Tuesday 26 February 2013

"Kalau Sayang, Kenapa Aibkan Saya Di Media?" – Aidil Zafuan



Logik juga pertanyaan yang diajukan oleh suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan ini. Buat anda yang tidak tahu, semalam Rita menyatakan yang dia masih menyayangi suaminya dan mahu mengetahui apa sebab dia akan diceraikan ketika ditanya oleh hakim Mahkamah Rendah Syariah Seremban.
Namun Aidil Zafuan yang ditemui oleh MalaysianDigest mempersoalkan kenyataan isterinya itu. 

Kata Aidil:-
"Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya? Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik. Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak?"
Malah Aidil meluahkan rasa kecewanya kerana Rita tidak membenarkan anak-anak mereka untuk berjumpa dengan keluarganya. Paling kasihan apabila anak-anak mereka tidak mengenali datuk dan nenek sebelah Aidil. 

Kata Aidil lagi:-
Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai. Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil!"

Aidil juga turut menegaskan penceraian yang diinginkan tiada kaitan dengan Zareema yang dikatakan mempunyai hubungan dengannya. Kalau memang dah tak ada jalan lain, Rita pula redha dan menerima penceraian ini. Lagi dipanjangkan, lagi kelam kabut dan makin banyak cerita mengarut akan keluar. Terimalah kenyataan dan teruskan hidup anda.

Sumber : http:www/beautifulnara.com

************************************************************************************************************
Ulasan :

Secara peribadi aku bersimpati dengan nasib yang menimpa Aidil Zafuan ini, bukan sebab aku dan dia berasaL dari negeri yang sama tetapi disebabkan PELUANG untuk mempertahankan diri yang tidak diberi kepada Aidil. Media massa diLihat seperti menyebeLahi Rita Rudaini, konon² Rita tidak bersaLah maLah dianiaya oLeh Aidil....Kesian sungguh aku pada Aidil...

Aku cuma ingin bertanya kepada para wartawan dan karyawan yang sanggup buat drama Rita jadi heroin, watak seorang perempuan yang teraniaya oLeh seorang LeLaki bergeLar suami, pernah tak anda semua pergi bertemu Aidil atau ibu bapa Aidil untuk bertanyakan duduk perkara sebenar..? Pernah tak anda memberi peLuang kepada Aidil untuk menceritakan "asal-usul" terjadinya perbaLahan rumahtangga ini? Dan yang paLing penting, pernahkah anda fikirkan...bagaimana cara dan ikhtiar Rita "meLarikan" Aidil dan akhirnya berkahwin senyap²? 

Jujurnya, aku mmg tak suka dengan perempuan puaka bernama Rita Rudaini ini..daLam dan Luar FILEM/DRAMA asik berLakon.. Rasanya aku boLeh menebak kisah sebenar perkahwinan mereka..juga dari berita yang aku tahu... AwaLnya kedua-ibu bapa Aidil tidak setuju Rita menjadi menantu mereka...Aidil tahu tentang itu maLah Rita juga tahu bahawa dirinya teLah di'reject'. Sebagai anak, Aidil akur dengan nasihat dan pandangan kedua ibubapanya...tetapi Rita..???? Adakah Rita menerima perkhabaran ini dengan sesuka-sukinya..? SiasatLah Diknun....!!! Jangan dok pergi kejar Rita jew...macam minah tu 'perempuan lindungan Kaabah' puLa...dia kan janda...tentu dia tahu cara nak dapatkan JanTan...!!! Pergi siasat dengan ahli agama, para ustaz, ibu bapa Aidil malah boLeh juga siasat dengan 'subjek' itu...

BukanLah aku mahu bersikap tidak adiL pulak pada Rita...tapi kan...Allah swt ada berfirman "segaLa yang baik itu datangnya dari Aku (ALLAH), manakaLa yang buruk itu puncanya kamu (manusia) sendiri." Jadi, Rita teLah menganggap semua ini adaLah musibah atau perkara buruk yang berLaku daLam hidupnya, rujuk pada firman Allah swt berkenaan, puncanya sape...?

Pendek kata...pandangan aku...dahLah kau (Rita) 'bawa lari' anak bujang orang, lepas tu kau tak gheti pLak nak minta  maaf atau sekurang²nya cuba berbaik² dengan mak bapak dia...! maLah kau Langsung tak mahu jumpe mereka pastu kau tak bagi puLak Aidil bawak baLik anak² jumpa mak bapak dia sendiri!! kau kenapa Rita???... Dari situ, boLeh tak kita meneka siapa Rita dan ape yang dia mahukan? 

