejurus dia masuk kedalam kereta dua lelaki jahanam itu, mereka mengacukan kan senapang dikepalanya dan mengugut dan akan membunuh Stephanie sekiranya menjerit atau meronta-ronta. Mereka membawa Stephanie ke sebuah rumah terbengkalai di St Mary's County. Di dalam rumah ini, mereka menyeksa dan merogol Stephanie tanpa belas kasihan. Oleh kerana takut Stephanie melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka sepakat membunuh wanita malang itu. Mereka memukul kepala Stephanie dengan rantai besar pengikat kayu balak yang terdapat dalam rumah tu hingga kepala tengkoraknya pecah. Kedua tangan dan kaki yang diikat kemudian dikerat2 hingga putus terpisah daripada badan. Kemudian mereka membakar mayatnya hingga menjadi abu sebelum melarikan diri. Pihak polis tidak mengambil masa yang lama menjejaki kedua lelaki itu dengan bantuan cctv dan saksi2 keliling, polis segera geledah rumah terbiar itu dan menjumpai semua bukti2 kukuh bagi menangkap keduanya. Mereka disabitkan kesalahan penjara selama 12 tahun.

5. Kes Pembunuhan Kelly Anne Bates
Image may contain: 3 people, people smiling, child and text
Pembunuhan Kelly Anne Bates yang berusia 17 tahun waktu sangat menggegarkan negara England. Pada 16 April 1996, Kelly akhirnya meninggal dunia setelah mengalami beberapa penyeksaan yang berterusan selama 4 minggu. Semuanya dilakukan oleh kekasihnya sendiri, James Patterson Smith, 48 tahun. Smith akhirnya melemaskan teman wanitanya dalam tab mandi. Smith dan Kelly tidak sepatutnya bercinta kerana mereka umpama anak dan ayah. Semuanya bermula apabila lelaki yang lebih tua itu mula memberi ayat2 cinta dan manis, berserta kata2 semangat dan motivasi kepada Kelly yang ketika itu berusia 14 tahun. Rakan-rakan Kelly sendiri pun mula menyedari bahawa rakan mereka yang dulunya aktif tetapi sejak berkawan dengan lelaki tua itu dia jadi pasif. Dia lebih suka menghabiskan masanya bersama lelaki itu setelah habis sekolah. Pada November 1995, Kelly mula berpindah bersama kerumah Smith yang terletak di Furnival Road di Gorton, Greater Manchester, England. Ibu bapa Kelly, langsung tidak menyukai tindakan anak perempuan mereka tu, mereka pernah dikenalkan oleh Kelly namun oleh kerana usia yang begitu jauh umpama anak dan ayah tu mereka tidak suka hubungan itu diteruskan. Namun oleh kerana sayang, mereka biarkan saja Kelly buat pilihan sendiri. Kebimbangan mereka mula memuncak apabila Kelly yang melawat mereka menunjukkan kesan2 lebam ditangan dan muka. 

Smith sememangnya tidak disukai oleh kedua orang tua Kelly kerana dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, disamping itu Smith mempunyai sejarah hitam dengan bekas isterinya yang sering dipukul kasar. Mereka tahu yang bekas isteri Smith juga pernah menceritakan tentang keburukan suaminya hingga trauma, bukan itu saja, selepas cerai, Smith pernah mempunyai teman wanita lain sebelum Kelly yang lebih muda dan hampir menjadi mangsa deranya juga. Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh Smith kepada Kelly itu dinafikan sekerasnya oleh Kelly sendiri. Baru sahaja kedua orang tuanya mahu melaporkan kecederaan anak mereka kepada polis, mereka menerima khabar mengejutkan yang Kelly telah mati lemas dibunuh dek Smith. Smith yang telah membunuh Kelly akhirnya kebalai polis menyerah diri dibalai polis Gorton, dia mengakui tidak sengaja membunuh Kelly. Pihak polis dan pakar ahli patologi kemudiannya mengumpulkan semua maklumat sebelum pergi kerumahnya untuk menyiasat. Berdasarkan bukti2 dan pemeriksaan keatas mayat Kelly, terdapat hampir 150 kesan kecederaan dibadannya. Dia juga dibiarkan kelaparan selama berminggu-minggu. Dikatakan Smith telah mencucuh besi panas kebadan Kelly termasuklah kemaluannya, selain memukul dan mencekiknya, dan melemaskan dalam tab mandi hingga mati. Walaupun semua bukti2 dah ada, namun Smith menyatakan dia menjadi mangsa keadaan dan pertahankan dirinya yang dia masih tak bersalah. Setelah dibicarakan Smith akhirnya didapati bersalah dan dihukum penjara seumur hidup.

