Showing posts with label Soviet Union. Show all posts
Showing posts with label Soviet Union. Show all posts

Monday, 5 August 2019

10 TEMPAT PALING MENYERAMKAN DI ASIA

Image may contain: one or more people and text


1. Tat Tak School, Hong Kong

Image may contain: one or more people, text and outdoor
Sekolah Tat Tak ditubuhkan pada tahun 1931. Sejak tahun 1998, sekolah ini telah ditutup dan terus abandoned. Banyak cerita2 menyeramkan tentang sekolah ini. Malah, dikatakan pemandu teksi pun tak berani nak lalu depan sekolah ni. Dah kenapa?? Cerita2 seram yang selalu didengari dari penduduk tempatan saja dah cukup menakutkan belum lagi dibuat movie!. Apa sebenarnya yang terjadi dan ada apa dalam sekolah ni?

Kisah hantu yang paling popular disini adalah penampakan hantu cikgu berbaju merah yang mundar mandir dikawasan sekolah. Dikhabarkan, cikgu ni mati kerana membunuh diri dengan cara menggantung dirinya di tandas sekolah dan masa tu dia memakai baju merah. Tak tau sebab apa dia nak mati dengan cara macam ni. Ramai saksi yang menyatakan mereka ada ditempat kejadian dan menyaksikan sendiri cikgu itu tergantung. Mengikut kepercayaan, sekiranya berpakaian merah, roh akan bangkit nanti, justeru itu ramai yang percaya yang roh hantu cikgu ini akann bangkit 'gentayangan’.

Terdapat juga peristiwa yang dahsyat pernah berlaku kat sekolah ni, dimana seramai 7 remaja perempuan yang acah2 berani cuba melakukan uji nyali (ujian keberanian) di sekolah ni dan malangnya berakhir dengan tragedi yang mengerikan. Salah seorang gadis yang sedang ujinyali dikatakan tiba-tiba menjerit histeria kemudian mencekik lehernya sendiri dengan dua tangannya. Dia juga menendang kawan2nya yang cuba cuba menenangkannya. Sehingga akhirnya mereka cedera dan terpaksa dibawa kehospital. Gadis itu juga dikatakan cuba menggantung dirinya di dalam tandas hospital. Seram!

Dikhabarkan, kawasan sekitar sekolah adalah tapak bekas kubur yang besar, iaitu kubur tentera2 yang terdiri daripada askar2 yang terkorban semasa zaman perang dengan British pada tahun 1941, ditanam bawah tanah ni kemudian dijadikan sekolah. Sebelum sekolah dibina lagi dikatakan tempat ni dah sememangnya keras dan berhantu.

Pengalaman seram lain juga pernah dialami oleh guru sekolah lain yang bernama Ricky. Selepas mengajar, dia sepatutnya membentuk group permainan paintball yang dibahagikan kepada dua pasukan. Lokasi bangunan sekolah yang dipilih adalah sekolah tinggal Tat Tak iaitu dibahagian gelanggang badminton serta padang sekolah. Masa itu dia sampai awal untuk setting up tempat game. Apabila Ricky berada di kawasan itu, dia terlihat seorang lagi anggota pasukan paintball berjersey putih bersembunyi satu sudut. Apabila didekati, orang tu tiba2 hilang depan matanya sekelip mata macam asap! Oleh kerana tak nak kecoh takut semua tak da semangat nak main, dia hanya mendiamkan diri saja dulu. Hinggalah selepas tamat permainan barulah dia bercerita. Semua ahli pasukan paintball terperanjat, dan tiba2 bulu roma mereka berdiri. Sejak itu, tiada siapa berani masuk ke sekolah tu lagi.

2. Lawang Sewu, Indonesia

Image may contain: text
Sejarah bangunan ini berkaitan erat dengan sejarah masa pemerintahan kolonial. Setelah perang dunia ke dua, Jepun berperang dengan Indonesia di depan bangunan ini. Terdapat juga ruang penyeksaan bawah tanah di bangunan ini, yang mengisahkan banyak cerita seram. Lawang Sewu terletak berhampiran dengan Bundaran Tugu Muda, di tengah Kota Semarang, Jawa Tengah.

Bangunan lama ini mempunyai gaya art deco - gaya hiasan yang banyak wujud selepas Perang Dunia I. Lawang Sewu juga kelihatan tersergam, memukau dan menarik sesiapa yang melihatnya kerana terdapat dua menara kembar dibangunan ni yang menjadi tarikan utama pengunjung. Bukan itu sahaja, bangunan ini juga sinonim dengan tingkap besar dan barisan pintu yang besar2. Kiranya ianya disebut dengan gelaran bangunan 'seribu pintu'.

