Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Wednesday, 8 May 2019

MANTAI - NOSTALGIA YANG TIDAK AKAN PUDAR

KISAH I

TRADISI HARI MANTAI DI NEGERI SEMBILAN MALAYSIA.

"Kekalkan Tradisi Hari Mantai"

-Tak Lekang Ddek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan-

Itu yang dapat digambarkan mengenai Hari Mantai yang begitu sinonim dengan adat dan budaya masyarakat "Minangkabau" di Negeri Sembilan. Walaupun ia masih dipraktikkan sempena menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, mahupun Aidiladha, namun hanya sebilangan sahaja yang masih mengamalkannya.

Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin. Bagi orang ramai yang bukan berasal dari negeri itu, pastinya mereka tertanya-tanya apakah itu Hari Mantai. Ini kerana perkataan itu jarang sekali didengari, apatah lagi diketahui oleh sebahagian besar masyarakat negara ini.
Image may contain: fire
SUMBER: Minangkabau Negeri 9 Malaysia
Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan ataupun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Kemeriahan majlis itu tidak hanya membabitkan acara bergotong-royong melapah daging tetapi melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti membakar lemang, menyediakan rendang dan sebagainya.

Hari Mantai tidak seharusnya dilihat sebagai aktiviti Ramadan semata-mata.Ini kerana, ia merupakan salah satu daripada identiti budaya dan adat masyarakat di negeri itu.''Hari Mantai adalah sesuatu yang unik tentang masyarakat di negeri ini yang mana ia tidak terdapat di luar sempadan Negeri Sembilan. Sebab itulah, ramai orang di luar sana tidak mengetahui tentang Hari Mantai,"

Hari Mantai dianggap satu perkara yang mesti dilakukan oleh masyarakat Minangkabau Negeri Sembilan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Sama ada di desa ataupun di kota, kemeriahan Hari Mantai dapat dirasai khususnya anak-anak di perantauan yang pulang menyambut Ramadan bersama keluarga.
Image may contain: food
SUMBER: Minangkabau Negeri 9 Malaysia
''Ia merupakan satu keunikan yang perlu dipertahankan sampai bila-bila kerana ia bukan sahaja mempertahankan budaya semata-mata, malah ia juga satu medium terbaik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan,"

Perincian Admin:

Menurut orang tua-tua di kampung admin, aktiviti atau adat memantai ini bermula dari kegemaran orang negeri sembilan yang suka sangat makan daging lembu atau kerbau. Daging-daging ni kalau dibuat rendang mesti enak. Lagipun Rendang dahulu boleh simpan lama kadang-kadang sampai sebulan. Boleh la buat buka puasa.
Image may contain: food
SUMBER: Minangkabau Negeri 9 Malaysia
Amalan mantai ni sebenarnya salah satu cara untuk dapatkan bekalan daging mentah( dulu di kedai tak ada freezer) Daging dan kebau ini binatang yang besar. dan kalo disembelih untuk makan anak beranak saja. Terlebih-lebihla dan membazir. Jadi mereka berpakat-pakat la satu kampung berkongsi untuk membeli lembu atau kerbau untuk disembelih. Dan dibahagi la kepada semua. dan Merasa la semua makan daging pada bulan puasa atau pada hari raya.


KISAH II

Jika pasangan anda merupakan anak jati Negeri Sembilan dan tiba-tiba menyuarakan permintaan untuk pulang ke kampung sehari sebelum Ramadan, cubalah penuhi permintaan itu. Ia bukan permintaan biasa-biasa. Pasangan anda sedang mengingati sesuatu yang istimewa pada zaman kecilnya. Dia rindu dengan jeritan - mantai... mantai.

Ini cerita "kami" tentang Mantai.

"Mantai" pada orang Negeri Sembilan merupakan adat yang cukup istimewa. Ia berlaku sehari sebelum Ramadan. Pada kebiasaannya, semua seisi keluarga kami akan berkumpul dan melaksanakan aktiviti bersama dalam persediaan menyambut Ramadan keesokkan hari.
Image result for kemeriahan mantai di negeri sembilan
SUMBER: MY MINTROOM
Biasanya pada hari Mantai, awal pagi lagi sudah kecoh seisi rumah kami. Daging atau tulang lembu harus didapatkan segera. Kalau dapat temusu, perut atau ekor lembu bagus juga. Jangan terperanjat jika ada keluarga yang menyembelih lembu awal pagi seolah-olah esok hari raya. Ada juga keluarga kami yang memilih untuk menyembelih beberapa ekor ayam kampung.

Ibu akan jadi ketua untuk menentukan masakan. Habislah kelapa dipanjat untuk didapatkan santan. Pokok cili kami akan togel hari tersebut. Maklumlah, jika tiada cili apalah makna masakan kami.