4. Kes Pembunuhan The Hello Kitty
Image may contain: 3 people
Hello Kitty memang terkenal kerana pinky dan comel. Tetapi sebenarnya terdapat cerita yang mengerikan hingga ada yang menjadi trauma apabila teringat cerita disebaliknya.

Terdapat fakta menakutkan disebalik nama Hello Kitty ini. Salah satu darinya adalah kes pembunuhan gelaran bernama "Hello Kitty". Kemunculan pembunuhan Hello Kitty ini berlaku di Hong Kong pada akhir abad ke-20.

Hello Kitty Murder adalah istilah yang diberikan untuk pembunuhan sadis yang berlaku di Hong Kong pada tahun 1999. Kes pembunuhan ini sangat terkenal dibandar Hong Kong suatu ketika dahulu. Korang mesti familiar Kan??!

Latar Belakang Pembunuhan

Fan Man-Yee aka Ah Map, 23 tahun, bekerja sebagai pelayan di kelab malam dan juga sebagai pelacur. Pada tahun 1997, suatu hari, dia bertemu dengan Chan Man-Lok yang berusia 34 tahun (Salah seorang pelangan Ah Map), di sebuah vila. Chan sebenarnya seorang penjenayah, mafia kawasan, pengedar dadah, dan juga ahlong kawasan yang suka memeras ugut orang. 

Chan menjadi pelanggan tetap Ah Map . Tetapi pada tahun 1999, Chan memarahi Ah Map kerana wanita itu telah mencuri wangnya sebanyak $ 4,000. Tetapi Ah Map tidak mencuri dan melarikan diri terus, dia pulangkan balik duit Chan hingga menambah sebanyak $ 10,000. Tetapi Chan tidak berpuas hati dengan jumlah wang yang dikembalikan oleh Ah Map tu. Chan masih meminta tambahan beberapa ribu ringgit. Eh melampau2 pulak dia ni kan..

Tetapi sayangnya, Ah Map tidak dapat memenuhi tuntutan Chan yang mempunyai selera besar tu . Chan menyuruh orang suruhannya menculik Ah Map untuk bekerja dengannya jadi pelacur. Tetapi rancangan Chan tidak berjalan dengan lancar. Oleh kerana bengang, Chan sendiri dan beberapa orang suruhannya menculik Ah Map dan membawa wanita itu ke pangsapurinya di kawasan Granville Road. Ah Map diseksa oleh Chan tanpa belas kasihan dan untuk suka2. Bermula dari membakar plastik dan mencucuhkan cecair plastik yang panas kekulit muka Ah Map, dia juga menuang sos cili keatas luka perit kulit Ah Map itu. Bukan itu sahaja, mereka juga menyeksa memukul Ah Map dengan batang besi. Lebih kejam lagi, mereka membakar kaki Ah Map, dan yang paling sadis sekali, mereka memaksa Ah Map untuk makan najis mereka termasuk meminum air kencing mereka juga. Sekiranya Ah Map meludah keluar, dia akan dipukul diseksa lebih dahsyat lagi.

Penyeksaan tersebut berlaku berlarutan selama sebulan. Sehingga suatu hari tu, Ah Map didapati tidak bermaya tinggal nyawa2 ikan. Pada masa itu Ah Map didapati telah mati oleh Melody, iaitu teman wanita Chan. Chan gelabah kemudian memotong mayat Ah Map dengan gergaji, kemudian memotong daging, kulit nya hingga tinggal tulang sebelum merebus daging2 dan organ2 dalaman untuk hilangkan bau. Tulangnya kemudian diletakkan dalam patung Hello Kitty yang menyerupai ikan duyung. Amat kejam sekali tapi Chan dan pengikut2 nya hanya dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun sahaja.

3. Kes Pembunuhan Channon Christian dan Christopher Newsom
Image may contain: 8 people, people smiling
Channon Christian, 21, dan teman lelakinya, Christopher Newsom, 23 tahun, saling mencintai dan mereka merancang masa depan mereka sendiri termasuk perancangan business pada tahun 2007. Pasangan malang itu diculik dari kompleks pangsapuri Washington Ridge di Knoxville, Tennessee. Sebelum itu mereka didatangi oleh seorang bekas penasihat bernama Lemaricus Davidson, pada malam itu, Davidson, yang juga pengedar dadah mempunyai masalah baru putus tunang dengan Daphne Sutton. Davidson terdesak dan berada dalam kesusahan dan memerlukan kereta. Davidson dan orang2nya menculik pasangan Christian and Newsom bersama2 kenderaan nya.