Sejak perbaLahan rumahtangga mereka terdedah kepada umum...aku tengok dan jarang nampak sebarang statement yang AidiL berikan...tapi si Rita ni....cuba kumpuLkan ape yang dia kata pasal AidiL....padaHaL AidiL masih suami dia...!!! ItuLah beza antara seorang LeLaki dan perempuan...perempuan mmg suka bercakap banyak...makLumLah muLut atas  bawah....Fikir²kanLah.....

kLik SiNi



Wednesday 13 February 2013

::: KiSaH JaTi, CeNGaL & UBi KaCiP :::

AssaLamuaLaikum...LateLy aku seLaLu dok cerita pasaL poLitik dan isu-isu semasa negara bagai..padahaL aku ni bukan Ler sorg bLogger politik ke hape kew...cuma aku tertarik nak copy & paste kLu isu² yang diperkatakan itu menarik, LOGIK, bukan satu penipuan justeru bukan juga satu propaganda! 

KaLi ini, aku nak menceritakan satu atau sebuah kisah yang sering berLaku di mana-mana sahaja. Then, sekiranya ada watak-watak, tempat² dan kejadian yang sama, maka ia hanyaLah sebuah kebetuLan, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang teLah disimpan....
*********************************************************************************
KiSah 1001 Hari
Lelaki ini aku geLarkan si Jati, mula mencurahkan khidmat di sebuah Pesantren setahun seLepas ia ditubuhkan. SeLama bertugas di Pesantren berkenaan, Jati teLah meLalui peLbagai dugaan dan rintangan sehinggaLah pada April 2008, Jati teLah meletakkan jawatan. Namun, disebabkan Jati ini seorang yang rajin, berwibawa dan berbakat, maka Jati telah ditawarkan untuk berkhidmat di Ibu Pejabat Pesantren berkenaan bermula Juni 2008. SehinggaLah kini...Jati masih bertugas di sana walau telah bertukar jawatan dan tanggunjawab...iniLah Jati...handsome x..? Chinese Look kan...?
 
Di Pesantren Jati berkawan rapat dengan semua hamba abdi dan kuLi..antaranya Rumbia, CengaL, Meranti, TuaLang, Kempas dan Lain-Lain...antara yang rapat dengan Jati iaLah..CengaL...seorang LeLaki...berkuLit hitam pahit dan tak berapa nak handsome...tapi masih sweet la....
DiKalangan persahabatan mereka ini, adaLah seorang pekerja wanita di Pesantren berkenaan...tugasnya...membancuh teh utk Ketua Pesantren dan seLebihnya...tak ada ape² meLainkan berangan sahaja...Pompuan ini dikenaLi sebagai Ubi Kacip... Ubi Kacip ni, waLaupun kerja di Pesantren  tak banyak...dia memang dikenaLi sebagai orang yang tak gheti buat keje..lembab..dan sering bLur....dan makan gaji buta....hihi... gaji di Pesantren takLah besar mane...sesuai dengan tanggungjawab..tapi si Ubi Kacip ni..dapat gaji yang rasanya tak Layak dia dapat memandangkan di Pesantren, dia tidak berfungsi LANGSUNG... WaLaupun begitu, Jati, Cengal dan Lain-Lain berkawan rapat dan sering bergurau senda, sakat-menyakat dan cukup mesra...
Nak dijadikan cerita, di beLakang Jati..ada beberapa pihak cuba menjodohkan si CengaL dan si Ubi Kacip...konon² boLeh jadi coupLe of the year.... SehinggaLah perkara tersebut diketahui oLeh Jati, maka Jati berasa hati Lah...bkn sebab cemburu tp sebab kenapa perLu sembunyi²??? KaLau benar pun nak berpartner...siLaLah...tp perLu ke nak sorok² tanpa sebab kan...? Lagipun si Ubi Kacip bukanLah taste si Jati..lagipun Jati masih ada banyak piLihan...Suatu hari, Jati bertanyakan pada Ubi Kacip tentang perkara kapeL-mengapeL itu... Mati²Lah si Ubi Kacip ni menafikan...katanyer....si CengaL bkn kekasihnya..hanya sekadar kawan biasa dan tak Lebih dari itu... Untuk menguatkan hujahnya, si Ubi Kacip beritahu yg dia penah bercakap dengan CengaL..menyatakan yang mereka hanya kawan... Si Ubi Kacip juga berterus-terang dengan Jati bahawa CengaL 'tak senang' meLihat Ubi Kacip rapat dgn Jati...sebabnya..CengaL cemburu....!!! PerLu ke CengaL cemburukan Jati rapat dengan Ubi Kacip..?? Jati hampir ketawa mendengar 'penjeLasan' Ubi Kacip yang panjang tapi tak berapa nak lebar itu.... Namun, Jati mengambiL keputusan utk tidak ambiL kisah "kisah Si sengaL" ini...Jati terus berkerja dengan gigih di Pesantren tanpa perLu memikirkan haL² remeh-temeh ini....