Pada mulanya, Lawang Sewu digunakan sebagai pejabat bagi pengusaha keretapi Belanda, Nederlands-Indische Spoorweg Maatschappij atau NIS. Walau bagaimanapun, bangunan ini berpindah milik selepas Jepun menguasai negara ini pada tahun 1942. Sejak itu, Lawang Sewu diambil alih oleh kerajaan Sakura State.

Pada masa itu, ruang bawah tanah Lawang Sewu berfungsi sebagai ‘jalan keluar’ atau laluan alternative yang juga disebut saluran saliran. Bawah ni terdapat banyak penjara2 yang menempatkan tahanan perang, mereka bukan saja dikurung malah diseksa dengan hukuman yang berat lagi mengerikan. Bayangkanlah ye..sure macam2 bunyi jeritan bawah ni..

Bukan sahaja terkenal dengan lokasi penyeksaan, bangunan ini juga menyaksikan sejarah betapa tragisnya Pertempuran Lima Hari di Semarang yang membunuh beribu-ribu nyawa.

Sejarah bangun ini tidak berhenti di situ saja, selepas Indonesia merdeka, Lawang Sewu berfungsi sebagai pejabat bagi jawatan Kereta Api Indonesia (DKARI) - yang pada waktu ni ditukar nama kepada PT Kereta Api Indonesia (KAI).

Bangunan ini juga terus digunakan sebagai Pejabat Perintah Tentera Daerah Infrastruktur (Kodam IV / Diponegoro) dan Kantor Wilayah (Kanwil) Departemen Perhubungan Jawa Tengah hinggalah tahun 1994.

Pernah terdapat rumors yang menyatakan bangunan sejarah ni ingin dimajukan dan dibina hotel. Walau bagaimanapun, ianya tidak pernah menjadi kenyataan. Bangunan ini kemudian dibiarkan kosong sampailah sekarang.

Struktur bangunan dikatakan masih cantik dan elok walaupun dah banyak bocor sana sini dan lusuh dimamah usia. Banyak kisah2 seram yang dilaporkan oleh pengkaji paranormal yang pernah ujinyali kat sini termasuklah penampakan Pontianak yang mereka gelar ‘kuntilanak’, dikhabarkan orang yang ujinyali tu juga terkesan dan meninggal selepas diuji nyali. Selain itu terdapat juga penampakan genderuwo (macam hantu bigfoot tu) dan macam2 lagi. Itu belum lagi dengar bunyi2an yang menyeramkan. 

Beberapa pengarah filem juga menjadikan bangunan ni sebagai lokasi tempat mereka shooting contohnya seperti filem Lawang Sewu: Revenge Kuntilanak.

3. Chibichiri Cave, Okinawa

Image may contain: outdoor
Semasa berakhirnya Perang Dunia Kedua, masa Jepun jatuh ketangan tentera British, ramai tentera Jepun membunuh diri digua ni. Bagi mereka lebih baik lagi bunuh diri daripada menyerah kalah dan dihukum mati oleh tentera British. Ratusan tengkorak ada dalam gua ni. Ianya umpama 'tugu peringatan' sebagai memperingati tentang pengorbanan tentera Jepun yang pantang menyerah kalah depan-depan dengan musuh mereka.

4. Clark Hospital, Filipina

Image may contain: text and outdoor
Di Filipina juga terdapat tempat yang dikenali agak berhantu iaitu hospital terbiar, Clark Hospital. Clark Air Base Hospital ni adalah tempat dimana kebanyakkan bekas tentera-tentera Amerika dirawat semasa perang Vietnam. Ia digunakan untuk menempatkan tentera Amerika yang cedera dan mati semasa perang. Dikatakan kesakitan dan kesengsaraan mereka yang mati disini sangatlah ramai.

Clark Air Base Hospital juga mempunyai sejarah yang berdarah di Filipina. Ia adalah bangunan yang pernah cuba dibom oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1941, serangan udara membunuh beratus-ratus orang yang meraikan Krismas di bangunan ini bahagian kantin. Selepas perang, hospital ini terus dibiarkan kosong. Menurut cerita penduduk berhampiran, jika mereka lalu semasa jogging dikawasan hospital ni, mereka sering terdengar ada bunyi muzik dan orang bercakap2, seperti tempat tu agak sibuk penuh dengan ramai orang. Kadang terdengar jeritan kesakitan ditengah malam. Kejadian mistik lain termasuklah ternampak lampu terpasang dalam bangunan hospital. Mungkin penagih dadah ke? Tapi bila diperiksa memang tiada kesan2 orang, gelandangan atau penagih yang berani lepak dalam tu.