Jika rezeki baik adalah nangka muda yang boleh dibuat gulai atau belimbing buluh jadi pilihan. Jika tidak umbut kelapa kami gunakan. Mungkin juga rebung atau jantung pisang.
Image result for kemeriahan mantai di negeri sembilan
SUMBER: UTUSAN ONLINE
Daun-daun kayu kami kumpul. Kami dapatkan pucuk ubi, pucuk kacang, daun kunyit, daun kaduk dan pucuk labu serta petai. Ibu kami masak semua daun-daun itu bersama tempoyak dan magiknya ia jadi sambal tempoyak daun kayu yang sangat kami sukai.

Mantai di sisi adat kami memang begitu. Kami menyediakan makanan yang istimewa. Lemang harus dibakar, dodol mesti dikacau. Jika musim durian tiba, dodol durianlah kami tahun itu. Rendang ayam atau daging pasti tidak dilupa. Nasi seperiuk godang harus ditanak.

Anak-anak kecil akan ditugas membersihkan rumah. Dari ruang tamu hingga ke halaman. Malah ada yang sudah menyediakan pelita keliling rumah. Ia bagai pesta menyambut Ramadan.
Image result for kanak kanak ziarah kubur
SUMBER: ISLAM DETIK INI
Tidak dilupakan pada yang telah pergi. Kami akan ke kubur. Sedekahkan Al-Fatihah pada ahli keluarga yang pergi lebih dahulu. Dalam masa itu juga kubur akan kami bersihkan sebaiknya. Buat persediaan raya nanti bila saudara mara yang jauh datang bertandang. Dapatlah mereka lihat bahawa kubur ahli keluarga bersih dan terjaga. Pada kami, jika kubur bersih, tanda ingatan kasih sayang kami pada yang pergi tetap sama dan tidak berubah.
Image result for kemeriahan hari raya aidilfitri
SUMBER; zanitaazwin83.wordpress.com
Hari ini juga kami sempatlah bertemu kawan-kawan yang lama sudah tidak ketemu. Ada masa terluang, sempat kami bersama ronda satu kampung menaiki motor lama ayah. Kami ke sekolah lama, atau mungkin ke sungai tempat mandi manda dulu atau mungkin ke lokasi rahsia kami kecil kecil dahulu. Bagi yang sedikit nakal, buluh kami cari. Tak lama selepas itu, berdentumlah meriam buluh kabait kami.

Kemuncaknya Mantai pastilah makan bersama. Makan bersila dalam bulatan besar sangat menyelerakan. Berpeluh peluh dek tiada kipas waktu itu ditambah masakan ibu yang pastinya pedas.

Malam bersedialah kami untuk ke Masjid untuk Terawih yang pertama. Makanan yang dimasak dari awal pagi akan dibawa bersama. Ia jadi hidangan bersama seisi kariah nanti.
Image result for kanak kanak tarawih
SUMBER: UTUSAN ONLINE
Dapatlah berkongsi rasa dan cerita sepanjang malam. Yang pandai mengaji, berlagulah masjid kami dengan bacaan Al Quran mengisi malam Ramadan yang syahdu. Kadang kala bacaan Al Quran berlagu bersama dentuman perang meriam buluh yang tidak selesai.

Sahur esoknya, makanan tadi juga akan dihidang. Hanya mungkin ada tambahan. "Mano datang pulak rondang itik podeh ni?". Ia biasa pada kami kerana hidangan jiran juga akan sampai ke dapur kami.

Itulah Mantai pada kami. Benar bahawa Mantai zaman ini sudah tidak sama lagi. Tapi kami harus juga balik mengadap rumah usang itu. Mengadap kubur yang sunyi itu. Mengadap wajah ibu dan ayah yang makin di mamah usia itu.
Image result for kanak kanak mengaji
SUMBER: SURAU AL-IKHWAN
Kami masih mahu mengadap tok guru mengaji Al Quran atau jiran tua yang kami anggap saudara. Malah kami sangat senang mengadap pokok durian, rambutan atau mangga sambil tersenyum. Pasti ada kenangan zaman kecil yang istimewa.

Kami masih mahu pulang di hari Mantai walaupun ia sudah tidak semeriah dulu.

Mungkin yang kami cintai sudah tiada lagi atau mungkin seisi keluarga tidak lagi dapat berkumpul bagai zaman kecil kami.
Image result for kanak kanak kampung bermain
SUMBER: OH BULAN
Tetapi kami tetap mahu pulang ke kampung walaupun Mantai itu tidak sama lagi. Kerana apa? Kerana kami mahu mengenang zaman kecil yang nostalgik itu. Ia mungkin tidak ada apa apa makna pada orang lain. Pada kami - anak jati Negeri Sembilan - 'Mantai' itu terlalu istimewa.

Syirfan Indra
Anak Jati Negeri Sembilan yang merindui "Mantai"nya.