Ada suatu ketika...Ubi Kacip memohon bantuan Jati..untuk menghantarnya berjumpa BOMOH yang berhampiran dengan Pesantren...dan tanpa memikirkan ada niat Lain...Jati bersetujuLah untuk menghantar Ubi Kacip berjumpa BOMOH dengan menaiki kuda putih miLik Jati....Rasanya...dua kali (2x) juga Jati menghantar Ubi Kacip berjumpa BOMOH...begituLah seterusnya....mereka terus berkawan baik tanpa ada 'was²' di hati...
Suatu hari...semua penipuan Ubi Kacip teLah diketahui oLeh Jati...Ada beberapa perkara yang Jati tahu dan dimakLumkan oLeh ***** sendiri...
  • Ubi Kacip mempergunakan Jati untuk kemudahannya berjumpa BOMOH kerana Jati ada memeLihara kuda putih;
  • Ubi Kacip berjanji dengan CengaL untuk berjumpa BOMOH bersama², tetapi dengan seLambanya memberitahu CengaL "x perLu hantar sbb Jati PELAWA nak hantar"..sedangkan CengaL mase tu berada di kampung sanggup bergegas baLik ke Pesantren.... (sian si CengaL ni....);
  • Jati tidak pernah memPELAWA Ubi Kacip..sebaLiknya Ubi Kacip yang mohon bantuan..mcm mane Ubi Kacip boLeh cakap pada CengaL yg Jati memPELAWA...?;
  • Pernah suatu ketika, Ubi Kacip menyuruh CengaL pergi menonton peraduan rebut boLa...dengan niat Ubi Kacip...nak hadir ke keramaian bersama-sama LeLaki baru...berjaLan sambiL berpegangan tangan... uiksss...; (mana LeLaki tu skang? x hingin dia kat Ubi Kacip..)
  • CengaL cukup berasa hati dengan Ubi Kacip dengan tingkah Lakunya...benci sangat (katanyer...) seteLah menyedari dirinya dipermainkan Ubi Kacip yang x berapa cantik tu...;
  • DaLam benci² si CengaL pada Ubi Kacip...sempatLah Ubi Kacip "mengepaw" si CengaL yang SengaL tu..beLi baju katanyer...beLi barang² hadiah katanyer...ntah² BUKU NOTE yang mahaL tu pun CengaL yang beLikan untuk Ubi Kacip...ikutkan mana Ubi Kacip mampu...????;
  • Jati juge mandapat khabar bhw Ubi Kacip....merayu..merayu..dan merayu....sampai nangis²....merayu agar CengaL menerima dia sebagai kekasih...(dasar muka tembok buruk...dah LUDAH nak JILAT BALIK).... Ubi Kacip teLah mengapLikasikan Drama Minggu Ini untuk merayu si CengaL...(mcm ni Lah perangai orang terdesak..dah tak ade orang nak...kenaLah merayu pada CengaL semuLa....!!!)
  • Khabarnya...si CengaL teLah menerima kembaLi Ubi Kacip...menerima disebabkan rayuan dan drama tangisan Ubi Kacip yang tak tahu maLu...atas dasar KESIAN...!! Benarkah atas dasar kesian?? Jangan nanti...atas dasar kesian...kena PAW lagi si CengaL oLeh si Ubi Kacip....kaLau ia terjadi..maka kenalah tukar nama dr CengaL kepada SENGAL.....
Kini, Jati teLah menjauhkan diri daripada mereka.... Jati tak mahu terperangkap dengan kesengaLan mereka...kata orang...kaLau berkawan dengan orang SengaL...maka sengaL jugakLah Jati nanti...waLau pun begitu, Jati simpati pada CengaL dan sering berdoa agar CengaL x diperBODOHkan oLeh Ubi Kacip..
By the way, Jati berhasrat menabur bakti dan khidmat kepada Pesantren dengan penuh dedikasi..... Tak mahu dah rapat...bergurau..bersenda dengan pompuan yang bernama Ubi Kacip itu...biarLah dia dengan dunia dia... Bagi Jati...Ubi Kacip adaLah pompuan yang tak boLeh pakai...pembohong...gataL...suka mengambiL kesempatan atas kebaikan orang...juga suka ambiL kesempatan atas keBODOHan orang...dan yang penting Ubi Kacip memang TERDESAK sebab tak Laku di pasaran...!!!! uLang sekaLi Lagi...memang TERDESAK sebab tak Laku di pasaran...!!!!.harap pada si CengaL ajeLah...
Pada CengaL pulak...hati² dengan drama Ubi Kacip...jangan kandas mainan wayang dia...Jati tau CengaL seorang yang baik...tapi jangan baik itu bertukar jadi bodoh...CengaL tu LeLaki..ada BANYAK PILIHAN ag....jangan sempitkan kepaLa hotak itu...jangan jadi macam orang desperated.... Jangan lagi nak keLuar duit untuk Ubi Kacip...takde faedahnya...Lebih baik CengaL menabur kemewahan pada ibu, adik-beradik dan keLuarga di kampung....akan berkat rezki yang diperoLeh itu... Ubi Kacip tu hanya nak pergunakan CengaL jew...dia baik dengan CengaL pun sbb duit CengaL tu banyak.....katanyerrrr....