5. Bagua Building, Taiwan

No photo description available.
Di bahagian selatan Taiwan, terdapat sebuah pulau yang sering menjadi tempat tumpuan pelancong.Pulau ini asalnya adalah tempat tahanan bagi orang2 politik yang berpengaruh. Penjara tersebut sekarang tetap ada, namun pulau tersebut dikatakan berhantu kerana ramai terkorban kerana dibunuh semasa tempoh politik White Terror yang terjadi pada tahun 1949 hingga 1987. Suara2 jeritan sering kedengaran disini pada malam hari kononnya adalah hantu2 mereka yang diseksa.

6. Yeongdeok, Korea Selatan

Image may contain: 1 person, outdoor
Sejak rumah ni terbengkalai pada tahun 80-an, keadaan Yeongdok dilihat sebagai sebuah bangunan yang hampir nak runtuh. Keadaan semak samun ranting2 pokok di sekelilingnya memberikan suasana mistik di dalam rumah tu sendiri...syok kann...😂

Menurut cerita2 penduduk sekitar, pernah seorang gadis bunuh diri dalam rumah tu jadi mereka sering nampak hantu perempuan tu mundar mandir sekitarnya.

Menurut cerita mereka lagi, ramai juga pengkaji paranormal yang datang buat liputan, dan ujinyali untuk lihat sendiri betul ke ada hantu perempuan yang disebut2 tu??. Biasanya mereka akan mengalami kejadian-kejadian pelik dan gangguan didalam rumah itu, bermula dari mendengar suara tangisan, suara gadis yang ketawa nyaring, kalau berani dan bernasib baik nanti nampak lah hantu wanita yang heboh diperkatakan tu. Roh perempuan bunuh diri tu kononnya tak tenang jadi sebab tu dia masih lagi berlegar2 dirumah tu.

Tetapi menurut beberapa pengkaji paranormal tempatan, sebenarnya rumah itu juga didiami oleh banyak hantu2 lain bukan perempuan tu saja. Pakar psikik yang pernah masuk situ bercerita yang dia pernah bersemuka dengan dua hantu yang berpakaian tentera sedang melakukan amalan ritual di tempat kejadian. Memang menaik bulu roma jika pertama kali menjejakkan kaki dalam rumah tu.

Dalam program penyiasatan 'I Would not Go There' yang ditayangkan oleh 'National Geographic', mereka menyatakan yang tapak rumah itu adalah kubur lama beratus-ratus tentera yang pernah dibunuh semasa perang Korea Selatan menentang Korea Utara pada tahun 1950-an. Malah hingga ke hari ini, sebenarnya beratus-ratus mayat tidak pernah dipindahkan dari situ. Jadi rumah tu memang didirikan atas kubur yang bawah nya tu masih ada mayat2.

Kisah misteri rumah hantu Yeongdeok di Korea Selatan ni sebenarnya bukan hanya terkenal di Korea sahaja, tetapi juga ke serata dunia. Rumah berhantu ini juga termasuk dalam senarai salah satu tempat paling berhantu di Asia.

7. Penang War Museum..Ghost Hill, Pulau Pinang, Malaysia

Image may contain: text
Terdapat muzium perang yang berhantu di atas bukit ini. Satu2nya tempat yang admin sempat singgah...best woo..Terdapat kubu dan senjata perang masih boleh berfungsi dipamerkan disini walaupun dah berkarat.Ok korang boleh baca artikel yang aku tulis tentang war museum ni.

8. Phra Si Sanphet Temple, Ayutthaya, Thailand

Image may contain: sky and outdoor
Kira-kira 50 tahun yang lalu, sekumpulan pencuri emas dari kuil bersejarah di Thailand dikatakan disumpah kat sini. Cerita tentang kematian pencuri yang mengerikan merupakan salah satu kisah legend yang diceritakan oleh penduduk disini. Dikatakan roh2 mereka tak tenang sebab kena bunuh tulah..emas yang dicuri tu pun tak dapat dijual..huhu

Teringat admin dulu masa kecik2 suka main kat tokong2, kuil2 curi buah oren kat tokong.....apapun kena hati2 ye..kuil contohnya sangat keras tempatnya..apapun best...😂

9. Ph Bin American Prison Camp, Vietnam

Image may contain: outdoor and nature
Kandang harimau di Pulau Con Dao ni dahulunya adalah penjara buatan Amerika-Perancis dimana satu ketika dulu pernah menjadi tempat tawanan Vietnam yang diseksa secara kejam. Tempat ini juga dikenali sebagai lokasi tentera Vietnam menyeksa tentera musuh mereka iaitu komunis Vietnam.