Orang kanannya termasuklah abangnya sendiri. Mereka sememangnya tiada pekerjaan tetap. Plot jenayah mereka sekarang adalah untuk mendapatkan kereta saja. Namun ianya meleret2 menjadi sesuatu yang melampaui batas hinggakan membunuh pula. Mereka merompak pasangan tu. Pasangan itu kemudian dilaporkan hilang dan setelah beberapa hari selepas itu,mayat mereka ditemui berhampiran landasan kereta api di Chipman Street di Knoxville Timur. Newsom telah beberapa kali dirodok lubang punggungnya dengan objek tajam sebelum ditembak mati. Mayatnya menunjukkan dia diseksa teruk sebelum ditembak. Mulutnya juga disumbat stokin bagi menghalang dia dari menjerit dengan kedua tangan dan kakinya diikat dengan tali pinggang. 

Bukti forensik menunjukkan dia dipaksa berjalan atas landasan keretapi sebelum ditembak dari arah belakang.Tembakan ini telah melumpuhkan Newsom tetapi tidak membunuhnya lagi. Dia masih nyawa2 ikan kemudian ditembak sekali lagi dengan pistol kaliber 22 dari jarak dekat. Ketika semua ini terjadi kepada Newsom, Channon pula dikurung di sebuah rumah kecil yang kotor di Chipman Street. Selama 24 jam, Channon dirogol berkali2. Dia akhirnya mati kerana tak tahan diseksa. Mayatnya dibungkus dengan plastik sampah sebelum dilemparkan kedalam landasan keretapi. Jenayah mereka akhirnya terbongkar setelah ditangkap polis . Davidson dan abangnya kemudian ditangkap dan penjarakan seumur hidup.

2. Kes pembunuhan Sylvia Likens
Image may contain: 6 people, text
Sylvia Likens (3 Januari 1949 - 26 Oktober 1965) adalah seorang gadis yang berasal dari Indiana Amerika yang menjadi mangsa penyeksaan hingga mati oleh penjaganya, Cik Gertrude Baniszewski serta tujuh anaknya yang sepakat sekali dengan ibu mereka iaitu (1. Paula Baniszewski 2. Stephanie Baniszewski 3. John Baniszewski Jr. Marie Baniszewski 5 Hirley Baniszewski 6. James Baniszewski 7. Dennis Lee Wright Jr.) semuanya jahat masuk campur termasuklah sepupu mereka Gertrude (Ricky Hobbs, Coy Hubbard) sanggup menyeksa gadis miskin yang baik hati ini.

Ibu bapa Sylvia merupakan pekerja sarkas karnival, dan mereka sangat sibuk bekerja diserata tempat. Mereka sepakat meninggalkan Sylvia dan kakaknya Jenny dibawah jagaan keluarga Gertrude Baniszewski yang kebetulan dia seorang janda yang sedang mencari wang tambahan, dan wanita kejam itu bersetuju apabila ibubapa Sylvia menawarkan membayar $ 20 seminggu.

Penyeksaan dan penderaan bermula apabila ibu bapa Sylvia terlambat membayar sebanyak $ 20 sebulan, dan ibu Gertrude berasa sangat kecewa dan marah. Akibatnya Sylvia dan Jenny didera. Punggung mereka dirotan hingga berbirat biru lebam. Walaupun cek sampai lambat, mereka tetap kena dera. Jenny melarikan diri manakala Sylvia masih sabar menetap disitu.

Pada hari-hari berikutnya, Sylvia dituduh pula oleh Paula dengan memfitnahnya bekerja sampingan sebagai pelacur di sekolah mereka, membuatkan gertrude bertambah marah hingga membiarkan saja Paula memukul Sylvia sesuka hatinya.

Suatu hari, Sylvia pulang dari sekolah bersama2 dengan kawannya lelaki yang juga satu sekolah. Melihat Sylvia pulang bersama lelaki, itu amat menaikkan darah Gertrude. Dia yang begitu emosi kemudian mengheret Sylvia keruangan bawah tanah dan menyumbat botol soda kedalam kemaluan gadis malang itu. Dengan bantuan kedua anaknya John, dan Copy, Sylvia diseret keruangan bawah tanah tu dengan begitu mudah sekali.

Oleh kerana terlalu terkejut dan kesakitan, Sylvia pengsan. Dia kemudian diangkat naik semula dan tubuhnya dicampak kan kelantai diruangan tamu.

Apabila sedar dia diseret lagi keruangan bawah tanah dan dicampakkan disitu.