SUMBER: Syirfan Indra


KISAH III

N.SEMBILAN : MANTAI, MOGANG

“Mantai, Mogang”. Mantai dan Mogang ialah dua ungkapan orang Negeri Sembilan yang berbeza maksud tetapi nuansa perbezaannya sangat kecil.
Image result for mantai di negeri sembilan
SUMBER: INTERNET
Mantai dalam maksud asal bererti kerja-kerja menyembelih kerbau secara gotong royong dan daging ( termasuk juga lain-lain komponen seperti hati, limpa dan paru) sembelihan dibahagi sama rata di kalangan penduduk. Pembahagian daging dibuat secara longgokan berdasarkan jumlah peserta mantai ( semua penduduk kampung ) tanpa menggunakan alat penimbang tetapi berdasarkan anggaran oleh seorang yang mahir. Kos membeli lembu ditanggung secara bersama oleh peserta mantai.   

Mogang bermakna satu hari sebelum 1 (satu) Ramadhan. Uniknya, di samping membuat lemang ketika menyambut 1 (satu) Syawal, penduduk Negeri Sembilan juga membuat lemang ketika hendak memulakan ibadah puasa, yaani pada hari ‘Mogang’. Pada hari ‘moganglah’ diadakan kerja-kerja ‘mantai’ (menyembelih kerbau) sebelum Ramadhan. Realitinya, kini ungkapan ‘Mogang’ jarang digunakan dan ramai generasi Negeri Sembilan hari in tidak mengetahui ‘apo bondonyo Mogang’(apa maknanya ‘Mogang’) itu.  
Image result for masak lemang
SUMBER: KAKI PROMO.COM
Pada masa dahulu anak-anak Negeri Sembilan yang merantau akan berusaha balik kampung pada hari ‘Mogang’ dan hari ‘Mantai’.

Oh…… negeri ku!



Tuesday, 16 April 2019

ECRL - APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT?

Lihat secara terperinci perbezaan deal ECRL yang dibuat oleh Najib/UMNO VS deal ECRL yang dibaiki oleh Mahathir/PH.

Latar belakang:
Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian ter-ter-terbaik kerana kerajaan kerana kita terpaksa berunding dalam sebuah rangka dan skop yang telah termeterai di era pentadbiran Najib/UMNO. Ertinya, Malaysia hanya mampu "make the best out of a shitty deal" sebab tangan kita diikat.

1. KOS AKHIR PEMBINAAN ECRL
SEBELUM: RM65.5 bil.
SELEPAS: RM44 bil (pengurangan 32.8%, bersamaan dgn RM21.5 bil).

SEBELUM: RM95.5 juta/km.
SELEPAS: RM68.7 juta/km (pengurangan 28%, bersamaan dgn RM26.8 sekilometer

2. JUMLAH STESEN
SEBELUM: 22 (12 stesen penumpang, 3 stesen fret, 7 stesen campuran penumpang & fret).
SELEPAS: 20 (14 stesen penumpang, 1 stesen fret, 5 stesen campuran penumpang & fret).

3. CIRI-CIRI LANDASAN
SEBELUM: 688km, standard gauge, double track.
SELEPAS: 640km, standard gauge, double track DIKEKALKAN.

Maksudnya bahagian yang asalnya ada double track semua DIKEKALKAN. Ciri-ciri landasan adalah sama, tidak kurang. Ini secara langsung menyangkal fitnah pembangang kononnya PH tukar double track kepada single track.

4. LALUAN
SEBELUM: 4 negeri (Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan).
SELEPAS: 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan (Selangor-WP Putrajaya-Negeri Sembilan-Pahang-Terengganu-Kelantan).

Maksudnya lebih ramai penduduk terima manfaat ECRL, lebih banyak kawasan terima terima impak positif limpahan pertumbuhan ekonomi.

5. KONTRAKTOR TEMPATAN MALAYSIA
SEBELUM: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan 20% - 30% kontraktor Malaysia.
SELEPAS: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40% kontraktor Malaysia.

Maksudnya lebih ramai kontraktor Bumiputera, syarikat tempatan bakal mengambil bahagian.

6. MENERAP RANGKAIAN LANDASAN SEDIA ADA
SEBELUM: Landasan bermula dari Pengkalan Kubor, berakhir di Gombak. Kemudian dibina sebiji stesen & landasan baharu dengan kos RM9 bil.
SELEPAS: Landasan bermula dari Kota Bharu sehingga stesen pertukaran Putrajaya. Di Putrajaya, rangkaian landasan ERL KLIA sedia ada, rangkaian landasan MRT2 yang sedang dibina, landasan HSR yang bakal dibina selepas 2020, semuanya diserap untuk menjadi Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya nak pergi Pelabuhan Klang, nak pergi Lembah Klang, nak pergi KLIA, nak balik pantai Timur, semuanya boleh.
7. PEMBAYARAN PENDAHULUAN
SEBELUM: Bayar pendahuluan RM3.1 bil meskipun kerja-kerja Fasa 2 ECRL (landasan Gombak-Pelabuhan Klang & landasan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) belum disiapkan.
SELEPAS: RM1 bil dari RM3.1 bil yang telah dibayar oleh Najib/UMNO akan dipulangkn kepada Msia. RM500 juta sebelum 12 Mei + RM500 juta sebelum 12 Julai.