10. Tower of Silence, Diu, India

Image may contain: outdoor
Tempat ini dikenali dengan nama 'Dakma' dimana letaknya tempat orang-orang beragama Zoroaster meninggalkan mayat2 dari kepercayaan ni dibiarkan tanpa dikebumikan. Mayat2 akan terdedah dimakan oleh burung pemakan bangkai. Macam di Tibet skyburial tu pun sama caranya macam ni. Menurut kepercayaan, darjat orang yang mati dan disempurnakan dengan cara ni akan diangkat kesyurga kelak. 

Bayangkan baunya macam mana fuhhh...


Thursday, 11 January 2018

PERANG DUNIA KE-2, PERANG MUSIM SEJUK


...gambar ini hiasan je...
Pada 30 November 1939, Soviet Union membedil sempadan Finland-Soviet lalu menghantar 28 divisyen tentera menyeberangi sempadan Finland.

Perang ini berlaku kerana keengganan Finland untuk memberikan kawasan dan wilayah yang diminta oleh Soviet Union. Kerajaan Soviet pimpinan Joseph Stalin meminta agar sempadan Finland-Soviet diperbaharui semula, kerana bandar kedua terbesar Soviet, Leningrad (St. Petersburg) hanya sejauh 32 km dari sempadan antarabangsa. Maka, untuk tujuan keselamatan, pihak Soviet meminta sedikit wilayah negeri Karelia, Finland untuk diberikan kepada Soviet agar kota Leningrad akan lebih selamat pada masa akan datang.
Rejimen Ski Finland, menjadikan ia pasukan elit tentera Finland yang paling efektif ketika perang ini. Menggunakan peluncur salji dan raifal untuk mengucar-ngacirkan tentea Soviet!
Finland, dipimpin oleh President Kyosti Kallio, enggan untuk menerima desakan Soviet Union kerana tidak mahu tunduk kepada kuasa besar berkenaan. Oleh hal yang demikian, pada 26 November 1939, Polis Rahsia Soviet, NKVD melancarkan ‘false flag’ dimana, pos kawalan tentera Soviet dibedil oleh ‘musuh yang tidak diketahui’. Soviet menuduh Finland sengaja membedil artileri ke arah mereka. Mereka menpersoalkan Finland kerana gagal memberi mereka wilayah sebagai ‘buffer zone’. 4 hari kemudian, Soviet Union menyerang Finland.

Jumlah tentera Soviet tiga kali lebih besar daripada apa yang Finland ada. 28 divisyen tentera dibawah pimpinan konco politik Stalin, Marshal of Soviet Union, Kliment Voroshilov menjangkakan yang perang ini akan menjadi singkat dan menawan ibu kota Helsinki yang hanya lebih kurang 300km daripada Leningrad akan menjadi sangat mudah.

Jangkaan Marshal Voroshilov sangat sempit. Tentera Merah mempunyai pelbagai masalah untuk menembusi pertahanan Finland. Voroshilov memandang rendah cuaca yang berlaku pada ketika itu, iaitu sejuk melampau. Oleh hal yang demikian, nama perang ini digelar Perang Musim Sejuk.

Finland mempunyai benteng pertahanan yang semulajadi. Sepanjang sempadan utara Finland tidak boleh ditembusi kerana tidak ada jalan raya dan berbukit-bukit. Hanya sedikit sahaja kawasan yang boleh dilalui, itu pun di kawal ketat oleh tentera Finland. Hanya satu kawasan yang sangat logik untuk dilalui iaitu 32 km utara dari kota Leningrad.
Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim
Field Marshal Carl Gustaf Emil Mannerheim, Hero Finland ketika Perang Saudara Finland, dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Komander Turus Angkatan Tentera Finland ketika Perang Musim Sejuk. Walaupun jumlah divisyen Finland 3 kali ganda lebih sedikit daripada Soviet, namun kebijaksanaan beliau membina kubu kuat pertahanan Finland berjaya mengekang kemaraan tentera Soviet. ‘Mannerheim Line’, terletak lebih kurang 50km utara kota Leningrad menjadi tunjang utama sistem pertahanan beliau. Garisan Mannerheim ini menjadi saksi satu per satu kegagalan ofensif tentera Soviet untuk menembusi garisan ini.