Semasa dikurung di bawah tanah (dalam tempoh masa Ogos-Oktober 1965), gadis miskin ini melalui pelbagai ujian dan deraan yang begitu tragis dan kejam. Anak2 Gertrude selalu membawa rakan-rakan mereka ke ruangan bawah tanah tu bagi melihat Slyvia yang diseksa ibu mereka tanpa ada belas kasihan dan perikemanusiaan. Bukan saja dipukul, dia juga ditendang, hingga terdapat hampir 100 malah lebih kesan luka dibadannya. Termasuk luka terbakar yang dikatakan dicucur dengan kayu panas. Hingga mengoyak kulit Sylvia yang cerah. Tetapi apa yang paling menyayat hati adalah luka torehan kesan api di perutnya yang diukir oleh mereka sendiri berbunyi:

"I'M A PROSTITUTE AND PROUD IT!"(saya pelacur dan saya bangga melakukannya. Tulisan itu diukir sendiri oleh Gertrude yang jahat dengan dibantu oleh Ricky Hobbs.

Semasa ditahan di ruang bawah tanah, Sylvia tidak dibenarkan pergi ke tandas dan tidak diberi makanan, akibatnya dia terpaksa membuang air besar dan kecil disitu. Dia juga terpaksa minum air kencingnya sendiri kerana tidak dibekalkan air. Sylvia juga cuba melarikan diri namun gagal. Oleh kerana tindakan Sylvia yang berani tu, dia diseksa dengan lebih dahsyat lagi.

Keesokan harinya mereka menjirus Sylvia dengan air panas hingga gadis itu menggelupur. Apabila puas melihat keadaan tu Slyvia akhirnya tidak bergerak. Mereka menendang gadis itu namun ia masih kaku tidak bergerak. Sylvia tidak bernafas. Stephanie cuba memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut namun usaha mereka gagal. Slyvia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir .

Kemudian polis dipanggil dan Gertrude Baniszewski menunjukkan surat yang kononnya ditulis Sylvia sebagai perisai nak lepaskan diri daripada pihak polis.Dia juga sempat kelentong menyatakan Sylvia budak liar budak pelacur jahat.

Kes yang mengerikan ini difailkan di mahkamah selama 24 hari dengan saksi2 dari keluarga Baniszewski dan orang-orang yang turut serta dalam menyiksa Sylvia. Gertrude sekeluarga didapati bersalah dan dihukum penjara 20 tahun.

1. Kes pembunuhan Junko Furuta
Image may contain: 1 person, smiling, text
Kisah pembunuhan Junko Furota sememangnya paling kejam dalam sejarah Jepun,sadis..Aku pernah up dulu ok korang boleh baca sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1099204973446625&id=1001720953195028


Thursday, 11 January 2018

PERANG DUNIA KE-2, PERANG MUSIM SEJUK


...gambar ini hiasan je...
Pada 30 November 1939, Soviet Union membedil sempadan Finland-Soviet lalu menghantar 28 divisyen tentera menyeberangi sempadan Finland.

Perang ini berlaku kerana keengganan Finland untuk memberikan kawasan dan wilayah yang diminta oleh Soviet Union. Kerajaan Soviet pimpinan Joseph Stalin meminta agar sempadan Finland-Soviet diperbaharui semula, kerana bandar kedua terbesar Soviet, Leningrad (St. Petersburg) hanya sejauh 32 km dari sempadan antarabangsa. Maka, untuk tujuan keselamatan, pihak Soviet meminta sedikit wilayah negeri Karelia, Finland untuk diberikan kepada Soviet agar kota Leningrad akan lebih selamat pada masa akan datang.
Rejimen Ski Finland, menjadikan ia pasukan elit tentera Finland yang paling efektif ketika perang ini. Menggunakan peluncur salji dan raifal untuk mengucar-ngacirkan tentea Soviet!
Finland, dipimpin oleh President Kyosti Kallio, enggan untuk menerima desakan Soviet Union kerana tidak mahu tunduk kepada kuasa besar berkenaan. Oleh hal yang demikian, pada 26 November 1939, Polis Rahsia Soviet, NKVD melancarkan ‘false flag’ dimana, pos kawalan tentera Soviet dibedil oleh ‘musuh yang tidak diketahui’. Soviet menuduh Finland sengaja membedil artileri ke arah mereka. Mereka menpersoalkan Finland kerana gagal memberi mereka wilayah sebagai ‘buffer zone’. 4 hari kemudian, Soviet Union menyerang Finland.

Jumlah tentera Soviet tiga kali lebih besar daripada apa yang Finland ada. 28 divisyen tentera dibawah pimpinan konco politik Stalin, Marshal of Soviet Union, Kliment Voroshilov menjangkakan yang perang ini akan menjadi singkat dan menawan ibu kota Helsinki yang hanya lebih kurang 300km daripada Leningrad akan menjadi sangat mudah.