8. PASCA-PEMBINAAN: KOS OPERASI, PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN
SEBELUM: 100% ditanggung oleh rakyat Malaysia melalui Malaysia Rail Link Sdn Bhd.
SELEPAS: 50% ditanggung oleh Malaysia (MRLSB), manakala baki 50% ditanggung China (CCCC). Ini hasil penubuhan syarikat JV (usahama) antara MRLSB & CCCC.

9. PASCA-PEMBINAAN: PERKONGSIAN TEKNOLOGI & KEPAKARAN
SEBELUM: Malaysia (MRLSB) pengurus tunggal ECRL. Maka tiada perkongsian teknologi/kepakaran dari China yang mampu dinikmati.
SELEPAS: Malaysia (MRLSB)-China (CCCC) menjadi pengurus-bersama ECRL. Suka atau tidak suka, China perlu berkongsi pengalaman/teknologi/kepakaran.

10. PASCA-PEMBINAAN: KESAN ALAM SEKITAR
SEBELUM: Banjaran Titiwangsa dimusnah untuk membina terowong bernilai RM10 bil; Permatang Kuarza Gombak (terpanjang di dunia) dihancurkan, sekaligus melenyapkan peluang permohonan kerajaan negeri diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.
SELEPAS: Banjaran Titiwangsa dielak; Permatang Kuarza Gombak dipelihara dan permohonan kerajaan negeri ke UNESCO kekal mempunyai peluang tinggi diiktiraf.

11. PASCA PEMBINAAN: PERANGKAP HUTANG
SEBELUM: Pinjam RM56.7 bil dr Exim Bank China. Pinjaman Fasa 1 (RM39.1 bil) telah ditandatangani, manakala baki pinjaman RM17.6bil untuk Fasa 2 belum ditandatangani.
SELEPAS: Pinjaman Fasa 2 bernilai RM17.6 bil yang mujur lah belum ditandatangani boleh dikurangkan kerana kos ECRL telah turun kepada RM44 bil. Kita elak mengumpul hutang yang tidak munasabah, secara langsung mengelak Malaysia senasib dengan Sri Lanka, Kenya, Djibouti yang kini terperangkap dengan hutang dan terpaksa menggadai pelabuhan dan aset-aset strategik kepada China.

12. PASCA PEMBINAAN: GUNA PELUANG SELESAI ISU SAMPINGAN
SEBELUM: ECRL jalan. Tapi Najib/UMNO ambil peluang wujudkan rangkaian transaksi wang berbilion-bilion yang rumit untuk diseleweng bagi membayar hutang 1MDB.
SELEPAS: ECRL jalan. Tapi Mahathir/PH ambil peluang suruh China beli kelapa sawit.
No photo description available.
Nampak beza UMNO dengan PH?

Hasil rundingan sebegini sememangnya payah dibidas, payah dibalas pembangang. Sebab itu kalau korang baca kritikan pembangang, semuanya tidak berani menyentuh ciri-ciri spesifik ECRL sepertimana saya lakukan.

Mereka hanya mampu tabur fitnah kononnya tukar double track ke single track dan buat 'troll' sindir benda-benda yang bukan-bukan untuk mengelirukan orang ramai.

Sumber lain - MalaysiaKini





Wednesday, 5 December 2018

YMM TUNKU PUAN BESAR KURSHIAH: PERMAISURI PENUH BAKTI

Image result for tunku puan besar kurshiah
Puteri diraja kelahiran Negeri Sembilan yang berperibadi sederhana serta luhur pekertinya ini tidak pernah menyangka bahawa dirinya bakal menjadi seorang Permaisuri Agong yang pertama, malah turut menabur budi untuk seluruh rakyat di Malaysia. Baginda yang dimaksudkan adalah Al-Marhumah YTM Tunku Puan Besar Kurshiah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin. Tunku Puan Besar Kurshiah merupakan puteri sulung kepada Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin ibni Al-Marhum Tuanku Antah, iaitu Tunku Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Sejarah Awal

Nama sebenar baginda adalah Tunku Kurshiah binti Al-Marhum Tunku Besar Burhanuddin dan telah diputerikan pada 16 Mei 1911, di Istana Baroh, Seri Menanti, Negeri Sembilan. Bapa baginda, iaitu Tunku Besar Burhanuddin merupakan putera kedua kepada DYMM Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Antah Ibni Almarhum Tuanku Nasiruddin dan YM Cik Puan Besar Halimah Binti Uggoh.  Bonda Tunku Kurshiah bernama Yang Mulia Tunku Sharifah Alawiyah binti Sayyid Abdul Hamid, dan baginda mempunyai tujuh orang kekanda lelaki serta enam lagi adinda perempuan. Selain daripada Tunku Kurshiah sendiri yang menjadi Permaisuri, dua orang adinda baginda, iaitu Tunku Ampuan Durah dan Tunku Najihah turut menjadi Permaisuri di Negeri Sembilan.
Related image
Tunku Kurshiah telah mendapat pendidikan awal baginda di Sekolah Melayu Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda seterusnya telah memperoleh bimbingan dan pembelajaran Bahasa Inggeris secara peribadi di istana melalui seorang guru khas yang berbangsa Inggeris. Keadaan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh faktor keadaan Tanah Melayu pada waktu itu yang dikuasai oleh kerajaan Inggeris dan ia sekaligus tidak memungkinkan baginda untuk mendapat pendidikan Bahasa Inggeris secara formal di sekolah.