Beliau seorang veteran Perang Dunia Pertama dibawah Empayar Rusia. Selepas kekalahan Rusia pada Perang Dunia Pertama, Finland merdeka dan beliau berusaha untuk mengekang pengaruh Komunis ketika Perang Saudara Finland pada 1920an. Beliau amat disegani oleh musuh dan rakan. Taktik beliau amat dikagumi oleh Stalin sehinggakan beliau akui yang Soviet kalah pada awalnya kepada Finland kerana ‘Jeneral Tua’ ini.

Kegagalan tentera Soviet untuk memenangi perang ini dengan masa yang singkat di atas beberapa faktor:

Pertama. tampuk pimpinan Angkatan Tentera Soviet Union sedang berada pada tahap yang amat kritikal. Ramai komander tentera dari pelbagai servis dipenjara dan dibunuh atas arahan Joseph Stalin pada 1936-1938. Maka ramai pegawai berkaliber Soviet diganti oleh pegawai yang masih lagi mentah dan tidak berpengalaman.

Kedua: Kehebatan taktik Marshal Mannerheim. Walaupun Finland mempunyai angkatan kereta kebal dan kapal terbang yang sedikit, Mannerheim mampu meminimasikan penggunaan aset-aset ini untuk menyerang kedudukan vital Tentera Merah. Beliau juga menggunakan taktik gerilla iaitu serang dan lari terhadap pihak lawan dan juga taktik bumi hangus untuk menidakkan sumber makanan musuh.
Pemimpin Soviet Union, Joseph Stalin (kiri) dan Marshal Voroshilov (kanan) yang digantikan oleh Stalin selepas beliau gagal untuk melumpuhkan pertahanan tentera Finland.
Ketiga: Komander Tertinggi Angkatan Soviet sangat memandang rendah dengan kebolehan Finland, dari segi politik dan juga Geografi. Menteri Luar Soviet, Vyacheslav Molotov menggambarkan yang perang ini akan tamat dalam sebulan. Hakikatnya, ia mengambil masa 3 bulan, 1 minggu dan 5 hari untuk menumbangkan Finland. Marshal Voroshilov juga memandang rendah tentang cuaca musim sejuk yang berlaku di sana. Tidak hairan lah 167,000 Tentera Soviet mati yang kebanyakkan mati kesejukkan.

Sememangnya pada dua bulan pertama, Finland menikmati kemengangan demi kemenangan di setiap pertempuran. Kebanyakkan senjata-senjata diberikan oleh negara-negara Bersekutu seperti Britain dan Perancis. Stalin amat berdukacita dan memecat kroninya Marshal Voroshilov. Tempatnya diganti oleh General Semyon Timoshenko.
Pada 01 Februari 1940 - Tentera Merah pimpinan General Timoshenko berjaya melintasi Garisan Mannerheim
Penggantian General Timoshenko sebagai Komander Tentera Soviet pada 7 Januari 1940 membuahkan hasil. Timoshenko menukar semua taktik kolot yang digunakan oleh Voroshilov. Beliau mengutamakan tentera, bermotor dan mekanais kereta kebal untuk melepasi Mannerheim Line. Pada 1 Februari 1940, Timoshenko melancarkan ofensif besar besaran disepanjang Mannerheim Line. Bedilan artileri sabanyak 300,000 butir dibedil di situ sebelum tentera mekanais Soviet menyerang kemudian.
Semyon Timoshenko, dilantik sebagai Marshal of Soviet Union selepas Perang Musim Sejuk tamat dan juga Menteri Pertahanan Soviet pada tahun itu. Taktik mekanais beliau berjaya membolos Garisan Mannerheim yang tidak mampu ditembusi oleh Marshal Voroshilov
Akhirnya, Mannerheim Line dibolosi. Pada 5 Mac 1940, Tentera Soviet memasuki bandar kedua terbesar Finland iaitu Vyborg. Finland bersetuju untuk menandatangani perjanjian damai dengan Soviet yang dimeterai di Moscow pada 12 Mac 1940. Hasilnya. 11% wilayah Finland diambil Soviet dimana merangkumi 30% ekonomi utama Finland.
Kawasan yang dikuasai Soviet Union selepas Perang Musim Sejuk 1939
Nota Editor: Artikel ini dinaikkan selepas mendapat kebenaran page Persatuan Sejarah UPNM – PASEM