Jangkaan Marshal Voroshilov sangat sempit. Tentera Merah mempunyai pelbagai masalah untuk menembusi pertahanan Finland. Voroshilov memandang rendah cuaca yang berlaku pada ketika itu, iaitu sejuk melampau. Oleh hal yang demikian, nama perang ini digelar Perang Musim Sejuk.

Finland mempunyai benteng pertahanan yang semulajadi. Sepanjang sempadan utara Finland tidak boleh ditembusi kerana tidak ada jalan raya dan berbukit-bukit. Hanya sedikit sahaja kawasan yang boleh dilalui, itu pun di kawal ketat oleh tentera Finland. Hanya satu kawasan yang sangat logik untuk dilalui iaitu 32 km utara dari kota Leningrad.
Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim
Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim, Hero Finland ketika Perang Saudara Finland, dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Komander Turus Angkatan Tentera Finland ketika Perang Musim Sejuk. Walaupun jumlah divisyen Finland 3 kali ganda lebih sedikit daripada Soviet, namun kebijaksanaan beliau membina kubu kuat pertahanan Finland berjaya mengekang kemaraan tentera Soviet. ‘Mannerheim Line’, terletak lebih kurang 50km utara kota Leningrad menjadi tunjang utama sistem pertahanan beliau. Garisan Mannerheim ini menjadi saksi satu per satu kegagalan ofensif tentera Soviet untuk menembusi garisan ini.

Beliau seorang veteran Perang Dunia Pertama dibawah Empayar Rusia. Selepas kekalahan Rusia pada Perang Dunia Pertama, Finland merdeka dan beliau berusaha untuk mengekang pengaruh Komunis ketika Perang Saudara Finland pada 1920an. Beliau amat disegani oleh musuh dan rakan. Taktik beliau amat dikagumi oleh Stalin sehinggakan beliau akui yang Soviet kalah pada awalnya kepada Finland kerana ‘Jeneral Tua’ ini.

Kegagalan tentera Soviet untuk memenangi perang ini dengan masa yang singkat di atas beberapa faktor:

Pertama. tampuk pimpinan Angkatan Tentera Soviet Union sedang berada pada tahap yang amat kritikal. Ramai komander tentera dari pelbagai servis dipenjara dan dibunuh atas arahan Joseph Stalin pada 1936-1938. Maka ramai pegawai berkaliber Soviet diganti oleh pegawai yang masih lagi mentah dan tidak berpengalaman.

Kedua: Kehebatan taktik Marshal Mannerheim. Walaupun Finland mempunyai angkatan kereta kebal dan kapal terbang yang sedikit, Mannerheim mampu meminimasikan penggunaan aset-aset ini untuk menyerang kedudukan vital Tentera Merah. Beliau juga menggunakan taktik gerilla iaitu serang dan lari terhadap pihak lawan dan juga taktik bumi hangus untuk menidakkan sumber makanan musuh.
Pemimpin Soviet Union, Joseph Stalin (kiri) dan Marshal Voroshilov (kanan) yang digantikan oleh Stalin selepas beliau gagal untuk melumpuhkan pertahanan tentera Finland.
Ketiga: Komander Tertinggi Angkatan Soviet sangat memandang rendah dengan kebolehan Finland, dari segi politik dan juga Geografi. Menteri Luar Soviet, Vyacheslav Molotov menggambarkan yang perang ini akan tamat dalam sebulan. Hakikatnya, ia mengambil masa 3 bulan, 1 minggu dan 5 hari untuk menumbangkan Finland. Marshal Voroshilov juga memandang rendah tentang cuaca musim sejuk yang berlaku di sana. Tidak hairan lah 167,000 Tentera Soviet mati yang kebanyakkan mati kesejukkan.