Perkahwinan dan Perlantikan sebagai Permaisuri

Pada usia 18 tahun, Tunku Kurshiah telah bertemu jodoh dengan sepupu baginda sendiri, iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tunku Besar Muhammad, yang merupakan putera sulung kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan pada waktu itu. Majlis perkahwinan diraja di antara Tunku Puan Besar Kurshiah dengan Tuanku Abdul Rahman ini telah dilangsungkan pada 21 Mac 1929 bertempat di Seri Menanti. Status Tunku Kurshiah pada ketika itu adalah sebagai isteri ketiga kepada Tuanku Abdul Rahman, yang mana isteri pertama baginda bernama Cik Maimunah (Dulcie Campbell) yang dikahwini pada tahun 1919, manakala isteri kedua baginda, iaitu Tunku Maharun binti Tunku Mambang pula dikahwini pada tahun 1920. Namun, perkahwinan Tuanku Abdul Rahman dengan kedua-dua isterinya ini telah berakhir dengan perceraian.
Image result for tunku puan besar kurshiah
Hasil perkongsian hidup antara Tunku Kurshiah dengan Tuanku Abdul Rahman telah dikurniakan dengan kehadiran dua orang puteri, iaitu Tunku Bahiyah dan Tunku Shahariah. Tunku Bahiyah, iaitu puteri sulung baginda kemudiannya telah mengahwini Sultan Kedah, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah dan bergelar sebagai Sultanah Kedah. Puteri bongsunya pula, iaitu Tunku Shahariah kemudiannya menjadi Tunku Puan Bendahara di Negeri Johor.

Pada Ogos 1933, Tunku Besar Muhammad, iaitu Raja dan Yamtuan Besar Negeri Sembilan telah mangkat dan putera sulung baginda, iaitu Tuanku Abdul Rahman telah dilantik oleh para pembesar Adat Perpatih bagi menggantikan Al-Marhum ayahanda baginda sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Hampir setahun setelah peristiwa pertabalan baginda, akhirnya pada tanggal 25 April 1934, Tunku Kurshiah sebagai isteri ketiga kepada Tuanku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Permaisuri dan memakai gelaran Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah berada di singgahsana kerajaan Negeri Sembilan sebagai Permaisuri selama 24 tahun, dan sepanjang waktu tersebut baginda telah banyak mencurahkan bakti buat seluruh rakyat di Negeri Sembilan terutamanya buat kaum wanita dan kanak-kanak. Peribadi baginda yang sederhana dan pekertinya yang luhur menjadikan baginda seorang Permaisuri yang rela mencemar duli dan tidak kekok untuk bergaul mesra dengan rakyat kebanyakan. Meskipun Tunku Ampuan Besar Kurshiah tidak pernah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara, namun pengalaman baginda dalam mengiringi suami ke negara-negara luar telah banyak memberi pendedahan serta pengetahuan baru bagi baginda melaksanakan aktiviti bagi membangunkan kedudukan wanita.

Pelantikan Sebagai Permaisuri Agong
Image result for tunku puan besar kurshiah
Tanggal 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan dan akhirnya bebas daripada belenggu penjajah British. Hasil persetujuan yang dicapai melalui Majlis Raja-Raja, maka pada 13 September 1957, Tuanku Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang pertama di Tanah Melayu. Serentak dengan itu, Tunku Ampuan Kurshiah juga telah dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Melalui gelaran sebagai Raja Permaisuri Agong ini, serta sebagai wanita utama bagi sebuah negara yang baru mendapat kemerdekaan, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah memberikan satu imej baru yang wajar dibanggakan bagi seluruh wanita di Tanah Melayu pada waktu itu. Malah, dengan kedudukan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong ini telah merancakkan lagi penglibatan baginda dalam pelbagai badan kebajikan, sosial serta aktiviti-aktiviti bagi membangunkan wanita di seluruh negara.