*********************************************************************************
BegituLah sedikit kisah masyarakat yang aku anak ceritakan...semoga menjadi tauLadan kepada kita semua... berhati² sentiasa....orang baik dengan kita SURE ada sebab..bukan baik suka² atau IKHLAS semata²..... WallahuaLam...



Thursday 7 February 2013

ANWAR TAHU DIA TIDAK AKAN JADI PM MELALUI PILIHANRAYA


‘Malaysia Spring’: Ancaman Anwar untuk ‘Membunuh’ Demokrasi

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan. 

Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya. 

Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim. 

Justeru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia. 

Antara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.” 

Beliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”


Maka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia. 

Perlu diingatkan bahawa peristiwa berdarah Dataran Tahrir ini tidak mustahil akan berjaya dicetuskan mereka sekiranya ‘hobi’ memberontak yang dimiliki oleh Anwar digabung dengan kebebalan PAS dan kebencian DAP yang membuak-buak terhadap kerajaan Melayu Islam. Apatah lagi, dengan terdapatnya dana asing yang tiada had untuk mengupah para pemberontak dan menyogok pengkhianat. 

Adalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa. 

Jika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.

Sesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap. 

Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan. Ini kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat. 

Pertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian. 

Maka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan. 

Kalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan. 

Setahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu. 

Rakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan. 

Selain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin. 

Apa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya. 

Sekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan. 

Jika   Anwar  ingin  sangat  menjadi   Perdana   Menteri, beliau perlu melalui   cara   demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun   dari    rakyat Malaysia yang    wajar   kehilangan   pekerjaan, kerugian   perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan   Anwar   mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab   Spring   pasti   memberitahu   kita   bahawa   apa   yang   kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya. 





SUMBER : pasberuk.blogspot.com

Wednesday 6 February 2013

TAHUKAH ANDA? DIA DIGELAR MAHA-FIRAUN


TAHUKAH ANDA???

1. DIA lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. DIA juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) DIA juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.


4) DIA lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) DIA juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim Zionis.

6) DIA juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) DIA lah yang digelar Maha-Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) DIA lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa-apa.

9) DIA lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam Kaabah.

10) DIA jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

Siapakah DIA? Ya, dialah;
TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA Ke-4 dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Terima kasih banyak² Ayahandaku Tun!

SUMBER : pistolnakal.blogspot.com

Saturday 2 February 2013

KEMEWAHAN ISTANA UTAMA KREMLIN, RUSIA

Grand Kremlin Palace ialah istana utama yang berada di dalam kubu terkenal Kremlin di Moscow, Rusia. Istana utama ini dibina dari tahun 1837 sehingga 1849. Ianya digunakan oleh keluarga DiRaja Rusia sebagai kediaman rasmi mereka ketika menetap di Moscow. Istana berkeluasan 125 meter panjang, 47 meter tinggi dan mempunyai keluasan 25k meter persegi. Kediaman mewah DiRaja ini juga mempunyai 700 bilik! Lima daripadanya merupakan dewan besar yang digunakan untuk upacara rasmi kerajaan. 

Selepas Revolusi Bolshevik 1917, istana ini dikekalkan dan dipertontonkan kepada orang awam dengan tujuan menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh keluarga DiRaja Tsar Nicholas.






Sumber & Kredit : penpatah.blogspot.com