Sememangnya pada dua bulan pertama, Finland menikmati kemengangan demi kemenangan di setiap pertempuran. Kebanyakkan senjata-senjata diberikan oleh negara-negara Bersekutu seperti Britain dan Perancis. Stalin amat berdukacita dan memecat kroninya Marshal Voroshilov. Tempatnya diganti oleh General Semyon Timoshenko.
Pada 01 Februari 1940 - Tentera Merah pimpinan General Timoshenko berjaya melintasi Garisan Mannerheim
Penggantian General Timoshenko sebagai Komander Tentera Soviet pada 7 Januari 1940 membuahkan hasil. Timoshenko menukar semua taktik kolot yang digunakan oleh Voroshilov. Beliau mengutamakan tentera, bermotor dan mekanais kereta kebal untuk melepasi Mannerheim Line. Pada 1 Februari 1940, Timoshenko melancarkan ofensif besar besaran disepanjang Mannerheim Line. Bedilan artileri sabanyak 300,000 butir dibedil di situ sebelum tentera mekanais Soviet menyerang kemudian.
Semyon Timoshenko, dilantik sebagai Marshal of Soviet Union selepas Perang Musim Sejuk tamat dan juga Menteri Pertahanan Soviet pada tahun itu. Taktik mekanais beliau berjaya membolos Garisan Mannerheim yang tidak mampu ditembusi oleh Marshal Voroshilov
Akhirnya, Mannerheim Line dibolosi. Pada 5 Mac 1940, Tentera Soviet memasuki bandar kedua terbesar Finland iaitu Vyborg. Finland bersetuju untuk menandatangani perjanjian damai dengan Soviet yang dimeterai di Moscow pada 12 Mac 1940. Hasilnya. 11% wilayah Finland diambil Soviet dimana merangkumi 30% ekonomi utama Finland.
Kawasan yang dikuasai Soviet Union selepas Perang Musim Sejuk 1939
Nota Editor: Artikel ini dinaikkan selepas mendapat kebenaran page Persatuan Sejarah UPNM – PASEM