Sumbangan dan Penglibatan Sosial

Tunku Ampuan Besar Kurshiah amat dikenali sebagai seorang Permaisuri yang begitu aktif dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan sosial. Pada tahun 1954, melalui kerjasama pelbagai golongan wanita di Negeri Sembilan, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah melancarkan penubuhan Persatuan Pandu Puteri Negeri Sembilan dan baginda sendiri telah dilantik sebagai presiden pertama bagi persatuan berkenaan. Meskipun penubuhan persatuan ini telah berjaya dan banyak aktiviti yang telah dianjurkan demi kebaikan masyarakat, namun Tunku Ampuan Besar Kurshiah tetap merasakan bahawa masih banyak yang harus baginda lakukan demi kesejahteraan rakyat, khususnya golongan wanita. Ini telah membawa baginda untuk mengasaskan penubuhan satu lagi organisasi, iaitu Perkumpulan Perempuan atau lebih dikenali sebagai WI (Women’s Institute). Baginda turut menjadi Penaung seumur hidup kepada pertubuhan tersebut.
Image result for tunku puan besar kurshiah
Pada Mei 1961, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah mengasaskan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) dan baginda telah menjadi Yang Dipertua pertama pertubuhan tersebut dan ahli seumur hidup sehinggalah akhir hayat baginda. Bangunan Tunku Ampuan Besar Kurshiah yang terdiri daripada asrama serta pejabat LKPIM merupakan antara peninggalan baginda buat seluruh masyarakat. Tunku Ampuan Kurshiah juga telah menjadi penaung kepada Persatuan Kebajikan Haiwan PAWS kerana keprihatinan baginda terhadap kebajikan haiwan peliharaan. Pada 27 Oktober 1974, Tunku Ampuan Besar Kurshiah telah diberi anugerah Pingat Emas Tun Fatimah oleh Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bagi mengenang segala jasa baginda terhadap kebajikan serta pendidikan wanita dan kanak-kanak di negara ini.
Image result for tunku puan besar kurshiah
Pada tahun 1962, Maktab Perempuan Melayu telah ditukarkan kepada nama Kolej Tunku Kurshiah, sebagai satu simbolik dan tanda keprihatinan Tunku Ampuan Kurshiah terhadap bidang pendidikan gadis-gadis muda. Kolej yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang kini amat terkenal dengan reputasi dan presatsi cemerlangnya serta telah ramai melahirkan tokoh-tokoh wanita berkaliber di Malaysia.

Kemangkatan Tunku Puan Besar Kurshiah
Image result for tunku puan besar kurshiah
YTM Tunku Puan Besar Kurshiah telah kembali ke rahmatullah dalam tidurnya pada tanggal 2 Februari 1999, iaitu pada usianya 88 tahun. Jenazah baginda telah disemadikan di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. Kemangkatan baginda ini amat dirasai oleh seluruh lapisan masyarakat dan Tunku Puan Besar Kurshiah akan sentiasa dikenang sebagai ibu pertiwi yang telah banyak menabur budi.

Kesimpulan
Image result for tunku puan besar kurshiah
Penglibatan Tunku Puan Besar Kurshiah dalam pelbagai aktiviti kebajikan khususnya demi kepentingan golongan wanita, gadis dan kanak-kanak merupakan antara sumbangan terbesar beliau dalam memperkasakan peranan wanita di Malaysia. Azam baginda hanyalah untuk melihat golongan wanita dapat berdiri di atas kaki mereka sendiri dan mampu untuk menyumbang demi pembangunan negara. Secara asasnya, Tunku Puan Besar Kurshiah telah membuka jalan dan memberi inspirasi kepada wanita-wanita di Malaysia untuk terus mengorak langkah dalam mengejar impian mereka. Semoga segala sumbangan dan bakti baginda akan terus dihargai dan dikenang dalam diri setiap wanita di negara ini.

Rujukan

Amirul, I. (2011). YMM Almarhum Tuanku Puan Besar Kurshiah: Lambang Kedaulatan Wanita Melayu. Retrieved November 25, 2018, from http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2011/11/ymm-almarhum-tuanku-puan-besar.html

Siti Rosnah, H. A. (2006). Raja Permaisuri Agong: Payung Mahkota Ibu Pertiwi. Kuala Lumpur, Malaysia: Golden Books Centre Sdn Bhd.


Thursday, 11 May 2017

RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN MASIH GAH PADA USIA 100 TAHUN

KUALA PILAH – Rumah tradisional Negeri Sembilan sememangnya mempunyai identitinya yang tersendiri apabila setiap perincian seni binanya memiliki maksud tersirat. Sebuah rumah di Kampung Bukit Tempurung Seri Menanti di sini, dilihat masih utuh meskipun terdapat beberapa bumbungnya sudah usang berikutan usianya hampir mencecah 100 tahun. Rumah itu adalah warisan milik Allahyarham Salleh Abd Wahab yang kini dipelihara cucunya, Norasiah Pilus, 74.
Rumah Tradisional Negeri Sembilan Masih Gah Pada Usia 100 Tahun
Kata Norasiah, rumah itu dibina sekitar tahun 1920-an oleh seorang tukang Melayu.
“Arwah datuk seorang guru agama dan pernah mengajar di Gunung Pasir dan Tanjung Ipoh. Secara keseluruhan, rumah ni diperbuat daripada kayu Penak diambil dari hutan berhampiran. Hingga kini ia masih utuh, malah seni binanya dikekalkan macam mula-mula dibina. Walaupun ada sebahagian ruang rumah dah usang, tapi ia masih cantik. Ada sesetengah orang cakap rumah kayu agak ketinggalan zaman, tapi Wan masih berpegang teguh dengan amanat supaya jaga rumah ni untuk diwarisi kepada generasi akan datang,” katanya.

Menurutnya, bentuk rumah ini adalah rumah tradisional Negeri Sembilan dan bumbungnya pula sama seperti rumah tradisional yang lain.

“Identiti utama yang mencerminkan Negeri Sembilan adalah seni bina bumbung rumah yang panjang serta melentik di hujungnya. Begitu juga ruang serambi Negeri Sembilan yang mempunyai bentuk memanjang dan terdapat bahagian hujung dan pangkal yang ditentukan mengikut laluan arus sungai. Bahagian hujung selalunya di kedudukan hilir sungai, manakala pangkal di sebelah hulu. Malah rumah ini terdapat juga ruang serambi berbentuk kotak yang dibina sebagai pintu utama rumah ni. Ruang ni dibina untuk ahli keluarga ambil angin dan berehat pada waktu petang,” katanya.

Ujar Norasiah, turut dibina sebuah kolah air berhampiran tangga naik ke rumah untuk digunakan sebagai menyimpan air serta membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

“Rumah ni turut memiliki 24 batang tiang yang diperbuat daripada kayu serta dilapik dengan konkrit. Bermula dari tiang utama yang berperanan sebagai tunjang utama sebuah rumah bagi membentuk sebuah kediaman yang berperanan bukan saja sebagai tempat berteduh, malah jadi tempat untuk aktiviti kemasyarakatan dan keraian,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, Norasiah tidak mendiami rumah pusaka itu, sebaliknya tinggal di rumahnya sendiri.
Rumah Tradisional Negeri Sembilan Masih Gah Pada Usia 100 Tahun
Sementara itu, Penolong Kurator Unit Adat Perpatih Bahagian Antikuiti Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) berkata, rumah Negeri Sembilan masih gah bertahan sehingga hari ini walaupun sudah dibina puluhan tahun dahulu.

“Rentetan itulah, telah menarik ramai pihak untuk mengkaji kelebihan seni bina rumah dan ciri yang menampilkan keunikan serta identiti rumah tersebut. Ini termasuk mahasiswa dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang konservasi warisan yang sedang menjalani latihan praktikal di LMNS,” katanya.

Mahasiswa, Siti Amrah Nasri, 24, yang berasal dari Perak akui teruja apabila berpeluang mengkaji rumah tradisional Negeri Sembilan.

“Jika diperhalusi, rekaan yang terdapat di rumah ini masih lagi menggunakan teknologi tradisional tukang Melayu iaitu teknik tanggam. Malah motif ukiran yang terdapat di rumah ini sangat halus buatannya dan perlu dipertahankan kerana melalui seni ukiran tersebut kita dapat mengetahui tahun bila ia dibuat dan siapa pengukirnya,” katanya. – Sumber Sinar Harian

Friday, 28 April 2017

SIAPA PENCIPTA LAGU KEBESARAN NEGERI SEMBILAN?

Mungkin ada diantara kita yang dah lama tak dengar Lagu Rasmi Negeri Sembilan sungguhpun berasal atau tinggal di negeri ini. Terutamanya yang dah lama meninggalkan alam persekolahan. Mana tidaknya disitulah hampir setiap hari kita dengar lagu tersebut didendangkan. Bagi mereka yang selalu menonton perlawanan bola sepak atau bekerja di sektor perkhidmatan awam, sudah pasti biasa dengan lagu ini.
Siapa Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan?
Tapi tahukah anda siapakah yang mula-mula mencipta lagu kebesaran bagi Negeri Sembilan? Mengikut sejarahnya, Negeri Sembilan sebelum tahun 1911 belum mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Namun sekiranya ada majlis atau upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang di-Pertuan Besar, selalunya lagu “Bunga Tanjung” versi lama dimainkan.
Siapa Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan?
Sejak Negeri Sembilan bersetuju menerima Residen Inggeris dan menjadi anggota Negeri-Negeri Bersekutu pada penghujung abad ke-19, Kerajaan Inggeris merasakan perlunya Negeri Sembilan mempunyai lagu kebesaran sendiri. Maka Kerajaan Inggeris mengarahkan Sir Andrew Cadelcott yang pada masa itu bertugas sebagai Pentadbir Tanah Jelebu untuk menggubah sebuah lagu kebesaran bagi Negeri Sembilan manakala liriknya pula telah ditulis oleh Tunku Zakaria Mambang. Oleh itu terciptalah sebuah lagu kebesaran Negeri Sembilan yang diberi nama “Berkatlah Yang Di Pertuan Besar di Negeri Sembilan” yang mempunyai lirik seperti di bawah:
Siapa Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan?
Siapa Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan?
Lagu ini kemudiannya telah di perkenankan oleh Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah pada 1911 dan bermula dari tahun tersebut dengan rasminya Negeri Sembilan mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Setelah itu, bermulalah evolusi dan perubahan demi perubahan telah berlaku terhadap lagu ini.
Siapa Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan?
Menyedari akan terdapat pelbagai versi dan berlakunya perubahan dari segi tempo, melodi dan nyanyian ada yang perlahan dan ada yang agak laju, sewajarnya lagu kebesaran Negeri digubah semula. Justeru, atas inisiatif Yang Mulia Tunku Zain dengan di bantu oleh Dato’ Johari Salleh, sebuah projek bagi menyusun kembali dan menyeragamkan Lagu Kebesaran ini telah dilaksanakan pada tahun 2009.
Dengan mengekalkan melodi asal dan lirik yang sedikit diubah, gubahan lagu tersebut bakal menjadi sebuah gubahan lagu yang merdu dan sedap didengar. Ditambah pula dengan iringan suari harmoni dan instrument muzik yang lebih klasik.
Siapa Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan?
Siapa Pencipta Lagu Rasmi Negeri Sembilan?
Pada 27 Oktober 2010, versi lagu kebesaran Negeri Sembilan yang baru telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz ibni Al Marhum Tuanku Munawir di Hotel Royal Bintang di Seremban, Negeri Sembilan. Dengan gubahan semula ini maka versi baru ini adalah satu-satunya versi yang dengan rasminya terpakai untuk semua majlis serta upacara rasmi di Negeri Sembilan.