Thursday, 10 August 2017

SERANGAN PEARL HARBOR: JEPUN MEMBANGKITKAN GERGASI YANG SEDANG TIDUR

Pada 7 Disember 1941 (waktu tempatan), Tentera Laut Imperial Jepun melancarkan serangan udara mengejut ke atas Tentera Laut Amerika Syarikat (US) yang berpangkalan di Pearl Harbor, Hawaii. 414 pesawat Jepun berjaya menenggelamkan 12 kapal perang dan memusnahkan 188 kapal terbang US. Tujuan serangan Jepun adalah untuk mematahkan keupayaan US untuk campur tangan dalam rancangan penaklukan Jepun terhadap Asia Tenggara. Sejam sebelum permulaan serangan iaitu pada subuh 8 Disember 1941 (waktu tempatan), Tentera Darat Imperial Jepun juga melancarkan serangan serentak ke atas Asia Tenggara dengan memasuki sempadan Tanah Melayu melalui Singora dan Pattani di Thailand dan mendarat di Kota Bharu. Tentera Jepun memasuki Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942 dan tentera British menyerah kalah pada 15 Februari 1942.
Hasil carian imej untuk serangan pearl harbor
Dalam masa hanya 2 bulan, Jepun berjaya mengalahkan Britain (yang menjajah Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara), Belanda (yang menjajah Hindia Timur) dan US (yang menjajah Filipina). Jepun menampilkan diri sebagai pembebas penduduk Asia dari penjajahan Barat melalui propaganda 3A yang berbunyi “Jepun Cahaya Asia, Jepun Pemimpin Asia, Jepun Pelindung Asia”. Tujuan sebenar Jepun adalah untuk menjadikan negara-negara di Asia Tenggara naungan Jepun di bawah Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya (Greater East Asia Co-Prosperity Sphere), imperialisme baru untuk mendapatkan sumber ekonomi seperti getah dan minyak.
Hasil carian imej untuk serangan pearl harbor
Serangan Pearl Harbor telah mengorbankan 2,403 askar US. Namun ia berjaya menukar sikap orang awam terhadap Perang Dunia Kedua. Ahli-ahli politik dan rakyat US yang pada asalnya menentang penglibatan US dalam perang dunia atas sebab ketiadaan kepentingan US telah menukar pendirian 180 darjah. Kongres dengan sebulat suara (undian 82-0 di Senat dan 388-1 di Dewan Perwakilan) memberi autoriti kepada Presiden Franklin Roosevelt untuk mengisytiharkan perang ke atas Jepun dan kemudian ke atas sekutunya Jerman. Winston Churchill, perdana menteri Britain ketika itu, meluahkan perasaan “gembira” dengan tragedi ke atas US kerana tragedi tersebut memaksa US memasuki Perang Dunia Kedua. Churchill makin yakin beliau mampu mengalahkan Adolf Hitler di Eropah dengan bantuan kekuatan ketenteraan dan ekonomi US.
Hasil carian imej untuk serangan pearl harbor
Pada asalnya, di kalangan tentera Jepun terdapat perbezaan pendapat mengenai strategi imperialis Jepun. Pemimpin Tentera Laut seperti Laksamana Isoroku Yamamoto berpandangan bahawa Jepun yang telah menguasai Manchuria sepatutnya meluaskan kuasa ke Soviet Union (doktrin perluasan ke utara atau “Hokushin-ron”), namun pemimpin Tentera Darat seperti Hideki Tojo (perdana menteri) berpendapatan Jepun seharusnya menakluk China dan Asia Tenggara (doktrin perluasan ke selatan atau “Nanshin-ron”). Keputusan untuk menakluk Asia memaksa Jepun untuk berhadapan dengan US. Dengan kata lain, “kejayaan” Jepun dalam Serangan Pearl Harbor sebenarnya bermaksud kekalahan Empayar Jepun kerana ia umpama mengejutkan gergasi yang sedang tidur lena.
 Hasil carian imej untuk serangan pearl harbor
Tujuan Jepun menyerang Pearl Harbor hanyalah untuk melumpuhkan kuasa laut US untuk seketika, supaya Jepun dapat menguasai Asia Tenggara tanpa gangguan US. Laksamana Yamamoto sedar bahawa Jepun tidak mampu mengalahkan US dalam perang yang berkelanjutan kerana US adalah terlalu kuat dari segi sumber ketenteraan dan ekonomi. Rancangan jangka panjang Jepun adalah untuk berunding damai dengan US seusai menguasai Asia Tenggara.
Hasil carian imej untuk serangan pearl harbor
Namun peristiwa Pearl Harbor berjaya memobilisasi semangat juang rakyat US. US kini nekad untuk “finished off the Japs”. Pada Jun 1942 (6 bulan selepas kejadian Pearl Harbor) berlaku Pertempuran Midway (Battle of Midway) di antara US dan Jepun. Dalam pertempuran tersebut US berjaya merampas penguasaan laut di Pasifik dari Jepun dengan memusnahkan 4 buah kapal induk (aircraft carrier) Jepun. 2 bulan kemudian, US mula mengambil tindakan menyerang melalui Guadalcanal di Kepulauan Solomon berhampiran Australia. US mengguna strategi “lompat katak” (leapfrogging) untuk menguasai pulau-pulau kecil strategik (Saipan, Iwo Jima, Guam, Okinawa) untuk memukul undur Jepun. US menjadikan pulau-pulau tersebut sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan udara dan sekatan laut ke atas Jepun. Kesannya, tentera Jepun telah kekurangan bahan api dan rakyat dalam keadaan kebuluran. Akhirnya, Jepun menyerah kalah dan Perang Dunia Kedua tamat pada 15 Ogos 1945, selepas US menjatuhkan bom nuklear di Hiroshima (6 Ogos) dan Nagasaki (9 Ogos).
Hasil carian imej untuk serangan pearl harbor
Peristiwa Pearl Harbor telah mengubah pemikiran strategi US sehingga hari ini dengan menyedarkan US bahawa keselamatan US hanya dapat dijamin melalui pertahanan ke depan (forward defense) di luar sempadan US, bukan menerusi dasar isolasi yang diamalkan sebelum Perang Dunia Kedua. Kini, US menjadi kuasa laut yang terunggul di Lautan Pasifik dengan menguasai Rantaian Pulau Pertama (First Island Chain) yang terdiri daripada Jepun, Taiwan, Filipina dan Rantaian Pulau Kedua (Second Island Chain) yang terdiri daripada Guam dan Kepulauan Mariana Utara. Roosevelt dalam ucapannya selepas kejadian Pearl Harbor menyifatkan 7 Disember sebagai “day of infamy” (hari yang memalukan) US; namun, ia lebih tepat disifatkan sebagai “day of destiny” yang mempersiapkan US menjadi adikuasa dunia.


Monday, 31 July 2017

BEZA DRAMA JEPUN DAN DRAMA MELAYU!

Dari budaya hiburan pun kita boleh memahami sifat sesebuah masyarakat. Ini namanya ‘sociology of culture’.

Kalau korang perhatikan, setiap drama Jepun akan menceritakan tentang satu profesion atau pekerjaan.
Hasil carian imej untuk poster Great Teacher Onizuka
Great Teacher Onizuka (1998) bercerita tentang cikgu.

Hasil carian imej untuk poster Shomuni 2001
Shomuni (1998) tentang office lady.

Hasil carian imej untuk poster hero 2001
Hero (2001) tentang pendakwa raya.

Hasil carian imej untuk poster engine 2005
Engine (2005) tentang pemandu F3000.

Hasil carian imej untuk poster Nodame Cantabile
Nodame Cantabile (2006) tentang pemain muzik klasikal.

Hasil carian imej untuk poster osen 2008
Osen (2008) tentang pengusaha restoran.

Hasil carian imej untuk poster Hanzawa Naoki
Hanzawa Naoki (2013) tentang banker.