Friday, 21 April 2017

PERSAMAAN ANTARA MAJLIS RAJA-RAJA DAN DEWAN KEADILAN DAN UNDANG NEGERI SEMBILAN

Seperti yang ramai sedia maklum, pembentukan dan peranan Majlis Raja-Raja di dalam Perlembagaan Persekutuan yang kita kenal hari ini dibentuk pada 1948 berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
Persamaan Antara Majlis Raja-Raja Dan Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan
Namun mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Majlis Raja-Raja juga memiliki beberapa persamaan dengan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.

Penubuhan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan ini pula adalah berdasarkan versi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan semasa Yamtuan Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah dipertuankan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan (SPBYDPBNS).

Versi terkini ditulis berdasarkan pindaan 1959, namun Undang-Undang Tubuh ini telah wujud seawal 1896, malah sebahagian besar peraturannya mengambil asas kerajaan-kerajaan kecil (Luak) di dalamnya seperti Kerajaan Rembau dan Sungai Ujong, lama sebelum Negeri Sembilan wujud.

Dari Perlembagaan Persekutuan tertulis;
“Perkara 38. Majlis Raja-Raja; (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang hendaklah ditubuhkan mengikut Jadual Kelima.” Majlis Raja-Raja, atau Council of Rulers yang dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah turut mengambil contoh asas penubuhan Dewan Keadilan dan Undang yang dimaktubkan di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Rujuk gambar 1 atau 2)
Persamaan Antara Majlis Raja-Raja Dan Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan

Persamaan Antara Majlis Raja-Raja Dan Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan
Persamaan juga wujud dalam perkara berikut di dalam Perlembagaan Persekutuan;”(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.”Jika Majlis Raja-Raja menjadi rujukan utama Kerajaan Persekutuan sekiranya memerlukan nasihat berkaitan adat istiadat Melayu dan Islam, Dewan Keadilan dan Undang pula menjadi rujukan utama Menteri Besar mewakili Kerajaan Negeri berkenaan hal yang sama. (Rujuk gambar 2)

Malah, jika merujuk kepada Jadual Ketiga (Perkara 32 dan 33) di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan Bahagian 1, iaitu pemilihan Yang di-Pertuan Agong berkaitan tugas memilih, menentukan kelayakan, memasyhurkan, menabal malah memecat Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (SPBYDPA) juga mengambil contoh pelaksanaan yang sama oleh Undang Luak Yang Empat (selaku ahli di dalam Dewan Keadilan dan Undang) terhadap SPBYDBNS. (Rujuk Gambar 3 atau 4).
Persamaan Antara Majlis Raja-Raja Dan Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan

Persamaan Antara Majlis Raja-Raja Dan Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan
Namun demikian, pembentukan Majlis Raja-Raja, peranan serta amalan di dalam MRR berdasarkan Perlembagaan Persekutuan masih lagi hasil daripada persetujuan kesemua Raja-Raja Melayu.

Sekalipun ia mengambil contoh asas dari Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan, banyak lagi rujukan-rujukan lain yang perlu diambil sebagai panduan dan memastikan peranan dan fungsi Majlis Raja-Raja benar-benar mematuhi dan dipelihara haknya di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persamaan Antara Majlis Raja-Raja Dan Dewan Keadilan Dan Undang Negeri Sembilan
Inilah antara keunikan Sistem Raja Berpelembagaan, hanya satu seumpamanya di dunia. Kedaulatan Raja-Raja Melayu terpelihara haknya di dalam Perlembagaan Persekutuan. Semuanya demi memastikan dengan rahmat dan inayahNya, diizinkan Raja-Raja Melayu ini terus memayungi rakyat. – Sumber Khairul Ashraf Muhamad (KAM)