Hasil carian imej untuk poster doctor-x
Doctor-X (2012/2013) tentang doktor.

Sampai pemain sukan polo air pun ada: 
Hasil carian imej untuk poster water polo yankee
Hasil carian imej untuk poster water polo yankee
Water Polo Yankees (2014). Punyalah ‘niche’.

Eh, tapi drama Melayu pun ada kan? Ada kapten (Sayangku Kapten Mukhriz), ada pilot (Suri Hati Mr. Pilot), ada bomba (Abang Bomba I Love You), ada wedding planner (Cinta Si Wedding Planner). PTD pun ada (Ariana Rose).

Tapi bezanya, drama Melayu tak memberi gambaran langsung tentang selok belok sesebuah profesion atau pekerjaan.

9 dari 10 drama Melayu mempunyai jalan cerita yang sama: watak lelaki utama seorang anak orang kaya yang sombong, watak perempuan utama seorang anak orang biasa-biasa atau orang susah. Dua bertemu secara kebetulan. Dan secara kebetulan mereka berkahwin. Mula-mula tak suka, kemudian jadi suka. Cinta mereka diuji dengan mak mertua yang pandang rendah terhadap watak perempuan utama, dan bekas kekasih watak lelaki utama cuba jadi pihak ketiga. Tapi apa-apa pun happy ending.

Apa yang istimewa dengan pilot, kapten, bomba, wedding planner, kita tak tahu. Sebab itu bukan fokus cerita.

Drama Jepun pula ‘highlight’ suka duka, cabaran dan kesusahan yang dihadapi oleh setiap anggota lapisan masyarakat.

Sebagai seorang PTD yang berkhidmat di MITI, saya pula tertarik dengan drama Jepun yang berjudul ‘The Summer of the Bureaucrats’ (官僚たちの夏 – Kanryotachi no Natsu).
Hasil carian imej untuk The Summer of the Bureaucrats
Drama tahun 2009 ini bercerita tentang kehidupan birokrat atau penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Jepun (MITI, sekarang dah tukar nama jadi METI).

MITI merupakan kementerian yang paling berprestij di Jepun sebelum 1990-an. Orang panggil ‘Mighty MITI’. Siapa nak jadi PM kena jadi menteri MITI terlebih dahulu.

Cerita itu diadaptasi dari kisah benar, berdasarkan hidup Shigeru Sahashi yang berkhidmat sebagai ‘Jimu Jikan’ MITI dari tahun 1964-1966. Jimu Jikan ni macam KSU (Ketua Setiausaha), pangkat penjawat awam tertinggi dalam setiap kementerian.

Drama ini memaparkan dilema kehidupan penjawat awam yang tersepit antara kepentingan umum, prosedur, kepentingan ahli politik dan prinsip peribadi. Benda ini kebanyakan orang Malaysia tak faham, jadi mudah bersangka buruk dengan penjawat awam.

Watak utama drama ini, Shingo Kazakoshi menjadi sasaran ahli politik kerana menentang dasar liberalisasi perdagangan yang akan merugikan industri tempatan Jepun.

Akibat campur tangan politik, Kazakoshi tidak dinaikkan pangkat sebagai Jimu Jikan walaupun dah sampai giliran beliau berdasarkan senioriti. Beliau dilangkaui oleh junior yang pro-liberalisasi. Malah beliau diturunkan pangkat dan akhirnya ‘direhatkan’.

Bahagian yang paling ‘touching’ ialah solidariti yang ditunjukkan oleh kakitangan MITI terhadap Kazakoshi. Walaupun Kazakoshi seorang bos yang tegas dan kekadang menakutkan, tapi prinsip dan integriti beliau mengingati para pegawai MITI tentang misi dan peranan mereka sebagai pembela kepentingan umum.

Saya boleh ‘relate’ dengan drama ini. Drama ini menjadi pembakar semangat malah pedoman saya sepanjang menjadi seorang PTD.

Drama Jepun pendek (hanya ada 10 episod) tapi padat, mesejnya jelas dan buat kita berfikir. Ia membantu kita membina empati terhadap orang yang lain pekerjaan dan lain latar belakang dengan kita. Empati adalah antara faktor yang menyumbang kepada perpaduan masyarakat Jepun.

Drama Jepun adalah seni. Drama Melayu pula sekadar hiburan untuk gelak tawa.

Bukan tak boleh berhibur. Saya layan gak cerita-cerita Akasia. Minat gak dengan lakonan Nelydia Senrose. Cuma kita boleh pergi lebih jauh lagi. Kita kan generasi TN50.

Lain kali saya bedah drama Korea pulak.